185 - AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977
This Act sets retirement benefit rules for workers of statutory and local authorities, including when pensions may be granted, stopped, reduced, or paid to dependants, and requires employer pension contributions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 185 - AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
185 - AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977
AI-assisted research summary: This Act sets retirement benefit rules for workers of statutory and local authorities, including when pensions may be granted, stopped, reduced, or paid to dependants, and requires employer pension contributions.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 185 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977 Tarikh Perkenan Diraja … … … 26 Mei 1977 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 9 Jun 1977 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001 Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 3 Berkuasa Berkanun dan Tempatan UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 185 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II (Dipotong) 3–5. (Dipotong) BAHAGIAN III (Dipotong) 6–10. (Dipotong) BAHAGIAN IV FAEDAH PERSARAAN BAGI PEKERJA BERPENCEN 11. Pencen, dll., bukan sebagai hak 11A. Pencen, dsb., yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan 12. Hal dalam mana pencen, dll., boleh diberikan 13. Persaraan demi kepentingan awam 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 Seksyen 14. Memasukkan ke dalam perjawatan berpencen 15. Caruman pencen 16. Perkhidmatan yang lepas boleh dimasuk kira 17. Pilihan bagi pekerja berpencen apabila bersara 18. Pencen maksimum daripada perkhidmatan 19. Kadar pencen 20. Kadar ganjaran 21. Pencen, dll., tidak boleh diserah hak 22. Pencen, dll., terhenti apabila bankrap 23. Pencen, dll., adalah terhenti apabila disabitkan 24. Pencen, dll., boleh terhenti apabila menerima pekerjaan dalam syarikat tertentu atau apabila mengambil bahagian dalam pekerjaan tertentu untuk mendapatkan keuntungan 25. Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pekerja mati dalam perkhidmatan atau selepas bersara BAHAGIAN V AM 26. Persaraan paksa 27. (Dipotong) 28. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 29. (Dipotong) 30. Penggulungan kumpulan wang skim pencen 30A. Penggulungan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta 31. Tindakan yang lalu JADUAL PERTAMA – (Dipotong) JADUAL KEDUA Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 5 Berkuasa Berkanun dan Tempatan UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 185 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977 Suatu Akta mengenai pemberian faedah persaraan kepada pekerja dalam pihak-pihak berkuasa berkanun dan tempatan dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1 Mei 1969] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “faedah persaraan” ertinya sesuatu award atau pemberian yang kena dibayar di bawah Akta ini; “gaji” ertinya gaji bulanan termasuklah apa-apa elaun berpencen yang kena dibayar menurut tangga gaji skim baru; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 “gaji yang akhir diterima” ertinya gaji bulanan yang akhir diterima mengikut tangga gaji skim baru; “majikan” ertinya sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pencen; “pekerja” ertinya seseorang yang bekerja dengan sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan yang oleh sebab opsennya adalah terikat oleh skim baru atau yang dilantik di bawah skim baru; “pekerja berpencen” ertinya seseorang pekerja yang telah dimasukkan dalam perjawatan berpencen atau yang disifatkan sebagai telah dimasukkan sedemikian; “perkhidmatan” ertinya perkhidmatan dalam jawatan sivil dengan Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau dengan mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan; “pihak berkuasa berkanun atau tempatan” ertinya sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan dalam ruang lingkup skim baru; “pihak berkuasa pencen” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya; “pihak berkuasa yang berkenaan” ertinya pihak berkuasa pencen atau badan pengurus sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan; “skim baru” ertinya gaji dan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pekerja pihak berkuasa berkanun dan tempatan menurut syor Suruhanjaya Diraja yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong [P.U. (B) 202/1971]. BAHAGIAN II (Dipotong oleh Akta A496) 3–5. (Dipotong oleh Akta A496). Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 7 Berkuasa Berkanun dan Tempatan BAHAGIAN III (Dipotong oleh Akta A496) 6–10. (Dipotong oleh Akta A496). BAHAGIAN IV FAEDAH PERSARAAN BAGI PEKERJA BERPENCEN Pencen, dll., bukan sebagai hak 11. (1) Tiada pekerja mempunyai apa-apa hak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau award lain di bawah Bahagian ini. (2) Jika sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan telah membuktikan dengan memuaskan hati Menteri bahawa seseorang pekerja bersalah atas kecuaian, salah aturan atau salah laku, adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri untuk mengurangkan atau menahan pencen, ganjaran atau award lain yang pekerja itu sepatutnya layak mendapat jika tidak kerana seksyen ini. Pencen, dsb., yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan 11A. Semua pencen, ganjaran dan faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan. Hal dalam mana pencen, dll., boleh diberikan 12. Tiada pencen, ganjaran atau award lain boleh diberikan di bawah Bahagian ini kepada seseorang pekerja sehingga pekerja itu telah bersara daripada perkhidmatan pihak berkuasa berkanun atau tempatan— (a) apabila atau selepas mencapai umur *lima puluh lima tahun; *CATATAN—Umur persaraan paksa seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pencen Pihak- Pihak Berkuasa dan Tempatan 1980 [Akta 239] telah dipinda kepada “lima puluh enam”–lihat Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2001 [Akta A1125]. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 (b) apabila atau selepas mencapai umur lima puluh tahun dalam hal seseorang pekerja lelaki, atau empat puluh lima tahun dalam hal seseorang pekerja perempuan dan seseorang pekerja Perkhidmatan Bomba yang berpangkat Pegawai Rendah dan ke bawah, dengan persetujuan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang berkenaan; (c) berdasarkan keterangan doktor yang boleh diterima oleh pihak berkuasa yang berkenaan bahawa ia tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal; (d) apabila jawatannya dihapuskan; (e) apabila ditamatkan pekerjaannya demi kepentingan awam; (f) apabila dipaksa bersara bagi maksud supaya organisasi pihak berkuasa berkanun atau tempatan di mana dia bekerja itu mudah diperbaiki dan dengan itu terhasil kecekapan atau keekonomian yang lebih lagi; atau (g) atas alasan kepentingan negara dengan kehendak Kerajaan. Persaraan demi kepentingan awam 13. Jika perkhidmatan seseorang pekerja ditamatkan atas alasan bahawa, memandang kepada keadaan perkhidmatan, kegunaan pekerja itu kepada perkhidmatan dan semua hal keadaan lain perkara itu, penamatan itu adalah perlu demi kepentingan awam, dan pencen, ganjaran atau award lain tidak boleh secara lain diberikan kepadanya di bawah Akta ini, Menteri boleh, jika difikirkannya patut, memberikan apa-apa pencen, ganjaran atau award lain sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar, tetapi walau bagaimanapun tidak boleh melebihi amaun yang pekerja itu sepatutnya layak mendapat jika sekiranya dia bersara daripada perkhidmatan itu dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam perenggan 12(c). Memasukkan ke dalam perjawatan berpencen 14. (1) Seseorang pekerja tetap adalah layak untuk dimasukkan ke dalam perjawatan berpencen apabila ia genap berkhidmat tidak kurang daripada sepuluh tahun dengan syarat bahawa tempoh yang berikut tidak boleh diambil kira kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa pencen— (a) apa-apa perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh kerana berhenti kerja secara sukarela; dan *CATATAN—Umur persaraan paksa seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pencen Pihak- Pihak Berkuasa dan Tempatan 1980 [Akta 239] telah dipinda kepada “lima puluh enam”–lihat Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2001 [Akta A1125]. Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 9 Berkuasa Berkanun dan Tempatan (b) apa-apa perkhidmatan yang lepas dengan Kerajaan, mana- mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang daripadanya dia telah dipersarakan. (2) Bagi maksud subseksyen (1), tempoh perkhidmatan yang berikut tidak boleh diambil kira— (a) apa-apa tempoh cuti tanpa gaji dan tempoh latihan yang baginya hanya elaun sahaja dibayar; dan (b) apa-apa tempoh perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh sebab penamatan perkhidmatan atas alasan tatatertib atau dibuang kerja. Caruman pencen 15. (1) Apabila seseorang pekerja dimasukkan ke dalam perjawatan berpencen, majikannya hendaklah membayar caruman bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan mengikut kadar yang berkenaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. (2) Menteri boleh, dengan persetujuan Menteri Kewangan, melalui perintah, meminda kadar dalam Jadual Kedua. Perkhidmatan yang lepas yang boleh dimasuk kira 16. (1) Seseorang pekerja yang berpencen adalah layak untuk mendapatkan perkhidmatannya yang lepas dengan Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan dimasuk kira sebagai perkhidmatan bagi maksud pencen dengan syarat bahawa tempoh yang berikut tidak boleh diambil kira kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa pencen— (a) apa-apa perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh sebab berhenti kerja secara sukarela; dan (b) apa-apa perkhidmatan yang lepas dengan Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang daripada dia telah dipersarakan. (2) Bagi maksud subseksyen (1), tempoh yang berikut tidak boleh dimasuk kira bagi maksud persaraan— (a) apa-apa tempoh cuti tanpa gaji dan tempoh latihan yang baginya hanya elaun sahaja dibayar; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 (b) apa-apa tempoh perkhidmatan yang lepas yang terputus oleh sebab penamatan perkhidmatan atas alasan tatatertib atau dibuang kerja. (3) Dalam hal seseorang pekerja yang dilantik bekerja dengan suatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan lain di bawah skim baru, perkhidmatannya yang lepas sebelum tarikh pelantikannya itu tidak boleh diambil kira melainkan jika suatu kelulusan bertulis bagi pelepasannya daripada pekerjaan dengan majikannya yang dahulu telah terlebih dahulu diminta dan didapati. Pilihan bagi pekerja berpencen apabila bersara 17. Seseorang pekerja berpencen yang merupakan seorang pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau mana- mana kumpulan wang pekerja yang ditubuhkan oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan boleh memilih apabila bersara sama ada— (a) menerima pencen penuh dan ganjaran atau ganjaran yang dia layak mendapatnya dengan syarat bahawa pembayaran dibuat kepada Kumpulan Wang sebanyak suatu amaun yang sama banyaknya dengan caruman serta bunga yang telah dibayar oleh Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau kumpulan wang simpanan lain yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa berkanun atau tempatan bagi pihaknya dalam mana-mana tempoh perkhidmatan yang lepas yang boleh dimasuk kira sebagaimana yang tersebut dalam seksyen 16; atau (b) melepaskan bahagian pencen dan ganjaran atau ganjaran yang, jika tidak dilepaskan, sepatutnya telah terakru berkenaan dengan perkhidmatan dalam masa dia menjadi pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau kumpulan wang simpanan lain yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan mengambil kredit kumpulan wang simpanannya sebagai ganti. Pencen maksimum daripada perkhidmatan 18. (1) Pencen yang diberikan kepada seseorang pekerja di bawah Bahagian ini tidak boleh melebihi setengah daripada gaji yang akhir diterimanya. Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 11 Berkuasa Berkanun dan Tempatan (2) Bagi maksud subseksyen (1), elaun yang diberikan berkenaan dengan bencana atau penyakit tidak boleh diambil kira tetapi jika pekerja itu diberi elaun yang sedemikian, amaun itu bersama dengan amaun pencennya tidak boleh melebihi dua per tiga daripada gaji yang akhir diterimanya. Kadar pencen 19. Seseorang pekerja berpencen yang bersara di bawah seksyen 12 selepas ia genap berkhidmat tidak kurang daripada sepuluh tahun adalah layak mendapat pencen yang dikira mengikut kadar satu per enam ratus daripada gaji yang akhir diterimanya bagi tiap-tiap satu bulan genap perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Kadar ganjaran 20. Seseorang pekerja berpencen yang bersara di bawah seksyen 12 adalah layak mendapat ganjaran yang dikira mengikut kadar satu per dua puluh daripada gaji yang akhir diterimanya bagi tiap-tiap satu bulan genap perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Pencen, dll., tidak boleh diserah hak 21. Pencen, ganjaran atau award lain yang diberikan bagi di bawah Bahagian ini tidak boleh diserahhakkan atau dipindahkan atau ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau berkenaan atau dengan apa-apa hutang atau tuntutan kecuali bagi maksud— (a) menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan; atau (b) menunaikan perintah daripada mahkamah supaya dibayar secara berkala sejumlah wang untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak yang belum dewasa, sama ada sah taraf atau tidak, pekerja yang telah diberi pencen, ganjaran atau award lain itu. Pencen, dll., terhenti apabila bankrap 22. (1) Tiada pencen, ganjaran atau award lain yang boleh diberikan di bawah Bahagian ini kepada seseorang pekerja boleh diberikan sedemikian jika, pada tarikh dia bersara daripada perkhidmatan, pekerja itu dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan menurut penghakiman sesuatu mahkamah dan pekerja itu belum mendapat pelepasan daripada penghakiman atau perisytiharan itu. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 (2) Jika mana-mana pekerja yang telah diberi pencen atau award lain di bawah Bahagian ini dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan menurut penghakiman sesuatu mahkamah, pencen atau award itu hendaklah terhenti dengan serta-merta. (3) Dalam apa-apa hal jika pencen, ganjaran atau award lain tidak diberikan kepada seseorang pekerja oleh sebab dia dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan atau jika pencen atau award lain terhenti oleh sebab pesara itu dihukum bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan, adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri dari semasa ke semasa, dalam masa orang itu masih hidup, atau dalam tempoh atau tempoh- tempoh yang lebih singkat sama ada berterusan atau sebaliknya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, menyebabkan semua atau mana-mana bahagian wang yang orang itu berhak mendapatnya sebagai pencen, ganjaran atau award lain sekiranya dia tidak dihukum bankrap atau tidak diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan, supaya dibayar kepada atau digunakan untuk nafkah dan bantuan atau faedah diri, semua atau mana-mana, dengan tidak termasuk orang atau orang lain, daripada orang yang berikut, iaitu, persara itu sendiri dan mana-mana isterinya, anak atau anak-anaknya, mengikut apa-apa kadar dan cara sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Menteri, dan wang itu hendaklah dibayar atau digunakan dengan sewajarnya dan wang yang digunakan bagi menjelaskan hutang pekerja atau persara itu hendaklah, bagi maksud subseksyen ini, disifatkan sebagai digunakan bagi faedahnya. (4) Jika seseorang yang telah tidak diberi pencen atau award lain atau yang pencen atau award lainnya telah terhenti di bawah seksyen ini, mendapat pelepasan penuh dan wajar daripada kebankrapan atau tidak berkemampuannya, pencen atau award lain hendaklah diberikan semula kepadanya mulai dari tarikh pelepasan itu. Pencen, dll., adalah terhenti apabila disabitkan 23. (1) Jika mana-mana orang yang telah diberi pencen atau award lain di bawah Bahagian ini dikenakan hukuman mati atau hukuman perhambaan atau pemenjaraan selama apa-apa tempoh oleh mana- mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan, Menteri boleh mengarahkan Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 13 Berkuasa Berkanun dan Tempatan supaya pencen atau award lain itu dihentikan dengan serta-merta dan dengan itu pencen atau award lain itu adalah terhenti dengan sewajarnya: Dengan syarat bahawa pencen atau award lain itu hendaklah diberikan semula dengan kuat kuasa ke belakang dalam hal seseorang yang pada mana-mana masa selepas disabitkan mendapat pengampunan. (2) Jika sesuatu pencen atau award terhenti di bawah subseksyen (1) Menteri hendaklah menyebabkan supaya semua atau mana- mana bahagian daripada wang yang pesara itu sepatutnya berhak mendapat sebagai pencen atau award lain dibayar kepada atau digunakan bagi faedah mana-mana isteri, anak atau anak-anak pesara itu, atau selepas tamat tempoh hukumannya, juga bagi faedah pesara itu sendiri dengan cara yang sama dan tertakluk kepada kelayakan dan sekatan yang sama seperti dalam hal kebankrapan dan ketidakmampuan bayar. Pencen, dll., boleh terhenti apabila menerima pekerjaan dalam syarikat tertentu atau apabila mengambil bahagian dalam pekerjaan tertentu untuk mendapatkan keuntungan 24. (1) Jika mana-mana pesara yang telah diberi pencen di bawah Akta ini, menjadi sama ada seorang pengarah mana-mana syarikat yang bahagian utama perniagaannya adalah dengan apa-apa jua cara berkaitan secara langsung dengan Malaysia atau bekerja dengan mana-mana syarikat sedemikian itu dalam Malaysia atau mengambil bahagian dalam apa-apa pekerjaan untuk mendapatkan keuntungan dalam Malaysia tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Menteri, adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri untuk mengarahkan supaya pencen atau award itu dihentikan dengan sewajarnya: Dengan syarat bahawa adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri setelah berpuas hati bahawa persara, yang berkenaan pencennya apa-apa arahan itu telah diberikan, tidak lagi menjadi pengarah syarikat itu atau tidak lagi bekerja dengan mana-mana syarikat sedemikian dalam Malaysia atau tidak lagi mengambil bahagian dalam pekerjaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberikan arahan supaya pencen itu diberikan semula, dengan kuat kuasa ke belakang jika difikirkannya patut, ke apa-apa tarikh sebagaimana yang ditetapkannya dan pencen itu hendaklah diberikan semula dengan sewajarnya. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pesara yang telah dipersarakan daripada perkhidmatan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau yang telah mencapai umur enam puluh tahun. Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pekerja mati dalam perkhidmatan atau selepas bersara 25. (1) Jika seseorang pekerja mati dalam perkhidmatan dan dia sepatutnya layak untuk diberi pencen atau ganjaran jika sekiranya dia bersara pada tarikh dia mati dalam hal keadaan yang diperihalkan dalam perenggan 12(c), Menteri boleh memberi kepada mana- mana orang tanggungannya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, pencen atau ganjaran terbitan yang sesuai dengan kesnya, atau jika sekiranya tidak ada orang tanggungannya, memberi wakil dirinya di sisi undang-undang, suatu ganjaran terbitan; dan jika pencen terbitan diberikan, pencen terbitan itu boleh dibayar selama tempoh tidak melebihi dua belas tahun setengah mulai dari tarikh yang berikutnya sebaik selepas tarikh pekerja itu mati. (2) Jika seseorang pekerja yang telah bersara dengan pencen daripada perkhidmatan mati dalam tempoh dua belas tahun setengah dari tarikh persaraannya, Menteri boleh memberi balunya atau balu dan anaknya yang belum dewasa atau anaknya yang belum dewasa pencen terbitan yang amaunnya sama banyak dengan pencen yang telah dibayar atau yang kena dibayar kepada persara itu kerana persaraannya, selama tempoh tidak lebih daripada perbezaan di antara tempoh dua belas tahun setengah dengan tempoh pencen telah dibayar atau kena dibayar kepada persara itu. (3) Jika pencen terbitan diberikan di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang tanggungan berkenaan dengan kematian seseorang pekerja pencen yang diberikan sedemikian hendaklah mengambil kira pampasan yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan pampasan pekerja atau faedah keselamatan sosial lain. (4) Jika seseorang orang tanggungan yang tidak berhak mendapat pampasan pekerja atau faedah keselamatan sosial itu adalah layak untuk memilih sama ada menerima pencen terbitan di bawah seksyen ini atau menerima pencen atau elaun di bawah mana-mana undang- undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, pemberian pencen terbitan di bawah seksyen ini oleh Menteri hendaklah hanya ditentukan jika orang tanggungan itu memilih untuk melepaskan Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 15 Berkuasa Berkanun dan Tempatan pembayaran pencen atau elaun di bawah undang-undang bertulis sedemikian yang berkuat kuasa. (5) Seseorang balu yang berkenaan dengannya pencen terbitan diberikan di bawah seksyen ini tidak lagi layak untuk menerima pencen itu apabila ia berkahwin semula. (6) Seseorang anak yang belum dewasa yang berkenaan dengannya pencen terbitan diberikan di bawah seksyen ini tidak lagi layak menerima pencen itu apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun atau apabila ia berkahwin di bawah umur lapan belas tahun. BAHAGIAN V AM Persaraan paksa 26. Sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan boleh menghendaki seseorang pekerja bersara daripada perkhidmatan pihak berkuasa itu— (a) apabila ia mencapai umur *lima puluh lima tahun; (b) berdasarkan keterangan doktor yang boleh diterima oleh pihak berkuasa yang berkenaan bahawa ia tidak berupaya menunaikan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal; (c) apabila jawatannya dihapuskan; (d) apabila ditamatkan pekerjaannya demi kepentingan awam; atau (e) bagi maksud supaya organisasi pihak berkuasa berkanun atau tempatan di mana ia bekerja itu mudah diperbaiki dan dengan itu terhasil kecekapan atau keekonomian yang lebih lagi. 27. (Dipotong oleh Akta A496). Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 28. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau memberi kuat kuasa kepada mana-mana peruntukan Akta ini. *CATATAN—Umur persaraan paksa seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pencen Pihak- Pihak Berkuasa dan Tempatan 1980 [Akta 239] telah dipinda kepada “lima puluh enam”–lihat Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2001 [Akta A1125]. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 29. (Dipotong oleh Akta A496). Penggulungan kumpulan wang skim pencen 30. (1) Kumpulan wang sesuatu skim pencen sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan hendaklah digulung pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan melalui pemberitahu dalam Warta bagi tiap-tiap hal tertentu, dan setelah digulung kumpulan wang itu, semua aset hendaklah dipindahkan, dan semua tanggungan dipertanggungkan, kepada Kumpulan Wang Disatukan. (2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, setelah digulung kumpulan wang sesuatu skim pencen sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pihak berkuasa pencen hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas pihak berkuasa yang berkenaan bagi skim pencen itu. (3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyusutkan amaun pencen, ganjaran atau faedah lain yang seseorang pekerja layak mendapatnya jika tidak kerana Akta ini. Penggulungan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta 30A. Berikutan dengan pemotongan Bahagian III, tindakan hendaklah diambil untuk memulakan penggulungan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta ini dan semua aset hendaklah dipindahkan, dan tanggungan dipertanggungkan, pada Kumpulan Wang Disatukan. Tindakan yang lalu 31. Tindakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Kumpulan Wang dalam menyediakan dan bagi melaksanakan dengan sewajarnya mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya pada menjangkakan perisytiharan Akta ini hendaklah disifatkan telah diberi kuasa oleh Akta ini; dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau dikenakan bagi pihak Kumpulan Wang daripada apa-apa jua yang dibuat sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai hak dan obligasi Kumpulan Wang. Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 17 Berkuasa Berkanun dan Tempatan JADUAL PERTAMA (Dipotong oleh Akta A496) JADUAL KEDUA [Seksyen 15] Apabila gaji melebihi Tetapi tidak melebihi Caruman Pencen Bulanan oleh majikan RM10.00 RM20.00 RM4.00 20.00 40.00 7.00 40.00 60.00 11.00 60.00 80.00 14.00 80.00 100.00 18.00 100.00 120.00 21.00 120.00 140.00 25.00 140.00 160.00 28.00 160.00 180.00 32.00 180.00 200.00 35.00 200.00 220.00 39.00 220.00 240.00 42.00 240.00 260.00 46.00 260.00 280.00 49.00 280.00 300.00 53.00 300.00 320.00 56.00 320.00 340.00 60.00 340.00 360.00 63.00 360.00 380.00 67.00 380.00 400.00 70.00 400.00 420.00 74.00 420.00 440.00 77.00 440.00 460.00 81.00 460.00 480.00 84.00 480.00 500.00 88.00 500.00 520.00 91.00 520.00 540.00 95.00 540.00 560.00 98.00 560.00 580.00 102.00 580.00 600.00 105.00 600.00 620.00 109.00 620.00 640.00 112.00 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 Apabila gaji melebihi Tetapi tidak melebihi Caruman Pencen Bulanan oleh majikan RM640.00 RM660.00 RM116.00 660.00 680.00 119.00 680.00 700.00 123.00 700.00 720.00 126.00 720.00 740.00 130.00 740.00 760.00 133.00 760.00 780.00 137.00 780.00 800.00 140.00 800.00 820.00 144.00 820.00 840.00 147.00 840.00 860.00 151.00 860.00 880.00 154.00 880.00 900.00 158.00 900.00 920.00 161.00 920.00 940.00 165.00 940.00 960.00 168.00 960.00 980.00 172.00 980.00 1,000.00 175.00 1,000.00 1,020.00 179.00 1,020.00 1,040.00 182.00 1,040.00 1,060.00 186.00 1,060.00 1,080.00 189.00 1,080.00 1,100.00 193.00 1,100.00 1,120.00 196.00 1,120.00 1,140.00 200.00 1,140.00 1,160.00 203.00 1,160.00 1,180.00 207.00 1,180.00 1,200.00 210.00 1,200.00 1,220.00 214.00 1,220.00 1,240.00 217.00 1,240.00 1,260.00 221.00 1,260.00 1,280.00 224.00 1,280.00 1,300.00 228.00 1,300.00 1,320.00 231.00 1,320.00 1,340.00 235.00 1,340.00 1,360.00 238.00 1,360.00 1,380.00 242.00 1,380.00 1,400.00 245.00 1,400.00 1,420.00 249.00 Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 19 Berkuasa Berkanun dan Tempatan Apabila gaji melebihi Tetapi tidak melebihi Caruman Pencen Bulanan oleh majikan RM1,420.00 RM1,440.00 RM252.00 1,440.00 1,460.00 256.00 1,460.00 1,480.00 259.00 1,480.00 1,500.00 263.00 1,500.00 1,520.00 266.00 1,520.00 1,540.00 270.00 1,540.00 1,560.00 273.00 1,560.00 1,580.00 277.00 1,580.00 1,600.00 280.00 1,600.00 1,620.00 284.00 1,620.00 1,640.00 287.00 1,640.00 1,660.00 291.00 1,660.00 1,680.00 294.00 1,680.00 1,700.00 298.00 1,700.00 1,720.00 301.00 1,720.00 1,740.00 305.00 1,740.00 1,760.00 308.00 1,760.00 1,780.00 312.00 1,780.00 1,800.00 315.00 1,800.00 1,820.00 319.00 1,820.00 1,840.00 322.00 1,840.00 1,860.00 326.00 1,860.00 1,880.00 329.00 1,880.00 1,900.00 333.00 1,900.00 1,920.00 336.00 1,920.00 1,940.00 340.00 1,940.00 1,960.00 343.00 1,960.00 1,980.00 347.00 1,980.00 2,000.00 350.00 2,000.00 2,020.00 354.00 2,020.00 2,040.00 357.00 2,040.00 2,060.00 361.00 2,060.00 2,080.00 364.00 2,080.00 2,100.00 368.00 2,100.00 2,120.00 371.00 2,120.00 2,140.00 375.00 2,140.00 2,160.00 378.00 2,160.00 2,180.00 382.00 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 Apabila gaji melebihi Tetapi tidak melebihi Caruman Pencen Bulanan oleh majikan RM2,180.00 RM2,200.00 RM385.00 2,200.00 2,220.00 389.00 2,220.00 2,240.00 392.00 2,240.00 2,260.00 396.00 2,260.00 2,280.00 399.00 2,280.00 2,300.00 403.00 2,300.00 2,320.00 406.00 2,320.00 2,340.00 410.00 2,340.00 2,360.00 413.00 2,360.00 2,380.00 417.00 2,380.00 2,400.00 420.00 2,400.00 2,420.00 424.00 2,420.00 2,440.00 427.00 2,440.00 2,460.00 431.00 2,460.00 2,480.00 434.00 2,480.00 2,500.00 438.00 2,500.00 2,520.00 441.00 2,520.00 2,540.00 445.00 2,540.00 2,560.00 448.00 2,560.00 2,580.00 452.00 2,580.00 2,600.00 455.00 2,600.00 2,620.00 459.00 2,620.00 2,640.00 462.00 2,640.00 2,660.00 466.00 2,660.00 2,680.00 469.00 2,680.00 2,700.00 473.00 2,700.00 2,720.00 476.00 2,720.00 2,740.00 480.00 2,740.00 2,760.00 483.00 2,760.00 2,780.00 487.00 2,780.00 2,800.00 490.00 2,800.00 2,820.00 494.00 2,820.00 2,840.00 497.00 2,840.00 2,860.00 501.00 2,860.00 2,880.00 504.00 2,880.00 2,900.00 508.00 2,900.00 2,920.00 511.00 2,920.00 2,940.00 515.00 2,940.00 2,960.00 518.00 Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 21 Berkuasa Berkanun dan Tempatan Apabila gaji melebihi Tetapi tidak melebihi Caruman Pencen Bulanan oleh majikan RM2,960.00 RM2,980.00 RM522.00 2,980.00 3,000.00 525.00 3,000.00 3,020.00 529.00 3,020.00 3,040.00 532.00 3,040.00 3,060.00 536.00 3,060.00 3,080.00 539.00 3,080.00 3,100.00 543.00 3,100.00 3,120.00 546.00 3,120.00 3,140.00 550.00 3,140.00 3,160.00 553.00 3,160.00 3,180.00 557.00 3,180.00 3,200.00 560.00 3,200.00 3,220.00 564.00 3,220.00 3,240.00 567.00 3,240.00 3,260.00 571.00 3,260.00 3,280.00 574.00 3,280.00 3,300.00 578.00 3,300.00 3,320.00 581.00 3,320.00 3,340.00 585.00 3,340.00 3,360.00 588.00 3,360.00 3,380.00 592.00 3,380.00 3,400.00 595.00 3,400.00 3,420.00 599.00 3,420.00 3,440.00 602.00 3,440.00 3,460.00 606.00 3,460.00 3,480.00 609.00 3,480.00 3,500.00 613.00 3,500.00 3,520.00 616.00 3,520.00 3,540.00 620.00 3,540.00 3,560.00 623.00 3,560.00 3,580.00 627.00 3,580.00 3,600.00 630.00 3,600.00 3,620.00 634.00 3,620.00 3,640.00 637.00 3,640.00 3,660.00 641.00 3,660.00 3,680.00 644.00 3,680.00 3,700.00 648.00 3,700.00 3,720.00 651.00 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 Apabila gaji melebihi Tetapi tidak melebihi Caruman Pencen Bulanan oleh majikan RM3,720.00 RM3,740.00 RM655.00 3,740.00 3,760.00 658.00 3,760.00 3,780.00 662.00 3,780.00 3,800.00 665.00 3,800.00 3,820.00 669.00 3,820.00 3,840.00 672.00 3,840.00 3,860.00 676.00 3,860.00 3,880.00 679.00 3,880.00 3,900.00 683.00 3,900.00 3,920.00 686.00 3,920.00 3,940.00 690.00 3,940.00 3,960.00 693.00 3,960.00 3,980.00 697.00 3,980.00 4,000.00 700.00 4,000.00 4,020.00 704.00 4,020.00 4,040.00 707.00 4,040.00 4,060.00 711.00 4,060.00 4,080.00 714.00 4,080.00 4,100.00 718.00 4,100.00 4,120.00 721.00 4,120.00 4,140.00 725.00 4,140.00 4,160.00 728.00 4,160.00 4,180.00 732.00 4,180.00 4,200.00 735.00 4,200.00 4,220.00 739.00 4,220.00 4,240.00 742.00 4,240.00 4,260.00 746.00 4,260.00 4,280.00 749.00 4,280.00 4,300.00 753.00 Kumpulan Wang Persaraan Pihak-pihak 23 Berkuasa Berkanun dan Tempatan UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 185 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A496 Akta Kumpulan Wang Persaraan 01-01-1981 Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 1980 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 185 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 185 AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk Panjang Akta A496 01-01-1981 2 Akta A496 01-01-1981 Bahagian II Akta A496 01-01-1981 3-5 Akta A496 01-01-1981 Bahagian III Akta A496 01-01-1981 6-10 Akta A496 01-01-1981 11A Akta A496 01-01-1981 15 Akta A496 01-01-1981 27 Akta A496 01-01-1981 28 Akta A496 01-01-1981 29 Akta A496 01-01-1981 30 Akta A496 01-01-1981 30A Akta A496 01-01-1981 Jadual Pertama Akta A496 01-01-1981
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
185 - AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN TEMPATAN 1977
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in