AI-assisted research summary: This amendment Act takes effect on a date set by the Minister in the Gazette and changes private agency licensing rules, including licence validity, renewal, branch licence applications, and approval to hire staff.
Agensi Persendirian (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1782 AKTA AGENSI PERSENDIRIAN (PINDAAN) 2026 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1782 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 8 Januari 2026 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 16 Januari 2026 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Agensi Persendirian (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1782 AKTA AGENSI PERSENDIRIAN (PINDAAN) 2026 Suatu Akta untuk meminda Akta Agensi Persendirian 1971. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Persendirian (Pindaan) 2026. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 3 2. Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3— (a) dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan “; dan apabila mengeluarkan lesen itu atau membaharuinya di bawah subseksyen (4) Menteri boleh mengenakan syarat ke atas lesen itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1782 (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: “(2a) Tertakluk kepada pembayaran fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah sah hingga 31 Disember dalam tahun kalendar yang sama atau 31 Disember dalam tahun kalendar yang berikutnya yang lesen itu dikeluarkan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas pengeluaran lesen itu di bawah subseksyen (2) dan lesen itu boleh diperbaharui selepas pembayaran fi yang ditetapkan. (2b) Apabila mengeluarkan lesen itu atau memperbaharuinya di bawah subseksyen (2a), Menteri boleh mengenakan syarat ke atas lesen itu sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.”; (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut: “(3a) Mana-mana orang yang telah dikeluarkan suatu lesen di bawah subseksyen (1) boleh memohon untuk lesen tambahan bagi pejabat cawangan agensi persendiriannya untuk menjalankan perniagaan agensi persendirian jenis yang sama seperti yang telah dilesenkan kepadanya.”; dan (d) dengan memotong subseksyen (4). Pemotongan seksyen 5 3. Seksyen 5 Akta ibu dipotong. Pindaan seksyen 9 4. Seksyen 9 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis” dengan perkataan “Ketua Polis Negara”; Agensi Persendirian (Pindaan) 5 (b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut: “(2) Sesuatu agensi persendirian berlesen yang hendak mengambil seseorang bekerja hendaklah memohon suatu surat kelulusan kepada Ketua Polis Negara dan permohonan itu hendaklah mengikut bentuk dan hendaklah mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.”; (c) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan “Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis” dengan perkataan “Ketua Polis Negara”; (d) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis” dengan perkataan “Ketua Polis Negara”; dan (e) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis” dengan perkataan “Ketua Polis Negara”. Pindaan seksyen 13 5. Seksyen 13 Akta ibu dipinda dalam perenggan (b) dengan menggantikan perkataan “Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis” dengan perkataan“Ketua Polis Negara”. Seksyen baharu 18a 6. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, dsb. 18a. Menteri boleh mengeluarkan apa-apa arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.”.
Referenced legislation
- Akta Agensi Persendirian 1971 (unresolved)
- Akta Agensi Persendirian (Pindaan) 2026 (unresolved)
- Akta Agensi Persendirian 1971 (unresolved)