A1772 - AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025
This Act amends the Local Government Act 1976 to allow courts to order community service for certain by-law offences, with set hour limits and a fine for non-compliance.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Citation provenance: source:global:stored-legal-sources · schema StatuteEnrichmentPublicV1.
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1772 - AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1772 - AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025
AI-assisted research summary: This Act amends the Local Government Act 1976 to allow courts to order community service for certain by-law offences, with set hour limits and a fine for non-compliance.
Kerajaan Tempatan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1772 AktA kerAjAAN teMpAtAN (pINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1772 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 28 Oktober 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 12 November 2025 Kerajaan Tempatan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1772 AktA kerAjAAN teMpAtAN (pINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976. [ ] BAhAwASANyA adalah suai manfaat semata-mata bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar untuk membuat suatu undang-undang berkenaan dengan kerajaan tempatan: MAKA, Oleh yANg DeMiKiAN, menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, DIperBUAt oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025. (2) Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan wilayah Persekutuan labuan. (3) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri berhubung dengan sesuatu Negeri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri itu, melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1772 Negeri, menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan. (4) Akta ini mula berkuat kuasa di wilayah Persekutuan Kuala lumpur, wilayah Persekutuan Putrajaya dan wilayah Persekutuan labuan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi wilayah Persekutuan Kuala lumpur, wilayah Persekutuan Putrajaya dan wilayah Persekutuan labuan melalui pemberitahuan dalam Warta. (5) walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta— (a) mengecualikan mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada peruntukan Akta ini; dan (b) meluaskan peruntukan Akta ini supaya terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana kawasan atau bahagian mana-mana kawasan dalam Negeri itu yang bukan di bawah mana-mana pihak berkuasa tempatan. Seksyen baharu 104a 2. Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 104 seksyen yang berikut: “perintah khidmat masyarakat 104a. (1) Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan bagi pelanggaran mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii), mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan boleh, sebagai tambahan kepada denda yang ia boleh kenakan di bawah undang-undang kecil itu, membuat suatu perintah khidmat masyarakat yang menghendaki orang yang disabitkan itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi dua belas jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu. Kerajaan Tempatan (Pindaan) 5 (2) Sebelum membuat suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah— (a) menimbangkan keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan itu, jika wajar baginya untuk melaksanakan khidmat masyarakat; dan (b) menerangkan kepada orang yang disabitkan itu dalam bahasa biasa— (i) kesan perintah khidmat masyarakat itu; dan (ii) akibat tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat itu. (3) Mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis hendaklah, selepas suatu perintah khidmat masyarakat dibuat di bawah subseksyen (1), menentukan masa dan tempat bagi pelaksanaan khidmat masyarakat itu dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan oleh orang yang disabitkan itu, dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memaklumkan orang yang disabitkan yang diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu mengenai masa dan tempat itu, dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan. (4) Dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu, pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan itu hendaklah diawasi oleh pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis. (5) Pengawasan oleh pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis itu terhadap pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan di bawah subseksyen (4) hendaklah mengikut cara sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam apa-apa undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini. (6) Pihak berkuasa tempatan boleh membuat undang-undang kecil— (a) untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan di bawah suatu perintah khidmat masyarakat; 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1772 (b) untuk menetapkan cara pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat. (7) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (8) Jika suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1) dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah atas suatu kesalahan bagi pelanggaran mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii), peruntukan yang berhubungan dengan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] hendaklah terpakai. (9) Bagi maksud seksyen ini— (a) “kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun; (b) “khidmat masyarakat” ertinya suatu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar yang dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan suatu tempat awam.”. Seksyen baharu 121a 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 121 seksyen yang berikut: “kuasa pengawasan khidmat masyarakat 121a. Seseorang pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 104a(1).”.Referenced legislation
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta Kerajaan Tempatan 1976 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], (unresolved)
- Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1772 - AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in