A1764 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025
This Act amends the Fire Services Act 1988 to add new rules for volunteer fire brigades, fire cadets, private fire brigades, and registration of fire safety consultants, contractors, trainers, and certain equipment.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1764 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1764 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025
AI-assisted research summary: This Act amends the Fire Services Act 1988 to add new rules for volunteer fire brigades, fire cadets, private fire brigades, and registration of fire safety consultants, contractors, trainers, and certain equipment.
Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1764 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 6 Mei 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 Mei 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1764 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 2 2. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memasukkan selepas takrif “Kumpulan Wang” takrif yang berikut: ‘ “laporan analisis risiko kebakaran” ertinya laporan analisis kualitatif dan kuantitatif potensi bahaya atau 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 risiko khas kebakaran yang wujud di sesuatu premis atau bangunan dan cadangan penyelesaian bagi mencegah bahaya atau risiko khas kebakaran itu;’; dan (b) dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Bomba Bantuan” takrif yang berikut: ‘ “Pegawai Bomba Sukarela” ertinya seorang Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik di bawah seksyen 4a; “Pengawal” ertinya seorang Pegawai Kanan Bomba yang dilantik sebagai Pengawal di bawah seksyen 36a;’. Pindaan seksyen 4b 3. Seksyen 4b Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Pegawai Bomba Sukarela boleh, mengikut cara dan tertakluk pada syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, memohon kepada Pendaftar untuk menubuhkan suatu Pasukan Bomba Sukarela.”; (b) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut: “(3) Pendaftar hendaklah, apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (2)— (a) mendaftarkan Pasukan Bomba Sukarela itu; (b) mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dan mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan (c) menentukan suatu kawasan jagaan kepada Pasukan Bomba Sukarela itu.”; dan Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 5 (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah perenggan (3)(b), melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, hendaklah menjadi keterangan konklusif bagi segala maksud bahawa Pasukan Bomba Sukarela itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini. (3b) Pasukan Bomba Sukarela hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan langsung Ketua Pengarah.”. Seksyen baharu 4ba, 4bb, 4bc, 4bd, 4be, 4bf, 4bg dan 4bh 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4b seksyen yang berikut: “Pentadbiran Pasukan Bomba Sukarela 4ba. (1) Pasukan Bomba Sukarela hendaklah mengadakan perlembagaan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. (2) Pasukan Bomba Sukarela hendaklah ditadbir oleh suatu jawatankuasa yang dipilih mengikut perlembagaan Pasukan Bomba Sukarela itu. Kuasa Pendaftar untuk meminta maklumat 4bb. Pendaftar boleh meminta daripada mana-mana Pasukan Bomba Sukarela apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar berhubung dengan pentadbiran Pasukan Bomba Sukarela itu bagi memuaskan hatinya bahawa pentadbiran Pasukan Bomba Sukarela itu dibuat mengikut Akta ini dan perintah tetap yang dikeluarkan di bawah seksyen 7b. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 Peruntukan yang terpakai bagi Pasukan Bomba Sukarela 4bc. (1) Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi Pasukan Bomba Sukarela: (a) harta alih sesuatu Pasukan Bomba Sukarela, jika tidak terletak hak pada pemegang amanah, hendaklah disifatkan terletak hak pada jawatankuasa Pasukan Bomba Sukarela itu, dan boleh, dalam semua prosiding sivil dan jenayah, diperihalkan sebagai harta jawatankuasa Pasukan Bomba Sukarela itu; (b) harta tak alih sesuatu Pasukan Bomba Sukarela boleh, jika tidak didaftarkan atas nama pemegang amanah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, didaftarkan atas nama Pasukan Bomba Sukarela itu, dan segala surat cara yang berhubungan dengan harta itu adalah sah dan berkuat kuasa seolah-olah surat cara itu telah disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan jawatankuasa Pasukan Bomba Sukarela pada masa itu, dan pelantikan mereka disahkan oleh suatu perakuan Pendaftar, dan dimeteraikan oleh Pasukan Bomba Sukarela itu; (c) sesuatu Pasukan Bomba Sukarela boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas nama mana-mana seorang daripada pemegang jawatan jawatankuasa sebagaimana yang dinyatakan kepada Pendaftar; (d) tiada guaman atau prosiding oleh atau terhadap sesuatu Pasukan Bomba Sukarela dalam mana-mana mahkamah sivil boleh terhenti atau diberhentikan disebabkan oleh orang yang membawa atau yang terhadapnya guaman atau prosiding itu dibawa atau diteruskan, meninggal dunia atau tidak lagi memegang jawatan yang atas namanya dia telah membawa guaman atau dibawa guaman, tetapi guaman atau prosiding yang sama boleh diteruskan atas nama atau terhadap pengganti orang itu; Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 7 (e) tiada penghakiman dalam apa-apa guaman terhadap sesuatu Pasukan Bomba Sukarela boleh dikuatkuasakan terhadap orang atau harta orang yang dibawa guaman itu kecuali terhadap harta Pasukan Bomba Sukarela itu; dan (f) permohonan bagi pelaksanaan sesuatu penghakiman hendaklah mengandungi penghakiman itu, fakta pihak yang terhadapnya penghakiman itu telah didapati yang telah membawa guaman atau dibawa guaman, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi pihak Pasukan Bomba Sukarela itu, dan hendaklah menghendaki supaya penghakiman itu dikuatkuasakan terhadap harta Pasukan Bomba Sukarela itu. (2) Mana-mana anggota sesuatu Pasukan Bomba Sukarela yang— (a) gagal membayar yuran mengikut perlembagaan Pasukan Bomba Sukarela itu; (b) terhutang wang kepada Pasukan Bomba Sukarela itu; (c) mengambil milik atau menahan apa-apa harta Pasukan Bomba Sukarela itu berlawanan dengan perlembagaan Pasukan Bomba Sukarela itu; atau (d) merosakkan atau memusnahkan apa-apa harta Pasukan Bomba Sukarela itu, boleh dibawa guaman bagi yuran atau wang itu atau bagi kerosakan yang timbul daripada perbuatan memiliki secara salah, menahan, merosakkan atau memusnahkan harta itu. (3) Bagi maksud subseksyen (2), jika anggota yang disebut dalam subseksyen (2) berjaya dalam guaman itu dan diawardkan kos, anggota itu boleh memilih untuk menuntut kos itu daripada orang yang atas namanya guaman itu telah dibawa atau daripada Pasukan Bomba Sukarela itu dan, jika daripada Pasukan Bomba Sukarela itu, boleh mendapat pelaksanaan terhadap harta Pasukan Bomba Sukarela itu. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 Sumber kewangan Pasukan Bomba Sukarela 4bd. (1) Sesuatu Pasukan Bomba Sukarela boleh menjalankan apa-apa aktiviti untuk mendapatkan sumber kewangan bagi Pasukan Bomba Sukarela itu dengan syarat aktiviti itu hendaklah selaras dengan perintah tetap yang dikeluarkan di bawah seksyen 7b. (2) Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana Pasukan Bomba Sukarela. Pengemukaan maklumat kepada Pendaftar oleh Pasukan Bomba Sukarela 4be. Tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar— (a) suatu salinan yang benar dan lengkap apa-apa pindaan kepada perlembagaan Pasukan Bomba Sukarela itu yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir; (b) suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota Pasukan Bomba Sukarela itu pada tarikh penyata itu; (c) butir-butir alamat atau tempat urusan Pasukan Bomba Sukarela itu; (d) akaun bagi tahun kewangan terakhir bagi Pasukan Bomba Sukarela itu bersama dengan kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan pada penutup tahun kewangan terakhir Pasukan Bomba Sukarela itu; Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 9 (e) butir-butir nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar Malaysia yang dengannya Pasukan Bomba Sukarela itu mengikut apa-apa cara bekerjasama; (f) perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh Pasukan Bomba Sukarela itu daripada mana-mana sumber di luar Malaysia atau di dalam Malaysia dan butir-butir lain yang berkaitan; dan (g) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar. Pertikaian 4bf. (1) Tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang berbangkit dalam kalangan anggotanya mengikut tatacara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. (2) Jika sesuatu pertikaian tidak boleh diselesaikan mengikut tatacara yang ditentukan di bawah subseksyen (1), mana-mana anggota yang terkilan atau Pasukan Bomba Sukarela itu sendiri boleh merujuk pertikaian itu kepada Pendaftar untuk keputusannya. (3) Mana-mana pihak kepada pertikaian yang terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (2) boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad. Pembatalan pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela 4bg. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran sesuatu Pasukan Bomba Sukarela yang— (a) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau perintah tetap yang dikeluarkan di bawah seksyen 7b; 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 (b) telah memungkiri mana-mana syarat pendaftaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; atau (c) telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta ini. (2) Sebelum pendaftaran sesuatu Pasukan Bomba Sukarela dibatalkan di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah, melalui notis secara bertulis, memberikan peluang kepada Pasukan Bomba Sukarela itu untuk menunjuk sebab terhadap pembatalan itu, dan sementara menunggu keputusan mengenai pembatalan itu, pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela itu hendaklah digantung dari tarikh penerimaan notis itu. (3) Sesuatu Pasukan Bomba Sukarela yang pendaftarannya telah dibatalkan hendaklah disifatkan telah dibubarkan dan Pasukan Bomba Sukarela itu tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan oleh pembatalan itu. (4) Mana-mana Pasukan Bomba Sukarela yang terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad. Akibat pembatalan pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela 4bh. (1) Apabila pendaftaran mana-mana Pasukan Bomba Sukarela dibatalkan oleh Pendaftar, akibat yang berikut hendaklah berlaku: (a) harta Pasukan Bomba Sukarela itu hendaklah dengan serta-merta terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi; (b) Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah meneruskan penggulungan hal ehwal Pasukan Bomba Sukarela itu, dan setelah menyelesaikan dan mengadakan peruntukan bagi segala hutang dan liabiliti Pasukan Bomba Sukarela itu hendaklah membayar aset lebihan Pasukan Bomba Sukarela itu, jika ada, kepada anggota Pasukan Bomba Sukarela itu mengikut perlembagaan Pasukan Bomba Sukarela itu; dan Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 11 (c) bagi maksud penggulungan hal ehwal Pasukan Bomba Sukarela itu, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan bagi maksud penemuan dan penyelesaian harta seseorang penghutang, dan juga apa-apa kuasa yang melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang terletak hak pada pelikuidasi rasmi dan segala peruntukan undang-undang tersebut yang berhubungan dengan kebankrapan dan penggulungan syarikat, setakat yang peruntukan itu berhubung dengan penemuan dan penyelesaian harta seseorang penghutang dan penggulungan sesuatu syarikat, hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi penggulungan hal ehwal Pasukan Bomba Sukarela itu di bawah Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah Insolvensi boleh mengarahkan mana-mana pihak untuk menguruskan harta Pasukan Bomba Sukarela sehingga proses penggulungan selesai.”. Seksyen baharu 4da, 4db dan 4dc 5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4d seksyen yang berikut: “Penubuhan Pasukan Kadet Bomba Malaysia 4da. Menteri boleh menubuhkan suatu badan yang dikenali sebagai Pasukan Kadet Bomba Malaysia. Pendaftaran ke dalam Pasukan Kadet Bomba Malaysia 4db. (1) Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet Bomba Malaysia jika— (a) tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], dia seorang murid yang menjalani pelajaran sepenuh masa di mana-mana institusi pendidikan sebagaimana 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelajaran; atau (b) dia seorang pelajar— (i) yang berdaftar dan mengikuti bidang pengajian atau latihan sama ada sepenuh masa atau separuh masa di mana-mana institusi pengajian atau latihan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi institusi pengajian atau latihan itu; (ii) yang merupakan warganegara Malaysia; dan (iii) yang berumur di bawah tiga puluh tahun. (2) Suatu permohonan untuk didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet Bomba Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. (3) Ketua Pengarah boleh mendaftarkan atau enggan untuk mendaftarkan mana-mana orang ke dalam Pasukan Kadet Bomba Malaysia. (4) Mana-mana orang yang telah didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet Bomba Malaysia tidak berhak kepada apa-apa elaun atau saraan. Pasukan bomba persendirian di premis 4dc. (1) Ketua Pengarah boleh, atas permohonan mana-mana pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas mana-mana premis, membenarkan penubuhan suatu pasukan bomba persendirian di premis itu. (2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh mengarahkan pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas mana-mana premis untuk menubuhkan suatu pasukan bomba persendirian jika penubuhan Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 13 itu difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah kerana wujudnya potensi bahaya atau risiko khas kebakaran kepada premis itu berdasarkan suatu laporan analisis risiko kebakaran. (3) Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat bagi penubuhan pasukan bomba persendirian dan memberikan apa-apa arahan berhubung dengan pelaksanaan tugas pasukan bomba persendirian. (4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi syarat yang dikenakan atau arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.”. Pindaan seksyen 5 6. Subseksyen 5(1) Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a)— (i) dalam subperenggan (ii), dengan menggantikan koma bernoktah di hujung subperenggan itu dengan perkataan “; dan”; (ii) dengan menggantikan subperenggan (iii) dengan subperenggan yang berikut: “(iii) menentukan pengadaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pengawalseliaan yang mencukupi bagi kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran di premis;”; dan (iii) dengan memotong subperenggan (iv); (b) dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; (c) dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan 14 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 (d) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(d) mengadakan program latihan berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c) dan apa-apa perkara lain di bawah tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat.”. Pindaan seksyen 7b 7. Seksyen 7b Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dan Pegawai Bomba Sukarela” dengan perkataan “, Pegawai Bomba Sukarela dan Pasukan Bomba Sukarela”. Seksyen baharu 7c 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7b seksyen yang berikut: “Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan 7c. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan garis panduan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.”. Pindaan seksyen 21 9. Seksyen 21 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan” dengan perkataan “Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela”. Pindaan seksyen 31 10. Seksyen 31 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah” dengan perkataan “Menteri”. Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 15 Bahagian baharu Va dan Vb 11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V bahagian yang berikut: “bahagian Va PERUNDING KESELAMATAN KEBAKARAN, FIRMA PERUNDING KESELAMATAN KEBAKARAN, ORANG KOMPETEN, KONTRAKTOR KESELAMATAN KEBAKARAN, PENYEDIA LATIHAN DAN PENGAJAR Pelantikan Pengawal 36a. Ketua Pengarah boleh melantik seorang Pengawal dalam kalangan Pegawai Kanan Bomba yang hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) memutuskan apa-apa permohonan yang dibuat di bawah Bahagian ini dan Bahagian Vb; (b) mengeluarkan perakuan pendaftaran di bawah Bahagian ini dan perakuan di bawah Bahagian Vb; dan (c) menyimpan dan menyenggara daftar— (i) perunding keselamatan kebakaran dan firma perunding keselamatan kebakaran; (ii) orang kompeten dan kontraktor keselamatan kebakaran; (iii) penyedia latihan dan pengajar; dan (iv) kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh Menteri supaya didaftarkan. Daftar 36b. Daftar di bawah perenggan 36a(c) hendaklah disimpan dalam apa-apa cara dan hendaklah mengandungi apa-apa butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. 16 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 Kehendak bagi pendaftaran perunding keselamatan kebakaran dan firma perunding keselamatan kebakaran 36c. Tiada seorang pun boleh menyediakan laporan analisis risiko kebakaran melainkan jika orang itu berdaftar sebagai perunding keselamatan kebakaran atau firma perunding keselamatan kebakaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian ini. Kehendak bagi pendaftaran orang kompeten dan kontraktor keselamatan kebakaran 36d. (1) Tiada seorang pun boleh memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh Menteri supaya didaftarkan, melainkan jika orang itu berdaftar sebagai orang kompeten mengikut kategori sebagaimana yang ditetapkan atau sebagai kontraktor keselamatan kebakaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kehendak bagi pendaftaran penyedia latihan dan pengajar 36e. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa latihan berhubung dengan perkara yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga melainkan jika orang itu berdaftar sebagai penyedia latihan atau pengajar, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit. (3) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Ketiga. Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 17 Kelayakan bagi pendaftaran sebagai perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, dsb. 36f. Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan atau pengajar jika orang itu memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan. Permohonan pendaftaran sebagai perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, dsb. 36g. (1) Suatu permohonan bagi pendaftaran sebagai perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan atau pengajar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dibuat kepada Pengawal— (a) mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; (b) dengan mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan (c) dengan membayar fi yang ditetapkan. (2) Pengawal boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberi Pengawal apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Pengawal. (3) Jika pemohon itu tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (2), permohonan bagi pendaftaran itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu. (4) Selepas mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh— (a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon, apabila fi yang ditetapkan dibayar, suatu perakuan pendaftaran dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; atau 18 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 (b) menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. (5) Suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini sah bagi suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran itu. Pembaharuan perakuan pendaftaran 36h. (1) Mana-mana orang yang memegang perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah perenggan 36g(4)(a) boleh, mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, memohon untuk membaharui perakuan pendaftaran itu sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu. (2) Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat— (a) dengan mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan (b) dengan membayar fi yang ditetapkan. (3) Pengawal boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberi Pengawal apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Pengawal. (4) Jika pemohon itu tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (3), permohonan untuk pembaharuan perakuan pendaftaran itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu. (5) Selepas mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh— (a) meluluskan permohonan itu dan membaharui perakuan pendaftaran itu apabila fi yang ditetapkan dibayar; atau Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 19 (b) menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. Pembatalan perakuan pendaftaran 36i. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), Pengawal boleh membatalkan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah perenggan 36g(4)(a) jika Pengawal berpuas hati bahawa perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan atau pengajar— (a) telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini; (b) telah memungkiri mana-mana syarat perakuan pendaftaran; atau (c) telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta ini. (2) Pengawal hendaklah, sebelum membatalkan perakuan pendaftaran di bawah subseksyen (1), memberikan peluang kepada perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan atau pengajar, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis terhadap pembatalan itu. (3) Mana-mana perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan atau pengajar yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah subseksyen (1) tidak layak untuk menuntut— (a) apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan oleh pembatalan itu; dan (b) apa-apa pembayaran balik fi yang telah dibayar di bawah Bahagian ini. 20 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 Rayuan terhadap keputusan Pengawal 36j. Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengawal yang dibuat di bawah Bahagian ini boleh, dalam masa empat belas hari selepas dimaklumkan secara bertulis mengenai keputusan itu, merayu kepada Ketua Pengarah terhadap keputusan itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan keputusan Ketua Pengarah adalah muktamad. bahagian Vb KELENGKAPAN MENENTANG KEBAKARAN ATAU PEPASANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN Kehendak bagi pendaftaran kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran 36k. (1) Menteri boleh menetapkan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang hendaklah didaftarkan di bawah Bahagian ini. (2) Tiada kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) boleh dipasang atau dijual untuk dipasang oleh mana-mana orang, di mana-mana premis, melainkan jika kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran itu telah didaftarkan di bawah Bahagian ini. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Permohonan bagi pendaftaran kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran 36l. (1) Suatu permohonan bagi pendaftaran kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan di bawah seksyen 36k boleh dibuat kepada Pengawal— (a) mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 21 (b) dengan mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan (c) dengan membayar fi yang ditetapkan. (2) Pengawal boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberi Pengawal apa-apa dokumen atau maklumat tambahan, atau sampel kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan di bawah seksyen 36k itu dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Pengawal. (3) Jika pemohon itu tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen (2), permohonan bagi pendaftaran itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu. (4) Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh memeriksa atau menguji kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran itu jika difikirkan patut dan perlu oleh Pengawal untuk berbuat demikian. (5) Selepas mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh— (a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan kepada pemohon, apabila fi yang ditetapkan dibayar, suatu perakuan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; atau (b) menolak permohonan itu dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. Pembatalan dan penggantungan perakuan 36m. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh membatalkan atau menggantung perakuan yang dikeluarkan di bawah perenggan 36l(5)(a) jika Pengawal berpuas hati bahawa pemegang perakuan itu tidak mematuhi mana-mana syarat perakuan. 22 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 (2) Jika perakuan digantung di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh menghendaki pemegang perakuan itu untuk meremedi pelanggaran atau kemungkiran itu dalam tempoh yang ditentukan oleh Pengawal. (3) Jika Pengawal berpuas hati bahawa pemegang perakuan itu tidak meremedi pelanggaran atau kemungkiran itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), atau pelanggaran atau kemungkiran itu masih berterusan selepas perakuan itu digantung di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh membatalkan perakuan itu. Rayuan terhadap keputusan Pengawal 36n. Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengawal yang dibuat di bawah Bahagian ini boleh, dalam masa empat belas hari selepas dimaklumkan secara bertulis mengenai keputusan itu, merayu kepada Ketua Pengarah terhadap keputusan itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan keputusan Ketua Pengarah adalah muktamad. Makmal pengujian kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran 36o. Bagi maksud pendaftaran kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan di bawah seksyen 36k, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu senarai makmal bagi pengujian kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran itu.”. Penggantian seksyen 44 12. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 44 dengan seksyen yang berikut: “Pendakwaan 44. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.”. Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 23 Pindaan seksyen 49 13. Seksyen 49 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “Pegawai Bomba” perkataan “dan Pegawai Bomba Bantuan”; dan (b) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut: “(b) bagi maksud— (i) mengadakan keselesaan, kesenangan dan faedah lain, yang tidak dipertanggungkan pada hasil awam, bagi Pegawai Bomba, bekas Pegawai Bomba yang telah bersara dengan pencen, ganjaran atau elaun lain atau orang yang bergantung sebahagiannya atau keseluruhannya pada Pegawai Bomba atau bekas Pegawai Bomba yang telah mati pada masa kematiannya; atau (ii) memberikan pinjaman kepada Pegawai Bomba.”. Seksyen baharu 50a 14. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 50 seksyen yang berikut: “Penyamaran sebagai Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela 50a. Mana-mana orang yang bukan seorang Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela yang— (a) berpura-pura menjadi seorang Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela dengan mengetahui bahawa dia bukan sedemikian; (b) secara salah menyamar sebagai seorang Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela; 24 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 (c) atas sifat yang dibuat-buat itu melakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa perbuatan atas alasan menjadi seorang Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela; atau (d) menyalahgunakan nama, logo, tanda khas atau apa-apa tanda lain bagi Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”. Pindaan seksyen 53 15. Seksyen 53 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan,” dengan perkataan “Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela,”. Seksyen baharu 58a 16. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 58 seksyen yang berikut: “Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan 58a. Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang berlawanan, mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.”. Pindaan seksyen 59 17. Subseksyen 59(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perkataan “diberi kuasa olehnya secara bertulis boleh” perkataan “, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya,”; dan Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 25 (b) dengan menggantikan perkataan “lima ratus ringgit” dengan perkataan “satu ribu ringgit”. Pindaan seksyen 60 18. Seksyen 60 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; dan (b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) kenderaan; dan”. Pindaan seksyen 62 19. Subseksyen 62(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(ba) menetapkan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini;”; (b) dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut: “(c) mengawal selia pasukan bomba persendirian;”; (c) dengan menggantikan perenggan (ca) dengan perenggan yang berikut: “(ca) mengawal selia Pasukan Bomba Sukarela, menetapkan tugas dan kuasa Pasukan Bomba Sukarela dan menetapkan perkara berhubung dengan Pasukan Bomba Sukarela yang boleh dikawal selia melalui perintah tetap Ketua Pengarah;”; dan 26 Undang-Undang Malaysia AktA A1764 (d) dengan memasukkan selepas perenggan (k) perenggan yang berikut: “(ka) mengawal selia perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar; (kb) menetapkan kategori bagi orang kompeten;”. Jadual baharu Ketiga 20. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kedua jadual yang berikut: “JADUAL KETIGA [Subseksyen 36e(1)] LATIHAN 1. Operasi memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran 2. Pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan dan pengawalseliaan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran 3. Penyiasatan tentang sebab, punca dan hal keadaan kebakaran 4. Perlindungan nyawa dan harta semasa kebakaran atau bencana”. Kecualian dan peralihan 21. (1) Tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (2) Tiap-tiap perunding keselamatan kebakaran, firma perunding keselamatan kebakaran, orang kompeten, kontraktor keselamatan kebakaran, penyedia latihan dan pengajar hendaklah, dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon kepada Pengawal untuk didaftarkan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.Referenced legislation
- Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 (unresolved)
- Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], (unresolved)
- Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341], (unresolved)
- kta Perkhidmatan Bomba 1988 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1764 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in