AI-assisted research summary: This Act authorizes supplementary spending for 2016 up to RM3,081,413,026 from the Consolidated Fund and lists the amounts for each named purpose.
Perbekalan Tambahan (2016) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1529 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2016) 2017 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1529 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 2 Mei 2017 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Mei 2017 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan Tambahan (2016) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1529 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2016) 2017 Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2016 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2016) 2017. Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2016 2. Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi tiga bilion lapan puluh satu juta empat ratus tiga belas ribu dua puluh enam ringgit (RM3,081,413,026) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2016 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2016 [Akta A1503]. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1529 Jadual Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 4 Suruhanjaya Pilihan Raya 62,780,000 B. 12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang 2,248,437,560 Terkanun B. 13 Kementerian Luar Negeri 24,126,000 B. 28 Kementerian Pengangkutan 215,709,466 B. 42 Kementerian Kesihatan 104,400,000 B. 48 Kementerian Pembangunan Wanita, 128,000,000 Keluarga dan Masyarakat B. 63 Kementerian Pendidikan 297,960,000 Jumlah 3,081,413,026