345 - *AKTA KEADILAN JENAYAH 1953
This Act applies only in Peninsular Malaysia and changes how courts may sentence hard labour, certain imprisonment types, life imprisonment, and whipping.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 345 - *AKTA KEADILAN JENAYAH 1953
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
345 - *AKTA KEADILAN JENAYAH 1953
AI-assisted research summary: This Act applies only in Peninsular Malaysia and changes how courts may sentence hard labour, certain imprisonment types, life imprisonment, and whipping.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 345 AKTA KEADILAN JENAYAH 1953 Sebagaimana pada 1 Jun 2013 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Criminal Justice Act 1953. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA KEADILAN JENAYAH 1953 Pertama kali diperbuat ... ... ... ... … 1953 (F.M Ord. No. 14 tahun 1953) Disemak ... ... ... ... ... … 1988 (Akta 345 m.b.p. 6 Oktober 1988) Kali terakhir dipinda melalui Akta A1302 yang mula berkuat kuasa pada … … … … … 7 September 2007 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 345 AKTA KEADILAN JENAYAH 1953 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Penghapusan hukuman buruh paksa, penjara kerja berat dan kerja ringan 3. Hukuman seumur hidup 4. Penghapusan sebat dengan jari ampai, dsb. 5. (Ditinggalkan) 6. (Ditinggalkan) 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 345 AKTA KEADILAN JENAYAH 1953 Suatu Akta berhubungan dengan hukuman buruh paksa, cara pemenjaraan dan sebat; dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia—30 April 1953; Sabah dan Sarawak—8 November 1991, P.U. (A) 407/1991; Wilayah Persekutuan Labuan—8 November 1991, P.U. (A) 408/1991] Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keadilan Jenayah 1953. (2) Akta ini hendaklah *terpakai hanya bagi Semenanjung Malaysia sahaja. Penghapusan hukuman buruh paksa, penjara kerja berat dan kerja ringan 2. (1) Tiada seorang pun boleh dijatuhkan hukuman buruh paksa oleh sesuatu mahkamah; dan tiap-tiap undang-undang yang memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman buruh paksa dalam apa-apa kes hendaklah ditafsirkan sebagai memberi kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tempoh maksimum hukuman buruh paksa yang baginya sesuatu hukuman boleh dijatuhkan dalam kes itu sebelum sahaja mula berkuat kuasanya *Akta ini. * CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah, Sarawak dan Labuan— lihat P.U. (A) 407/1991 m.b.p 8 November 1991 dan P.U. (A) 408/1991 m.b.p 8 November 1991. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 345 (2) Tiada seorang pun boleh dijatuhkan hukuman penjara kerja berat atau penjara kerja ringan oleh sesuatu mahkamah; dan tiap-tiap undang-undang yang memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman penjara kerja berat, penjara kerja ringan atau salah satu daripada hukuman penjara yang telah diperihalkan, hendaklah ditafsirkan sebagai memberi kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tempoh yang baginya sesuatu hukuman penjara kerja berat, penjara kerja ringan atau salah satu daripada hukuman penjara yang telah diperihalkan boleh dijatuhkan dalam kes itu sebelum sahaja mula berkuat kuasanya *Akta ini. (3) Mana-mana orang yang sebelum sahaja mula berkuat kuasanya *Akta ini sedang menjalani atau kena menjalani sesuatu tempoh hukuman buruh paksa di bawah sesuatu hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah atau sebagai hukuman yang diringankan bagi sesuatu kesalahan yang baginya dia telah dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dikira selepas itu seolah-olah dia telah dijatuhkan hukuman, atau sedang menjalani atau kena menjalani hukuman, penjara dan bukan hukuman buruh paksa bagi tempoh itu. (4) Mana-mana orang yang sebelum sahaja mula berkuat kuasanya *Akta ini sedang menjalani atau kena menjalani sesuatu tempoh penjara kerja berat atau penjara kerja ringan di bawah sesuatu hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah atau sebagai suatu hukuman yang diringankan bagi sesuatu kesalahan yang baginya dia telah dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dikira selepas itu seolah-olah dia telah dijatuhkan hukuman, atau sedang menjalani atau kena menjalani hukuman, penjara dan bukan penjara kerja berat atau penjara kerja ringan bagi tempoh itu. Hukuman seumur hidup *3. Jika mana-mana orang dikira sebagai telah dijatuhkan hukuman penjara atau kemudian daripada ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, hukuman sedemikian hendaklah disifatkan bagi semua maksud sebagai suatu hukuman penjara selama tiga puluh tahun. * CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah, Sarawak dan Labuan— lihat P.U. (A) 407/1991 m.b.p 8 November 1991 dan P.U. (A) 408/1991 m.b.p 8 November 1991. Keadilan Jenayah 7 Penghapusan sebat dengan jari ampai, dsb. 4. Tiada seorang pun boleh dijatuhkan hukuman sebat dengan jari ampai oleh sesuatu mahkamah; dan tiap-tiap undang-undang yang memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah untuk menjatuhkan sesuatu hukuman sebat dengan jari ampai, atau sebat, hendaklah ditafsirkan sebagai memberi kuasa untuk menjatuhkan sesuatu hukuman sebat dengan rotan. 5. (Ditinggalkan). 6. (Ditinggalkan). 8 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 345 AKTA KEADILAN JENAYAH 1953 SENARAI PINDAAN Undang-Undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 407/1991 Perintah Pengubahsuaian 08-11-1991 Undang-Undang (Akta Keadilan Jenayah) (Perluasan ke Negeri- Negeri Sabah dan Sarawak)1991 P.U. (A) 408/1991 Perintah Pengubahsuaian 08-11-1991 Undang-Undang (Akta Keadilan Jenayah) (Perluasan ke Wilayah Persekutuan Labuan) 1991 Akta A1302 Akta Keadilan Jenayah 07-09-2007 (Pindaan) 2007 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 345 AKTA KEADILAN JENAYAH 1953 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta A1302 07-09-2007
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
345 - *AKTA KEADILAN JENAYAH 1953
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in