692 - *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009
This Act sets up the National Kenaf and Tobacco Board, gives it regulatory powers, and requires licences or approvals for certain kenaf and tobacco activities.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets up the National Kenaf and Tobacco Board, gives it regulatory powers, and requires licences or approvals for certain kenaf and tobacco activities. Applications for licences, approvals, or certificates must be made in writing to the Board with prescribed documents, and the Board may approve, reject, impose conditions, renew, suspend, cancel, and require information. This part lets the Chief Director compound certain offences, restricts prosecution steps, protects informer identity, gives the Minister exemption and regulation-making powers, and sets transitional rules for licences, applications, and the transfer of rights and liabilities.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 692 - *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009
Showing 3 of 3
Part document.segment-1
692 - *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
692 - *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets up the National Kenaf and Tobacco Board, gives it regulatory powers, and requires licences or approvals for certain kenaf and tobacco activities.
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 692 AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 Sebagaimana pada 1 Oktober 2018 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2018 2 Undang-Undang Malaysia AktA 692 AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 Tarikh Perkenan Diraja … … … 6 Januari 2009 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 8 Januari 2009 Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 692 AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PENUBUHAN LEMBAGA 3. Lembaga dan objektifnya 4. Fungsi Lembaga 5. Kuasa Lembaga 6. Keanggotaan Lembaga 7. Tempoh jawatan 8. Anggota silih ganti 9. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 10. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 11. Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan 12. Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 13. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 14. Pekhidmat awam 4 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Seksyen 15. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 16. Penyata, laporan, akaun dan maklumat 17. Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga 18. Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa Bahagian III KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA 19. Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah 20. Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain 21. Pinjaman, biasiswa dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Bahagian IV KEWANGAN 22. Kumpulan Wang 23. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 24. Pemeliharaan Kumpulan Wang 25. Kumpulan wang rizab 26. Kumpulan Wang Ses 27. Ses ke atas tembakau dan keluaran tembakau 28. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 29. Tahun kewangan 30. Akaun bank 31. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 Bahagian V KUASA LAIN LEMBAGA 32. Kuasa untuk meminjam 33. Pelaburan 34. Pengkomersialan dapatan penyelidikan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 5 Seksyen 35. Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb. 36. Bantuan kewangan kepada syarikat yang ditubuhkan oleh Lembaga, dsb. 37. Kuasa untuk menubuhkan syarikat Bahagian VI PELESENAN 38. Pengawalseliaan industri kenaf dan industri tembakau 39. Pelesenan, kelulusan dan perakuan kebenaran 40. Permohonan bagi lesen, kelulusan dan perakuan kebenaran 41. Pengeluaran lesen, kelulusan dan perakuan kebenaran 42. Daftar 43. Tempoh dan pembaharuan lesen atau perakuan kebenaran 44. Lesen hendaklah dipamerkan 45. Pindak milik lesen 46. Tiada penyerahhakan lesen atau perakuan kebenaran 47. Pembatalan atau penggantungan lesen atau perakuan kebenaran 48. Rayuan 49. Kawalan pembelian tembakau diawet 50. Kawalan penjualan tembakau diawet 51. Kawalan penyimpanan dan pemilikan tembakau diawet 52. Kawalan pergerakan tembakau diawet 53. Penalti am Bahagian VII KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENGUATKUASAAN, PENYITAAN, DSB. 54. Pemberikuasaan kepada pegawai 55. Kuasa penyiasatan 56. Kad kuasa 57. Kuasa menangkap 6 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Seksyen 58. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran 59. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 60. Pemeriksaan ke atas orang 61. Akses kepada data berkomputer 62. Penyitaan benda, dsb. 63. Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut 64. Senarai benda yang disita 65. Pemulangan sementara pengangkut, dsb. 66. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes 67. Pemeriksaan ke atas orang yang mengetahui kes 68. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan 69. Penjualan dan pelupusan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita 70. Pelucuthakan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita 71. Hak harta mengenai kenaf atau tembakau, dsb., yang dilucuthakkan 72. Pelepasan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita 73. Pegawai diberi kuasa boleh mendapatkan bantuan untuk memeriksa benda yang berkaitan dengan kesalahan 74. Kuasa untuk mengambil sampel 75. Pelantikan juruanalisis 76. Perakuan analisis 77. Pemeriksaan atau pengujian kenaf, tembakau, dsb. 78. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 79. Kuasa Lembaga untuk menghendaki maklumat mengenai kenaf atau tembakau, dsb. Bahagian VIII AM 80. Musim tutup 81. Kewajipan untuk mengekalkan kerahsiaan 82. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 7 Seksyen 83. Pensubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan 84. Pengkompaunan kesalahan 85. Permulaan dan pengendalian pendakwaan 86. Percantuman kesalahan 87. Ganjaran 88. Perlindungan pemberi maklumat 89. Kuasa untuk mengecualikan 90. Pindaan Jadual 91. Peraturan-peraturan 92. Tindakan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini Bahagian IX PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN 93. Pemansuhan dan pembubaran 94. Pemindahan kuasa, dsb. 95. Pemindahmilikan harta 96. Kontrak yang sedia ada 97. Pemindahan wang dalam dana 98. Keanggotaan Lembaga dibubarkan 99. Penerusan pegawai dan pekhidmat 100. Kecualian bagi lesen dan daftar 101. Aktiviti yang baginya suatu lesen di bawah Akta ini terpakai 102. Penerusan permohonan, dsb., yang belum diputuskan 103. Penerusan prosiding sivil dan jenayah 104. Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai Lembaga dibubarkan 105. Penerusan penggunaan nama 106. Pencegahan anomali Jadual 8 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 692 AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, untuk membuat peruntukan yang lebih baik berkenaan dengan industri kenaf dan industri tembakau Malaysia, untuk membubarkan Lembaga Tembakau Negara, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya. [1 April 2010, P.U. (B) 154/2010] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; 10 Undang-Undang Malaysia AktA 692 “anggota” ertinya seorang anggota Lembaga dan termasuk anggota silih ganti; “bangsal” ertinya suatu bangunan atau bahagiannya yang dibina, dipadansuaikan atau digunakan bagi mengawet tembakau di dalamnya; “dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa keputusan daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan termasuk ciptaan dan penambahbaikan dalam apa-apa proses, perkakas, mesin atau teknik; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “industri kenaf” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan penanaman, pemprosesan, pengilangan dan pemasaran, atau penjalanan penyelidikan mengenai, kenaf, keluaran kenaf atau terbitan kenaf dan termasuk apa-apa industri atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya; “industri tembakau” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan penanaman, pemprosesan, pengilangan dan pemasaran, atau penjalanan penyelidikan mengenai, tembakau, keluaran tembakau atau terbitan tembakau dan termasuk apa-apa industri atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya; “juruanalisis” ertinya seorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 75; “kaedah-kaedah” dan “peraturan-peraturan” ertinya kaedah- kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “keluaran kenaf” ertinya apa-apa keluaran yang berasal daripada kenaf atau apa-apa campuran yang mengandungi kenaf seperti tali, kertas, tekstil dan biokomposit; “keluaran tembakau” ertinya rokok atau cerut atau apa-apa bentuk keluaran yang berasal daripada tembakau termasuk apa- apa campuran yang mengandungi tembakau yang dimaksudkan bagi kegunaan manusia tetapi tidak termasuk apa-apa keluaran perubatan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] atau Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 [P.U. (A) 223/1984]; Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 11 “kenaf” ertinya Hibiscus cannabinus daripada spesis pokok Hibiscus atau mana-mana bahagiannya, dan termasuk kacukan spesis ini, kacukan akibat daripada silangan spesis ini atau kacukan dengan mana-mana spesis lain atau kacukan pokok dan versi yang dijuruterakan secara genetik spesis atau kacukan ini; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 19; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 22; “Kumpulan Wang Ses” ertinya Kumpulan Wang Ses yang ditubuhkan di bawah seksyen 26; “Lembaga” ertinya Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 41; “musim tutup” ertinya suatu tempoh yang diisytiharkan sebagai musim tutup di bawah seksyen 80; “pegawai diberi kuasa” ertinya— (a) seorang pegawai Lembaga atau pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 54; (b) seorang pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada pangkat Inspektor; atau (c) seorang pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “pembeli berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 39 untuk membeli tembakau diawet; “pemegang lesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah Akta ini; “pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat; 12 Undang-Undang Malaysia AktA 692 “pengawet berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 39 untuk menanam dan mengawet tembakau; “pengawetan” ertinya suatu proses yang melaluinya daun-daun tembakau atau bahagian-bahagian lain pokok tembakau dikeringkan bagi maksud pemeliharaan dan pematangan, dan termasuk proses pengawetan pemanas, pengawetan udara, pengawetan api dan pengawetan matahari; “pengawetan api” ertinya suatu proses pengawetan yang melaluinya tembakau belum diawet didedahkan kepada api di dalam bangsal berganti udara untuk membiarkan tembakau itu terkena asap; “pengawetan matahari” ertinya suatu proses pengawetan yang melaluinya tembakau belum diawet didedahkan kepada sinaran matahari sepenuhnya bagi sebahagian besar tempoh pengawetan itu; “pengawetan pemanas” ertinya suatu proses yang melaluinya tembakau belum diawet dibiarkan dalam udara yang dipanaskan melalui suatu sumber haba yang boleh dikawal di dalam sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang dibina sedemikian rupa supaya angin dan lembapan tidak dapat masuk ke dalamnya atau keluar darinya lebih daripada yang diperlukan bagi menjayakan proses itu; “pengawetan udara” ertinya suatu proses pengawetan yang melaluinya tembakau belum diawet diganti udara di bawah keadaan udara semula jadi dengan sedikit atau tiada haba buatan di dalam bangsal berganti udara sebahagian besarnya; “Pengelas” ertinya seseorang yang dilantik sebagai Pengelas di bawah seksyen 20— (a) bertindak sebagai pakar dalam memutuskan— (i) gred, piawaian dan kualiti kenaf keluaran tempatan; (ii) kenaf yang tidak mematuhi gred, piawaian dan kualiti itu; Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 13 (iii) gred, piawaian dan kualiti tembakau keluaran tempatan; atau (iv) tembakau yang tidak mematuhi gred, piawaian dan kualiti itu; (b) bertindak sebagai penimbang tara dalam pertikaian pemasaran bagi kenaf dan tembakau; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuk mana- mana orang yang menjalankan fungsi Pengerusi dan disifatkan sebagai Pengerusi di bawah seksyen 9; “pengilang”— (a) dalam hal kenaf, ertinya seseorang yang mengilang kenaf atau keluaran kenaf dan termasuk badan subsidiarinya yang merupakan pengilang; atau (b) dalam hal tembakau, ertinya seseorang yang mengilang tembakau sehingga menjadi sesuai untuk digunakan serta-merta melalui hisapan atau selainnya dan termasuk badan subsidiarinya yang merupakan pengilang; “perakuan kebenaran” ertinya suatu perakuan kebenaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 41(2); “premis” ertinya mana-mana tempat sama ada terbuka atau tertutup atau sama ada di atas tanah atau laut atau sama ada boleh alih atau tak boleh alih dan termasuk mana-mana rumah, kilang, kedai, pengangkut, stor, bilik, estet, kebun kecil, bilik kecil, bangsal kecil atau bangsal; “rokok” ertinya apa-apa keluaran yang terdiri sepenuhnya atau sebahagiannya daripada tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilangkan, atau daripada apa-apa terbitan atau gantian tembakau, yang digulung dalam bungkusan kertas tunggal atau lebih, dan yang boleh digunakan dengan serta-merta untuk dihisap; “ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 27; “tarikh ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa; 14 Undang-Undang Malaysia AktA 692 “tembakau” ertinya pokok spesis Nicotiana tabacum atau mana- mana bahagiannya, sama ada dalam keadaan belum diawet atau sudah diawet dan termasuk kacukan spesis ini, kacukan akibat daripada silangan spesis ini atau kacukan dengan mana-mana spesis lain atau kacukan pokok dan versi yang dijuruterakan secara genetik spesis atau kacukan ini; “tembakau diawet” ertinya tembakau yang telah melalui apa- apa proses pengawetan. Bahagian II PENUBUHAN LEMBAGA Lembaga dan objektifnya 3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara” ditubuhkan. (2) Lembaga adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya. (3) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga— (a) membuat kontrak dan perjanjian usaha sama sama ada bersifat komersial atau perdagangan; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau tak alih; dan (c) memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahkan atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, mana- mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Lembaga. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 15 (4) Objektif Lembaga adalah— (a) untuk menggalakkan dan membangunkan industri kenaf; (b) untuk membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri kenaf yang teratur; (c) untuk mengawal selia, mengawal dan menyelaraskan semua aktiviti yang berhubungan dengan industri tembakau; dan (d) untuk menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi yang lain bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf dan industri tembakau. (5) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga. Fungsi Lembaga 4. Fungsi Lembaga adalah— (a) untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju industri kenaf; (b) untuk merancang, mengendalikan, menggalakkan, menyelaraskan, melaksanakan dan memantau semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, penggunaan dan pemasaran kenaf dan keluaran kenaf; (c) untuk mendaftarkan, menyelaraskan dan menggalakkan semua aktiviti yang berhubungan dengan penanaman, pemprosesan, penyelidikan, pergerakan, penyimpanan, penggredan, pemasaran, pengeksportan dan pengimportan kenaf dan keluaran kenaf, termasuk untuk mengawal selia harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu kenaf boleh dijual selain untuk eksport; (d) untuk melaksanakan dasar bagi mengawal selia industri tembakau; 16 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (e) untuk merancang, mengendalikan, menyelaraskan, melaksanakan dan memantau semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, penggunaan dan pemasaran tembakau dan keluaran tembakau; (f) untuk mengawal selia, mendaftarkan dan menyelaraskan semua aktiviti yang berhubungan dengan penanaman, pemprosesan, penyelidikan, pergerakan, penyimpanan, penggredan, pemasaran, pengeksportan dan pengimportan tembakau dan keluaran tembakau, termasuk untuk mengawal selia harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu tembakau boleh dijual selain untuk eksport; (g) untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam apa-apa bidang lain yang hasil penyelidikan dan pembangunan itu bertujuan untuk mencapai objektif Lembaga; (h) untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkah- langkah ke arah mencapai suatu kualiti yang tinggi bagi kenaf, keluaran kenaf atau tembakau; (i) untuk merancang dan melaksanakan program latihan dan pembangunan sumber manusia selaras dengan keperluan industri kenaf dan industri tembakau; (j) untuk menimbangkan, menggalakkan dan mengambil langkah bagi mencegah berlakunya dan merebaknya penyakit yang memberi kesan kepada kenaf dan tembakau; (k) untuk memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan yang berkaitan kepada industri kenaf dan industri tembakau; (l) untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod mengenai semua perkara yang berkaitan yang berhubungan dengan industri kenaf dan industri tembakau; (m) untuk menjadi pusat sumber dan maklumat mengenai industri kenaf dan industri tembakau; Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 17 (n) untuk menyiarkan atau menaja penyiaran jurnal, penerbitan berkala, buku kecil dan penerbitan lain dan untuk mengumpulkan, mengumpul semak dan menyebarkan maklumat yang berhubungan dengan kenaf dan tembakau dan aktiviti ekonomi yang lain; (o) untuk melibatkan diri dalam perdagangan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau; (p) untuk menimbangkan, menggalakkan dan mengambil langkah-langkah bagi membangunkan aktiviti ekonomi bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau; (q) untuk berhubung dan menyelaras dengan Kerajaan Negeri yang berkaitan dan badan lain dalam menjalankan apa- apa aktiviti yang berhubungan dengan industri kenaf atau industri tembakau yang disifatkannya perlu termasuk menjadi anggota persatuan di dalam atau di luar Malaysia demi kepentingan industri kenaf dan industri tembakau; dan (r) untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya. Kuasa Lembaga 5. Kuasa Lembaga termasuklah kuasa— (a) untuk mengusahakan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan mengenai penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan dan pemasaran— (i) kenaf, keluaran kenaf dan tembakau; (ii) kegunaan lain kenaf, keluaran kenaf dan tembakau, dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya dan untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan itu; 18 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (b) untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana orang atau badan sebagaimana yang difikirkannya patut bagi penunaian fungsinya; (c) untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi Lembaga atau berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang diusahakan oleh mana- mana orang atau organisasi; (d) untuk menyelaraskan apa-apa aktiviti yang difikirkannya perlu bagi maksud melindungi dan memajukan kepentingan industri kenaf dan industri tembakau; (e) untuk mengawal selia industri kenaf dan industri tembakau, termasuk pelaksanaan dan penguatkuasaan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (f) untuk memberikan lesen, kelulusan, perakuan dan permit di bawah Akta ini berkenaan dengan industri kenaf dan industri tembakau; (g) untuk menetapkan piawaian atau gred kenaf, tembakau, keluaran kenaf dan keluaran tembakau; (h) untuk menggalakkan alternatif yang berdaya maju secara ekonomi bagi orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau; (i) untuk memberikan bantuan kewangan atau bantuan lain, dengan kelulusan Menteri, kepada orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau; (j) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan yang berhubungan dengan penyelidikan, pengujian, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga; (k) untuk mengutip dan menerima apa-apa wang berhubung dengan aktiviti perdagangannya dan penggunaan kemudahannya dan sebagai balasan bagi perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga; (l) untuk menganugerahkan perakuan kemahiran berkenaan dengan program latihan dan yang diakreditasi; Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 19 (m) untuk membuat sumbangan kepada badan atau organisasi yang Lembaga merupakan anggotanya atau kepada mana- mana organisasi yang berhubungan dengan industri kenaf dan industri tembakau sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan (n) untuk membuat semua perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. Keanggotaan Lembaga 6. Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri; (b) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi industri kenaf dan industri tembakau; (c) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian; (d) Ketua Setiausaha Perbendaharaan; (e) Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah; (f) Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; (g) Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan; (h) Ketua Pengarah; dan (i) enam orang yang hendaklah dilantik oleh Menteri yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan industri kenaf dan industri tembakau, yang daripadanya hendaklah ada— (i) seorang wakil pengilang tembakau; (ii) seorang wakil pengawet berlesen; dan (iii) seorang wakil industri kenaf. 20 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Tempoh jawatan 7. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(a) atau (i) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun. (2) Seseorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(a) atau (i) adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan itu bagi tempoh lebih daripada dua penggal sama ada secara berterusan atau selainnya. Anggota silih ganti 8. (1) Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(b) hingga (g), melantik seorang untuk menjadi anggota silih ganti sebagai ganti anggota itu untuk menghadiri mesyuarat Lembaga atau mesyuarat mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga jika anggota itu atas apa-apa sebab tidak dapat hadir. (2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga. (3) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan sebagai anggota atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi seorang anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia seorang anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 9. (1) Apabila jawatan Pengerusi kosong atau Pengerusi tiada untuk bertugas di Malaysia atau Pengerusi, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan kewajipan jawatannya, anggota yang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 21 dilantik di bawah perenggan 6(b) hendaklah secara sementara bertindak sebagai Pengerusi, dan jika anggota itu atas apa-apa sebab tidak dapat bertindak di bawah subseksyen ini, anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(c) hendaklah bertindak sebagai Pengerusi. (2) Seseorang anggota yang bertindak sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai Pengerusi. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 10. (1) Pelantikan mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(a) dan (i) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (2) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Menteri. Pengosongan jawatan dan pengisian kekosongan 11. (1) Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(a) atau (i) hendaklah dikosongkan jika— (a) dia mati; (b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang- undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun; 22 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (c) dia menjadi bankrap; (d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya; (e) dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut- turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi tanpa kebenaran Menteri; (f) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (g) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri. (2) Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(a) atau (i) terhenti menjadi seorang anggota Lembaga, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang 12. Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap— (a) Lembaga; (b) mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana pekhidmat atau ejen Lembaga; atau (c) mana-mana orang lain yang bertindak secara sah bagi pihak Lembaga, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 23 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 13. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa, atau mana- mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian, keingkaran atau peninggalan yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian. Pekhidmat awam 14. Tiap-tiap anggota Lembaga, atau mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 15. (1) Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri. (2) Menteri boleh memberi Lembaga arahan yang bersifat umum selaras dengan peruntukan Akta ini berhubung dengan pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Lembaga. (3) Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan yang diberikan di bawah seksyen ini dengan seberapa segera yang mungkin. Penyata, laporan, akaun dan maklumat 16. (1) Lembaga hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa. 24 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (2) Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga 17. (1) Lembaga boleh, tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa- apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan, mewakilkan secara bertulis mana-mana fungsi atau kuasanya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memberikan pinjaman, menubuhkan syarikat atau membuat peraturan-peraturan, kepada— (a) mana-mana anggota; (b) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga; atau (c) mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga. (2) Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat, batasan atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga. (3) Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua Pengarah— (a) kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 21; dan (b) kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau di bawah kawalan Lembaga ke takat yang ditentukan oleh Lembaga. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 25 (4) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian. Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa 18. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. (2) Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1). (3) Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa. (4) Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga. (5) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (6) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu. (7) Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (6) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (8) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. 26 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (9) Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu. (10) Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga. Bahagian III KETUA PENGARAH, PEGAWAI DAN PEKHIDMAT LEMBAGA Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah 19. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. (2) Lembaga hendaklah meletak hak pada Ketua Pengarah apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (3) Ketua Pengarah hendaklah bertangggungjawab bagi— (a) perjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian Lembaga; (b) penyediaan— (i) semua program, skim, projek dan aktiviti; (ii) anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan (iii) anggaran pendapatan, untuk kelulusan Lembaga; (c) pelaksanaan program tahunan Lembaga; dan (d) pelaksanaan keputusan dan arahan Lembaga. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 27 (4) Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. (5) Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga. (6) Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pengarah dan boleh melaksanakan semua kewajipan Ketua Pengarah di bawah Akta ini. (7) Jika Ketua Pengarah tidak ada buat sementara waktu di Malaysia atau tidak berupaya buat sementara waktu oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah adalah kosong pada masa itu, Menteri boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Ketua Pengarah untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga. Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain 20. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (4), Lembaga boleh mengambil khidmat apa- apa bilangan pegawai dan pekhidmat lain termasuk termasuk Pengelas sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga. (2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga. (3) Tiada seorang pun layak untuk diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau menerusi pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga. (4) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmatnya. 28 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (5) Lembaga boleh mengguna pakai dengan apa-apa pengubahsuaian yang difikirkannya patut apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling atau arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini. Pinjaman, biasiswa dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat 21. (1) Lembaga boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan pendahulan kepada pegawai dan pekhidmatnya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Lembaga boleh memberikan pinjaman atau geran kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia bagi maksud pembangunan sumber manusia dalam industri kenaf dan industri tembakau. Bahagian IV KEWANGAN Kumpulan Wang 22. (1) Bagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara” ditubuhkan. (2) Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggara dan dikendalikan oleh Lembaga. (3) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa; (b) wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang; Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 29 (c) wang yang diperoleh atau didapati daripada mana-mana harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Lembaga; (d) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau diletak hak pada Lembaga; (e) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan apa-apa kewajipannya; (f) wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga; (g) wang yang dikutip atau dibayar di bawah seksyen 84; (h) wang yang dikutip oleh Lembaga di bawah peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditentukan dalamnya sebagai wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang; (i) derma atau sumbangan yang diterima daripada mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia; (j) semua jumlah wang atau harta lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan (k) semua wang lain yang diterima secara sah oleh Lembaga. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 23. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud— (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk— (i) saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau gratuiti; 30 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (ii) perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga; (iii) kos yang ditanggung dalam memberikan bantuan bagi kebajikan pegawai dan pengkhidmat Lembaga; (iv) elaun anggota dan anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 18; dan (v) fi dan kos perundangan dan apa-apa fi dan kos lain; (b) membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan; (c) menyumbang kepada badan atau organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang Lembaga merupakan anggotanya atau kepada mana-mana organisasi yang berkaitan dengan industri kenaf dan industri tembakau sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; (d) memberikan bantuan kewangan kepada penanam kenaf atau pengawet berlesen dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan; (e) memberikan pinjaman, biasiswa, pendahuluan atau geran, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana orang, pegawai dan pekhidmat Lembaga atau kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia; (f) memberikan pinjaman atau memberikan modal bagi syarikat yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah Akta ini; (g) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sewajarnya oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (h) tertakluk kepada kelulusan Menteri, membuat sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan pemasaran kenaf dan keluaran kenaf; Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 31 (i) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, serta menjalankan apa-apa kerja dan perusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (j) membayar balik mana-mana wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar ke atas wang itu; (k) membayar apa-apa ganjaran di bawah seksyen 87; dan (l) secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini. Pemeliharaan Kumpulan Wang 24. Menjadi kewajipan Lembaga untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini supaya dapat memastikan bahawa jumlah pendapatan Lembaga mencukupi untuk memenuhi semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun pendapatannya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun. Kumpulan wang rizab 25. Lembaga hendaklah menubuhkan dan menyenggara suatu kumpulan wang rizab dalam Kumpulan Wang. Kumpulan Wang Ses 26. (1) Suatu Kumpulan Wang Ses yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga ditubuhkan. (2) Kumpulan Wang Ses hendaklah terdiri daripada semua ses yang dikutip di bawah Akta ini. 32 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (3) Kumpulan Wang Ses hendaklah digunakan bagi maksud yang berikut: (a) untuk memberikan bantuan teknikal dan kewangan bagi membantu penanam dan pekerja tembakau, termasuk mereka yang punca pendapatannya terjejas akibat program kawalan tembakau; (b) untuk membiayai penyelidikan dan pembangunan mengenai tembakau; dan (c) untuk membiayai apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kawalan tembakau. Ses ke atas tembakau dan keluaran tembakau 27. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, membuat perintah bagi pengenaan, perubahan atau pembatalan sesuatu ses ke atas tembakau dan keluaran tembakau yang dikeluarkan di dalam atau diimport ke Malaysia dan perintah itu boleh menyatakan jenis, amaun dan kadar ses, orang atau golongan orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan cara kutipan ses itu. (2) Ses yang dikenakan oleh perintah itu hendaklah, bagi maksud kutipan dan bagi penguatkuasaan kutipannya, dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Ses. (3) Suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara kutipan yang berbeza bagi jenis tembakau dan keluaran tembakau yang berlainan berhubung dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan. (4) Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 33 (5) Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh diambil guaman bagi dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga. (6) Pembawaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti bagi pembayaran apa-apa ses yang baginya dia adalah atau boleh menjadi bertanggungan atau daripada liabiliti membuat apa-apa penyata yang dikehendaki dibuat olehnya oleh Akta ini. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran 28. (1) Perbelanjaan Lembaga ke takat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (2) Sebelum hari pertama bulan Jun setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri. (3) Menteri hendaklah, sebelum hari pertama bulan Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara umumnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2). (4) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu. Tahun kewangan 29. Tahun kewangan Lembaga hendaklah bermula pada hari pertama bulan Januari dan berakhir pada hari ketiga puluh satu bulan Disember setiap tahun. 34 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Akaun bank 30. Lembaga hendaklah membuka dan menyenggara suatu akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, dan tiap-tiap akaun hendaklah dikendalikan setakat yang boleh dilaksanakan melalui cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga bagi maksud itu dari semasa ke semasa. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 31. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga. Bahagian V KUASA LAIN LEMBAGA Kuasa untuk meminjam 32. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa- apa tempoh dan atas apa-apa terma mengenai masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya. Pelaburan 33. Wang Lembaga hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan dengan apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan. Pengkomersialan dapatan penyelidikan 34. Lembaga boleh menyediakan apa-apa dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Lembaga kepada mana-mana orang atau badan tertakluk kepada apa-apa syarat dan pembayaran apa- apa fi, royalti atau balasan lain, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri bagi maksud pengkomersialan. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 35 Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb. 35. Lembaga boleh mengambil khidmat, melantik dan membayar ejen, kontraktor dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsinya, penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik. Bantuan kewangan kepada syarikat yang ditubuhkan oleh Lembaga, dsb. 36. Bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, memberikan bantuan kewangan— (a) kepada mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah seksyen 37; (b) kepada mana-mana orang yang terlibat dalam industri kenaf atau industri tembakau, dengan atau tanpa bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma mengenai masa dan cara pembayaran balik dan selainnya. Kuasa untuk menubuhkan syarikat 37. Lembaga boleh menubuhkan atau membesarkan atau menggalakkan penubuhan atau pembesaran syarikat di bawah *Akta Syarikat 2016 [Akta 777]— (a) untuk melaksanakan mana-mana fungsi atau menjalankan mana-mana kuasanya; atau (b) untuk menjalankan dan menjaga, mengelola dan menguruskan apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya. *CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1) Akta 777. 36 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Bahagian VI PELESENAN Pengawalseliaan industri kenaf dan industri tembakau 38. Industri kenaf dan industri tembakau Malaysia hendaklah dikawal selia mengikut peruntukan Akta ini. Pelesenan, kelulusan dan perakuan kebenaran 39. (1) Tiada seorang pun boleh— (a) membeli kenaf; (b) menjual keluaran kenaf; (c) memproses kenaf; (d) mengilang kenaf atau keluaran kenaf; (e) mengimport dan mengeksport kenaf atau keluaran kenaf; (f) mengawet tembakau; (g) membeli tembakau diawet; (h) mengilang tembakau atau keluaran tembakau; (i) mengadun tembakau; atau (j) mengedarkan tembakau atau keluaran tembakau, tanpa suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini. (2) Tiada seorang pun boleh menjual atau membeli tembakau belum diawet melainkan jika dia telah mendapat suatu kelulusan bertulis daripada Lembaga. (3) Tiada seorang pun boleh bertindak untuk atau bagi pihak seorang pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa aktiviti yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tanpa suatu perakuan kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 37 (4) Tiada lesen diperlukan untuk dikeluarkan di bawah Akta ini bagi pengilangan keluaran tembakau atau keluaran kenaf jika suatu lesen mengilang telah dikeluarkan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 [Akta 156]. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Permohonan bagi lesen, kelulusan dan perakuan kebenaran 40.
Part document.segment-2
692 - *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
692 - *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 — segment 2
AI-assisted research summary: Applications for licences, approvals, or certificates must be made in writing to the Board with prescribed documents, and the Board may approve, reject, impose conditions, renew, suspend, cancel, and require information.
(1) Suatu permohonan bagi lesen, kelulusan atau perakuan kebenaran hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan. (2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang ditetapkan. (3) Lembaga boleh secara bertulis pada bila-bila masa selepas permohonan itu diterima dan sebelum ia diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh masa atau dalam tempoh masa lanjutan yang ditentukan oleh Lembaga. (4) Jika kehendak di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) tidak dipatuhi, permohonan bagi sesuatu lesen, kelulusan atau perakuan kebenaran hendaklah disifatkan telah ditarik balik oleh pemohon dan tidak boleh diteruskan oleh Lembaga, tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat oleh pemohon. (5) Mana-mana orang yang memohon untuk dilesenkan hendaklah memenuhi kehendak yang berikut: (a) bahawa dia mempunyai kemampuan kewangan yang memuaskan hati Lembaga; (b) bahawa dia mempunyai kelayakan atau kemahiran yang perlu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; 38 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (c) bahawa dia mempunyai atau akan mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang perlu bagi industri kenaf atau industri tembakau yang dia akan terlibat dalamnya yang memuaskan hati Lembaga; (d) bahawa ada permintaan yang mencukupi bagi kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau dalam jangka panjang; (e) bahawa pelesenan pemohon itu atau pengeluaran perakuan kebenaran tidak akan memudaratkan industri kenaf atau industri tembakau yang sedia ada, dengan memberi perhatian khusus kepada bilangan pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran yang sedia ada dan kepada ada tidaknya sumber yang berhubungan dengan penghasilan kenaf atau tembakau; dan (f) bahawa apa-apa faktor atau kehendak berkaitan yang lain yang difikirkan sesuai oleh Lembaga telah dipertimbangkan atau telah dipenuhi. Pengeluaran lesen, kelulusan dan perakuan kebenaran 41. (1) Apabila pertimbangan yang sewajarnya telah diberikan kepada permohonan yang dibuat mengikut seksyen 40, Lembaga boleh meluluskan atau menolak permohonan itu. (2) Jika sesuatu permohonan bagi lesen atau perakuan kebenaran diluluskan, lesen atau perakuan kebenaran itu hendaklah dikeluarkan apabila fi yang ditetapkan dibayar. (3) Sesuatu lesen, kelulusan atau perakuan kebenaran boleh dikeluarkan tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkan patut dikenakan oleh Lembaga. (4) Lembaga boleh dari semasa ke semasa mengubah, meminda atau membatalkan apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas lesen atau perakuan kebenaran atau boleh mengenakan syarat, had atau sekatan yang baru atau tambahan selepas memberi pemegang lesen atau pemegang perakuan itu, mengikut mana- mana yang berkenaan, notis dan peluang yang munasabah untuk membuat representasi dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas mempertimbang representasi itu. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 39 Daftar 42. Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara atau menyebabkan disimpan dan disenggara suatu daftar orang yang dilesenkan di bawah Akta ini mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga. Tempoh dan pembaharuan lesen atau perakuan kebenaran 43. (1) Sesuatu lesen selain lesen mengilang, atau perakuan kebenaran hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, sah bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri. (2) Sesuatu permohonan untuk memperbaharui lesen atau perakuan kebenaran hendaklah dibuat oleh pemegang lesen atau pemegang perakuan itu sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh habis tempoh lesen atau perakuan itu. (3) Mana-mana permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau perakuan kebenaran yang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (2) tetapi dibuat sebelum tarikh habis tempoh lesen atau perakuan kebenaran itu hendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (4) Tiada permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau perakuan kebenaran boleh dipertimbangkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh lesen atau perakuan itu. (5) Lembaga boleh memperbaharui sesuatu lesen atau perakuan kebenaran jika pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran itu telah mematuhi semua syarat, had atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen 41(3). (6) Jika sesuatu permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau perakuan kebenaran diluluskan, lesen atau perakuan kebenaran itu hendaklah dikeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan. 40 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Lesen hendaklah dipamerkan 44. (1) Seseorang pemegang lesen hendaklah mempamerkan lesennya pada setiap masa di tempat yang mudah dilihat di premis tempat urusan itu dijalankan. (2) Seseorang pemegang lesen yang tidak mempamerkan lesennya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. Pindah milik lesen 45. (1) Sesuatu lesen tidak boleh dipindahmilikkan kepada mana- mana orang tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga. (2) Sesuatu lesen hanya boleh dipindahmilikkan kepada seseorang yang memenuhi kehendak subseksyen 40(5). (3) Tertakluk kepada subseksyen (2), Lembaga boleh meluluskan pindah milik sesuatu lesen di bawah hal keadaan yang berikut: (a) jika pemegang lesen itu menjadi tidak sempurna akal; (b) jika pemegang lesen itu telah dihukum sebagai bankrap; (c) jika pemegang lesen itu mati; (d) jika pemegang lesen itu suatu syarikat, syarikat itu sedang digulung; (e) jika pemegang lesen itu suatu perkongsian, perkongsian itu dibubarkan; atau (f) jika Lembaga menyifatkannya patut atau suai manfaat untuk berbuat sedemikian. (4) Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 41 Tiada penyerahhakan lesen atau perakuan kebenaran 46. (1) Seseorang pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran tidak boleh menyerahhakkan apa-apa hak, kewajipan, liabiliti atau obligasi di bawah lesen atau perakuan kebenarannya kepada seseorang yang lain. (2) Seseorang pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Pembatalan atau penggantungan lesen atau perakuan kebenaran 47. (1) Lembaga boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau perakuan kebenaran jika Lembaga berpuas hati bahawa— (a) mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana syarat, had atau sekatan lesen atau perakuan kebenaran itu tidak dipatuhi; (b) pengeluaran lesen atau perakuan kebenaran telah didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen; (c) maksud asal lesen atau perakuan kebenaran itu dikeluarkan tidak lagi wujud; atau (d) pemegang lesen telah terhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa aktiviti yang baginya lesen atau perakuan kebenaran itu dikeluarkan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga tidak boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau perakuan kebenaran atas alasan yang disebut dalam subseksyen (1) melainkan jika Lembaga berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen atau pemegang perakuan kebenaran itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa lesen atau perakuan kebenaran itu patut dibatalkan atau digantung. 42 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (3) Jika sesuatu lesen atau perakuan kebenaran telah dibatalkan, digantung atau tidak diperbaharui, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan atau sepanjang tempoh penggantungan atau dari tarikh habis tempoh lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (4) Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti semasa lesen atau perakuan kebenarannya telah dibatalkan atau digantung atau tidak diperbaharui melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (5) Mana-mana orang yang lesen atau perakuan kebenarannya telah dibatalkan atau tidak diperbaharui hendaklah menyerahkan lesen atau perakuan kebenarannya kepada Lembaga, dalam apa- apa tempoh yang ditentukan oleh Lembaga. (6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan. Rayuan 48. (1) Seseorang yang terkilan— (a) dengan keengganan Lembaga untuk mengeluarkan sesuatu lesen, kelulusan atau perakuan kebenaran, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) dengan keengganan Lembaga untuk memperbaharui suatu lesen atau perakuan kebenaran; atau (c) dengan pembatalan atau penggantungan lesen atau perakuan kebenarannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas dimaklumkan secara bertulis mengenai keengganan, pembatalan atau penggantungan itu, merayu secara bertulis terhadap keputusan demikian kepada Menteri. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 43 (2) Menteri boleh, selepas mempertimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), mengesahkan, mengetepikan atau mengubah keputusan yang dirayukan, dan keputusan Menteri adalah muktamad. (3) Sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh berkuat kuasa sebagai suatu penggantungan keputusan yang dibuat oleh Lembaga. Kawalan pembelian tembakau diawet 49. (1) Tiada pembeli berlesen boleh membeli tembakau diawet melainkan daripada pengawet berlesen atau pembeli berlesen yang lain. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kawalan penjualan tembakau diawet 50. (1) Tiada seorang pun boleh menjual tembakau diawet melainkan jika dia pengawet berlesen atau pembeli berlesen. (2) Tiada pengawet berlesen atau pembeli berlesen boleh menjual tembakau diawet melainkan kepada pembeli berlesen. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kawalan penyimpanan dan pemilikan tembakau diawet 51. (1) Tiada seorang pun boleh menyimpan atau mempunyai dalam miliknya tembakau diawet melainkan jika dia telah mendapat kebenaran bertulis daripada Lembaga. 44 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kawalan pergerakan tembakau diawet 52. (1) Tiada seorang pun boleh memindahkan, membawa, mengangkut atau mengambil bahagian dalam pemindahan, pembawaan atau pengangkutan tembakau diawet melainkan jika dia telah mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Penalti am 53. (1) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Bagi maksud seksyen ini, “Akta ini” tidak termasuk mana- mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. Bahagian VII KUASA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENGUATKUASAAN, PENYITAAN, DSB. Pemberikuasaan kepada pegawai 54. Ketua Pengarah boleh secara bertulis memberi kuasa mana- mana pegawai Lembaga atau pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 45 Kuasa penyiasatan 55. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai dan seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun itu. Kad kuasa 56. (1) Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 54 suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah. (2) Bilamana pegawai sedemikian menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan, kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1). Kuasa menangkap 57. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang— (a) yang didapati melakukan, cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (b) yang pegawai diberi kuasa dengan semunasabahnya mengesyakinya terlibat dalam melakukan, cuba melakukan atau bersubahat dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini. (2) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan sesudah itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa. 46 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Penggeledahan dan penyitaan dengan waran 58. (1) Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa— (a) mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau (b) terdapat dalam mana-mana premis keterangan yang perlu kepada pengendalian penyiasatan terhadap, pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah atau peraturan, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk masuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan. (2) Sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa pegawai diberi kuasa untuk— (a) menggeledah premis itu bagi, dan untuk menyita atau memindahkan dari premis itu mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; (b) mengambil sampel mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan (c) membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 47 (3) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan peralatan sebagaimana yang didapatinya perlu. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dalam pelaksanaan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian— (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau galangan lain kepada premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu; (b) memindahkan dengan kekerasan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; atau (c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai. (5) Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai diberi kuasa hendaklah, dengan apa- apa cara, mengelak kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (6) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu yang dilak atau cuba berbuat sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 48 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran 59. Bilamana seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana premis, orang, kenderaan, vesel atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran di bawah seksyen 58 tujuan penggeledahan itu akan terjejas, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan dengan menggunakan kekerasan yang perlu— (a) memasuki dan menggeledah premis itu; (b) menahan dan menggeledah mana-mana orang, kenderaan, vesel atau pengangkut; (c) memeriksa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu; (d) menentusahkan ketepatan rekod, pernyataan atau mana- mana maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai diberi kuasa atau kepada Lembaga; (e) mengutip sampel mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau; atau (f) menyita mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai dan boleh menjadi keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. Pemeriksaan ke atas orang 60. Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan mengambil kira dengan tegas akan kesopanan. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 49 Akses kepada data berkomputer 61. (1) Mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan sesuatu penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada data berkomputer sama ada disimpan di dalam sesuatu komputer atau selainnya. (2) Bagi maksud seksyen ini, akses hendaklah diberikan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan data berkomputer itu difahami. Penyitaan benda, dsb. 62. Mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disyaki dengan munasabah oleh seseorang pegawai diberi kuasa telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh disita dan ditahan oleh seseorang pegawai diberi kuasa. Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut 63. (1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu dan boleh, jika semasa pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu digunakan atau telah digunakan bagi pelakuan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dipercayai dengan munasabah dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu. 50 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (2) Orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa— (a) memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa memeriksa pengangkut itu; dan (b) membuka semua bahagian pengangkut itu bagi pemeriksaan dan mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sedemikian sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Senarai benda yang disita 64. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai mengenai kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita dan mengenai premis yang di dalamnya ia dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu. (2) Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada— (a) penghuni premis tempat kenaf, keluaran kenaf, tembakau, keluaran tembakau, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dijumpai; dan (b) orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu, jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 63. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 51 (3) Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak dihuni, pegawai diberi kuasa hendaklah bilamana mungkin menampal suatu senarai barang-barang yang disita dengan cara mudah dilihat di premis itu. Pemulangan sementara pengangkut, dsb. 65. (1) Jika mana-mana pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh buat sementara memulangkan pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunya pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu atau orang yang dari milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah, dan tertakluk, dalam mana- mana hal, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada Ketua Pengarah apabila diminta dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi. (2) Jika mana-mana pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang— (a) tidak menyerahkan balik pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada Ketua Pengarah apabila diminta; atau (b) melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes 66. (1) Pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana- mana orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki. 52 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (2) Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu. (3) Mana-mana orang yang dikehendaki untuk hadir di hadapan pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri. Pemeriksaan ke atas orang yang mengetahui kes 67. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu. (2) Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan sedemikian dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan itu. (4) Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas— (a) pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam Bahasa yang pernyataan itu dibuat olehnya; dan (b) dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 53 Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan 68. (1) Dalam mana-mana perbicaraan atau siasatan oleh sesuatu mahkamah mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada pengakuan salah atau tidak, secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila- bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak secara keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan, oleh seseorang tertuduh kepada atau dengan didengar oleh seseorang pegawai diberi kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai diberi kuasa yang lain atau mana-mana orang lain, sama ada yang terlibat atau tidak dalam penangkapan orang itu, hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang- undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan orang itu dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya. (2) Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu untuk memberi orang itu sebab yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya itu. (3) Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa suatu notis bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya, yang bermaksud seperti yang berikut: “Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas ..................... (kesalahan yang mungkin dilakukan di bawah Akta ini). Adakah kamu hendak 54 Undang-Undang Malaysia AktA 692 mengatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kemungkinan keterangan kamu akan kurang dipercayai dan ini mungkin membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.”. (4) Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab ketiadaan notis sedemikian disampaikan kepadanya jika notis itu disampaikan kepadanya secepat mungkin yang semunasabahnya selepas itu. (5) Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan kepadanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela. (6) Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas kesalahan itu, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dapat dijangkakan semunasabahnya bahawa dia akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa inferens daripada kegagalan itu yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu boleh, berasaskan inferens itu, dikira sebagai, atau sebagai boleh terjumlah kepada, sokongan mengenai apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu merupakan suatu perkara matan. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 55 (7) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh dalam mana- mana prosiding jenayah— (a) menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya yang berhubungan dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima selain daripada subseksyen itu; atau (b) dikira sebagai menghalang dibuat apa-apa inferens daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain daripada subseksyen itu. Penjualan dan pelupusan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita 69. (1) Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa mengarahkan bahawa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil penjualan itu dipegang sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika— (a) kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu adalah daripada jenis yang mudah binasa atau mudah merosot kualitinya; (b) penjagaan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah; atau (c) terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakui oleh seseorang juruanalisis membuktikan, bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang diujinya itu tercemar atau daripada kualiti, piawaian atau gred yang lebih rendah daripada yang ditetapkan atau dibenarkan oleh mana-mana peraturan, pegawai yang menyita boleh menyimpannya dalam penjagaan, atau jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu, menyebabkan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu dilupuskan mengikut subseksyen 70(3). 56 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Pelucuthakan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita 70. (1) Mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan. (2) Suatu perintah bagi pelucuthakan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu. (3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu melainkan jika sebelum tamat tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7). Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 57 (4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucut hak, boleh memberikan notis bertulis, dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, kepada pegawai diberi kuasa yang dalam miliknya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu. (5) Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa, melalui maklumat bertulis, supaya merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret. (6) Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki Lembaga dan orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita untuk hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila wakil Lembaga dan pemunyanya hadir atau mana-mana mereka gagal untuk hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu. 58 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (7) Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya. (8) Mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantar serah kepada pegawai yang menyita dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret. Hak harta mengenai kenaf atau tembakau, dsb., yang dilucuthakkan 71. Mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi harta Lembaga. Pelepasan kenaf atau tembakau, dsb., yang disita 72. Walau apa pun seksyen 70, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Bahagian ini dilepaskan kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 59 Pegawai diberi kuasa boleh mendapatkan bantuan untuk memeriksa benda yang berkaitan dengan kesalahan 73. Seseorang pegawai diberi kuasa boleh mendapatkan bantuan mana-mana orang untuk memeriksa mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain, yang disita atau ditahan di bawah Akta ini jika orang itu mempunyai kelayakan yang perlu untuk memeriksa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu bagi maksud sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini. Kuasa untuk mengambil sampel 74. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau bagi maksud analisis tanpa bayaran daripada mana-mana orang yang mengeluarkan, menjual atau mempunyai milik kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau ejen atau pekhidmatnya yang daripadanya sampel itu didapatkan. (2) Tatacara bagi pengambilan dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditetapkan. Pelantikan juruanalisis 75. Lembaga boleh melantik mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi juruanalisis bagi maksud menjalankan suatu analisis terhadap mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau dan untuk memperakui keadaan, jenis, cara pemprosesan, kualiti, piawaian dan grednya. Perakuan analisis 76. (1) Suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh Lembaga dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta ini, menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan 60 Undang-Undang Malaysia AktA 692 itu melainkan jika tertuduh menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai seorang saksi, dan dalam hal itu dia hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada Lembaga tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu. (2) Jika Lembaga berhasrat untuk memberikan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai keterangan, ia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu. Pemeriksaan atau pengujian kenaf, tembakau, dsb. 77. (1) Apabila mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau disita di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa lima peratus sahaja daripada setiap perihalan bungkusan atau bekas yang di dalamnya kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu terkandung. (2) Jika perlu dilakukan ujian terhadap mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang disita di bawah Akta ini, adalah mencukupi untuk memeriksa suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada jumlah atau berat kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu yang diperiksa di bawah subseksyen (1). (3) Mahkamah hendaklah menganggap bahawa kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang terkandung dalam bungkusan atau bekas yang tidak dibuka adalah daripada jenis, bilangan dan mutu yang sama dengan yang dijumpai dalam bungkusan atau bekas yang serupa yang telah dibuka. Tiada kos atau ganti rugi berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan 78. Tiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak untuk mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 61 Kuasa Lembaga untuk menghendaki maklumat mengenai kenaf atau tembakau, dsb. 79. (1) Lembaga boleh menghendaki mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti yang melibatkan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau untuk memberi Lembaga, dalam masa yang dinyatakan dalam suatu notis, maklumat yang berhubungan dengan komposisi dan kegunaan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau itu. (2) Mana-mana orang yang tidak memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan komposisi dan kegunaan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bahagian VIII AM Musim tutup 80. (1) Bagi maksud mencegah berlakunya atau merebaknya penyakit yang memberi kesan kepada kenaf atau tembakau, Lembaga boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan tempoh tertentu sebagai musim tutup bagi penanaman kenaf atau penanaman dan pengawetan tembakau bagi kawasan yang tertentu. (2) Tiada seorang pun boleh, dalam sesuatu musim tutup— (a) menanam kenaf atau tembakau; (b) membenarkan kenaf atau tembakau yang ditanam olehnya atau untuknya, atau di atas tanah yang dipunyai atau didudukinya, untuk terus tumbuh; atau 62 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (c) menjalankan, mengambil bahagian, membenarkan, menyebabkan, membiarkan, atau mendapatkan mana-mana orang untuk menjalankan, mengambil bahagian, dalam apa-apa aktiviti yang menjadi sebahagian daripada atau yang bersampingan dengan proses kenaf atau pengawetan tembakau. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kewajipan untuk mengekalkan kerahsiaan 81. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud mana- mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang- undang bertulis, tiada anggota, pegawai, pekhidmat Lembaga atau mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang ke mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana- mana jawatankuasanya boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan 82. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian— (a) boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 63 (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah terhadap kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu. (2) Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa tindakan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap tindakan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika tindakan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan— (a) oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya; (b) oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau (c) oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu. Pensubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan 83. (1) Seseorang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Part document.segment-3
692 - *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 — segment 3
- document.segment-3 Verify source ↗
692 - *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 — segment 3
AI-assisted research summary: This part lets the Chief Director compound certain offences, restricts prosecution steps, protects informer identity, gives the Minister exemption and regulation-making powers, and sets transitional rules for licences, applications, and the transfer of rights and liabilities.
(2) Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan persediaan untuk atau sebagai pelanjutan kepada pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu: Dengan syarat apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. 64 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Pengkompaunan kesalahan 84. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan menjadi suatu kesalahan boleh dikompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Lembaga suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan. (3) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan selepas itu boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun kesalahan itu dibuat dan mana-mana kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau atau hasil penjualannya, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua Pengarah mengikut syarat kompaun itu. Permulaan dan penjalanan pendakwaan 85. (1) Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan mana- mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. (2) Mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 65 Percantuman kesalahan 86. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana- mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, jika seseorang dituduh atas lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dipertuduh atas dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi seberapa banyak kesalahan yang dilakukan dalam jarak masa tidak kira apa jua pun tempohnya. Ganjaran 87. Ketua Pengarah boleh memerintahkan supaya apa-apa ganjaran sebagaimana yang difikirkannya patut dibayar kepada mana-mana orang bagi perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengesanan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau yang berhubungan dengan apa-apa penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini. Perlindungan pemberi maklumat 88. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan menzahirkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat itu diketahui. (2) Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen atau data berkomputer yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua rangkap sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui. (3) Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat 66 Undang-Undang Malaysia AktA 692 bahawa keadilan tidak dapat dicapai sepenuhnya antara pihak- pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu. Kuasa untuk mengecualikan 89. (1) Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana orang, golongan orang, apa-apa aktiviti atau kelas aktiviti yang berhubungan dengan kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini. (2) Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi diperlukan. Pindaan Jadual 90. Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Peraturan-peraturan 91. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi— (a) menetapkan cara memohon lesen, kelulusan dan perakuan kebenaran, di bawah Akta ini, butiran yang hendaklah diberikan oleh seseorang pemohon, cara pelesenan dan pemerakuan, fi yang kena dibayar bagi pelesenan dan pemerakuan, syarat yang hendak dikenakan, bentuk lesen, kelulusan dan perakuan, dan kuasa untuk mengehadkan bilangan lesen; Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 67 (b) menetapkan tatacara yang berhubungan dengan representasi yang hendak dibuat di bawah subseksyen 47(2); (c) menetapkan tatacara bagi rayuan di bawah seksyen 48; (d) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun; (e) menetapkan jenis tembakau yang hendak diadun dalam mana-mana keluaran tembakau; (f) menggalakkan, mengawal selia, menguruskan, mengawal dan membangunkan pasaran kenaf atau keluaran kenaf; (g) mengawal selia, menguruskan dan mengawal pergerakan, pengangkutan dan penyimpanan tembakau atau keluaran tembakau; (h) menetapkan amalan yang hendaklah dipatuhi atau dielakkan dalam industri kenaf atau industri tembakau termasuk penanaman tembakau dan penyelidikan mengenai kenaf atau tembakau; (i) mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan piawaian pengendalian yang sesuai dalam menjalankan industri kenaf atau industri tembakau dan bagi menguruskan pelanggaran piawaian itu; (j) menetapkan cara penyimpanan dan pengangkutan kenaf atau tembakau dan langkah yang hendaklah diambil untuk mengelakkan kemusnahan atau kemerosotan kenaf atau tembakau, atau berlakunya atau merebaknya penyakit yang memberi kesan kepada kenaf atau tembakau, semasa penyimpanan atau pengangkutan; (k) menetapkan cara dan tatacara pengambilan sampel kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau oleh seseorang pegawai diberi kuasa atau Pengelas bagi maksud Akta ini; (l) menetapkan piawaian pemprosesan dan cara pemeliharaan, penggredan atau pembungkusan kenaf atau tembakau; 68 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (m) menetapkan piawaian atau gred kenaf atau tembakau dan mengadakan peruntukan bagi melaksanakan apa-apa piawaian atau gred itu, termasuk peruntukan bagi atau yang berhubungan dengan pelabelan dan larangan berurusan mengenai kenaf atau tembakau yang tidak mematuhi piawaian atau gred itu; (n) menetapkan harga minimum berhubung dengan kualiti atau gred tertentu yang pada harga itu kenaf atau tembakau boleh dijual selain bagi eksport; (o) mengadakan peruntukan bagi pendaftaran kontrak berhubung dengan penjualan dan pembelian kenaf atau tembakau dan butiran mengenai kontrak itu; (p) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pedagang dalam perdagangan kenaf atau tembakau; (q) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pengeksport dalam mengeksport kenaf, keluaran kenaf, tembakau atau keluaran tembakau; (r) menentukan kewajipan dan fungsi Pengelas; (s) menetapkan rekod dan dokumen yang hendaklah disimpan dan penyata yang hendaklah dikemukakan; (t) menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini dan cara kutipan dan pembayaran fi itu; dan (u) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa tindakan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 69 Tindakan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini 92. Semua tindakan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi pihak Lembaga sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa tindakan atau perkara yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat daripada tindakan atau perkara itu termasuk perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga. Bahagian IX PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN Pemansuhan dan pembubaran 93. (1) Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111] (“Akta dimansuhkan”) dimansuhkan dan Lembaga Tembakau Negara (“Lembaga dibubarkan”) dibubarkan. (2) Semua peraturan, kaedah, arahan dan perintah yang dibuat atau mempunyai kuat kuasa di bawah undang-undang yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan berkuat kuasa atau mempunyai kuat kuasa pada tarikh ditetapkan hendaklah, tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda, membatalkan atau menarik balik peraturan, kaedah, arahan atau perintah dan tertakluk kepada pengubahsuaian yang perlu untuk menjadikan peraturan, kaedah, arahan dan perintah itu supaya selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini, sehingga selainnya diperuntukkan di bawah Akta ini. Pemindahan kuasa, dsb. 94. Kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan kewajipan yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan ada pada Lembaga dibubarkan hendaklah dipindahkan mulai tarikh itu kepada Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini. 70 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Pemindahmilikan harta 95. (1) Semua tanah yang sebelum tarikh ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh itu, dengan kuasa Akta ini, terletak hak pada atau disifatkan dirizabkan bagi maksud Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini. (2) Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan terletak hak pada Lembaga dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada tarikh itu, terletak hak pada Lembaga. Kontrak yang sedia ada 96. Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 95 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau dengan memihak kepada Lembaga dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan seberkesannya seolah- olah, sebagai ganti Lembaga dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga dibubarkan, Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya. Pemindahan wang dalam dana 97. Semua wang yang ada di dalam atau kena dibayar kepada dana Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletak hak pada Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini, dipindahkan kepada dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 22. Keanggotaan Lembaga dibubarkan 98. (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan, anggota Lembaga dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Akta dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum tarikh ditetapkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada tarikh itu. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 71 (2) Tiada apa jua pun dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Lembaga dibubarkan yang tamat tempoh jawatannya dan seberapa segera yang boleh dilaksanakan selepas tarikh ditetapkan, Lembaga dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri suatu laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah Akta dimansuhkan, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga hari sebelum tarikh ditetapkan. Penerusan pegawai dan pekhidmat 99. (1) Orang yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, disifatkan telah diambil khidmat oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini. (2) Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan telah diambil khidmat sebagai pegawai dan pekhidmat Lembaga dibubarkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang dia berhak kepadanya sebaik sebelum tarikh ditetapkan. (3) Jika perubahan dibuat pada atau selepas tarikh ditetapkan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga dibubarkan yang disifatkan di bawah subseksyen (1) telah diambil khidmat oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini, mereka hendaklah diberi pilihan sama ada untuk terus tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang sedia ada atau tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang baru. Kecualian bagi lesen dan daftar 100. (1) Walau apa pun pemansuhan dan pembubaran di bawah seksyen 93 atau mana-mana peruntukan Akta ini yang berlawanan, tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum tarikh ditetapkan, memegang suatu lesen sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada tarikh ditetapkan disifatkan dilesenkan di bawah Akta ini sehingga habis tempoh lesen itu dan hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini. 72 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (2) Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan, penggantungan dan pembaharuan lesen hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan dilesenkan di bawah subseksyen (1). (3) Mana-mana permohonan lesen di bawah Akta ini oleh seseorang yang disifatkan telah dilesenkan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan lesen. (4) Semua daftar yang disimpan dan disenggara di bawah Akta dimansuhkan hendaklah pada tarikh ditetapkan disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggara di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar itu. Aktiviti yang baginya suatu lesen di bawah Akta ini terpakai 101. (1) Tertakluk kepada seksyen 100, mana-mana orang yang, sebaik sebelum tarikh ditetapkan, sedang mengusahakan suatu aktiviti yang Akta ini terpakai baginya hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh ditetapkan, memohon suatu lesen di bawah seksyen 40 dan permohonan yang sedemikian hendaklah dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan lesen. (2) Apabila diterima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) Lembaga hendaklah mengeluarkan akuan terima kepada orang itu. (3) Sementara menunggu keputusan permohonan itu, orang itu boleh terus mengusahakan aktiviti itu. Penerusan permohonan, dsb., yang belum diputuskan 102. (1) Semua permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum diputuskan oleh Lembaga dibubarkan di bawah Akta dimansuhkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, diuruskan oleh Lembaga mengikut peruntukan yang terpakai di bawah Akta ini. (2) Semua permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan, yang belum diputuskan oleh Menteri di bawah Akta dimansuhkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, diuruskan oleh Menteri di bawah Akta ini. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 73 (3) Semua surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Lembaga dibubarkan sebelum tarikh ditetapkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, diserah simpan dengan Lembaga. Penerusan prosiding sivil dan jenayah 103. (1) Pemansuhan di bawah seksyen 93 atau apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menjejaskan apa-apa liabiliti seseorang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebaik sebelum tarikh ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu. (2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum diputuskan atau yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini sebagaimana ia boleh dilakukan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan atau orang itu jika Akta ini tidak diperbuat. (3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebaik sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Lembaga dibubarkan menjadi suatu pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini. Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai Lembaga dibubarkan 104. Sesuatu sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh ditetapkan mengenai Lembaga dibubarkan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini. 74 Undang-Undang Malaysia AktA 692 Penerusan penggunaan nama 105. Walau apa pun seksyen 93 dan 104, Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini boleh terus menggunakan nama “Lembaga Tembakau Negara” bagi maksud mengekalkan nama baik atau bagi apa-apa maksud yang difikirkan patut oleh Lembaga. Pencegahan anomali 106. (1) Menteri boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini yang nyata padanya adalah perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa- apa kesulitan akibat permulaan kuat kuasa Akta ini tetapi hanya berkenaan dengan pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa oleh Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini. (2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh ditetapkan. (3) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” ertinya pindaan, tambahan, pemotongan dan penggantian mana-mana peruntukan Akta ini. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 75 Jadual [Subseksyen 3(5)] Mesyuarat 1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi. (2) Ketua Pengarah hendaklah atas arahan Pengerusi memberikan notis bertulis kepada anggota-anggota sebelum mesyuarat. (3) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga. (4) Lima anggota hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Lembaga. (5) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak kepada satu undi. (6) Jika mengenai sesuatu persoalan untuk diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. Elaun 2. Anggota Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri. Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 3. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat atau penimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau penimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga. Meterai perbadanan 4. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. 76 Undang-Undang Malaysia AktA 692 (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “National Kenaf and Tobacco Board” atau “Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi Lembaga. (3) Meterai perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dibenarkan oleh Lembaga, dan hendaklah ditentusahkan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai tersebut, yang ditentusahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang sama oleh Lembaga; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksud itu. (4) Meterai perbadanan bagi Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Penzahiran kepentingan 5. Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mana-mana kepentingan dalam mana-mana syarikat atau perusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam mana-mana perkara yang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat kepentingan dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran yang sedemikian hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus kepadanya oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa penimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Minit 6. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya. Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 77 (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat sedemikian rupa hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Kesahan perbuatan dan prosiding 7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan— (a) sesuatu kekosongan dalam keanggotaan, atau sesuatu kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga terhadap peruntukan perenggan 5; atau (c) sesuatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu. Tatacara 8. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri. Anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga 9. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan. 78 Undang-Undang Malaysia AktA 692 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 692 AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari —TIADA— Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 79 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 692 AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari —TIADA—
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
692 - *AKTA LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2009
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in