240 - *AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980
Statutory bodies must keep proper accounts, prepare yearly statements, have them audited, and file them on time with the Auditor General and Minister.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 240 - *AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
240 - *AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980
AI-assisted research summary: Statutory bodies must keep proper accounts, prepare yearly statements, have them audited, and file them on time with the Auditor General and Minister.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 240 AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980 Tarikh Perkenan Diraja … … … 31 Julai 1980 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 7 Ogos 1980 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 240 AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II PEMAKAIAN DAN PENTAFSIRAN 3. Peruntukan Akta terpakai kepada semua badan berkanun 4. Peruntukan Akta menggantikan peruntukan undang-undang persekutuan lain yang bercanggah atau tidak selaras BAHAGIAN III PENGAUDITAN AKAUN 5. Had masa bagi penyediaan dan pengemukaan penyata akaun kepada Ketua Audit Negara untuk audit 6. Peruntukan Akta Audit 1957 dipakai 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 240 BAHAGIAN IV PENGEMUKAAN DAN PEMBENTANGAN AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN Seksyen 7. Had masa bagi pengemukaan penyata akaun teraudit dsb. kepada Menteri 8. Menteri hendaklah menyebabkan penyata akaun teraudit dsb. dibentangkan dalam Parlimen BAHAGIAN V PERLANJUTAN HAD MASA 9. Menteri boleh memberi perlanjutan had masa BAHAGIAN VI PELBAGAI 10. Peruntukan peralihan 11. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 240 AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai had masa tertentu berhubung dengan penyediaan dan pengemukaan penyata akaun untuk di audit bagi semua badan berkanun yang diperbadankan menurut peruntukan undang-undang persekutuan dan pengauditan akaun sedemikian itu, penyediaan dan pengemukaan laporan tahunan tentang aktiviti semua badan berkanun sedemikian itu, mengenai pembentangan dalam setiap Majlis Parlimen akan penyata akaun teraudit dan laporantahunan yang sedemikian itu, dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [8 Ogos 1980] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan pemakaian 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 10, terpakai kepada semua badan berkanun mengenai tahun kewangan yang berakhir pada atau selepas 31 Disember 1981. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 240 Tafsiran 2. Dalam Akta ini— “Badan berkanun” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan undang-undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; “Menteri”, berhubung dengan sesuatu badan berkanun, ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi badan berkanun itu. BAHAGIAN II PEMAKAIAN DAN PENTAFSIRAN Peruntukan Akta terpakai kepada semua badan berkanun 3. Peruntukan Akta ini hendaklah dipakai bagi semua badan berkanun dan hendaklah dibaca bersama dan ditafsirkan sebagai satu dengan peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya sesuatu pertubuhan perbadanan diperbadankan. Peruntukan Akta menggantikan undang–undang persekutuan lain yang bercanggah atau tidak selaras 4. (1) Jika sekiranya ada apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya sesuatu pertubuhan perbadanan diperbadankan, maka peruntukan Akta ini hendaklah menggantikan peruntukan undang-undang persekutuan yang bercanggah atau tidak selaras itu dan peruntukan yang disebut terkemudian itu hendaklah ditafsirkan sebagai telah digantikan sebagaimana tersebut. Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 7 (2) Peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan yang tidak bercanggah atau tidak selaras dengan peruntukan Akta ini hendaklah terus dipakai. BAHAGIAN III PENGAUDITAN AKAUN Had masa bagi penyediaan dan pengemukaan penyata akaun kepada Ketua Audit Negara untuk audit 5. (1) Setiap badan berkanun hendaklah menyimpan atau hendaklah menyebabkan disimpan akaun dan rekod lain yang sempurna mengenai perjalanannya mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang diakui umum dan hendaklah menyebab disediakan penyata bagi akaunnya bagi setiap tahun kewangan dan, dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan itu atau apa-apa tempoh lanjutannya sebagaimana yang diberi di bawah seksyen 9, hendaklah mengemukakannya kepada Ketua Audit Negara untuk audit. (2) Ketua Audit Negara hendaklah dengan serta-merta menyebabkan penyata akaun itu diaudit. Peruntukan Akta Audit 1957 dipakai 6. Peruntukan Akta Audit 1957 [Akta 62] hendaklah dipakai bagi pengauditan akaun setiap badan berkanun. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 240 BAHAGIAN IV PENGEMUKAAN DAN PEMBENTANGAN AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN Had masa bagi pengemukaan penyata akaun teraudit dsb. kepada Menteri 7. Setiap badan berkanun hendaklah, bagi setiap tahun kewangan dan dalam tempoh satu bulan selepas penerimaan penyata akaunnya yang teraudit dan laporan Ketua Audit Negara atasnya, jika ada, mengemukakannya kepada Menteri beserta dengan laporan aktivitinya. Menteri hendaklah menyebabkan penyata akaun teraudit dsb. dibentangkan dalam Parlimen 8. Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan setelah menerima penyata akaun teraudit, laporan Ketua Audit Negara atasnya, jika ada, dan laporan tentang aktiviti sesuatu badan berkanun, menyebabkannya dibentangkan dalam setiap Majlis Parlimen. BAHAGIAN V PERLANJUTAN HAD MASA Menteri boleh memberi perlanjutan had masa 9. (1) Jika sesuatu badan berkanun tidak dapat mengemukakan penyata akaunnya untuk audit dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tahun kewangan bagi akaun itu, maka badan berkanun itu hendaklah, sebelum tamatnya had masa itu, memohon secara bertulis kepada Menteri untuk perlanjutannya dan hendaklah juga menyatakan sebab memohon perlanjutan itu. Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 9 (2) Jika sesuatu badan berkanun memohon di bawah subseksyen (1) perlanjutan had masa enam bulan itu, Menteri boleh, jika ia berpuas hati dengan sebab membuat permohonan itu, dengan persetujuan Menteri Kewangan, memberi apa-apa perlanjutan had masa sebagaimana yang difikirkannya perlu tetapi perlanjutan itu tidak boleh bagaimanapun melebihi tiga bulan pada agregatnya bagi tiap-tiap satu tahun kewangan, dan badan berkanun itu hendaklah kemudian mengemukakan penyata akaunnya untuk audit dalam had masa yang dilanjutkan itu. BAHAGIAN VI PELBAGAI Peruntukan peralihan 10. (1) Jika, pada tarikh tersiarnya Akta ini dalam Warta, sesuatu badan berkanun belum lagi, bagi mana-mana tahun kewangannya yang berakhir pada atau sebelum 31 Disember 1980— (a) menyebabkan penyata akaunnya diaudit; atau (b) menyediakan laporan tahunan tentang aktivitinya, mengikut peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya ia diperbadankan, maka badan berkanun yang sedemikian itu hendaklah, pada atau sebelum 31 Disember 1981, menyebabkan akaunnya diaudit dan hendaklah menyediakan laporan tahunan tentang aktivitinya mengikut peruntukan undang-undang persekutuan itu. (2) Peruntukan seksyen 7 dan 8— (a) hendaklah kemudian daripada itu terpakai bagi penyata akaun teraudit dan laporan tahunan tentang aktiviti yang sedemikian itu; 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 240 (b) hendaklah juga terpakai bagi penyata akaun lain dan laporan tahunan tentang aktiviti sesuatu badan berkanun bagi tahun tahun kewangan yang berakhir pada atau sebelum 31 Disember 1980 yang telah diaudit dan disediakan, mengikut mana yang berkenaan, sebelum dari tarikh tersiarnya Akta ini dalam Warta tetapi yang belum lagi, pada tarikh tersebut, dikemukakan kepada Menteri atau dibentangkan dalam mana-mana satu atau kedua-dua Majlis Parlimen mengikut peruntukan undang-undang persekutuan yang menurutnya badan berkanun yang berkenaan itu ditubuhkan. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah 11. (1) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud menjalankan atau menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini. (2) Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), kaedah-kaedah yang sedemikian itu boleh— (a) membuat peruntukan mengenai kuasa, fungsi, tugas dan tanggungjawab ahli lembaga pengurus dan pegawai serta penjawat sesuatu badan berkanun berhubung dengan akaun dan rekod lain mengenai perjalanan badan berkanun itu; dan (b) menetapkan garis panduan mengenai prinsip perakaunan yang diakui umum, polisi perakaunan dan perkara lain bersifat perakaunan atau kewangan berhubung dengan akaun sesuatu badan berkanun. 11 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 240 AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari - TIADA - 12 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 240 AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
240 - *AKTA BADAN BERKANUN (AKAUN DAN LAPORAN TAHUNAN) 1980
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in