296 - *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958
This Act lets authorities in a proclaimed area control movement, gatherings, searches, weapons, arrests, and curfews to preserve public order, and it creates offences and penalties for breaches.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 296 - *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
296 - *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958
AI-assisted research summary: This Act lets authorities in a proclaimed area control movement, gatherings, searches, weapons, arrests, and curfews to preserve public order, and it creates offences and penalties for breaches.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 296 AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 Sebagaimana pada 1 April 2013 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Public Order (Preservation) Act 1958. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 Pertama kali diperbuat … … … 1958 (Ordinan No. 46 tahun 1958) Disemak … … … … … 1983 (Akta 296 m.b.p 19 Januari 1984) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 296 AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran BAHAGIAN II PROKLAMASI BAHAYA KEPADA KETENTERAMAN AWAM 3. Proklamasi keadaan bahaya kepada ketenteraman awam BAHAGIAN III KUASA BAGI PENYENGGARAAN KETENTERAMAN AWAM 4. Penutupan jalan, dsb. 5. Larangan dan penyuraian perhimpunan 6. Sawar 7. Perintah berkurung 8. Pengusiran orang 9. Pemberhentian perkhidmatan telefon 10. Penyitaan artikel tertentu 11. Kuasa rekuisisi 12. Pampasan 13. Kawalan ke atas orang 4 Undang-Undang Malaysia A 296 KTA Seksyen 14. Rayuan 15. Kuasa penggeledahan dan pemeriksaan 16. Pelupusan harta 17. Penangkapan dan penahanan 18. Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan 19. Kawalan senjata 20. Kuasa anggota angkatan bersenjata 21. Pendaftaran orang yang ditangkap atau ditahan 22. Pengisytiharan dan pembatalan perintah BAHAGIAN IV KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KETENTERAMAN AWAM 23. Menggunakan senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar 24. Berdampingan dengan orang yang menggunakan senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan mudah atau mudah terbakar 25. Membawa, dsb., senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar dalam suatu kawasan diproklamasi 26. Anggapan 27. Penalti bagi kesalahan tertentu 28. Penalti tambahan bagi kesalahan tertentu yang dilakukan dalam suatu kawasan diproklamasi 29. Membangkitkan pecah keamanan 30. Kesalahan yang berhubungan dengan penyenggaraan ketenteraman awam dalam suatu kawasan diproklamasi 31. Kecualian JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA JADUAL KETIGA 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 296 AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 Suatu Akta berhubungan dengan penyenggaraan dan pemulihan ketenteraman awam. [Semenanjung Malaysia─5 Disember 1958; Sabah dan Sarawak─16 September 1963; P.U. 232/1963] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, kecuali setakat yang konteksnya menghendaki makna yang lain atau diperuntukkan dengan nyata selainnya– ―bahan kakisan‖ ertinya mana-mana asid dan bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disifatkan termasuk segala bahan yang apabila dikenakan pada tubuh manusia boleh menyebabkan kecederaan melalui tindakan kakisan; ―bahan letupan‖ hendaklah disifatkan termasuk apa-apa benda bagi membuat apa-apa bahan letupan dan apa-apa bom, bom tangan, radas, jentera, alat atau benda yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan sesuatu letupan dalam atau dengan sesuatu bahan letupan dan mana-mana bahagian bom, bom tangan, perkakas, jentera atau alat itu; ―cedera‖ ertinya cedera sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 ―dokumen‖ termasuklah apa-apa bahan yang padanya direkodkan apa-apa perkara, sama ada dengan huruf, angka, tanda, rupaan gambar atau rupaan lain, atau dengan lebih dari satu daripada cara- cara ini; ―dokumen subversif‖ ertinya apa-apa dokumen yang mengandungi– (a) apa-apa perkara yang menghasut dalam erti Akta Hasutan 1948[Akta 15]; (b) apa-apa perkara yang mungkin memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam; (c) apa-apa perkara yang menasihatkan atau mungkin menyebabkan keingkaran, kepada undang-undang Malaysia atau apa-apa perintah yang sah di dalamnya; (d) apa-apa perkara yang mengapikan atau mungkin menyebabkan keganasan yang menyalahi undang-undang atau menggalakkan perasaan niat jahat atau permusuhan di antara ras atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (e) apa-apa perkara yang mungkin mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan ketidaksetiaan terhadap mana-mana pekhidmat awam dalam pelaksanaan tugasnya atau mana-mana golongan pekhidmat awam atau terhadap mana-mana angkatan bersenjata yang berada dengan sah di Malaysia atau mana-mana anggota mana-mana angkatan itu dalam pelaksanaan tugasnya; ―kawasan diproklamasi‖ ertinya suatu kawasan yang berkenaan dengannya suatu proklamasi yang dibuat atau diperbaharui di bawah seksyen 3 sedang berkuat kuasa; ―Ketua Pegawai Polis‖ termasuklah Pesuruhjaya Polis yang diberi kuasa pengawalan bagi Polis Diraja Malaysia berkenaan dengan mana-mana kawasan atau Negeri dan mana-mana pegawai kanan polis yang pada masa itu diberi kuasa dengan sah untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas yang diberi kepada atau dipertanggungkan ke atas Ketua Polis oleh Akta ini; Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 7 ―Semenanjung Malaysia‖ mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan; ―pegawai polis‖ termasuklah seorang pegawai polis simpanan sukarela dan pegawai polis tambahan yang dilantik mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa; ―senjata berbahaya‖ termasuklah apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata berbahaya mungkin akan menyebabkan kecederaan. BAHAGIAN II PROKLAMASI BAHAYA KEPADA KETENTERAMAN AWAM Proklamasi keadaan bahaya kepada ketenteraman awam 3. (1) Jika, pada pendapat Menteri, ketenteraman awam dalam mana-mana kawasan di Malaysia adalah terganggu atau terancam dengan beratnya Menteri boleh, jika difikirkan perlu bagi maksud menyenggara atau memulihkan ketenteraman awam dalam kawasan itu untuk berbuat demikian, memproklamasikan wujudnya dalam kawasan itu suatu keadaan bahaya kepada ketenteraman awam. (2) Tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah terpakai hanya bagi kawasan yang dinyatakan di dalamnya dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Menteri atau terhenti berkuat kuasa mengikut subseksyen (3). (3) Tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan terdahulu menurut seksyen itu, terhenti berkuat kuasa apabila habisnya tempoh satu bulan dari tarikh ia dibuat: Dengan syarat bahawa suatu proklamasi yang berkuat kuasa boleh diperbaharui melalui perisytiharan Menteri dari semasa ke semasa selama tempoh, yang tidak melebihi satu bulan pada suatu masa, yang ditetapkan dalam perisytiharan itu. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 (4) Suatu proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan suatu perisytiharan pembaharuan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah disiarkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi memberitahu semua orang yang pada pendapatnya patut diberitahu mengenainya dan hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis itu diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta. (5) Suatu salinan tiap-tiap proklamasi yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tiap-tiap perisytiharan pembaharuan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah disiarkan dalam Warta dan dibentangkan di Parlimen dengan seberapa segera yang mungkin setelah ia dibuat dan jika resolusi diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen membatalkan proklamasi atau perisytiharan itu, maka ia hendaklah terhenti berkuat kuasa, walau apa pun subseksyen (2) dan (3), tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan terdahulu menurut kuasa seksyen itu. (6) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui surat di bawah tandatangannya mewakilkan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Menteri oleh seksyen ini dalam Negeri itu tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri. (7) Tiada perwakilan apa-apa kuasa di bawah subseksyen (6) boleh menyentuh penjalanan kuasa itu oleh Menteri. BAHAGIAN III KUASA BAGI PENYENGGARAAN KETENTERAMAN AWAM Penutupan jalan, dsb. 4. Dalam mana-mana kawasan proklamasi– (a) Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah atau dengan memberi arahan atau dengan apa-apa cara lain yang difikirkannya patut mengawal selia, menyekat, mengawal atau melarang Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 9 penggunaan mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau mana-mana tempat awam atau menutup mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau tempat awam kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam atau kepada apa-apa kenderaan atau vesel atau kelas kenderaan atau vesel; (b) jika ternyata kepada pegawai kanan polis yang berada di sesuatu bahagian mana-mana kawasan tersebut bahawa, untuk memulihkan atau menyenggara ketenteraman awam di tempat itu, adalah perlu untuk mengawal selia, menyekat, mengawal atau melarang penggunaan mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau mana-mana tempat awam di bahagian, atau yang memberi akses ke bahagian itu, atau untuk menutup mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau tempat awam tersebut dan bahawa keadaannya adalah terlalu mendesak atau menghubungi pegawai yang mempunyai kuasa di bawah perenggan (a), maka pegawai itu boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan itu kepada Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis: Dengan syarat bahawa kuasa yang diberi oleh perenggan (b) tidaklah boleh dijalankan oleh seorang pegawai polis yang berpangkat lebih rendah daripada Sarjan: Dan dengan syarat bahawa tiada perintah di bawah perenggan (b) boleh menjadi sah setelah habisnya tempoh dua puluh empat jam dari masa ia dibuat melainkan jika dibuat atau disahkan oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis yang mempunyai kuasa di bawah perenggan (a). Larangan dan penyuraian perhimpunan 5. (1) Dalam mana-mana kawasan diproklamasi– (a) Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah melarang secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 syarat yang difikirkannya patut apa-apa perarakan, perjumpaan atau perhimpunan lima orang atau lebih di mana-mana tempat awam dalam kawasan itu atau di mana-mana tempat atau bangunan tertentu, sama ada awam atau persendirian, dalam kawasan tersebut; (b) apa-apa perarakan, perjumpaan atau perhimpunan lima orang atau lebih di mana-mana jua pun tempat boleh, sama ada atau tidak suatu perintah telah pun dibuat melarang mana-mana perarakan, perjumpaan atau perhimpunan itu di bawah perenggan (a), diperintahkan supaya bersurai oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi dan sesudah itu adalah menjadi kewajipan anggota perarakan, perjumpaan atau perhimpunan itu untuk bersurai dengan sewajarnya. (2) Mana-mana pegawai polis boleh, jika perlu untuk keselamatan awam, menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu bagi menyuraikan mana-mana perarakan, perjumpaan, perhimpunan yang diperintahkan supaya bersurai atau dilarang di bawah seksyen ini, yang mana kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut. Sawar 6. (1) Seorang pegawai polis boleh, bagi maksud memberi kuat kuasa kepada suatu perintah atau arahan yang dibuat di bawah seksyen 4, atau bila-bila masa yang difikirkannya perlu untuk berbuat demikian bagi pemeliharaan undang-undang dan ketenteraman atau bagi pencegahan atau pengesanan jenayah, mendirikan atau meletakkan sawar pada atau merintang mana-mana jalan, lebuh, jalan kecil, perhubungan air atau tempat awam dalam suatu kawasan diproklamasi mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut. (2) Seorang pegawai polis boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah mana-mana orang, sama ada berjalan kaki atau dalam dalam kenderaan atau vesel, daripada melalui mana-mana sawar tersebut dan tiap-tiap orang hendaklah mematuhi apa-apa arahan atau isyarat mana-mana pegawai itu yang menghendaki orang itu berhenti pada atau sebelum sampai ke mana-mana sawar tersebut. Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 11 (3) Seseorang pegawai polis boleh menggunakan apa-apa kekerasan yang perlu untuk mencegah mena-mana orang daripada melalui sawar itu, yang mana kekerasan itu boleh meliputi penggunaan senjata maut. Perintah berkurung 7. (1) Dalam mana-mana kawasan diproklamasi, Menteri, Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah menghendaki tiap-tiap orang dalam kawasan itu atau mana-mana bahagiannya supaya berada dalam rumah di antara apa-apa waktu yang dinyatakan dalam perintah itu melainkan jika memiliki suatu permit bertulis bagi maksud itu yang dikeluarkan oleh Menteri atau oleh seorang pegawai polis yang berpangkat SubInspektor atau lebih tinggi oleh mana-mana pegawai awam yang di beri kuasa bertulis oleh Menteri, seorang Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis untuk mengeluarkan permit tersebut. (2) Tiada perintah di bawah seksyen ini terpakai bagi– (a) yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri; (b) mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota mana-mana angkatan laut, tentera atau udara yang ditubuhkan atau berkhidmat di Malaysia apabila bertugas; atau (c) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan daripada perintah itu oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis. (3) Kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis: Dengan syarat bahawa tiada perintah yang dibuat menurut subseksyen ini boleh menjadi sah setelah habisnya tempoh dua puluh empat jam dari masa ia dibuat melainkan jika disahkan oleh Ketua Pegawai Polis. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 (4) Menteri boleh mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang dibuat oleh seorang pegawai polis pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1). Pengusiran orang 8. (1) Dalam mana-mana kawasan diproklamasi seorang Ketua Pegawai Polis atau seorang Pegawai Penjaga Daerah Polis boleh melalui perintah mengusir semua orang atau mana-mana golongan orang dari mana-mana kawasan dalam Daerah Polis atau Daerah-Daerah Polis di bawah jagaannya atau dari mana-mana tempat atau bangunan di dalamnya dan boleh menghendaki mana-mana orang yang berada dalam kawasan atau tempat atau bangunan itu mematuhi arahan bagi mengawal selia pergerakan dan kelakuannya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis itu. (2) Mana-mana pegawai polis boleh memeriksa mana-mana orang yang memasuki, atau cuba memasuki, atau berada dalam, suatu kawasan, tempat atau bangunan, yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa dan boleh menahan mana-mana orang itu bagi maksud memeriksanya: Dengan syarat bahawa tiada perempuan boleh diperiksa di bawah subseksyen ini kecuali oleh seorang perempuan. (3) Jika mana-mana orang semasa dalam sesuatu kawasan, tempat atau bangunan yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (1) sedang berkuat kuasa gagal mematuhi perintah itu atau mana-mana arahan yang diberi di bawahnya maka, tanpa menjejaskan apa-apa prosiding yang boleh diambil terhadapnya, dia boleh dikeluarkan dari kawasan, tempat atau bangunan itu oleh seorang pegawai polis. (4) Kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis atau Pegawai Penjaga Daerah Polis. (5) Menteri boleh membuat suatu perintah dan boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat oleh seorang Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 13 pegawai polis pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1). Pemberhentian perkhidmatan telefon 9. (1) Menteri boleh melalui perintah secara bertulis memberi kuasa kepada pihak berkuasa telekomunikasi di mana-mana kawasan dalam suatu kawasan diproklamasi yang dinyatakan dalam perintah itu untuk menarik balik sama ada keseluruhan atau sebahagiannya penggunaan kesemua atau mana-mana kemudahan telekomunikasi atau loji telekomunikasi daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada awam pada umumnya kecuali orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam perintah itu dan sesudah itu pihak berkuasa telekomunikasi hendaklah menarik balik penggunaannya, walau apa pun peruntukan apa-apa perjanjian mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan. (2) Dalam seksyen ini ungkapan ―pihak berkuasa telekomunikasi‖ mempunyai makna yang diberi kepadanya dalam seksyen *Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20]. Penyitaan artikel tertentu 10. (1) Mana-mana pegawai polis boleh dalam suatu kawasan diproklamasi menyita dan mengambil pemilikan apa-apa artikel atau bahan yang boleh, dan yang pada pendapatnya mungkin akan digunakan untuk tujuan berbahaya. (2) Mana-mana artikel atau bahan yang disita di bawah seksyen mi hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Menteri. *CATATAN—Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20] telah dimansuhkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]–lihat subseksyen 273(1) Akta 588. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 Kuasa rekuisisi 11. (1) Seorang Ketua Pegawai Polis dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa oleh seorang Ketua Pegawai Polis bagi maksud itu secara bertulis boleh menghendaki mana-mana harta alih dan tak alih yang terletak dalam mana-mana kawasan diproklamasi atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau pesawat udara dalam kawasan itu . supaya diletakkan di bawah kuasanya dan boleh memberi arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan kehendak itu. (2) Pesuruhjaya Polis dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya bagi maksud itu secara bertulis boleh, dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3 berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia menghendaki mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara di mana-mana tempat di Malaysia supaya diletakkan di bawah kuasanya dan boleh memberi apa-apa arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan kehendak itu. (3) Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam sesuatu Negeri boleh, dengan persetujuan Menteri, mengarahkan bahawa apa-apa rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah terhenti berkuat kuasa setakat dan tertakluk kepada apa-apa kualifikasi, kecualian dan syarat yang dinyatakan atau dikenakan oleh arahan itu. (4) Tiada rekuisisi boleh dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana vesel yang lebih daripada seratus tan tanan kasar, mana-mana gerabak kereta api Keretapi Tanah Melayu atau mana-mana pesawat udara tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Menteri. Pampasan 12. (1) Jika, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 11, apa-apa harta atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau pesawat udara diambil milik, pampasan berkenaan dengan pemilikan itu hendaklah ditaksirkan mengikut undang-undang bertulis yang sedang berkuat Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 15 kuasa berhubungan dengan pampasan berkenaan dengan perekuisisian harta semasa darurat. (2) Tiada pampasan kena dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan kepada dirinya atau kerosakan kepada hartanya yang disebabkan oleh atau akibat daripada apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Akta ini melainkan jika peruntukan bagi pampasan tersebut dibuat oleh Akta ini. (3) Jika, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 11, apa-apa harta atau mana-mana ruang atau tempat tinggal di mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau pesawat udara diambil milik bagi maksud menjamin penyenggaraan perkhidmatan awam, apa-apa pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan pemilikan itu hendaklah kena dibayar oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi menyediakan perkhidmatan itu. Kawalan ke atas orang 13. (1) Jika ternyata kepada seorang Ketua Pegawai Polis bahawa mana-mana orang– (a) yang baru-baru ini kena-mengena dengan perbuatan yang melibatkan atau mungkin menyebabkan atau membangkitkan pecah keamanan dalam suatu kawasan diproklamasi atau yang mungkin menjejaskan kejayaan langkah-langkah yang diambil untuk menyenggara atau memulihkan ketenteraman awam dalam suatu kawasan diproklamasi atau dalam persediaan atau penghasutan perbuatan tersebut atau oleh sebab pergaulannya dengan mana-mana orang atau pertubuhan yang kena-mengena dengan mana-mana perbuatan sedemikian atau oleh sebab kata-kata atau kelakuannya bahawa dia mungkin kena-mengena dengan perbuatan itu; dan (b) bahawa oleh sebab itu adalah perlu untuk menjalankan kawalan sementara ke atas orang itu, seorang ketua Pegawai Polis boleh melalui perintah menjalankan berkenaan dengan orang itu mana-mana satu atau lebih kuasa yang berikut, iaitu: 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 (i) menyingkirkan orang itu dari kawasan diproklamasi itu atau mana-mana bahagiannya; (ii) menghendaki orang itu tinggal di suatu tempat atau kawasan sama ada dalam kawasan diproklamasi atau tidak sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu dan tidak boleh meninggalkan kawasan itu tanpa apa-apa kebenaran dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan sedemikian; (iii) menghendaki orang itu tinggal di dalam rumah pada bila-bila masa yang dinyatakan dalam perintah itu; (iv) menghendaki orang itu memberitahu pihak polis di mana-mana tempat atau tempat-tempat dan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu tempat tinggalnya dan apa-apa pertukarannya dan melaporkan kepada pihak polis pada bila-bila masa dan tarikh dan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan sedemikian; (v) menghendaki orang itu mengikat bon bagi apa-apa amaun dengan beberapa orang penjamin sebagaimana yang dinyatakan bagi kelakuan baiknya atau bagi pematuhan wajar terma dan syarat apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen ini. (2) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah oleh Menteri atau oleh Ketua Pegawai Polis. (3) Tertakluk Kepada subseksyen (2), apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan di dalamnya, tetapi tiap-tiap perintah sedemikian, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah terhenti berkuat kuasa apabila kawasan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat terhenti menjadi suatu kawasan diproklamasi. Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 17 Rayuan 14. (1) Mana-mana orang yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 13 boleh merayu kepada Menteri, yang hendaklah memutuskan rayuan itu dan membuat apa-apa perintah mengenainya yang difikirkannya sesuai. (2) Keputusan Menteri mengenai rayuan di bawah seksyen ini adalah muktamad. Kuasa penggeledahan dan pemeriksaan 15. (1) Dalam mana-mana kawasan diproklamasi, mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan– (a) menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan yang didapati di mana-mana jalan atau tempat awam; dan (b) jika pegawai polis itu berpangkat Sarjan atau lebih tinggi– (i) menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan, sama ada di suatu tempat awam atau tidak; (ii) memasuki dan menggeledah mana-mana premis; (iii) menaiki dan menggeledah mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara yang bukannya, atau mempunyai taraf, suatu vesel, kenderaan atau pesawat udara angkatan laut, tentera atau udara; untuk menentukan sama ada orang, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu ada membawa, atau premis itu mengandungi, apa-apa senjata berbahaya atau dokumen subversif atau apa-apa artikel atau bahan atau pengumpulannya yang boleh digunakan untuk menyebabkan kecederaan kepada orang atau kerosakan kepada harta, atau jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa keterangan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan mungkin akan didapati pada orang atau di atas premis itu atau di dalam mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara tersebut dan boleh menyita mana-mana senjata, dokumen, artikel atau bahan 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 tersebut jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa ia dimaksudkan untuk atau mungkin akan digunakan sedemikian dan apa-apa keterangan yang didapati itu dan mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara dalam mana-mana senjata, dokumen, artikel, bahan atau keterangan itu didapati: Dengan syarat sentiasanya bahawa mana-mana pegawai polis boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh perenggan (b) kepada seorang pegawai polis yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan yang akan disebabkan dengan merujukkan perkara itu kepada seorang pegawai yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi, apa-apa keterangan yang boleh disita di bawah perenggan itu mungkin akan dipindahkan daripada orang, premis, vesel, kenderaan atau pesawat udara di mana keterangan itu dipercayai berada. (2) Tiada perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan. Pelupusan harta 16. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] yang berhubungan dengan pelupusan harta, subjek kesalahan itu, hendaklah terpakai bagi mana-mana artikel yang berada dalam milikan seorang pegawai polis di bawah seksyen 15. (2) Mana-mana senjata berbahaya, dokumen subversif, bahan kakisan atau bahan letupan yang berada dalam milikan seorang pegawai polis di bawah seksyen 15 boleh dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Menteri. (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menjejaskan apa-apa hak untuk menyimpan atau melupuskan harta yang ada di sisi undang-undang selain seksyen ini. Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 19 Penangkapan dan penahanan 17. (1) Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau melakukan dalam suatu kawasan diproklamasi mana-mana kesalahan yang disebut dalam seksyen 28. (2) Seseorang pegawai polis boleh dalam suatu kawasan diproklamasi menangkap tanpa waran mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia adalah orang yang baginya subseksyen 13(1) terpakai dan mana-mana orang yang ditangkap demikian boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam, sementara menanti keputusan sama ada suatu perintah di bawah subseksyen itu patut dibuat. (3) Seseorang pegawai polis boleh dalam suatu kawasan diproklamasi menangkap mana-mana orang yang diperintahkan supaya disingkirkan dari kawasan itu di bawah seksyen 13 dan boleh menahan orang itu selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam bagi maksud mengeluarkannya dari kawasan itu. (4) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberi oleh Akta ini hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah dan boleh ditahan di mana-mana penjara atau di mana-mana balai polis atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau secara khas oleh Ketua Pegawai Polis. (5) Tiap-tiap kesalahan di bawah Akta ini atau yang boleh dihukum di bawah seksyen 28 dan tiap-tiap kesalahan yang dilakukan dalam kawasan diproklamasi terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Kedua, adalah kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah. Penggunaan senjata maut dalam melaksanakan penangkapan 18. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, adalah sah bagi mana-mana pegawai polis dengan tujuan– 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 (a) melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang gagal mematuhi suatu perintah di bawah seksyen 7 atau yang dia mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki telah melakukan dalam suatu kawasan diproklamasi suatu kesalahan terhadap seksyen 23, 24, 25 atau 29 atau yang boleh dihukum di bawah seksyen 28 atau terhadap apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Kedua; (b) mengatasi tentangan berkekerasan yang diberi oleh mana-mana orang terhadap penangkapan itu; atau (c) mencegah pelarian daripada penangkapan atau pembebasan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu, untuk menggunakan apa-apa kekerasan yang semunasabahnya perlu, dalam hal keadaan kes itu, yang mana kekerasan itu boleh meliputi sehingga penggunaan senjata maut. (2) Tiap-tiap orang yang ditahan dalam hal keadaan yang disebut dalam perenggan 1(a) hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penangkapannya diberi amaran dengan jelasnya mengenai perenggan (c) subseksyen tersebut. (3) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh mengurangkan hak pertahanan persendirian yang terkandung dalam 96 hingga 106, termasuk kedua-duanya, Kanun Keseksaan. (4) Jadual Kedua boleh ditambah, diubah atau dipinda melalui resolusi yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen. Kawalan senjata 19. Menteri boleh, dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3 berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia, jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat bagi kepentingan awam untuk berbuat demikian, dari semasa ke semasa, walaupun lesen atau permit mungkin telah dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 21 dengan senjata itu, melalui perintah, melarang penggunaan, milikan atau jagaan senjata di mana-mana bahagian Malaysia selama tempoh yang dinyatakan dalam perintah tersebut; dan boleh pada masa yang sama memberi arahan– (a) bagi pengambilan dalam jagaan akan senjata; (b) bagi pembatalan atau penggantungan lesen atau permit bagi senjata selama tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu; (c) bagi memberi notis mengenai perintah itu kepada mana-mana orang yang pada pendapatnya patut diberitahu mengenainya; atau (d) pada amnya bagi melaksanakan perintah itu. Kuasa anggota angkatan bersenjata 20. (1) Mana-mana komander bagi mana-mana angkatan bersenjata dan mana-mana anggota angkatan bersenjata di bawah perintahnya boleh apabila bertugas berkaitan dengan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam, menjalankan mana-mana kuasa yang diberi kepada seorang pegawai polis oleh perenggan 4(b), 5(1)(b) dan subseksyen 5(2), seksyen 6, subseksyen 8(2) dan (3), 10(1), 15(1), 17(1) dan seksyen 18 dengan cara yang sama seolah-olah sebutan dalam seksyen ini mengenai seorang pegawai polis adalah sebutan mengenai seorang anggota angkatan bersenjata daripada pangkat yang sama. (2) Bab IV Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai bagi seorang anggota angkatan bersenjata yang menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1) dengan cara yang sama sebagaimana ia terpakai bagi seorang pegawai polis. (3) Bagi maksud subseksyen (1)– (a) ―komander bagi mana-mana angkatan bersenjata‖ ertinya seorang pegawai bertauliah yang pada masa itu memerintah anggota angkatan bersenjata dalam kawasan diproklamasi; 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 (b) seorang pegawai bertauliah mana-mana angkatan bersenjata hendaklah disifatkan sama pangkat dengan seorang pegawai polis yang berpangkat lebih tinggi daripada Sarjan dan seorang Sarjan atau Pegawai Rendah mana-mana angkatan bersenjata hendaklah disifatkan sama pangkat dengan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan. Pendaftaran orang yang ditangkap atau ditahan 21. (1) Peruntukan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969 [Akta 7], yang berhubungan dengan pengambilan cap jari dan gambar foto orang yang ditangkap dan dituduh dengan apa-apa kesalahan jenayah hendaklah terpakai bagi orang yang ditangkap dan ditahan di bawah Akta ini seolah-olah mereka adalah orang yang dituduh dengan apa-apa jenayah dalam erti Akta tersebut. (2) Peruntukan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969, hendaklah terpakai bagi orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan terhadap Akta ini seolah-olah kesalahan itu adalah suatu jenayah yang termasuk dalam Jadual Pertama kepada Akta tersebut. Perisytiharan dan pembatalan perintah 22. (1) Apabila mana-mana perintah atau arahan diberi di bawah Bahagian ini, orang yang membuat perintah atau memberi arahan itu hendaklah, melainkan jika diperuntukkan selainnya, menyebabkan notis mengenai kesan perintah atau arahan itu diberi mengikut apa-apa cara yang difikirkannya perlu untuk memberitahu semua orang yang pada pendapatnya patut diberitahu mengenainya dan perintah atau arahan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja notis itu diberikan, tanpa disiarkan dalam Warta. (2) Apa-apa perintah atau arahan yang dibuat di bawah mana-mana peruntukan Bahagian ini boleh pada bila-bila masa semasa penerusannya dibatalkan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa untuk membuat perintah itu tetapi tanpa menjejaskan kesahan terdahulu perintah itu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya atau kuasa orang itu untuk membuat suatu perintah yang baru di bawah peruntukan tersebut. Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 23 BAHAGIAN IV KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KETENTERAMAN AWAM Menggunakan senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar 23. Mana-mana orang yang dalam mana-mana kawasan diproklamasi menggunakan dengan menyalahi undang-undang dan niat jahat apa-apa senjata berbahaya atau menyebabkan dengan apa-apa bahan letupan suatu letupan daripada jenis yang mungkin membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan teruk kepada orang atau kerosakan teruk kepada harta atau menggunakan apa-apa bahan kakisan atau mudah terbakar dengan cara yang mungkin membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan teruk kepada orang atau kerosakan teruk kepada harta, sama ada apa-apa kecederaan kepada orang atau kerosakan teruk kepada harta telah sebenarnya dilakukan atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga disebat. Berdampingan dengan orang yang menggunakan senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar 24. Jika mana-mana orang berdampingan dengan atau didapati bersama dengan seorang lain yang sedang melakukan atau cuba melakukan atau sedang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan kepada perlakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 23 atau yang baru-baru ini telah melakukan atau cuba melakukan kesalahan sedemikian atau melakukan perbuatan sedemikian orang itu jika ia berdampingan demikian atau dijumpai demikian dalam hal keadaan yang menimbulkan suatu anggapan munasabah bahawa dia bercadang hendak atau hampir akan bertindak atau baru-baru ini telah bertindak dengan orang lain itu dengan apa-apa cara yang memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam dalam mana-mana kawasan diproklamasi melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan boleh disebat. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 Membawa, dsb., senjata berbahaya, bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar dalam suatu kawasan diproklamasi 25. (1) Mana-mana orang yang di mana-mana tempat awam dalam mana-mana kawasan diproklamasi membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata berbahaya atau apa-apa bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar, melainkan jika orang itu membuktikan bahawa dia membawa senjata, artikel atau bahan itu atau mempunyai bahan itu dalam miliknya atau di bawah kawalannya semata-mata bagi maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh disebat. (2) Mana-mana orang yang di mana-mana tempat dalam suatu kawasan diproklamasi, selain suatu tempat awam, mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya apa-apa senjata berbahaya atau apa-apa bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar dalam hal keadaan yang menimbulkan suatu anggapan munasabah bahawa senjata atau bahan itu dimaksud untuk digunakan bagi suatu maksud yang memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia mempunyai senjata atau bahan itu dalam miliknya semata-mata bagi suatu maksud yang sah, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan boleh disebat. Anggapan 26. (1) Jika apa-apa senjata berbahaya atau apa-apa bahan letupan, kakisan atau mudah terbakar didapati di dalam atau di atas mana-mana premis, penduduk premis itu hendaklah disifatkan memiliki senjata atau bahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa seorang lain memiliki senjata atau bahan itu atau bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan atau tiada cara munasabah untuk mengetahui bahawa senjata atau bahan itu ada di dalam atau di atas premis itu, dan bahawa dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah terhadap senjata atau bahan itu disimpan di dalam atau di atas premis itu. (2) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen 25(2), hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 25 mana-mana senjata atau bahan adalah dimaksud untuk digunakan bagi suatu maksud yang memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam jika─ (a) bilangan senjata atau kuantiti bahan yang didapati melebihi kuantiti yang dengan munasabahnya dikehendaki disimpan oleh tertuduh bagi kegunaan dan pemakaian biasa di rumah atau di establismennya dan (dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan) melebihi kuantiti yang dengan munasabahnya dikehendaki disimpan dalam penjalanan biasa urusannya; atau (b) senjata atau bahan itu disimpan tersembunyi atau di suatu tempat yang lain daripada tempat yang ia mungkin dengan munasabahnya dijangka disimpan bagi maksud domestik atau, dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan; atau (c) bahan yang disimpan dalam bekas yang lain daripada bekas dari jenis di mana bahan itu biasanya disimpan bagi maksud domestik atau, dalam hal seseorang yang menjalankan perniagaan, bagi maksud perniagaan. Penalti bagi kesalahan tertentu 27. Jika mana-mana orang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa perintah atau arahan yang dibuat atau diberi atau kehendak yang dikenakan di bawah seksyen 4, 5, 6, 7, 8 atau 13, atau menyubahati pelanggaran atau kegagalan itu, dia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan, tertakluk kepada mana-mana peruntukan khas yang terkandung dalam Akta ini, boleh dipenjarakan selama tempoh enam bulan atau didenda sebanyak lima ratus ringgit atau keduanya. Penalti tambahan bagi kesalahan tertentu yang dilakukan dalam suatu kawasan diproklamasi 28. Mana-mana orang yang dalam suatu kawasan diproklamasi melakukan, cuba melakukan atau di mana-mana tempat di Malaysia menyubahati perlakuan dalam suatu kawasan diproklamasi apa-apa kesalahan yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Ketiga 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 apabila disabitkan bagi kesalahan, percubaan atau subahat itu boleh dipenjarakan selama tempoh yang boleh dilanjutkan hingga dua kali ganda tempoh terpanjang yang diperuntukkan bagi kesalahan, percubaan atau subahat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau didenda sebagaimana yang diperuntukkan baginya atau kedua-duanya. Membangkitkan pecah keamanan 29. Mana-mana orang yang di mana-mana tempat dalam suatu kawasan diproklamasi menggunakan apa-apa perkataan atau berkelakuan mengancam, menghina atau mencela dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan atau yang dengannya suatu pecah keamanan mungkin terjadi melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Kesalahan yang berhubungan dengan penyenggaraan ketenteraman awam dalam kawasan diproklamasi 30. Jika mana-mana orang di mana-mana tempat di Malaysia dalam mana-mana tempoh yang suatu proklamasi di bawah seksyen 3 berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana kawasan di Malaysia melakukan apa-apa perbuatan atau mengeluarkan apa-apa perkataan atau mencetak, menyiarkan, menjual, menawarkan untuk jualan, mengedarkan atau mengeluarkan semula untuk edaran atau mengimport atau mempunyai dalam miliknya apa-apa dokumen yang mengandungi apa-apa perkara yang─ (a) mungkin memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam dalam kawasan diproklamasi atau di mana-mana bahagian lain di Malaysia; atau (b) menasihatkan atau mungkin menyebabkan keingkaran kepada undang-undang Malaysia atau mana-mana perintah yang sah yang dibuat di bawahnya atau galangan kepada pegawai awam dalam melaksanakan tugas mereka untuk memulihkan atau menyenggara ketenteraman awam; atau Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 27 (c) mengapikan atau mungkin menyebabkan keganasan yang menyalahi undang-undang atau menggalakkan perasaan niat jahat atau permusuhan di antara ras atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (d) mungkin mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan ketidaksetiaan terhadap mana-mana pekhidmat awam dalam pelaksanaan tugasnya atau terhadap mana-mana golongan pekhidmat awam atau terhadap mana-mana angkatan bersenjata yang berada dengan sahnya di Malaysia atau mana-mana anggota mana-mana angkatan itu dalam pelaksanaan tugasnya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Kecualian 31. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 28 tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menyentuh mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan kesalahan jenayah, dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dihukum dua kali dengan kesalahan yang sama. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 JADUAL PERTAMA [Seksyen 2] Asid Sulfurik Fenol Asid Nitrik Ammonia Asid Hidroklorik Kalium Hidroksida Asid Formik Natrium Hidroksida Asid Asetik JADUAL KEDUA [Seksyen 17 dan 18] Akta 574 1. Kanun Keseksaan Seksyen 430, 430A, 431, 431A, 435 dan 436 Akta 206 2. Akta Senjata 1960 ─ JADUAL KETIGA [Seksyen 28] Akta 574 Kanun Keseksaan Seksyen 143, 144, 145, 147, 148, 151, 152, 153, 157, 158, 160, 379, 380, 381, dan 382 Swk. Cap. 56 Ordinan Kesalahan Seksyen 33 Kecil 29 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 296 AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. 232/1963 Perintah Pengubahsuaian 16-09-1963 Undang-Undang (Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Negeri-Negeri Borneo) 1963 Akta 41/1967 Akta Polis 1967 29-08-1967 Akta 7 Akta Pendaftaran Penjenayah 02-05-1969 dan Orang-Orang Tak Diingini 1969 Akta 15 Akta Hasutan 1948 19-07-1948 (Semenanjung Malaysia); 28-05-1964 (Sabah); 20-11-1969 (Sarawak) Akta 20 Akta Telekomunikasi 1950 01-07-1950 (Semenanjung Malaysia); 10-12-1964 (Sabah dan Sarawak) Akta 206 Akta Senjata 1960 01-03-1962 (Semenanjung Malaysia); 01-09-1977 (Sabah dan Sarawak) Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 28-08-1975 (Ringgit) 1975 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 296 Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A324 Akta Kanun Prosedur Jenayah 10-01-1978 (Pindaan dan Perluasan) 1976 Akta A327 Akta Kanun Keseksaan (Pindaan 31-03-1976 dan Perluasan) 1976 Act A514 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 27-08-1976 31 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 296 AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 7 Akta A514 27-08-1976 21 Akta 160 29-08-1975
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
296 - *AKTA KETENTERAMAN AWAM (PEMELIHARAAN) 1958
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in