822 - AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019
This Act establishes the National Financial Crime Prevention Centre and sets its structure, functions, information-sharing powers, confidentiality rules, offences, and penalties.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 822 - AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
822 - AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019
AI-assisted research summary: This Act establishes the National Financial Crime Prevention Centre and sets its structure, functions, information-sharing powers, confidentiality rules, offences, and penalties.
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 822 AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA 822 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 Disember 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 31 Disember 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 822 AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 SUSUNAN SEKSYEN BAhAgiAN i PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAhAgiAN II PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 3. Penubuhan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 4. Fungsi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional BAhAgiAN III LEMBAGA PENASIHAT 5. Lembaga Penasihat 6. Pembatalan dan peletakan jawatan anggota Lembaga Penasihat 7. Pengosongan jawatan 8. Penzahiran kepentingan 9. Fungsi Lembaga Penasihat BAhAgiAN IV JAWATANKUASA EKSEKUTIF 10. Jawatankuasa Eksekutif 11. Fungsi Jawatankuasa Eksekutif 4 Undang-Undang Malaysia AktA 822 BAhAgiAN V PELANTIKAN KETUA PENGARAH, TIMBALAN KETUA PENGARAH DAN PEGAWAI PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL YANG LAIN Seksyen 12. Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah 13. Pelantikan pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang lain BAhAgiAN VI OPERASI BERSEPADU DAN SISTEM DATA BERPUSAT 14. Operasi bersepadu 15. Sistem data berpusat 16. Kuasa untuk mengumpul maklumat BAhAgiAN VII AM 17. Pendakwaan 18. Kewajipan kerahsiaan 19. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang 20. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan 21. Kuasa untuk meminda Jadual 22. Penyampaian notis 23. Pekhidmat awam 24. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 25. Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat JAdUAl Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 822 AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, penyelarasan operasi bersepadu yang berhubungan dengan jenayah kewangan dalam kalangan Entiti Kerajaan dan agensi penguat kuasa dan pengurusan sistem data berpusat, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: BAhAgiAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. 6 Undang-Undang Malaysia AktA 822 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “agensi penguat kuasa” termasuklah mana-mana jabatan bagi mana-mana kementerian, badan atau agensi yang pada masa ini diberi kuasa penguatkuasaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan jenayah kewangan; “dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “Entiti Kerajaan” termasuklah mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi Kerajaan Persekutuan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau sebaliknya; “Jawatankuasa Eksekutif” ertinya Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan di bawah subseksyen 10(1); “jenayah kewangan” ertinya kesalahan yang disenaraikan dalam Jadual; “Ketua Pengarah” dan “Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang dilantik di bawah subseksyen 12(1) dan (2) masing-masing; “Lembaga Penasihat” ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah subseksyen 5(1). BAhAgiAN II PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL Penubuhan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 3. Suatu pusat bernama “Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional” ditubuhkan. Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 7 Fungsi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 4. Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menyelaras dan bekerjasama dalam operasi bersepadu dengan agensi penguat kuasa dalam perkara yang berhubungan dengan jenayah kewangan dan untuk menasihati agensi penguat kuasa dalam perkara yang berkaitan; (b) untuk menubuhkan, mentadbir dan menyenggara suatu sistem data berpusat yang berhubungan dengan jenayah kewangan bagi menyediakan sokongan untuk operasi bersepadu dan untuk menghantar maklumat dalam sistem data berpusat kepada Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa lain; dan (c) untuk melaksanakan aktiviti yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan. BAhAgiAN III LEMBAGA PENASIHAT Lembaga Penasihat 5. (1) Suatu Lembaga Penasihat ditubuhkan bagi maksud Akta ini. (2) Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) seorang Pengerusi; (b) Ketua Pengarah; dan (c) tidak lebih daripada lima orang anggota sebagaimana yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri. 8 Undang-Undang Malaysia AktA 822 (3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik Pengerusi Lembaga Penasihat atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya. (4) Pengerusi Lembaga Penasihat hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu dia layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya. (5) Anggota Lembaga Penasihat lain yang dilantik di bawah perenggan (2)(c) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu mereka adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatan mereka. (6) Dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan Pengerusi Lembaga Penasihat dan anggota lain di bawah perenggan (2)(c), Perdana Menteri hendaklah mengambil kira— (a) kejujuran dan kedudukan orang itu; (b) kelayakan akademik, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perkara perbankan, ekonomi, kewangan, pengurusan aset, percukaian, pendakwaan, penyiasatan, undang-undang atau perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perdana Menteri; dan (c) kemungkinan terdapat apa-apa percanggahan antara kepentingan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dengan apa-apa kepentingan yang dimiliki atau diwakili oleh orang itu. (7) Lembaga Penasihat hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri. Pembatalan dan peletakan jawatan anggota Lembaga Penasihat 6. (1) Pelantikan Pengerusi Lembaga Penasihat dan anggota lain yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(c) boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 9 (2) Pengerusi Lembaga Penasihat dan anggota lain yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(c) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong. Pengosongan jawatan 7. Jawatan seseorang anggota Lembaga Penasihat hendaklah menjadi kosong jika— (a) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan; (b) dia menjadi bankrap; (c) dia terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya; atau (d) dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya. Penzahiran kepentingan 8. (1) Seseorang anggota Lembaga Penasihat yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga Penasihat, hendaklah menzahirkan kepada Lembaga Penasihat, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu. (2) Suatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga Penasihat yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan selepas penzahiran itu, anggota itu— (a) tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga Penasihat mengenai perkara itu; dan 10 Undang-Undang Malaysia AktA 822 (b) tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga Penasihat semasa perkara itu sedang dibincangkan atau diputuskan. (3) Seseorang anggota Lembaga Penasihat yang gagal menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (4) Tiada tindakan atau keputusan Lembaga Penasihat boleh menjadi tidak sah atas alasan pelanggaran oleh seorang anggota di bawah subseksyen (3). Fungsi Lembaga Penasihat 9. Lembaga Penasihat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek yang berhubungan dengan jenayah kewangan; (b) untuk menasihati Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional mengenai hala tuju dan perancangan strategiknya; (c) untuk menimbang teliti dan membuat keputusan atas syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan jenayah kewangan; dan (d) untuk memudah cara kerjasama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Entiti Kerajaan dan agensi penguat kuasa bagi pencegahan jenayah kewangan. BAhAgiAN IV JAWATANKUASA EKSEKUTIF Jawatankuasa Eksekutif 10. (1) Suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan bagi maksud Akta ini. Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 11 (2) Jawatankuasa Eksekutif hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Ketua Pengarah sebagai Pengerusi; (b) Timbalan Ketua Pengarah sebagai Timbalan Pengerusi; (c) Pendakwa Raya atau wakilnya; dan (d) mana-mana pengarah siasatan atau pengarah siasatan pengubahan wang haram daripada agensi penguat kuasa, atau pegawai lain yang sama kedudukan bagi mana-mana Entiti Kerajaan yang lain sebagaimana yang dilantik oleh Ketua Pengarah. (3) Pelantikan yang dibuat di bawah perenggan (2)(d) oleh Ketua Pengarah hendaklah atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan. (4) Jawatankuasa Eksekutif hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri. (5) Jawatankuasa Eksekutif boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya untuk menasihati Jawatankuasa Eksekutif mengenai apa-apa perkara. Fungsi Jawatankuasa Eksekutif 11. Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menentukan hala tuju Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dalam mencegah jenayah kewangan; (b) untuk meluluskan dan memantau mana-mana operasi bersepadu; (c) untuk membuat syor kepada Lembaga Penasihat mengenai perkara yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan; 12 Undang-Undang Malaysia AktA 822 (d) untuk menentukan polisi operasi yang berhubungan dengan operasi bersepadu dan sistem data berpusat dan untuk memberi perundingan mengenai garis panduan bagi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional; (e) untuk membangunkan hala tuju strategik dan perancangan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional; (f) untuk memastikan pelaksanaan nasihat oleh Lembaga Penasihat; dan (g) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan sepenuhnya atau bagi menjalankan peruntukan Akta ini. BAhAgiAN V PELANTIKAN KETUA PENGARAH, TIMBALAN KETUA PENGARAH DAN PEGAWAI PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL YANG LAIN Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah 12. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang hendaklah mengetuai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan. (2) Perdana Menteri hendaklah melantik seorang Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan. (3) Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2), masing-masing, hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun— (a) dalam hal pelantikan sebagai Ketua Pengarah, sebagaimana yang Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, fikirkan wajar; atau Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 13 (b) dalam hal pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, sebagaimana yang Perdana Menteri fikirkan wajar. (4) Walau apa pun subseksyen (3), jika Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam, tempoh pelantikan Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi jika dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula— (a) dalam hal pelantikan sebagai Ketua Pengarah, oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri; atau (b) dalam hal pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah, oleh Perdana Menteri, secara kontrak selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya. (5) Bagi maksud subseksyen (4), tempoh bagi pelantikan semula Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah secara kontrak tidak boleh melebihi tempoh yang dia dilantik di bawah subseksyen (3). (6) Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi hala tuju, arahan dan kawalan mengenai semua perkara yang berhubungan dengan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional. (7) Ketua Pengarah boleh, bagi melaksanakan sepenuhnya mana-mana peruntukan Akta ini, mengeluarkan apa-apa arahan, perintah atau keputusan sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat tertakluk kepada peruntukan Akta ini. Pelantikan pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang lain 13. (1) Maka hendaklah dilantik apa-apa bilangan pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional sebagaimana yang perlu bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini. 14 Undang-Undang Malaysia AktA 822 (2) Seorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan atau kawalan sebagaimana yang dinyatakan secara lisan atau secara bertulis oleh Ketua Pengarah. BAhAgiAN VI OPERASI BERSEPADU DAN SISTEM DATA BERPUSAT Operasi bersepadu 14. (1) Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional boleh, tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Eksekutif, mengadakan suatu operasi bersepadu yang berhubungan dengan jenayah kewangan dan apabila siasatan itu melibatkan penguatkuasaan tidak kurang daripada dua agensi penguat kuasa. (2) Bagi maksud subseksyen (1), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional hendaklah mempunyai kuasa untuk menyelaras dan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa mengenai perkara yang berhubungan dengan operasi bersepadu. Sistem data berpusat 15. (1) Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional hendaklah menubuhkan, mentadbir, menyenggara dan menguruskan suatu sistem data berpusat yang mengandungi maklumat yang diterima atau dikumpul oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang berhubungan dengan jenayah kewangan. (2) Maklumat dan data yang dianalisis dalam sistem data berpusat boleh digunakan bagi merancang dan menyelaras operasi bersepadu dan bagi mencegah jenayah kewangan. (3) Bagi maksud sistem data berpusat, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional boleh— (a) meminta atas inisiatifnya sendiri atau menerima apa-apa maklumat dan laporan yang berkenaan daripada mana-mana orang, Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa bagi maksud apa-apa operasi bersepadu atau pencegahan jenayah kewangan; Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 15 (b) tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5), menghantar apa-apa maklumat dalam sistem data berpusat, atau menghantar mana-mana data yang dianalisis dalam sistem data berpusat, kepada mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa; dan (c) membangunkan polisi dan garis panduan operasi yang berhubungan dengan sistem data berpusat. (4) Mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa boleh, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai, memberi maklumat kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional fikirkan patut bagi maksud apa-apa operasi bersepadu atau bagi pencegahan jenayah kewangan. (5) Apa-apa maklumat yang diterima oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional di bawah subseksyen (4) boleh dihantar kepada mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa yang lain tertakluk kepada takat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai yang mengawal penzahiran maklumat itu. Kuasa untuk mengumpul maklumat 16. (1) Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional boleh, melalui suatu notis bertulis, mengarahkan mana-mana orang, yang mempunyai apa-apa dokumen yang berkaitan, atau yang boleh memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan jenayah kewangan yang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa maklumat itu adalah berkaitan, dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini untuk— (a) memberi dan mengemukakan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, apa-apa maklumat atau dokumen itu; 16 Undang-Undang Malaysia AktA 822 (b) membuat salinan apa-apa dokumen itu dan mengemukakan salinan itu kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; atau (c) hadir di hadapan seorang pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis itu untuk memberikan apa-apa maklumat. (2) Mana-mana orang yang menerima suatu notis bertulis di bawah subseksyen (1), hendaklah— (a) memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu; (b) memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap; dan (c) memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan. (3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai, memberikan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional apa-apa maklumat yang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional fikirkan patut bagi maksud pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. (4) Jika mana-mana orang yang menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen sebagai jawapan kepada suatu notis bertulis di bawah seksyen ini, orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau di bawah arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pemberian itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, atau bagi apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya. Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 17 (5) Subseksyen (4) tidaklah menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau penzahiran atau pengemukaan maklumat atau dokumen palsu berhubung dengan suatu notis bertulis di bawah seksyen ini yang diberikan kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional menurut seksyen ini. (6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. BAhAgiAN VII AM Pendakwaan 17. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis, Pendakwa Raya. Kewajipan kerahsiaan 18. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Ketua Pengarah— (a) tiada pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional atau anggota Lembaga Penasihat atau Jawatankuasa Eksekutif, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa melaksanakan kewajipannya; dan (b) tiada orang lain yang mempunyai, melalui apa-apa cara, akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu. 18 Undang-Undang Malaysia AktA 822 (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang 19. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Eksekutif, mana-mana pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, atau mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi mematuhi apa-apa arahan, petunjuk atau perintah Ketua Pengarah atau pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian. Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan 20. Ketua Pengarah boleh, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Eksekutif, mengeluarkan garis panduan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan fungsi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional. Kuasa untuk meminda Jadual 21. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini. Penyampaian notis 22. (1) Tiap-tiap notis atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan kepada mana-mana orang boleh disampaikan— (a) secara ke diri kepada orang itu; Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 19 (b) dengan menghantar notis atau dokumen lain itu kepada orang itu melalui pos berdaftar; atau (c) melalui cara elektronik. (2) Suatu notis atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa notis atau dokumen lain itu sepatutnya telah diserahkan kepada orang itu dalam penjalanan biasa pos itu jika notis atau dokumen lain itu telah dialamatkan— (a) dalam hal suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain— (i) ke pejabat berdaftarnya; (ii) ke alamatnya yang terakhir diketahui; atau (iii) kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan (b) dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir yang diketahui. Pekhidmat awam 23. Tiap-tiap pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, atau anggota Lembaga Penasihat atau Jawatankuasa Eksekutif, atau pegawai mana-mana Entiti Kerajaan atau agensi penguat kuasa, semasa menunaikan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 24. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Eksekutif atau mana-mana pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian. 20 Undang-Undang Malaysia AktA 822 Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat 25. Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional sebagai persediaan bagi dan pada pelaksanaan apa-apa peruntukan Akta ini yang sewajarnya dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan yang berkaitan dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional daripada apa-apa perkara yang dilakukan atau apa-apa perbelanjaan yang ditanggung hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional. JAdUAl [Seksyen 2] KESALAHAN YANG DISENARAIKAN SEBAGAI JENAYAH KEWANGAN Kesalahan di bawah Jadual Kedua kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
822 - AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in