188 - *AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946
This Act lets the Finance Minister borrow by issuing Treasury Bills, and sets the rules for issuance, transfer, repayment, recordkeeping, confidentiality, offences, and penalties.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 188 - *AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
188 - *AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946
AI-assisted research summary: This Act lets the Finance Minister borrow by issuing Treasury Bills, and sets the rules for issuance, transfer, repayment, recordkeeping, confidentiality, offences, and penalties.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 188 AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 Sebagaimana pada 1 November 2012 2 AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 Pertama kali diperbuat … … … … … … 1946 (Ordinan No.9 tahun 1946) Disemak … … … … … … … … 1977 (Akta188 m.b.p. 1 Oktober 1977) Kali terakhir dipinda melalui Akta A747 yang mula berkuat kuasa pada … … … … … … 1 Januari 1990 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 188 AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 1A. Tafsiran 2. Kuasa untuk meminjam wang dengan mengeluarkan Bil-Bil Perbendaharaan 3. Dipertanggungkan kepada hasil am dan aset 4. Syarat dan pembayaran Bil-Bil Perbendaharaan 4A. Pemindahan Bil Perbendaharaan 5. Peruntukan pembayaran balik Bil-Bil Perbendaharaan 6. Pembayaran balik 7. Institusi pelaburan peserta dan institusi pelaburan utama 8. Institusi pendeposit 9. Tugas dan obligasi institusi pendeposit berhubungan dengan pemindahan yang dilaksanakan di bawah subseksyen 8(2) 10. Kuasa Bank untuk meminta maklumat, memeriksa dan mengambil salinan 11. Pemeliharaan rahsia oleh Bank 12. Catatan palsu, dsb. dalam buku, dokumen, dsb. 13. Pelanggaran Akta, penalti baginya dan liabiliti jenayah institusi, pengarah, dsb. 14. Liabiliti sivil tidak terjejas disebabkan pendakwaan atau ketidakdakwaan, dsb. 15. Kaedah-kaedah 16. Liabiliti Kerajaan berkenaan dengan Bil Perbendaharaan 17. Kuasa Menteri untuk meminda Jadual A atau B 18. Pemansuhan JADUAL A JADUAL B 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 188 AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 Suatu Akta untuk membuat peruntukan-peruntukan bagi meminjam wang dengan mengeluarkan Bil-Bil Perbendaharaan dalam Malaysia. [Semenanjung Malaysia—24 Jun 1946; Sabah dan Sarawak—1 Januari 1964] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946. Tafsiran 1 . (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki A makna yang lain — “akaun pelanggan” ertinya suatu akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit bagi seseorang pemindah atau penerima pindahan di bawah subseksyen 8(5); “badan berkanun” ertinya mana-mana badan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan, dilantik atau dibentuk oleh mana-mana undang- undang bertulis, dan termasuklah mana-mana pihak berkuasa tempatan; “Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]; “Bil Perbendaharaan” ertinya Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah seksyen 2 dan 4 atau Bil Perbendaharaan yang dipegang oleh mana-mana orang menurut kuasa pemindahan Bil 6 Undang-Undang Malaysia Akta 188 Perbendaharaan tersebut, atau sebahagian daripadanya, di bawah Akta ini; “institusi kewangan” ertinya — (a) mana-mana bank berlesen, bank saudagar berlesen, syarikat kewangan berlesen, atau syarikat diskaun berlesen, sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; (b) mana-mana Kerajaan Negeri; (c) mana-mana badan berkanun; atau (d) mana-mana kumpulan wang, skim, organisasi, pertubuhan diperbadankan atau tak diperbadankan, atau mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditetapkan secara bertulis oleh Menteri Kewangan; “institusi pelaburan peserta” ertinya suatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 7(1); “institusi pelaburan utama” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 7(2); “institusi pendeposit” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 8(1); “pelanggan Bil Perbendaharaan” ertinya seseorang yang membuat pemindahan atau mengambil pemindahan Bil Perbendaharaan di bawah subseksyen 8(2); “penyata bulanan statutori” ertinya penyata bulanan dalam borang dalam Jadual B yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9(2); “resit pengakuterimaan statutori” ertinya suatu resit pengakuterimaan dalam borang dalam Jadual A yang dikeluarkan di bawah subseksyen 8(6). (2) Jika apa-apa rekod atau akaun perlu disenggarakan di bawah Akta ini oleh Bank atau mana-mana institusi pelaburan peserta, yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama Bil Perbendaharaan (Tempatan) 7 atau institusi pendeposit atau selainnya, rekod atau akaun itu hendaklah disenggarakan mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan atau ditetapkan oleh Bank, termasuk penyenggaraannya secara bertulis atau dalam apa-apa bentuk rakaman visual (berbentuk imej pegun atau bergerak), atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau apa-apa jua rakaman lain, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel. (3) Fungsi, kuasa dan tugas yang diberikan kepada Bank di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan oleh Bank bagi pihak Menteri Kewangan. Kuasa untuk meminjam wang dengan mengeluarkan Bil-Bil Perbendaharaan 2. (1) Menteri Kewangan boleh meminjam wang dengan mengeluarkan Bil-Bil Perbendaharaan dalam bentuk catatan di dalam rekod-rekod Bank di bawah subseksyen 7(3) dari semasa ke semasa sebagaimana difikirkannya manfaat dalam Malaysia. Jumlah wang yang dipinjam sedemikian hendaklah sekian banyak supaya amaun Bil-Bil Perbendaharaan yang telah dikeluarkan dan masih belum dijelaskan pada bila-bila masa tidak lebih daripada lima ribu juta ringgit. (1 ) Yang di-Pertuan Agong boleh, dari semasa ke semasa, dengan A perintah, mengubah amaun yang ditetapkan dalam subseksyen (1); dan setiap perintah demikian hendaklah, secepat mungkin selepas disiarkan dalam Warta, dibentang oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Rakyat. (2) Wang yang diterima untuk Bil-Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah digunakan, dan adalah dengan ini diuntukkan, bagi maksud yang berikut: (a) untuk membayar balik wang yang telah diterima di bawah Akta ini, hingga takat yang ditentukan oleh Menteri Kewangan; (b) untuk dimasukkan, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Dewan Rakyat yang dinyatakan melalui ketetapan, ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan yang 8 Undang-Undang Malaysia Akta 188 dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], bagi maksud Kumpulan Wang itu. Dipertanggungkan kepada hasil am dan aset 3. (1) Wang pokok yang dinyatakan dalam Bil-Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah dengan ini dipertanggungkan kepada, dan hendaklah dibayar daripada, hasil am dan aset Malaysia. (2) Hasil pendapatan daripada Bil-Bil itu hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Syarat dan pembayaran Bil-Bil Perbendaharaan 4. (1) Tiap-tiap Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah bagi apa-apa amaun dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan. (2) Bank hendaklah, sebelum setiap pengeluaran Bil-Bil Perbendaharaan yang tersebut di atas, memutuskan dan menentukan masa atau masa-masa Bil-Bil Perbendaharaan itu akan dikeluarkan dan, tertakluk kepada subseksyen (3), masa atau masa-masanya Bil- Bil itu kena dibayar. (3) Tiap-tiap Bil Perbendaharaan hendaklah dibayar tidak lewat dari satu tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Pemindahan Bil Perbendaharaan 4 . Tiap-tiap Bil Perbendaharaan, atau mana-mana bahagian A daripadanya, boleh dipindahkan mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini dan tidaklah boleh mengikut apa-apa cara lain. Bil Perbendaharaan (Tempatan) 9 Peruntukan pembayaran balik Bil-Bil Perbendaharaan 5. Menteri Kewangan hendaklah menguntukkan dari Kumpulan Wang Disatukan jumlah wang yang perlu untuk membayar wang pokok yang dinyatakan dalam Bil-Bil Perbendaharaan apabila wang- wang pokok itu genap masanya dibayar. Pembayaran balik 6. Wang pokok yang dinyatakan dalam sesuatu Bil Perbendaharaan hendaklah dibayar balik apabila genap masanya dibayar mengikut cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen 7(5) atau subseksyen 8(4), mengikut mana-mana yang terpakai. Institusi pelaburan peserta dan institusi pelaburan utama 7. (1) Bank boleh membenarkan secara bertulis mana-mana institusi kewangan untuk menjadi institusi pelaburan peserta. (2) Bank boleh melantik secara bertulis mana-mana institusi pelaburan peserta untuk menjadi institusi pelaburan utama. (3) Bank hanya boleh mengeluarkan kepada sesuatu institusi pelaburan utama suatu Bil Perbedaharaan di bawah seksyen 4, dan Bank hendaklah menyenggara catatan di dalam rekodnya mengenai tiap-tiap Bil Perbendaharaan tersebut. (4) Sesuatu institusi pelaburan peserta hendaklah menyenggara suatu akaun tunggal dengan Bank— (a) mengenai semua pemindahan Bil-Bil Perbendaharaan kepadanya oleh suatu institusi pelaburan peserta lain atau olehnya sendiri kepada suatu institusi pelaburan peserta lain; dan (b) jika institusi pelaburan peserta telah dilantik sebagai institusi pelaburan utama di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dimasukkan ke dalam akaun tunggal yang disebut dalam perenggan (a), suatu akaun mengenai semua Bil-Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (3). 10 Undang-Undang Malaysia Akta 188 (5) Bank hendaklah membayar balik kepada institusi pelaburan peserta, wang pokok yang dinyatakan dalam setiap Bil Perbendaharaan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (4) pada tarikh Bil Perbendaharaan itu genap masanya untuk dibayar, dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. (6) Bank hendaklah menyenggara rekod mengenai akaun sesuatu institusi pelaburan peserta, dan rekod tersebut hendaklah menjadi keterangan tunggal dan muktamad tentang kedudukan akaun itu, dan tentang segala butir dan butir terperinci mengenainya, dan rekod tersebut hendaklah mengikat Bank, institusi pelaburan peserta dan mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya. Institusi pendeposit 8. (1) Bank boleh membenarkan secara bertulis mana-mana institusi pelaburan peserta untuk menjadi institusi pendeposit. (2) Mana-mana orang, selain daripada institusi pelaburan peserta, yang berhasrat sama ada untuk membuat pemindahan atau mengambil pemindahan Bil Perbendaharaan hendaklah melakukan sedemikian hanya melalui institusi pendeposit. (3) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara dengan Bank, sebagai tambahan kepada akaun yang disenggarakannya di bawah subseksyen 7(4), suatu akaun tunggal berasingan berkenaan dengan semua pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2). (4) Bank hendaklah membayar balik kepada sesuatu institusi pendeposit wang pokok yang dinyatakan dalam setiap Bil Perbendaharaan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (3) pada tarikh Bil Perbendaharaan tersebut genap masanya untuk dibayar dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank. (5) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan tiap-tiap pemindah dan penerima pindahan yang menjadi pihak dalam mana-mana pemindahan yang Bil Perbendaharaan (Tempatan) 11 dilaksanakan melalui institusi pendeposit di bawah subseksyen (2), kecuali jika akaun pelanggan berkenaan dengan seseorang penerima pindahan disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit lain, dan dalam hal yang demikian institusi pendeposit yang mula-mula disebutkan itu hendaklah menyebabkan Bil Perbendaharaan tersebut dipindahkan ke dalam akaun penerima pindahan dengan institusi pendeposit yang kedua disebutkan itu. (6) Jika pemindahan sesuatu Bil Perbendaharaan dibuat oleh mana- mana orang di bawah subseksyen (2), prosedur berikut hendaklah dipatuhi oleh institusi-institusi pendeposit itu masing-masing: (a) institusi pendeposit yang melaluinya pemindahan itu dibuat hendaklah segera mengeluarkan— (i) kepada pemindah suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu; dan (ii) kepada penerima pindahan suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu, jika institusi pendeposit itu menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan Bil-Bil Perbendaharaan penerima pindahan; dan (b) jika suatu institusi pendeposit lain menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan Bil-Bil Perbendaharaan penerima pindahan, institusi pendeposit yang disebut dalam perenggan (a) hendaklah segera memberitahu institusi pendeposit yang lain itu tentang pemindahan itu dan institusi pendeposit yang lain itu hendaklah segera mengeluarkan kepada penerima pindahan suatu resit pengakuterimaan statutori dalam borang dalam Jadual A berkenaan dengan pemindahan itu. (7) Sesuatu resit pengakuterimaan statutori tidaklah boleh diniagakan atau diuruskan dengan apa-apa jua cara sekalipun, dan hendaklah digunakan semata-matanya antara institusi pendeposit yang mengeluarkannya dan pelanggan Bil Perbendaharaan yang kepadanya ia dikeluarkan sebagai keterangan tentang pemindahan Bil Perbendaharaan di bawah subseksyen (2) yang dimaksudkan dengannya itu. 12 Undang-Undang Malaysia Akta 188 (8) Jika amaun dalam akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit dengan Bank di bawah subseksyen (3) adalah terjejas disebabkan oleh pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2), institusi pendeposit itu hendaklah memaklumkan segera kepada Bank maklumat tentang apa-apa perubahan dalam amaun yang disebabkan oleh pemindahan tersebut. Tugas dan obligasi institusi pendeposit berhubungan dengan pemindahan yang dilaksanakan di bawah subseksyen 8(2) 9. (1) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun berkenaan dengan setiap pelanggan Bil Perbendaharaan. (2) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah mengeluarkan kepada setiap pelanggan Bil Perbendaharaannya suatu penyata bulanan statutori berkenaan dengan Bil-Bil Perbendaharaannya dalam borang dalam Jadual B pada atau sebelum hari kesepuluh dalam bulan selepas bulan yang berkenaan dengannya penyata bulanan statutori itu dikeluarkan. (3) Sesuatu penyata bulanan statutori hendaklah menjadi keterangan tunggal tentang Bil-Bil Perbendaharaan yang dipegang oleh pelanggan Bil Perbendaharaan di akhir bulan yang berkenaan dengannya ia dikeluarkan. (4) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah membayar balik kepada pelanggan Bil Perbendaharaan wang pokok yang dinyatakan dalam setiap Bil Perbendaharaan yang terdapat dalam akaun pelanggan Bil Perbendaharaan, dan pembayaran balik itu hendaklah dibuat pada tarikh Bil Perbendaharaan itu genap masanya untuk dibayar. (5) Bil-Bil Perbendaharaan yang diuruskan oleh sesuatu institusi pendeposit berkenaan dengan apa-apa pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen 8(2) hendaklah diuruskan semata- mata dan khusus mengikut cara, dan bagi maksud, yang diperuntukkan di bawah seksyen 8, dan tidaklah boleh diuruskan atau digunakan oleh institusi pendeposit dengan apa-apa jua cara lain pun, atau bagi apa-apa jua maksud lain pun. (6) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah memberi kepada Bank apa-apa penyata, butir terperinci, butir atau maklumat berhubungan Bil Perbendaharaan (Tempatan) 13 dengan akaun yang disenggarakan olehnya di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan setiap pelanggan Bil Perbendaharaan, atau pelanggan Bil Perbendaharaannya secara am, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, atau sebagairnana yang dikehendaki oleh Bank secara bertulis dari semasa ke semasa. (7) Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa dan mengambil salinan akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit di bawah seksyen ini, termasuk akaun berkenaan dengan mana-mana pelanggan Bil Perbendaharaan tertentu atau apa- apa rekod atau akaun lain yang berhubungan dengan atau melibatkan Bil-Bil Perbendaharaan di bawah Akta ini, dan institusi pendeposit itu, dan tiap-tiap pengarah, pegawai, pekerja, pekhidmat atau ejen institusi pendeposit itu hendaklah memberikan kepada pegawai Bank tersebut segala buku, rekod, surat-menyurat, atau apa-apa dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai tersebut, dan hendaklah mernberikannya segala bantuan sebagaimana yang dikehendakinya. (8) Akaun seseorang pelanggan Bil Perbendaharaan yang disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi rahsia di antara institusi itu dengan pelanggan Bil Perbendaharaan itu dan tidak boleh didedahkan oleh institusi pendeposit itu kepada mana-mana orang kecuali kepada Bank, termasuk pegawai Bank yang disebut dalam subseksyen (7), melainkan jika pendedahan itu adalah dibenarkan secara bertulis oleh pelanggan Bil Perbendaharaan itu. (9) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah secara mutlak dan sepenuhnya bertanggungjawab dan bertanggungan kepada pelanggan Bil Perbendaharaannya berkenaan dengan semua pemindahan yang diambil atau dibuat oleh pelanggan Bil Perbendaharaan itu melalui institusi pendeposit tersebut di bawah subseksyen 8(2). (10) Sesuatu institusi pendeposit tidak boleh menghendaki seseorang pelanggan Bil Perbendaharaan membayar apa-apa caj, fi, atau apa-apa bayaran lain berkenaan dengan apa-apa perkara yang diuruskan olehnya berhubungan dengan seseorang pelanggan Bil Perbendaharaan di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 15. 14 Undang-Undang Malaysia Akta 188 Kuasa Bank untuk meminta maklumat, memeriksa dan mengambil salinan 10. (1) Bank boleh, secara bertulis, menghendaki mana-mana institusi pelaburan peserta yang mungkin juga suatu institusi pelaburan utama, supaya memberi kepada Bank apa-apa penyata, butir terperinci, butir atau maklumat berhubungan dengan mana- mana akaun atau rekod yang disenggarakan olehnya di bawah Akta ini. (2) Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa atau mengambil salinan mana-mana akaun, rekod, buku atau apa-apa dokumen lain yang disenggarakan oleh institusi pelaburan peserta di bawan Akta ini. Pemeliharaan rahsia oleh Bank 11. Tanpa menjejaskan seksyen 16 Akta Bank Negara Malaysia A 1958, apa-apa maklumat dalam milik Bank menurut kuasa mana- mana peruntukan Akta ini hendaklah menjadi rahsia di antara Bank dengan orang yang kepadanya ia dimaksudkan atau yang daripadanya ia diperoleh dan tidak boleh didedahkan kecuali dengan keizinan orang itu. Catatan palsu, dsb. dalam buku, dokumen, dsb. 12. (1) Tiada seorang pun boleh dengan niat untuk memperdaya— (a) membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu; (b) meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan daripada dibuat, sesuatu catatan; atau (c) mengubah, rnengeluarkan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan diubah, dikeluarkan, disembunyikan, atau dimusnahkan, apa-apa catatan, dalam apa-apa buku atau rekod, atau dalam apa-apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa-apa jua pun dokumen lain, yang Bil Perbendaharaan (Tempatan) 15 berhubungan dengan perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti, atau akaun mana-mana institusi pelaburan peserta, atau mana-mana institusi pelaburan utama, atau mana-mana institusi pendeposit, ataupun Bank. Pelanggaran Akta, penalti baginya dan liabiliti jenayah institusi, pengarah, dsb. 13. (1) Mana-mana institusi pelaburan peserta yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit atau selainnya, atau mana-mana orang lain, yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi — (a) sepuluh juta ringgit; atau (b) jika jumlah wang menjadi hal perkara kesalahan itu, sepuluh kali ganda jumlah tersebut, mengikut mana-mana yang lebih besar, atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima belas tahun, atau kedua-dua denda dan penjara: Dengan syarat bahawa jika orang yang didapati melakukan kesalahan itu adalah suatu pertubuhan diperbadankan, hukuman penjara yang tersebut di atas tidaklah terpakai baginya. (2) Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi yang disebut dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau telah dengan apa-apa jua cara atau setakat apa-apa jua bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal-ehwal institusi tersebut, atau telah membantu dalam pengurusan tersebut, adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, memandang kepada jenis fungsi-fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan. 16 Undang-Undang Malaysia Akta 188 (3) Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut “prinsipal” dalam subseksyen ini) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana- mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu: Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu. (4) Tanpa menjejaskan subseksyen (2), jika sesuatu institusi yang disebut dalam subseksyen (1) atau sesuatu institusi kewangan di bawah perenggan (b) atau (c) dalam takrif “institusi kewangan” di bawah seksyen 1 , ia tidaklah boleh didakwa bagi apa-apa kesalahan A yang dilakukannya di bawah subseksyen (1), atau dikenakan hukuman atau penalti di bawah subseksyen (3). (5) Tiada apa-apa jua yang terkandung di dalam Akta ini boleh dianggap sebagai menghalang pendakwaan, pensabitan dan penghukuman mana-mana orang mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain; tetapi dengan sedemikian supaya tiada orang boleh dihukum lebih daripada sekali bagi kesalahan yang sama. (6) Bagi maksud seksyen ini, “pengarah”, “pegawai” dan “pengawal” hendaklah masing-masing mempunyai erti sebagaimana yang diberikan di bawah subseksyen 2(1) Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan 1989. Liabiliti sivil tidak terjejas disebabkan pendakwaan atau ketidakdakwaan, dsb. 14. Pendakwaan, atau kegagalan mendakwa, mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau pembebasan atau pelepasan mana-mana orang yang didakwa bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, tidaklah boleh, dengan apa-apa cara atau setakat apa-apa jua Bil Perbendaharaan (Tempatan) 17 pun, menjejaskan liabiliti sivilnya kepada mana-mana orang lain berhubungan dengan apa-apa jua yang dilakukannya di bawah Akta ini. Kaedah-kaedah 15. (1) Menteri Kewangan boleh, atas syor Bank, membuat apa-apa kaedah-kaedah yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan penuh kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, untuk menunaikan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini, atau untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan lebih sempurna, lebih baik dan lebih mudah. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan mengenai — (a) perkara yang berhubungan dengan pengeluaran Bil Perbendaharaan, permohonan mendapatkan Bil Perbendaharaan dan pembayaran balik Bil Perbendaharaan apabila ia genap masanya untuk dibayar; (b) prosedur dan amalan berhubungan dengan pelaksanaan mana-mana peruntukan Akta ini oleh mana-mana orang; (c) borang berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini; (d) caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada Bank, dan caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada sesuatu institusi pendeposit, berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini; dan (e) perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan peruntukan-peruntukan peralihan yang terkandung di dalam seksyen 8 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) (Pindaan) 1990 [Akta A747]. 18 Undang-Undang Malaysia Akta 188 Liabiliti Kerajaan berkenaan dengan Bil Perbendaharaan 16. (1) Kerajaan hendaklah bertanggungan bagi segala pembayaran balik yang kena dibayar berkenaan dengan Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah dan menurut Akta ini, dan berkenaan dengan semua Bil Perbendaharaan yang diuruskan di bawah dan mengikut seksyen 8 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) (Pindaan) 1990, tetapi jika liabiliti Kerajaan tersebut yang berbangkit akibat daripada, atau oleh sebab, apa-apa keingkaran sesuatu institusi pelaburan peserta dalam melaksanakan tugas dan obligasinya di bawah Akta ini, termasuk tugas dan obligasinya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit mengikut mana-mana yang terpakai, institusi tersebut hendaklah bertanggungan apabila diminta oleh Kerajaan untuk menanggung rugi Kerajaan sepenuhnya berhubungan dengan liabiliti itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), “keingkaran” termasuklah— (a) apa-apa pengabaian atau kegagalan dalam melaksanakan apa-apa fungsi, atau menjalankan apa-apa kuasa, atau menunaikan apa-apa tugas, di bawah Akta ini; dan (b) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berhubungan dengan apa-apa perkara yang diuruskan di bawah Akta ini, tanpa mengambil kira — (i) sama ada terdapatnya atau tidak apa-apa pendakwaan berkenaan dengan kesalahan itu; atau (ii) sama ada keingkaran tersebut dilakukan oleh institusi pelaburan peserta itu, atau oleh mana- mana pengarah, pegawai, atau pengawal (sebagaimana perkataan-perkataan itu ditakrifkan di dalam subseksyen 13(6)), atau mana-mana kerani, pekhidmat, atau ejen institusi pelaburan peserta tersebut, atau mana-mana kerani, atau pekhidmat kepada ejen tersebut. Bil Perbendaharaan (Tempatan) 19 Kuasa Menteri untuk meminda Jadual A atau B 17. Menteri Kewangan, atas syor Bank, boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalarn Warta mengubah, memotong daripada, menambah kepada, menggantikan, atau selainnya meminda, Jadual A atau B, dan Jadual sebagaimana diubah, dipotong daripada, ditambah kepada, digantikan, atau selainnya dipinda, hendaklah mula berkuat kuasa dan berkesan penuh dan hendaklah disifatkan menjadi satu bahagian integral Akta ini mulai dari tarikh penyiaran sedemikian, atau dari suatu tarikh yang lebih awal atau terkemudian sebagaimana yang ditetapkan dalam perintah itu. Pemansuhan 18. Enakmen Bil Perbendaharaan (Tempatan) Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah dengan ini dimansuhkan. 20 Undang-Undang Malaysia Akta 188 JADUAL A RESIT PENGAKUTERIMAAN STATUTORI (Dikeluarkan menurut subseksyen 8(6) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946) Nama, alamat, logo, dsb. institusi pendeposit Nama dan alamat Tarikh: pelanggan Bil Perbendaharaan: Akaun pelanggan Bil Perbendaharaan no. No. Tarikh matang Tarikh Amaun Bil pengeluaran pemindahan Perbendaharaan RM . Kami dengan ini memaklumkan bahawa amaun Bil Perbendaharaan sebanyak ………..adalah dengan ini dipindahkan *oleh/daripada *pelanggan/institusi pendeposit yang tersebut di atas kepada penerima pindahan mulai dari tarikh pemindahan. #Institusi pendeposit bagi penerima pindahan telah diberitahu tentang pemindahan di atas. Bil Perbendaharaan (Tempatan) 21 Nama *penerima pindahan/pemindah: Nama institusi pendeposit bagi *penerima pindahan/pemindah: ............................................... Tandatangan dibenarkan institusi pendeposit NOTA: Resit pengakuterimaan ini tidak boleh diniagakan atau diuruskan dalam apa-apa cara jua pun (subseksyen 8(7)). * Potong mana-mana yang tidak terpakai. # Potong jika tidak terpakai. JADUAL B PENYATA BULANAN STATUTORI (Dikeluarkan menurut subseksyen 9(2) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946) Nama, alamat, logo, dsb. institusi pendeposit Tarikh: Nama pelanggan Bil Perbendaharaan : Alamat : Akaun pelanggan Bil Perbendaharaan no. : Tarikh Pengeluaran Bil Tarikh Baki Amaun Bil Amaun Bil Baki pemindahan Perbendaharaan matang pembuka- Perbendaha- Perbendaha- penutup no. an raan yang raan yang dipindahkan dipindahkan kepada daripada pelanggan pelanggan 22 Undang-Undang Malaysia Akta 188 Penyata bulanan bagi bulan ............tahun ........... ........................................... Tandatangan dibenarkan institusi pendeposit 23 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 188 AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Meminda Ord. P.T.M. 1/1948 Ordinan Pemindahan Kuasa 1948 06-03-1948 Ord. P.T.M. 13/1949 Ordinan Bil Perbendaharaan 07-03-1949 (Tempatan) (Pindaan) 1949 P.U. 212/1955 Ketetapan Majlis Undangan 21-04-1955 P.U. 113/1956 Perintah Menteri Kewangan 1956 02-04-1956 (Seksyen 4) “Setiausaha Kewangan” diganti dengan “Menteri Kewangan” Ord. 64/1957 Ordinan Bil Perbendaharaan 19-12-1957 (Tempatan) (Pindaan) 1957 P.U. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958 (Pengubahsuaian Undang-undang) (Ordinan dan Perisytiharan) 1958 Akta 23/1961 Akta Bil Perbendaharaan dan Resit 01-01-1958 Deposit (Pindaan) 1961 Akta 12/1964 Akta Bil Perbendaharaan (Perluasan) 01-01-1964 1964 Akta 40/1965 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 30-06-1965 (Pindaan) 1965 Akta 73/1966 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 01-12-1966 (Pindaan) 1966 Akta A76 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 17-09-1971 (Pindaan) 1971 Akta A312 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 15-08-1975 (Pindaan) 1975 24 Undang-Undang Malaysia Akta 188 Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari Meminda Akta A406 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 02-09-1977 (Pindaan) 1977 Akta A668 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 16-01-1987 (Pindaan) 1987 Akta A696 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 19-02-1988 (Pindaan) 1988 Akta A747 Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 01-01-1990 (Pindaan) 1990 25 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 188 AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 1A Akta A747 01-01-1990 2 Akta A406 02-09-1977 Akta A668 16-01-1987 Akta A696 19-02-1988 Akta A747 01-01-1990 4 Akta A747 01-01-1990 4A Akta A747 01-01-1990 5 Akta A747 01-01-1990 6 Akta A747 01-01-1990 7 Akta A747 01-01-1990 8-17 Akta A747 01-01-1990 Jadual A Akta A747 01-01-1990 Jadual B Akta A747 01-01-1990
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
188 - *AKTA BIL PERBENDAHARAAN (TEMPATAN) 1946
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in