288 - *AKTA LOTERI 1952
This Act makes lottery sponsorship or operation unlawful unless the Minister of Finance grants a permit, and it requires permit conditions, public notices for public lotteries, account keeping, and duty payment.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 288 - *AKTA LOTERI 1952
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
288 - *AKTA LOTERI 1952
AI-assisted research summary: This Act makes lottery sponsorship or operation unlawful unless the Minister of Finance grants a permit, and it requires permit conditions, public notices for public lotteries, account keeping, and duty payment.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 288 AKTA LOTERI 1952 Sebagaimana pada 1 Disember 2013 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Lotteries Act 1952. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA LOTERI 1952 Pertama kali diperbuat … … … 1957 (Ordinan No. 86 tahun 1952) Disemak … … … … … 1983 (Akta 288 m.b.p 18 Ogos 1983) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 288 AKTA LOTERI 1952 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Loteri adalah menyalahi undang-undang melainkan dengan permit Menteri Kewangan 4. Kuasa Menteri Kewangan memberi permit 5. Syarat dalam permit 6. Penyiaran prospektus loteri awam 7. Akaun bagi sesuatu loteri yang dibenarkan hendaklah disimpan 8. Duti ke atas loteri 9. Penalti kerana akaun palsu 10. Penalti kerana menaja loteri tanpa permit atau yang melanggar syarat dalam permit itu 10A. Penalti kerana kesalahan di bawah perenggan 14(d) 11. Kuasa mengeluarkan waran geledah 12. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 13. Pelucuthakan 14. Kuasa Menteri Kewangan membuat peraturan-peraturan 15. Perwakilan kuasa 16. Pemakaian 17. Kecualian 18. Pemakaian 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 288 AKTA LOTERI 1952 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pemberian permit untuk menaja loteri awam dan persendirian bagi maksud kedermawan, agama, pelajaran, kebajikan dan khairat lain, bagi membuat peruntukan untuk melevi cukai ke atas loteri dan perkara lain yang berkaitan dengannya. [30 Disember 1952] Tajuk ringkas 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Loteri 1952. (2) *Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain– “loteri” ertinya sesuatu permainan, cara, skim, atau alat di mana wang atau nilai wang dibahagi-bahagikan atau diuntukkan mengikut sesuatu cara yang bergantung kepada atau ditentukan oleh nasib atau cabutan undi; “loteri awam” ertinya sesuatu loteri yang mana orang ramai atau sesuatu bahagian daripadanya ada atau boleh ada akses; *CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri di Sabah dan Sarawak—lihat Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Rumah Perjudian Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator)) (Peluasan ke Wilayah Persekutuan Labuan) 1991 [P.U. (A) 376/1991] dan Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Rumah Perjudian Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator)) (Peluasan ke Sabah dan Sarawak) 1991 [P.U. (A) 377/1991]. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 288 “loteri persendirian” ertinya sesuatu loteri yang ditaja untuk, dan dalam mana penjualan dan atau pembahagian tiket atau nasib dihadkan kepada anggota sesuatu pertubuhan yang ditubuhkan dan dijalankan bagi maksud yang tidak berkaitan dengan perjudian, pertaruhan atau loteri; “penaja” dalam hal loteri yang ditaja oleh suatu pertubuhan, ertinya setiausaha atau pegawai yang seumpama bagi pertubuhan tersebut dan dalam hal loteri yang ditaja, diadakan, dicabut atau diuruskan di luar Persekutuan, pegawai utama dari cawangan tempatan atau cawangan yang bergabung dengan pertubuhan itu; “pertubuhan” meliputi suatu kelab, institusi, organisasi atau persatuan lain atau sekumpulan orang dengan apa jua nama dipanggil dan meliputi sesuatu cawangan tempatan atau yang bergabung dengan atau bahagian suatu pertubuhan; *“Semenanjung Malaysia” mempunyai makna yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan; “tiket” berhubungan dengan sesuatu loteri atau loteri yang dicadangkan, meliputi sesuatu dokumen yang menjadi keterangan bagi tuntutan seseorang untuk menyertai dalam percubaan nasib dalam suatu loteri. Loteri adalah menyalahi undang-undang melainkan dengan permit Menteri Kewangan 3. Tertakluk kepada seksyen 16, sesuatu loteri yang ditaja atau dijalankan tanpa permit yang diberi oleh Menteri Kewangan di bawah Akta ini atau selain yang menurut Akta ini adalah menyalahi undang-undang. *CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri di Sabah dan Sarawak, tafsiran ini telah dipotong. Loteri 7 Kuasa Menteri Kewangan memberi permit 4. (1) Menteri Kewangan menurut budi bicaranya boleh memberi permit kepada mana-mana orang atau pertubuhan bagi menaja suatu loteri, sama ada awam atau persendirian, bagi maksud mengumpul wang yang akan digunakan dalam membantu sesuatu organisasi, institusi, badan atau perkhidmatan kedermawanan, agama, pelajaran atau kebajikan, atau sesuatu kerja tertentu yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagian daripadanya atau bagi membaiki keadaan sosial atau bagi kemajuan kebajikan masyarakat atau sesuatu bahagian daripadanya dalam apa-apa cara atau cara-cara tertentu atau bagi sesuatu maksud lain yang bersifat khairat: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa wang yang dikumpulkan sedemikian boleh digunakan bagi apa-apa maksud berkaitan dengan agama Islam: Dengan syarat selanjutnya bahawa jika suatu loteri persendirian ditaja oleh suatu pertubuhan yang matlamatnya lebih banyak bersifat sosial atau kesukanan, maksud yang mana wang itu dikumpulkan boleh meliputi memajukan matlamat pertubuhan tersebut. (2) Permit tersebut boleh diberi sama ada berkenaan dengan suatu loteri tertentu atau berkenaan dengan suatu siri atau bilangan loteri yang akan ditaja alam sesuatu tempoh masa sebagaimana ditentukan oleh Menteri Kewangan dalam permit itu. (3) Permohonan bagi mendapatkan permit di bawah Akta ini hendaklah dibuat dengan apa-apa cara dan bentuk yang ditetapkan. (4) Menteri Kewangan, pada bila-bila masa, boleh menarik balik permit yang telah diberi di bawah seksyen ini, atau menambah kepada, mengubah atau memotong sesuatu syarat yang dikenakan dalam permit tersebut. (5) Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Menteri Kewangan yang menolak atau menarik balik mana-mana permit atau mengenakan sesuatu syarat dalam memberi suatu permit boleh 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 288 merayu kepada Yang di-Pertuan Agong yang mana keputusannya adalah muktamad. Syarat dalam permit 5. (1) Dalam memberi suatu permit di bawah Akta ini Menteri Kewangan boleh mengenakan sesuatu syarat yang berhubungan dengan penajaan dan perjalanan suatu loteri sebagaimana difikirkannya patut, tetapi dalam semua hal syarat yang berikut hendaklah dikenakan, iaitu— (a) tiada apa-apa keuntungan boleh terakru kepada seseorang individu dari penajaan loteri itu; dan (b) kesemua hasil loteri itu, selepas ditolak apa-apa kos, caj, perbelanjaan dan ganti bayaran lain yang boleh dibenarkan dalam permit itu, hendaklah digunakan bagi maksud loteri itu ditaja. (2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberi kepadanya oleh subseksyen (1) Menteri Kewangan, dalam memberi sesuatu permit di bawah Akta ini, boleh mengenakan syarat menetapkan— (a) peratus hasil kasar yang dikumpulkan oleh loteri tersebut yang akan dibahagi-bahagikan sebagai hadiah, dan kadar dalam mana sesuatu jumlah wang akan diuntukkan di antara hadiah individu; (b) bilangan tiket atau nasib yang ditawarkan untuk jualan dalam loteri tersebut dan harga dan peringkat nilai tiket atau nasib tersebut; (c) amaun komisen yang dikenakan ke atas penjualan tiket atau nasib tersebut; (d) orang yang olehnya, cara dalam mana dan tempat di mana tiket atau nasib boleh dijual atau dibahagi-bahagikan, dan Loteri 9 orang atau kelas orang yang kepadanya tiket atau nasib boleh dijual atau dibahagi-bahagikan; (e) masa, tempat dan cara bagaimana pemegang hadiahnya akan ditentukan; (f) tarikh pembukaan dan penutup bagi jualan atau pembahagian tiket atau nasib dalam loteri tersebut; (g) syarat yang tertakluk kepadanya sesuatu tiket atau nasib boleh ditawarkan untuk jualan; (h) cara bagaimana loteri tersebut boleh diiklankan; (i) kos, caj dan perbelanjaan yang boleh ditolak oleh penaja loteri tersebut daripada wang yang dikumpulkan oleh loteri tersebut. Penyiaran prospektus loteri awam 6. Penaja suatu loteri awam, atas penajaan loteri tersebut, hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta atau dengan sesuatu cara lain sebagaimana diarahkan oleh Menteri Kewangan, suatu prospektus loteri tersebut yang menyatakan- (a) maksud am atau khas yang baginya wang yang dikumpulkan akan digunakan; (b) amaun dan bilangan hadiah yang ditawarkan di dalamnya; (c) bilangan tiket atau nasib di dalamnya yang ditawarkan untuk jualan dan harga dan peringkat nilai tiket atau nasib tersebut; (d) tarikh pembukaan dan penutup bagi jualan atau pembahagian tiket atau nasib di dalamnya; 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 288 (e) masa, tempat dan cara bagaimana pemenang hadiah di dalamnya akan ditentukan; (f) syarat yang tertakluk kepadanya sesuatu tiket atau nasib di dalamnya akan ditawarkan untuk jualan dan menurut mana loteri tersebut akan dijalankan; (g) apa-apa perkara lain sebagaimana diarahkan oleh Menteri Kewangan. Akaun bagi sesuatu loteri yang dibenarkan hendaklah disimpan 7. (1) Penaja sesuatu loteri hendaklah menyimpan apa-apa buku akaun sebagaimana ditetapkan berkenaan dengan loteri tersebut dan hendaklah memasukkan ke dalamnya akaun yang betul dan teratur mengenai semua wang yang diterima olehnya berkenaan dengan loteri tersebut dan semua kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung olehnya dalam menaja loteri tersebut. (2) Penaja sesuatu loteri, jika dikehendaki berbuat demikian oleh Menteri Kewangan melalui notis bertulis, hendaklah mengemukakan untuk diperiksa dalam sesuatu masa sebagaimana ditentukan dalam notis itu buku akaun yang tersebut dalam subseksyen (1) dan apa-apa baucar dan dokumen lain berhubungan dengan loteri dan, pada bila-bila masa yang munasabah, hendaklah memberi semua kemudahan yang perlu kepada seseorang yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri Kewangan untuk memeriksa dan mengaudit buku tersebut. (3) Penaja sesuatu loteri, dalam masa tiga bulan dari tarikh bila pemenang hadiah dalam sesuatu loteri ditentukan atau dalam sesuatu masa yang dilanjutkan sebagaimana dibenarkan oleh Menteri Kewangan, hendaklah menyediakan suatu akaun lengkap berkenaan dengan loteri tersebut yang menunjukkan jumlah amaun yang dikumpulkannya, amaun hadiah dan komisen yang dibayar dan semua kos, caj dan perbelanjaan lain yang ditanggung oleh penaja dalam menaja dan menjalankan loteri tersebut, dan cara pelupusan Loteri 11 hasil loteri yang tinggal selepas semua ganti bayaran tersebut sebagaimana tersebut dahulu. (4) Setiap akaun sedemikian hendaklah diaudit oleh seorang juruaudit yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri Kewangan. (5) Suatu salinan akaun tersebut yang telah diaudit dengan sewajarnya hendaklah dikemukakan dengan serta-merta oleh penaja kepada Menteri Kewangan yang boleh meluluskan, tidak membenarkan atau mengurangkan sesuatu butiran kos, caj atau perbelanjaan yang ditunjukkan di dalamnya dan dalam hal loteri awam, penaja hendaklah menyiarkan akaun itu, sebagaimana diluluskan, dengan apa-apa cara sebagaimana diarahkan oleh Menteri Kewangan. (6) Penaja sesuatu loteri yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini hendaklah disifatkan telah menaja atau menjalankan suatu loteri berlawanan dengan Akta ini. Duti ke atas loteri 8. (1) Suatu duti hendaklah dikenakan ke atas jumlah amaun yang dikumpul oleh penaja sesuatu loteri sebagaimana ditunjukkan dalam akaun yang dikehendaki dibuat dan sebagaimana diluluskan akhirnya oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 7, yang dutinya adalah sedemikian peratus daripada jumlah amaun tersebut sebagaimana ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta: Dengan syarat bahawa Menteri Kewangan boleh mengecualikan kesemua atau sebahagian daripada pembayaran duti sesuatu loteri tersebut atau kelas loteri kesemua atau sebahagian daripada hasil yang mana akan digunakan untuk perkhidmatan sosial dan kebajikan atau bagi maksud kedermawanan atau khairat atau bagi sesuatu maksud lain sebagaimana diluluskan oleh Menteri Kewangan. (2) Duti tersebut hendaklah dibayar oleh penaja loteri itu: 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 288 Dengan syarat bahawa jika suatu loteri ditaja oleh suatu pertubuhan dan penaja mungkir membayar duti atau sesuatu bahagian daripadanya pemegang jawatan pertubuhan itu dan pertubuhan itu sendiri adalah bertanggungan bersesama dan berasingan terhadap pembayaran sesuatu amaun yang kena dibayar berkenaan dengan duti itu. (3) Duti sedemikian hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan dan boleh didapatkan kembali dengan sesuatu jalan dan cara yang sedang berkuat kuasa bagi mendapatkan kembali hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan. Penalti kerana akaun palsu 9. Jika penaja sesuatu loteri, dengan niat untuk melarikan duti yang dikenakan di bawah Akta ini, menyediakan suatu akaun menurut subseksyen 7(1) yang mana adalah palsu dalam mana-mana butir yang material, dia melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau empat kali amaun duti yang kena dibayar, yang mana lebih tinggi. Penalti kerana menaja loteri tanpa permit atau yang melanggar syarat dalam permit 10. (1) Seseorang yang menaja atau menjalankan sesuatu loteri tanpa mempunyai dalam miliknya suatu permit yang sah atau berlanggaran dengan Akta ini atau selainnya dari menurut terma dan syarat permit yang diberi berkenaan dengan loteri tersebut melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya. (2) Seseorang yang bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang ditetapkan dalam subseksyen (1). Loteri 13 Penalti kerana kesalahan di bawah perenggan 14(d) 10A. Seseorang yang tidak mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 14(d) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya. Kuasa mengeluarkan waran geledah 11. Seseorang Majistret, jika berpuas hati dengan maklumat atas sumpah bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa sesuatu premis sedang digunakan bagi maksud melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya berkaitan dengan suatu loteri atau loteri yang dicadangkan, boleh memberi waran yang ditandatanganinya membenarkan mana-mana pegawai polis pada bila-bila masa atau masa-masa dalam tempoh satu bulan dari tarikh itu untuk memasuki, jika perlu dengan paksa, premis tersebut dan setiap bahagiannya, dan mencari dan menyita dan mengambil apa-apa dokumen, wang atau barang bernilai atau apa-apa mesin yang dikendalikan dengan kuasa elektrik atau dengan tangan atau alat lain yang dijumpai di dalamnya yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk menyangka berada di premis itu bagi sesuatu maksud yang adalah suatu pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Akta ini berhubungan dengan loteri. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 12. Jika seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini adalah suatu pertubuhan perbadanan, setiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah seorang pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu adalah juga disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 288 Pelucuthakan 13. Dalam apa-apa pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan sesuatu barang yang dibuktikan sebagai hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada seseorang yang disabitkan. Kuasa Menteri Kewangan membuat peraturan-peraturan 14. Menteri Kewangan boleh membuat peraturan-peraturan— (a) menetapkan sesuatu yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini; (b) memperuntukkan cara bagaimana duti yang dikenakan di bawah Akta ini kena dibayar, termasuk pembayaran dengan cara setem atas tiket dan pembayaran akan dibuat pada masa tiket itu ditandakan atau diterakan oleh pegawai yang ditentukan dalam peraturan-peraturan tersebut; (c) menetapkan apa-apa perkara lain yang mungkin perlu bagi maksud menjalankan maksud Akta ini; (d) menetapkan atau melarang pemilikan mesin yang dikendalikan dengan kuasa elektrik atau kuasa jentera atau apa-apa alat yang digunakan bagi menaja suatu loteri Perwakilan kuasa 15. Menteri Kewangan boleh mewakilkan penggunaan semua atau mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini kepada mana-mana orang atau seseorang sebagaimana difikirkannya patut. Loteri 15 Pemakaian 16. Akta ini tidak terpakai kepada— (a) loteri yang ditaja oleh Lembaga Loteri Perkhidmatan Sosial dan Kebajikan, di bawah *Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Sosial dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252]; (b) ambil tagan yang terlibat dalam Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948 [Akta 201]. Kecualian 17. Tiada apa-apa loteri yang mana suatu lesen telah diberi di bawah Akta ini boleh disifatkan suatu loteri awam bagi maksud sesuatu undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan atau mana-mana bahagian daripadanya berhubungan dengan rumah judi awam. Pemakaian 18. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini terpakai kepada sesuatu loteri yang sedang berjalan pada tarikh berkuat kuasanya Akta ini, dengan syarat bahawa notis mengenainya diberi kepada Menteri Kewangan dalam masa dua bulan selepas tarikh tersebut. *CATATAN—Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Sosial dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252] telah dimansuhkan oleh Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Sosial dan Kebajikan (Pembubaran) 1991 [Akta 470]–lihat seksyen 3 Akta 470. 16 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 288 AKTA LOTERI 1952 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari L.N. 113/1956 Perintah Menteri Kewangan 1956 02-04-1956 P.U. 332/1958 Perintah Perlembagaan 13-11-1958 Persekutuan (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Proklamasi) 1958 Akta 65 Akta Cukai Perjudian 1972 01-03-1972 Akta A133 Akta Loteri (Pindaan) 1972 07-07-1972 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975 Akta A354 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976 27-08-1976 17 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 288 AKTA LOTERI 1952 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 8 Akta 65 01-03-1972 10 Akta A133 07-07-1972 10A Akta A133 07-07-1972 11 Akta A133 07-07-1972 13 Akta A133 07-07-1972 14 Akta A133 07-07-1972
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
288 - *AKTA LOTERI 1952
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in