A1758 - AKTA YAYASAN LABUAN (PINDAAN) 2025
This Act amends the Labuan Foundations Act 2010, mainly by adding beneficial ownership recordkeeping, notification, and inspection rules for Labuan foundations.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1758 - AKTA YAYASAN LABUAN (PINDAAN) 2025
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1758 - AKTA YAYASAN LABUAN (PINDAAN) 2025
AI-assisted research summary: This Act amends the Labuan Foundations Act 2010, mainly by adding beneficial ownership recordkeeping, notification, and inspection rules for Labuan foundations.
Yayasan Labuan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1758 AKTA YAYASAN LABUAN (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1758 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 8 April 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 April 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Yayasan Labuan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1758 AKTA YAYASAN LABUAN (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Yayasan Labuan 2010. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025. Pindaan seksyen 2 2. Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dengan memotong takrif “harta Malaysia”; dan (b) dalam takrif “pemastautin”, dengan menggantikan perkataan “menurut seksyen 43 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17]” dengan perkataan “menurut perenggan 214(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan perenggan 225(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759].”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1758 Pindaan seksyen 5 3. Subseksyen 5(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “apa-apa harta Malaysia” dengan perkataan “apa-apa harta yang terletak di Malaysia”. Penggantian seksyen 6 4. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut: “Benefisiari di bawah yayasan Labuan 6. Benefisiari bagi yayasan Labuan bolehlah seorang pemastautin atau bukan pemastautin.”. Pindaan seksyen 9 5. Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(4) Setiausaha hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas pindaan piagam, memfailkan dengan Lembaga suatu salinan piagam yang dipinda itu.”. Pindaan seksyen 13 6. Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: “(1) Nama sesuatu yayasan Labuan hendaklah termasuk perkataan “Labuan Foundation”, “(L) Foundation”, “Yayasan Labuan” atau “Yayasan (L)” sebagai sebahagian nama yayasan Labuan itu.”. Pindaan seksyen 20 7. Perenggan 20(1)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 68” dengan perkataan “seksyen 70”. Yayasan Labuan (Pindaan) 5 Bahagian baharu IVa 8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24 bahagian yang berikut: “Bahagian IVa PEMUNYAAN BENEFISIAL Pemunya benefisial yayasan Labuan 24a. Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang mengawal atau mendapat faedah daripada, secara keseluruhan atau sebahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, harta atau aset yang diderma secara kekal kepada sesuatu yayasan Labuan dan termasuklah seseorang yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam suatu yayasan Labuan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Daftar pemunya benefisial yayasan Labuan 24b. (1) Tiap-tiap yayasan Labuan hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial bagi yayasan Labuan dan merekodkan dalam daftar itu— (a) nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu; (b) tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial yayasan Labuan itu; (c) tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan itu; dan (d) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Daftar pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1758 (3) Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah menyerahkan kepada Lembaga suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu. (4) Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu. (5) Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah memegang maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan itu selama enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial. (6) Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar yang terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan di bawah subseksyen (5) hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial. (7) Jika yayasan Labuan mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (8) Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserahkan di bawah subseksyen (3). (9) Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan yayasan Labuan untuk menyerahkan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis, maklumat berhubung dengan pemunya benefisial yang disimpan oleh yayasan Labuan itu. (10) Daftar pemunya benefisial suatu yayasan Labuan hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini. Yayasan Labuan (Pindaan) 7 (11) Lembaga boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial yayasan Labuan yang disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserahkan kepada Lembaga, menentukan— (a) mana-mana orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial yayasan Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial; (b) cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial yayasan Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial; dan (c) fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial. (12) Seksyen 71 Akta tidak terpakai jika penzahiran atau akses telah ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen (11). (13) Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5), (6) atau (9), yayasan Labuan, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran. Kuasa yayasan Labuan untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial 24c. (1) Suatu yayasan Labuan hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu— (a) untuk memaklumkan kepada yayasan Labuan sama ada pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu atau jika pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu bukan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, setakat yang mungkin 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1758 untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial yayasan Labuan itu; dan (b) untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24b(1). (2) Jika sesuatu yayasan Labuan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu— (a) untuk menyatakan sama ada dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu atau jika dia bukan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang itu yang dalam pengetahuannya; dan (b) untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24b(1). (3) Jika suatu yayasan Labuan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu— (a) untuk menyatakan sama ada dia mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu Yayasan Labuan (Pindaan) 9 merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir orang itu yang dalam pengetahuannya; dan (b) untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24b(1). (4) Apabila suatu yayasan Labuan menerima maklumat daripada orang yang kepadanya notis itu diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), yayasan Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu— (a) tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan (b) butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu. (5) Jika suatu yayasan Labuan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial yayasan Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial yayasan Labuan itu— (a) untuk mengesahkan sama ada atau tidak perubahan itu telah berlaku; dan (b) jika perubahan itu telah berlaku— (i) untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan (ii) untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu. (6) Jika suatu yayasan Labuan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial yayasan Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan mungkin tidak betul, yayasan Labuan itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial yayasan Labuan itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak, untuk memberikan butir-butir yang betul. 10 Undang-Undang Malaysia AktA A1758 (7) Setiausaha yayasan Labuan hendaklah memastikan bahawa yayasan Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini. (8) Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran. Kewajipan pemunya benefisial yayasan Labuan untuk memberikan maklumat 24d. (1) Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah dalam masa tiga puluh hari— (a) memberitahu yayasan Labuan itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu; dan (b) memberikan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (2) Seseorang yang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memberitahu yayasan Labuan itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu. (3) Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah memberitahu yayasan Labuan itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan— (a) tarikh pemberhentian itu berlaku; dan (b) butir-butir pemberhentian itu. (4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Yayasan Labuan (Pindaan) 11 Obligasi yayasan Labuan untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini 24e. (1) Sesuatu yayasan Labuan hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial dalam daftar pemunya benefisial di bawah seksyen 24b yang dikemas kini dari semasa ke semasa. (2) Setiausaha yayasan Labuan itu hendaklah memastikan yayasan Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini. (3) Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran. Kuasa Lembaga untuk menjalankan pemeriksaan terhadap daftar pemunya benefisial yayasan Labuan 24f. Lembaga boleh menjalankan pemeriksaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28c Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 terhadap daftar pemunya benefisial yang disimpan oleh yayasan Labuan di bawah Bahagian ini.”. Pindaan seksyen 42 9. Seksyen 42 Akta ibu dipinda— (a) dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut: “(2) Jika yayasan Labuan itu tidak melantik seorang setiausaha gantian dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kuat kuasa pemberhentian menurut subseksyen (1), yayasan Labuan itu disifatkan telah dipotong daripada daftar yayasan Labuan.”. 12 Undang-Undang Malaysia AktA A1758 Pindaan seksyen 44 10. Seksyen 44 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “di Labuan” perkataan “atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh yayasan Labuan itu”; dan (b) dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “di Labuan” perkataan “atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh yayasan Labuan itu”. Pindaan seksyen 56 11. Subseksyen 56(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “subseksyen 53(2)” dengan perkataan “subseksyen 55(2)”. Pindaan seksyen 68 12. Subseksyen 68(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 65” dengan perkataan “seksyen 67”. Pindaan seksyen 78 13. Subseksyen 78(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1758 - AKTA YAYASAN LABUAN (PINDAAN) 2025
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in