AI-assisted research summary: This Act amends the Trade Descriptions Act 2011 and starts on a date fixed by the Minister in the Gazette.
Perihal Dagangan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1607 AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1607 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 24 November 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Disember 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perihal Dagangan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1607 AKTA PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Perihal Dagangan 2011. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perihal Dagangan (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memotong takrif “Pendaftar”. Pemotongan seksyen 4 3. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 4. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1607 Pindaan seksyen 5 4. Subseksyen 5(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “6 hingga 11” dengan perkataan “6, 7 dan 10”. Pindaan seksyen 6 5. Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Tanpa menjejaskan seksyen 8, suatu” dengan perkataan “Suatu”. Pemotongan seksyen 8 6. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 8. Pemotongan seksyen 9 7. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 9. Pemotongan seksyen 11 8. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 11. Pindaan seksyen 12 9. Seksyen 12 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 6 dan 8” dengan perkataan “seksyen 6”. Pemotongan seksyen 39 10. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 39. Kecualian dan peralihan 11. (1) Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. Perihal Dagangan (Pindaan) 5 (2) Apa-apa perintah perihal dagangan yang dibuat di bawah Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga perintah perihal dagangan itu habis tempoh.