AI-assisted research summary: This Act renames Malaysia’s currency unit to the ringgit and defines the sen as its subdivision.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 160 AKTA MATA WANG MALAYSIA (RINGGIT) 1975 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 160 AKTA MATA WANG MALAYSIA (RINGGIT) 1975 Tarikh Perkenan Diraja … … … 21 Ogos 1975 Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... ... 28 Ogos 1975 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1998 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2001 Mata Wang Malaysia (Ringgit) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 160 AKTA MATA WANG MALAYSIA (RINGGIT) 1975 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pindaan 3. Pindaan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 160 Mata Wang Malaysia (Ringgit) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 160 AKTA MATA WANG MALAYSIA (RINGGIT) 1975 Suatu Akta untuk menukar nama unit mata wang Malaysia dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan perkara yang bersampingan dengannya. [29 Ogos 1975] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975. Pindaan 2. (1) Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] dengan ini dipinda— (a) dengan menggantikan seksyen 18 Akta itu dengan seksyen 18 baru yang berikut— “Unit of currency 18. (1) The unit of currency in Malaysia shall be the currency ringgit, which shall be divided into one hundred sen. (2) Upon the coming into force of this section, every contract, sale, payment, bill, note, instrument and security for money and every transaction, dealing, matter and thing whatsoever relating to money or involving the payment of, or the liability to pay, any money which but for this subsection would have been deemed to be 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 160 made, executed, entered into, done and had for, in and in relation to Malaysian dollars shall be deemed instead to be made, executed, entered into, done and had for, in and in relation to ringgit.”; (b) dengan menggantikan perkataan “Malaysian dollar”, “Malaysian dollars”, “dollar” dan “dollars” di mana-mana jua terdapat dalamnya dengan perkataan “ringgit”; dan (c) dengan menggantikan perkataan “cents” di mana-mana jua terdapat dalamnya dengan perkataan “sen”. (2) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, segala sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Malaysian dollar dan cent hendaklah masing-masingnya ditafsirkan sebagai ringgit dan sen. Pindaan 3. Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] dengan ini dipinda— (a) dengan memotong takrif “dollar” dan “cent”; (b) dengan memasukkan takrif “ringgit” yang berikut selepas sahaja takrif “residency”— ‘ “ringgit” means a ringgit in the currency of Malaysia;’; dan (c) dengan memasukkan takrif “sen” yang berikut selepas sahaja takrif “sell”— ‘“sen” means a sen in the currency of Malaysia;’. Mata Wang Malaysia (Ringgit) 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 160 AKTA MATA WANG MALAYSIA (RINGGIT) 1975 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari —TIADA— 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 160 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 160 AKTA MATA WANG MALAYSIA (RINGGIT) 1975 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari —TIADA—
Referenced legislation
- AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 (unresolved)
- Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] (unresolved)
- Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975 (unresolved)