A1789 - AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026
This Act amends the Rukun Tetangga Act 2012 and lets the Minister set its commencement date by Gazette notice.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1789 - AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1789 - AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026
AI-assisted research summary: This Act amends the Rukun Tetangga Act 2012 and lets the Minister set its commencement date by Gazette notice.
Rukun Tetangga (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1789 AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1789 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 23 Februari 2026 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 5 Mac 2026 Hakcipta Pencetak H PERcETAKAN NASIoNAL MALAYSIA bERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Rukun Tetangga (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1789 AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026 Suatu Akta untuk meminda Akta Rukun Tetangga 2012. [ ] DIPERbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Rukun Tetangga (Pindaan) 2026. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Rukun Tetangga 2012 [Akta 751], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut: ‘ “orang yang mempunyai kepentingan”, berhubung dengan suatu Kawasan, ertinya seseorang— (a) yang memiliki atau mempunyai apa-apa jenis harta, sama ada harta kediaman, perdagangan, perindustrian atau pertanian atau selainnya di dalam Kawasan itu; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1789 (b) yang menjalankan perniagaan di dalam Kawasan itu, atau yang diambil kerja atau mempunyai tempat pekerjaan di dalam Kawasan itu; (c) yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana organisasi, persatuan, institusi atau badan yang ditubuhkan di dalam Kawasan itu atau yang beroperasi atau menjalankan aktiviti di dalam Kawasan itu; atau (d) yang mempunyai pertalian keluarga dengan mana-mana pemastautin di dalam Kawasan itu.’. Pindaan seksyen 3 3. Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “seorang pekhidmat awam” perkataan “yang melaksanakan kewajipan sebagai ketua jabatan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Rukun Tetangga”. Pindaan seksyen 7 4. Seksyen 7 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan menggantikan perkataan “apa-apa bilangan orang” dengan perkataan “apa-apa bilangan anggota”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “, orang yang mempunyai kepentingan dalam Kawasan itu dan orang lain, sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah” dengan perkataan “atau orang yang mempunyai kepentingan di dalam Kawasan itu”; (b) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “Seseorang” dengan perkataan “Seseorang pemastautin atau orang yang mempunyai kepentingan”; Rukun Tetangga (Pindaan) 5 (ii) dengan memasukkan selepas perkataan “Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga” perkataan “di bawah subseksyen (1)”; dan (iii) dalam perenggan (d), dengan memotong perkataan “atau pemastautin tetap”; (c) dalam subseksyen (4)— (i) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “tiga tahun di dalam Kawasan yang sama”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “tiga penggal berturut-turut melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah” dengan perkataan “dua penggal berturut-turut”; dan (d) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut: “(5) Walau apa pun subseksyen (4), seseorang yang terhenti daripada menjadi anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga apabila habis tempoh pelantikannya bagi dua penggal berturut-turut di bawah subseksyen (4) boleh, dengan kelulusan Ketua Pengarah, dilantik semula bagi suatu tempoh selanjutnya yang tidak melebihi satu penggal sebaik selepas habis tempoh pelantikan semulanya.”. Penggantian seksyen 9 5. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut: “Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 9. (1) Pelantikan seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di bawah subseksyen 7(1) atau pelantikan seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha atau Bendahari bagi suatu Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga di bawah subseksyen 7(2) boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Pengarah. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1789 (2) Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang dilantik di bawah subseksyen 7(1) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengarah. (3) Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang dilantik di bawah subseksyen 7(2) sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha atau Bendahari bagi Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha atau Bendahari dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengarah.”. Pindaan seksyen 15 6. Subseksyen 15(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dua puluh orang pemastautin Kawasan itu yang berumur tidak kurang daripada lapan belas tahun” dengan perkataan “dua puluh orang, yang setiap seorang daripadanya merupakan seorang warganegara dan telah mencapai umur lapan belas tahun dan sama ada merupakan seorang pemastautin atau orang yang mempunyai kepentingan di dalam Kawasan itu”. Pindaan seksyen 17 7. Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Seseorang pemastautin di dalam Kawasan atau seseorang yang mempunyai kepentingan di dalam Kawasan atau seseorang yang telah diluluskan oleh Pengarah” dengan perkataan “Seseorang pemastautin atau orang yang mempunyai kepentingan di dalam Kawasan, dan yang merupakan seorang warganegara”. Pindaan seksyen 23 8. Subseksyen 23(2) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “atau pekerja yang tidak termasuk dalam takrif Akta atau Ordinan itu yang gajinya sebulan melebihi dua ribu lima ratus ringgit tetapi tidak melebihi lima ribu ringgit”. Rukun Tetangga (Pindaan) 7 Kecualian 9. (1) Seseorang anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga yang merupakan seorang pemastautin tetap yang dilantik sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus menjadi anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga itu sehingga pelantikannya dibatalkan atau habis tempoh. (2) Seseorang anggota Skim Rondaan Sukarela yang bukan merupakan seorang warganegara dan yang keanggotaannya telah diluluskan sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus menjadi anggota Skim Rondaan Sukarela itu sehingga pelantikannya ditamatkan.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1789 - AKTA RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2026
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in