567 - *AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997
This Act repeals the Jengka Regional Development Authority Act 1983, dissolves the Board, transfers its powers, property, funds, and related liabilities to the Government, and lets the Minister make limited corrective modifications for up to three years after the appointed date.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 567 - *AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
567 - *AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997
AI-assisted research summary: This Act repeals the Jengka Regional Development Authority Act 1983, dissolves the Board, transfers its powers, property, funds, and related liabilities to the Government, and lets the Minister make limited corrective modifications for up to three years after the appointed date.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 567 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 18 Jun 1997 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 30 Jun 1997 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 567 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Pemansuhan dan pembubaran 4. Pemindahan kuasa, hak, dsb. 5. Pemindahan hakmilik harta 6. Pemindahan kumpulan wang 7. Kontrak sedia ada, dsb. 8. Penerusan prosiding jenayah dan sivil 9. Penerusan undang-undang, dsb. 10. Pencegahan kesulitan atau anomali 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 567 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997 Suatu Akta bagi memansuhkan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983, untuk membubarkan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka yang ditubuhkan di bawah Akta itu, untuk memindahkan milikan semua hartanya kepada Kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [2 Oktober 2000, P.U. (B) 335A/2000] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (Pembubaran) 1997. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka yang 6 Undang-undang Malaysia AKTA 567 ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 [Akta 285]; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan luar bandar; “Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 [Akta 349]; “Tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1. Pemansuhan dan pembubaran 3. Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 [Akta 285] dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan. Pemindahan kuasa, hak, dsb. 4. Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, mulai dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan. Pemindahan hakmilik harta 5. (1) Semua tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan. Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (Pembubaran) 7 (2) Segala harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana- mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Kerajaan. Pemindahan kumpulan wang 6. Segala wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada, Lembaga hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, dipindahmilikkan kepada, dan terletak hak pada Kerajaan. Kontrak sedia ada, dsb. 7. Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 5 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan hendaklah dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya. Penerusan prosiding jenayah dan sivil 8. (1) Pemansuhan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 [Akta 285] tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh yang ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu. (2) Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana 8 Undang-undang Malaysia AKTA 567 orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan. (3) Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan Penerusan undang-undang, dsb. 9. Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan. Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya. Pencegahan kesulitan atau anomali 10. (1) Jika apa-apa kesulitan atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa- apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapuskan atau Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (Pembubaran) 9 mencegah kesulitan atau anomali itu: Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh yang ditetapkan. (2) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan, dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini. 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 567 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari ─ TIADA ─ 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 567 AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari ─ TIADA ─
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
567 - *AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA (PEMBUBARAN) 1997
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in