A1752 - AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2025
This Act amends the Federal Constitution and starts on a date set by the Yang di-Pertuan Agong in the Gazette, with different parts able to start on different dates.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1752 - AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2025
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1752 - AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2025
AI-assisted research summary: This Act amends the Federal Constitution and starts on a date set by the Yang di-Pertuan Agong in the Gazette, with different parts able to start on different dates.
Perlembagaan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1752 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1752 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 7 Mac 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 20 Mac 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perlembagaan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1752 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta dan Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan Perkara 15 2. Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Perkara 15— (a) dalam Fasal (1)— (i) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan itu; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1752 (ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan (iii) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bahasa Melayu.”; (b) dalam Fasal (2), dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”; dan (c) dengan memotong Fasal (3). Pindaan Perkara 15a 3. Perkara 15a Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”. Pemotongan Perkara 16a 4. Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memotong Perkara 16a. Pindaan Perkara 18 5. Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (1) Fasal yang berikut: “(1a) Seseorang di bawah umur lapan belas tahun yang menjadi warganegara melalui pendaftaran hendaklah, apabila mencapai umur lapan belas tahun, mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dan jika orang itu tidak mengangkat sumpah dalam masa empat puluh lapan bulan selepas dia mencapai umur lapan belas tahun, dia hendaklah terhenti menjadi warganegara.”. Perlembagaan (Pindaan) 5 Pindaan Perkara 19 6. Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan dipinda— (a) dalam Fasal (1), dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”; dan (b) dalam Fasal (2), dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”. Pindaan Perkara 23 7. Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan dipinda— (a) dalam Fasal (1), dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”; (b) dengan menggantikan Fasal (2) dengan Fasal yang berikut: “(2) Kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan, suatu akuan yang dibuat di bawah Perkara ini tidaklah boleh didaftarkan jika— (a) akuan itu dibuat dalam masa apa-apa peperangan yang dalamnya Persekutuan terlibat; atau (b) Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa pelepasan itu memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan, ketenteraman awam atau kepentingan awam.”; dan (c) dalam Fasal (3)— (i) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “twenty-one years” dengan perkataan “eighteen years”; dan (ii) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “lapan belas tahun”. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1752 Pindaan Perkara 26 8. Perkara 26 Perlembagaan Persekutuan dipinda dalam Fasal (2) dengan menggantikan perkataan “tarikh perkahwinan itu” dengan perkataan “tarikh pemerolehan kewarganegaraan melalui pendaftaran”. Pindaan Perkara 26a 9. Perkara 26a Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu” dengan perkataan “lapan belas”. Pindaan Jadual Pertama 10. Jadual Pertama kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda— (a) dengan menggantikan perkataan “[Perkara 18(1), 19(9)]” dengan perkataan “[Perkara 18(1), 18(1a), 19(9) dan seksyen 3 Bahagian II Jadual Kedua]”; dan (b) dengan menggantikan tajuk “Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau Penaturalisasian” dengan tajuk “Sumpah Pelepasan, Kesetiaan dan Taat Setia”. Pindaan Jadual Kedua 11. Jadual Kedua kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda— (a) dalam Bahagian II— (i) dalam seksyen 1— (A) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan” dengan perkataan “seorang warganegara”; Perlembagaan (Pindaan) 7 (B) dalam perenggan (b)— (AA) dengan menggantikan perkataan “yang bapanya” dengan perkataan “dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya”; dan (BB) dengan memasukkan selepas perkataan “sesuatu Negeri” perkataan “dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu konsulat Persekutuan atau dengan Kerajaan Persekutuan”; (C) dalam perenggan (c)— (AA) dengan menggantikan perkataan “yang bapanya” dengan perkataan “dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya”; dan (BB) dengan memotong perkataan “di Brunei atau”; dan (D) dengan memotong perenggan (d); (ii) dalam seksyen 2— (A) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan “, (d)”; dan (B) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “bapanya” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “ibu atau bapanya”; dan 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1752 (iii) dengan memasukkan selepas seksyen 2 seksyen yang berikut: “3. (1) Seseorang yang merupakan seorang warganegara menurut kuasa perenggan (b) atau (c) seksyen 1 hendaklah, dalam masa empat puluh lapan bulan selepas dia mencapai umur lapan belas tahun, mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. (2) Jika seseorang warganegara yang disebut dalam subseksyen (1) tidak mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama apabila mencapai umur dua puluh dua tahun, dia hendaklah terhenti menjadi warganegara. (3) Seseorang kanak-kanak yang dilahirkan di luar Persekutuan, daripada seorang warganegara menurut kuasa perenggan (c) seksyen 1 dan tidak bermastautin di Persekutuan, bukanlah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang dan orang itu boleh membuat permohonan bagi anaknya untuk menjadi warganegara melalui pendaftaran.”; dan (b) dalam Bahagian III— (i) dalam seksyen 9, dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu tahun” dengan perkataan “lapan belas tahun”; (ii) dalam seksyen 19— (A) dengan menggantikan perkataan “bapa” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “ibu atau bapa”; (B) dengan menggantikan perkataan “bapanya” dengan perkataan “ibu atau bapanya”; (C) dengan menggantikan perkataan “kematian bapa itu” dengan perkataan “kematian ibu atau bapanya itu”; dan Perlembagaan (Pindaan) 9 (D) dengan menggantikan perkataan “sekiranya dia mati selepas Hari Merdeka hendaklah disifatkan sebagai taraf atau perihalan yang terpakai baginya pada masa kematiannya” dengan perkataan “sekiranya ibu atau bapanya mati selepas Hari Merdeka hendaklah disifatkan sebagai taraf atau perihalan yang terpakai bagi ibu atau bapanya pada masa kematian ibu atau bapanya; dan (iii) dalam seksyen 19b, dengan menggantikan perkataan “ibunya bermastautin secara tetap di tempat itu” dengan perkataan “ibunya ialah seorang warganegara”. Kecualian 12. (1) Taraf kewarganegaraan mana-mana orang yang lahir di dalam atau di luar Persekutuan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan seolah-olah Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda oleh Akta ini. (2) Apa-apa permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut Bahagian III Perlembagaan Persekutuan seolah-olah Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda oleh Akta ini.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1752 - AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in