A1747 - AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2025
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This amendment Act updates Syariah civil procedure rules, including remote communication hearings, representation by Syarie lawyers, witness arrangements, and the court’s power to hear matters in closed session.
Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1 (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1747 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1747 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 5 Februari 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 20 Februari 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Tatacara Mal Mahkamah Syariah 3 (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1747 AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 3 2. Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 [Akta 585], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(1)— (a) dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “Registrar”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan koma bernoktah; dan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1747 (b) d e n g a n m e m a s u k k a n s e l e p a s t a k r i f “penghutang penghakiman” takrif yang berikut: ‘ “teknologi komunikasi jarak jauh” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 40a Akta Pentadbiran;’. Penggantian seksyen 34 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 34 dengan seksyen yang berikut: “Wakalah 34. (1) Pelantikan seseorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian sebelum Peguam Syarie itu memulakan apa-apa tindakan bagi pihak orang yang melantiknya itu. (2) Pelantikan dan penerimaan pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam Borang MS 5 dan hendaklah difailkan di Mahkamah.”. Pindaan seksyen 100 4. Seksyen 100 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “dalam Mahkamah terbuka” perkataan “atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh”. Pindaan seksyen 109 5. Seksyen 109 Akta ibu dipinda— (a) dalam nota birai, dengan memasukkan selepas perkataan “banduan” perkataan “atau orang yang ditahan”; (b) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “penjara” perkataan “atau ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang merupakan saksi atau pihak dalam sesuatu prosiding,”; dan Tatacara Mal Mahkamah Syariah 5 (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “saksi dalam jagaan selamat” dengan perkataan “orang yang disebut dalam subseksyen (1)”. Pindaan seksyen 119 6. Seksyen 119 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa kausa atau perkara atau mana-mana bahagiannya secara tertutup jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keadilan, kesejahteraan awam, keselamatan awam atau kesusilaan, atau bagi sebab lain yang mencukupi.”. Pindaan seksyen 247 7. Subseksyen 247(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) tatacara dan amalan mengenai prosiding yang dijalankan di mana-mana tempat lain selain Mahkamah atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh;”. Pindaan Jadual Ketiga 8. Jadual Ketiga kepada Akta ibu dipinda— (a) dalam Borang MS 3, dengan menggantikan perkataan “defendan” dengan perkataan “responden”; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1747 (b) dalam Borang MS 5, dengan memotong perkataan “Di hadapan saya, ................................... Hakim/Pendaftar”; (c) dalam Borang MS 24— (i) dalam kepala Borang MS 24, dengan menggantikan perkataan “DI DALAM PENJARA” dengan perkataan “*DIKURUNG DI DALAM PENJARA/DITAHAN DI BAWAH MANA-MANA UNDANG-UNDANG BERTULIS”; (ii) dalam perenggan 1, dengan menggantikan perkataan “banduan yang dikurung di penjara/ tempat tahanan” dengan perkataan “*orang yang dikurung di dalam penjara/ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis”; (iii) dalam perenggan 3, dengan memotong perkataan “di bawah seksyen 30 Akta Penjara 1995”; dan (iv) dengan menggantikan perkataan “Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26).” dengan perkataan “Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26). *Potong jika tidak berkenaan.”; dan (d) dalam Borang MS 25— (i) dalam kepala Borang MS 25, dengan menggantikan perkataan “DI DALAM PENJARA” dengan perkataan “*DIKURUNG DI DALAM PENJARA/DITAHAN DI BAWAH MANA-MANA UNDANG-UNDANG BERTULIS”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “seorang banduan di .....................................” dengan perkataan “*orang yang dikurung di dalam ..................../ditahan di ....................”.