507 - *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993
This Act lets the Minister license slaughterhouse operators, and requires licensed operators to meet standards, stay sanitary, and comply with licence conditions.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 507 - *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
507 - *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993
AI-assisted research summary: This Act lets the Minister license slaughterhouse operators, and requires licensed operators to meet standards, stay sanitary, and comply with licence conditions.
UNDANG - UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 507 AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … … 8 September 1993 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 16 September 1993 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 507 AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II LESEN UNTUK MENGENDALIKAN RUMAH PENYEMBELIHAN, PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN LESEN 3. Kuasa Menteri untuk memberi lesen untuk mengendalikan rumah penyembelihan 4. Penggantungan atau pembatalan lesen atas pelanggaran syarat lesen 5. Penggantungan atau pembatalan lesen atas pelanggaran Akta atau kaedah-kaedah BAHAGIAN III TUGAS PENGENDALI BERLESEN 6. Tugas am pengendali berlesen 7. Pengemukaan laporan, akaun, maklumat statistik, dsb. 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 507 BAHAGIAN IV CAJ DAN FI Seksyen 8. Kuasa pengendali berlesen untuk memungut caj dan fi 9. Pengemukaan memorandum bagi perubahan pada caj dan fi yang sedia ada 10. Kuasa Menteri untuk membuat pindaan kepada kaedah-kaedah berkenaan dengan perubahan pada caj dan fi BAHAG1AN V KAEDAH-KAEDAH, PENALTI AM, KESALAHAN OLEH PERTUBUHAN PERBADANAN DAN PENJALANAN PENDAKWAAN 11. Kaedah-kaedah 12. Penalti am 13. Kesalahan dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 14. Penjalanan pendakwaan BAHAGIAN VI PELBAGAI 15. Kuasa, fungsi dan tugas Ketua Pengarah 16. Kuasa pemeriksaan Ketua Pengarah 17. Kuasa khas semasa darurat 18. Penyampaian notis 19. Pengesahan 20. Orang yang disifatkan sebagai pemegang lesen JADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 507 AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993 Suatu Akta bagi memudahkan penswastaan rumah penyembelihan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 Disember 1993, P.U. (B) 595/1993] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Akta ini hendaklah terpakai bagi seluruh Malaysia. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan yang dilantik di bawah seksyen 3 Ordinan Haiwan 1953 [Ord.17 tahun 1963] dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen yang sama; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 507 “lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian II; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kawalan rumah penyembelihan; “pengendali berlesen” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilesenkan di bawah Bahagian II untuk mengendalikan rumah penyembelihan; “rumah penyembelihan” ertinya mana-mana tempat, dengan kemudahan yang sepatutnya untuk pemeriksaan daging, bagi menyembelih haiwan yang ditentukan dalam Jadual; “untuk mengendalikan” ertinya untuk membina atau untuk menguruskan rumah penyembelihan atau untuk mengadakan perkhidmatan rumah penyembelihan. BAHAGIAN II LESEN UNTUK MENGENDALIKAN RUMAH PENYEMBELIHAN, PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN LESEN Kuasa Menteri untuk memberi lesen untuk mengendalikan rumah penyembelihan 3. (1) Menteri boleh memberi lesen kepada mana-mana orang atau kumpulan orang yang tender atau cadangannya untuk mengendalikan rumah penyembelihan telah diterima oleh Kerajaan. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan— (a) tempoh lesen itu; (b) fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen; (c) tugas tertentu pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan yang akan diadakan olehnya; dan (d) apa-apa perkara atau syarat lain sebagaimana yang Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 7 difikirkan patut oleh Menteri. (3) Pengeluaran sesuatu lesen kepada mana-mana orang atau kumpulan orang di bawah subseksyen (1) hendaklah tidak mengenakan apa-apa liabiliti ke atas Kerajaan Malaysia bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran orang atau kumpulan orang itu. Penggantungan atau pembatalan lesen atas pelanggaran syarat lesen 4. (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa seorang pengendali berlesen melanggar, atau telah melanggar dan berkemungkinan melanggar lagi, mana-mana syarat lesennya, Ketua Pengarah boleh memberi notis secara bertulis kepada pengendali berlesen itu yang mengkehendakinya supaya ia mematuhi syarat itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis. (2) Jika, apabila tamat tempoh yang ditetapkan dalam notis itu, pengendali berlesen itu tidak mematuhi syarat yang disebutkan dalamnya, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu laporan mengenai kegagalan oleh pengendali berlesen itu dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang difikirkan sesuai patut oleh Ketua Pengarah. (3) Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu, atau pelanggaran yang dibimbangkan itu, bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dan pengendali berlesen itu telah enggan untuk mengambil atau belum mengambil segala langkah yang ternyata perlu kepada Menteri adalah perlu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang berkenaan, Menteri boleh memberi notis kepada pengendali berlesen itu yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendali dan notis hendaklah juga menyatakan— (a) syarat lesen yang telah dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 507 (b) tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan setelah menimbang apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu, jika ada, Menteri hendaklah memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut. (5) Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis itu disampaikan kepada pengendali berlesen itu. (6) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif. Penggantungan atau pembatalan lesen atas pelanggaran Akta atau kaedah-kaedah 5. (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa seorang pengendali berlesen telah melanggar atau telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat bawahnya, dia hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu laporan mengenai pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh pengendali berlesen itu. (2) Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran atau ketidakpatuhan itu bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dia hendaklah memberi kepada pengendali berlesen itu suatu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendali berlesen itu dan notis itu hendaklah juga menyatakan— Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 9 (a) peruntukan Akta atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya yang telah dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan (b) tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu, jika ada, Menteri hendaklah memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut. (4) Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis tersebut disampaikan kepada pengendali berlesen itu. (5) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif. BAHAGIAN III TUGAS PENGENDALI BERLESEN Tugas am pengendali berlesen 6. (1) Menjadi kewajipan seorang pengendali berlesen untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang diadakan olehnya memenuhi standard prestasi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 15 (2). (2) Seorang pengendali berlesen hendaklah memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap kecekapan, keekonomian dan keselamatan pengendalian berkenaan dengan perkhidmatan yang diadakan olehnya dan hendaklah, pada setiap masa, memastikan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 507 bahawa kendaliannya dijalankan di bawah keadaan bersih. Pengemukaan laporan, akaun, maklumat statistik, dsb. 7. (1) Menteri boleh menghendaki seseorang pengendali berlesen— (a) mengemukakan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah— (i) suatu laporan mengenai kendaliannya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan Kerajaan membuat suatu penilaian berdasarkan maklumat tentang kendalian itu; dan (ii) kunci kira-kira dan akaun untung rugi tahunannya yang telah diaudit dan laporan juruaudit dan pengarahnya; (b) mengemukakan kepada Ketua Pengarah— (i) apa-apa maklumat statistik berhubungan dengan kendaliannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan dari semasa ke semasa; (ii) ramalannya tentang bilangan haiwan yang akan disembelih bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan, dan ramalan itu hendaklah dalam apa- apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa; dan (iii) rancangan pembangunan masa depan berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang mesti diadakan olehnya di bawah syarat lesen. (2) Ketua Pengarah boleh menghendaki seseorang pengendali berlesen untuk mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 11 cara penjelasan, penghuraian atau selainnya berkenaan dengan apa- apa laporan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengendali berlesen itu di bawah subseksyen (1) dan maklumat itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah. BAHAGIAN IV CAJ DAN FI Kuasa pengendali berlesen untuk memungut caj dan fi 8. Walau apa pun peruntukan Akta ini atau Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61], semua caj dan fi yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat menurut perenggan 11(2)(f) bagi mengadakan perkhidmatan rumah penyembelihan hendaklah dipungut oleh dan menjadi sebahagian daripada pendapatan pengendali berlesen. Pengemukaan memorandum bagi perubahan pada caj dan fi yang sedia ada 9. (1) Seseorang pengendali berlesen boleh mengemukakan kepada Menteri bagi kelulusannya suatu memorandum yang mengandungi cadangan bagi apa-apa perubahan pada caj dan fi yang sedia ada yang ditetapkan di bawah perenggan 11(2)(f). (2) Menteri hendaklah menimbangkan memorandum yang dikemukakan itu dalam masa enam bulan dari pengemukaannya. (3) Menteri boleh— (a) meluluskan memorandum itu tertakluk kepada apa-apa ubah suaian kepada cadangan yang terkandung dalam memorandum itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar; (b) menolak memorandum itu. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 507 (4) Jika Menteri menolak memorandum itu, pengendali berlesen itu boleh, jika terdapat perubahan dalam hal keadaan berhubungan dengan cadangan dalam memorandum itu, memohon kepada Menteri untuk suatu kajian semula: Dengan syarat bahawa permohonan untuk kajian semula itu hendaklah dibuat sebelum tamatnya tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis penolakan memorandum itu. (5) Menteri hendaklah menimbang permohonan untuk kajian semula dalam masa tiga bulan dari pengemukaannya. Menteri hendaklah membuat pindaan kepada kaedah-kaedah berkenaan dengan perubahan pada caj dan fi 10. Jika Menteri meluluskan sesuatu memorandum, dengan atau tanpa apa-apa ubah suaian, dia hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membuat pindaan yang perlu kepada kaedah yang dibuat menurut perenggan 11(2)(f) berkenaan dengan perubahan pada caj dan fi yang sedia ada. BAHAGIAN V KAEDAH-KAEDAH, PENALTI AM, KESALAHAN OLEH PERTUBUHAN PERBADANAN DAN PENJALANAN PENDAKWAAN Kaedah-kaedah 11. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, membuat apa-apa kaedah sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan atau mencapai matlamat dan maksud Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat— (a) untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan oleh Ketua Pengarah tentang apa-apa projek yang dijalankan oleh seseorang pengendali berlesen untuk memajukan dan membangunkan kemudahan dan perkhidmatan di mana- Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 13 mana rumah penyembelihan; (b) untuk mengadakan peruntukan bagi reka bentuk dan spesifikasi rumah penyembelihan yang baru; (c)untuk mengawal selia penggunaan selamat rumah penyembelihan dan premis yang di bawah kawalan seseorang pengendali berlesen; (d) untuk mengadakan peruntukan bagi kebersihan rumah penyembelihan dan premis dalam kawasan rumah penyembelihan, dan untuk mencegah pencemaran kawasan sekeliling; (e) untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan orang yang bekerja dalam sesuatu rumah penyembelihan; (f) untuk menetapkan apa-apa fi atau caj sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini; (g) untuk memastikan kawalan yang sepatutnya ke atas penyembelihan haiwan; dan (h) secara amnya untuk memberi kuat kuasa kepada peruntukan Akta ini. Penalti am 12. Mana-mana pengendali berlesen yang melanggar atau gagal mematuhi apa-apa syarat lesen atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Kesalahan dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 13. Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana- 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 507 mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan (sama ada pertubuhan perbadanan itu telah didakwa atau tidak), tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan bersalah alas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan kes itu. Penjalanan pendakwaan 14. Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai atau pekhidmat Kerajaan yang diberi kuasa secara khusus bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah. BAHAGIAN VI PELBAGAI Kuasa, fungsi dan tugas Ketua Pengarah 15. (1) Ketua Pengarah hendaklah, sebagai tambahan kepada kuasa yang diberikan dan fungsi dan tugas yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana undang-undang bertulis, menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan pengadaan perkhidmatan rumah penyembelihan dan pengurusan kemudahan rumah penyembelihan oleh seseorang pengendali berlesen. (2) Ketua Pengarah hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melalui kaedah-kaedah, menetapkan apa-apa standard prestasi mengenai pengadaan perkhidmatan rumah penyembelihan yang, pada pendapatnya, patut dicapai oleh seseorang pengendali berlesen Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 15 Kuasa pemeriksaan Ketua Pengarah 16. Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehnya secara bertulis boleh, bagi maksud Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, memasuki mana-mana premis yang diduduki oleh seseorang pengendali berlesen untuk meneliti dan memeriksa keadaan premis itu atau mana-mana bangunan atau kemudahan di dalamnya. Kuasa khas semasa darurat 17. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlakunya apa-apa wabak penyakit, kekacauan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang menimbulkan keadaan darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa kepada Menteri untuk— (a) menggantung lesen seseorang pengendali berlesen dan mengambil milik sementara mana-mana rumah penyembelihan seseorang pengendali berlesen; (b) menarik balik sama ada sebahagian atau keseluruhan penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan rumah penyembelihan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya. (2) Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberi kuasa kepada Menteri atau mana-mana pegawai lain yang bekerja dengan Kerajaan untuk mengendalikan rumah penyembelihan yang diambil milikan di bawah perenggan (1)(a). (3) Pengendali berlesen hendaklah memberi segala bantuan yang perlu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Menteri atau mana- mana pegawai yang diberi kuasa untuk mengendalikan rumah penyembelihan di bawah subseksyen (2). (4) Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan keselamatan awam, maka suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 507 dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti muktamad mengenainya. (5) Jika Kerajaan mengambil milikan mana-mana rumah penyembelihan di bawah perenggan (1)(a) pengendali berlesen itu hendaklah dibayar pampasan mencukupi yang hendaklah ditentukan oleh Ketua Pengarah selepas memberikan pengendali berlesen itu peluang untuk didengar atas perkara itu. (6) Mana-mana pengendali berlesen yang tidak berpuas hati dengan penentuan atau keputusan Ketua Pengarah boleh merayu kepada Menteri terhadap penentuan atau keputusan itu Penyampaian notis 18. (1) Apa-apa notis yang dikehendaki disampaikan kepada seseorang pengendali berlesen di bawah Akta ini hendaklah disampaikan— (a) dengan menghantarserahkan notis itu kepada pengendali berlesen itu sendiri; atau (b) dengan mengeposkan notis itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada pengendali berlesen itu. (2) Jika sesuatu notis telah diposkan mengikut perenggan (1) (b), notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada pengendali berlesen itu apabila tamat tempoh satu minggu dari tarikh notis itu diposkan. Pengesahan 19. Apa-apa fi yang dipungut dan disimpan oleh mana-mana orang berkenaan dengan pengendalian mana-mana rumah penyembelihan menurut apa-apa perjanjian, pajakan atau penyewaan yang telah dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini antara Kerajaan Malaysia dan orang itu adalah dengan ini disahkan dan disifatkan telah dipungut dan disimpan dengan sahnya oleh orang itu. Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 17 Orang yang disifatkan sebagai pemegang lesen 20. (1) Mana-mana orang yang telah membuat perjanjian, pajakan atau penyewaan dengan Kerajaan Malaysia berkenaan dengan pengendalian sesuatu penyembelihan, yang sedang berkuat kuasa pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai pemegang lesen di bawah Akta ini. (2) Menteri hendaklah, dalam tempoh enam puluh hari dari mula berkuatkuasanya Akta ini, mengeluarkan kepada pemegang lesen di bawah subseksyen (1) suatu lesen yang hendaklah — (a)sah bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada tempoh yang tinggal di bawah perjanjian, pajakan atau penyewaan; dan (b) mengandungi terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang diperuntukkan dalam perjanjian, pajakan atau penyewaan, yang telah dibuat di antara pihak-pihak itu. JADUAL [Seksyen 2] Lembu/Kerbau Kambing/Biri-biri Babi/Babi Betina 18 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 507 AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari - TIADA - _____________ 19 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 507 AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA - _____________
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
507 - *AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in