AI-assisted research summary: This amendment requires federal and state government departments or agencies to seek Majlis advice for certain development proposals, and to submit the proposal with a social impact assessment and any other reports the Majlis specifies.
Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1522 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1522 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Januari 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 16 Januari 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1522 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017. (2) Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. (3) Akta ini mula berkuat kuasa di sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan persetujuan Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri. (4) Akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui pemberitahuan dalam Warta. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1522 Seksyen baharu 20b 2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20a seksyen yang berikut: “Kewajipan untuk mendapatkan nasihat 20b. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 20a, hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan nasihat Majlis mengenai cadangan pemajuan yang berhubungan dengan— (a) apa-apa penebusgunaan pinggir laut tidak termasuk penebusgunaan bagi pembinaan jeti atau pemulihan pantai; dan (b) apa-apa pembinaan infrastruktur utama negara termasuklah— (i) lapangan terbang, pelabuhan laut, pelabuhan darat, rangkaian pengangkutan kereta api, lebuh raya, stesen jana kuasa, empangan dan tapak pembuangan sisa toksik; dan (ii) infrastruktur lain yang berkepentingan negara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis. (2) Bagi maksud mendapatkan nasihat Majlis di bawah subseksyen (1), jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah mengemukakan kepada Majlis cadangan pemajuan itu bersama dengan suatu laporan penilaian impak sosial dan laporan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.”. Pindaan seksyen 21a 3. Seksyen 21a Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut: “(ea) analisis dan langkah-langkah mitigasi bagi impak sosial dan impak lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan;”; dan (b) dengan memotong subseksyen (1a).