AI-assisted research summary: This Act amends the Federal Constitution’s Tenth Schedule rates for population-based grants and starts on 1 April 2026.
Pemberian Mengikut Bilangan Orang 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 880 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2026 2 Undang-Undang Malaysia AktA 880 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Mac 2026 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Mac 2026 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pemberian Mengikut Bilangan Orang 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 880 AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2026 Suatu Akta untuk meminda peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan. [ ] BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (2) Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen boleh dari semasa ke semasa melalui undang-undang mengubah kadar pemberian mengikut bilangan orang yang terdapat dalam Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan itu: DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (4)(b) Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penjalanan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukan Perlembagaan, selain Perkara 74 dan 76, dikecualikan daripada peruntukan Fasal (3) Perkara 159: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 April 2026. 4 Undang-Undang Malaysia AktA 880 Pindaan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan 2. Subseksyen 1(1) Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menggantikan perenggan (a), (b), (c) dan (d) dengan perenggan yang berikut: “(a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar RM102.00 bagi tiap-tiap orang; (b) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM14.00 bagi tiap-tiap orang; (c) bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar RM13.50 bagi tiap-tiap orang; (d) bagi yang selebihnya mengikut kadar RM13.00 tiap-tiap orang,”.