646 - AKTA TIMBANGTARA 2005
This Part sets out Malaysia’s Arbitration Act 2005 framework for arbitration agreements, tribunal powers, court limits, interim measures, arbitrator appointments, procedure, and awards.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Part sets out Malaysia’s Arbitration Act 2005 framework for arbitration agreements, tribunal powers, court limits, interim measures, arbitrator appointments, procedure, and awards. Arbitral awards must be written, signed, and state their reasons, date, and place, unless a stated exception applies. The tribunal and the High Court also have limited powers over correction, interpretation, termination, setting aside, and enforcement.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 646 - AKTA TIMBANGTARA 2005
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
646 - AKTA TIMBANGTARA 2005 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
646 - AKTA TIMBANGTARA 2005 — segment 1
AI-assisted research summary: This Part sets out Malaysia’s Arbitration Act 2005 framework for arbitration agreements, tribunal powers, court limits, interim measures, arbitrator appointments, procedure, and awards.
Timbang Tara 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 646 AKTA TIMBANG TARA 2005 Sebagaimana pada 1 November 2018 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2018 2 Undang-Undang Malaysia AktA 646 AKTA TIMBANG TARA 2005 Tarikh Perkenan Diraja … … … 30 Disember 2005 Tarikh penyiaran dalam Warta … … 31 Disember 2005 Teks bahasa Inggeris adalah teks sahih … P.U. (B) 61/2006 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1569 yang mula berkuat kuasa pada … … … 8 Mei 2018 Cetakan Semula Yang terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2006 Timbang Tara 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 646 AKTA TIMBANG TARA 2005 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian i PERMULaan Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pemakaian bagi timbang tara dan award di Malaysia 3a. Perwakilan 4. Kebolehtimbangtaraan hal perkara 5. Kerajaan adalah terikat Bahagian II TIMBANG TARA Bab 1 Peruntukan am 6. Penerimaan komunikasi bertulis 7. Penepian hak untuk membantah 8. Takat campur tangan mahkamah Bab 2 Perjanjian timbang tara 9. Takrif dan bentuk perjanjian timbang tara 10. Perjanjian timbang tara dan tuntutan substantif di hadapan mahkamah 4 Undang-Undang Malaysia AktA 646 Seksyen 11. Perjanjian timbang tara dan langkah interim oleh Mahkamah Tinggi Bab 3 Keanggotaan penimbang tara 12. Bilangan penimbang tara 13. Pelantikan penimbang tara 14. Alasan untuk mencabar 15. Tatacara mencabar 16. Kegagalan atau kemustahilan untuk bertindak 17. Pelantikan penimbang tara ganti Bab 4 Bidang kuasa tribunal timbang tara 18. Kewibawaan tribunal timbang tara untuk membuat keputusan mengenai bidang kuasanya 19. Kuasa tribunal timbang tara untuk memerintahkan langkah interim 19a. Syarat-syarat bagi pemberian langkah interim 19B. Permohonan untuk perintah permulaan dan syarat-syarat untuk pemberian perintah permulaan 19c. Rejim spesifik untuk perintah permulaan 19d. Pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan 19E. Pengadaan jaminan 19f. Penzahiran 19g. Kos dan ganti rugi 19h. Pengiktirafan dan penguatkuasaan 19i. Alasan untuk menolak pengiktirafan atau penguatkuasaan 19j. Langkah interim yang diperintah oleh mahkamah Bab 5 Penjalanan prosiding timbang tara 20. Layanan sama rata pihak-pihak Timbang Tara 5 Seksyen 21. Penentuan kaedah tatacara 22. Tempat timbang tara 23. Permulaan prosiding timbang tara 24. Bahasa 25. Pernyataan tuntutan dan pembelaan 26. Pendengaran 27. Keingkaran suatu pihak 28. Pakar yang dilantik oleh tribunal timbang tara 29. Bantuan mahkamah dalam mengambil keterangan Bab 6 Membuat award dan penamatan prosiding 30. Undang-undang yang terpakai bagi isi pertikaian 31. Keputusan yang dibuat oleh panel penimbang tara 32. Penyelesaian 33. Bentuk dan kandungan award 34. Penamatan prosiding 35. Pembetulan dan tafsiran award atau award tambahan 36. Award adalah muktamad dan mengikat Bab 7 Tindakan terhadap award 37. Permohonan bagi mengetepikan Bab 8 Pengiktirafan dan penguatkuasaan award 38. Pengiktirafan dan penguatkuasaan 39. Alasan untuk menolak pengiktirafan atau penguatkuasaan 6 Undang-Undang Malaysia AktA 646 Bahagian III PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN TIMBANG TARA Seksyen 40. Penyatuan prosiding dan pendengaran bersama 41. Penentuan perkara undang-undang permulaan oleh mahkamah 41a. Penzahiran maklumat yang berhubungan dengan prosiding timbang tara dan award dilarang 41B. Prosiding didengari selain dalam mahkamah terbuka 42–43. (Dipotong) 44. Kos dan belanja timbang tara 45. Pelanjutan masa untuk memulakan prosiding timbang tara 46. Pelanjutan masa untuk membuat award Bahagian IV PELBAGAI 47. Tanggungan penimbang tara 48. Kekebalan institusi timbang tara 49. Kebankrapan 50. Cara permohonan 51. Pemansuhan dan kecualian Timbang Tara 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 646 AKTA TIMBANG TARA 2005 Suatu Akta untuk memperbaharui undang-undang yang berhubungan dengan timbang tara domestik, mengadakan peruntukan bagi timbang tara antarabangsa, pengiktirafan dan penguatkuasaan award dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 Mac 2006, P.U. (B) 65/2006] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Timbang Tara 2005. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “award” ertinya suatu keputusan tribunal timbang tara mengenai isi pertikaian dan termasuklah apa-apa award muktamad, interim atau sebahagian dan apa-apa award tentang kos atau faedah tetapi tidak termasuk perintah interlokutori; 8 Undang-Undang Malaysia AktA 646 “Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau mana-mana satu daripadanya, mengikut kehendak keadaan; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi timbang tara; “Negara” ertinya suatu Negara yang berdaulat dan bukan suatu komponen negeri di Malaysia, melainkan jika dinyatakan selainnya; “penimbang tara pengerusi” ertinya penimbang tara yang ditetapkan dalam perjanjian timbang tara sebagai penimbang tara pengerusi atau pengerusi tribunal timbang tara, penimbang tara tunggal atau penimbang tara ketiga yang dilantik di bawah subseksyen 13(3); “perjanjian timbang tara” ertinya suatu perjanjian timbang tara sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 9; “pihak” ertinya suatu pihak kepada suatu perjanjian timbang tara atau, dalam apa-apa hal jika suatu timbang tara tidak melibatkan semua pihak kepada perjanjian timbang tara itu, ertinya suatu pihak kepada timbang tara itu; “tempat timbang tara” ertinya tempat di mana timbang tara diasaskan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 22; “timbang tara antarabangsa” ertinya suatu timbang tara yang— (a) salah satu daripada pihak kepada suatu perjanjian timbang tara, pada masa pembuatan perjanjian itu, mempunyai tempat urusannya di mana-mana Negara selain Malaysia; (b) salah satu daripada yang berikut terletak dalam mana- mana Negara selain Malaysia yang tempat pihak-pihak itu mempunyai tempat urusan mereka: (i) tempat timbang tara jika ditentukan dalam, atau menurut, perjanjian timbang tara; (ii) mana-mana tempat di mana sebahagian besar obligasi mana-mana perhubungan perdagangan atau yang lain yang hendaklah dilaksanakan atau tempat yang dengannya hal perkara pertikaian itu mempunyai kaitan yang paling rapat; atau Timbang Tara 9 (c) pihak-pihak telah bersetuju dengan nyata bahawa hal perkara perjanjian timbang tara berkaitan dengan lebih daripada satu Negara; “timbang tara domestik” ertinya mana-mana timbang tara yang bukan suatu timbang tara antarabangsa; “tribunal timbang tara” ertinya penimbang tara kecemasan, penimbang tara tunggal atau panel penimbang tara. (2) Bagi maksud Akta ini— (a) dalam takrif “timbang tara antarabangsa”— (i) jika suatu pihak mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah tempat urusan yang mempunyai perhubungan yang paling rapat dengan perjanjian timbang tara itu; atau (ii) jika suatu pihak tidak mempunyai tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah kediaman biasa pihak itu; (b) jika peruntukan Akta ini, kecuali seksyen 3, membiarkan pihak-pihak bebas untuk menentukan suatu isu tertentu, kebebasan itu hendaklah termasuk hak pihak-pihak itu untuk membenarkan pihak ketiga, termasuk suatu institusi, untuk menentukan isu itu; (c) jika peruntukan Akta ini merujuk kepada hakikat bahawa pihak-pihak telah bersetuju atau bahawa mereka mungkin bersetuju atau mengikut apa-apa cara lain merujuk kepada perjanjian pihak-pihak itu, perjanjian itu hendaklah termasuk apa-apa kaedah-kaedah timbang tara yang disebut dalam perjanjian itu; (d) jika peruntukan Akta ini merujuk kepada suatu tuntutan, selain dalam perenggan 27(a) dan 34(2)(a), peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu tuntutan balas, dan jika peruntukan itu merujuk kepada suatu pembelaan, peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu. 10 Undang-Undang Malaysia AktA 646 Pemakaian bagi timbang tara dan award di Malaysia 3. (1) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. (2) Berkenaan dengan suatu timbang tara domestik, jika tempat timbang tara adalah di Malaysia— (a) Bahagian I, II dan IV Akta ini hendaklah terpakai; dan (b) Bahagian III Akta ini hendaklah terpakai melainkan jika pihak-pihak bersetuju selainnya secara bertulis. (3) Berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, jika tempat timbang tara adalah di Malaysia— (a) Bahagian I, II dan IV Akta ini hendaklah terpakai; dan (b) Bahagian III Akta ini tidak terpakai melainkan jika pihak- pihak bersetuju selainnya secara bertulis. (4) Bagi maksud perenggan (2)(b) dan (3)(b), pihak-pihak kepada suatu timbang tara domestik boleh bersetuju untuk mengecualikan pemakaian Bahagian III Akta ini dan pihak-pihak kepada suatu timbang tara antarabangsa boleh bersetuju untuk memakai Bahagian III Akta ini, secara keseluruhan atau sebahagian. Perwakilan 3a. Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu pihak kepada prosiding timbang tara boleh diwakili dalam prosiding itu oleh mana-mana wakil yang dilantik oleh pihak itu. Kebolehtimbangtaraan hal perkara 4. (1) Apa-apa pertikaian yang pihak-pihak telah bersetuju untuk dikemukakan kepada timbang tara di bawah suatu perjanjian timbang tara boleh ditentukan melalui timbang tara melainkan jika perjanjian timbang tara itu berlawanan dengan dasar awam atau hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang Malaysia. Timbang Tara 11 (2) Hakikat bahawa mana-mana undang-undang bertulis memberikan bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara kepada mana-mana mahkamah tetapi tidak menyebut mengenai penentuan perkara itu melalui timbang tara tidak boleh, dengan sendirinya, menunjukkan bahawa suatu pertikaian tentang perkara itu tidak boleh ditentukan melalui timbang tara. Kerajaan adalah terikat 5. Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana timbang tara yang baginya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana komponen negeri di Malaysia merupakan suatu pihak. Bahagian II TIMBANG TARA Bab 1 Peruntukan am Penerimaan komunikasi bertulis 6. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak— (a) suatu komunikasi bertulis disifatkan telah diterima jika ia diserahkan kepada penerima itu sendiri atau jika ia diserahkan di tempat urusan, tempat tinggal biasa atau alamat melnya; dan (b) jika tempat yang disebut dalam perenggan (a) tidak boleh dijumpai selepas dibuat suatu siasatan yang munasabah, suatu komunikasi bertulis disifatkan telah diterima jika ia dihantar ke tempat urusan, tempat tinggal biasa atau alamat mel penerima yang terakhir diketahui melalui surat berdaftar atau apa-apa cara lain yang memperuntukkan suatu rekod tentang percubaan untuk menyerahkannya. (2) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu komunikasi bertulis yang dihantar secara elektronik disifatkan telah diterima jika ia dihantar ke alamat mel elektronik penerima itu. 12 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (3) Komunikasi itu disifatkan telah diterima pada hari komunikasi itu diserahkan sedemikian. (4) Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa komunikasi berkenaan dengan prosiding mahkamah. Penepian hak untuk membantah 7. Suatu pihak yang mengetahui— (a) tentang mana-mana peruntukan Akta ini yang pihak-pihak tidak menurutinya; atau (b) bahawa apa-apa kehendak di bawah perjanjian timbang tara telah tidak dipatuhi, dan masih meneruskan timbang tara itu tanpa menyatakan bantahannya terhadap ketidakpatuhan itu tanpa kelengahan yang tidak wajar atau, jika suatu had masa diperuntukkan bagi menyatakan bantahan itu, dalam tempoh masa itu, hendaklah disifatkan telah mengetepikan haknya untuk membantah. Takat campur tangan mahkamah 8. Tiada mahkamah boleh campur tangan dalam perkara yang dikawal oleh Akta ini, kecuali jika diperuntukkan sedemikian dalam Akta ini. Bab 2 Perjanjian timbang tara Takrif dan bentuk perjanjian timbang tara 9. (1) Dalam Akta ini, “perjanjian timbang tara” ertinya suatu perjanjian oleh pihak-pihak untuk mengemukakan kepada timbang tara semua pertikaian atau pertikaian tertentu yang telah timbul atau yang mungkin timbul antara mereka berkenaan dengan hubungan di sisi undang-undang yang ditetapkan, sama ada kontraktual atau tidak. Timbang Tara 13 (2) Suatu perjanjian timbang tara boleh berupa dalam bentuk suatu fasal timbang tara dalam suatu perjanjian atau dalam bentuk suatu perjanjian yang berasingan. (3) Suatu perjanjian timbang tara hendaklah secara bertulis. (4) Suatu perjanjian timbang tara adalah secara bertulis— (a) jika kandungannya direkodkan dalam apa jua bentuk, sama ada atau tidak perjanjian timbang tara atau kontrak itu telah dipersetujui secara lisan, melalui kelakuan, atau dengan cara lain; atau (b) jika perjanjian itu terkandung dalam suatu pertukaran pernyataan tuntutan dan pembelaan yang dalamnya kewujudan suatu perjanjian dikatakan oleh satu pihak dan tidak dinafikan oleh pihak yang satu lagi. (4a) Kehendak suatu perjanjian timbang tara dibuat secara bertulis dipenuhi oleh apa-apa komunikasi elektronik yang dibuat oleh pihak-pihak melalui mesej data jika maklumat yang terkandung dalamnya boleh diakses supaya boleh digunakan untuk rujukan yang berikutnya. (5) Sebutan dalam suatu perjanjian mengenai suatu dokumen yang mengandungi fasal timbang tara hendaklah menjadi suatu perjanjian timbang tara, dengan syarat bahawa perjanjian itu adalah secara bertulis dan sebutan itu adalah yang sedemikian untuk menjadikan fasal itu sebahagian daripada perjanjian itu. (6) Bagi maksud seksyen ini, “mesej data” ertinya maklumat yang dijana, dihantar, diterima atau disimpan dengan cara elektronik, magnetik, optik atau cara seumpamanya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pertukaran data elektronik, mel elektronik, telegram, teleks atau salinan teleks. Perjanjian timbang tara dan tuntutan substantif di hadapan mahkamah 10. (1) Mahkamah yang di hadapannya prosiding dibawa berkenaan dengan suatu perkara yang menjadi hal suatu perjanjian timbang tara hendaklah, jika suatu pihak membuat permohonan sebelum mengambil apa-apa langkah lain dalam prosiding itu, menggantung 14 Undang-Undang Malaysia AktA 646 prosiding itu dan merujukkan pihak-pihak itu kepada timbang tara melainkan jika mahkamah itu mendapati bahawa perjanjian itu adalah batal dan tidak sah, tidak berkuat kuasa atau tidak dapat dilaksanakan. (2) Mahkamah, dalam membenarkan suatu penggantungan prosiding menurut subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut. (2a) Jika prosiding admiralti digantung menurut subseksyen (1), mahkamah yang membenarkan penggantungan itu boleh, jika dalam prosiding mahkamah itu harta pernah ditahan atau ikat jamin atau jaminan lain telah diberikan untuk mengelakkan atau mendapatkan pelepasan daripada tahanan— (a) memerintahkan supaya harta yang ditahan itu dipegang sebagai jaminan bagi penyelesaian apa-apa award yang diberikan dalam timbang tara berkenaan dengan pertikaian itu; atau (b) memerintahkan supaya penggantungan prosiding itu adalah dengan syarat pengadaan jaminan yang setara bagi penyelesaian apa-apa award sedemikian. (2B) Tertakluk kepada apa-apa kaedah-kaedah mahkamah dan kepada apa-apa ubah suaian yang perlu, undang-undang dan amalan yang sama hendaklah terpakai berhubungan dengan harta yang dipegang menurut suatu perintah di bawah subseksyen (2a) sebagaimana akan terpakai jika ia ditahan bagi maksud prosiding dalam mahkamah yang membuat perintah itu. (2c) Bagi maksud seksyen ini, prosiding admiralti merujuk kepada prosiding admiralti di bawah Aturan 70 *Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] dan prosiding yang dimulakan menurut perenggan 24(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]. (3) Jika prosiding yang disebut dalam subseksyen (1) telah dibawa, prosiding timbang tara boleh dimulakan atau diteruskan, dan suatu award boleh dibuat, sementara isu itu belum selesai di hadapan mahkamah. *CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012]—lihat Aturan 94 P.U. (A) 205/2012. Timbang Tara 15 (4) Seksyen ini hendaklah juga terpakai berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, sekiranya tempat timbang tara bukan di Malaysia. Perjanjian timbang tara dan langkah interim oleh Mahkamah Tinggi 11. (1) Suatu pihak boleh, sebelum atau semasa prosiding timbang tara, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan apa-apa langkah interim dan Mahkamah Tinggi boleh, membuat perintah yang berikut bagi pihak itu untuk— (a) mengekalkan atau memulihkan status quo sementara penentuan pertikaian itu selesai; (b) mengambil tindakan yang boleh mencegah atau menghalang daripada mengambil tindakan yang berkemungkinan menyebabkan kemudaratan semasa atau kemudaratan hampir atau menjejaskan proses timbang tara itu; (c) menyediakan suatu cara untuk pemeliharaan aset yang daripadanya suatu award yang berikutnya dapat dijelaskan sama ada melalui penahanan harta atau ikat jamin atau jaminan lain menurut bidang kuasa admiralti Mahkamah Tinggi; (d) memelihara keterangan yang relevan dengan dan penting kepada penyelesaian pertikaian itu; atau (e) menyediakan jaminan bagi kos pertikaian itu. (2) Jika suatu pihak memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan apa-apa langkah interim dan suatu tribunal timbang tara telah membuat keputusan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan permohonan itu, Mahkamah Tinggi hendaklah menganggap apa-apa dapatan fakta yang dibuat dalam perjalanan keputusan itu oleh tribunal timbang tara itu sebagai muktamad bagi maksud permohonan itu. (3) Seksyen ini hendaklah juga terpakai berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, sekiranya tempat timbang tara bukan di Malaysia. 16 Undang-Undang Malaysia AktA 646 Bab 3 Keanggotaan penimbang tara Bilangan penimbang tara 12. (1) Pihak-pihak adalah bebas untuk menentukan bilangan penimbang tara. (2) Jika pihak-pihak gagal menentukan bilangan penimbang tara, tribunal timbang tara hendaklah— (a) dalam hal suatu timbang tara antarabangsa, terdiri daripada tiga orang penimbang tara; dan (b) dalam hal suatu timbang tara domestik, terdiri daripada penimbang tara tunggal. Pelantikan penimbang tara 13. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tiada seorang pun boleh dihalang daripada bertindak sebagai penimbang tara atas sebab kerakyatan. (2) Pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju mengenai tatacara melantik penimbang tara atau penimbang tara pengerusi. (3) Jika pihak-pihak gagal bersetuju mengenai tatacara yang disebut dalam subseksyen (2), dan timbang tara itu terdiri daripada tiga orang penimbang tara, setiap pihak hendaklah melantik seorang penimbang tara, dan kedua-dua penimbang tara yang dilantik itu hendaklah melantik penimbang tara yang ketiga sebagai penimbang tara pengerusi. (4) Jika subseksyen (3) terpakai dan— (a) suatu pihak gagal melantik seorang penimbang tara dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan permintaan secara bertulis untuk membuat demikian daripada pihak yang satu lagi; atau (b) kedua-dua penimbang tara itu gagal bersetuju mengenai penimbang tara yang ketiga dalam masa tiga puluh hari dari pelantikan mereka atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak, Timbang Tara 17 mana-mana satu pihak boleh memohon kepada Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) bagi pelantikan itu. (5) Jika dalam suatu timbang tara dengan penimbang tara tunggal— (a) pihak-pihak gagal bersetuju mengenai tatacara yang disebut dalam subseksyen (2); dan (b) pihak-pihak gagal bersetuju mengenai penimbang tara itu, mana-mana satu pihak boleh memohon kepada Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) bagi pelantikan seorang penimbang tara. (6) Jika, pihak-pihak telah bersetuju mengenai tatacara pelantikan penimbang tara— (a) suatu pihak gagal bertindak sebagaimana yang dikehendaki di bawah tatacara itu; (b) pihak-pihak, atau dua penimbang tara, tidak dapat mencapai suatu persetujuan di bawah tatacara itu; atau (c) pihak ketiga, termasuk suatu institusi, gagal untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang diamanahkan kepadanya di bawah tatacara itu, mana-mana pihak boleh meminta Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) untuk mengambil langkah- langkah yang perlu, melainkan jika perjanjian mengenai tatacara pelantikan memperuntukkan cara lain untuk mendapatkan pelantikan itu. (7) Jika Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) tidak dapat bertindak atau gagal bertindak di bawah subseksyen (4), (5) dan (6) dalam masa tiga puluh hari dari permintaan itu, mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi pelantikan itu. 18 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (8) Dalam melantik seorang penimbang tara Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) atau Mahkamah Tinggi, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi perhatian yang wajar kepada— (a) apa-apa kelayakan yang dikehendaki daripada penimbang tara dengan persetujuan pihak-pihak itu; (b) pertimbangan lain yang mungkin memastikan pelantikan seorang penimbang tara yang bebas dan saksama; dan (c) dalam hal suatu timbang tara antarabangsa, kebijaksanaan melantik seorang penimbang tara yang berkerakyatan selain kerakyatan pihak-pihak. (9) Tiada rayuan boleh diambil terhadap apa-apa keputusan Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) atau Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini. Alasan untuk mencabar 14. (1) Seseorang yang didatangi berkaitan dengan kemungkinan orang itu dilantik sebagai seorang penimbang tara hendaklah menzahirkan apa-apa hal keadaan yang berkemungkinan menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan berkenaan dengan kesaksamaan atau kebebasan orang itu. (2) Seorang penimbang tara hendaklah, tanpa kelengahan, dari masa pelantikan dan sepanjang prosiding timbang tara itu, menzahirkan apa-apa hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1) kepada pihak-pihak melainkan jika pihak-pihak itu telah diberitahu mengenai hal keadaan itu oleh penimbang tara itu. (3) Seorang penimbang tara boleh dicabar hanya jika— (a) hal keadaan menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan tentang kesaksamaan atau kebebasan penimbang tara itu; atau (b) penimbang tara itu tidak memiliki kelayakan yang dipersetujui oleh pihak-pihak. Timbang Tara 19 (4) Suatu pihak boleh mencabar seseorang penimbang tara yang dilantik oleh pihak itu, atau yang pihak itu mengambil bahagian, hanya atas sebab yang disedari pihak itu selepas pelantikan itu dibuat. Tatacara mencabar 15. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, mana-mana pihak yang bercadang untuk mencabar seseorang penimbang tara hendaklah, dalam masa lima belas hari selepas menyedari tentang penubuhan tribunal timbang tara atau tentang apa-apa sebab yang disebut dalam subseksyen 14(3), menghantar suatu pernyataan bertulis kepada tribunal timbang tara tentang sebab itu. (2) Melainkan jika penimbang tara yang dicabar itu menarik diri daripada jawatan atau pihak yang satu lagi bersetuju dengan cabaran itu, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat keputusan mengenai cabaran itu. (3) Jika sesuatu cabaran tidak berjaya, pihak yang mencabar boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas menerima notis keputusan yang menolak cabaran itu, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat keputusan mengenai cabaran itu. (4) Sementara permohonan itu belum selesai, tribunal timbang tara, termasuk penimbang tara yang dicabar, boleh meneruskan prosiding timbang tara dan membuat suatu award. (5) Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (3). Kegagalan atau kemustahilan untuk bertindak 16. (1) Jika seseorang penimbang tara menjadi tidak berupaya dari segi undang-undang atau hakikat untuk melaksanakan fungsi jawatan itu, atau bagi sebab lain gagal bertindak tanpa kelengahan yang tidak wajar, mandat penimbang tara itu tamat dengan penarikan diri daripada jawatan atau jika pihak-pihak bersetuju dengan penamatan itu. 20 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (2) Jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan penamatan mandat penimbang tara itu, mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk memutuskan penamatan sedemikian dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu. (3) Jika, di bawah seksyen ini atau subseksyen 15(2), seorang penimbang tara menarik diri daripada jawatan atau suatu pihak bersetuju dengan penamatan mandat seseorang penimbang tara, maka tidaklah boleh tersirat penerimaan tentang kesahan apa-apa alasan yang disebut dalam seksyen ini atau subseksyen 14(3). Pelantikan penimbang tara ganti 17. (1) Seseorang penimbang tara ganti hendaklah dilantik mengikut peruntukan Akta ini jika— (a) mandat seseorang penimbang tara tamat di bawah seksyen 15 atau 16; (b) seseorang penimbang tara menarik diri daripada jawatan oleh apa-apa sebab lain; (c) mandat penimbang tara itu dibatalkan dengan persetujuan pihak-pihak; atau (d) dalam apa-apa hal penamatan mandat yang lain. (2) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak— (a) jika penimbang tara tunggal atau penimbang tara pengerusi diganti, apa-apa pendengaran yang diadakan terdahulu hendaklah diulang di hadapan penimbang tara ganti; atau (b) jika seorang penimbang tara selain penimbang tara tunggal atau penimbang tara pengerusi diganti, apa-apa pendengaran yang diadakan terdahulu boleh diulang mengikut budi bicara tribunal timbang tara. (3) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, apa-apa perintah atau keputusan tribunal timbang tara yang dibuat sebelum penggantian penimbang tara di bawah seksyen ini tidak boleh menjadi tidak sah semata-mata atas alasan terdapat perubahan dalam keanggotaan tribunal timbang tara itu. Timbang Tara 21 Bab 4 Bidang kuasa tribunal timbang tara Kewibawaan tribunal timbang tara untuk membuat keputusan mengenai bidang kuasanya 18. (1) Tribunal timbang tara boleh membuat keputusan mengenai bidang kuasanya sendiri, termasuk apa-apa bantahan mengenai kewujudan atau kesahan perjanjian timbang tara. (2) Bagi maksud subseksyen (1)— (a) suatu fasal timbang tara yang menjadi sebahagian daripada suatu perjanjian hendaklah dikira sebagai suatu perjanjian yang bebas daripada terma lain perjanjian itu; dan (b) suatu keputusan oleh tribunal timbang tara bahawa perjanjian itu adalah batal dan tidak sah tidak ipso jure menyebabkan ketidaksahan fasal timbang tara itu. (3) Suatu pli bahawa tribunal timbang tara itu tidak mempunyai bidang kuasa hendaklah dibangkitkan tidak lewat daripada pengemukaan pernyataan pembelaan. (4) Suatu pihak tidak terhalang daripada membangkitkan pli di bawah subseksyen (3) oleh sebab pihak itu telah dilantik atau mengambil bahagian dalam pelantikan penimbang tara. (5) Suatu pli bahawa tribunal timbang tara melebihi ruang lingkup kuasanya hendaklah dibangkitkan sebaik sahaja perkara yang dikatakan melebihi ruang lingkup kuasanya itu dibangkitkan semasa prosiding timbang tara. (6) Walau apa pun subseksyen (3) dan (5), tribunal timbang tara boleh menerima masuk pli itu jika tribunal timbang tara itu berpendapat kelengahan itu wajar. (7) Tribunal timbang tara itu boleh membuat keputusan atas pli yang disebut dalam subseksyen (3) atau (5), sama ada sebagai suatu persoalan permulaan atau dalam suatu award mengikut merit. 22 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (8) Jika tribunal timbang tara membuat keputusan atas pli itu sebagai suatu persoalan permulaan bahawa ia mempunyai bidang kuasa, mana-mana pihak boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas menerima notis keputusan itu merayu kepada Mahkamah Tinggi untuk memutuskan perkara itu. (9) Sementara rayuan belum selesai, tribunal timbang tara boleh meneruskan prosiding timbang tara dan membuat suatu award. (10) Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (8). Kuasa tribunal timbang tara untuk memerintahkan langkah interim 19. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara boleh, atas permintaan suatu pihak, memberi langkah interim. (2) Suatu langkah interim ialah apa-apa langkah sementara, sama ada dalam bentuk suatu award atau dalam bentuk yang lain, yang melaluinya, pada bila-bila masa sebelum pengeluaran award yang daripadanya pertikaian itu akhirnya diputuskan, tribunal timbang tara memerintahkan suatu pihak untuk— (a) mengekalkan atau memulihkan status quo sementara penentuan pertikaian itu selesai; (b) mengambil tindakan yang boleh mencegah atau menghalang daripada mengambil tindakan yang berkemungkinan menyebabkan kemudaratan semasa atau kemudaratan hampir atau menjejaskan proses timbang tara itu; (c) menyediakan suatu cara untuk pemeliharaan aset yang daripadanya suatu award yang berikutnya dapat dijelaskan; (d) memelihara keterangan yang relevan dengan dan penting kepada penyelesaian pertikaian itu; atau (e) menyediakan jaminan bagi kos pertikaian itu. (3) (Dipotong oleh Akta A1569). Timbang Tara 23 Syarat-syarat bagi pemberian langkah interim 19a. (1) Pihak yang meminta bagi perintah langkah interim di bawah perenggan 19(2)(a), (b) atau (c) hendaklah memuaskan hati tribunal timbang tara bahawa— (a) kemudaratan yang tidak dapat dibetulkan secukupnya melalui suatu award ganti rugi mungkin berlaku jika langkah itu tidak diperintahkan, dan kemudaratan sedemikian pada matannya mengatasi kemudaratan yang mungkin berlaku kepada pihak yang terhadapnya langkah itu diarahkan jika langkah itu diberikan; dan (b) terdapat suatu kemungkinan munasabah bahawa pihak yang meminta akan berjaya atas merit tuntutan itu. (2) Penentuan kemungkinan munasabah yang disebut dalam perenggan (1)(b) tidaklah menjejaskan budi bicara tribunal timbang tara dalam membuat apa-apa penentuan yang berikutnya yang berhubungan dengan pertikaian itu. (3) Berkenaan dengan permintaan bagi suatu perintah langkah interim di bawah perenggan 19(2)(d), syarat-syarat dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah terpakai hanya setakat yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara. Permohonan untuk perintah permulaan dan syarat-syarat untuk pemberian perintah permulaan 19b. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu pihak boleh, tanpa notis kepada mana-mana pihak yang lain, membuat permintaan bagi suatu langkah interim bersama- sama dengan suatu permohonan bagi suatu perintah permulaan yang mengarahkan suatu pihak untuk tidak menghalang maksud langkah interim yang diminta. (2) Tribunal timbang tara boleh memberikan suatu perintah permulaan dengan syarat tribunal timbang tara berpendapat bahawa penzahiran sebelum permintaan bagi langkah interim itu kepada pihak yang terhadapnya langkah itu diarahkan itu berisiko untuk menghalang tujuan langkah itu. 24 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (3) Syarat-syarat yang dinyatakan dalam seksyen 19a hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah permulaan dengan syarat bahawa kemudaratan yang dinilai di bawah perenggan 19a(1)(a) ialah kemudaratan yang mungkin berlaku daripada perintah itu diberikan atau tidak. Rejim spesifik untuk perintah permulaan 19c. (1) Sebaik selepas tribunal timbang tara membuat suatu penentuan berkenaan dengan suatu permohonan bagi perintah permulaan, tribunal timbang tara hendaklah— (a) memberikan notis kepada semua pihak tentang permintaan bagi langkah interim, permohonan bagi perintah permulaan, perintah permulaan, jika ada, dan semua komunikasi lain, termasuk dengan menunjukkan kandungan apa-apa komunikasi lisan, antara mana-mana pihak dengan tribunal timbang tara yang berkaitan dengannya; dan (b) memberikan peluang kepada mana-mana pihak yang terhadapnya suatu perintah permulaan diarahkan untuk mengemukakan kesnya pada seawal waktu yang boleh dilaksanakan. (2) Tribunal timbang tara hendaklah dengan segera memutuskan tentang apa-apa bantahan kepada perintah permulaan itu. (3) Suatu perintah permulaan hendaklah habis tempoh selepas dua puluh hari dari tarikh perintah itu dikeluarkan oleh tribunal timbang tara. (4) Walau apa pun subseksyen (3), tribunal timbang tara boleh mengeluarkan suatu langkah interim yang menerima pakai atau mengubah suai perintah permulaan itu, selepas pihak yang terhadapnya perintah permulaan itu diarahkan telah diberikan notis dan peluang untuk mengemukakan kesnya. (5) Suatu perintah permulaan hendaklah mengikat pihak- pihak tetapi tidak tertakluk kepada apa-apa penguatkuasaan oleh Mahkamah Tinggi. (6) Perintah permulaan yang disebut dalam subseksyen (5) tidaklah menjadi suatu award. Timbang Tara 25 Pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan 19d. Tribunal timbang tara boleh mengubah suai, menggantung atau menamatkan suatu langkah interim yang telah diberikan olehnya, atas permohonan oleh mana-mana pihak atau, dalam hal keadaan yang luar biasa dan dengan notis kepada pihak-pihak terlebih dahulu, atas inisiatif tribunal timbang tara itu sendiri. Pengadaan jaminan 19e. (1) Tribunal timbang tara boleh menghendaki pihak yang meminta bagi suatu langkah interim untuk mengadakan jaminan yang sesuai berkaitan dengan langkah itu. (2) Tribunal timbang tara hendaklah menghendaki pihak yang memohon bagi suatu perintah permulaan untuk mengadakan jaminan berkaitan dengan perintah itu melainkan jika tribunal timbang tara berpendapat bahawa adalah tidak sesuai atau tidak perlu untuk berbuat demikian. Penzahiran 19f. (1) Tribunal timbang tara boleh menghendaki mana-mana pihak dengan segera menzahirkan apa-apa perubahan material dalam hal keadaan yang berdasarkannya langkah interim atau perintah permulaan itu diminta atau dimohon atau diberikan. (2) Pihak yang memohon bagi suatu perintah permulaan hendaklah menzahirkan kepada tribunal timbang tara semua hal keadaan yang mungkin berkaitan dengan penentuan tribunal timbang tara sama ada untuk memberikan atau mengekalkan perintah itu dan obligasi sedemikian hendaklah berterusan sehingga pihak yang terhadapnya perintah itu diminta mempunyai peluang untuk mengemukakan kesnya. Kos dan ganti rugi 19g. (1) Pihak yang meminta suatu langkah interim atau memohon suatu perintah permulaan hendaklah bertanggungan bagi apa-apa kos dan ganti rugi yang disebabkan oleh langkah interim atau perintah permulaan itu kepada mana-mana pihak jika tribunal timbang tara kemudiannya menentukan bahawa, dalam hal keadaan itu, langkah interim atau perintah permulaan itu tidak sepatutnya diberikan. 26 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (2) Tribunal timbang tara boleh mengaward apa-apa kos dan ganti rugi yang disebut dalam subseksyen (1) pada bila-bila masa semasa prosiding. Pengiktirafan dan penguatkuasaan 19h. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen 19i, suatu langkah interim yang dikeluarkan oleh suatu tribunal timbang tara hendaklah diiktiraf sebagai mengikat dan, melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh tribunal timbang tara, dikuatkuasakan atas permohonan kepada mahkamah kompeten, tidak kira negara mana yang mengeluarkannya. (2) Pihak yang menuntut atau telah mendapat pengiktirafan atau penguatkuasaan suatu langkah interim hendaklah dengan segera memaklumkan mahkamah tentang apa-apa penamatan, penggantungan atau pengubahsuaian langkah interim itu. (3) Mahkamah di mana pengiktirafan atau penguatkuasaan diperoleh boleh, jika difikirkannya wajar, memerintahkan pihak yang meminta untuk memberikan jaminan yang sesuai jika tribunal timbang tara itu belum membuat penentuan mengenai jaminan atau jika keputusan sedemikian adalah perlu untuk melindungi hak pihak ketiga. Alasan untuk menolak pengiktirafan atau penguatkuasaan 19i. (1) Pengiktirafan atau penguatkuasaan suatu langkah interim boleh ditolak hanya— (a) atas permintaan pihak yang terhadapnya ia dibangkitkan jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa— (i) penolakan sedemikian diwajarkan atas alasan yang dinyatakan dalam subperenggan 39(1)(a)(i), (ii), (iii), (iv), (v) atau (vi); (ii) keputusan tribunal timbang tara mengenai pengadaan jaminan yang berkaitan dengan langkah interim yang dikeluarkan oleh tribunal timbang tara tidak dipatuhi; atau Timbang Tara 27 (iii) langkah interim itu telah ditamatkan atau digantung oleh tribunal timbang tara atau, jika diberi kuasa sedemikian, oleh mahkamah Negara yang dalamnya timbang tara itu dijalankan atau di bawah undang-undang yang langkah interim itu diberikan; atau (b) jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa— (i) langkah interim itu tidak selaras dengan kuasa yang diberikan oleh Mahkamah tetapi Mahkamah boleh memutuskan untuk merumuskan semula langkah interim itu setakat yang perlu, tanpa mengubah suai isinya, untuk menyesuaikannya dengan kuasa dan tatacara Mahkamah bagi maksud menguatkuasakan langkah interim itu; atau (ii) apa-apa yang dinyatakan dalam subperenggan 39(b)(i) atau (ii) terpakai bagi pengiktirafan dan penguatkuasaan langkah interim itu. (2) Apa-apa penentuan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi atas apa-apa alasan dalam subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa hanya bagi maksud permohonan untuk mengiktiraf atau menguatkuasakan langkah interim itu. (3) Mahkamah Tinggi di mana pengiktirafan atau penguatkuasaan itu diminta tidak boleh, dalam membuat apa-apa penentuan atas apa-apa alasan dalam subseksyen (1), melakukan kajian semula terhadap isi langkah interim itu. Langkah interim yang diperintah oleh mahkamah 19j. (1) Mahkamah Tinggi hendaklah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan suatu langkah interim berhubung dengan prosiding timbang tara, tidak kira sama ada tempat timbang tara adalah di Malaysia. (2) Mahkamah Tinggi hendaklah melaksanakan kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) mengikut tatacaranya sendiri dengan mengambil kira ciri-ciri spesifik timbang tara antarabangsa. 28 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (3) Jika suatu pihak memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi apa-apa langkah interim dan suatu tribunal timbang tara telah memutuskan tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan permohonan itu, Mahkamah Tinggi hendaklah menganggap apa-apa penemuan fakta yang dibuat semasa keputusan yang sedemikian dibuat oleh tribunal timbang tara sebagai muktamad bagi maksud permohonan itu. Bab 5 Penjalanan prosiding timbang tara Layanan sama rata pihak-pihak 20. Pihak-pihak hendaklah dilayan sama rata dan setiap pihak hendaklah diberi peluang yang adil dan munasabah untuk mengemukakan kes pihak itu. Penentuan kaedah tatacara 21. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju mengenai tatacara yang hendaklah diikuti oleh tribunal timbang tara dalam menjalankan prosiding itu. (2) Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), tribunal timbang tara boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menjalankan timbang tara mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya sesuai. (3) Kuasa yang diberikan kepada tribunal timbang tara di bawah subseksyen (2) hendaklah termasuk kuasa untuk— (a) menentukan kebolehterimaan, kaitan, kepentingan dan keberatan apa-apa keterangan; (b) menggunakan pengetahuan dan kemahirannya sendiri; (c) memerintahkan pengadaan peruntukan butir-butir lanjut dalam pernyataan tuntutan atau pernyataan pembelaan; (d) memerintahkan pemberian jaminan kos; Timbang Tara 29 (e) menetapkan dan meminda had masa yang dalamnya pelbagai langkah dalam prosiding timbang tara mesti diselesaikan; (f) memerintahkan penzahiran dan pengemukaan dokumen atau material dalam milikan atau kuasa suatu pihak; (g) memerintahkan interogatori untuk dijawab; (h) memerintahkan supaya apa-apa keterangan diberikan dengan sumpah atau ikrar; dan (i) membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara. Tempat timbang tara 22. (1) Pihak-pihak adalah bebas bersetuju mengenai tempat timbang tara. (2) Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), tempat timbang tara hendaklah ditentukan oleh tribunal timbang tara dengan mengambil kira hal keadaan kes, termasuk kemudahan pihak-pihak. (3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), tribunal timbang tara boleh, melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak- pihak, bersidang di mana-mana tempat yang difikirkannya sesuai untuk bermesyuarat sesama anggotanya, untuk mendengar saksi, pakar atau pihak-pihak, atau untuk memeriksa barang, harta atau dokumen lain. Permulaan prosiding timbang tara 23. Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, prosiding timbang tara berkenaan dengan sesuatu pertikaian tertentu hendaklah bermula pada tarikh yang suatu permintaan secara bertulis supaya pertikaian itu dirujukkan kepada timbang tara diterima oleh responden. 30 Undang-Undang Malaysia AktA 646 Bahasa 24. (1) Pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju mengenai bahasa yang hendaklah digunakan dalam prosiding timbang tara. (2) Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), tribunal timbang tara hendaklah menentukan bahasa yang hendaklah digunakan dalam prosiding timbang tara itu. (3) Persetujuan atau penentuan yang masing-masing disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam persetujuan atau penentuan itu, terpakai bagi apa-apa pernyataan bertulis yang dibuat oleh suatu pihak, apa-apa pendengaran dan apa-apa award, keputusan atau komunikasi lain oleh tribunal timbang tara itu. (4) Tribunal timbang tara boleh memerintahkan supaya apa-apa keterangan dokumentar hendaklah disertakan dengan terjemahan ke dalam bahasa yang dipersetujui oleh pihak-pihak atau yang ditentukan oleh tribunal timbang tara itu. Pernyataan tuntutan dan pembelaan 25. (1) Dalam tempoh masa yang dipersetujui oleh pihak-pihak atau, sekiranya tiada persetujuan sedemikian, sebagaimana yang ditentukan oleh tribunal timbang tara, pihak menuntut hendaklah menyatakan— (a) fakta yang menyokong tuntutannya; (b) perkara yang menjadi isu; dan (c) relief atau remedi yang diminta, dan responden hendaklah menyatakan pembelaannya berkenaan dengan butir-butir yang dinyatakan dalam subseksyen ini, melainkan jika pihak-pihak telah bersetuju selainnya kepada elemen yang dikehendaki dalam pernyataan itu. (2) Pihak-pihak boleh— (a) mengemukakan bersama-sama pernyataan mereka apa-apa dokumen yang difikirkan berkaitan oleh pihak-pihak; atau Timbang Tara 31 (b) menambah rujukan kepada dokumen atau keterangan lain yang boleh dikemukakan oleh pihak-pihak. (3) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, mana-mana satu pihak boleh meminda atau menambah tuntutan atau pembelaan dalam perjalanan prosiding timbang tara itu, melainkan jika tribunal timbang tara berpendapat adalah tidak sesuai untuk membenarkan pindaan itu dengan mengambil kira kelengahan dalam membuatnya. Pendengaran 26. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara hendaklah memutuskan sama ada hendak mengadakan pendengaran lisan bagi pengemukaan keterangan atau penghujahan lisan, atau sama ada prosiding itu hendaklah dijalankan berdasarkan dokumen dan material lain. (2) Melainkan jika pihak-pihak telah bersetuju bahawa tiada pendengaran boleh diadakan, tribunal timbang tara hendaklah atas permohonan mana-mana pihak mengadakan pendengaran lisan pada suatu peringkat yang sesuai dalam prosiding itu. (3) Pihak-pihak hendaklah diberikan notis yang munasabah terlebih dahulu tentang apa-apa pendengaran dan tentang apa-apa mesyuarat tribunal timbang tara bagi maksud pemeriksaan barang, harta atau dokumen lain. (4) Semua pernyataan, dokumen atau maklumat lain yang dibekalkan kepada tribunal timbang tara oleh satu pihak hendaklah disampaikan kepada pihak yang satu lagi. (5) Apa-apa laporan pakar atau dokumen keterangan yang tribunal timbang tara mungkin bergantung padanya dalam membuat keputusannya hendaklah disampaikan kepada pihak-pihak. Keingkaran suatu pihak 27. Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, jika tanpa menunjukkan sebab yang mencukupi— (a) pihak menuntut gagal menyampaikan pernyataan tuntutan mengikut subseksyen 25(1), tribunal timbang tara hendaklah menamatkan prosiding itu; 32 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (b) responden gagal menyampaikan pernyataan pembelaan mengikut subseksyen 25(1), tribunal timbang tara hendaklah meneruskan prosiding itu tanpa menganggap kegagalan itu dengan sendirinya sebagai suatu pengakuan kepada pengataan pihak menuntut; (c) mana-mana pihak gagal hadir di suatu pendengaran atau mengemukakan keterangan dokumentar, tribunal timbang tara boleh meneruskan prosiding itu dan membuat award berdasarkan keterangan di hadapannya; atau (d) pihak menuntut gagal meneruskan tuntutan, tribunal timbang tara boleh membuat suatu award yang menolak tuntutan atau memberikan arahan, dengan atau tanpa syarat, bagi menentukan tuntutan itu dengan cepat. Pakar yang dilantik oleh tribunal timbang tara 28. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara boleh— (a) melantik seorang pakar atau lebih untuk melaporkan kepadanya mengenai isu spesifik yang hendaklah ditentukan oleh tribunal timbang tara itu; atau (b) menghendaki suatu pihak untuk memberikan kepada pakar itu apa-apa maklumat yang berkaitan atau untuk mengemukakan atau untuk mengadakan akses kepada apa-apa dokumen, barang atau harta lain yang berkaitan untuk pemeriksaan pakar itu. (2) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, jika suatu pihak memohon atau jika tribunal timbang tara berpendapat perlu, pakar itu hendaklah, selepas penghantaran suatu laporan bertulis atau lisan, mengambil bahagian dalam pendengaran yang pihak-pihak berpeluang untuk mengemukakan soalan kepada pakar itu dan untuk mengemukakan saksi pakar yang lain bagi memberikan keterangan mengenai perkara yang menjadi isu. Timbang Tara 33 Bantuan mahkamah dalam mengambil keterangan 29. (1) Mana-mana pihak boleh dengan kelulusan tribunal timbang tara, memohon bantuan daripada Mahkamah Tinggi dalam mengambil keterangan. (2) Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan kehadiran seseorang saksi untuk memberikan keterangan atau, jika berkenaan, mengemukakan dokumen dengan sumpah atau ikrar di hadapan seorang pegawai Mahkamah Tinggi atau mana-mana orang lain, termasuk tribunal timbang tara. Bab 6 Membuat award dan penamatan prosiding Undang-undang yang terpakai bagi isi pertikaian 30. (1) Tribunal timbang tara hendaklah memutuskan pertikaian itu mengikut apa-apa kaedah undang-undang sebagaimana yang dipilih oleh pihak-pihak sebagai terpakai bagi isi pertikaian itu. (2) (Dipotong oleh Akta A1569). (3) Apa-apa penetapan undang-undang atau sistem undang- undang sesuatu Negara tertentu hendaklah ditafsirkan, melainkan jika dinyatakan selainnya, sebagai merujuk secara langsung kepada undang-undang substantif Negara itu dan bukan kepada kaedah- kaedah percanggahan undang-undangnya. (4) Sekiranya tiada apa-apa penetapan oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara hendaklah memakai undang-undang yang ditentukan oleh kaedah-kaedah percanggahan undang-undang yang difikirkannya terpakai. (4a) Tribunal timbang tara hendaklah membuat keputusan mengikut ekuiti dan perasaan hati hanya jika pihak-pihak membenarkan secara nyata untuk berbuat demikian. (5) Tribunal timbang tara hendaklah, dalam semua hal, memutuskan mengikut terma-terma perjanjian dan hendaklah mengambil kira penggunaan perdagangan yang terpakai bagi transaksi itu. 34 Undang-Undang Malaysia AktA 646 Keputusan yang dibuat oleh panel penimbang tara 31. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, dalam prosiding timbang tara yang terdapat lebih daripada seorang penimbang tara, apa-apa keputusan tribunal timbang tara itu hendaklah dibuat oleh majoriti daripada semua anggotanya. (2) Jika dibenarkan sedemikian oleh pihak-pihak atau semua anggota tribunal timbang tara, soal tatacara boleh diputuskan oleh penimbang tara pengerusi. Penyelesaian 32. (1) Jika, semasa prosiding timbang tara, pihak-pihak menyelesaikan pertikaian, tribunal timbang tara hendaklah menamatkan prosiding itu dan, jika diminta oleh pihak-pihak dan tidak dibantah oleh tribunal timbang tara itu, merekodkan penyelesaian dalam bentuk suatu award atas terma yang dipersetujui.
Part document.segment-2
646 - AKTA TIMBANGTARA 2005 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
646 - AKTA TIMBANGTARA 2005 — segment 2
AI-assisted research summary: Arbitral awards must be written, signed, and state their reasons, date, and place, unless a stated exception applies. The tribunal and the High Court also have limited powers over correction, interpretation, termination, setting aside, and enforcement.
(2) Suatu award mengikut terma yang dipersetujui hendaklah dibuat mengikut peruntukan seksyen 33 dan hendaklah menyatakan bahawa ia ialah suatu award. (3) Suatu award yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai status dan kesan yang sama sebagaimana suatu award mengikut merit kes itu. Bentuk dan kandungan award 33. (1) Suatu award hendaklah dibuat secara bertulis dan tertakluk kepada subseksyen (2) hendaklah ditandatangani oleh penimbang tara. (2) Dalam prosiding timbang tara yang terdapat lebih daripada seorang penimbang tara, tandatangan majoriti daripada semua anggota tribunal timbang tara itu hendaklah mencukupi dengan syarat bahawa sebab bagi mana-mana peninggalan tandatangan dinyatakan. Timbang Tara 35 (3) Suatu award hendaklah menyatakan sebab yang award itu diasaskan, melainkan jika— (a) pihak-pihak telah bersetuju bahawa tiada sebab hendak diberikan; atau (b) award itu ialah suatu award mengikut terma yang dipersetujui di bawah seksyen 32. (4) Suatu award hendaklah menyatakan tarikhnya dan tempat timbang tara sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 22 dan hendaklah disifatkan telah dibuat di tempat itu. (5) Selepas suatu award dibuat, salinan award itu yang ditandatangani oleh penimbang tara mengikut subseksyen (1) dan (2) hendaklah dihantar kepada setiap pihak. (6) Tertakluk kepada subseksyen (8), melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tribunal timbang tara boleh, dalam prosiding timbang tara di hadapannya, mengaward faedah mudah atau berganda dari tarikh, pada apa-apa kadar dan dengan apa-apa rest sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara, untuk apa-apa tempoh yang berakhir tidak lewat dari tarikh pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian— (a) apa-apa jumlah wang yang diaward oleh tribunal timbang tara dalam prosiding timbang tara itu; (b) apa-apa jumlah wang yang menjadi isu dalam prosiding timbang tara tetapi telah dibayar sebelum tarikh award itu; atau (c) kos yang diaward atau diperintahkan oleh tribunal timbang tara dalam prosiding timbang tara itu. (7) Tiada apa-apa dalam subseksyen (6) boleh menjejaskan apa-apa kuasa lain suatu tribunal timbang tara untuk mengaward faedah. (8) Jika suatu award mengarahkan suatu jumlah wang untuk dibayar jumlah wang itu hendaklah, melainkan jika award itu mengarahkan selainnya, mengenakan faedah dari tarikh award itu dan pada kadar yang sama sebagaimana suatu hutang penghakiman. 36 Undang-Undang Malaysia AktA 646 Penamatan prosiding 34. (1) Prosiding timbang tara hendaklah ditamatkan oleh suatu award muktamad atau oleh suatu perintah tribunal timbang tara mengikut subseksyen (2). (2) Tribunal timbang tara hendaklah memerintahkan penamatan prosiding timbang tara jika— (a) pihak menuntut menarik balik tuntutan, melainkan jika responden membantah penarikan balik itu dan tribunal timbang tara mengiktiraf kepentingan sah responden dalam memperoleh suatu penyelesaian pertikaian yang muktamad; (b) pihak-pihak bersetuju dengan penamatan prosiding itu; atau (c) tribunal timbang tara mendapati bahawa penerusan prosiding itu bagi apa-apa sebab lain telah menjadi tidak perlu atau mustahil. (3) Tertakluk kepada peruntukan seksyen 35 dan subseksyen 37(6), mandat bagi tribunal timbang tara hendaklah tamat dengan penamatan prosiding timbang tara itu. (4) Melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh mana-mana undang-undang bertulis, kematian suatu pihak tidak menamatkan— (a) prosiding timbang tara; atau (b) kuasa tribunal timbang tara. Pembetulan dan tafsiran award atau award tambahan 35. (1) Suatu pihak, dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan award, melainkan jika apa-apa tempoh masa yang lain telah dipersetujui oleh pihak-pihak— (a) dengan notis kepada pihak yang satu lagi, boleh meminta tribunal timbang tara untuk membetulkan dalam award itu apa-apa kesilapan pengiraan, apa-apa kesilapan perkeranian atau kesilapan taipan, atau kesilapan lain yang seumpamanya; atau Timbang Tara 37 (b) dengan notis kepada dan dengan persetujuan pihak yang satu lagi, boleh meminta tribunal timbang tara untuk memberikan suatu tafsiran tentang suatu perkara tertentu atau sebahagian daripada award itu. (2) Jika tribunal timbang tara berpendapat permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) sebagai berasas, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat pembetulan atau memberi tafsiran dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan permintaan itu dan tafsiran itu hendaklah menjadi sebahagian daripada award. (3) Tribunal timbang tara boleh membetulkan apa-apa jenis kesilapan yang disebut dalam perenggan (1)(a) atas inisiatifnya sendiri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh award itu. (4) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu pihak boleh, dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan award dan dengan notis kepada pihak yang satu lagi, meminta tribunal timbang tara membuat suatu award tambahan tentang tuntutan yang dikemukakan dalam prosiding timbang tara itu tetapi tertinggal daripada award. (5) Jika tribunal timbang tara berpendapat permintaan di bawah subseksyen (4) sebagai berasas, tribunal timbang tara itu hendaklah membuat award tambahan dalam masa enam puluh hari dari penerimaan permintaan itu. (6) Tribunal timbang tara boleh, jika difikirkannya perlu, melanjutkan tempoh masa yang dalamnya ia hendaklah membuat suatu pembetulan, tafsiran atau award tambahan di bawah seksyen ini. (7) Peruntukan seksyen 33 hendaklah terpakai bagi suatu pembetulan atau tafsiran award atau bagi suatu award tambahan. Award adalah muktamad dan mengikat 36. (1) Suatu award yang dibuat oleh tribunal timbang tara menurut suatu perjanjian timbang tara adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak dan mana-mana pihak boleh bergantung padanya sebagai pembelaan, tolakan atau selainnya dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah. 38 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (2) Tribunal timbang tara tidak boleh mengubah, meminda, membetulkan, mengkaji semula, menambah kepada atau membatalkan award yang telah dibuat kecuali sebagaimana yang diperuntukkan secara khusus dalam seksyen 35. Bab 7 Tindakan terhadap award Permohonan bagi mengetepikan 37. (1) Suatu award boleh diketepikan oleh Mahkamah Tinggi hanya jika— (a) pihak yang membuat permohonan memberikan bukti bahawa— (i) suatu pihak kepada perjanjian timbang tara adalah tidak berkeupayaan; (ii) perjanjian timbang tara itu tidak sah di bawah undang-undang yang pihak-pihak tertakluk kepadanya, atau, jika tiada apa-apa yang menunjukkan mengenai undang-undang itu, di bawah undang-undang Malaysia; (iii) pihak yang membuat permohonan tidak diberikan notis yang sepatutnya mengenai pelantikan penimbang tara atau mengenai prosiding timbang tara atau selainnya tidak berupaya mengemukakan kes pihak itu; (iv) award itu memperkatakan suatu pertikaian yang tidak dijangkakan oleh atau tidak termasuk dalam terma-terma bagi pengemukaan kepada timbang tara; (v) tertakluk kepada subseksyen (3), award itu mengandungi keputusan mengenai perkara yang melampaui ruang lingkup bagi pengemukaan kepada timbang tara; atau Timbang Tara 39 (vi) keanggotaan tribunal timbang tara atau tatacara timbang tara tidak mengikut persetujuan pihak- pihak, melainkan jika persetujuan itu bercanggah dengan suatu peruntukan Akta ini yang daripadanya pihak-pihak tidak boleh tidak menurutinya, atau, jika tiada persetujuan itu, tidak mengikut Akta ini; atau (b) Mahkamah Tinggi mendapati bahawa— (i) hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang Malaysia; atau (ii) award itu bercanggah dengan dasar awam Malaysia. (2) Tanpa mengehadkan keluasan subperenggan (1)(b)(ii), suatu award adalah bercanggah dengan dasar awam Malaysia jika— (a) pembuatan award itu telah didorong atau terjejas oleh fraud atau rasuah; atau (b) suatu pelanggaran rukun keadilan asasi berlaku— (i) semasa prosiding timbang tara; atau (ii) berkaitan dengan pembuatan award itu. (3) Jika keputusan mengenai perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diasingkan daripada perkara yang tidak dikemukakan, hanya bahagian award itu yang mengandungi keputusan mengenai perkara yang tidak dikemukakan kepada timbang tara boleh diketepikan. (4) Suatu permohonan bagi mengetepikan tidak boleh dibuat selepas habis tempoh sembilan puluh hari dari tarikh yang pihak yang membuat permohonan itu menerima award itu atau, jika suatu permintaan telah dibuat di bawah seksyen 35, dari tarikh yang padanya permintaan itu telah diselesaikan oleh tribunal timbang tara. (5) Subseksyen (4) tidak terpakai bagi suatu permohonan bagi mengetepikan atas alasan bahawa award itu telah didorong atau terjejas oleh fraud atau rasuah. 40 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (6) Atas suatu permohonan di bawah subseksyen (1) Mahkamah Tinggi boleh, jika bersesuaian dan diminta sedemikian oleh suatu pihak, menangguhkan prosiding bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan olehnya untuk memberi tribunal timbang tara peluang untuk menyambung prosiding timbang tara itu atau untuk mengambil apa-apa langkah lain yang pada pendapat tribunal timbang tara akan menghapuskan alasan untuk mengetepikan. (7) Jika suatu permohonan dibuat untuk mengetepikan suatu award, Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan bahawa apa-apa wang yang dijadikan kena dibayar oleh award itu hendaklah dibawa ke dalam Mahkamah Tinggi atau selainnya dijamin sementara penentuan permohonan itu selesai. Bab 8 Pengiktirafan dan penguatkuasaan award Pengiktirafan dan penguatkuasaan 38. (1) Atas suatu permohonan secara bertulis kepada Mahkamah Tinggi, suatu award yang dibuat berkenaan dengan suatu timbang tara sekiranya tempat timbang tara adalah di Malaysia atau suatu award dari suatu Negara asing, hendaklah tertakluk kepada seksyen ini dan seksyen 39 diiktiraf sebagai mengikat dan dikuatkuasakan melalui catatan sebagai suatu penghakiman mengikut terma award atau melalui tindakan. (2) Dalam suatu permohonan di bawah subseksyen (1) pemohon hendaklah mengemukakan— (a) award asal yang disahkan dengan sempurnanya atau salinan award yang diperakui dengan sempurnanya; dan (b) perjanjian timbang tara yang asal atau salinan perjanjian itu yang diperakui dengan sempurnanya. (3) Jika award atau perjanjian timbang tara adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pemohon hendaklah membekalkan terjemahan award atau perjanjian itu dalam bahasa Inggeris yang diperakui dengan sempurnanya. Timbang Tara 41 (4) Bagi maksud Akta ini, “Negara asing” ertinya suatu Negara yang merupakan suatu pihak kepada Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Award Timbang Tara Asing yang diterima pakai oleh Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Timbang Tara Perdagangan Antarabangsa pada tahun 1958. Alasan untuk menolak pengiktirafan atau penguatkuasaan 39. (1) Pengiktirafan atau penguatkuasaan sesuatu award, tidak kira di Negara mana ia dibuat, boleh ditolak hanya atas permintaan pihak yang terhadapnya ia hendak digunakan— (a) jika pihak itu memberikan bukti kepada Mahkamah Tinggi bahawa— (i) suatu pihak kepada perjanjian timbang tara adalah tidak berkeupayaan; (ii) perjanjian timbang tara itu tidak sah di bawah undang-undang yang pihak-pihak tertakluk kepadanya, atau, jika tiada apa-apa yang menunjukkan tanda mengenai undang-undang itu, di bawah undang-undang Negara di mana award dibuat; (iii) pihak yang membuat permohonan tidak diberikan notis yang sepatutnya mengenai pelantikan penimbang tara atau mengenai prosiding timbang tara atau selainnya tidak berupaya mengemukakan kes pihak itu; (iv) award itu memperkatakan suatu pertikaian yang tidak dijangkakan oleh atau tidak termasuk dalam terma bagi pengemukaan kepada timbang tara; (v) tertakluk kepada subseksyen (3), award itu mengandungi keputusan mengenai perkara yang melampaui ruang lingkup bagi pengemukaan kepada timbang tara; (vi) keanggotaan tribunal timbang tara atau tatacara timbang tara tidak mengikut persetujuan pihak- pihak, melainkan jika persetujuan itu bercanggah 42 Undang-Undang Malaysia AktA 646 dengan suatu peruntukan Akta ini yang daripadanya pihak-pihak tidak boleh tidak menurutinya, atau, sekiranya tiada persetujuan itu, tidak mengikut Akta ini; atau (vii) award itu belum lagi mengikat pihak-pihak atau telah diketepikan atau digantung oleh suatu mahkamah dalam negara yang, atau di bawah undang-undang yang award itu dibuat; atau (b) jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa— (i) hal perkara pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui timbang tara di bawah undang-undang Malaysia; atau (ii) award itu bercanggah dengan dasar awam Malaysia. (2) Jika suatu permohonan bagi mengetepikan atau menggantung sesuatu award telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi atas alasan yang disebut dalam subperenggan (1)(a)(vii), Mahkamah Tinggi boleh, jika difikirkannya wajar, menangguhkan keputusannya dan boleh juga, atas permohonan pihak yang menuntut pengiktirafan atau penguatkuasaan award itu, memerintahkan pihak yang satu lagi itu untuk memberi jaminan yang sesuai. (3) Jika keputusan tentang perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diasingkan daripada perkara yang tidak dikemukakan, hanya bahagian award itu yang mengandungi keputusan tentang perkara yang dikemukakan kepada timbang tara boleh diiktiraf dan dikuatkuasakan. Bahagian III PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN TIMBANG TARA Penyatuan prosiding dan pendengaran bersama 40. (1) Pihak-pihak boleh bersetuju— (a) bahawa prosiding timbang tara hendaklah disatukan dengan prosiding timbang tara lain; atau (b) bahawa pendengaran bersama hendaklah diadakan, mengikut apa-apa terma sebagaimana yang boleh dipersetujui. Timbang Tara 43 (2) Melainkan jika pihak-pihak bersetuju untuk memberi kuasa sedemikian kepada tribunal timbang tara, tribunal itu tidak mempunyai kuasa untuk memerintahkan penyatuan prosiding timbang tara atau pendengaran bersama. Penentuan perkara undang-undang permulaan oleh mahkamah 41. (1) Mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menentukan apa-apa soal undang-undang yang timbul semasa perjalanan timbang tara— (a) dengan keizinan tribunal timbang tara; atau (b) dengan keizinan tiap-tiap pihak lain. (2) Mahkamah Tinggi tidak boleh mempertimbangkan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) melainkan jika ia berpuas hati bahawa penentuan itu— (a) berkemungkinan menghasilkan penjimatan kos yang substansial; dan (b) secara substansial menjejaskan hak satu pihak atau lebih. (3) Permohonan itu hendaklah mengenal pasti soal undang- undang yang hendaklah ditentukan dan, kecuali jika dibuat dengan persetujuan semua pihak kepada prosiding itu, hendaklah menyatakan alasan yang menyokong permohonan itu. (4) Semasa suatu permohonan di bawah subseksyen (1) belum selesai, prosiding timbang tara boleh diteruskan dan award boleh dibuat. Penzahiran maklumat yang berhubungan dengan prosiding timbang tara dan award dilarang 41a. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, tiada pihak boleh menyiarkan, menzahirkan atau menyampaikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan— (a) prosiding timbang tara di bawah perjanjian timbang tara; atau (b) suatu award yang dibuat dalam prosiding timbang tara itu. 44 Undang-Undang Malaysia AktA 646 (2) Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) boleh menghalang penyiaran, penzahiran atau penyampaian maklumat yang disebut dalam subseksyen itu oleh suatu pihak— (a) jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat— (i) untuk melindungi atau meneruskan suatu hak atau kepentingan di sisi undang-undang pihak itu; atau (ii) untuk menguatkuasakan atau mencabar award yang disebut dalam subseksyen itu, dalam prosiding undang-undang di hadapan suatu mahkamah atau pihak berkuasa kehakiman yang lain di dalam atau di luar Malaysia; (b) jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat kepada mana-mana badan kerajaan, badan kawal selia, mahkamah atau tribunal dan pihak itu berkewajipan di bawah undang-undang untuk membuat penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu; atau (c) jika penyiaran, penzahiran atau penyampaian itu dibuat kepada seorang penasihat profesional atau mana-mana penasihat lain mana-mana pihak. Prosiding didengari selain dalam mahkamah terbuka 41b. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), prosiding mahkamah di bawah Akta ini hendaklah didengari selain dalam mahkamah terbuka. (2) Walau apa pun subseksyen (1), mahkamah boleh memerintahkan prosiding itu didengari dalam mahkamah terbuka— (a) atas permohonan mana-mana pihak; atau (b) jika, dalam apa-apa kes tertentu, mahkamah berpuas hati bahawa prosiding itu seharusnya didengari di mahkamah terbuka. (3) Suatu perintah mahkamah di bawah subseksyen (2) muktamad. Timbang Tara 45 42–43. (Dipotong oleh Akta A1569). Kos dan belanja timbang tara 44. (1) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak— (a) kos dan belanja timbang tara hendaklah mengikut budi bicara tribunal timbang tara yang boleh— (i) mengarahkan kepada siapa dan oleh siapa dan mengikut cara apa kos itu atau apa-apa bahagiannya hendaklah dibayar; (ii) menetapkan atau menyelesaikan amaun kos atau belanja itu; dan (iii) mengaward kos atau belanja itu yang hendaklah dibayar sebagai antara peguam cara dengan klien; (b) mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk kos itu ditetapkan jika tribunal timbang tara dalam awardnya mengarahkan supaya kos dan belanja itu dibayar oleh mana-mana pihak tetapi tidak menyatakan amaun kos dan perbelanjaan itu dalam masa tiga puluh hari setelah diminta berbuat demikian; atau (c) setiap pihak hendaklah bertanggungjawab bagi belanja di sisi undang-undangnya sendiri dan belanja lain dan bagi bahagian yang sama rata bagi fi dan belanja tribunal timbang tara dan apa-apa belanja lain yang berhubungan dengan timbang tara itu semasa ketiadaan award atau award tambahan yang menetapkan dan menguntukkan kos dan belanja timbang tara. (2) Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, jika suatu pihak membuat suatu tawaran kepada pihak yang satu lagi untuk menyelesaikan pertikaian atau sebahagian daripada pertikaian itu dan tawaran itu tidak diterima dan award tribunal timbang tara tidak lebih baik kepada pihak yang satu lagi itu daripada apa yang ditawarkan itu, tribunal timbang tara, dalam 46 Undang-Undang Malaysia AktA 646 menetapkan dan menguntukkan kos dan belanja timbang tara, boleh mengambil kira hakikat tawaran itu dalam mengaward kos dan belanja berkenaan dengan tempoh daripada pembuatan tawaran hingga pembuatan award. (3) Tawaran untuk penyelesaian yang dibuat di bawah subseksyen (2) tidak boleh dimaklumkan kepada tribunal timbang tara sehingga ia telah membuat penentuan muktamad mengenai semua aspek pertikaian itu selain penetapan dan penguntukan kos dan belanja. (4) Jika tribunal timbang tara enggan untuk menyampaikan awardnya sebelum pembayaran fi dan belanjanya, Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan tribunal timbang tara itu untuk menyampaikan award itu mengikut syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah Tinggi. (5) Suatu penetapan kos, fi dan belanja di bawah seksyen ini boleh dikaji semula mengikut cara yang sama sebagaimana penetapan kos. Pelanjutan masa untuk memulakan prosiding timbang tara 45. Jika suatu perjanjian timbang tara memperuntukkan bahawa prosiding timbang tara hendaklah dimulakan dalam masa yang dinyatakan dalam perjanjian itu, Mahkamah Tinggi boleh, walau apa pun masa yang ditetapkan itu telah habis tempoh, melanjutkan masa bagi apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut, jika Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa dalam hal keadaan kes itu akan selainnya menyebabkan kesusahan tidak wajar. Pelanjutan masa untuk membuat award 46. (1) Jika masa untuk membuat award dihadkan oleh perjanjian timbang tara, Mahkamah Tinggi boleh, melainkan jika pihak-pihak bersetuju selainnya, melanjutkan masa itu. (2) Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat— (a) dengan notis kepada pihak-pihak, oleh tribunal timbang tara; atau Timbang Tara 47 (b) dengan notis kepada tribunal timbang tara dan pihak-pihak lain, oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu. (3) Mahkamah Tinggi tidak boleh membuat suatu perintah melainkan jika— (a) semua proses tribunal timbang tara yang boleh didapati untuk mendapatkan dan melanjutkan masa telah digunakan; dan (b) Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa ketidakadilan substansial akan selainnya berlaku. (4) Mahkamah Tinggi boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) walau apa pun masa yang ditetapkan terdahulu oleh atau di bawah perjanjian timbang tara atau oleh suatu perintah terdahulu telah habis tempoh. Bahagian IV PELBAGAI Tanggungan penimbang tara 47. Seseorang penimbang tara tidak bertanggungan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan atau tidak dilakukan dalam melaksanakan fungsinya sebagai seorang penimbang tara melainkan jika ditunjukkan perbuatan atau peninggalan itu adalah dengan niat jahat. Kekebalan institusi timbang tara 48. (1) Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) atau mana-mana orang lain atau institusi yang ditetapkan atau diminta oleh pihak-pihak untuk melantik atau menamakan seorang penimbang tara, tidak bertanggungan bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan tidak dilakukan pada menunaikan fungsi itu melainkan jika ditunjukkan perbuatan atau peninggalan itu adalah dengan niat jahat. 48 Undang-Undang Malaysia AktA 646 Kebankrapan 49. (1) Jika suatu pihak dalam perjanjian timbang tara ialah seorang bankrap dan orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta bankrap menerima pakai perjanjian itu, perjanjian timbang tara itu hendaklah dikuatkuasakan oleh atau terhadap orang itu. (2) Mahkamah Tinggi boleh mengarahkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan atau bagi maksud prosiding kebankrapan dirujukkan kepada timbang tara jika— (a) perkara itu ialah yang baginya perjanjian timbang tara terpakai; (b) perjanjian timbang tara dibuat oleh orang yang telah dihukum bankrap sebelum mula berkuatkuasanya prosiding kebankrapan itu; dan (c) orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta tidak menerima pakai perjanjian itu. (3) Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) boleh dibuat oleh— (a) mana-mana pihak lain kepada perjanjian timbang tara; atau (b) mana-mana orang yang mempunyai bidang kuasa untuk mentadbir harta bankrap. Cara permohonan 50. Apa-apa permohonan kepada Mahkamah Tinggi di bawah Akta ini hendaklah melalui saman pemula sebagaimana yang diperuntukkan dalam *Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980]. *CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] telah dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012] – lihat Aturan 94 P.U. (A) 205/2012. Timbang Tara 49 Pemansuhan dan kecualian 51. (1) Akta Timbangtara 1952 [Akta 93] dan Akta Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Award Timbangtara Asing 1985 [Akta 320] dimansuhkan. (2) Jika prosiding timbang tara dimulakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, undang-undang yang mengawal perjanjian timbang tara dan prosiding timbang tara itu adalah undang-undang yang sepatutnya terpakai seolah-olah Akta ini tidak diperbuat. (3) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan apa- apa prosiding yang berhubungan dengan timbang tara yang telah dimulakan di mana-mana mahkamah sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini. (4) Apa-apa prosiding mahkamah yang berhubungan dengan timbang tara yang telah dimulakan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dikawal oleh Akta ini walaupun prosiding itu timbul daripada prosiding timbang tara yang bermula sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini. 50 Undang-Undang Malaysia AktA 646 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 646 AKTA TIMBANG TARA 2005 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A1395 Akta Timbang Tara 01-07-2011 (Pindaan) 2011 Akta A1563 Akta Timbang Tara 28-02-2018 (Pindaan) 2018 Akta A1569 Akta Timbang Tara 08-05-2018 (Pindaan) (No. 2) 2018 Timbang Tara 51 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 646 AKTA TIMBANG TARA 2005 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A1395 01-07-2011 Akta A1569 08-05-2018 3a Akta A1569 08-05-2018 4 Akta A1569 08-05-2018 8 Akta A1395 01-07-2011 9 Akta A1569 08-05-2018 10 Akta A1395 01-07-2011 11 Akta A1395 01-07-2011 Akta A1569 08-05-2018 19 Akta A1569 08-05-2018 19a–19j Act A1569 08-05-2018 30 Akta A1395 01-07-2011 Akta A1569 08-05-2018 33 Akta A1569 08-05-2018 38 Akta A1395 01-07-2011 39 Akta A1395 01-07-2011 41a–41B Akta A1569 08-05-2018 42 Akta A1395 01-07-2011 Akta A1569 08-05-2018 52 Undang-Undang Malaysia AktA 646 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 43 Akta A1569 08-05-2018 51 Akta A1395 01-07-2011 Pindaan Am Akta A1563 28-02-2018 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/ atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA WJW011766 20-09-2018
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
646 - AKTA TIMBANGTARA 2005
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in