A1500 - AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015
This Act amends the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007, including commencement by Ministerial notice, new committee and council powers, work permission for protected persons, and court orders for compensation and unpaid wages.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1500 - AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1500 - AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015
AI-assisted research summary: This Act amends the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007, including commencement by Ministerial notice, new committee and council powers, work permission for protected persons, and court orders for compensation and unpaid wages.
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan 1 Migran (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1500 AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1500 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 26 Oktober 2015 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 2 November 2015 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan 3 Migran (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1500 AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015 Suatu Akta untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2015. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 2 2. Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan menggantikan noktah di hujung takrif “premis” dengan koma bernoktah dan memasukkan selepas takrif itu takrif yang berikut: ‘ “tempat perlindungan” ertinya tempat perlindungan yang telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah subseksyen 42(1) Akta ini.’. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1500 Pindaan seksyen 6 3. Subseksyen 6(2) Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perenggan (c); (b) dengan memasukkan selepas perenggan (l), perenggan yang berikut: “(la) Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, atau wakilnya; (lb) Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau wakilnya; (lc) Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, atau wakilnya; (ld) Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Sabah, atau wakilnya; (le) Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, atau wakilnya;”; dan (c) dengan menggantikan perenggan (m) dengan perenggan yang berikut: “(m) seorang wakil Kementerian yang berikut: (i) Kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri; (ii) Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertahanan; (iii) Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan; (iv) Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan belia dan sukan; (v) Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri; Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan 5 Migran (Pindaan) (vi) Kementerian yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan komoditi;”. Bahagian baru Ia 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian I Bahagian yang berikut: “Bahagian Ia JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI Jawatankuasa Peringkat Tertinggi 5a. (1) Suatu Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada Menteri bagi Kementerian yang merupakan anggota Majlis. (2) Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah dipengerusikan oleh Menteri. Mesyuarat Jawatankuasa 5b. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah bermesyuarat dengan seberapa kerap yang perlu. Fungsi Jawatankuasa 5c. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah menimbang teliti dan memutuskan syor yang dibuat oleh Majlis.”. Pindaan seksyen 7 5. Subseksyen 7(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong perkataan “dan” yang terdapat di hujung perenggan (j); dan 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1500 (b) dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut: “(ja) membayar apa-apa elaun, tertakluk kepada ketersediaan wang, kepada orang yang diperdagangkan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis; dan”. Pindaan seksyen 11 6. Seksyen 11 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen itu sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(2) Setiausaha Majlis hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan dan fungsi yang berhubungan dengan Majlis sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.”. Pindaan seksyen 42 7. Subseksyen 42(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “, pemberitahuan dalam Warta,”. Pindaan seksyen 43 8. Seksyen 43 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “, pemberitahuan dalam Warta,” dan perkataan “dalam pemberitahuan itu”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Menteri boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Menteri untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan seorang Pegawai Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan 7 Migran (Pindaan) Pelindung di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan.”. Pindaan seksyen 44 9. Subseksyen 44(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat belas hari” dengan perkataan “dua puluh satu hari”. Pindaan seksyen 51 10. Seksyen 51 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “empat belas hari” dengan perkataan “dua puluh satu hari”; dan (b) dalam subperenggan (3)(a)(i), dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga bulan”. Seksyen baru 51a 11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 51 seksyen yang berikut: “Kebenaran bagi orang yang diperdagangkan untuk bergerak bebas dan untuk bekerja 51a. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 66, mana-mana orang yang kepadanya perintah perlindungan interim telah diberi, atau mana-mana orang yang diperdagangkan yang kepadanya Perintah Perlindungan telah diberi, boleh diberikan kebenaran oleh Majlis— (a) untuk bergerak bebas; atau (b) untuk diambil bekerja, bertugas atau berkontrak dengan untuk menjalankan kerja dalam apa-apa pekerjaan semasa tempoh perintah perlindungan interim atau Perintah Perlindungan, mengikut mana-mana yang berkenaan. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1500 (2) Seseorang warganegara asing yang diberikan kebenaran untuk bekerja di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk kepada mana-mana sekatan dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan yang berhubungan dengan pekerjaan warganegara asing di Malaysia.”. Pindaan seksyen 52 12. Seksyen 52 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Pada bila-bila masa semasa tempoh Perintah Perlindungan dibuat di bawah subperenggan 51(3)(a)(ii), jika” dengan perkataan “Jika”; dan (b) dalam subsekyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “ditempatkan,” perkataan “atau kepada pegawai penguat kuasa yang menyiasat hal keadaan kes seseorang orang yang diperdagangkan,”. Pindaan seksyen 54 13. Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 54(1)(b) dengan perenggan yang berikut: “(b) dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara asing yang mempunyai dokumen yang sah dan telah diambil bekerja, melepaskan orang yang diperdagangkan itu, atau dalam apa-apa hal lain sebagaimana yang boleh ditetapkan, melepaskan orang itu kepada pegawai imigresen untuk dihantar balik ke negara asalnya mengikut mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan imigresen.”. Seksyen baru 65a 14. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 65 seksyen yang berikut: “Pekhidmat awam 65a. Tiap-tiap Pegawai Pelindung, semasa menunaikan kewajipannya sebagai Pegawai Pelindung itu di bawah Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan 9 Migran (Pindaan) Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].”. Pindaan seksyen 66 15. Subseksyen 66(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) untuk menetapkan kelayakan, syarat, tatacara atau apa- apa perkara lain yang berhubungan dengan pemberian kebenaran untuk bergerak bebas dan untuk bekerja di bawah seksyen 51a;”. Seksyen baru 66a dan 66b 16. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 66 seksyen yang berikut: “Perintah pembayaran pampasan kepada orang yang diperdagangkan 66a. (1) Mahkamah yang di hadapannya tertuduh disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh membuat suatu perintah bagi pembayaran oleh orang yang telah disabitkan bagi suatu jumlah yang akan ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada orang yang diperdagangkan. (2) Berhubung dengan perintah pembayaran pampasan, subseksyen 426(1a), (1B), (1c) dan (1d) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai. (3) Bagi maksud pembayaran pampasan, seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai. (4) Perintah pembayaran pampasan di bawah seksyen ini tidak menghalang permulaan apa-apa tindakan sivil di Mahkamah oleh orang yang diperdagangkan itu terhadap orang yang telah disabitkan. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1500 Perintah pembayaran gaji tertunggak dalam hal tiada sabitan 66b. (1) Dalam hal tiada sabitan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, jika pembayaran gaji adalah tertunggak kepada orang yang dikatakan diperdagangkan, Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah pembayaran gaji yang tertunggak bagi suatu jumlah yang akan ditetapkan oleh Mahkamah kepada orang yang dikatakan diperdagangkan dengan permohonan Pendakwa Raya setelah suatu inkuiri dijalankan oleh Mahkamah. (2) Bagi maksud menentukan jumlah gaji yang tertunggak, Mahkamah hendaklah menjalankan suatu inkuiri dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh keputusan itu untuk menentukan perintah di bawah subseksyen (1). (3) Bagi maksud subseksyen (2), apa-apa keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan oleh Mahkamah untuk menentukan pembayaran gaji yang tertunggak. (4) Bagi maksud pembayaran gaji yang tertunggak di bawah subseksyen (1), seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.”. Kecualian 17. Pindaan Akta ini tidaklah menjejaskan apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta yang dipinda itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa pindaan ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1500 - AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2015
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in