AI-assisted research summary: This Act starts on a date set by the Minister in the Gazette, and it gives senior service tax officers police-style powers for enforcement, inspection, and investigation.
Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan 1 Perbelanjaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1579 AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2018 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1579 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 26 Disember 2018 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 28 Disember 2018 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan 3 Perbelanjaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1579 AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2018 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2018. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Seksyen baharu 56a 2. Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807] dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56 seksyen yang berikut: “Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 56a. Bagi maksud Akta ini, seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1579 yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.”.