AI-assisted research summary: This Act amends the Income Tax Act 1967 by updating certain references in sections 112a, 113a, and 119b.
Cukai Pendapatan 1967 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1556 AKTA CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1556 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 Disember 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 29 Disember 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Cukai Pendapatan 1967 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1556 AKTA CUKAI PENDAPATAN (PINDAAN) 2017 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017. Pindaan seksyen 112a 2. Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 112a(1), dengan menggantikan perkataan “132b” dengan perkataan “132, 132a and 132b, where such arrangement relates to the furnishing of a country-by-country report,”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1556 Pindaan seksyen 113a 3. Subseksyen 113a(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkannya semula sebagai seksyen 113a; dan (b) dengan menggantikan perkataan “132b”, di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “132, 132a and 132b, where such arrangement relates to the automatic exchange of information or the furnishing of a country-by-country report,”. Pindaan seksyen 119b 4. Seksyen 119b Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “132b” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “132, 132a and 132b, where such arrangement relates to the automatic exchange of information or the furnishing of a country-by-country report,”.