498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993
This Part sets out the Securities Commission Malaysia, its Board, core powers, funding, and enforcement-related administration.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Part sets out the Securities Commission Malaysia, its Board, core powers, funding, and enforcement-related administration. This provision sets reporting, accounting, audit oversight, auditor registration, sanctions, and systemic-risk powers for the Commission and the Audit Oversight Board. The Commission may establish a Shariah Advisory Council for the Islamic capital market, and the Council’s decisions bind the people and bodies named in this provision. This provision protects some Commission information from disclosure, lets the Commission share or publish information in specified cases, and gives the Commission and Minister several enforcement and regulatory powers. This segment is an amendment index for the Securities Commission Malaysia Act 1993, listing which sections were changed and the dates those changes took effect.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993
Showing 5 of 5
Part document.segment-1
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 1
AI-assisted research summary: This Part sets out the Securities Commission Malaysia, its Board, core powers, funding, and enforcement-related administration.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 498 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 1993 Sebagaimana pada 1 Mac 2016 2 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 1993 Tarikh Persetujuan Diraja … … … 22 Januari 1993 Tarikh diterbitkan dalam Warta … … 4 Februari 1993 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1489 yang mula berkuat kuasa pada … … … 15 September 2015 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 498 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 1993 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 2A. Sebutan mengenai “Akta ini” 2B. (Dipotong) 2C. (Dipotong) 2D. Daftar 2E. Pemfailan buku secara elektronik 2F. Kuasa Suruhanjaya untuk menentukan bentuk dan cara menyimpan atau menyenggara buku-buku 2G. Kuasa Suruhanjaya untuk mengakses buku-buku yang disimpan atau disenggara selain secara bertulis 2H. Kuasa Suruhanjaya untuk menghendaki supaya dikemukakan, dsb. buku- buku yang disimpan atau disenggara selain secara bertulis BAHAGIAN II SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 3. Penubuhan Suruhanjaya 4. Lembaga Suruhanjaya 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen 4A. Pelantikan anggota Lembaga 4B. Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif 5. Kehilangan kelayakan anggota Lembaga 6. Tempoh jawatan 7. Peletakan jawatan 8. Pembatalan pelantikan 9. Saraan atau elaun 10. Mesyuarat 11. Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 12. Meterai perbadanan 13. Pendedahan kepentingan 14. Minit 15. Fungsi Suruhanjaya 16. Kuasa Suruhanjaya 17. Pewakilan fungsi Lembaga dan Pengerusi 18. Jawatankuasa Lembaga 18A. Tatacara jawatankuasa Lembaga 19. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat 20. Pelantikan pegawai Suruhanjaya 21. Suruhanjaya boleh mengeluarkan polisi mengenai tatatertib dan tingkah laku beretika 22. Kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai 22A. Suruhanjaya boleh menubuhkan atau menyertai pertubuhan perbadanan BAHAGIAN III KEWANGAN 23. Kumpulan Wang 24. Levi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 5 Seksyen 25. Pemeliharaan Kumpulan Wang 26. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 27. Tahun kewangan Suruhanjaya 28. Laporan tahunan 29. Akaun 30. Kuasa untuk meminjam 31. Pelaburan BAHAGIAN IIIA LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT PENGGAL 1 Permulaan 31A. Tafsiran bagi maksud Bahagian IIIA PENGGAL 2 Penubuhan dan Fungsi Lembaga Pemantauan Audit 31B. Fungsi Suruhanjaya berhubungan dengan pemantauan audit 31C. Penubuhan Lembaga Pemantauan Audit 31D. Pemakaian Jadual 2 31E. Tanggungjawab Lembaga Pemantauan Audit 31EA. Lembaga Pemantauan Audit boleh menubuhkan jawatankuasa 31F. Suruhanjaya boleh memberikan arahan am dan atau khusus kepada Lembaga Pemantauan Audit 31G. Penzahiran kepentingan 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 PENGGAL 3 Kewangan Seksyen 31H. Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit 31I. Sumbangan 31J. Pembelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit 31K. Pelaburan 31L. Laporan tahunan dan akaun 31M. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 PENGGAL 4 Pendaftaran atau pengiktirafan sebagai Juruaudit Entiti Berkepentingan Awam atau Kumpulan Wang Jadual 31N. Kehendak bagi pendaftaran atau pengiktirafan sebagai juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual 31O. Permohonan bagi pendaftaran atau pengiktirafan sebagai juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual 31P. Penolakan pendaftaran atau pemberian pengiktirafan 31Q. Kuasa untuk membatalkan, menarik balik atau menggantung pendaftaran atau pengiktirafan 31R. Pemberitahuan tentang penolakan, pembatalan atau penggantungan 31S. (Dipotong) 31T. Daftar juruaudit PENGGAL 5 Mengadakan Piawaian Pengauditan dan Etika 31U. Piawaian pengauditan dan etika Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 7 PENGGAL 6 Pemeriksaan dan Siasatan Seksyen 31V. Pemeriksaan 31W. Siasatan 31X. Kuasa untuk meminta maklumat 31Y. Pemeriksaan dan siasatan penyata kewangan disatukan PENGGAL 7 Sanksi 31Z. Sanksi PENGGAL 8 Am 31ZA. (Dipotong) 31ZB. Rayuan 31ZC. Kewajipan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan 31ZD. Kerjasama, penyelarasan dan perkongsian maklumat BAHAGIAN IIIB PENGURUSAN RISIKO SISTEMATIK DALAM PASARAN MODAL 31ZE. Tafsiran 31ZF. Maksud bagi maksud risiko sistematik 31ZG. Kuasa Suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan bagi risiko sistematik 31ZH. Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 BAHAGIAN IIIC MAJLIS PENASIHAT SYARIAH Seksyen 31ZI. Penubuhan Majlis Penasihat Syariah bagi pasaran modal Islam 31ZJ. Fungsi Majlis Penasihat Syariah 31ZK. Pelantikan anggota Majlis Penasihat Syariah 31ZL. Urus setia Majlis Penasihat Syariah 31ZM. Nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Syariah 31ZN. Rujukan kepada Majlis Penasihat Syariah bagi keputusan daripada mahkamah atau penimbang tara 31ZO. Kesan keputusan Syariah 31ZP. Keputusan Majlis Penasihat Syariah terpakai BAHAGIAN IV TERBITAN SEKURITI DAN PENGAMBILALIHAN DAN PERCANTUMAN PENGGAL 1 Cadangan Berhubungan Dengan Sekuriti 32 – 32B. (Dipotong) PENGGAL 2 Pengambilalihan, Pencantuman Dan Pengambilan Wajib 33 – 34C. (Dipotong) PENGGAL 3 Prospektus 35 – 65. (Dipotong) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 9 PENGGAL 4 DEBENTUR Subpenggal 1 — Surat ikatan amanah, tugas pemegang amanah, peminjam, dsb. Seksyen 66 – 91. (Dipotong) Subpenggal 2— Am 92 – 95. (Dipotong) PENGGAL 5 SKIM AMANAH SAHAM DAN SKIM PELABURAN YANG DITETAPKAN 96 – 124. (Dipotong) BAHAGIAN IVA PERJANJIAN ATAU PERKIRAAN BAGI PEMINDAHAN PERNIAGAAN 124A – 124B. (Dipotong) BAHAGIAN V PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN 125. Pelantikan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya 126. Pemeriksaan oleh Suruhanjaya 127. Pengemukaan buku, dsb. 128. Kuasa Pegawai Penyiasat Suruhanjaya 129. Tatacara oleh Pegawai Penyiasat apabila menyita harta 130. Tatacara oleh Majistret berkenaan dengan harta yang disita 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen 131. Tatacara berkenaan dengan harta yang ditahan dalam jagaan Pegawai Penyiasat 132. Penyerahan dokumen perjalanan 133. Kemasukan dengan kekerasan 134. Kuasa untuk memanggil orang untuk diperiksa 135. Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod BAHAGIAN VI AM 136. Penjalanan pendakwaan 137. Penalti am 138. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 139. Pengkompaunan kesalahan 140. Pelindungan pemberi maklumat dan maklumat 141. Kesalahan di bawah undang sekuriti ialah kesalahan boleh tangkap 142. Kewajipan Pegawai Penyiasat untuk menyerahkan orang yang ditangkap kepada polis 143. Penahanan orang yang ditangkap 144. Pekhidmat awam dan pegawai awam 145. Kuasa untuk mengguna-khidmat 146. Kuasa untuk mengkaji semula 147. Keputusan Menteri atau Suruhanjaya adalah muktamad 148. Obligasi kerahsiaan 148A. Penzahiran yang dibenarkan dalam suatu prosiding penguatkuasaan sivil 148B. Kerahsiaan maklumat penyeliaan 149. Bantuan kepada polis atau pegawai awam yang lain 150. Bantuan kepada dan kerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan asing 150A. Kebolehterimaan keterangan yang diperoleh melalui bantuan daripada pihak berkuasa penyeliaan asing 150B. Kebolehterimaan pernyataan dan dokumen orang yang sudah mati atau tidak dapat dikesan, dsb. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 11 Seksyen 151. (Dipotong) 151A. Peruntukan keterangan 152. Penzahiran maklumat kepada Suruhanjaya 152A. Kuasa Suruhanjaya untuk menyiarkan maklumat 153. (Dipotong) 154. Pegawai Suruhanjaya boleh mewakili Suruhanjaya dalam prosiding sivil 155. (Dipotong) 156. (Dipotong) 157. Percubaan, persubahatan dan berkomplot 158. Notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan 159. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 159A. Kuasa untuk meminda Jadual 160. Kekebalan 160A. Kuasa mengeluarkan arahan bagi menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan di bawah Ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu BAHAGIAN VII PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN PERALIHAN 161. Pemansuhan 162. Kecualian 163. Keberterusan hak, liabiliti, dsb. di bawah seksyen termansuh 164. Keberterusan prosiding jenayah dan sivil 165. Peralihan dan kecualian 166. Mencegah anomali JADUAL 1 JADUAL 2 JADUAL 3 (Dipotong) JADUAL 4 (Dipotong) JADUAL 5 (Dipotong) 13 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 498 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 1993 Suatu Akta untuk menubuhkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dan yang bersampingan dengannya. [1 Mac 1993, P.U. (B) 57/93] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 “Bank Negara Malaysia” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701]; “berniaga dalam derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “berniaga dalam sekuriti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; “buku” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “bursa” ertinya bursa saham yang ditubuhkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “bursa derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “bursa saham” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “depositori pusat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “derivatif” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “ditetapkan”, jika cara menetapkan tidak diperuntukkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui peraturan atau perintah yang disiarkan dalam Warta; “dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “entiti berkepentingan awam” ertinya entiti yang ditentukan dalam Bahagian 1 Jadual 1; Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 15 “gabungan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “hari ditetapkan” ertinya hari Akta ini mula berkuat kuasa; “jawatankuasa Lembaga” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah seksyen 18; “Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23; “kumpulan wang jadual” ertinya kumpulan wang yang ditentukan dalam Bahagian 2 Jadual 1; “Lembaga” ertinya Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 4; “Lembaga Pemantauan Audit” ertinya Lembaga Pemantauan Audit yang ditubuhkan di bawah seksyen 31C; “Mahkamah” ertinya— (a) Mahkamah Tinggi yang ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan atau Hakim Mahkamah Tinggi; atau (b) Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] atau Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret; “Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 31ZI; “menentukan”, jika cara menentukan tidak disebut, ertinya menentukan dari semasa ke semasa secara bertulis; dan kuasa menentukan termasuk kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan; 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 “Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “orang berlesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “organisasi pengawalseliaan sendiri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “organisasi peserta” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “pasaran diiktiraf” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “pasaran modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “pegawai”, berhubungan dengan— (a) Suruhanjaya, ertinya mana-mana pegawai yang diambil kerja di bawah seksyen 20 dan termasuklah Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 125; dan (b) suatu perbadanan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965; “pelaburan ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah perenggan 4(2)(a); “perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965; Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 17 “peserta” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “produk pasaran modal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “produk pasaran modal Islam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “pusat penjelasan” ertinya pusat penjelasan yang diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “rekod” termasuklah maklumat yang disimpan atau dirakamkan dengan cara menggunakan komputer, elektronik atau perantara digital atau apa-apa cara lain untuk menyimpan atau merakam; “repositori dagangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “sekuriti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “skim pelaburan ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “skim persaraan swasta” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “skim unit amanah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 1965; “syarikat pemegangan bursa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 “Timbalan Ketua Eksekutif” ertinya Timbalan Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah perenggan 4(2)(b); “undang-undang sekuriti” ertinya — (a) Akta ini; (b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; (c) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453]; (d) mana-mana perundangan lain yang Suruhanjaya diberi kuasa untuk mentadbir atau menguatkuasakan; dan (e) apa-apa peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah perenggan (a), (b), (c), dan (d); “urusan atau transaksi pasaran modal Islam” ertinya— (a) urusan menjalankan mana-mana aktiviti terkawal; (b) apa-apa cadangan, skim, transaksi, perkiraan, aktiviti atau perkara yang berhubungan dengan apa-apa produk pasaran modal, atau di bawah Bahagian IIIA atau Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; (c) apa-apa transaksi yang berhubungan dengan derivatif; atau (d) penubuhan pengendalian atau penyenggaraan suatu pasaran sekuriti atau pasaran derivatif, yang selaras dengan prinsip Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah. (2) (Dipotong oleh Akta A1403). Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 19 Sebutan mengenai “Akta ini” 2A. Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini”, melainkan jika disebut dengan nyata selainnya, termasuklah sebutan mengenai mana-mana peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini. 2B. (Dipotong oleh Akta A1305). 2C. (Dipotong oleh Akta A1305). Daftar 2D. (1) Suruhanjaya boleh menyimpan apa-apa daftar yang difikirkan perlu olehnya dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut olehnya. (2) Mana-mana orang boleh, apabila membayar fi yang ditetapkan— (a) memeriksa apa-apa prospektus atau surat ikatan yang berhubungan dengan suatu skim amanah saham atau skim pelaburan yang ditetapkan yang diserah simpan dengan Suruhanjaya; atau (b) menghendaki suatu salinan atau cabutan daripada mana- mana dokumen yang berhak diperiksa olehnya menurut perenggan (a). (3) Jika suatu pembuatan semula atau transparensi suatu dokumen dikemukakan untuk pemeriksaan, seseorang tidak berhak menurut perenggan (2)(a) untuk menghendaki supaya dikemukakan dokumen asal. (4) Sebutan dalam perenggan (2)(b) mengenai suatu dokumen termasuklah, jika pembuatan semula atau transparensi dokumen itu 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 dimasukkan dalam daftar yang disimpan oleh Suruhanjaya, sebutan mengenai pembuatan semula atau transparensi itu dan jika pembuatan semula atau transparensi itu dimasukkan sedemikian, seseorang tidak berhak menurut perenggan itu untuk mendapatkan suatu salinan atau cabutan daripada dokumen asal itu. (5) Suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen, termasuk suatu salinan yang dihasilkan dalam bentuk mikrofilem, yang diserah simpan dengan Suruhanjaya dan diperakui sebagai suatu salinan atau cabutan benar oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya hendaklah diterima sebagai keterangan yang sama kesahannya dengan dokumen asal dalam mana-mana prosiding. (6) Sebutan dalam subseksyen (5) mengenai suatu dokumen termasuklah, jika suatu pembuatan semula atau transparensi dokumen itu dimasukkan dalam daftar yang disimpan oleh Suruhanjaya, sebutan mengenai pembuatan semula atau transparensi itu. Pemfailan buku secara elektronik 2E. (1) Suruhanjaya boleh mengadakan suatu perkhidmatan bagi pemfailan, penyerahsimpanan atau penyerahan secara elektronik buku yang dikehendaki oleh mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti supaya difailkan atau diserah simpan dengan atau diserahkan kepada Suruhanjaya. (2) Seseorang yang berniat untuk menggunakan perkhidmatan yang diadakan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi pelanggan perkhidmatan itu dengan membayar fi yang ditetapkan, jika ada, dan dengan mematuhi apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (3) Hanya seorang pelanggan kepada perkhidmatan yang diadakan di bawah subseksyen (1) atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh Suruhanjaya boleh memfailkan atau menyerah simpan buku dengan Suruhanjaya atau menyerahkan buku kepada Suruhanjaya, secara elektronik. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 21 (4) Sesuatu buku yang difailkan, diserah simpan atau diserahkan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak pemfailan, penyerahsimpanan atau penyerahan jika buku itu disampaikan atau dihantar kepada Suruhanjaya mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (5) Suruhanjaya boleh menentukan buku yang boleh difailkan, diserah simpan atau diserahkan secara elektronik. (6) Sesuatu buku yang dikehendaki supaya disetemkan, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, sekiranya buku itu hendak difailkan, diserah simpan atau diserahkan secara elektronik, diperakui atau disahkan mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (7) Suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana buku yang difailkan atau diserah simpan dengan Suruhanjaya atau diserahkan kepada Suruhanjaya, secara elektronik di bawah subseksyen (1), yang diberikan atau dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan diperakui sebagai suatu salinan atau cabutan benar oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya, hendaklah diterima sebagai keterangan yang sama kesahannya dengan buku asal dalam mana-mana prosiding. (8) Jika sesuatu buku difailkan atau diserah simpan dengan Suruhanjaya atau diserahkan kepada Suruhanjaya, secara elektronik, Suruhanjaya atau ejennya yang diberi kuasa tidak boleh dipertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami mana-mana orang yang disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau ketinggalan, walau apa jenis sekalipun atau walau bagaimana terjadi sekalipun, yang terdapat dalam apa buku yang diperoleh oleh mana-mana orang daripada perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1) sekiranya kesilapan atau ketinggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa pelaksanaan tugas Suruhanjaya atau ejennya yang diberi kuasa atau tetap atau timbul disebabkan oleh perkhidmatan yang tergendala atau terganggu atau peralatan yang digunakan dan perkhidmatan itu yang cacat atau rosak. 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Kuasa Suruhanjaya untuk menentukan bentuk dan cara menyimpan atau menyenggara buku-buku 2F. (1) Jika di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti mana-mana orang dikehendaki, atau kuasa diberikan kepada Suruhanjaya untuk menghendaki mana-mana orang, untuk menyimpan atau menyenggara apa-apa buku, Suruhanjaya boleh menentukan bentuk dan cara buku itu disimpan atau disenggara. (2) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah, termasuk apa-apa langkah pencegahan yang ditentukan oleh Suruhanjaya, untuk mencegah kerosakan kepada, atau pemusnahan atau pemalsuan, buku itu. Kuasa Suruhanjaya untuk mengakses buku yang disimpan atau disenggara selain secara bertulis 2G. (1) Jika di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti, kuasa diberikan kepada Suruhanjaya— (a) untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku yang dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti untuk disimpan atau disenggara; atau (b) untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana- mana orang yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti, untuk mengemukakan apa-apa maklumat, dokumen atau buku, Suruhanjaya hendaklah mempunyai akses bagi apa-apa maklumat, dokumen atau buku itu dan boleh— (A) menghendaki bahawa apa-apa maklumat, dokumen atau buku itu dikemukakan dalam apa-apa tempoh, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa bentuk, dan secara bertulis atau dengan menggunakan apa-apa rakaman visual sama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 23 ada imej pegun atau bergerak, atau rakaman bunyi, atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain sekalipun, atas apa-apa bahan, material, benda atau artikel, sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam spesifikasinya; (B) mendapatkan pembuatan semula yang jelas secara bertulis; atau (C) menyalin atau memindahkannya kepada suatu alat penyimpanan atau rakaman. (2) Bagi maksud seksyen ini, Suruhanjaya boleh menghendaki mana-mana orang yang terlibat dalam penyusunan buku itu, atau dalam penyimpanan atau rakaman buku itu dalam suatu alat penyimpanan atau rakaman, untuk membuat suatu kenyataan yang memberikan penerangan tentang bagaimana untuk mendapatkan akses kepada buku itu. Kuasa Suruhanjaya untuk menghendaki supaya dikemukakan, dsb. buku yang disimpan atau disenggara selain secara bertulis 2H. (1) Jika di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti, kuasa diberikan kepada Suruhanjaya untuk membenarkan Suruhanjaya menghendaki supaya dikemukakan, untuk menggeledah, menyita, mengambil milik, menjaga supaya tidak diganggu atau menahan mana-mana buku, Suruhanjaya boleh menghendaki supaya dikemukakan, menggeledah, menyita, mengambil milik, menjaga supaya tidak diganggu atau menahan mana-mana alat penyimpanan atau rakaman yang dalamnya buku itu disimpan atau dirakamkan. (2) Bagi maksud seksyen ini, Suruhanjaya boleh menghendaki mana-mana orang yang terlibat dalam penyusunan buku itu, atau dalam penyimpanan atau rakaman buku itu dalam suatu alat penyimpanan atau rakaman, untuk membuat suatu kenyataan yang memberikan penerangan tentang bagaimana untuk mendapatkan akses kepada buku itu. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 BAHAGIAN II SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA Penubuhan Suruhanjaya 3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Suruhanjaya, mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut. Lembaga Suruhanjaya 4. (1) Hendaklah ada suatu Lembaga Suruhanjaya. (2) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi; (b) seorang Timbalan Ketua Eksekutif; dan (c) tujuh orang anggota yang lain, yang boleh termasuk orang yang mewakili kerajaan dan sektor swasta. (3) Lembaga hendaklah— (a) bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan tadbir urus Suruhanjaya; Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 25 (b) bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan meluluskan perancangan strategik dan bajet Suruhanjaya; (c) bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan menerima pakai sistem dan kawalan yang sesuai untuk menguruskan risiko perusahaan Suruhanjaya; (d) mempunyai pengawasan ke atas hal ehwal dan urusan Suruhanjaya dan sentiasa mengkaji semula prestasi Suruhanjaya dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya dan menggunakan sumber kewangan Suruhanjaya; dan (e) bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang- undang sekuriti. (4) Seseorang anggota Lembaga hendaklah pada setiap masa bertindak secara jujur dan demi kepentingan Suruhanjaya dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan fungsinya. (5) Seseorang anggota Lembaga tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain. Pelantikan anggota Lembaga 4A. (1) Seseorang yang akan dilantik sebagai Pengerusi atau Timbalan Ketua Eksekutif di bawah seksyen 4 hendaklah seorang yang mempunyai integriti dan reputasi yang amat baik dengan pengalaman yang terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam kewangan atau pasaran modal. (2) Menteri, dalam melantik anggota Lembaga yang lain di bawah subseksyen 4(2), hendaklah memberi perhatian kepada— 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (a) kepelbagaian anggota Lembaga dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman; dan (b) kejujuran dan kedudukan orang itu dan pengetahuan, kemahiran, dan pengalamannya dalam undang-undang, ekonomi, kewangan, perakaunan atau dalam mana-mana disiplin lain yang berkaitan, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai anggota Lembaga. Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif 4B. (1) Pengerusi akan diamanahkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian Suruhanjaya dan boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah undang-undang sekuriti atau mana- mana undang-undang bertulis lain, menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Suruhanjaya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain. (2) Semasa ketiadaan Pengerusi atau ketidakupayaan Pengerusi untuk bertindak atas apa-apa sebab, Timbalan Ketua Eksekutif hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi. (3) Bagi maksud subseksyen (2), dalam hal apabila Timbalan Ketua Eksekutif itu tiada atau tidak berupaya untuk bertindak atas apa- apa sebab, seorang anggota kanan pengurusan Suruhanjaya yang ditentukan oleh Lembaga hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi. (4) Walau apa pun subseksyen (1), Pengerusi boleh membawa apa- apa perkara berhubung dengan fungsi Suruhanjaya kepada Lembaga untuk pertimbangtelitian atau arahan, jika difikirkannya perlu. Kehilangan kelayakan anggota Lembaga 5. (1) Tiada seorang pun boleh dilantik atau terus kekal menjadi anggota Lembaga jika dia— Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 27 (a) ialah atau menjadi seorang pegawai sepenuh masa di mana-mana syarikat awam tersenarai; (b) ialah atau menjadi seorang pegawai atau pengarah suatu entiti yang dilesenkan, didaftarkan, diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang sekuriti; (c) ialah atau menjadi seorang anggota Dewan Negara atau Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan; (d) telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan fraud, kecurangan, rasuah atau keganasan; (e) ialah atau menjadi seorang bankrap atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya; atau (f) terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam melaksanakan fungsinya. (2) Larangan dalam perenggan (1)(a) tidak terpakai bagi anggota Lembaga daripada Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan. Tempoh jawatan 6. (1) Pengerusi hendaklah dilantik bagi tempoh tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula bagi tempoh yang sama. (2) Timbalan Ketua Eksekutif dan mana-mana anggota lain Lembaga hendaklah dilantik bagi tempoh dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula bagi tempoh yang sama. Peletakan jawatan 7. Seseorang ahli Lembaga boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberi notis secara bertulis kepada Menteri. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Pembatalan pelantikan 8. Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan anggota Lembaga sekiranya anggota itu— (a) menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan fungsinya; (b) tidak hadir dalam tiga mesyuarat Lembaga secara berturut-turut, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri dan dalam hal Timbalan Ketua Eksekutif atau anggota-anggota lain Lembaga, tanpa kebenaran Pengerusi; (c) berkelakuan dalam keadaan yang membawa aib kepada Suruhanjaya; (d) gagal mematuhi obligasinya di bawah seksyen 13; atau (e) hilang kelayakan di bawah seksyen 5. Saraan atau elaun 9. Anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga di bawah seksyen 11 boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan oleh Menteri. Mesyuarat 10. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi pelaksanaan fungsinya. (1A) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga. (2) Kuorum Lembaga ialah lima. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 29 (3) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah menentukan prosedurnya sendiri. Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat 11. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihati Lembaga tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian tersebut. Meterai perbadanan 12. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah, dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. (2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya. (3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, dan disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Suruhanjaya mengikut cara yang serupa, dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Suruhanjaya oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Suruhanjaya bagi maksud itu. (4) Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan kehakiman bagi semua maksud rasmi. Pendedahan kepentingan 13. (1) Seseorang anggota Lembaga atau mana-mana anggota jawatankuasa Lembaga yang mempunyai atau memperoleh kepentingan langsung atau tidak langsung berhubung dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa Lembaga hendaklah mendedahkan kepada Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, kewujudan kepentingannya dan jenis kepentingannya itu. (2) (Dipotong oleh Akta A926). (3) Sesuatu pendedahan di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, selepas pendedahan itu, anggota itu— (a) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa- apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) hendaklah tidak diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga atau jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan., berhubungan dengan perkara itu. (4) Mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa Lembaga yang tidak mendedahkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 31 dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (5) Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa Lembaga boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan- peruntukan seksyen ini. (6) (Dipotong oleh Akta A926). Minit 14. (1) Lembaga atau jawatankuasa Lembaga hendaklah menyebabkan minit segala mesyuarat mereka disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa Lembaga yang suatu minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu adalah layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Fungsi Suruhanjaya 15. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) menasihati Menteri dalam segala perkara berhubungan dengan pasaran modal; (b) mengawal selia segala perkara berhubungan dengan pasaran modal; (c) memastikan bahawa peruntukan undang-undang sekuriti dipatuhi; 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (d) mengawal selia pemgambilalihan dan pencantuman syarikat; (e) memajukan dan mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan pengurusan kumpulan wang, termasuklah skim unit amanah dan skim persaraan swasta; (f) bertanggungjawab bagi mengawasi dan menyelia aktiviti mana-mana syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan dan depositori pusat; (g) mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengekalkan keyakinan pelabur dalam pasaran modal dengan memastikan adanya perlindungan yang mencukupi bagi pelabur; (h) untuk memajukan dan menggalakkan perlakuan yang sesuai di kalangan organisasi peserta, peserta, gabungan, peserta depositori dan kesemua orang berlesen atau berdaftar sesuatu bursa, pusat penjelasan dan depositori pusat, mengikut mana-mana yang berkenaan; (i) membanteras amalan yang menyalahi undang-undang, yang hina dan yang tidak patut dalam pasaran modal, dan pemberian nasihat pelaburan atau perkhidmatan lain berhubungan dengan pasaran modal; (j) menimbangkan dan membuat syor bagi pembaharuan undang-undang sekuriti; (k) menggalakkan dan memajukan pembangunan pasaran modal di Malaysia termasuk penyelidikan dan latihan berkaitan dengannya; (l) menggalakkan dan memajukan pengawalseliaan sendiri oleh persatuan profesional atau institusi pasaran dalam pasaran modal; Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 33 (m) melesenkan, mendaftarkan, membenarkan, meluluskan dan mengawasi semua orang yang melibatkan diri dalam aktiviti terkawal atau menyediakan perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana- mana undang sekuriti; (n) memajukan dan mengekalkan integriti semua orang berlesen, orang berdaftar, orang yang telah diluluskan dan peserta dalam pasaran modal; (o) mendaftar atau mengiktiraf semua juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual bagi maksud Akta ini, dan untuk mengawasi mana-mana orang yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, berhubung dengan aktiviti pasaran modal; (oa) menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit di Malaysia, dan untuk menggalakkan dan membangunkan suatu kerangka kerja pemantauan audit yang berkesan dan teguh di Malaysia; (p) mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistematik yang berbangkit daripada pasaran modal; (q) menggalakkan dan mengawal selia tadbir urus korporat dan piawaian perakaunan diluluskan untuk syarikat tersenarai; dan (r) menentukan dan meluluskan piawaian kelayakan profesional bagi pasaran modal. (2) (Dipotong oleh Akta A987). (3) Suruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah undang-undang sekuriti. 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (4) Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(l) boleh mengehadkan atau selainnya menyentuh fungsi Suruhanjaya. (5) Bagi maksud seksyen ini, “peserta depositori” ertinya orang yang baginya seksyen 9 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 terpakai. Kuasa Suruhanjaya 16. Suruhanjaya hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu bagi atau berkaitan dengan, atau semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang sekuriti. Pewakilan fungsi Lembaga dan Pengerusi 17. (1) Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada— (a) mana-mana anggota Lembaga; (b) mana-mana jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan oleh Lembaga; atau (c) mana-mana pegawai Suruhanjaya. (1A) Pengerusi boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada— (a) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pengerusi; atau (b) mana-mana pegawai Suruhanjaya. (2) Pewakilan kuasa di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga atau Pengerusi melaksanakan atau menjalankan sama fungsi atau kuasa yang diwakilkan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 35 Jawatankuasa Lembaga 18. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa, mengikut apa-apa bentuk dan dengan apa-apa jua nama dipanggil, sebagaimana yang didapati patut atau perlu bagi membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah undang-undang sekuriti. (2) Jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh terdiri daripada— (a) mana-mana anggota Lembaga; dan (b) mana-mana orang lain, sebagaimana yang dilantik oleh Lembaga. (2A) Dalam melantik seseorang di bawah perenggan (2)(b), Lembaga hendaklah mengambil kira integriti, reputasi, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai anggota jawatankuasa Lembaga itu. (2B) Fungsi jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh Lembaga. (3) (Dipotong oleh Akta A1489). (4) (Dipotong oleh Akta A1489). (5) (Dipotong oleh Akta A1489). (6) (Dipotong oleh Akta A1489). (7) (Dipotong oleh Akta A1489). Tatacara jawatankuasa Lembaga 18A. (1) Jawatankuasa Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa Lembaga itu oleh Lembaga. (2) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18 hendaklah diadakan pada bila-bila masa, di mana- mana tempat dan dengan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa Lembaga, tertakluk kepada subseksyen (1). (3) Jawatankuasa Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa Lembaga bagi maksud menasihati jawatankuasa Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang yang diundang sedemikian tidak berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu. (4) Anggota sesuatu jawatankuasa Lembaga atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat sesuatu jawatankuasa Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat 19. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan am kepada Suruhanjaya yang tidak tidak konsisten dengan Akta ini berhubungan dengan fungsi Suruhanjaya dan arahan itu hendaklah mengikat Suruhanjaya. (2) Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat mengenai pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah undang-undang sekuriti sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 37 Pelantikan pegawai Suruhanjaya 20. (1) Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa melantik orang yang hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun, dan hendaklah memegang jawatan mereka atas apa-apa terma dan syarat lain, yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (2) Suruhanjaya boleh membuat perkiraan bagi pembayaran apa- apa faedah persaraan, gratuiti atau elaun lain yang ditentukannya kepada pegawai dan orang tanggungan mereka. Suruhanjaya boleh mengeluarkan polisi mengenai tatatertib dan tingkah laku beretika 21. Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan polisi mengenai tatatertib dan tingkah laku beretika, dengan apa jua nama dipanggil atau mengikut apa-apa bentuk, bagi pegawai Suruhanjaya atau mana-mana pemegang saham perniagaan yang berurusan dengan Suruhanjaya. Kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai 22. (1) Suruhanjaya boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan, termasuk pinjaman pelajaran dan biasiswa, kepada pegawai atau kepada orang lain atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (2) Dalam seksyen ini, istilah “pegawai” termasuklah Pengerusi dan Timbalan Ketua Eksekutif. Suruhanjaya boleh menubuhkan atau menyertai pertubuhan perbadanan 22A. (1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau menyertai mana-mana pertubuhan perbadanan 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 bagi maksud memajukan penyelidikan dan latihan berhubung dengan pasaran modal, atau bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. (2) Suruhanjaya boleh— (a) menerima sesuatu pemberian atau sumbangan; (b) membuat sesuatu pemberian atau sumbangan; atau (c) menyediakan apa-apa bentuk bantuan lain, bagi penubuhan atau pengendalian pertubuhan perbadanan di bawah subseksyen (1). (3) Wang yang diterima di bawah perenggan (2)(a) hendaklah disimpan dalam suatu akaun amanah yang ditentukan. (4) Suruhanjaya hendaklah membayar wang di dalam akaun amanah yang ditentukan itu kepada orang yang berhak mengikut maksud yang baginya wang itu diterima oleh Suruhanjaya. (5) Jika Suruhanjaya menubuhkan suatu pertubuhan perbadanan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengambil apa-apa tindakan atau melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi— (a) kepentingan orang awam atau bagi perlindungan pelabur; (b) pentadbiran yang berkesan undang-undang sekuriti; atau (c) memastikan pematuhan mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas pertubuhan perbadanan itu di bawah undang-undang sekuriti. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 39 BAHAGIAN III KEWANGAN Kumpulan Wang 23. (1) Bagi maksud Akta ini, dengan ini ditubuhkan, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen; (b) jumlah wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; (c) levi yang kena dibayar di bawah seksyen 24; (d) fi atau apa-apa bayaran lain yang dikenakan oleh Suruhanjaya; (e) segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya; dan (f) semua wang lain yang diterima secara sah oleh Suruhanjaya. Levi 24. (1) Dalam hal tiap-tiap pembelian dan penjualan sekuriti yang direkodkan di bursa saham atau diberitahukan kepadanya di bawah kaedahnya, pembeli dan penjual setiap satunya adalah bertanggungan membayar suatu levi kepada Suruhanjaya pada kadar yang ditentukan 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 melalui perintah Menteri yang hendaklah disiarkan dalam Warta yang merupakan suatu peratusan balasan bagi pembelian dan penjualan itu; dan kadar yang berbeza boleh ditentukan berkenaan dengan kelas sekuriti yang berbeza. (2) Dalam hal tiap-tiap derivatif yang dilakukan di pasaran derivatif sesuatu bursa derivatif, kedua-dua orang pada setiap kedudukan bagi pesanan berhubung dengan derivatif tersebut adalah bertanggungan membayar suatu levi kepada Suruhanjaya dalam amaun yang ditentukan melalui perintah Menteri yang hendaklah disiarkan dalam Warta; dan amaun yang berlainan boleh ditentukan berkenaan dengan jenis atau kelas derivatif yang berlainan atau golongan atau kategori orang yang berlainan berkenaan dengan derivatif. (2A) Dalam hal tiap-tiap pembelian atau penjualan sekuriti atau tiap- tiap derivatif yang dilaksanakan melalui suatu pasaran diiktiraf di bawah seksyen 34 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Suruhanjaya boleh mengenakan suatu levi pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. (3) Bursa atau pengendali pasaran diiktiraf, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mengutip dan mengakaunkan kepada Suruhanjaya levi yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2). (4) Amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah boleh didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya. (5) Menteri boleh membuat kaedah yang membuat peruntukan mengenai— (a) pembayaran levi di bawah seksyen ini; dan (b) penyimpanan, pemeriksaan dan pengauditan akaun bursa-bursa berhubungan dengan kutipan levi sedemikian. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 41 (6) (Dipotong oleh Akta A1403). Pemeliharaan Kumpulan Wang 25. Maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya pasti bahawa jumlah hasil Suruhanjaya cukup untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang 26. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud— (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Suruhanjaya, termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos yang lain, dan saraan bagi pegawai dan ejen yang dilantik dan diambil kerja oleh Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan atau ganjaran; (b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini; (c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
Part document.segment-2
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 2
AI-assisted research summary: This provision sets reporting, accounting, audit oversight, auditor registration, sanctions, and systemic-risk powers for the Commission and the Audit Oversight Board.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan (e) secara amnya, membuat apa-apa pembayaran atau pemberian bagi melaksanakan peruntukan undang- undang sekuriti. Tahun kewangan Suruhanjaya 27. Tahun kewangan Suruhanjaya hendaklah bermula pada hari pertama bulan Januari dan berakhir pada hari ketiga puluh satu bulan Disember bagi setiap tahun. Laporan tahunan 28. Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyediakan suatu laporan mengenai kegiatannya dalam tahun kewangan itu dan menghantar satu salinan laporan itu kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan satu salinannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Akaun 29. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya bagi wang itu dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu suatu penyata akaun Suruhanjaya yang hendaklah mengandungi kunci kira- kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan. (2) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan penyata akaun itu diaudit oleh juruaudit yang dilantik oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 43 (3) Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan menghantar satu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan satu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. (4) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] tidaklah terpakai bagi Suruhanjaya. Kuasa untuk meminjam 30. Menteri boleh, atas syor Lembaga, meluluskan Suruhanjaya untuk meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma terhadap masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Suruhanjaya bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya. Pelaburan 31. Wang Suruhanjaya hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. BAHAGIAN IIIA LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT PENGGAL 1 Permulaan Tafsiran bagi maksud Bahagian IIIA 31A. Dalam Bahagian ini— 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 “Institut Akauntan Malaysia” ertinya Institut Akauntan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Akauntan 1967 [Akta 94]; “juruaudit” ertinya seorang juruaudit perseorangan atau firma audit berdaftar atau diiktirafkan di bawah seksyen 31O sebagai juruaudit berdaftar atau juruaudit yang diiktiraf suatu entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual; “juruaudit berdaftar” ertinya seorang juruaudit atau firma audit berdaftar di bawah seksyen 31O sebagai juruaudit suatu entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual; “juruaudit yang diiktiraf” ertinya seorang juruaudit perseorangan asing atau firma audit asing diiktirafkan di bawah seksyen 31O sebagai juruaudit suatu entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual; “Pegawai Pemeriksa” ertinya seseorang yang diberi kuasa oleh Lembaga Pemantauan Audit untuk menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 31V; “Pegawai Penyiasat” ertinya seseorang yang diberi kuasa oleh Lembaga Pemantauan Audit untuk menjalankan siasatan di bawah seksyen 31W; “pengerusi eksekutif” merujuk kepada pengerusi eksekutif Lembaga Pemantauan Audit yang dilantik di bawah seksyen 31c; “pihak berkuasa asing yang berkaitan” ertinya suatu pihak berkuasa asing yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan Lembaga Pemantauan Audit seperti yang ditetapkan dalam seksyen 31B; “pihak berkuasa berkaitan” termasuklah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Institut Akauntan Malaysia dan mana-mana pihak berkuasa lain yang ditentukan oleh Menteri. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 45 PENGGAL 2 Penubuhan dan Fungsi Lembaga Pemantauan Audit Fungsi Suruhanjaya berhubungan dengan pemantauan audit 31B. Fungsi Suruhanjaya bagi maksud Bahagian IIIA adalah yang berikut: (a) menggalakkan dan membangunkan kerangka kerja pemantauan audit yang berkesan dan teguh di Malaysia; (b) menggalakkan keyakinan terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit di Malaysia; (c) mengawal selia juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual; dan (d) untuk menjalankan pemantauan ke atas mana-mana orang yang menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, berhubung dengan aktiviti pasaran modal, sebagaimana yang dikehendaki untuk disediakan di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya. Penubuhan Lembaga Pemantauan Audit 31C. (1) Bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah seksyen 31B yang berhubungan dengan pemantauan audit, Suruhanjaya hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Pemantauan Audit. (2) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Lembaga: (a) seorang pengerusi eksekutif; dan 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (b) enam anggota bukan eksekutif. (3) Bagi maksud subseksyen (2), anggota yang dilantik oleh Lembaga— (a) mesti mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kewangan, perniagaan, atau dalam apa-apa disiplin lain yang berkaitan; (b) mesti merupakan individu yang mempunyai integriti dan reputasi yang telah menunjukkan komitmen terhadap kepentingan pelabur; dan (c) mesti memahami tanggungjawab bagi dan sifat penzahiran kewangan sebagaimana yang dikehendaki oleh entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual. (4) Pengerusi eksekutif tidak boleh— (a) diambil kerja oleh mana-mana orang lain atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti profesional atau perniagaan yang lain; (b) menjadi pengarah atau pemegang syer mengawal mana- mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, perbadanan berkaitannya atau syarikat bersekutunya; (c) mempunyai apa-apa bahagian dalam apa-apa keuntungan sesuatu firma perakauanan atau pengauditan; dan (d) menerima bayaran daripada mana-mana firma perakaunan atau pengauditan atau daripada mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya, selain bayaran tetap yang berterusan di bawah perkiraan lazim bagi persaraan daripada sesuatu firma perakaunan atau pengauditan tertakluk kepada apa- apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 47 (5) Dalam seksyen ini, “pemegang syer mengawal” ertinya seseorang yang— (a) berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada lima belas peratus undi yang berkaitan dengan syer mengundi dalam sesuatu syarikat; (b) mempunyai kuasa untuk melantik atau menyebabkan dilantik bilangan majoriti pengarah sesuatu syarikat; atau (c) mempunyai kuasa untuk membuat atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan urusan atau pentadbiran sesuatu syarikat, dan untuk melaksanakan keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu dilaksanakan. (6) Pada setiap masa, tidak lebih daripada dua anggota bukan eksekutif Lembaga Pemantauan Audit hendaklah merupakan anggota Institut Akauntan Malaysia yang didaftarkan di bawah Akta Akauntan 1967 sebagai akauntan bertauliah, akaun berlesen atau anggota bersekutu. (7) Pengerusi eksekutif hendaklah diamanahkan dengan pengurusan hari ke hari Lembaga Pemantauan Audit. Pemakaian Jadual 2 31D. (1) Jadual 2 terpakai bagi anggota Lembaga Pemantauan Audit. (2) (Dipotong oleh Akta A1489). Tanggungjawab Lembaga Pemantauan Audit 31E. (1) Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 31F, tanggungjawab Lembaga Pemantauan Audit dalam membantu Suruhanjaya menunaikan fungsinya, adalah seperti yang berikut: 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (a) melaksanakan dasar dan program bagi memastikan suatu sistem pemantauan audit yang berkesan di Malaysia; (b) mendaftarkan atau mengiktirafkan juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual bagi maksud Akta ini; (c) mengarahkan Institut Akauntan Malaysia supaya mengadakan atau menerima pakai, atau melalui kedua- duanya, piawaian pengauditan dan etika yang hendaklah dipakai oleh juruaudit; (d) menjalankan pemeriksaan dan program pemantauan ke atas juruaudit untuk menilai tahap pematuhan piawaian pengauditan dan etika; (e) menjalankan siasatan dan mengenakan sanksi yang sesuai terhadap juruaudit yang tidak mematuhi piawaian pengauditan dan etika; (f) bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam merumuskan dan melaksanakan strategi bagi penambahbaikan tahap penzahiran kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual; (g) berhubung dan bekerjasama dengan badan pemantauan di luar Malaysia untuk menambah baik kedudukan profesion pengauditan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa; (ga) untuk menjalankan pemeriksaan ke atas orang sebagaimana yang ditentukan di bawah perenggan 31B(d); dan (h) melaksanakan apa-apa kewajipan atau fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pemantauan Audit sebagai perlu atau sesuai untuk menggalakkan piawaian profesional yang tinggi bagi juruaudit dan untuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 49 membaiki kualiti perkhidmatan audit yang diberikan oleh juruaudit. (2) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah melaksanakan tanggungjawab di bawah subseksyen (1) bagi pihak dan atas nama Suruhanjaya. Lembaga Pemantauan Audit boleh menubuhkan jawatankuasa 31EA. (1) Lembaga Pemantauan Audit boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantu dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 31E(1). (2) Lembaga Pemantauan Audit boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa, tertakluk kepada apa- apa terma atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pemantauan Audit. (3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam melaksanakan tanggungjawabnya, hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga Pemantauan Audit. (4) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu. (5) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu. (6) Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pemantauan Audit. (7) Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula. (8) Lembaga Pemantauan Audit boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa. (9) Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada pengerusi eksekutif Lembaga Pemantauan Audit. (10) Jawatankuasa hendaklah menyebabkan— (a) minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan (b) salinan minit semua mesyuaratnya diserahkan kepada Lembaga Pemantauan Audit seberapa segera yang boleh dilaksanakan. (11) (Dipotong oleh Akta A1489). (12) Tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat menurut subseksyen (10) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. (13) Seseorang anggota jawatankuasa yang secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui anggota keluarganya, apa-apa kepentingan mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan oleh jawatankuasa hendaklah menzahirkan kepada jawatankuasa hakikat dan jenis kepentingannya. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 51 (14) Penzahiran di bawah subseksyen (13) hendaklah direkodkan dalam minit jawatankuasa, dan selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam pekara itu— (a) tidak boleh mengambil bahagian mahu pun hadir dalam apa- apa pertimbangan atau keputusan jawatankuasa itu; dan (b) tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk korum jawatankuasa berhubung dengan perkara itu. (15) Walau apa pun subseksyen (13) dan (14), tiada tindakan atau prosiding jawatankuasa itu boleh menjadi tidak sah atas alasan mana- mana anggota jawatankuasa itu telah melanggar peruntukan subseksyen itu. Suruhanjaya boleh memberikan arahan am atau khusus kepada Lembaga Pemantauan Audit 31F. Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, memberi Lembaga Pemantauan Audit apa-apa arahan am atau khusus yang selaras dengan peruntukan Bahagian ini. Penzahiran kepentingan 31G. (1) Seseorang anggota Lembaga Pemantauan Audit yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui anggota keluarganya, apa-apa kepentingan mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menzahirkan kepada Lembaga itu hakikat dan jenis kepentingannya. (2) Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga Pemantauan Audit dan, selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu— 52 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (a) tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa- apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga Pemantauan Audit; dan (b) tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga Pemantauan Audit. (3) Mana-mana anggota Lembaga Pemantauan Audit yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (4) Tiada tindakan atau prosiding Lembaga Pemantauan Audit boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga Pemantauan Audit telah melanggar peruntukan seksyen ini. PENGGAL 3 Kewangan Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit 31H. (1) Bagi maksud Bahagian ini, Suruhanjaya hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit”. (2) Aset Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menjadi harta Suruhanjaya dan hendaklah disimpan berasingan dan dipisahkan daripada harta Kumpulan Wang. (3) Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit hendaklah terdiri daripada yang berikut: (a) apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa bagi maksud Bahagian ini; Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 53 (b) sumbangan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 31I; (c) fi pendaftaran yang ditetapkan di bawah seksyen 31O; (d) penalti yang dikenakan di bawah seksyen 31Z; (e) fi atau bayaran lain yang dikenakan di bawah Bahagian ini; (f) wang yang didapatkan atau diperoleh daripada apa-apa pelaburan Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit; dan (g) semua jumlah wang atau harta lain yang, dengan apa-apa cara, kena dibayar kepada atau terletak hak pada Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit yang behubungan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya di bawah Bahagian ini. Sumbangan 31I. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan orang yang dikehendaki untuk membuat sumbangan kepada Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit dan amaun sumbangan itu. (2) Sumbangan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah digunakan hanya bagi maksud menjalankan fungsi Suruhanjaya di bawah seksyen 31B. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit 31J. Suruhanjaya hendaklah menggunakan wang dalam Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit bagi maksud yang berikut: 54 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga Pemantauan Audit termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, dan saraan orang yang diambil kerja atau diambil khidmat oleh Suruhanjaya bagi maksud penjalanan fungsi Suruhanjaya dan tanggungjawab Lembaga Pemantauan Audit dalam Bahagian ini, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan dan ganjaran kepada orang sedemikian; (b) membayar apa-apa perkhidmatan yang dilakukan dalam merancang dan melaksanakan program membina keupayaan yang berhubungan dengan profesion perakaunan dan pengauditan; dan (c) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Lembaga Pemantauan Audit bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini. Pelaburan 31K. Wang dalam Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit hendaklah, setakat yang ia tidak dikehendaki untuk dibelanjakan di bawah Bahagian ini, dilaburkan oleh Suruhanjaya mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. Laporan tahunan dan akaun 31L. (1) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah, dalam masa tiga bukan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyediakan suatu laporan mengenai aktivitinya dalam tahun kewangan itu dan menghantar suatu salinan laporan itu kepada Suruhanjaya. (2) Bagi maksud subseksyen (1), laporan itu hendaklah menyatakan— Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 55 (a) penilaian Lembaga Pemantauan Audit tentang prestasi dan keberkesanannya dalam menunaikan tanggungjawabnya di bawah seksyen 31E; (b) penilaian tentang risiko signifikan yang berhubungan dengan kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan entiti berkepentingan awam dan kumpulan wang jadual sebagaimana yang dikenal pasti oleh Lembaga Pemantauan Audit dalam perjalanan pemeriksaan dan siasatannya, dan langkah-langkah penting yang disyorkan oleh Lembaga Pemantauan Audit untuk mengatasi risiko itu; (c) sistem, tatacara dan amalan yang digunakan oleh Lembaga Pemantauan Audit untuk menilai keberkesanan operasinya; dan (d) apa-apa perkara lain yang menjejaskan penjalanan fungsi Lembaga Pemantauan Audit. (3) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan suatu salinan laporan tahunan dikemukakan kepada Menteri. (4) Suruhanjaya hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan akaun itu. (5) Akaun Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit hendaklah disimpan berasingan daripada akaun Suruhanjaya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 29. (6) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan penyata akaun Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Audit diaudit oleh juruaudit yang dilantik oleh Suruhanjaya. (7) Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, menghantar suatu salinan penyata akaun Kumpulan Wang Lembaga Pemantauan Asia yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 31M. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] tidak terpakai bagi lembaga Pemantauan Audit. PENGGAL 4 Pendaftaran atau Pengiktirafan sebagai Juruaudit Entiti Berkepentingan Awam atau Kumpulan Wang Jadual Kehendak bagi pendaftaran atau pengiktirafan sebagai juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual 31N. (1) Tiada seorang pun boleh, melainkan jika dia didaftarkan sebagai juruaudit berdaftar atau diiktirafkan sebagai juruaudit yang diiktiraf di bawah Penggal ini— (a) mengemukakan dirinya atau bertindak sebagai juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual; (b) dengan disedarinya bersetuju untuk dilantik dan dengan disedarinya bertindak sebagai juruaudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual; atau (c) menyediakan untuk atau bagi pihak entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual apa-apa laporan yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 1965 supaya disediakan oleh seseorang juruaudit. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 57 Permohonan bagi pendaftaran atau pengiktifaran sebagai juruaudit entity berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual 31O. (1) Bagi maksud Akta ini, suatu permohonan untuk— (a) pendaftaran sebagai juruaudit berdaftar; atau (b) pengiktirafan sebagai juruaudit yang diiktiraf, hendaklah dibuat kepada Lembaga Pemantauan Audit. (2) Permohonan di bawah subseksyen (1)— (a) hendaklah dibuat dalam bentuk yang ditentukan oleh Lembaga Pemantauan Audit; dan (b) hendaklah disertai dengan— (i) fi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya; dan (ii) apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga Pemantauan Audit. (3) Lembaga Pemantauan Audit boleh semasa— (a) pendaftaran seseorang pemohon sebagai juruaudit berdaftar; atau (b) pemberian pengiktirafan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diktiraf, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Lembaga fikirkan perlu atau suai manfaat dan dari semasa ke semasa meminda mana-mana syarat sedemikian atau mengenakan syarat baharu atau syarat tambahan. 58 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (4) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepada juruaudit yang berkenaan tentang pindaan mana- mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3), dan syarat- syarat itu yang dipinda sedemikian atau syarat baharu atau syarat tambahan itu hendaklah berkuat kuasa pada masa notis itu disampaikan atau pada bila-bila masa sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, mengikut mana-mana yang terkemudian. (5) Tertakluk kepada seksyen 31P, Lembaga Pemantauan Audit boleh— (a) meluluskan atau menolak pendaftaran seseorang pemohon yang didaftarkan sebagai juruaudit berdaftar; atau (b) meluluskan atau menolak pemberian pengiktirafan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf. Penolakan pendaftaran atau pemberian pengiktirafan 31P. (1) Lembaga Pemantauan Audit boleh menolak pendaftaran seseorang pemohon jika Lembaga Pemantauan Audit berpuas hati bahawa pemohon itu— (a) bukan atau terhenti menjadi juruaudit yang diluluskan di bawah seksyen 8 Akta Syarikat 1965; (b) telah disabitkan— (i) di dalam atau di luar Malaysia, atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan lain; (ii) atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlindungan orang awam terhadap kerugian kewangan yang disebabkan oleh— Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 59 (A) Kecurangan, ketidakkompetenan atau salah amalan oleh orang berkenaan dalam mengadakan perkhidmatan kewangan atau pengurusan syarikat; atau (B) perbuatan bankrap yang dilepaskan atau yang belum dilepaskan. (c) telah melibatkan diri dalam apa-apa amalan yang menunjukkan ketidakbolehpercayaan terhadap keupayaannya untuk memenuhi piawaian pengauditan profesional; (d) merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan di dalam atau di luar Malaysia; (e) tertakluk kepada sanksi yang dikenakan di bawah seksyen 31Z; atau (f) tidak mematuhi mana-mana kehendak lain Bahagian ini atau mana-mana notis bertulis atau garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini. (1A) Lembaga Pemantauan Audit boleh menolak untuk mengiktirafkan seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf jika Lembaga Pemantauan Audit berpuas hati bahawa pemohon itu— (a) termasuk dalam perenggan (1)(b), (c), (d) atau (f); (b) telah tertakluk kepada apa-apa hukuman yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa asing yang berkaitan; (c) belum diluluskan oleh pihak berkuasa asing yang berkaitan untuk menyediakan penyata kewangan teraudit; atau (d) tidak diawasi oleh suatu pihak berkuasa asing yang berkaitan. 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (2) Jika Lembaga Pemantauan Audit menolak— (a) pendaftaran seseorang pemohon sebagai juruaudit berdaftar; atau (b) pemberian pengiktiran seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf, Lembaga Pemantauan Audit hendaklah memberi pemohon itu suatu peluang untuk didengar dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada pemohon dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu. (3) (Dipotong oleh Akta A1403). Kuasa untuk membatalkan, menarik balik atau menggantung pendaftaran atau pengiktirafan 31Q. (1) Lembaga Pemantauan Audit boleh, pada bila-bila masa— (a) membatalkan atau menggantung pendaftaran; atau (b) menarik balik atau menggantung pengiktirafan, seseorang juruaudit jika— (A) terdapat alasan yang membolehkan Lembaga Pemantauan Audit menolak sesuatu permohonan di bawah subseksyen 31P(1) atau (1A (B) juruaudit itu melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Lembaga Pemantauan Audit berkenaan dengan pendaftarannya atau pengiktirafannya di bawah Bahagian ini; atau (C) juruaudit gagal membayar apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga Pemantauan Audit. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 61 (2) Penggantungan di bawah subseksyen (1) boleh dilanjutkan atau dibatalkan pada bila-bila masa oleh Lembaga Pemantauan Audit sebagaimana yang difikirkannya sesuai. (3) Jika Lembaga Pemantauan Audit berhasrat untuk— (a) membatalkan atau menggantung pendaftaran; atau (b) menarik balik atau menggantung pengiktirafan, di bawah subseksyen (1) atau (2), ia hendaklah memberi juruaudit tersebut suatu peluang untuk didengar dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada juruaudit berkenaan yang menyatakan alasan bagi pembatalan, penarikan balik atau penggantungan itu. (4) (Dipotong oleh Akta A1403). (5) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang juruaudit yang pendaftarannya telah dibatalkan atau digantung atau pengiktirafannya telah ditarik balik atau digantung, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan tidak didaftar atau diiktiraf sebagai juruaudit dari tarikh pembatalan, penarikan balik atau penggantungan itu berkuat kuasa atau apa-apa tarikh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga Pemantauan Audit. Pemberitahuan tentang penolakan, pembatalan atau penggantungan 31R. Jika seseorang juruaudit termasuk dalam ruang lingkup subseksyen 31P(1) atau (1A), atau subperenggan 31Q(1)(b)(B), juruaudit itu hendaklah, dengan serta-merta selepas mengetahui berlakunya perkara itu, memberitahu Lembaga Pemantauan Audit secara bertulis dengan menyatakan butir-butir yang berkaitan. 31S. (Dipotong oleh Akta A1489). 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Daftar juruaudit 31T. (1) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu Daftar Juruaudit dalam bentuk dan mengikut cara yang difikirkannya patut. (2) Maka hendaklah dipotong daripada Daftar nama dan butir-butir lain mana-mana juruaudit yang terhenti didaftarkan atau diiktiraf di bawah Bahagian ini. (3) Mana-mana orang boleh, selepas membayar fi yang ditetapkan, memeriksa dan mengambil cabutan daripada Daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah subseksyen (1). PENGGAL 5 Mengadakan Piawaian Pengauditan dan Etika Piawaian pengauditan dan etika 31U. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menerima pakai piawaian pengauditan dan etika yang hendaklah dipatuhi oleh seseorang juruaudit setakat dan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai. (2) Bagi maksud mengadakan piawaian pengauditan dan etika, Lembaga Pemantauan Audit boleh mengadakan atau membenarkan kakitangannya mengadakan jawatankuasa penasihat sebagaimana yang sesuai, yang boleh terdiri daripada akauntan dan pakar lain, dan pemegang kepentingan yang lain, untuk membantu Lembaga Pemantauan Audit mengenai kandungan piawaian pengauditan dan etika. (3) Lembaga Pemantauan Audit boleh mengarahkan Institut Akauntan Malaysia supaya mengadakan atau meminda piawaian pengauditan dan etika yang hendaklah dipatuhi oleh seseorang juruaudit. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 63 PENGGAL 6 Pemeriksaan dan Siasatan Pemeriksaan 31V. (1) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah, dari semasa ke semasa, menjalankan pemeriksaan untuk menilai— (a) tahap pematuhan piawaian pengauditan dan etika oleh seseorang juruaudit; dan (b) kecukupan dan kesesuaian bukti audit diperoleh berhubung dengan laporan audit yang disediakan oleh juruaudit yang berhubungan dengan penyata kewangan teraudit entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual. (2) Pemeriksaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh mana-mana pegawai Lembaga Pemantauan Audit atau mana- mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga Pemantauan Audit yang disebut sebagai “Pegawai Pemeriksa” dalam Penggal ini. (3) Juruaudit, pekongsinya dan pekerjanya hendaklah bekerjasama dengan Pegawai Pemeriksa, yang menjalankan siasatan di bawah seksyen ini, dalam perkara yang berikut: (a) memberikan akses kepada semua buku, akaun, kertas kerja atau dokumen lain yang berkaitan; (b) mengemukakan salinan atau cabutan daripada mana- mana buku, akaun, kertas kerja atau dokumen lain yang berkaitan itu; dan (c) memberikan maklumat melalui temuduga secara lisan, secara bertulis atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan atau dikehendaki oleh Pegawai Pemeriksa. 64 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (4) Pada penutup pemeriksaan yang dibuat di bawah seksyen ini, Pegawai Pemeriksa hendaklah menyediakan suatu draf laporan pemeriksaan dan suatu salinan draf laporan itu hendaklah diberikan kepada juruaudit yang berkenaan. (5) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah dengan segera membincangkan dapatan laporan pemeriksaan itu dengan juruaudit yang berkenaan dan selepas mengambil kira representasi yang dibuat oleh juruaudit itu, Pegawai Pemeriksa hendaklah memuktamadkan draf laporan pemeriksaan itu. (5A) Walau apa pun seksyen 31z, Lembaga Pemantauan Audit boleh mengarahkan juruaudit mengambil apa-apa langkah pemulihan untuk membetulkan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam laporan pemeriksaan itu. (6) Juruaudit yang berkenaan hendaklah, dengan serta-merta, melaporkan kepada Lembaga Pemantauan Audit semua langkah pemulihan yang telah dan sedang diambil berhubungan dengan apa- apa dapatan yang dibangkitkan dalam laporan pemeriksaan itu. (7) Lembaga Pemantauan Audit boleh menyiarkan laporan pemeriksaan yang disebut dalam subseksyen (5) jika juruaudit itu tidak mengambil langkah-langkah pemulihan yang berkaitan di bawah subseksyen (6). Siasatan 31w. Lembaga Pemantauan Audit boleh melantik apa-apa bilangan Pegawai Siasatan sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga bagi maksud menjalankan siasatan jika terdapat— (a) pelanggaran mana-mana peruntukan Bahagian ini; atau (b) pelanggaran atau ketidakpatuhan— (i) mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 31o(3); atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 65 (ii) mana-mana notis bertulis atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya. Kuasa untuk meminta maklumat 31X. (1) Bagi maksud sesuatu siasatan, Pegawai Siasatan boleh, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada seseorang, meminta orang itu— (a) memberikan segala bantuan yang munasabah berkaitan dengan siasatan itu; dan (b) hadir di hadapannya atau Pegawai Siasatan lain yang berkenaan untuk diperiksa secara lisan. (2) Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis oleh Pegawai Siasatan, dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibaca kepadanya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu. (3) Jika orang yang disebut dalam subseksyen (2) enggan menandatangani atau mengecap cap ibu jarinya pada pernyataan itu, Pegawai Siasatan hendaklah mencatatkan pada pernyataan itu dengan ditandatanganinya tentang keengganan itu dan alasannya, jika ada. (4) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang— (a) untuk memberikan maklumat yang berkaitan dengan siasatan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikannya; (b) untuk menjawab semua soalan yang ditujukan kepadanya oleh Pegawai Siasatan; dan 66 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (c) untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya, dalam menjawab soalan. (5) Bagi maksud subseksyen (1), Pegawai Siasatan yang memeriksa orang itu boleh memberikan arahan tentang orang yang boleh hadir semasa pemeriksaan atau semasa mana-mana bahagian pemeriksaan itu. (6) Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana Mahkamah. (7) Mana-mana orang yang kepadanya notis dikeluarkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh— (a) menolak untuk menjawab apa-apa soalan yang ditujukan kepadanya oleh Pegawai Siasatan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (4) atau abai untuk memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki semunasabahnya daripadanya dan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikannya; atau (b) dengan disedarinya memberi Pegawai Siasatan maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa- apa butir matan. (8) Bagi maksud Penggal ini, apa-apa notis yang diberikan hendaklah, jika praktik, disampaikan sendiri kepada mana-mana orang yang dinyatakan dalam notis itu. (9) Jika mana-mana orang yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan lain Penggal ini tidak dapat dijumpai setelah usaha yang wajar dilakukan, notis itu boleh disampaikan dengan meninggalkan suatu salinannya untuk orang itu dengan mana-mana anggota keluarganya yang dewasa atau dengan pembantu rumahnya yang tinggal dengannya. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 67 (10) Apabila mana-mana orang yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang diberikan di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan lain Penggal ini tidak dapat dijumpai setelah usaha yang wajar dilakukan, dan penyampaian tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang diarahkan oleh subseksyen (8) atau (9), suatu salinan notis itu hendaklah ditampalkan pada mana-mana bahagian yang mudah dilihat rumah atau mana-mana tempat lain yang lazimnya didiami oleh orang yang dinyatakan dalam notis itu, dan dalam hal sedemikian notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya. Pemeriksaan dan siasatan penyata kewangan disatukan 31Y. Bagi maksud Penggal ini dan, dalam hal penyata kewangan disatukan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, kuasa yang diberikan kepada Lembaga Pemantauan Audit dan pegawainya, atau orang yang diberi kuasa oleh Lembaga Pemantauan Audit untuk memeriksa atau untuk menyiasat penyata kewangan sedemikian hendaklah terpakai berhubungan dengan akaun, kertas kerja dan dokumen yang disediakan oleh juruaudit subsidiari, syarikat bersekutu atau mana-mana entiti yang penyata kewangannya adalah digabungkan ke dalam entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual itu. PENGGAL 7 Sanksi Sanksi 31Z. (1) Jika mana-mana orang melanggar atau tidak mematuhi, menurut, menguatkuasakan atau melaksanakan mana-mana yang berikut, orang itu melakukan suatu pelanggaran: (a) mana-mana peruntukan Bahagian ini; (b) mana-mana syarat yang dikenakan di bawah Bahagian ini; atau 68 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (c) mana-mana notis bertulis atau garis panduan yang dikenakan atau dikeluarkan oleh Suruhanjaya. (2) Jika seseorang telah melakukan pelanggaran di bawah subseksyen (1), Lembaga Pemantauan Audit boleh mengambil satu atau lebih daripada tindakan yang berikut: (a) mengarahkan orang yang berkenaan supaya mematuhi peruntukan Bahagian ini atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah Bahagian ini, atau mana-mana notis bertulis atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; (b) mencela orang yang berkenaan; (c) menghendaki orang yang berkenaan supaya mengambil apa-apa langkah, sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga Pemantauan Audit, untuk meremedikan pelanggaran itu; (d) menghendaki supaya pendidikan profesional yang berkaitan dijalani oleh orang yang berkenaan; (e) melantik seorang penyemak semula untuk memantau audit yang dijalankan oleh orang yang berkenaan; (f) melarang orang yang berkenaan daripada menerima mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual sebagai pelanggannya atau menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual, sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan; (g) melarang orang yang berkenaan daripada mengaudit penyata kewangan atau menyediakan laporan berhubung dengan maklumat kewangan entiti berkepentingan awam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 69 atau kumpulan wang jadual, sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau selama- lamanya; dan (h) mengenakan penalti tidak melebihi lima ratus ribu ringgit ke atas orang yang berkenaan. (3) Walau apa pun subseksyen (2), Lembaga Pemantauan Audit boleh menghendaki mana-mana orang yang telah melakukan pelanggaran di bawah subseksyen (1) untuk memberikan suatu aku janji bertulis bahawa orang itu hendaklah mematuhi, menurut, menguatkuasakan atau melaksanakan— (a) peruntukan Bahagian ini; (b) mana-mana syarat yang dikenakan di bawah Bahagian ini; atau (c) mana-mana notis bertulis atau garis panduan yang dikenakan atau dikeluarkan oleh Suruhanjaya. (4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang telah melakukan pelanggaran di bawah subseksyen (1) dan telah dilarang daripada mengaudit penyata kewangan entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual selama-lamanya menurut perenggan 2(g). (5) Lembaga Pemantauan Audit tidak boleh mengambil mana- mana tindakan di bawah subseksyen (2) tanpa memberi orang yang berkenaan peluang untuk didengar. (6) Jika orang yang berkenaan tidak membayar penalti yang dikenakan di bawah perenggan (2)(h), saman boleh dikeluarkan bagi penalti itu dan penalti itu boleh didapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Suruhanjaya. 70 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (7) Apa-apa wang yang diperoleh daripada penalti yang dikenakan di bawah perenggan (2)(h), hendaklah digunakan untuk merancang dan melaksanakan program membina keupayaan yang berhubungan dengan profesion perakauanan dan pengauditan. (8) Jika atas permohonan oleh Suruhanjaya, mahkamah mendapati bahawa orang yang telah melakukan pelanggaran di bawah subseksyen (1) tidak mematuhi mana-mana tindakan yang diambil oleh Lembaga Pemantauan Audit di bawah subseksyen (2) atau (3), mahkamah boleh membuat suatu perintah yang mengarahkan orang itu supaya mematuhi arahan, kehendak atau terma-terma aku janji itu yang dikeluarkan oleh Lembaga Pemantauan Audit. (9) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Suruhanjaya atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan yang lain daripada mengambil apa-apa tindakan lain yang boleh diambil oleh mereka di bawah undang-undang bertulis atau undang-undang kecil masing-masing mereka. PENGGAL 8 Am 31ZA. (Dipotong oleh Akta A1403). Rayuan 31ZB. (1) Mana-mana ornag yang terkilan dengan keputusan Lembaga Pemantauan Audit di bawah subseksyen 31P(1) atau (1A), seksyen 31Q atau subseksyen 31Z(2) boleh merayu secara bertulis kepada Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh orang itu diberitahu tentang keputusan Lembaga Pemantauan Audit. (2) Suruhanjaya hendaklah menentukan tatacaranya sendiri dalam mendengar rayuan di bawah Bahagian ini. (3) Bagi maksud rayuan di bawah Bahagian ini, Suruhanjaya boleh— Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 71 (a) mengesahkan keputusan Lembaga Pemantauan Audit; (b) mengetepikan keputusan Lembaga Pemantauan Audit; atau (c) menggantikan keputusan Lembaga Pemantauan Audit dengan keputusannya sendiri. (4) Suruhanjaya hendaklah memutuskan sesuatu rayuan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rayuan itu dibuat. (5) Jika terdapat rayuan terhadap keputusan Lembaga Pemantauan Audit di bawah seksyen ini, keputusan Lembaga Pemantauan Audit di bawah subseksyen 31P(1) atau (1A), seksyen 31Q atau subseksyen 31Z(2) tidak boleh dilaksanakan sehingga rayuan itu diputuskan. Kewajipan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan 31ZC. Walau apa pun seksyen 148, Lembaga Pemantauan Audit hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan jika ia mengetahui apa-apa pelanggaran mana-mana undang-undang atau tatalaku yang ditadbirkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan itu. Kerjasama, penyelarasan dan perkongsian maklumat 31ZD. (1) Bagi maksud menggalakkan keyakinan dalam kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit, Suruhanjaya boleh— (a) membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan atau pihak berkuasa asing yang berkaitan; dan (b) mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen daripada atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan 72 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan atau pihak berkuasa asing yang berkaitan jika difikirkan perlu oleh Suruhanjaya untuk berbuat demikian. (1A) Dalam menentukan sama ada ia perlu untuk menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(b), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira— (a) sama ada pihak berkuasa yang berkaitan atau pihak berkuasa asing yang berkaitan itu akan membayar kepada Suruhanjaya apa-apa kos dan perbelanjaan yang ditanggung bagi memperuntukkan bantuan itu; dan (b) sama ada pihak berkuasa yang berkaitan atau pihak berkuasa asing yang berkaitan itu akan dapat dan bersedia untuk memberi bantuan bersaling sebagai balasan kepada suatu permintaan bagi bantuan yang sama daripada Suruhanjaya. (2) Walau apa pun seksyen 31V dan 31W, Lembaga Pemantauan Audit boleh, berkenaan dengan juruaudit yang diiktiraf, meminta bantuan daripada pihak berkuasa asing yang berkaitan untuk menjalankan pemeriksaan atau menyiasat ke dalam kelakuan seseorang juruaudit yang diiktiraf untuk menilai— (a) tahap pematuhan terhadap piawaian audit dan etika yang diterima pakai oleh pihak berkuasa asing yang berkaitan itu oleh juruaudit yang diiktiraf; dan (b) kecukupan dan kesesuaian keterangan audit diperoleh berhubung dengan laporan audit yang disediakan oleh juruaudit yang berhubungan dengan penyata kewangan teraudit itu. (3) Lembaga Pemantauan Audit boleh mendedahkan dan berkongsi apa-apa penemuan di bawah Penggal 6 Bahagian ini dengan mana-mana entiti berkepentingan awam atau kumpulan wang jadual sekiranya Lembaga Pemantauan Audit berpendapat bahawa perkongsian penemuan itu adalah menurut fungsi Lembaga Pemantauan Audit di bawah seksyen 31B. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 73 Bahagian IIIB PENGURUSAN RISIKO SISTEMIK DALAM PASARAN MODAL Tafsiran 31ZE. Bagi maksud Bahagian ini— “peserta pasaran” termasuklah pelabur, penerbit, perantara, penyedia perkhidmatan pasaran modal, syarikat pemegangan bursa, bursa saham, bursa derivatif, depositori pusat dan kemudahan penjelasan; “risiko sistemik dalam pasaran modal” ertinya suatu keadaan apabila satu atau lebih keadaan yang berikut berlaku atau berkemungkinan akan berlaku: (a) kesulitan kewangan dalam seseorang peserta pasaran yang signifikan atau dalam beberapa peserta pasaran; (b) terjejasnya keteraturan dalam penjalanan pasaran modal; atau (c) terhakisnya keyakinan awam terhadap integriti pasaran modal. Maklumat bagi maksud risiko sistemik 31ZF. (1) Suruhanjaya boleh, walau apa pun apa-apa peruntukan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, dengan notis secara bertulis meminta mana-mana orang untuk mengemukakan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat atau dokumen— (a) yang didapati perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal; atau 74 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (b) jika Suruhanjaya menerima suatu permintaan daripada Bank Negara Malaysia di bawah seksyen 30 Akta Bank Negara Malaysia 2009. (2) Bagi maksud subseksyen (1), jika orang yang berkenaan adalah semata-mata di bawah penyeliaan atau pemantauan Bank Negara Malaysia, notis itu hendaklah dikeluarkan melalui Bank Negara Malaysia. (3) Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen di bawah seksyen ini hendaklah memberikan maklumat atau dokumen itu walau apa pun obligasi di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan sama ada nyata atau tersirat yang berlawanan. (4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua- duanya. Kuasa Suruhanjaya untuk mengeluarkan arahan bagi risiko sistemik 31ZG. (1) Jika didapati perlu oleh Suruhanjaya bagi kepentingan mengawasi, mengurangkan atau menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis yang menghendaki mana-mana orang untuk mengambil apa- apa langkah yang didapati perlu oleh Suruhanjaya. (2) Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira kepentingan kestabilan kewangan. (3) Bagi maksud subseksyen (1), jika orang yang berkenaan adalah semata-mata di bawah penyeliaan atau pemantauan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya hendaklah membuat suatu syor kepada Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan arahan itu. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 75 (4) Sebelum mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah memberikan orang itu suatu peluang untuk didengar. (5) Walau apa pun subseksyen (4), Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) tanpa terlebih dahulu memberikan orang itu suatu peluang untuk didengar jika apa- apa kelengahan dalam mengeluarkan arahan itu akan memburukkan lagi risiko sistemik dalam pasaran modal. (6) Jika suatu arahan dikeluarkan menurut subseksyen (5), orang itu hendaklah diberikan suatu peluang untuk didengar selepas arahan itu dikeluarkan. (7) Apabila seseorang diberikan suatu peluang untuk didengar di bawah subseksyen (6), suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh dipinda atau diubah suai. (8) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Perkiraan dengan pihak berkuasa penyeliaan lain 31ZH. (1) Walau apa pun peruntukan dalam undang-undang sekuriti, Suruhanjaya boleh bagi maksud mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menyumbang terhadap kestabilan kewangan— (a) memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi Kerajaan yang bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan; (b) mendapatkan apa-apa maklumat atau dokumen daripada, atau berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen dengan, mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi 76 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Kerajaan yang bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan jika didapati perlu oleh Suruhanjaya bagi maklumat atau dokumen itu didapatkan atau dikongsikan dalam menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menggalakkan kestabilan kewangan; atau (c) membuat perkiraan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan yang lain dan menyelaraskan langkah kestabilan dengan pihak berkuasa penyeliaan itu. (2) Jika Suruhanjaya berkongsi apa-apa maklumat atau dokumen di bawah perenggan (1)(b)— (a) dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan atau agensi Kerajaan yang bertanggungjawab bagi menggalakkan kestabilan kewangan di Malaysia, apa-apa maklumat atau dokumen itu tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya;
Part document.segment-3
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 3
- document.segment-3 Verify source ↗
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 3
AI-assisted research summary: The Commission may establish a Shariah Advisory Council for the Islamic capital market, and the Council’s decisions bind the people and bodies named in this provision.
atau (b) dengan mana-mana pihak berkuasa penyeliaan di luar Malaysia, pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah memberikan suatu aku janji yang sesuai bagi melindungi kerahsiaan maklumat atau dokumen itu dan maksud yang baginya maklumat atau dokumen itu boleh digunakan. (3) Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkuasa penyeliaan” ertinya mana-mana pihak berkuasa, badan, agensi atau entiti— (a) yang bertanggungjawab bagi mengawasi, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik dalam pasaran modal atau menggalakkan kestabilan kewangan; atau (b) yang bertanggungjawab bagi penyeliaan atau pemantauan perantara atau peserta pasaran modal. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 77 Penggal IIIC MAJLIS PENASIHAT SYARIAH Penubuhan Majlis Penasihat Syariah bagi pasaran modal Islam 31ZI. (1) Suruhanjaya boleh menubuhkan suatu Majlis Penasihat Syariah bagi pasaran modal Islam yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan pemakaian prinsip Syariah bagi maksud urusan atau transaksi pasaran modal Islam. (2) Majlis Penasihat Syariah boleh menentukan tatacaranya sendiri. Fungsi Majlis Penasihat Syariah 31ZJ. Majlis Penasihat Syariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menentukan pemakaian prinsip Syariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam; (b) untuk mengeluarkan keputusan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam; (c) untuk menasihati Suruhanjaya mengenai apa-apa isu Syariah yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam; (d) untuk memberikan nasihat kepada mana-mana orang mengenai apa-apa isu Syariah yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam; dan (e) apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri. 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Pelantikan anggota Majlis Penasihat Syariah 31ZK. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri selepas berunding dengan Suruhanjaya, melantik sebagai anggota Majlis Penasihat Syariah orang yang mempunyai kelayakan dalam— (a) fiqh muamalah; (b) jurisprudens Islam; (c) kewangan Islam; atau (d) apa-apa disiplin lain yang berkaitan. (2) Jika seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, atau seorang hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri atau Wilayah Persekutuan, hendak dilantik di bawah subseksyen (1), pelantikan itu tidak boleh dibuat kecuali— (a) dalam hal seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Suruhanjaya dengan Ketua Hakim Negara; dan (b) dalam hal seorang hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri atau Wilayah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Suruhanjaya dengan Ketua Hakim Syarie Negeri atau Wilayah Persekutuan itu, mengikut mana- mana yang berkenaan. (3) Seseorang anggota majlis Penasihat Syariah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing, dan adalah layak untuk dilantik semula. (4) Anggota Majlis Penasihat Syariah hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 79 Urus setia Majlis Penasihat Syariah 31ZL. Suruhanjaya boleh— (a) menubuhkan urus setia dan apa-apa jawatankuasa lain yang didapati perlu oleh Suruhanjaya untuk membantu Majlis Penasihat Syariah dalam menjalankan fungsinya; dan (b) melantik seorang pegawai Suruhanjaya atau mana-mana orang lain untuk menjadi anggota urus setia atau mana- mana jawatankuasa itu. Nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Syariah 31ZM. Mana-mana orang berlesen, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan, depositori pusat, perbadanan tersenarai atau mana-mana orang lain boleh— (a) mendapatkan nasihat; atau (b) membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan, Majlis Penasihat Syariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa–apa unsur yang tidak selaras dengan Syariah. Rujukan kepada Majlis Penasihat Syariah bagi keputusan daripada mahkamah atau penimbang tara 31ZN. (1) Jika dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara mengenai suatu perkara Syariah berhubung dengan urusan atau transaksi pasaran modal Islam, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah— 80 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (a) mengambil kira apa-apa keputusan Majlis Penasihat Syariah; atau (b) merujuk perkara itu kepada Majlis Penasihat Syariah untuk keputusannya. (2) Apa-apa permintaan untuk nasihat atau suatu keputusan Majlis Penasihat Syariah di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain hendaklah dikemukakan kepada urus setia. Kesan keputusan Syariah 31ZO. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah di bawah seksyen 31ZM atau 31ZN hendaklah mengikat— (a) orang berlesen, bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan, depositori pusat, perbadanan tersenarai atau mana-mana orang lain yang disebut dalam seksyen 31ZM; dan (b) mahkamah atau penimbang tara yang disebut dalam seksyen 31ZN. Keputusan Majlis Penasihat Syariah terpakai 31ZP. (1) Jika keputusan yang diberikan oleh seorang penasihat Syariah berdaftar kepada seseorang yang terlibat dalam apa-apa urusan atau transaksi pasaran modal Islam berbeza dengan keputusan yang diberikan oleh Majlis Penasihat Syariah, keputusan Majlis Penasihat Syariah hendaklah terpakai. (2) Bagi maksud seksyen ini, “penasihat Syariah berdaftar” ertinya seseorang yang berdaftar di bawah mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 377 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 81 BAHAGIAN IV TERBITAN SEKURITI DAN PENGAMBILALIHAN DAN PERCANTUMAN PENGGAL 1 Cadangan Berhubungan dengan Sekuriti 32 – 32B. (Dipotong oleh Akta A1305). PENGGAL 2 Pengambilalihan, Pencantuman dan Pengambilan Wajib 33 – 34C. (Dipotong oleh Akta A1305). PENGGAL 3 Prospektus 35 – 65. (Dipotong oleh Akta A1305). PENGGAL 4 DEBENTUR Subpenggal 1 — Surat ikatan amanah, tugas pemegang amanah, peminjam, dsb. 66– 91. (Dipotong oleh Akta A1305). Subpenggal 2— Am 92 – 95. (Dipotong oleh Akta A1305). 82 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 PENGGAL 5 SKIM AMANAH SAHAM DAN SKIM PELABURAN YANG DITETAPKAN 96 – 124. (Dipotong oleh Akta A1305). BAHAGIAN IVA PERJANJIAN ATAU PERKIRAAN BAGI PEMINDAHAN PERNIAGAAN 124A – 124B. (Dipotong oleh Akta A1305). BAHAGIAN V PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN Pelantikan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya 125. (1) Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai penyiasat, yang hendaklah dikenali sebagai Pegawai Penyiasat Suruhanjaya, yang difikirkan perlu bagi maksud menjalankan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah undang- undang sekuriti. (2) Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada mana-mana orang bagi maksud menjalankan penyiasatan apa- apa kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Pemeriksaan oleh Suruhanjaya 126. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa, tanpa memberikan apa-apa notis terlebih dahulu, buku atau dokumen lain, akaun dan transaksi— Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 83 (a) mana-mana orang berlesen, berdaftar, diluluskan, diiktiraf atau dibenarkan di bawah mana-mana undang- undang sekuriti; (b) mana-mana orang yang menjalankan apa-apa fungsi khidmat luar bagi orang yang disebut di dalam perenggan (a); atau (c) sesuatu cawangan atau anak syarikat seseorang orang berlesen. (2) Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) dan mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya hendaklah memberi segala bantuan dan mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau perkara, sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya, bagi membolehkan Suruhanjaya menjalankan fungsinya. (3) Bagi maksud perenggan (1)(a) dan (b), “orang” tidak termasuk orang yang ditentukan dalam Ruang Ketiga Bahagian 1 Jadual 4 kepada Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Pengemukaan buku, dsb. 127. (1) Bagi maksud pemeriksaan di bawah seksyen 126, seseorang yang diperiksa, pengarah dan pegawainya hendaklah memberikan mana- mana orang yang menjalankan pemeriksaan itu akses kepada semua buku atau dokumen dan akaunnya yang lain, termasuk dokumen hakmilik bagi asetnya, semua sekuriti yang dipegang olehnya berkenaan dengan transaksi sekuriti, segala wang tunainya, dan semua dokumen, maklumat dan kemudahan itu yang diperlukan oleh orang yang menjalankan pemeriksaan itu, dan hendaklah mengemukakan kepada orang yang menjalankan pemeriksaan itu semua buku atau dokumen, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai lain itu, dan memberikan segala maklumat itu, sebagaimana yang dikehendakinya, tetapi setakat yang selaras dengan penjalanan pemeriksaan itu, buku atau dokumen, akaun, hakmilik, sekuriti dan wang tunai itu tidaklah boleh dikehendaki supaya dikemukakan pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat yang boleh mengganggu penjalanan sepatutnya urusan harian biasa orang itu. 84 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (2) Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya secara bertulis bagi maksud ini boleh mengambil milik mana-mana buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai yang dia mempunyai akses kepadanya di bawah subseksyen (1) jika pada pendapatnya— (a) pemeriksaan, penyalinan, atau pembuatan cabutan dari, buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai itu tidak dapat dilakukan dengan cara yang munasabah tanpa mengambil miliknya; (b) buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai itu mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil milik buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai itu; atau (c) buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai itu mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah atau berkaitan dengan mana-mana undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis lain. (3) Tiada orang dan tiada pengarah atau pegawai orang itu boleh— (a) tidak memberikan akses kepada, memberi milik atau mengemukakan buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunainya; atau (b) tidak memberikan maklumat atau kemudahan mengikut subseksyen (1) dan (2). Kuasa Pegawai Penyiasat Suruhanjaya 128. (1) Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang menjalankan suatu penyiasatan boleh memasuki mana-mana tempat atau bangunan dan boleh— Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 85 (a) memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen; (b) jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap suatu undang- undang sekuriti, mencari, menyita, mengambil milik dan menahan apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain, termasuk apa-apa dokumen perjalanan atau dokumen peribadi lain, yang boleh digunakan sebagai keterangan; (c) memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu dan, bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu bagi memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita, mengambil milik dan menahan apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain, termasuk apa-apa dokumen perjalanan atau dokumen peribadi lain yang dijumpai pada orang itu.; dan (d) menahan semua atau mana-mana orang yang ditemui di premis yang digeledah itu di bawah subseksyen ini sehingga premis itu selesai digeledah. (2) Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh memeriksa mana-mana orang yang Pegawai Penyiasat itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat pada orang itu apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain, termasuk apa-apa dokumen perjalanan atau dokumen peribadi lain yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, dan bagi maksud pemeriksaan tersebut boleh menahan orang itu selama apa-apa tempoh yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan itu, yang tidak boleh dalam apa-apa hal sekalipun melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran Majistret, dan boleh memindahkan orang itu ke dalam jagaan di mana-mana tempat yang perlu bagi memudahkan pemeriksaan itu. 86 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (3) Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang melakukan suatu pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh menyita, mengambil milik dan menahan apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain, termasuk apa-apa dokumen perjalanan atau dokumen peribadi lain yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya. (4) Tiada seorang pun orang perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan lain. (5) Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh, dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu. (6) Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh menyita, mengambil milik dan menahan bagi apa-apa tempoh yang difikirkan perlu olehnya apa-apa barang, artikel, bahan, benda, harta, buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya yang dikehendaki di bawah subseksyen (5). (7) Seseorang yang— (a) enggan membenarkan seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya, semasa menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini, masuk ke mana-mana premis atau bahagian premis itu, atau enggan membenarkan dirinya diperiksa; (b) menyerang, menghadang, menghalang atau melengah- lengahkan seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang cuba masuk sedangkan dia berhak untuk masuk; (c) tidak mematuhi apa-apa tuntutan yang sah daripada seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya dalam melaksanakan tugasnya di bawah Bahagian ini; atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 87 (d) menyelamatkan atau berusaha untuk menyelamatkan apa-apa benda yang sewajarnya disita, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum dengan denda yang tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (8) Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh memberikan kebenaran kepada mana-mana orang untuk memeriksa mana-mana buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain yang disita dan diambil milik oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu di bawah seksyen ini sekiranya orang itu berhak untuk memeriksa buku, buku minit, akaun, daftar atau dokumen lain itu di bawah undang-undang sekuriti. (9) Subseksyen (1) tidak boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan atau menyentuh apa-apa kuasa yang serupa yang diberikan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang lain. Tatacara oleh Pegawai Penyiasat apabila menyita harta 129. (1) Suatu senarai segala benda yang disita semasa suatu pemeriksaan atau penyiasatan yang dibuat di bawah Bahagian ini dan tempat atau bangunan di mana benda itu masing-masingnya ditemui hendaklah disediakan oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang menjalankan pemeriksaan itu dan ditandatangani olehnya. (2) Penghuni tempat atau bangunan yang dimasuki di bawah subseksyen 128(1), atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada setiap ketika dibenarkan hadir semasa pemeriksaan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah subseksyen (1) hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu apabila diminta olehnya. (3) Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah, apabila selesai penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya, melepaskan apa-apa harta yang disita, ditahan atau dialih 88 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 olehnya atau mana-mana Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang lain, kepada orang yang ditentukannya sebagai orang yang berhak di sisi undang-undang kepada harta itu, jika dia berpuas hati bahawa harta itu tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain. (4) Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang melepaskan apa-apa harta di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan pelepasan itu dengan menyatakan dalam rekod itu hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu. (5) Jika Pegawai Penyiasat Suruhanjaya tidak dapat menentukan orang yang berhak di sisi undang-undang kepada harta itu atau jika ada lebih daripada seorang yang menuntut harta itu, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu hendaklah melaporkan perkara itu kepada seorang Majistret yang hendaklah dengan itu memerintahkan supaya harta itu diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 130. (6) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 130 dan 131, “harta” termasuklah buku dan dokumen lain. Tatacara oleh Majistret berkenaan dengan harta yang disita 130. (1) Jika suatu laporan dikemukakan kepada Majistret oleh seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya di bawah subseksyen 129(5), Majistret itu hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan penyerahan harta itu kepada orang yang berhak kepada pemlikan harta itu atau, jika orang sedemikian tidak dapat dipastikan, berkenaan dengan penjagaan dan pengemukaan harta itu. (2) Jika orang yang berhak kepada harta itu diketahui, Majistret itu boleh memerintahkan supaya harta itu diserahkan kepada orang itu atas apa-apa syarat, jika ada, yang difikirkan patut oleh Majistret itu, dan hendaklah, jika dia membuat perintah sedemikian, menyebabkan supaya suatu notis disampaikan pada orang itu yang memaklumkan orang itu terma perintah itu dan menghendaki orang itu menerima Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 89 serahan harta itu dalam apa-apa tempoh dari tarikh penyampaian notis itu (yang tidak boleh kurang daripada empat puluh lapan jam) sebagaimana yang ditetapkan oleh Majistret itu dalam notis sedemikian. (3) Jika orang yang kepadanya harta telah diperintahkan supaya diserahkan di bawah subseksyen (2) abai atau tidak menerima serahan harta itu dalam tempoh yang ditetapkan, Majistret boleh, jika harta itu mengikut tabiinya lekas rosak atau jika pada pendapatnya nilainya kurang daripada lima puluh ringgit, mengarahkan supaya harta itu dijual dan hasil bersih daripada penjualan itu hendaklah, apabila dituntut, dibayar kepada orang yang berhak kepadanya. (4) Jika orang yang berhak kepada pemilikan harta itu tidak ada di Malaysia dan harta itu mengikut tabiinya lekas rosak atau Majistret yang kepadanya penyitaan itu dilaporkan berpendapat bahawa penjualannya adalah berfaedah kepada pemunyanya atau bahawa nilai harta itu kurang daripada lima puluh ringgit, Majistret itu boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya harta itu dijual dan subseksyen 131(4) hendaklah terpakai bagi hasil bersih daripada penjualan itu. (5) Jika orang yang berhak kepada harta itu tidak diketahui, Majistret boleh mengarahkan supaya harta itu ditahan dalam jagaan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya. (6) Walau apa pun subseksyen (5), jika orang yang berhak kepada harta itu tidak diketahui dan ditunjukkan sehingga Majistret berpuas hati bahawa harta itu tidak mempunyai nilai yang ketara, atau bahawa nilainya sebegitu kecil sehingga, pada pendapat Majistret itu, menjadikan tidak praktik harta itu dijual, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 131, atau menjadikan penahanannya dalam jagaan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya tidak munasabah memandangkan belanja atau kesulitan yang akan disebabkan olehnya, Majistret boleh memerintahkan supaya harta itu dimusnahkan atau dilupuskan selainnya, sama ada apabila habis tempoh selepas penyiaran pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen 131(1) sebagaimana yang ditentukan olehnya atau dengan segera sebagaimana yang difikirkannya patut. 90 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Tatacara berkenaan dengan harta yang ditahan dalam jagaan Pegawai Penyiasat 131. (1) Jika seseorang Majistret telah mengarahkan di bawah subseksyen 130(5) bahawa apa-apa harta yang disita hendaklah ditahan dalam jagaan seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya, maka Pengerusi yang bertindak bagi pihak Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan pemberitahuan awam yang menyatakan barang yang membentuk harta itu dan menghendaki mana-mana orang yang mempunyai apa-apa tuntutan supaya membuat tuntutan dalam masa enam bulan dari tarikh pemberitahuan awam itu. (2) Tiap-tiap pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah, jika nilai harta itu lima puluh ringgit atau lebih, disiarkan dalam Warta. (3) Jika dalam masa tiga bulan dari penyiaran pemberitahuan di bawah subseksyen (1) tiada seorang pun membuktikan tuntutan terhadap harta itu, dan jika orang yang dalam pemilikannya harta itu telah ditemui tidak dapat menunjukkan bahawa harta itu telah diperolehnya dengan sah, harta itu boleh, selepas habis tempoh tiga bulan itu, dijual atas perintah Pengerusi yang bertindak bagi pihak Suruhanjaya. (4) Jika dalam tempoh enam bulan dari penyiaran pemberitahuan di bawah subseksyen (1) tiada seorang pun membuktikan tuntutan terhadap harta itu, pemunyaan harta itu, atau, jika dijual, hasil bersih daripada penjualan itu, hendaklah apabila habis tempoh enam bulan itu berpindah kepada dan menjadi terletak hak pada Kerajaan Persekutuan. (5) Jika harta yang disebut dalam subseksyen (1) mengikut tabiinya lekas rosak atau Pengerusi yang bertindak bagi pihak Suruhanjaya berpendapat bahawa nilai harta itu kurang daripada lima puluh ringgit atau jika penjagaannya melibatkan belanja dan kesulitan yang tidak munasabah, harta itu boleh dijual pada bila-bila masa, dan subseksyen (1), (2), (3) dan (4) hendaklah, seberapa yang praktik, terpakai bagi hasil bersih penjualan itu sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi harta itu. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 91 Penyerahan dokumen perjalanan 132. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang, yang menjadi hal perkara sesuatu penyiasatan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah sesuatu undang-undang sekuriti yang disyaki telah dilakukan oleh orang itu, mungkin meninggalkan Malaysia, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu, dengan kelulusan Suruhanjaya, boleh dengan notis bertulis menghendaki orang itu menyerahkan perakuan pengenalan, pasport atau permit keluarnya, atau apa-apa dokumen perjalanan lain yang dimilikinya. (2) Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan mengikut cara yang ditentukan dalam seksyen 134. (3) Seseorang yang padanya notis di bawah subsekyen (1) telah disampaikan hendaklah mematuhi notis itu dengan segera, dan jika tidak dia boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan Majistret. (4) Jika seseorang dibawa ke hadapan Majistret di bawah subsekyen (3), Majistret itu hendaklah, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati Majistret itu bahawa dia tidak memiliki dokumen perjalanan, dengan waran mengkomitkannya ke penjara— (a) sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh pengkomitannya; atau (b) sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut yang mana-mana yang berlaku dahulu. (5) Bagi maksud subseksyen (4), suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu sudah mematuhi notis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi waran yang mencukupi untuk Penguasa Penjara melepaskan orang itu. 92 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (6) Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, melalui notis yang dikeluarkan kepada mana- mana Pegawai Imigresen, meminta supaya mana-mana orang yang merupakan subjek suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang sekuriti dihalang daripada meninggalkan Malaysia. (7) Pegawai imigresen, apabila diberitahu mengenai suatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (6), boleh menghendaki orang yang merupakan subjek suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang sekuriti supaya menyerahkan kad pengenalan, pasport atau permit keluarnya, atau apa- apa dokumen perjalanan lain dalam pegangannya kepada Pegawai Imigresen itu. (8) Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan buang negeri atau imigresen, “pegawai imigresen” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]. (9) Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan terhadap Kerajaan, seseorang pegawai imigresen, seseorang pegawai Suruhanjaya, seseorang pegawai awam atau mana-mana orang lain, berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan di bawah seksyen ini. Kemasukan dengan kekerasan 133. (1) Bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah perenggan 128(1)(b) seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh memasuki mana-mana tempat atau bangunan dengan kekerasan, jika perlu. (2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh memasuki mana-mana premis dengan menggunakan kekerasan tanpa waran geledah daripada Majistret melainkan jika dia mempunyai sebab yang munasabah untuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 93 mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah, apa-apa barang, artikel, bahan, benda, akaun, buku atau dokumen lain yang disebut dalam perenggan 128(1)(b) akan diganggu atau dimusnahkan atau tujuan mana-mana kemasukan itu mungkin terkecewa. Kuasa untuk memanggil orang untuk diperiksa 134. (1) Jika seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang menjalankan penyiasatan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti mengesyaki atau mempercayai atas sebab-sebab yang munasabah bahawa mana-mana orang dapat memberikan maklumat yang berkaitan dengan perkara yang sedang disiasat olehnya, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu boleh dengan notis bertulis menghendaki orang itu— (a) memberi Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu segala bantuan yang munasabah berkaitan dengan penyiasatan itu; dan (b) hadir di hadapan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang tertentu atau Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang tertentu untuk diperiksa secara lisan. (1A) Seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1). (2) Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya dan untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan, dan tidaklah boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa soalan itu mungkin menunjukkan bahawa dia bersalah. 94 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (3) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah dituliskan atau direkodkan dan yang kemudiannya dituliskan dan hendaklah ditandatangani sendiri oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu: Dengan syarat bahawa jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau mengecapkan cap jarinya atas pernyataan itu, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya hendaklah mengendorskan pada pernyataan itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu. (3A) Dalam suatu pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1), seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya atau Pegawai- Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang memeriksa orang itu boleh melakukan mana-mana satu atau kedua-duanya yang berikut: (a) memberikan arahan tentang siapa yang boleh hadir semasa pemeriksaan itu, atau semasa mana-mana bahagian pemeriksaan itu; (b) merekodkan pemeriksaan itu atau mana-mana bahagian pemeriksaan itu dengan rakaman audio atau visual atau kombinasi kedua-duanya. (4) Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana Mahkamah. (5) Mana-mana orang yang— (a) tidak hadir di hadapan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1); (b) enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) atau mengabaikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 95 untuk memberikan apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia mempunyai kuasa untuk memberikan; (c) dengan disedarinya, memberi Pegawai Penyiasat Suruhanjaya maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material; (d) menghalang seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya dalam menjalankan penyiasatan di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dihukum dengan denda yang tidak melebihi satu juta atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (6) Bagi maksud seksyen ini dan mana-mana peruntukan lain Bahagian V, apa-apa notis yang diberikan hendaklah, sekiranya boleh dilaksanakan, disampaikan sendiri kepada orang yang dinyatakan dalam notis tersebut. (7) Dalam hal suatu perbadanan, notis itu boleh disampaikan kepada setiausaha atau pegawai lain perbadanan itu atau kepada mana- mana orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal perbadanan itu. (8) Jika orang yang dinyatakan dalam suatu notis yang diberikan di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan lain Bahagian V tidak boleh dijumpai selepas menjalankan usaha yang wajar, notis itu boleh disampaikan dengan meninggalkan suatu salinan notis tersebut untuk orang itu dengan ahli keluarganya yang dewasa atau dengan pembantu rumahnya yang tinggal dengannya. (9) Apabila orang yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang diberikan di bawah seksyen ini atau mana-mana peruntukan lain Bahagian V tidak boleh dijumpai selepas menjalankan usaha yang wajar, dan penyampaian tidak dapat dilakukan sebagaimana yang diarahkan oleh subseksyen (6) atau (8), suatu salinan notis itu hendaklah ditampalkan di suatu bahagian rumah itu yang mudah dilihat atau mana-mana tempat lain yang lazimnya didiami oleh orang 96 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 yang dinyatakan dalam notis itu, dan dalam hal sedemikian notis hendaklah disifatkan telah disampaikan sewajarnya. (10) Sekiranya atas penyiasatan yang dibuat di bawah undang- undang sekuriti Pegawai Penyiasat Suruhanjaya mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi atau alasan yang munasabah untuk menaruh syak yang mewajarkan permulaan atau penerusan apa- apa prosiding terhadap mana-mana orang, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya boleh menghendaki pengadu, sekiranya ada, dan sekian bilangan orang yang didapati oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya itu mengetahui hal keadaan kes itu sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya, untuk menyempurnakan suatu bon untuk hadir ke Mahkamah yang dinamakan dalamnya dan untuk memberikan keterangan dalam prosiding itu. (11) Sekiranya mana-mana pengadu atau orang yang disebut dalam subsekyen (10) enggan menyempurnakan suatu bon di bawah subseksyen itu, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya hendaklah melaporkan keengganan itu kepada Mahkamah yang boleh kemudiannya mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran atau saman bagi menjamin kehadiran pengadu atau orang itu di hadapannya untuk memberikan keterangan dalam prosiding yang berkaitan. Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod 135. Mana-mana orang yang— (a) memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; (b) menyebabkan orang lain memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau (c) menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar keluar dari Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 97 apa-apa dokumen, rekod atau akaun dengan niat untuk memfraud mana-mana orang, atau untuk mencegah, melengahkan atau menghalang penjalanan suatu pemeriksaan, pengauditan atau penyiasatan, atau penjalanan mana-mana fungsi atau kuasa di bawah undang-undang sekuriti melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit. BAHAGIAN VI AM Penjalanan pendakwaan 136. (1) Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan kebenaran secara bertulis daripada Pendakwa Raya. (2) (Dipotong oleh Akta A1041). Penalti am 137. (1) Mana-mana orang yang melanggar kehendak atau mana- mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan. (2) Jika tiada penalti diperuntukkan secara nyata bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, seseorang yang bersalah atas kesalahan itu apabila disabitkan boleh dihukum dengan denda yang tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya; dan dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah itu, sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan dalam subsekyen ini, boleh dihukum dengan denda harian yang tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 98 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 138. (1) Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu hendaklah dihukum hanya dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. (2) Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang semasa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai, pekerja, wakil atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar bagi mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dalam sifat itu dan segala hal keadaan. (3) Jika seseorang yang merupakan pekerja sesuatu pertubuhan perbadanan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan sebagai melanggar peruntukan itu. (4) Bagi maksud seksyen ini, “pegawai”, berhubung dengan seseorang pengarah sesuatu perbadanan, termasuklah— (a) seseorang yang menjawat atau memangku jawatan pengarah perbadanan itu, dengan apa jua nama digelar, dan sama ada atau tidak dilantik secara sah untuk menjawat atau diberi kuasa sewajarnya untuk memangku jawatan itu; (b) seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya pengarah perbadanan itu pada lazimnya bertindak; dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 99 (c) sekiranya perbadanan itu diperbadankan di luar Malaysia— (i) seorang anggota lembaga perbadanan itu; (ii) seseorang yang menjawat atau memangku jawatan pengarah lembaga perbadanan itu, dengan apa jua nama digelar, dan sama ada atau tidak dilantik secara sah untuk menjawat atau diberi kuasa sewajarnya untuk memangku jawatan itu; dan (iii) seseorang yang mengikut arahan atau anggota lembaga perbadanan itu pada lazimnya bertindak. Pengkompaunan kesalahan 139. (1) Pengerusi Suruhanjaya boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menerima daripada orang yang dengan munasabah disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi apa-apa amaun yang ditetapkan. (2) Apabila jumlah wang yang disebut dalam subseksyen (1) diterima, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu dan jika apa-apa harta atau dokumen telah diambil milik harta atau dokumen itu hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan mengikut syarat-syarat pengkompaunan itu. (3) Segala jumlah wang yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. 100 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Pelindungan pemberi maklumat dan maklumat 140. (1) Jika apa-apa aduan yang dibuat oleh seseorang pegawai Suruhanjaya menyatakan bahawa aduan itu dibuat berbangkit daripada maklumat yang diterima oleh pegawai yang membuat aduan itu, maklumat yang disebut dalam aduan itu dan identiti orang yang daripadanya maklumat itu diterima hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan itu dengan orang yang memberikan maklumat itu, dan segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang yang memberikan maklumat itu dan segala hal keadaan lain yang berhubungan degan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu diberikan, tidak boleh didedahkan atau diperintahkan supaya didedahkan dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain. (2) Jika apa-apa buku, kertas atau dokumen lain, atau apa-apa rakaman tampak atau bunyi, atau benda atau bahan lain yang diberikan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain mengandungi apa-apa catatan atau benda lain yang menamakan atau memperihalkan atau menunjukkan mana-mana orang yang memberikan maklumat itu, atau yang mungkin membawa kepada penzahiran identitinya, mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan segala bahagian buku, kertas, dokumen, rakaman, benda atau bahan itu atau petikan dalamnya disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan atau selainnya dihapuskan setakat yang perlu untuk melindungi identiti orang itu daripada terzahir. (3) Mana-mana orang yang memberikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) sedangkan dia tahu bahawa maklumat itu adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 101 (4) Subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa penyiasatan, atau pendakwaan, mana-mana kesalahan di bawah subseksyen (3). Kesalahan di bawah undang-undang sekuriti ialah kesalahan boleh tangkap 141. Tiap-tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah sesuatu undang-undang sekuriti hendaklah menjadi kesalahan boleh tangkap, dan seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dan seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang dilantik di bawah subseksyen 125(1), boleh menangkap tanpa waran mana- mana orang yang disyaki dengan munasabah olehnya telah melakukan atau sedang melakukan mana-mana kesalahan sedemikian. Kewajipan Pegawai Penyiasat untuk menyerahkan orang yang ditangkap kepada polis 142. Jika seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya yang dilantik di bawah subseksyen 125(1) membuat penangkapan di bawah seksyen 141 dia hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang yang ditangkap itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah bagi penahanan di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah seolah-olah dia telah ditangkap oleh pegawai polis. Penahanan orang yang ditangkap 143. Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang Majistret yang membenarkan penahanan seseorang yang ditangkap di bawah seksyen 141 hendaklah membenarkan penahanan orang yang ditangkap itu dalam jagaan polis. 102 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Pekhidmat awam dan pegawai awam 144. (1) Semua anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Suruhanjaya semasa menunaikan tugas mereka sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen berkenaan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan dan pegawai awam bagi maksud Akta Keterangan 1950 [Akta 574] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Pendakwa Raya. (2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan, dan pegawai awam bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan 1950 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Pendakwa Raya. Kuasa untuk mengguna khidmat 145. Suruhanjaya boleh, sama ada secara am atau dalam sesuatu perkara tertentu, menguna-khidmat, di bawah terma dan syarat guna khidmat yang ditentukan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa, mana-mana orang yang bukannya pegawai Suruhanjaya untuk memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan atau ditentukan oleh Suruhanjaya berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya, atau penunaian kewajipannya di bawah undang-undang sekuriti, atau untuk melaksanakan fungsi atau menunaikan kewajipan itu bagi pihak dan atas nama Suruhanjaya. Kuasa untuk mengkaji semula 146. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam undang-undang sekuriti, mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Suruhanjaya boleh merayu kepada Suruhanjaya untuk mengkaji semula keputusannya. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 103 (2) Sesuatu rayuan kepada Suruhanjaya untuk mengkaji semula keputusannya sendiri hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari selepas orang yang terkilan itu diberitahu tentang keputusan itu. Keputusan Menteri atau Suruhanjaya adalah muktamad 147. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam undang-undang sekuriti— (a) apa-apa keputusan yang dibuat oleh Menteri di bawah undang-undang sekuriti, sama ada suatu keputusan asal olehnya atau suatu keputusan Suruhanjaya yang dirayu kepadanya; atau (b) apa-apa keputusan oleh Suruhanjaya di bawah undang- undang sekuriti yang dibuat berikutan daripada suatu rayuan untuk mengkaji semula keputusan asalnya, adalah muktamad. Obligasi kerahsiaan 148. (1) Tertakluk kepada seksyen 124 Akta Keterangan 1950, orang- orang yang ditentukan dalam subseksyen (2) tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperoleh olehnya semasa menjalankan fungsinya dan yang tidak disiarkan mengikut undang-undang sekuriti, melainkan— (a) jika penzahiran itu dibenarkan di bawah suatu peruntukan undang-undang sekuriti; (b) bagi maksud membantu atau membolehkan Suruhanjaya dalam menjalankan fungsinya di bawah undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain; 104 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (c) dalam mana-mana prosiding jenayah dan sivil oleh atau terhadap Suruhanjaya; atau (d) jika penzahiran itu dibenarkan oleh Suruhanjaya. (2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi orang yang berikut: (a) seorang anggota— (i) Suruhanjaya; (ii) Majlis Penasihat Syariah; (iii) Lembaga Pemantauan Audit; atau (iv) Lembaga Dana Pembangunan Pasaran Modal; (b) seorang anggota mana-mana jawatankuasa Suruhanjaya, Majlis Penasihat Syariah, Lembaga Pemantauan Audit atau Lembaga Dana Pembangunan Pasaran Modal; (c) seorang pegawai atau ejen Suruhanjaya; atau (d) seseorang yang menghadiri mana-mana mesyuarat— (i) Suruhanjaya; (ii) mana-mana jawatankuasa Suruhanjaya; (iii) Majlis Penasihat Syariah; (iv) Lembaga Pemantauan Audit; (v) Lembaga Dana Pembangunan Pasaran Modal. (3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 105 Penzahiran yang dibenarkan dalam suatu prosiding penguatkuasaan sivil 148A. (1) Dalam mana-mana prosiding penguatkuasaan sivil oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh diperintahkan untuk memberikan penzahiran atau mengemukakan untuk pemeriksaan di bawah Perintah 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012] dokumen yang berikut yang telah atau berada dalam milikan, jagaan atau kuasa Suruhanjaya hasil daripada pelaksanaan atau penjalanan oleh Suruhanjaya mana-mana fungsinya di bawah undang-undang sekuriti: (a) apa-apa dokumen yang dikeluarkan secara sukarela atau didedahkan oleh defendan kepada Suruhanjaya menurut penjalanan kuasa Suruhanjaya di bawah undang-undang sekuriti; (b) apa-apa dokumen yang disita daripada defendan atau pegawai atau ejennya menurut seksyen 128; (c) apa-apa senarai yang disediakan oleh Suruhanjaya dan ditandatangani oleh defendan atau pegawai atau ejennya menurut seksyen 129; (d) apa-apa surat-menyurat antara Suruhanjaya dengan defendan atau peguam cara atau ejennya; (e) apa-apa pernyataan oleh defendan yang direkodkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 31x dan 134; (f) apa-apa notis yang disampaikan kepada defendan di bawah subseksyen 31x(1), 128(5) dan 134(1); (g) maklumat dagangan yang berhubungan dengan aktiviti dagangan defendan yang Suruhanjaya bergantung atau akan bergantung kepadanya dalam prosiding sivil itu; dan 106 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (h) apa-apa dokumen yang Suruhanjaya berniat untuk mengemukakan di dalam prosiding sivil itu. (2) Suruhanjaya tidak boleh diperintahkan untuk memberi penzahiran atau mengemukakan untuk pemeriksaan di bawah Perintah 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 apa-apa dokumen selain yang tersenarai dalam subseksyen (1) melainkan jika mahkamah berpendapat bahawa terdapat alasan yang kukuh dan luar biasa dan tidak menjejaskan kepentingan awam, untuk memerintahkan Suruhanjaya untuk memberi penzahiran atau mengemukakan untuk pemeriksaan dokumen itu. (3) Mahkamah tidak boleh membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan dokumen yang berikut: (a) apa-apa dokumen, selain dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), yang berada atau telah berada dalam milikan, jagaan atau kuasa Suruhanjaya hasil daripada pelaksanaan atau penjalanan oleh Suruhanjaya apa-apa fungsi penyeliaan dan penguatkuasaannya atau kuasanya di bawah undang-undang sekuriti; (b) aduan, laporan atau permintaan yang diterima oleh Suruhanjaya untuk menyiasat atau memberikan bantuan bagi apa-apa kemungkinan atau dakwaan pelanggaran undang-undang sekuriti; (c) dokumen dalaman Suruhanjaya; (d) apa-apa surat-menyurat atau komunikasi antara Suruhanjaya dengan— (i) mana-mana pegawai awam; (ii) mana-mana badan berkanun; (iii) mana-mana pihak berkuasa penyeliaan asing; Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 107 (iv) mana-mana bursa saham, bursa derivatif, pasaran diiktiraf, pusat penjelasan atau depositori pusat; (v) mana-mana orang yang dilantik oleh Suruhanjaya untuk membantu siasatannya; atau (vi) mana-mana orang yang telah memfailkan atau membuat suatu aduan, laporan atau permintaan kepada Suruhanjaya menurut perengan (b); (e) apa-apa dokumen atau salinan dokumen itu, yang dihantar kepada atau diterima oleh Suruhanjaya daripada, orang yang ditentukan di bawah perenggan (d); dan (f) semua pernyataan yang direkodkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 31x dan 134 selain pernyataan yang direkodkan daripada defendan.
Part document.segment-4
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 4
- document.segment-4 Verify source ↗
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 4
AI-assisted research summary: This provision protects some Commission information from disclosure, lets the Commission share or publish information in specified cases, and gives the Commission and Minister several enforcement and regulatory powers.
(4) Seksyen ini hendaklah terpakai dan mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun apa-apa yang tidak selaras, atau yang berlawanan dengannya, yang terkandung dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 atau mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa kaedah undang- undang atau amalan yang berhubungan dengan penzahiran dan pemeriksaan dokumen dalam prosiding sivil. Kerahsiaan maklumat penyeliaan 148B. (1) Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 148, jika Suruhanjaya mengeluarkan apa-apa dokumen atau maklumat berhubung dengan— (a) apa-apa perkadaran yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada; atau (b) apa-apa penilaian penyeliaan yang dibuat oleh Suruhanjaya ke atas, 108 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 mana-mana orang yang ditentukan di bawah subseksyen 126(1), orang itu, atau mana-mana pengarah, pegawai atau juruauditnya tidak boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain, melainkan jika dibenarkan oleh Suruhanjaya. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya. Bantuan kepada polis atau pegawai awam yang lain 149. Walau apa pun seksyen 148, Suruhanjaya boleh, atas inisiatifnya sendiri atau atas permintaan pegawai awam— (a) membekalkan kepada seorang pegawai polis atau mana- mana pegawai awam yang lain suatu salinan mana-mana buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 128 atau mana-mana rekod pemeriksaan yang dibuat di bawah seksyen 134, atau mana-mana pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen 134(3), atau mana-mana buku atau dokumen lain yang dikemukakan di bawah subseksyen 128(2), atau selainnya dalam perjalanan mana-mana pemeriksaan di bawah seksyen 134, dan pegawai polis atau pegawai awam yang lain itu boleh menggunakan salinan buku, pernyataan, rekod atau dokumen lain itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubungan dengan penjalanan kuasa-kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau (b) membenarkan seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam yang lain untuk mendapatkan akses kepada dan memeriksa mana-mana harta, buku, dokumen lain, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, di tahan atau diambil milik oleh, seorang Pegawai Penyiasat di bawah undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 109 sekuriti, dan pegawai polis atau pegawai awam yang lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang didapati melalui akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat berhubungan dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang. Bantuan kepada dan kerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan asing 150. (1) Walau apa pun mana-mana peruntukan yang berlawanan di bawah undang-undang sekuriti, Suruhanjaya boleh, apabila menerima permintaan bertulis daripada sesuatu pihak berkuasa penyeliaan asing bagi bantuan untuk menyiasat sesuatu pelanggaran yang dikatakan terhadap sesuatu kehendak undang-undang atau pengawalseliaan yang dikuatkuasakan atau ditadbirkan oleh pihak berkuasa penyeliaan asing itu, memberikan bantuan kepada pihak berkuasa penyeliaan asing itu dengan menjalankan penyiasatan terhadap pelanggaran yang dikatakan terhadap kehendak undang-undang atau pengawalseliaan itu itu atau memberikan apa-apa bantuan lain kepada pihak berkuasa penyeliaan asing itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. (2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 150A “pihak berkuasa penyeliaan asing” ertinya pihak berkuasa asing yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan fungsi Suruhanjaya di bawah suatu undang-undang sekuriti atau mana-mana orang di luar Malaysia yang menjalankan fungsi pengawalseliaan dan yang berkenaan dengannya Suruhanjaya berpendapat adalah wajar dan perlu diberikan bantuan demi kepentingan awam. (3) Bagi maksud subseksyen (1), peruntukan Bahagian V hendaklah, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu, terpakai dan mempunyai kuat kuasa sewajarnya seolah-olah pelanggaran kehendak undang-undang atau pengawalseliaan itu ialah suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang sekuriti. 110 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (4) Pada menentukan sama ada adalah demi kepentingan awam bantuan diberikan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah memberikan perhatian kepada— (a) sama ada pihak berkuasa penyeliaan itu akan membayar kepada Suruhanjaya apa-apa kos dan belanja yang dilakukan bagi memberikan bantuan kepada pihak berkuasa penyeliaan asing itu; dan (b) sama ada pihak berkuasa penyeliaan asing itu akan dapat dan sanggup memberikan bantuan bersaling di dalam bidang kuasanya sebagai menyambut permintaan yang bersamaan daripada Suruhanjaya bagi bantuan. Kebolehterimaan keterangan yang diperoleh melalui bantuan daripada pihak berkuasa penyeliaan asing 150A. (1) Jika seseorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya semasa penyiasatannya memperoleh keterangan, lisan atau dokumentar, melalui bantuan yang diperoleh daripada pihak berkuasa penyeliaan, keterangan itu boleh diterima sebagai keterangan prima facie. (2) Dalam seksyen ini, suatu salinan keterangan dokumentari tidak boleh diterima sebagai keterangan melainkan jika orang yang mempunyai jagaan atau kawalan dokumen itu mengesahkan bahawa dia telah memeriksa dan menentusahkan salinan dokumen itu dengan yang asal. (3) Walau apa pun subseksyen (2), jika dokumen asal tidak dijumpai atau hilang, adalah mencukupi bagi orang yang mempunyai jagaan atau kawalan dokumen itu menyatakan secara lisan atau dalam suatu afidavit yang diberikan di bawah seksyen ini bahawa dia telah membuat usaha yang munasabah untuk mengesan dokumen asal dan sesudah itu salinan dokumen itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai dokumen itu dalam mana-mana prosiding undang-undang. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 111 (4) Keterangan lisan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan prima facie jika orang yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa penyeliaan asing itu— (a) merekodkan keterangan lisan itu sama ada secara bertulis, dengan cara rakaman audio atau visual atau kombinasi kedua-duanya, mengesahkan dalam suatu afidavit bahawa keterangan lisan yang telah direkodkan itu adalah direkod daripada seseorang yang tahu akan hal keadaan kes itu dan perekodan keterangan lisan itu telah dibuat menurut undang-undang yang dikuatkuasakan atau ditadbirkan oleh pihak berkuasa penyeliaan asing itu; atau (b) memperoleh suatu afidavit yang disahkan oleh seseorang yang mengetahui hal keadaan kes itu. (5) Suatu afidavit di bawah seksyen ini tidak boleh diterima sebagai keterangan prima facie melainkan jika ia diangkat sumpah atau disahkan— (a) di Republik Singapura, di hadapan mana-mana Hakim, Hakim Daerah, Penolong Hakim Daerah, Pendaftar, Timbalan Pendaftar, polis, Majistret atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa untuk mengambil afidavit melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Republik Singapura; (b) di England, Scotland, Ireland atau Kepulauan Channel atau di mana-mana tanah jajahan, pulau atau tempat di bawah pengurusan atau bidang kuasa atau perlindungan Baginda Ratu Britain, di hadapan mana-mana Hakim, Mahkamah, Notari Awam atau orang lain yang secara sah diberi kuasa untuk mentadbirkan sumpah; atau (c) di mana-mana tempat lain, di hadapan mana-mana pegawai yang menjalankan fungsi konsular bagi pihak Malaysia. 112 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (6) Mahkamah hendaklah mengambil pengiktirafan kehakiman terhadap meterai atau tandatangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mana-mana Hakim, Mahkamah, Notari Awam, Konsular, Naib Konsular atau orang lain yang meterai atau tandatangannya dilampirkan atau diturunkan pada mana-mana afidavit. Kebolehterimaan pernyataan dan dokumen orang yang sudah mati atau tidak dapat dikesan, dsb. 150B. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti— (a) apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya semasa sesuatu penyiasatan di bawah undang-undang sekuriti; dan (b) apa-apa dokumen, atau salinan apa-apa dokumen, yang disita daripada mana-mana orang oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya pada menjalankan kuasanya di bawah atau menurut kuasa undang-undang sekuriti, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu, atau orang yang daripadanya dokumen itu telah disita, sudah mati, atau tidak dapat dikesan atau ditemui, atau yang sudah menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah. 151. (Dipotong oleh Akta A1489). Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 113 Peruntukan keterangan 151A. Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil, apa-apa— (a) pernyataan yang berupa ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana orang lain yang kuasa telah diwakilkan kepadanya di bawah seksyen 17, yang menjadi sebahagian daripada atau yang dilampirkan kepada mana-mana surat, daftar, rekod atau dokumen, dengan apa jua cara dinyatakan, diperihalkan atau digambarkan; atau (b) minit mesyuarat yang dibuat oleh Lembaga, Lembaga Pemantauan Audit, atau mana-mana jawatankuasa Lembaga atau Lembaga Pemantauan Audit, sekiranya ditandatangani, boleh diterima sebagai keterangan prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya. Penzahiran maklumat kepada Suruhanjaya 152. (1) Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis, menghendaki mana-mana orang untuk menzahirkan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam notis itu yang difikirkan sesuai olehnya bagi pentadbiran wajar undang-undang sekuriti. (2) Jika apa-apa maklumat dikehendaki untuk dizahirkan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1), orang yang kepadanya notis itu ditujukan tidak boleh— (a) menzahirkan atau menyebabkan dizahirkan apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan; 114 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (b) menzahirkan atau menyebabkan dizahirkan apa-apa maklumat yang dalamnya terdapat suatu ketinggalan yang material; atau (c) terlibat dalam, atau membantu, atau bersubahat, dalam perlakuan yang dia tahu adalah mengelirukan atau memperdayakan atau yang mungkin mengelirukan atau memperdayakan Suruhanjaya. (3) Tanpa menjejaskan subseksyen (2), jika orang yang disebut dalam subsekyen (1) menyedari bahawa— (a) apa-apa maklumat yang dizahirkan kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) adalah palsu atau mengelirukan; (b) apa-apa maklumat yang dizahirkan kepada Suruhanjaya di bawah subsekyen (1) adalah maklumat yang dalamnya terdapat ketinggalan yang material; atau (c) perlakuan orang itu mengelirukan atau memperdayakan atau mungkin mengelirukan atau memperdayakan Suruhanjaya, orang itu hendaklah memberitahu Suruhanjaya mengenai hakikat itu dan hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dihukum dengan denda yang tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Kuasa Suruhanjaya untuk menyiarkan maklumat 152A. (1) Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur dan mengikut apa-apa bentuk atau cara yang difikirkannya patut, menyiarkan apa-apa maklumat berhubung dengan— Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 115 (a) pemberian, peluputan, pembatalan atau penggantungan sesuatu kelulusan, lesen atau pengecualian yang diberikan di bawah undang-undang sekuriti kepada mana-mana orang; (b) apa-apa keputusan yang dikeluarkan di bawah undang- undang sekuriti; (c) apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 354, 355 atau 356 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; (d) suatu perintah oleh mahkamah di bawah seksyen 360 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; (e) pengkompaunan apa-apa kesalahan— (i) di bawah undang-undang sekuriti; atau (ii) di bawah mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau undang- undang mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia; (f) apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang dibawa— (i) di bawah undang-undang sekuriti terhadap mana- mana orang dan keputusan mana-mana prosiding itu, termasuk apa-apa penyelesaian, sama ada di dalam atau di luar mahkamah; atau (ii) di bawah mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau undang- undang mana-mana wilayah atau negara di luar Malaysia, terhadap mana-mana orang dan keputusan mana-mana prosiding, termasuk apa- apa penyelesaian, sama ada di dalam atau di luar mahkamah; 116 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (fa) apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 125 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; (fb) apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 220 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau (g) apa-apa tindakan atau langkah lain yang boleh diambil oleh Menteri, Suruhanjaya, sesuatu bursa saham, bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan terhadap mana- mana orang. 153. (Dipotong oleh Akta A1305). Pegawai Suruhanjaya boleh mewakili Suruhanjaya dalam prosiding sivil 154. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis— (a) dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Suruhanjaya; atau (b) dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh Mahkamah untuk diwakili atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa oleh Pengerusi bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, memulakan prosiding itu atau hadir sebagai seorang peguam bela dalamnya, dan boleh membuat apa-apa kehadiran dan permohonan dan menjalankan semua tindakan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya. 155. (Dipotong oleh Akta A1305). Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 117 156. (Dipotong oleh Akta A1305). Percubaan, persubahatan dan berkomplot 157. Seseorang yang— (a) cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; (b) melakukan apa-apa perbuatan untuk membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau (c) bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditafsirkan dalam Kanun Keseksaan) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya, melakukan kesalahan itu dan hendaklah dihukum dengan atau boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan 158. (1) Suruhanjaya boleh, secara amnya berkenaan dengan mana-mana undang-undang sekuriti atau berkenaan dengan mana- mana peruntukan tertentu mana-mana undang-undang sekuriti, mengeluarkan apa-apa notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan yang difikirkan elok oleh Suruhanjaya. (2) Tertakluk kepada Akta ini atau melainkan jika niat sebaliknya dinyatakan dengan jelas, Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang yang baginya mana-mana notis bertulis, surat pekeliling, syarat atau garis panduan terpakai untuk melaksanakan semua notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya. (3) (Dipotong oleh Akta A1305). 118 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (4) Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak melaksanakan mana-mana notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh, selepas memberikan peluang yang munasabah kepada orang itu untuk didengar, mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. (5) (Dipotong oleh Akta A1305). (6) (Dipotong oleh Akta A1305). (7) (Dipotong oleh Akta A1305). (8) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang Suruhanjaya daripada mengambil apa-apa tindakan yang Suruhanjaya diberikan kuasa untuk mengambil di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti terhadap orang yang gagal untuk melaksanakan mana-mana notis bertulis, pekeliling, syarat atau garis panduan. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 159. (1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat untuk— (a) memberikan kesan sepenuhnya kepadap peruntukan undang-undang sekuriti; (b) menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud undang- undang sekuriti; atau (c) melaksanakan selanjutnya, dengan lebih baik atau lebih mudah mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan boleh dibuat untuk memperuntukkan ketidakpakaian mana- mana peruntukan undang-undang sekuriti ke atas mana-mana orang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 119 yang ditentukan atau mana-mana orang yang merupakan anggota suatu golongan orang yang ditentukan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan. Kuasa untuk meminda Jadual 159A. (1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah atau menggantikan, atau selainnya meminda mana-mana jadual dalam Akta ini. (2) Menteri dalam mengubah, memotong, menambah atau menggantikan mana-mana jadual yang dirujuk dalam subsekyen (1) boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya perlu. (3) Dalam membuat perintah di bawah subsekyen (1), Menteri hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan awam. Kekebalan 160. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap— (a) Suruhanjaya; (b) mana-mana orang yang merupakan atau pernah menjadi— (i) seorang anggota Lembaga, Majlis Penasihat Syariah, Lembaga Pemantauan Audit, Dana Pembangunan Pasaran Modal atau Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal, atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya, Majlis Penasihat Syariah, Lembaga Pemantauan 120 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Audit, Dana Pembangunan Pasaran Modal atau Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal; atau (ii) seorang pegawai Suruhanjaya; atau (c) mana-mana orang yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 145, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat, ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat oleh orang yang ditentukan dalam perenggan (a), (b) atau (c), dalam melaksanakan fungsi mereka, dalam melaksanakan undang-undang sekuriti atau dalam menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan, sama ada secara nyata atau tersirat oleh atau di bawah mana-mana undang-undang sekuriti: Dengan syarat bahawa apa-apa perbuatan, pernyataan, pelaksanaan fungsi atau penjalanan kuasa itu dilakukan atau dibuat dengan suci hati. Kuasa mengeluarkan arahan bagi menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan di bawah Ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 160A. (1) Jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memutuskan, menurut Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, mengenai langkah yang hendaklah diambil bagi memberi kuat kuasa kepada mana-mana keputusannya dan menghendaki Kerajaan Malaysia supaya menerima pakai langkah itu, Suruhanjaya boleh, berhubung dengan langkah itu yang dalam fungsi Suruhanjaya, mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang yang dilesenkan, didaftarkan, diluluskan, diiktiraf atau diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang sekuriti, bagi membolehkan langkah itu diterima pakai dengan berkesan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 121 (2) Suatu arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada arahan untuk membekukan akaun sekuriti, wang dan aset. (3) Seseorang yang baginya suatu arahan dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atas orang itu oleh mana-mana kontrak atau undang-undang atau perjanjian antarabangsa. (4) Seseorang yang menjalankan apa-apa tindakan sebagai mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), tidak boleh dikira sebagai melanggar mana-mana kontrak atau undang- undang atau perjanjian antarabangsa itu. (5) Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar sebagaimana yang ditentukan dalam Ruang Ketiga Bahagian 1 Jadual 4 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. (6) Seseorang yang tidak mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan. BAHAGIAN VII PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN PERALIHAN Pemansuhan 161. Seksyen 5 dan 6 Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan seksyen 179 Akta Syarikat 1965 (dalam Bahagian ini disebut “seksyen-seksyen termansuh”) adalah dengan ini dimansuhkan. Kecualian 162. Semua peraturan, arahan, perintah dan keputusan yang dibuat di bawah atau mengikut seksyen termansuh hendaklah terus sah dan mengikat dan hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah peruntukan- 122 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 peruntukan Akta ini sehingga dipinda atau dimansuhkan atau sehingga tempohnya tamat. Keberterusan hak, liabiliti dsb. di bawah seksyen termansuh 163. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperolehi atau terakru di bawah seksyen-seksyen termansuh atau apa-apa prosiding atau remedi undang-undang berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidaklah tersentuh dan mana-mana prosiding atau remedi undang-undang itu boleh dimulakan, diteruskan atau dikuatkuasakan seolah-olah Akta ini telah tidak dibuat. (2) Semua permohonan yang belum selesai di bawah seksyen- seksyen termansuh hendaklah diuruskan di bawah Akta ini oleh Suruhanjaya seolah-olah permohonan-permohonan itu telah dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini. Keberterusan prosiding jenayah dan sivil 164. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, baik seksyen-seksyen termansuh mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh mana-mana orang yang boleh didakwa atau dihukum atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen-seksyen termansuh sebelum hari ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah di bawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu. (2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang ada sebelum sahaja hari ditetapkan, oleh atau terhadap Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel Pengambilalihan dan Percantuman atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel Pengambilalihan dan Percantuman boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel Pengambilalihan dan Percantuman sebagaimana ia akan boleh diteruskan atau dimulakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 123 oleh atau terhadap Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel Pengambilalihan dan Percantuman atau orang itu sekiranya Akta ini telah tidak diluluskan. (3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap Suruhanjaya sebagaimana ia akan boleh dibawa oleh atau terhadap Jawatankuasa Terbitan Modal atau Panel Pengambilalihan dan Percantuman sekiranya Akta ini telah tidak diluluskan. Peralihan dan kecualian 165. (1) Semua perbuatan, peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan esekutif lain, walau bagaimana jua dipanggil, dibuat, diberi atau dilakukan di bawah, atau menurut, atau mengikut, peruntukan Akta Syarikat 1965 atau Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham) 1996 [P.U. (A) 439/96] sebelum permulaan kuat kuasa hendaklah, setakat yang tindakan, peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif lain itu selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan dibuat, diberi atau dilakukan di bawah, atau menurut, atau mengikut, peruntukan Akta Syarikat 1965 atau Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham) 1996 yang bersamaan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan berhubung dengan orang yang baginya tindakan, peraturan-peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan dan tindakan eksekutif itu terpakai sehingga dipinda, dibatalkan atau dimansuhkan, di bawah, menurut atau mengikut, peruntukan Akta ibu yang bersamaan sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini. (2) Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham) 1996 sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukumna 124 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 yang dikenakan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu. (3) Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Sekuriti (Skim Amanah Saham) 1966 sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, kewajipan atau tanggungan itu tidak terjejas dan apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan boleh dimulakan, diteruskan atau dikuatkuasakan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat. (4) Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh— (a) menyentuh kesahan apa-apa sekuriti atau pelaksanaan mana-mana surat ikatan amanah atau surat ikatan yang dikeluarkan atau dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; (b) terpakai berhubungan dengan seseorang penerbit, peminjam, penjamin atau pemegang amanah atau mana- mana orang lain berkenaan dengan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; atau (c) menghendaki pelantikan mana-mana pemegang amanah atau pembuatan mana-mana surat ikatan amanah berkenaan dengan mana-mana debentur yang diterbitkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, jika kehendak- kehendak demikian tidak ada sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini. (4A) Apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia atau terma debentur yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia menurut perenggan (e) Bahagian I Jadual Pertama kepada Akta Bank dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 125 Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] sebelum 1 Julai 2000 boleh, selepas 1 Julai 2000, diubah atau diubahsuaikan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 32 Akta. (5) Jika, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, sekuriti boleh diterbitkan, ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau jika suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sekuriti dibuat berasaskan kepada mana-mana prospektus yang diterbitkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, penerbit hendaklah, melainkan jika kelulusan bertulis daripada Suruhanjaya yang memberikan suatu pengecualian diperoleh, menerbitkan apa-apa prospektus tambahan dan mengambil apa-apa tindakan lain bagi memastikan bahawa terbitan, tawaran atau pelawaan itu mematuhi kehendak Akta ini. (6) Suruhanjaya boleh, melalui suatu arahan bertulis yang diberikan kepada mana-mana penerbit yang disebut dalam subseksyen (5) menentukan tindakan yang patut diambil oleh penerbit itu dan bagaimana apa-apa kerumitan yang timbul berkenaan dengan peruntukan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini boleh diatasi. (7) Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh— (a) menyentuh kesahan atau pelaksanaan apa-apa kepentingan atau surat ikatan, yang baginya Penggal 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau (b) terpakai berhubung dengan syarikat pengurusan yang baginya atau bagi pihaknya apa-apa kepentingan yang baginya Penggal 5 Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai dan yang diterbitkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau berhubung dengan pemegang amanah bagi pemegang apa-apa kepentingan sedemikian. 126 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Mencegah anomali 166. Sekiranya apa-apa kerumitan timbul mengenai peruntukan kecualian dan peralihan yang disebut terdahulu, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa pengubahsuaian kepada peruntukan itu yang didapati perlu olehnya bagi mencegah anomali: Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas luput dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 127 JADUAL 1 Bahagian 1 [Seksyen 2] (a) suatu syarikat awam tersenarai atau suatu perbadanan disenaraikan pada bursa saham; (b) suatu bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; (c) suatu penanggung insurans yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; (d) seseorang pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; (e) suatu bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; (f) suatu institusi kewangan yang ditetapkan di bawah seksyen 212 atau 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; (g) suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; (h) seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi penjalanan aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti, berniaga dalam derivatif atau pengurusan kumpulan wang; (i) suatu syarikat pemegangan bursa yang diluluskan di bawah undang- undang sekuriti; (j) suatu bursa yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti; (k) suatu depositori pusat yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti; (l) suatu pusat penjelasan yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti; (m) suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf di bawah undang-undang sekuriti; (n) suatu pentadbir skim persaraan swasta yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti; (o) suatu repositori dagangan yang diluluskan di bawah undang-undang sekuriti; (p) Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal; 128 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 (q) mana-mana orang lain yang, boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Bahagian 2 (a) suatu skim persaraan swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; (b) suatu skim unit amanah yang diluluskan, diberi kuasa atau diiktiraf oleh Suruhanjaya di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; (c) mana-mana dana pasaran modal lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. JADUAL 2 [Seksyen 31D] Peletakan jawatan 1. Seseorang anggota Lembaga Pemantauan Audit boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Suruhanjaya. Tempoh jawatan 2. (1) Seseorang pengerusi eksekutif Lembaga Pemantauan Audit hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula. (2) Seseorang anggota bukan eksekutif Lembaga Pemantauan Audit hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula selama tidak lebih daripada dua penggal. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 129 Saraan 3. Pengerusi eksekutif dan anggota bukan eksekutif Lembaga Pemantauan Audit boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Pengosongan jawatan 4. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menjadi kosong jika— (a) dia mati; (b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan; (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; atau (iv) suatu kesalahan di bawah seksyen 31G; (c) dia menjadi bankrap; (d) dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pemantauan Audit tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; atau (e) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya. (2) Jika seseorang terhenti menjadi anggota Lembaga Pemantauan Audit, Suruhanjaya boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh pelantikan anggota yang digantinya itu. (3) Lembaga Pemantauan Audit boleh bertindak walaupun terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya. 130 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Mesyuarat 5. (1) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah bermesyuarat pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh pengerusi eksekutif dari semasa ke semasa. (2) Kuorum Lembaga Pemantauan Audit ialah tiga orang. (3) Pengerusi eksekutif Lembaga Pemantauan Audit hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga Pemantauan Audit dan semasa ketidakhadirannya, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang pengerusi sementara daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat. (4) Tiap-tiap anggota yang hadir berhak mendapat satu undi dan jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga Pemantauan Audit terdapat bilangan undi yang sama banyak, pengerusi eksekutif atau pengerusi sementara hendaklah mempunyai undi pemutus. (5) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, Lembaga Pemantauan Audit boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. (6) Lembaga Pemantauan Audit hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuaratnya disengarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. JADUAL 3 (Dipotong oleh Akta A1305) JADUAL 4 (Dipotong oleh Akta A1305) JADUAL 5 (Dipotong oleh Akta A1305) 131 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 498 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 1993 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A926 Akta Suruhanjaya Sekuriti 25-11-1995; (Pindaan) 1995 kecuali seksyen 11: 01-01-1999 Akta A987 Akta Perindustrian Niaga Hadapan 16-04-1997 (Pindaan dan Penyatuan) 1997 Akta A1041 Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 01-11-1998 1998 Akta A1074 Akta Suruhanjaya Sekuriti 01-07-2000 (Pindaan) 2000 P.U. (A) 354/2000 Perintah Suruhanjaya Sekuriti 01-07-2000 (Pengubahsuaian) 2000 P.U. (A) 238/2001 Perintah Suruhanjaya Sekuriti 03-08-2001 (Pindaan Jadual 2 dan Jadual 3) 2001 P.U. (A) 239/2001 Perintah Suruhanjaya Sekuriti 03-08-2001; (Pindaan Jadual 4) 2001 kecuali subperenggan 2(c): 01-03-2001 Akta A1149 Akta Suruhanjaya Sekuriti 12-06-2002 (Pindaan) 2002 Akta A1217 Akta Suruhanjaya Sekuriti 05-01-2004 (Pindaan) 2003 P.U. (A) 373/2004 Perintah Suruhanjaya Sekuriti 04-11-2004 (Pindaan Jadual 4) 2004 P.U. (A) 343/2005 Perintah Suruhanjaya Sekuriti 16-09-2005 (Pindaan Jadual 1) 2005 132 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. (A) 344/2005 Perintah Suruhanjaya Sekuriti 16-09-2005 (Pindaan Jadual 2 dan Jadual 3) 2005 P.U.
Part document.segment-5
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 5
- document.segment-5 Verify source ↗
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 — segment 5
AI-assisted research summary: This segment is an amendment index for the Securities Commission Malaysia Act 1993, listing which sections were changed and the dates those changes took effect.
(A) 69/2006 Perintah Suruhanjaya Sekuriti 24-02-2006 (Pindaan Jadual 4) 2006 Akta A1305 Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 28-09-2007 2007 Semua peruntukan dalam Akta ini berkuat kuasa kecuali bagi seksyen 7 Akta [Akta A1305] berkaitan dengan pemotongan Bahagian 2 Bahagian IV (seksyen 33 hingga 34C) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [P.U.(B)1343/2007] 01-04-2010 Pemotongan Bahagian 2 Bahagian IV Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498] [P.U.(B)140/2010] Akta A1369 Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 01-04-2010 2010 [P.U.(B)141/2010] Akta A1403 Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 03-10-2011 2011 [P.U.(B)517/2011] Akta A1489 Akta Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 15-09-2015 2015 133 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 498 AKTA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 1993 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A926 25-11-1995 Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1217 05-01-2004 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 2A Akta A926 25-11-1995 Akta A1489 15-09-2015 2B Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 2C Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 2D Akta A1074 01-07-2000 2E Akta A1074 01-07-2000 Akta A1217 05-01-2004 2F Akta A1217 05-01-2004 2G Akta A1217 05-01-2004 Akta A1489 15-09-2015 2H Akta A1217 05-01-2004 134 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 4 Akta A1217 05-01-2004 Akta A1489 15-09-2015 4A Akta A1489 15-09-2015 4B Akta A1489 15-09-2015 5 Akta A1489 15-09-2015 6 Akta A1489 15-09-2015 7 Akta A1489 15-09-2015 8 Akta A1489 15-09-2015 9 Akta A1489 15-09-2015 10 Akta A1489 15-09-2015 11 Akta A1489 15-09-2015 13 Akta A926 25-11-1995 Akta A1489 15-09-2015 14 Akta A1489 15-09-2015 15 Akta A926 25-11-1995 Akta A987 16-04-1997 Akta A1217 05-01-2004 Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 16 Akta A926 25-11-1995 17 Akta A1149 12-06-2002 Akta A1489 15-09-2015 18 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1489 15-09-2015 18A Akta A1489 15-09-2015 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 135 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 19 Akta A926 25-11-1995 20 Akta A1489 15-09-2015 21 Akta A1489 15-09-2015 22 Akta A926 25-11-1995 Akta A1217 05-01-2004 Akta A1489 15-09-2015 22A Akta A926 25-11-1995 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 23 Akta A1489 15-09-2015 24 Akta A926 25-11-1995 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 26 Akta A1489 15-09-2015 29 Akta A1489 15-09-2015 30 Akta A1489 15-09-2015 31A Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31B Akta A1369 01-04-2010 Akta A1489 15-09-2015 31C Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31D Akta A1369 01-04-2010 Akta A1489 15-09-2015 31E Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 136 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 31EA Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31F Akta A1369 01-04-2010 31G Akta A1369 01-04-2010 31H Akta A1369 01-04-2010 31I Akta A1369 01-04-2010 31J Akta A1369 01-04-2010 31K Akta A1369 01-04-2010 31L Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31M Akta A1369 01-04-2010 31N Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31O Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31P Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31Q Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31R Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31S Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 137 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 31T Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 31U Akta A1369 01-04-2010 31V Akta A1369 01-04-2010 Akta A1489 15-09-2015 31W Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31X Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 31Y Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31Z Akta A1369 01-04-2010 Akta A1489 15-09-2015 31ZA Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 31ZB Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 31ZC Akta A1369 01-04-2010 31ZD Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 31ZE Akta A1489 15-09-2015 31ZF Akta A1489 15-09-2015 31ZG Akta A1489 15-09-2015 31ZH Akta A1489 15-09-2015 31ZI Akta A1489 15-09-2015 138 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 31ZJ Akta A1489 15-09-2015 31ZK Akta A1489 15-09-2015 31ZL Akta A1489 15-09-2015 31ZM Akta A1489 15-09-2015 31ZN Akta A1489 15-09-2015 31ZO Akta A1489 15-09-2015 31ZP Akta A1489 15-09-2015 32 Akta A926 01-01-1999 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1149 12-06-2002 Akta A1305 28-09-2007 32A Akta A926 01-01-1999 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 32B Akta A926 01-01-1999 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 33 Akta A926 01-01-1999 Akta A1305 01-04- 2010 33A Akta A926 01-01-1999 Akta A1305 01-04- 2010 33B Akta A926 01-01-1999 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 01-04- 2010 33C Akta A926 01-01-1999 Akta A1305 01-04- 2010 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 139 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 33D Akta A926 01-01-1999 Akta A1217 05-01-2004 Akta A1305 01-04-2010 33E Akta A926 01-01-1999 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 01-04-2010 34 Akta A926 01-01-1999 Akta A1305 01-04-2010 34A Akta A926 01-01-1999 Akta A1305 01-04-2010 34B Akta A926 01-01-1999 Akta A1305 01-04-2010 34C Akta A926 01-01-1999 Akta A1305 01-04-2010 35 Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1149 12-06-2002 Akta A1305 28-09-2007 35A Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 35B Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 36 Akta A926 25-11-1995 Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 36A Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 36B Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 140 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1305 28-09-2007 36C Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 36D Akta A1041 01-11-1998 Akta A107 01-07-2000 37 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 38 Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 38A Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 39 Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 39A Akta A926 25-11-1995 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 39B Akta A926 25-11-1995 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 39C Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 39D Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 39E Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 39F Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 141 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1305 28-09-2007 39G Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 40 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 41 Akta A926 25-11-1995 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1149 12-06-2002 Akta A1305 28-09-2000 42 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 42A Akta A926 25-11-1995 Akta A1074 01-07-2000 43 Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 43A Akta A926 25-11-1995 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 43B Akta A926 25-11-1995 Akta A1041 01-11-1998 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 43C Akta A926 25-11-1995 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 44 Akta A926 25-11-1995 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 44A Akta A926 25-11-1995 Akta A1305 01-07-2000 142 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 45 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1217 05-01-2004 Akta A1305 28-09-2007 46 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 47 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 48 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 49 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 50 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 51 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 52 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 53 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 54 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 55 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 56 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 57 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 58 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 59 Akta A1074 01-07-2000 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 143 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1305 28-09-2007 60 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 61 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 62 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 63 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 64 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 65 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 66 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 67 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 68 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 69 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 70 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 71 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 72 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 73 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 74 Akta A1074 01-07-2000 144 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1305 28-09-2007 75 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 76 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 77 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 78 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 79 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 80 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 81 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 82 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 83 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 84 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 85 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 86 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 87 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 88 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 89 Akta A1074 01-07-2000 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 145 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1305 28-09-2007 90 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 91 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 92 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 93 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 94 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 95 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 96 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 97 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 98 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 99 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 100 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 101 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 102 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 103 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 104 Akta A1074 01-07-2000 146 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1305 28-09-2007 105 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 106 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 107 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 108 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 109 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 110 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 111 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 112 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 113 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 114 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 115 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 116 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 117 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 118 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 119 Akta A1074 01-07-2000 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 147 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1305 28-09-2007 120 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 121 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 122 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 123 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 124 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 124A Akta A1149 12-06-2002 Akta A1305 28-09-2007 124B Akta A1149 12-06-2002 Akta A1305 28-09-2007 125 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 126 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 127 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 128 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 129 Akta A1074 01-07-2000 130 Akta A1074 01-07-2000 131 Akta A1074 01-07-2000 132 Akta A1074 01-07-2000 148 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 133 Akta A1074 01-07-2000 134 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1403 03-10-2011 135 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1489 15-09-2015 136 Akta A1074 01-07-2000 137 Akta A1074 01-07-2000 138 Akta A1074 01-07-2000 139 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 140 Akta A1074 01-07-2000 141 Akta A1074 01-07-2000 142 Akta A1074 01-07-2000 143 Akta A1074 01-07-2000 144 Akta A1074 01-07-2000 145 Akta A1074 01-07-2000 146 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1403 03-10-2011 147 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1403 03-10-2011 148 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1369 01-04-2010 Akta A1489 15-09-2015 148A Akta A1489 15-09-2015 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 149 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 148B Akta A1489 15-09-2015 149 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 150 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1489 15-09-2015 150A Akta A1305 28-09-2007 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 150B Akta A1403 03-10-2011 151 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1489 15-09-2015 151A Akta A1217 05-01-2004 Akta A1489 15-09-2015 152 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1217 05-01-2004 152A Akta A1305 28-09-2007 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 153 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 154 Akta A1074 01-07-2000 155 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 156 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 157 Akta A1074 01-07-2000 158 Akta A1074 01-07-2000 150 Undang-Undang Malaysia AKTA 498 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1217 05-01-2004 Akta A1305 28-09-2007 159 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1403 03-10-2011 159A Akta A1403 03-10-2011 160 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1369 01-04-2010 Akta A1489 15-09-2015 160A Akta A1489 15-09-2015 161 Akta A1074 01-07-2000 162 Akta A1074 01-07-2000 163 Akta A1074 01-07-2000 164 Akta A1074 01-07-2000 165 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1149 12-06-2002 P.U. (A) 354/2000 01-07-2000 166 Akta A1074 01-07-2000 Jadual Akta A926 25-11-1995 Akta A1074 01-07-2000 Jadual 1 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1217 05-01-2004 P.U. (A) 343/2005 16-09-2005 Akta A1305 28-09-2007 Akta A1369 01-04-2010 Akta A1403 03-10-2011 Akta A1489 15-09-2015 Jadual 2 Akta A1074 01-07-2000 P.U. (A) 238/2001 03-08-2001 Akta A1217 05-01-2004 P.U (A) 344/2005 16-09-2005 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 151 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1305 28-09-2007 Akta A1369 01-04-2010 Jadual 3 Akta A1074 01-07-2000 P.U. (A) 238/2001 03-08-2001 Akta A1217 05-01-2004 P.U (A) 344/2005 16-09-2005 Akta A1305 28-09-2007 Jadual 4 Akta A1074 01-07-2000 P.U. (A) 239/2001 Perenggan 11, 01-03-2001; 5 and 6, 03-08-2001 P.U. (A) 373/2004 04-11-2006 P.U(A) 69/2006 24-02-2004 Akta A1305 28-09-2007 Jadual 5 Akta A1074 01-07-2000 Akta A1305 28-09-2007
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
498 - *AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in