A1620 - AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2020
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This Act reallocates up to RM7,184,083,200 from the Consolidated Fund for the services and purposes listed in the Schedule for 2020.
Perbekalan (Penguntukan Semula 1 Peruntukan Perbelanjaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1620 AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2020 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1620 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 10 Oktober 2020 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 Oktober 2020 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan (Penguntukan Semula 3 Peruntukan Perbelanjaan) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1620 AKTA PERBEKALAN (PENGUNTUKAN SEMULA PERUNTUKAN PERBELANJAAN) 2020 Suatu Akta bagi menguntukkan semula sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan sebagaimana yang diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2020 [Akta A1608] untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun itu. [ ] BAHAWASANYA, berikutan pembentukan Kabinet baharu pada 10 Mac 2020, beberapa kementerian telah disusun semula dan dinamakan semula, beberapa kementerian baharu telah ditubuhkan dan satu kementerian telah dibubarkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan kepada kementerian-kementerian lain: DAN BAHAWASANYA perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu serta kementerian yang dibubarkan telah diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2020: DAN BAHAWASANYA terdapat keperluan untuk menyelaraskan peruntukan perbelanjaan berkenaan dengan beberapa kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula itu berikutan dengan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian: 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1620 DAN BAHAWASANYA amaun yang belum dibelanjakan berhubung dengan kementerian yang telah dibubarkan dan kementerian-kementerian yang peruntukan perbelanjaannya perlu dikurangkan akan disekat melalui waran yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]: DAN BAHAWASANYA menurut Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan, penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi maksud-maksud yang melibatkan kementerian-kementerian yang disusun semula dan dinamakan semula, dan kementerian-kementerian baharu itu hanya boleh dilakukan melalui suatu Akta Perbekalan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020. (2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 10 Mac 2020. Penguntukan semula peruntukan perbelanjaan bagi tahun 2020 2. Maka dengan ini diuntukkan semula sejumlah wang yang tidak melebihi tujuh bilion satu ratus lapan puluh empat juta lapan puluh tiga ribu dua ratus ringgit (RM7,184,083,200) daripada Kumpulan Wang Disatukan sebagaimana yang diperuntukkan melalui Akta Perbekalan 2020 untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2020. JADUAL Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 6 Jabatan Perdana Menteri 310,621,700 B. 10 Perbendaharaan 17,253,000 B. 11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan 2,405,900 Perbekalan (Penguntukan Semula 5 Peruntukan Perbelanjaan) JADUAL Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 14 Kementerian Perpaduan Negara 240,452,000 B. 22 Kementerian Pembangunan Luar Bandar 189,165,000 B. 23 Kementerian Tenaga dan Sumber Asli 102,603,900 B. 24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan 10,000,000 Industri B. 30 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 12,410,600 B. 33 Kementerian Alam Sekitar dan Air 305,993,400 B. 43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 70,366,000 B. 64 Kementerian Pengajian Tinggi 5,922,811,700 JUMLAH 7,184,083,200