A1592 - AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2019
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act amends the Islamic Administration Act for the Federal Territories, renames a reference to “sekolah agama Islam,” gives the Majlis powers over those schools, and lets the Yang di-Pertuan Agong set the commencement date by Gazette notice.
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah 1 Persekutuan) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1592 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1592 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 29 Mei 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Mei 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah 3 Persekutuan) (Pindaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1592 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 7 2. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 7(2)(f) dengan menggantikan perkataan “sekolah-sekolah Islam” dengan perkataan “sekolah agama Islam”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1592 Penggantian seksyen 97 3. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 97 dengan seksyen yang berikut: “Sekolah agama Islam 97. Majlis hendaklah mempunyai kuasa— (a) untuk mendaftar dan mengawal selia sekolah agama Islam; dan (b) bagi maksud melindungi kepentingan orang awam dan pelajar sekolah agama Islam— (i) untuk mengambil alih pentadbiran sekolah agama Islam; (ii) untuk menamatkan operasi sekolah agama Islam; (iii) untuk memasuki dan memeriksa sekolah agama Islam; dan (iv) untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh Majlis untuk memastikan bahawa hal ehwal sekolah agama Islam itu mematuhi peruntukan Akta ini dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.”. Pindaan seksyen 99 4. Seksyen 99 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1); (b) dengan menggantikan perenggan (j) dengan perenggan yang berikut: “(j) pendaftaran dan pengawalseliaan sekolah agama Islam dan aktiviti yang berhubungan dengan pengajaran dan pembelajaran agama Islam.”; dan Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah 5 Persekutuan) (Pindaan) (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar kaedah-kaedah itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”.