208 - *AKTA PEMEGANG AMANAH 1949
This Act sets out trustee powers, investment rules, and related duties, including what trustees may invest in and when they must seek advice or use care.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This Act sets out trustee powers, investment rules, and related duties, including what trustees may invest in and when they must seek advice or use care. This part lets trustees deposit trust documents for safe custody, use agents and delegates in some cases, inspect or audit trust accounts, advance trust capital within limits, and appoint or retire trustees subject to statutory rules. The Court has broad powers in trust matters to appoint new trustees, vest property, authorize transactions, and make related orders, but this section does not authorize appointing an executor or administrator.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 208 - *AKTA PEMEGANG AMANAH 1949
Showing 3 of 3
Part document.segment-1
208 - *AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
208 - *AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 — segment 1
AI-assisted research summary: This Act sets out trustee powers, investment rules, and related duties, including what trustees may invest in and when they must seek advice or use care.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 208 AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 Sebagaimana pada 1 Mac 2016 Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Trustee Act 1949 sebagaimana disemak dalam tahun 1978. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan. 2 AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 Pertama kali diperbuat … … … … 1949 (Ordinan No. 66 of 1949); dan 1965 (Akta No. 36 tahun 1965) Disemak … … … … 1978 (Akta 208 berkuat kuasa 15 November 1978) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 208 AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Pemakaian 3. Tafsiran BAHAGIAN II PELABURAN 4. Pelaburan dibenar 5. Kuasa pelaburan tambahan bagi pemegang amanah 6. Kewajipan pemegang amanah dalam memilih pelaburan 7. Kuasa pelaburan statutori 8. Membeli stok boleh tebus pada nilai premium; menukar corak pelaburan 9. Budi bicara pemegang amanah 10. Kuasa menyimpan pelaburan yang telah terhenti menjadi pelaburan dibenar 11. Pelaburan dalam sekuriti pembawa 12. Pinjaman dan palaburan oleh pemegang amanah yang tidak boleh dipertuduh sebagai pecah amanah 13. Liabiliti mengenai kerugian yang disebabkan oleh pelaburan tidak wajar 14. Kuasa tambahan pada kuasa pelaburan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 Seksyen 15. Kuasa mendeposit di bank dan membayar panggilan BAHAGIAN III KUASA AM PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL DIRI 16. Kuasa pemegang amanah untuk menjual membuat jualan dengan cara lelong, dsb. 17. Kuasa menjual tertakluk kepada keadaan susut nilai 18. Kuasa pemegang amanah memberi resit 19. Kuasa mengkompaun liabiliti 20. Kuasa pemegang amanah pegangan pajak yang boleh diperbaharui untuk membaharui dan mendapatkan wang bagi maksud itu 21. Kuasa untuk mendapatkan wang dengan cara jualan, gadaian, dsb. 22. Perlindungan bagi pembeli dan pemegang gadaian yang berurusan dengan pemegang amanah 23. Penurunan kuasa atau amanah 24. Kuasa untuk menginsuranskan 25. Penggunaan wang insuran jika polisi disenggara di bawah apa-apa amanah, kuasa atau kewajipan 26. Pendeposit dokumen untuk simpana selamat 27. Kepentingan perkembalian, penilaian dan pengauditan 28. Kuasa menggunakhidmat ejen 29. Kuasa untuk bersetuju dengan orang lain 30. Kuasa mewakilkan amanah semasa berada di luar negeri Indemniti 31. Perlindungan daripada liabiliti berkenaan dengan sewa dan waad 32. Perlindungan dengan cara iklan 33. Perlindungan berkenaan dengan notis 34. Pelepasan pemegang amanah berkenaan dengan surat kuasa wakil tertentu 35. Indemniti termaklum bagi pemegang amanah Pemegang Amanah 5 Nafkah, Pendahuluan dan Amanah Perlindungan Seksyen 36. Kuasa menggunakan pendapatan untuk nafkah dan mengumpulkan pendapatan lebihan dalam masa belum dewasa 37. Kuasa pendahuluan 38. Amanah perlindungan BAHAGIAN IV PERLANTIKAN PELEPASAN PEMEGANG AMANAH 39. Had bilangan pemegang amanah 40. Kuasa melantik pemegang amanah baharu dan tambahan 41. Peruntukan tambahan mengenai pelantikan pemegang amanah 42. Keterangan mengenai kekosongan dalam sesuatu amanah 43. Persaraan pemegang amanah tanpa pelantikan baharu 44. Meletakkan hak harta amanah kepada pemegang amanah baharu dan berterusan BAHAGIAN V KUASA MAHKAMAH 45. Kuasa Mahkamah melantik pemegang amanah baharu 46. Kuasa membenarkan saraan 47. Kuasa pemegang amanah baharu yang dilantik oleh Mahkamah Perintah Meletak hak 48. Perintah meletak hak tanah 49. Perintah mengenai hak kontingen orang belum lahir 50. Perintah meletak hak sebagai ganti pindah hak oleh orang belum dewasa 51. Perintah meletak hak yang berbangkit dari perintah untuk menjual tanah 52. Perintah meletak hak yang timbul dari penghakiman bagi pelaksanaan spesifik, dsb. 53. Kesan perintah meletak hak 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 Seksyen 54. Kuasa melantik orang untuk memindah hak 55. Perintah meletak hak mengenai stok dan benda dalam tindakan 56. Perintah meletak hak harta khairat atau harta pertubuhan 57. Perintah meletak hak berhubungan dengan kepentingan benefisial orang belum dewasa 58. Perintah yang dibuat atas pengataan tertentu hendaklah menjadi keterangan muktamad Bidang kuasa membuat Perintah lain 59. Kuasa Mahkamah membenarkan urusan mengenai harta amanah 60. Orang yang berhak memohon mendapatkan perintah 61. Kuasa memberi penghakiman dalam masa ketidakhadiran pemegang amanah 62. Kuasa menanggungkan kos ke atas harta amanah 63. Kuasa melepaskan pemegang amanah daripada liabiliti sendiri 64. Kuasa menghendaki benefisiari menanggung rugi mengenai pecah amanah Pembayaran ke dalam Mahkamah 65. Pembayaran ke dalam mahkamah oleh pemegang amanah BAHAGIAN VI PERUNTUKAN AM 66. Indemniti 67. Kesan perintah Mahkamah 68. Pengesahan kuasa tertentu pemengang amanah 69. Pemansuhan JADUAL 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 208 AKTA PEMEGANG AMANAH Suatu Akta berhubungan dengan Pemegang Amanah. [Semenanjung Malaysia─31 Disember 1949; Sabah dan Sarawak─30 Jun 1965] BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemegang Amanah 1949. Pemakaian 2. (1) Akta ini, kecuali jika diperuntukkan selainnya dengan nyata, terpakai bagi amanah termasuk, setakat yang Akta ini terpakai baginya, kewasian dan hal tadbir yang ditubuh atau diwujudkan sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini. (2) Kuasa yang diberi oleh Akta ini kepada pemegang-pemegang amanah adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diberi oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, tetapi kuasa-kuasa itu, melainkan jika dinyatakan selainnya, hanya terpakai jika atau setakat yang niat sebaliknya tidak dinyatakan dalam surat cara itu, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, dan berkuat kuasa tertakluk kepada terma-terma surat cara itu. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 (3) Akta ini tidak menyentuh sahnya atau kesahan apa-apa jua yang dilakukan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini kecuali jika diperuntukkan selainnya dengan nyata. Tafsiran 3. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “amanah” tidak termasuk tugas pemegang gadaian, tetapi dengan kekecualian ini ungkapan “amanah” dan “pemegang amanah” diperluas kepada amanah termaklum dan amanah ikut-taksir, dan kepada hal-hal di mana pemegang amanah mempunyai kepentingan benefisial pada harta amanah itu, dan kepada tugas-tugas yang bersampingan dengan jawatan seseorang wakil diri dan ungkapan “pemegang amanah”, jika bersesuaian dengan konteksnya, meliputi, wakil diri , dan “pemegang amanah baru” meliputi pemegang amanah tambahan; “amanah untuk menjual” berhubungan dengan tanah, ertinya amanah untuk menjual yang mengikat dengan serta-merta sama ada boleh dijalankan atas permintaan atau dengan persetujuan mana-mana orang atau tidak, dan sama ada mempunyai kuasa untuk menangguhkan jualan itu atau tidak mengikut budi bicaranya; “pemegang amanah untuk menjual” ertinya orang-orang (termasuk wakil diri ) yang memegang tanah atas amanah untuk menjual; “gadaian”, ‘pemegang gadaian” dan “penggadai” masing-masing meliputi “gadai janji”, “pemegang gadai janji” dan “penggadai janji”, dan selanjutnya meliputi dan berhubungan dengan tiap-tiap estet dan kepentingan yang dianggap oleh ekuiti sebagai hanya suatu cagaran untuk wang dan setiap orang yang menuntut dengan sahnya di sisi undang-undang di bawah pemegang gadaian asal; “hak” meliputi estet dan kepentingan; “hak kontingen” sebagaimana terpakai bagi tanah meliputi kepentingan kontingen atau kepentingan ekskutori, suatu kemungkinan berserta dengan suatu kepentingan, sama ada tujuan Pemegang Amanah 9 pemberian itu atau batasan kepentingan atau kemungkinan itu ditentukan atau tidak, dan juga hak masuk, sama ada serta-merta atau masa hadapan dan sama ada terletak hak atau kontingen; “harta” meliputi harta alih atau tak alih, dan apa-apa kepentingan pada mana-mana harta, alih atau tak alih, dan apa-apa hutang , dan apa- apa benda dalam tindakan, dan apa-apa hak atau kepentingan lain, sama ada di dalam milikan atau tidak; “jualan” meliputi pertukaran; “mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi di Tanah Melayu atau Mahkamah Tinggi di Borneo, mengikut mana yang berkenaan; “**Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan meliputi Wilayah Persekutuan; “membayar” dan “pembayaran” sebagaimana terpakai berhubungan dengan stok dan sekuriti dan berkenaan dengan ungkapan “ke dalam Mahkamah” termasuklah mendepositkan atau memindahkan stok dan sekuriti dalam atau ke dalam Mahkamah; “milikan” meliputi penerimaan sewa dan untung atau hak menerima sewa dan untung, jika ada; “pendapatan” meliputi sewa dan untung; dan “dimiliki” terpakai bagi penerimaan terletakhak yang kurang daripada kepentingan seumur hidup yang ada dalam milikan atau yang diharapkan mengenai mana-mana tanah; “orang bercelaru mental” ertinya mana-mana orang yang, mengikut perjalanan undang-undang, didapati sebagai tak sempurna akan dan tak daya menguruskan hal-ehwalnya sendiri; “orang tidak sempurna akal” ertinya mana-mana orang, bukannya orang belum dewasa, yang, belum lagi didapati sebagai orang bercelaru mental, tidak berdaya menguruskan hal-ehwalnya sendiri oleh sebab kelemahan akal; **CATATAN—Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagaimana rujukan kepada “Semenanjung Malaysia” —lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2). 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 “peguam cara” ertinya peguam bela dan peguam cara di Negeri- Negeri Tanah Melayu dan peguam bela di Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan; “pelaburan yang dibenarkan” ertinya pelaburan yang dibenarkan oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu bagi pelaburan wang yang tertakluk kepada amanah itu, atau yang dibenarkan oleh undang-undang; “pemindahan” berhubungan dengan stok atau sekuriti, meliputi penyempurnaan dan pelaksanaan tiap-tiap surat cara, surat kuasa wakil, tindakan, dan benda di pihak pemindah untuk menguatkuasakan dan menyempurnakan pemindahan hakmilik itu kepada penerimanya; “penilai yang diluluskan” ertinya juruukur; “perbadanan amanah” ertinya Pemegang Amanah Raya atau perbadanan yang dilantik oleh Mahkamah dalam sesuatu hal tertentu untuk menjadi pemegang amanah, atau yang didaftarkan sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949; “pindah hak” dan “pemindahhakkan” sebagaimana terpakai bagi mana-mana orang termasuklah penyempurnaan oleh orang itu setiap insurans (termasuk sesuatu persetujuan) yang perlu atau sesuai bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan atau selainnya memindahkan atau melupuskan tanah yang dimiliki atau dipunyai atau yang padanya dia berhak mendapat hak kontingen, sama ada mengenai keseluruhan kepentingannya atau mengenai sesuatu kepentingan yang kurang, bersama-sama dengan perlaksanaan kesemua formaliti yang dikehendaki oleh undang-undang bagi pengesahan pemindahhakkan itu; “sekuriti” meliputi stok, wang dan syer, dan setakat yang berhubungan dengan pembayaran ke dalam Mahkamah, mempunyai erti yang sama seperti dalam undang-undang bertulis berhubungan dengan wang dalam Mahkamah; dan “sekuriti yang kena dibayar kepada pembawa” meliputi sekuriti yang boleh dipindahkan dengan cara serahan atau dengan cara serahan dan endorsemen; Pemegang Amanah 11 “stok” meliputi syer yang telah dibayar penuh dan setakat yang berkaitan dengan perintah meletak hak yang dibuat oleh Mahkamah di bawah Akta ini, meliputi apa-apa wang, anuiti, atau sekuriti yang boleh dipindahkan dalam buku yang disimpan oleh sesuatu perbadanan, syarikat, persatuan atau pertubuhan, atau melalui surat cara pemindahan, sama ada sendirinya atau disertai dengan formaliti lain, dan apa-apa syer atau kepentingan di dalamnya; “surat cara” termasuklah undang-undang bertulis; “syarikat yang diluluskan” ertinya sesuatu syarikat— (a) yang diperbadankan di Malaysia atau, jika diperbadankan sebelum Hari Malaysia, di Sabah atau di Sarawak, dan mempunyai tempat perniagaan di Malaysia (b) yang mempunyai sebagai tujuan tunggal atau utamanya untuk menggalakkan, pemunyaan rumah kediaman dengan cara mendahulukan bagi membeli tanah dan rumah sejumlah wang, pokok dan bunganya boleh dibayar balik secara ansuran dalam tempoh beberapa tahun tertentu, yang tidak boleh pada bila-bila masa melebihi nilaian tanah dan bangunan itu yang dibuat oleh seorang penilai yang diluluskan; dan (c) diluluskan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta bagi maksud mendapat pinjaman daripada pemegang amanah menurut perenggan 4(1)(e); “tanah” ertinya harta tak alih dan termasuklah apa-apa kepentingan di dalamnya dan juga bahagian yang belum dipecahkan pada tanah; “tarikh material” ertinya— (a) berkenaan dengan Semenanjung Malaysia (selain Melaka dan Pulau Pinang), 9 haribulan September 1932; (b) berkenaan dengan Negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang, 1 September 1929; 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 (c) berkenaan dengan Negeri Sabah (selain Labuan) 30 April 1953; (d) berkenaan dengan Labuan, 1 September 1929; dan (e) berkenaan dengan Negeri Sarawak, 30 Jun 1965; “wakil diri ” ertinya wasi, yang asal atau gantinya, atau pentadbir pada masa itu bagi orang yang telah mati; (2) Berhubungan dengan pemakaian Akta ini bagi Sabah dan Sarawak, sebutan dalam Akta ini mengenai mana-mana undang- undang bertulis yang berkuat kuasa dalam Semenanjung Malaysia atau mana-mana bahagiannya hendaklah— (a) jika undang-undang bertulis itu telah diperluas untuk dipakai bagi Sabah dan Sarawak, diertikan sebagai sebutan mengenai undang-undang tersebut sebagaimana diperluas itu; atau (b) jika undang-undang bertulis itu belum lagi diperluas kepada Sabah dan Sarawak, diertikan sebagai sebutan mengenai undang-undang bertulis yang bersamaan, jika ada, yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, mengikut mana yang berkenaan. (3) Sebutan dalam Akta ini mengenai permulaan kuat kuasa Akta ini ertinya, dalam hal Semenanjung Malaysia, 31 haribulan Disember 1949, dan, dalam hal Sabah dan Sarawak, 30 haribulan Jun 1965. BAHAGIAN II PELABURAN Pelaburan yang dibenarkan 4. (1) Seseorang pemegang amanah boleh, melaburkan apa-apa wang amanah dalam tangannya, sama ada pada masa itu dalam keadaan terlabur atau tidak, dengan cara yang berikut: Pemegang Amanah 13 (a) dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri Sabah atau Negeri Sarawak atau Republik Singapura; (b) dalam apa-apa sekuriti yang bunganya dijamin atau akan dijamin oleh Parlimen atau oleh Kerajaan Persekutuan; (c) dalam atau pada hakmilik harta tak alih dalam Malaysia, hakmilik itu hendaklah jenis hakmilik pegangan kekal atau geran kekal atau pajakan (selain pajakan lombong) selama suatu tempoh yang sekurang-kurangnya enam puluh tahun darinya masih belum tamat pada masa pelaburan itu: Dengan syarat bahawa— (i) tanah yang dimasudkan oleh hakmilik itu hendaklah terletak dalam sempadan kawasan mana-mana Bandaraya, Perbandaran, Majlis Bandaran atau Lembaga Bandaran; dan (ii) ada didirikan di atas tanah yang dimaksudkan oleh hakmilik itu rumah atau bangunan-bangunan lain yang sewa kasarnya, bersama-sama dengan tanah yang bersangkutan dengannya, pada masa pelaburan itu adalah tidak kurang daripada tujuh peratus daripada harga jualan tanah itu, dalam hal harga jualan, atau daripada nilai tanah tu, sebagaimana ditentukan di bawah perenggan 12(1)(a), dalam hal gadaian. (d) dalam sekuriti berbunga tetap yang dikeluarkan dalam Malaysia, dengan kelulusan Perbendaharaan, oleh mana- mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan atau Negeri; (e) memberi pinjaman kepada syarikat yang diluluskan; (f) memberi pinjaman yang mana wang pokok dan bunganya dijamin atau akan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan, 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 dan boleh juga dari semasa ke semasa mengubah mana-mana pelaburan yang tersebut di atas. (2) Tiada apa-apa amanah boleh dilaburkan di bawah perenggan (1)(e) melainkan jika— (a) modal syer biasa yang telah dibayar bagi syarikat yang diluluskan itu adalah tidak kurang daripada lima juta ringgit; dan (b) syarikat yang diluluskan itu telah membayar dividen dengan kadar tidak kurang daripada lima peratus atas modal syer biasa itu pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun terakhir sebelum pelaburan itu, dan jika syarikat yang diluluskan itu suatu syarikat yang telah memperoleh aset dan liabiliti suatu syarikat yang diluluskan yang lain, dividen yang dibayar oleh syarikat yang lain itu pada tiap- tiap tahun dalam masa tiga tahun terakhir sebelum perolehan sedemikian hendaklah dikira sebagai pembayaran yang dibuat oleh syarikat yang diluluskan itu; dan (c) jumlah amaun pinjaman syarikat yang diluluskan itu daripada semua punca, sama ada pemegang amanah atau tidak, yang diterima oleh syarikat yang diluluskan itu sebagai pinjaman dan deposit, dan termasuk bunga yang kena dibayar ke atasnya dan sebelum dibayar balik oleh syarikat yang diluluskan itu, tidak boleh pada bila-bila masa melebihi dua per tiga daripada amaun, tidak termasuk bunga jangkaan, yang pada masa itu tercagar pada syarikat yang diluluskan itu daripada peminjam- peminjamnya. (3) Perenggan (1)(e) tidak boleh dianggap sebagai mengatasi peruntukan perenggan 4(2)(c) ††Akta Kumpulan Wang Simpanan ††CATATAN : Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [Akta 272] telah dimansuhkan oleh Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [Akta 452] –lihat perenggan 75(a) Akta 452. Pemegang Amanah 15 Pekerja 1951 [Akta 272] (yang memberi kuasa nyata kepada Pemegang Amanah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur secara memberi pinjaman kepada syarikat yang diluluskan). Kuasa tambahan mengenai pelaburan bagi pemegang amanah 5. (1) Pelaburan yang dinyatakan dalam seksyen 4 termasuklah apa-apa sekuriti yang baginya seksyen ini terpakai dan apa-apa unit, atau apa-apa bahagian pelaburan itu yang tertakluk kepada amanah, sesuatu skim amanah saham yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta. (2) Tertakluk kepada seksyen ini, seksyen ini terpakai bagi apa-apa sekuriti yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat (sama ada diperbadankan dalam Malaysia atau di tempat lain) yang disebut harga dalam Bursa Saham Malaysia. (3) Seksyen ini tidak terpakai bagi sekuriti mana-mana syarikat melainkan jika— (a) jumlah modal syer yang telah dikeluarkan dan dibayar bagi syarikat itu adalah, jika ditukarkan kepada ringgit daripada mata wang selain ringgit adalah, sebanyak lima juta ringgit atau lebih; dan (b) pada tiap-tiap tahun dalam masa lima tahun sebelum sahaja tahun kelendar dalam mana pelaburan itu dibuat syarikat itu telah membayar dividen ke atas semua syer yang dikeluarkan oleh syarikat itu, tidak termasuk apa-apa syer yang dikeluarkan selepas dividen itu diisytiharkan dan apa-apa syer yang mengikut terma-terma pengeluarannya tidak diperingkatkan untuk mendapat dividen bagi tahun itu. dan kadar pertukaran wang berhubungan dengan penukaran modal syer yang telah dikeluarkan dan dibayar hendaklah mengikut kadar yang diperakui oleh seorang pengurus bank, sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan 6(3)(b), sebagai berpatutan pada hari pemegang 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 amanah itu menjalankan kuasanya untuk melabur dalam sekuriti sedemikian. (4) Bagi maksud perenggan 3(b), suatu syarikat yang ditubuhkan— (a) untuk mengambil alih perniagaan suatu syarikat lain atau syarikat-syarikat lain; atau (b) untuk memperoleh sekuriti, atau kawalan, suatu syarikat lain atau syarikat-syarikat lain; atau (c) bagi salah satu daripada maksud-maksud tersebut dan bagi maksud-maksud lain, hendaklah disifatkan sebagai telah membayar dividen yang disebut dalam perenggan itu bagi mana-mana tahun yang dividen itu telah dibayar demikian oleh syarikat lain atau kesemua syarikat lain itu, mengikut mana yang berkenaan. (5) Seksyen ini tidak terpakai bagi syer atau stok debentur yang tidak dibayar penuh, kecuali syer atau stok yang mengikut terma-terma pengeluarannya dikehendaki supaya dibayar penuh dalam masa sembilan bulan dari tarikh pengeluaran itu. (6) Tiada apa-apa peruntukan berhubungan dengan kuasa pemegang amanah yang terkandung dalam mana-mana surat cara yang dibuat sebelum 30 Jun 1965 boleh membataskan kuasa yang diberi oleh seksyen ini, tetapi kuasa tersebut hanya boleh dijalankan setakat yang niat sebaliknya tidak dinyatakan dalam mana-mana surat cara berkenaan yang dibuat selepas 29 Jun 1965. Kewajipan pemegang amanah dalam memilih pelaburan 6. (1) Pada menjalankan mana-mana kuasa pelaburannya seseorang pemegang amanah hendaklah memberi perhatian— Pemegang Amanah 17 (a) tentang perlunya dipelbagaikan pelaburan-pelaburan amanah itu, setakat yang bersesuaian dengan keadaan amanah itu, dan tentang tahap risiko yang ada pada pemegangan sesuatu pelaburan tertentu atau pelaburan- pelaburan daripada sesuatu jenis tertentu; dan (b) tentang kesesuaian pada amanah itu pelaburan daripada jenis pelaburan yang dicadangkan itu dan tentang kesesuaian pelaburan yang dicadangkan itu sebagai suatu pelaburan daripada jenis itu; (2) Seseorang pemegang amanah yang kuasa pelaburannya terhad kepada membuat pelaburan yang dinyatakan dalam seksyen 4, hendaklah, sebelum menjalankan apa-apa kuasa untuk melabur dalam apa-apa sekuriti, unit atau syer yang disebut dalam seksyen 5, mendapatkan nasihat yang wajar mengenai persoalan sama ada pelaburan itu memuaskan dengan memberi perhatian tentang perkara- perkara yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b), dan hendaklah menimbangkan nasihat yang diperoleh itu: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi Pemegang Amanah Raya* dan bagi syarikat amanah yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat Amanah 1949. (3) (a) Bagi maksud subseksyen (2) nasihat yang wajar adalah sama ada nasihat seorang broker stok yang diperoleh melalui pengurus bank pemegang amanah itu atau nasihat seorang akauntan yang diberi kuasa. (b) Dalam subseksyen ini “pengurus bank” ertinya pengurus bank (termasuk cawangan bank) yang dilesenkan di bawah seksyen 3 Akta Bank 1973 [Act 102]**, dan “akauntan yang diberi kuasa” ertinya seseorang yang diberi kuasa secara bertulis di bawah mana-mana *CATATAN—Perkataan “Pemegang Amanah” kini dirujuk sebagai “perbadanan” di bawah nama Amanah Raya Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] menurut seksyen 2 dan subseksyen 43(3) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532]. **CATATAN—Akta Bank 1973 [Akta 102] telah dimansuhkan oleh Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]-lihat subseksyen 128(1) Akta 372. Kini Akta Bank dan Insititusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]-lihat seksyen 271 Akta 758. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 undang-undang bertulis berhubungan dengan syarikat, menjadi juruaudit syarikat pada amnya. (4) Seseorang pemegang amanah yang menyimpan apa-apa sekuriti, unit atau bahagian sebagaimana disebut dalam seksyen 5, hendaklah menentukan ketikanya hal-keadaan itu, dan khususnya jenis pelaburan itu, menyebabkannya perlu mendapatkan apa-apa nasihat sebagaimana tersebut dahulu, dan hendaklah mendapat dan menimbangkan nasihat itu dengan sewajarnya. (5) Seseorang pemengang amanah tidak boleh dikira sebagai telah mematuhi subseksyen (2) hingga (4) melainkan jika nasihat itu telah diberi, atau telah disahkan kemudiannya, secara bertulis. (6) Subseksyen (2) hingga (4) tidak terpakai bagi seorang daripada dua orang atau lebih pemegang amanah jika dia adalah orang yang memberi nasihat yang dikehendaki oleh seksyen ini kepada pemegang amanah bersama atau pemegang-pemegang amanah bersamanya. Kuasa pelaburan statutori 7. (1) Dalam hal pemegang-pemegang amanah yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seksyen 5 adalah terpakai hanya setakat yang diarahkan oleh Menteri. (2) Jika mana-mana golongan orang, yang bukannya pemegang amanah, mempunyai kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis (walau bagaimanapun dinyatakan) untuk membuat pelaburan yang sama seperti pelaburan yang pemegang amanah pada masa itu dibenarkan oleh undang-undang membuat, seksyen 5 tidaklah terpakai bagi golongan itu kecuali setakat yang diarahkan oleh Menteri. (3) Menteri boleh mengarahkan supaya mana-mana golongan orang tertentu, yang bukannya pemegang amanah yang dilantik di bawah mana-mana undang bertulis, yang selain subseksyen ini tidak mempunyai kuasa pelaburan yang sama seperti yang diberi di bawah seksyen 5, hendaklah mempunyai kuasa itu setakat yang dinyatakan dalam arahan itu. Pemegang Amanah 19 (4) Apa-apa arahan di bawah seksyen ini boleh diberi secara am atau dalam hal tertentu, dan diberi tanpa syarat atau tertakluk kepada syarat-syarat. Membeli stok boleh tebus pada nilai premium; menukar corak pelaburan 8. (1) Seseorang pemegang amanah boleh di bawah kuasa Akta ini melabur dalam apa-apa sekuriti yang dinyatakan atau disebut dalam seksyen 4, walaupun sekuriti itu boleh ditebus, dan harganya melebihi nilai tebusan itu. (2) Seseorang pemegang amanah boleh menyimpan sehingga ditebus apa-apa stok boleh tebus, wang, atau sekuriti yang mungkin telah dibeli mengikut kuasa Akta ini, atau mana-mana undang-undang bertulis yang diganti oleh Akta ini. Budi bicara pemegang amanah 9. Tiap-tiap kuasa yang diberi oleh seksyen 4 dan 8 hendaklah dijalankan mengikut budi bicara pemegang amanah, tetapi tertakluk kepada apa-apa persetujuan atau arahan, berkenaan dengan pelaburan wang amanah, yang dikehendaki oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu atau oleh mana-mana undang-undang bertulis. Kuasa menyimpan pelaburan yang telah terhenti menjadi pelaburan yang dibenarkan 10. Seseorang pemegang amanah tidaklah bertanggungan kerana pecah amanah hanya oleh sebab dia masih terus memegang sesuatu pelaburan yang telah terhenti menjadi pelaburan yang dibenarkan oleh surat cara amanah itu atau oleh Akta ini. 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 Pelaburan dalam sekuriti pembawa 11. (1) Seseorang pemegang amanah boleh, melainkan jika dilarang dengan nyata oleh surat cara yang mewujudkan amanah itu, menyimpan atau melabur dalam sekuriti yang boleh dibayar kepada pembawa yang, jika tidak kena dibayar demikian, boleh menjadi pelaburan yang dibenarkan. (2) Sekuriti yang boleh dibayar kepada pembawa yang disimpan atau diambil sebagai pelaburan oleh pemegang amanah hendaklah, hingga dijual, didepositkan olehnya dengan seorang jurubank atau syarikat bank untuk simpanan selamat dan pungutan pendapatan. (3) Sesuatu arahan supaya pelaburan itu hendaklah disimpan atau dibuat atas nama pemegang amanah tidak boleh, bagi maksud seksyen ini, disifatkan sebagai suatu larangan nyata sebagaimana tersebut dahulu. (4) Seseorang pemegang amanah tidaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang berlaku oleh sebab deposit itu, dan apa-apa wang yang kena dibayar berkenaan dengan deposit dan pungutan itu hendaklah dibayar dengan pendapatan daripada harta amanah itu. Pinjaman dan pelaburan oleh pemegang amanah yang tidak boleh dipertuduh sebagai pecah amanah 12. (1) Seseorang pemegang amanah yang meminjamkan wang atas cagaran sesuatu harta yang mengenainya dia dengan sepatutnya boleh memberi pinjaman tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya oleh sebab kadar yang ditanggung oleh amaun pinjaman itu berbanding dengan nilai harta itu pada masa pinjaman tersebut diberi, jika Mahkamah mendapati— (a) bahawa pada masa memberi pinjaman itu pemegang amanah itu bertindak mengikut laporan mengenai nilai harta itu yang dibuat oleh seseorang yang dia dengan munasabahnya mempercayai menjadi seorang juruukur Pemegang Amanah 21 atau penilai praktis yang berkebolehan yang diarah dan diguna khidmat secara bebas daripada mana-mana pemunya harta itu, sama ada juruukur atau penilai itu menjalankan urusannya dalam kawasan di mana terletaknya harta itu atau di tempat-tempat lain; (b) bahawa amaun pinjaman itu tidak melebihi dua per tiga bahagian daripada nilai harta itu sebagaimana disebut dalam laporan itu; dan (c) bahawa pinjaman itu dibuat mengikut nasihat juruukur atau penilai yang dinyatakan dalam laporan itu. (2) Seseorang pemegang amanah yang meminjamkan wang atas cagaran sesuatu harta pegangan pajak tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya atas alasan bahawa pada masa memberi pinjaman itu dia tidak minta dikemukakan atau menyiasat, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya, hakmilik pemberi pajakan itu. (3) Seseorang pemegang amanah tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya atas alasan bahawa pada masa melakukakn pembelian, atau pada masa meminjamkan wang atas cagaran, apa-apa harta dia telah menerima hakmilik yang lebih singkat daripada hakmilik yang seseorang pembeli, jika tidak ada suatu kontrak khas, berhak menuntut, jika pada pendapat Mahkamah hakmilik yang diterima itu adalah suatu hakmilik yang pasti akan diterima oleh seseorang yang bertindak dengan hemat dan cermat. (4) Seksyen ini terpakai bagi pemindahan sekuriti yang ada dan juga bagi sekuriti baru dan bagi pelaburan yang dibuat sebelum dan juga selepas mula berkuatkuasanya Akta ini. Liabiliti mengenai kerugian yang disebabkan oleh pelaburan tidak wajar 13. (1) Jika seseorang pemegang amanah dengan tidak sewajarnya mendahulukan wang amanah atas cagaran suatu gadaian yang pada masa pelaburan itu adalah suatu pelaburan wajar daripada semua segi 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 bagi suatu jumlah yang lebih kecil daripada jumlah yang sebenarnya didahulukan di atasnya, cagaran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pelaburan yang dibenarkan bagi jumlah yang lebih kecil itu, dan pemegang amanah itu akan hanya bertanggungan membayar jumlah yang didahulukan berlebihan itu serta bunganya. (2) Seksyen ini terpakai bagi pelaburan yang dibuat sebelum dan juga selepas mula berkuatkuasanya Akta ini. Kuasa tambahan pada kuasa pelaburan 14. (1) Pemegang-pemegang amanah yang meminjamkan wang atas cagaran sesuatu harta yang mengenainya dia boleh memberi pinjaman dengan sahnya di sisi undang-undang boleh membuat kontrak bahawa wang itu tidak diminta selama sesuatu tempoh yang tidak lebih daripada lima tahun mulai dari masa pinjaman itu dibuat, dengan syarat bunganya dibayar dalam tempoh yang ditetapkan yang tidak lebih daripada sepuluh hari selepas tiap-tiap bulan atau pada hari-hari lain yang ia kena dibayar, dan dengan syarat penggadai tidak melanggar apa-apa waad yang terkandung dalam surat cara gadaian itu untuk menyenggara dan melindungi harta itu. (2) Apabila pemegang amanah menjual tanah pemegang amanah itu boleh, jika hasil jualan itu boleh dilaburkan, membuat kontrak bahawa pembayaran apa-apa bahagian, tidak lebih daripada dua per tiga, daripada wang belian itu hendaklah dijamin dengan gadaian tanah yang dijual itu, dengan atau tanpa cagaran mana-mana harta lain, tetapi gadaian itu, jika apa-apa bangunan ada termasuk di dalamnya, hendaklah mengandungi suatu waad oleh penggadai untuk menginsuranskan bangunan itu pada nilai sepenuhnya daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran. (3) Pemegang-pemegang amanah tidak terikat untuk mendapatkan apa-apa laporan mengenai nilaian tanah atau harta lain yang hendak dimasukkan ke dalam gadaian itu, atau apa-apa nasihat mengenai pemberian pinjaman itu, dan tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang berlaku hanya oleh sebab cagaran pinjaman itu tidak mencukupi pada tarikh gadaian itu. Pemegang Amanah 23 (4) Jika apa-apa sekuriti sesuatu syarikat adalah tertakluk kepada sesuatu amanah, pemegang amanah boleh bersetuju dengan apa-apa skim atau perkiraan— (a) bagi penyusunan semula syarikat itu; (b) bagi penjualan kesemua atau apa-apa bahagian harta dan usaha syarikat itu kepada syarikat lain; (c) bagi perolehan sekuriti syarikat itu, atau kawalannya, oleh sesuatu syarikat lain; (d) bagi penyatuan syarikat itu dengan syarikat lain; (e) bagi pelepasan, pengubahsuaian, atau pengubahan apa- apa hak, keistimewaan atau liabiliti yang ada pada sekuriti-sekuriti itu atau salah satu daripadanya, sama caranya seolah-olah mereka berhak mendapat sekuriti-sekuriti itu secara benefisial, dan mempunyai kuasa untuk menerima apa-apa sekuriti daripada apa-apa peringkat nilai atau jenis kepunyaan syarikat yang disusun semula atau yang membeli atau yang baharu itu sebagai ganti atau sebagai tukaran bagi kesemua atau mana-mana sekuriti yang mula-mula disebut itu, dan pemegang amanah tidak bertanggungjawab terhadap apa- apa kerugian yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau benda yang dilakukan dengan suci hati, dan boleh menyimpan apa-apa sekuriti yang diterima sebagaimana tersebut dahulu bagi apa-apa tempoh yang mereka dengan sepatutnya boleh menyimpan sekuriti asal itu. (5) Jika apa-apa hak bersyarat atau hak keutamaan untuk mencarum bagi apa-apa sekuriti dalam mana-mana syarikat ditawarkan kepada pemegang amanah berkenaan dengan apa-apa pegangan dalam syarikat itu, mereka boleh mengenai kesemua atau mana-mana daripada sekuriti itu, sama ada menjalankan hak itu dan menggunakan wang modal yang tertakluk kepada amanah itu sebagai bayaran balasannya, atau menolak hak sedemikian, atau menyerahkan faedah hak itu atau hakmiliknya dengan balasan yang terbaik yang dengan munasabahnya boleh didapati kepada mana-mana orang, termasuk mana-mana benefisiari amanah itu, tanpa bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau benda yang mereka lakukan dengan suci hati: 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 Dengan syarat bahawa balasan bagi apa-apa serah hak sedemikian hendaklah dipegang sebagai wang modal amanah itu. (6) Kuasa yang diberi oleh seksyen ini hendaklah dijalankan tertakluk kepada persetujuan mana-mana orang yang persetujuannya bagi penukaran pelaburan itu dikehendaki oleh undang-undang atau oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu. (7) Jika pinjaman yang disebut dalam subseksyen (1), atau jualan yang disebut dalam subseksyen (2), dibuat mengikut perintah Mahkamah, kuasa yang diberi oleh subseksyen itu masing-masing adalah terpakai hanya jika dan setakat yang diarahkan melalui perintah oleh Mahkamah itu. Kuasa mendeposit di bank dan membayar panggilan 15. (1) Pemegang-pemegang amanah boleh, sementara menanti selesai perundingan dan penyediaan apa-apa gadaian, atau pada bila- bila masa lain sementara hendak mendapatkan pelaburan, membayar apa-apa wang amanah ke dalam bank secara deposit atau secara akaun lain dan segala bunga, jika ada, yang kena dibayar mengenainya hendaklah digunakan sebagai pendapatan. (2) Pemegang-pemegang amanah boleh menggunakan wang modal yang tertakluk kepada sesuatu amanah bagi membayar panggilan mana- mana saham yang tertakluk kepada amanah yang sama. BAHAGIAN III KUASA AM PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL PERIBADI Kuasa Am Kuasa pemegang amanah untuk menjual membuat jualan dengan cara lelong, dsb. 16. (1) Jika amanah untuk dijual atau kuasa menjual harta terletak hak pada seseorang pemegang amanah, dia boleh menjual atau Pemegang Amanah 25 bersetuju dengan mana-mana orang lain untuk menjual kesemua atau mana-mana bahagian harta itu, sama ada tertakluk kepada gadaian terdahulu atau tidak, dan sama ada dijual bersesama atau secara lot, dengan cara lelongan awam atau dengan cara kontrak persendirian, tertakluk kepada apa-apa syarat mengenai hakmilik atau keterangan hakmilik atau perkara lain sebagaimana difikirkan patut oleh pemegang amanah itu, dan mempunyai kuasa untuk mengubah apa- apa kontrak untuk menjual, atau membatalkan apa-apa kontrak untuk menjual dan menjual semula, tanpa dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa kerugian. (2) Sesuatu amanah atau kuasa untuk menjual atau melupuskan tanah meliputi amanah atau kuasa untuk menjual atau melupuskan sebahagian daripadanya, sama ada pembahagaian itu dibuat secara mendatar, menegak atau dengan mana-mana cara lain. Kuasa menjual tertakluk kepada keadaan susut nilai 17. (1) Tiada apa-apa jualan yang dibuat oleh seseorang pemegang amanah boleh dicabar oleh mana-mana benefisiari atas alasan bahawa mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya jualan itu dibuat telah dengan tidak sepatutnya susut nilai, melainkan jika didapati juga bahawa balasan bagi jualan oleh kerana itu telah menjadi tidak mencukupi. (2) Tiada apa-apa jualan yang dibuat oleh seseorang pemegang amanah, selepas pindah hak disempurnakan, boleh dicabar terhadap pembeli atas alasan bahawa mana-mana daripada syarat yang tertakluk kepadanya jualan itu dibuat telah dengan tidak sepatutnya susut nilai, melainkan jika didapati bahawa pembeli itu telah bertindak secara pakatan dengan pemegang amanah pada masa kontrak untuk menjual itu dibuat. (3) Tiada seorang pun pembeli, apabila sesuatu jualan dibuat oleh seseorang pemegang amanah, boleh membuat apa-apa bantahan terhadap hakmilik atas mana-mana alasan tersebut dahulu. 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 (4) Seksyen ini terpakai bagi jualan yang dibuat sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini. Kuasa pemegang amanah memberi resit 18. (1) Resit secara bertulis oleh seseorang pemegang amanah bagi apa-apa wang, sekuriti, atau harta atau barang kegunaan sendiri lain yang kena dibayar, dipindah, atau diserahkan kepadanya di bawah sesuatu amanah atau kuasa hendaklah menjadi pelepasan yang cukup bagi orang yang membayar, memindah, atau menyerahkan wang, sekuriti, atau harta atau barang kegunaan sendiri itu dan boleh melepaskan orang itu dengan berkesannya daripada mengawasi penggunaan atau menjadi bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau penyalahgunaannya. (2) Seksyen ini tidak membolehkan seseorang pemegang amanah tunggal, kecuali jika pemegang amanah itu suatu perbadanan amanah, memberikan resit yang sah bagi hasil jualan atau wang modal lain yang diperoleh daripada amanah untuk menjual tanah. (3) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam pelupusan tanah atas amanah untuk menjual atau dalam penyelesaian hasil bersihnya, hasil jualan atau wang modal lain yang diperoleh daripada pelupusan itu tidak boleh dibayar pada atau digunakan dengan arahan daripada kurang daripada dua orang yang bertindak sebagai pemegang amanah bagi pelupusan itu, kecuali jika pemegang amanah itu suatu perbadanan amanah, tetapi subseksyen ini tidak menjejaskan hak seseorang wakil peribadi tunggal atas sifatnya sedemikian untuk memberikan resit yang sah bagi, atau mengarahkan penggunaan hasil jualan atau wang modal lain yang tersebut dahulu; juga tidak menjadikannya perlu mempunyai lebih daripada seorang pemegang amanah, kecuali jika wang modal itu diperoleh daripada sesuatu transaksi. (4) Seksyen ini terpakai walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu. Pemegang Amanah 27 Kuasa mengkompaun liabiliti 19. Seorang wakil diri, atau dua orang pemegang amanah atau lebih yang bertindak, bersesama atau seorang pemegang amanah tunggal yang bertindak jika melalui surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, atau melalui undang-undang bertulis, seorang pemegang amanah tunggal dibenarkan melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan kepadanya, boleh, jika dan sebagaimana difikirkannya atau oleh mereka patut— (a) menerima apa-apa harta, sebelum sampai masanya yang ia boleh dipindahkan atau boleh dibayar; (b) mengasingkan dan mengumpukkan apa-apa wang atau harta amanah yang bercampur; (c) membayar atau membenarkan apa-apa hutang atau tuntutan menurut apa-apa keterangan yang difikirkannya cukup; (d) menerima apa-apa komposisi atau apa-apa cagaran bagi sesuatu hutang, atau bagi apa-apa harta, yang dituntut; (e) memberi masa bagi pembayaran apa-apa hutang; atau (f) mengkompromi, mengkompaun, menghentikan, atau mengemukakan pada timbang tara atau selainnya menyelesaikan apa-apa hutang, akaun, tuntutan atau apa- apa jua benda yang berhubungan dengan estet pewasiat atau estet si mati tanpa wasiat atau berhubungan dengan amanah itu, dan bagi mana-mana maksud itu boleh mengikat, memberi, menyempurnakan dan membuat apa-apa perjanjian, surat cara komposisi atau perkiraan, pelepasan, dan benda-benda lain yang difikirkan olehnya atau oleh mereka manfaat, tanpa bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan olehnya atau oleh mereka dengan suci hati. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 Kuasa pemegang amanah pegangan pajak yang boleh diperbaharui untuk memperbaharui dan mendapatkan wang bagi maksud itu 20. (1) Seseorang pemegang amanah bagi sesuatu pegangan pajak yang boleh diperbaharui dari semasa ke semasa sama ada menurut sesuatu waad atau kontrak atau mengikut adat atau amalan biasa boleh, jika difikirkannya patut, dan hendaklah, jika dikehendaki oleh mana- mana orang yang mempunyai sesuatu kepentingan benefisial, pada masa itu, menggunakan sebaik-baik ikhtiarnya untuk mendapatkan dari semasa ke semasa suatu pajakan yang dibaharui mengenai harta yang sama mengikut terma-terma yang lazim dan berpatutan dan bagi maksud itu boleh dari semasa ke semasa menyerahkan atau bersetuju untuk menyerahkan pajakan yang ada pada masa itu, dan melakukan apa-apa jua perbuatan lain sebagaimana perlu: Dengan syarat bahawa, jika menurut terma penyelesaian atau amanah itu orang yang memiliki selama tempoh hayatnya atau kepentingan terhad lain berhak menikmatinya tanpa apa-apa kewajipan untuk membaharui pegangan pajak itu atau menyumbangkan wang bagi belanja membaharuinya, seksyen ini tidak terpakai melainkan jika persetujuan orang itu telah diperoleh secara bertulis bagi membaharui pegangan pajak tersebut di pihak pemegang amanah. (2) Jika wang diperlukan bagi membayar belanja membaharui pegangan pajak itu, pemegang amanah yang membuat pembaharuan itu boleh membayarnya dengan apa-apa wang yang ada pada masa itu dalam tangannya secara amanah bagi orang-orang yang mempunyai kepentingan benefisial pada tanah yang hendak dimasukkan ke dalam pajakan yang diperbaharui itu, dan jika dia tidak mempunyai di dalam tangannya wang yang cukup bagi maksud itu dia boleh mendapatkan wang yang diperlukan itu dengan menggadaikan harta yang hendak dimasukkan ke dalam pajakan yang hendak diperbaharui itu atau mana-mana harta lain yang pada masa itu tertakluk kepada amanah yang kepadanya harta tersebut tertakluk; dan tiada seorang pun yang mendahulukan wang atas sesuatu gadaian yang berupa dibuat mengikut kuasa ini terikat untuk memastikan bahawa wang itu dikehendaki atau bahawa tidak didapatkan wang yang lebih daripada Pemegang Amanah 29 yang dikehendaki bagi maksud itu atau selainnya mengenai penggunaannya. Kuasa untuk mendapatkan wang dengan cara jualan, gadaian, dll. 21. (1) Jika pemegang-pemegang amanah diberi kuasa oleh surat cara, jika ada, mewujudkan amanah itu atau oleh undang-undang membayar atau menggunakan wang modal yang tertakluk kepada amanah itu bagi apa-apa maksud atau dengan apa-apa cara, mereka hendaklah mempunyai kuasa untuk mendapatkan wang dengan menjual, menukar, memanggil, atau menggadaikan kesemua atau mana-mana bahagian harta amanah yang dimilik pada masa itu. (2) Seksyen ini terpakai walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, tetapi tidak terpakai bagi pemegang amanah harta yang dipegang bagi maksud khairat. Perlindungan bagi pembeli dan pemegang gadaian yang berurusan dengan pemegang amanah 22. Tiada seorang pun pembeli atau pemegang gadaian, yang membayar atau mendahulukan wang atas jualan atau gadaian yang berupa sebagai dibuat di bawah apa-apa amanah atau kuasa yang terletak hak pada pemegang amanah, mempunyai urusan untuk memastikan bahawa wang itu dikehendaki, atau bahawa tidak didapatkan wang yang lebih daripada yang dikehendaki, atau selainnya mengenai penggunaannya. Penurunan kuasa atau amanah 23. (1) Jika sesuatu kuasa atau amanah diberi kepada atau dikenakan pada dua orang pemegang amanah atau lebih secara bersesama, kuasa atau amanah itu boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh pemegang- pemegang amanah atau pemegang amanah yang masih hidup pada masa itu. 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 (2) Sehingga pemegang-pemegang amanah baru dilantik, wakil diri atau wakil pada masa itu bagi pemegang amanah tunggal, atau, jika ada dua orang pemegang amanah atau lebih, bagi pemegang amanah yang terakhir masih hidup atau pemegang amanah berterusan, boleh menjalankan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau amanah yang telah diberi kepada, atau boleh dijalankan oleh, pemegang amanah tunggal atau yang terakhir masih hidup atau berterusan itu, atau pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah lain pada masa itu bagi amanah itu. (3) Dalam seksyen ini “wakil diri” tidak termasuklah wasi yang telah menolak atau yang tidak membuktikan wasiat pewasiatnya. Kuasa mengambil insurans 24. (1) Seseorang pemegang amanah boleh menginsuranskan apa- apa bangunan atau harta lain yang boleh diinsuranskan daripada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran hingga apa-apa amaun, termasuk amaun apa-apa insurans yang telah sedia ada, setakat nilai penuh bangunan atau harta itu, dan membayar premium insurans itu dengan pendapatan daripada bangunan atau harta itu atau dengan pendapatan mana-mana harta lain yang tertakluk kepada amanah yang sama tanpa memerlukan persetujuan mana-mana orang yang berhak sepenuhnya atau sebahagiannya kepada pendapatan itu. (2) Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana bangunan atau harta yang seseorang pemegang amanah terikat untuk memindah hak secara mutlak dengan serta-merta kepada mana-mana benefisiari apabila diminta berbuat demikian. Penggunaan wang insurans jika polisi disenggara di bawah apa- apa amanah, kuasa atau kewajipan 25. (1) Wang yang boleh diterima oleh pemegang amanah atau mana- mana benefisiari di bawah suatu polisi insurans terhadap kerugian atau kerosakan apa-apa harta yang tertakluk kepada amanah, sama ada disebabkan oleh kebakaran atau selainnya, hendaklah, jika polisi Pemegang Amanah 31 insurans itu disenggara di bawah apa-apa amanah bagi maksud itu atau di bawah apa-apa kuasa, berkanun atau selainnya, atau dalam melaksanakan apa-apa waad atau apa-apa kewajipan, berkanun atau selainnya, atau oleh seorang penyewa seumur hidup yang boleh dicabar kerana pensia-siaan, menjadi wang modal bagi maksud amanah itu. (2) Jika apa-apa wang sedemikian boleh diterima oleh mana-mana orang, selain pemegang amanah bagi amanah itu, orang itu hendaklah menggunakan sebaik-baik ikhtiarnya untuk mendapatkan dan menerima wang itu, dan hendaklah membayar baki bersihnya, setelah dijelaskan apa-apa kos bagi mendapatkan dan menerimanya, kepada pemegang amanah bagi amanah itu, atau jika tidak ada pemegang amanah yang boleh menjelaskan kos itu, ke dalam Mahkamah. (3) Mana-mana wang itu— (a) jika ia diterima berkenaan dengan harta yang dipegang atas amanah untuk menjual, hendaklah dipegang atas amanah itu dan tertakluk kepada kuasa dan peruntukan yang boleh dipakai bagi wang yang diperoleh dengan cara jualan di bawah amanah itu; dan (b) dalam mana-mana hal lain, hendaklah dipegang atas amanah yang mempunyai persamaan paling hampir yang boleh dengan amanah yang melibatkan harta yang mengenainya wang itu kena dibayar. (4) Wang itu, atau mana-mana bahagiannya, boleh juga digunakan oleh pemegang amanah, atau, jika ada pada Mahkamah, mengikut arahan Mahkamah itu, untuk membina semula, memulihkan, mengganti, atau memperbaiki harta yang telah hilang atau rosak itu, tetapi apa-apa penggunaan sedemikian oleh pemegang amanah hendaklah tertakluk kepada persetujuan mana-mana orang yang persetujuannya dikehendaki oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu bagi pelaburan wang yang tertakluk kepada amanah itu. 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 (5) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini memudaratkan atau menjejaskan hak mana-mana orang menghendaki supaya mana-mana wang sedemikian atau mana-mana bahagiannya digunakan bagi membina semula, memulihkan, atau memperbaiki harta yang telah hilang atau rosak itu, atau hak mana-mana pemegang gadaian, pemberi pajak, atau penerima pajak, sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya.
Part document.segment-2
208 - *AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
208 - *AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 — segment 2
AI-assisted research summary: This part lets trustees deposit trust documents for safe custody, use agents and delegates in some cases, inspect or audit trust accounts, advance trust capital within limits, and appoint or retire trustees subject to statutory rules.
(6) Seksyen ini terpakai bagi polisi yang berkuat kuasa sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, tetapi hanya mengenai wang yang diterima selepas berkuatkuasanya Akta itu. Pendepositan dokumen untuk simpanan selamat 26. Pemegang-pemegang amanah boleh mendepositkan apa-apa dokumen yang dipegang oleh mereka, berhubungan dengan amanah, atau harta amanah itu, pada mana-mana jurubank atau syarikat bank atau mana-mana syarikat lain yang urusannya meliputi aku janji memberi simpanan selamat pada dokumen, dan apa-apa wang yang kena dibayar berkenaan dengan pendepositan itu hendaklah dibayar dengan pendapatan daripada harta amanah itu. Kepentingan perkembalian, penilaian dan pengauditan 27. (1) Jika harta amanah meliputi apa-apa bahagian atau kepentingan pada harta yang tidak terletak hak pada pemegang amanah, atau hasil jualan mana-mana harta sedemikian, atau apa-apa benda lain dalam tindakan, apabila bahagian atau kepentingan pada harta, hasil jualan mana-mana harta sedemikian atau benda dalam tindakan itu jatuh ke dalam milik, atau menjadi kena dibayar atau boleh dipindahkan, pemegang amanah boleh— (a) mempersetujui atau menentukan amaunnya atau nilainya atau mana-mana bahagiannya mengikut apa-apa cara yang mereka fikirkan patut; Pemegang Amanah 33 (b) menerima sebagai atau bagi penyelesaiannya, mengikut nilai pasaran atau nilai semasa, atau atas apa-apa penilaian atau anggaran nilai yang mereka fikirkan patut, apa-apa pelaburan yang dibenarkan; (c) membenarkan apa-apa potongan mengenai duti, kos, caj dan perbelanjaan yang mereka fikirkan patut atau munasabah; (d) menyempurnakan apa-apa pelepasan berkenaan dengan premis itu supaya dengan berkesannya melepaskan semua pihak yang bertanggungjawab daripada segala liabiliti berkenaan dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam skop pelepasan itu, tanpa dipertanggungjawabkan dalam mana-mana hal sedemikian terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan demikian oleh mereka dengan suci hati. (2) Pemegang-pemegang amanah itu tidak boleh dikenakan apa- apa kewajipan dan tidak boleh dipertuduh atas pecah amanah oleh sebab apa-apa ketinggalan— (a) untuk memohon mendapatkan sesuatu perintah pemberhentian atau perintah lain yang serupa ke atas apa- apa sekuriti atau harta lain yang daripadanya atau mengenainya bahagian atau kepentingan atau benda lain dalam tindakan yang tersebut dahulu diperoleh, kena dibayar atau ditanggungkan; atau (b) untuk mengambil apa-apa prosiding oleh sebab sesuatu perbuatan, keingkaran, atau keabaian di pihak orang yang padanya sekuriti atau harta lain atau salah satu daripadanya atau mana-mana bahagiannya pada masa itu, atau telah pada bila-bila masa, terletak hak, melainkan jika dan sehingga dikehendaki berbuat demikian secara bertulis oleh mana-mana orang, atau penjaga mana-mana orang, yang mempunyai kepentingan benifisial di bawah amanah itu, dan 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 melainkan jika peruntukan sewajarnya juga dibuat dengan memuaskan hati mereka mengenai pembayaran kos mana-mana prosiding yang perlu diambil: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh melepaskan pemegang amanah daripada kewajipan memungut dan mendapatkan bayaran atau memindahkan bahagian atau kepentingan atau benda kain dalam tindakan itu apabila ia jatuh ke dalam milik. (3) Pemegang-pemegang amanah boleh, bagi maksud memberi kuat kuasa pada amanah itu, atau mana-mana peruntukan surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu atau mana-mana undang- undang bertulis, dari semasa ke semasa (melalui ejen yang sewajarnya berkelayakan) menentukan dan menetapkan nilai mana- mana harta amanah mengikut apa-apa cara yang mereka fikirkan patut, dan apa-apa penilaian yang dibuat demikian dengan suci hati hendaklah mengikat ke semua pihak yang ada kepentingan di bawah amanah itu. (4) Pemegang-pemegang amanah boleh, mengikut budi bicara mutlak mereka, dari semasa ke semasa, tetapi tidak lebih daripada sekali dalam tiap-tiap tahun melainkan jika jenis amanah itu atau apa- apa urusan khas mengenai harta amanah itu menyebabkannya munasabah untuk menjalankan hak itu dengan lebih kerap, mengarahkan supaya akaun harta amanah itu diperiksa atau diaudit oleh seseorang akauntan bebas, dan hendaklah, bagi maksud itu, mengemukakan apa-apa baucar dan memberi apa-apa maklumat kepada akauntan itu sebagaimana dikehendakinya, dan kos pemeriksaan dan pengauditan itu, termasuk fi juruaudit itu, hendaklah dibayar dengan modal atau pendapatan daripada harta amanah itu, atau sebahagiannya daripada modal dan sebahagiannya daripada pendapatan tersebut sebagaimana difikirkan patut oleh pemegang amanah itu mengikut budi bicara mutlaknya, tetapi jika tidak ada apa- apa arahan yang bertentangan oleh pemegang amanah itu dalam sesuatu hal yang khas, kos yang boleh dikaitkan dengan modal hendaklah ditanggung oleh modal dan kos yang boleh dikaitkan dengan pendapatan hendaklah ditanggung oleh pendapatan. Pemegang Amanah 35 Kuasa mengguna khidmat ejen 28. (1) Pemegang-pemegang amanah atau wakil diri boleh, sebagai ganti daripada bertindak sendiri, mengambil khidmat dan membayar seseorang ejen, sama ada peguam cara, jurubank, broker stok, atau orang lain, bagi menguruskan apa-apa perniagaan atau melakukan apa- apa perbuatan yang perlu diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan amanah, atau mentadbirkan estet pewasiat atau si mati tak berwasiat, termasuk penerimaan dan pembayaran wang, dan adalah berhak mendapatkan dan dibayar kesemua caj dan perbelanjaan yang ditanggung demikian, dan tidaklah bertanggungjawab terhadap keingkaran mana-mana ejen sedemikian jika dia diambil khidmat dengan suci hati. (2) Pemegang-pemegang amanah atau wakil diri boleh melantik mana-mana orang untuk bertindak sebagai ejen atau wakil mereka bagi maksud menjual, menukar, memungut, mendapat, dan menyempurna dan menyelesaikan asurans, atau mengurus atau mengusahakan, atau selainnya mengendalikan apa-apa harta, alih atau tak alih, yang tertakluk kepada amanah itu atau yang menjadi sebahagian daripada estet pewasiat atau si mati tak berwasiat itu, di mana-mana tempat di luar Malaysia atau melaksana atau kuasa yang terletak hak pada mereka berhubungan dengan mana-mana harta sedemikian, dan mempunyai apa-apa kuasa sampingan, dan dengan serta tertakluk kepada apa-apa peruntukan dan sekatan sebagaimana mereka fikirkan patut, termasuk tanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripadanya hanya oleh sebab mereka telah membuat perlantikan sedemikian. (3) (a) Tanpa menyentuh apa-apa kuasa am mengenai perlantikan ejen sebagaimana tersebut dahulu- (i) seseorang pemegang amanah boleh melantik seorang peguam cara menjadi ejennya untuk menerima dan memberi pelepasan bagi apa-apa wang atau balasan bernilai atau harta yang boleh diterima oleh pemegang amanah di bawah amanah itu, dengan membenarkan peguam cara itu menyimpan, dan mengemukakan, surat cara yang ada terkandung di 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 dalamnya atau diendors di atasnya penerimaan mengenai wang atau balasan berharga atau harta itu, surat cara yang disempurnakan, atau resit yang diendors itu ditandatangani, oleh orang yang berhak memberi resit bagi balasan itu; (ii) seseorang pemegang amanah tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya oleh sebab dia telah membuat atau bersetuju membuat sesuatu pelantikan sedemikian; dan pengemukaan mana-mana surat cara sedemikian oleh peguam cara itu hendaklah mempunyai keesahan dan efek statutori yang sama seolah-olah orang yang melantik peguam cara itu tidak pernah menjadi pemegang amanah, dan (iii) seseorang pemegang amanah boleh melantik seorang jurubank atau peguam cara menjadi ejennya untuk menerima dan memberi pelepasan bagi apa-apa wang yang kena dibayar kepada pemegang amanah itu di bawah atau menurut sesuatu polisi insurans, dengan membenarkan jurubank atau peguam cara itu menyimpan dan mengemukakan polisi insurans itu berserta resit yang ditandatangani oleh pemegang amanah itu, dan seseorang pemegang amanah tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya sebab dia telah membuat atau bersetuju membuat sesuatu pelantikan sedemikian: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh mengecualikan seseorang pemegang amanah daripada apa-apa liabiliti yang akan ditanggung olehnya jika Akta ini dan mana-mana undang- undang bertulis yang diganti oleh Akta ini tidak diluluskan, sekiranya dia membenarkan mana-mana wang, balasan bernilai, atau harta itu berada di tangan atau di bawah kawalan jurubank atau peguam cara itu untuk tempoh yang lebih lama daripada tempoh yang semunasabahnya perlu bagi membolehkan jurubank atau peguam cara itu, mengikut mana yang berkenaan, membayar atau memindahkan wang, balasan bernilai atau harta itu kepada pemegang amanah itu. Pemegang Amanah 37 (b) Subseksyen ini terpakai sama ada wang atau balasan bernilai atau harta itu telah diterima atau diterima sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini. Kuasa untuk bersetuju dengan orang lain 29. Jika sesuatu bahagian yang belum dipecahkan mengenai hasil jualan tanah yang diarahkan supaya dijual, atau mengenai mana-mana harta lain, adalah tertakluk kepada sesuatu amanah, atau menjadi sebahagian daripada estet pewasiat atau si mati tak berwasiat, pemegang amanah atau wakil diri boleh (tanpa memudaratkan amanah untuk menjual yang melibatkan keseluruhan tanah itu dan kuasa-kuasa pemegang amanah untuk menjual berhubungan dengannya) melaksana atau menjalankan mana-mana amanah atau kuasa yang terletak hak pada mereka berhubungan dengan bahagian itu bersesama dengan orang-orang yang berhak mendapat atau mempunyai kuasa bagi maksud itu ke atas bahagian atau bahagian-bahagian yang lain itu, walaupun mana-mana seorang atau beberapa orang pemegang amanah atau wakil diri itu berhak mendapat atau ada kepentingan pada mana- mana bahagian yang lain itu, sama ada atas sifatnya atau sifat mereka sendiri atau sifat fidusiarinya. Kuasa mewakilkan amanah semasa berada di luar negeri 30. (1) Seseorang pemegang amanah yang bercadang hendak tinggal di luar Malaysia selama suatu tempoh yang melebihi empat belas hari boleh, walau apa pun kaedah undang-undang atau ekuiti yang berlawanan, dengan surat kuasa wakil, mewakilkan kepada mana- mana orang (termasuk sesuatu perbadanan amanah) pelaksanaan atau perjalanan, semasa dia tiada dalam Malaysia, kesemua atau mana- mana amanah, kuasa atau budi bicara yang terletak hak padanya sebagai pemegang amanah sedemikian, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain: Dengan syarat bahawa jika orang itu adalah pemegang amanah bersama yang tunggal dan bukannya suatu perbadanan amanah, orang itu tidak boleh dilantik sebagai wakil di bawah subseksyen ini. 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 (2) Seseorang pemberi surat kuasa wakil yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah bertanggungan terhadap perbuatan atau keingkaran penerima kuasa itu sama caranya seolah-olah perbuatan atau keingkaran itu adalah perbuatan atau keingkaran pemberi tersebut. (3) Surat kuasa wakil itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga pemberinya berada di luar Malaysia dan akan terbatal dengan kepulangan atau kemasukkannya ke dalam Malaysia. (4) Surat kuasa wakil itu hendaklah ditentusahkan dengan penyaksian mengikut cara yang dikehendaki oleh Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424], dan salinan sahih atau salinan pejabatnya hendaklah didepositkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi sebagaimana dikehendaki oleh Akta itu, bersama dengan suatu akuan berkanun oleh pemberi itu bahawa dia bercadang hendak tinggal di luar Malaysia selama tempoh melebihi empat belas hari dari tarikh akuan itu, atau dari sesuatu tarikh yang disebutkan di dalamnya. (5) Akuan berkanun yang tersebut dahulu dan akuan berkanun oleh penerima kuasa wakil itu yang menyatakan bahawa kuasa itu telah mula berkuat kuasa dan masih belum dibatalkan dengan kepulangan atau kemasukan pemberi kuasa itu ke dalam Malaysia hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang dinyatakan itu bagi faedah mana-mana orang yang berurusan dengan penerima itu. (6) Bagi faedah mana-mana orang yang berurusan dengan penerima itu, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau surat cara yang disempurnakan oleh penerima itu hendaklah, walaupun kuasa itu tidak pernah berkuat kuasa atau telah terbatal kerana perbuatan pemberi itu atau dengan kematiannya atau selainnya, adalah sama sah dan kuat kuasa seolah-olah pemberi itu masih hidup dan berkeupayaan penuh, dan telah melakukan perbuatan atau menyempurnakan surat cara itu sendiri, melainkan jika orang itu betul-betul mengetahui bahawa kuasa itu tidak pernah berjalan kuat kuasanya atau mengenai pembatalan kuasa itu sebelum perbuatan itu dilakukan atau surat cara itu disempurnakan. (7) Bagi maksud melaksanakan atau menjalankan amanah atau kuasa yang diwakilkan kepadanya, penerima itu boleh menjalankan Pemegang Amanah 39 apa-apa kuasa yang diberi kepada pemberi itu selaku pemegang amanah oleh undang-undang atau oleh surat cara yang mewujudkan amanah itu, termasuk kuasa, bagi maksud memindahkan sesuatu stok tercatat, baginya mewakilkan kepada seseorang wakil kuasa untuk memindahkan tetapi tidaklah termasuk mewakilkan kuasa perwakilan yang diberi oleh seksyen ini. (8) Pada hakikatnya jika didapati daripada mana-mana surat kuasa wakil yang diberi di bawah seksyen ini, atau daripada mana-mana keterangan yang dikehendaki bagi maksud mana-mana surat kuasa wakil sedemikian atau selainnya, bahawa dalam membuat urusan dengan mana-mana stok penerima kuasa itu bertindak dalam melaksanakan sesuatu amanah tidak boleh disifatkan bagi apa jua maksud sebagai menjejaskan mana-mana orang, yang di dalam bukunya stok itu tercatat atau terdaftar, yang mengetahui tentang amanah itu. (9) Tiada apa-apa surat kuasa wakil boleh berkuat kuasa bagi maksud seksyen ini selama tempoh yang lebih lama daripada tiga tahun dari tarikh ia dilaksanakan. Indemniti Perlindungan daripada liabiliti berkenaan dengan sewa dan waad 31. (1) Jika seseorang wakil diri atau pemegang amanah bertanggungan atas sifatnya sedemikian bagi— (a) apa-apa sewa, waad atau perjanjian yang terjamin oleh atau terkandung dalam sesuatu pajakan; (b) apa-apa sewa, waad atau perjanjian yang kena dibayar di bawah atau terkandung dalam sesuatu pemberian yang dibuat sebagai balasan tanggungan sewa; dan (c) apa-apa indemniti yang diberi mengenai sesuatu sewa, waad atau perjanjian yang tersebut dalam salah satu daripada perenggan yang tersebut di atas, 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 menjelaskan kesemua liabiliti di bawah pajakan atau pemberian itu yang telah terakru, dan telah dituntut, hingga ke tarikh pemindahakkan yang disebut kemudian daripada ini, dan jika perlu, mengasingkan wang yang cukup untuk memenuhkan apa-apa tuntutan masa depan yang mungkin dibuat berkenaan apa-apa jumlah wang yang ditetap dan ditentukan yang pemegang pajak atau penerima pemberian itu telah bersetuju hendak membelanjakan ke atas harta yang dipajak atau diberi itu walaupun masih belum sampai masanya untuk wang itu dibelanjakan, maka dan dalam mana-mana hal sedemikian wakil diri atau pemegang amanah itu boleh memindahhakkan harta yang dipajak atau diberikan itu, kepada -seorang pembeli, penerima legasi, penerima devais atau orang- lain yang berhak meminta pemindahhakkannya dan sesudah itu— (A) dia boleh membahagikan baki estet pewasiat yang telah mati atau si mati tak berwasiat itu, atau, mengikut mana yang berkenaan, harta amanah itu (selain wang, jika ada, yang diasingkan sebagaimana tersebut dahulu) pada atau di kalangan orang yang berhak mendapatkanya, tanpa mengumpukkan mana-mana bahagian, atau mana-mana bahagian tambahan, mengikut mana yang berkenaan, daripada estet si mati atau harta amanah itu untuk menunaikan apa-apa liabiliti masa depan di bawah pajakan atau pemberian itu; dan (B) walau apa pun mana-mana pembahagian sedemikian, dia tidaklah bertanggungan sendiri terhadap apa-apa tuntutan berikutannya di bawah pajakan atau pemberian tersebut. (2) Seksyen ini berkuat kuasa tanpa menjejaskan hak pemberi pajak atau pemberi itu, atau orang yang memperoleh hakmilik di bawah pemberi pajak atau pemberi itu, untuk mengikut aset si mati atau harta amanah itu ke dalam tangan orang-orang yang di kalangan mereka masing-masing aset itu telah dibahagikan, dan seksyen ini terpakai walau apa pun yang berlawanan dalam wasiat atau surat cara lain, jika ada, yang mewujudkan amanah itu. (3) Dalam seksyen ini— Pemegang Amanah 41 “pajakan” meliputi pajakan kecil dan perjanjian untuk sesuatu pajakan atau pajakan kecil dan sesuatu surat cara yang memberi apa- apa indemniti sebagaimana tersebut dahulu atau yang mengubah liabiliti di bawah pajakan itu: “pemberian” terpakai bagi sesuatu pemberian sama ada sewanya diwujudkan melalui batasan, pemberian, perizapan, atau selainnya, dan meliputi perjanjian untuk sesuatu pemberian atau sesuatu surat cara yang memberi apa-apa indemniti sebagaimaan tersebut dahulu atau yang mengubah liabiliti di bawah pemberian itu; “penerima pajak” dan “penerima pemberian” meliputi orang yang masing-masing memperoleh hakmilik di bawahnya. Perlindungan dengan cara iklan 32. (1) Dengan bertujuan hendak memindah hak kepada atau membahagikan di kalangan orang yang berhak mendapat sesuatu harta alih atau tak alih, pemegang amanah atau wakil diri boleh memberi notis melalui iklan dalam Warta, dan apa-apa notis lain yang serupa, termasuk notis di tempat-tempat lain selain Malaysia, sebagaimana, dalam sesuatu hal tertentu, diarahkan oleh mahkamah dalam tindakan bagi pentadbiran, tentang cadangan mereka hendak membuat apa-apa pemindahhakkan atau pembahagian yang tersebut dahulu, dan menghendaki mana-mana orang yang ada kepentingan untuk menghantar kepada pemegang amanah atau wakil diri dalam masa, tidak boleh kurang daripada dua bulan, yang ditetapkan dalam notis itu atau, jika lebih daripada satu notis diberi, dalam notis yang terakhir, butir-butir tuntutannya berkenaan dengan harta itu atau mana-mana bahagiannya yang dimaksudkan oleh notis itu. (2) Apabila tamatnya tempoh yang ditetapkan oleh notis itu pemegang amanah atau wakil diri boleh memindah hak atau membahagikan harta itu atau mana-mana bahagiannya yang dimaksudkan oleh notis itu, kepada atau di kalangan orang yang berhak mendapatnya, dengan memberi perhatian hanya terhadap tuntutan, sama ada formal atau tidak, yang pada masa itu diketahui oleh pemegang amanah atau wakil diri itu dan tidaklah berkenaan dengan 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 harta yang dipindah hak atau dibahagi demikian, bertanggungan terhadap mana-mana orang yang tuntutannya tidak diketahui oleh pemegang amanah atau wakil diri pada masa pemindahhakkan atau pembahagian itu; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini— (a) menjejaskan hak mana-mana orang untuk mengikuti harta itu, atau mana-mana harta yang bersamaan, ke dalam tangan mana-mana orang, selain pembeli, yang telah menerimanya; atau (b) melepaskan pemegang amanah atau wakil diri daripada apa-apa kewajipan untuk membuat penelitian yang serupa a dengan penelitian yang seseorang bakal pembeli sepatutnya dinasihatkan membuat atau mendapatkan. (3) Seksyen ini terpakai walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam wasiat atau surat cara lain, jika ada, yang mewujudkan amanah itu. Perlindungan berkenaan dengan notis 33. Seseorang pemegang amanah atau wakil diri yang bertindak bagi maksud lebih daripada satu amanah atau estet tidaklah, jika tidak ada fraud, terjejas oleh permakluman mengenai sesuatu surat cara, perkara, fakta atau benda yang berhubungan dengan sesuatu amanah atau estet tertentu jika dia telah mendapat notis mengenainya semata-mata oleh kerana dia bertindak atau telah bertindak bagi maksud amanah atau estet yang lain. Pelepasan pemegang amanah berkenaan dengan surat kuasa wakil tertentu 34. Seseorang pemegang amanah yang bertindak atau membayar wang dengan suci hati di bawah atau menurut mana-mana surat kuasa wakil tidaklah bertanggungan terhadap apa-apa perbuatan atau bayaran sedemikian oleh sebab pada masa perbuatan atau bayaran itu orang yang memberi surat kuasa wakil itu telah menjadi hilang upaya Pemegang Amanah 43 atau bankrap atau telah mati, atau telah melakukan atau membiar dilakukan apa-apa perbuatan atau perkara untuk mengelakkan kuasa itu, jika fakta ini tidak diketahui oleh pemegang amanah itu semasa dia bertindak atau membuat bayaran sedemikian: Dengan syarat bahawa— (a) wang yang telah dibayar dan digunakan demikian bagi pemajuan atau faedah mana-mana orang tidak boleh, tertakluk kepada apa-apa tujuan yang bertentangan dalam surat cara amanah, melebihi jumlah wang sepuluh ribu ringgit atau dalam agregat suatu amaun yang senilai dengan satu per dua daripada anggaran atau syer terletak hak atau kepentingan orang itu dalam harta amanah itu, mengikut mana-mana yang lebih besar ; dan (b) orang yang berhak sedemikian hendaklah mempunyai remedi yang sama terhadap orang yang kepadanya bayaran itu dibuat sebagaimana dia sepatutnya mempunyai remedi terhadap pemegang amanah itu. Indemniti termaklum bagi pemegang amanah 35. (1) Seorang pemegang amanah hanya boleh dipertanggungkan mengenai wang dan sekuriti yang sebenarnya diterima olehnya walaupun dia menandatangani sesuatu resit bagi maksud mengesahkan penerimaan, dan hendaklah hanya bertanggungan menjawab dan bertanggungan menerangkan mengenai perbuatan, penerimaan, keabaian atau keingkarannya sendiri, dan tidak mengenai perbuatan, penerimaan, keabaian atau keingkaran mana-mana pemegang amanah lain, atau mana-mana jurubank, broker, atau orang lain yang padanya apa-apa wang amanah atau sekuriti didepositkan, juga tidak mengenai ketidakcukupan atau kekurangan mana-mana sekuriti, juga tidak mengenai apa-apa kerugian lain, melainkan jika yang demikian itu berlaku melalui keingkarannya yang sengaja. (2) Seseorang pemegang amanah boleh mengganti bayar dirinya sendiri atau membayar atau menjelaskan daripada premis amanah itu 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 segala perbelanjaan yang dilakukan pada atau mengenai pelaksanaan amanah atau kuasa itu. Nafkah, Pendahuluan dan Amanah Perlindungan Kuasa menggunakan pendapatan untuk nafkah dan mengumpulkan pendapatan lebihan dalam masa belum dewasa 36. (1) Jika apa-apa harta dipegang oleh pemegang-pemegang amanah sebagai amanah untuk mana-mana orang bagi apa-apa jua kepentingan, sama ada terletak hak atau kontingen, maka, tertakluk kepada apa-apa kepentingan atau gadaian terdahulu yang melibatkan harta itu— (a) dalam masa seseorang sedemikian masih belum dewasa, jika kepentingannya masih berterusan, pemegang- pemegang amanah itu boleh, menurut budi bicara mereka semata-mata, membayar kepada ibu bapa atau penjaganya, jika ada, atau selainnya menggunakan bagi atau untuk nafkah, pelajaran atau faedahnya, kesemua atau apa-apa bahagian, jika ada, pendapatan daripada harta itu sebagaimana berpatutan dalam semua hal keadaan, sama ada atau tidak terdapat— (i) apa-apa wang lain yang boleh digunakan bagi maksud yang sama; atau (ii) mana-mana orang yang terikat di sisi undang- undang untuk mengadakan wang bagi nafkah atau pelajarannya; dan (b) jika apabila mencapai umur dua puluh satu tahun orang itu masih tidak mempunyai sesuatu kepentingan terletak hak pada pendapatan itu, pemegang-pemegang amanah tersebut hendaklah, mulai dari masa itu, membayar pendapatan daripada harta itu dan apa-apa tambahan nilai kepadanya di bawah subseksyen (2) kepada orang itu, sehingga sama ada dia memperoleh sesuatu kepentingan Pemegang Amanah 45 terletak hak pada harta itu atau mati atau hingga dia tidak ada kepentingan lagi: Dengan syarat bahawa, dalam menentukan sama ada kesemua atau mana-mana bahagian pendapatan daripada harta itu akan dibayar atau digunakan dalam masa belum dewasa bagi maksud tersebut dahulu, pemegang-pemegang amanah hendaklah memberi perhatian terhadap umur orang belum dewasa itu serta keperluannya dan pada amnya terhadap hal keadaan kes itu, dan khususnya terhadap apa-apa pendapatan lain, jika ada, yang boleh digunakan bagi maksud yang sama; dan jika pemegang-pemegang amanah mengetahui bahawa pendapatan lebih daripada satu kumpulan wang boleh digunakan bagi maksud itu, maka, setakat yang praktik, melainkan jika keseluruhan pendapatan kumpulan wang itu dibayar atau digunakan sebagaimana tersebut dahulu atau diarahkan selainnya oleh Mahkamah, hanya bahagian yang sekadar daripada tiap-tiap kumpulan wang itu boleh dibayar atau digunakan sedemikian. (2) Dalam masa seseorang itu masih belum dewasa, jika kepentingannya masih berterusan, pemegang-pemegang amanah hendaklah mengumpulkan segala baki pendapatan itu yang berupa bunga kompaun dengan melaburkannya dan pendapatan berbangkit berikutnya dari semasa ke semasa di dalam pelaburan yang dibenarkan, dan hendaklah memegang pengumpulan tersebut seperti yang berikut: (a) jika mana-mana orang sedemikian— (i) mencapai umur dua puluh satu tahun, atau berkahwin di bawah umur itu, dan kepentingannya pada pendapatan itu dalam masa dia belum dewasa atau hingga perkahwinannya adalah suatu kepentingan terletak hak; atau (ii) apabila mencapai umur dua puluh satu tahun atau apabila berkahwin di bawah umur tersebut, berhak mendapat harta yang daripadanya pendapatan itu diperoleh; 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 pemegang-pemegang amanah itu hendaklah memegang pengumpulan itu secara amanah bagi orang itu dengan mutlaknya, dan supaya penerimaan oleh orang itu selepas perkahwinan, dan walaupun masih belum dewasa, akan menjadi pelepasan yang sah; dan (b) dalam mana-mana hal lain pemegang-pemegang amanah itu hendaklah, walaupun orang itu mempunyai kepentingan terletak hak pada pendapatan itu, memegang pengumpulan itu sebagai tambahan nilai kepada modal harta yang daripadanya pengumpulan itu diperoleh, dan dipegang sebagai satu kumpulan wang bersesama modal itu bagi semua maksud, tetapi pemegang-pemegang amanah boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh orang itu masih belum dewasa dan jika kepentingannya masih berterusan, menggunakan pengumpulan itu, atau mana-mana bahagiannya, seolah-olah pengumpulan itu adalah pendapatan yang diperoleh dalam tahun semasa. (3) Seksyen ini terpakai bagi sesuatu kepentingan kontingen hanya jika had masa atau amanah itu menghasilkan pendapatan perantaraan pada harta itu, tetapi ianya terpakai bagi sesuatu legasi masa depan atau kontingen oleh ibu bapa, atau orang yang mempunyai kedudukan loco parentis kepada, penerima legasi itu, jika dan selama sesuatu tempoh yang, di bawah undang-undang am, legasi itu menghasilkan bunga bagi nafkah penerima legasi itu, dan dalam mana-mana hal yang kemudian tersebut itu kadar bunga itu adalah (jika pendapatan yang ada mencukupi, dan tertakluk kepada apa-apa kaedah mahkamah yang berlawanan) lima ringgit bagi tiap-tiap seratus ringgit dalam setahun. (4) Seksyen ini terpakai bagi sesuatu anuiti itu adalah pendapatan daripada harta yang dipegang oleh pemegang-pemegang amanah secara amanah untuk membayar pendapatan daripadanya kepada pemegang anuiti itu selama tempoh yang sama dengan tempoh anuiti itu kena dibayar, kecuali dalam mana-mana hal pengumpulan yang dibuat dalam masa pemegang anuiti itu belum dewasa hendaklah dipegang secara amanah bagi pemegang anuiti itu atau wakil dirinya secara mutlak. Pemegang Amanah 47 Kuasa pendahuluan 37. Pemegang-pemegang amanah boleh pada bila-bila masa membayar atau menggunakan apa-apa wang modal yang tertakluk kepada sesuatu amanah, dengan apa-apa cara yang, mengikut budi bicara mutlak mereka, fikirkan patut bagi pendahuluan atau faedah mana-mana orang yang berhak mendapat modal harta amanah itu atau mana-mana bahagiannya, sama ada secara mutlak atau kontingen, apabila dia mencapai sesuatu umur tertentu atau apabila berlakunya apa-apa kejadian lain, atau yang tertakluk kepada sesuatu pemberian yang beralih atas kematiannya di bawah sesuatu umur tertentu atau apabila berlakunya apa-apa kejadian lain, dan sama ada yang ada dalam milik atau pada baki atau perkembalian, dan bayaran atau penggunaan sedemikian boleh dibuat walaupun kepentingan orang itu boleh dikecewakan dengan penjalanan kuasa pelantikan atau pembatalan, atau dikurangkan dengan bertambahnya bilangan orang dalam kumpulannya: Dengan syarat bahawa— (a) wang yang dibayar atau digunakan bagi pendahuluan atau faedah mana-mana orang itu tidak boleh, tertakluk kepada apa-apa tujuan yang berlawanan dalam surat cara amanah itu, melebihi sepuluh ribu ringgit atau pada agregatnya amaun yang senilai dengan setengah daripada bahagian atau kepentingan orang itu yang dianggapkan atau terletak hak pada harta amanah itu, mengikut mana yang lebih besar; (b) jika orang itu berhak atau menjadi berhak dengan mutlaknya dan tidak boleh disangkal untuk mendapat sesuatu bahagian daripada harta amanah itu, wang yang dibayar atau digunakan demikian itu hendaklah dimasuk kira sebagai sebahagian daripada bahagian itu; dan (c) tiada apa-apa bayaran atau penggunaan sedemikian boleh dibuat jika ia menjejaskan mana-mana orang yang berhak mendapat sesuatu kepentingan seumur hidup atau kepentingan lain yang terdahulu, sama ada yang terletak 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 hak atau kontingen, pada wang yang dibayar atau digunakan itu, melainkan jika orang itu masih hidup dan cukup umur dan memberi persetujuan secara bertulis terhadap bayaran atau penggunaan itu. Amanah Perlindungan 38. (1) Jika apa-apa pendapatan, termasuk anuiti atau bayaran pendapatan berkala lain, diarah supaya dipegang sebagai amanah perlindungan untuk faedah mana-mana orang (dalam seksyen ini dipanggil “benefisiari utama”) selama tempoh hayatnya atau untuk tempoh yang lebih singkat, maka sepanjang tempoh itu (dalam seksyen ini dipanggil “tempoh amanah”) pendapatan tersebut hendaklah, tanpa menjejaskan mana-mana kepentingan yang terdahulu, dipegang atas amanah-amanah yang berikut: (a) atas amanah untuk benefisiari utama sepanjang tempoh amanah itu atau hingga dia, sama ada sebelum atau selepas tamatnya mana-mana kepentingan yang terdahulu, melakukan atau cuba melakukan atau membiar dilakukan apa-apa perbuatan atau perkara, atau hingga berlakunya sesuatu kejadian selain pendahuluan yang dibuat di bawah kuasa berkanun atau kuasa nyata yang menurutnya jika pendapatan tersebut kena dibayar dalam tempoh amanah itu kepada benefisiari utama secara mutlak dalam tempoh itu, dia akan dilucutkan daripada haknya untuk menerima pendapatan itu atau mana-mana bahagiannya, dalam mana-mana satu hal sedemikian, dan juga apabila tamatnya tempoh amanah itu, mengikut mana yang terlebih dahulu berlaku, amanah mengenai pendapatan tersebut adalah terkecewa atau tamat; (b) jika amanah yang tersebut dahulu terkecewa atau tamat dalam masa tempoh amanah itu masih wujud, maka, dalam masa baki tempoh itu, pendapatan itu hendaklah dipegang atas amanah untuk digunakan bagi nafkah atau menanggung, atau selainnya bagi faedah, kesemua atau Pemegang Amanah 49 mana-mana satu atau beberapa orang berikut dan tidak bagi mana-mana orang lain: (i) benefisiari utama dan isterinya atau suaminya, jika ada, serta anak-anaknya atau zuriat yang lebih jauh, jika ada; atau (ii) jika tidak ada isteri atau suami atau baka benefisiari utama itu yang masih hidup, benefisiari utama dan orang-orang yang sepatutnya, jika dia telah sebenarnya mati, berhak mendapat harta amanah itu atau pendapatan daripadanya atau wang anuiti itu, jika ada, atau tunggakan anuiti itu, mengikut mana yang berkenaan, sebagaimana pemegang-pemegang amanah itu mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa bertanggungan untuk menerangkan penggunaan budi bicara itu, fikirkan patut. (2) Seksyen in itidak terpakai bagi amanah-amanah yang mula berkuat kuasa sebelum tarikh material, dan berkuat kuasa tertakluk kepada apa-apa perubahan pada amanah tersirat tersebut dahulu yang terkandung dalam surat cara yang mewujudkan amanah itu. (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini berkuat kuasa sebagai mengesahkan apa-apa amanah yang, jika terkandung dalam surat cara yang mewujudkan amanah itu, boleh diketepikan. BAHAGIAN IV PELANTIKAN DAN PELEPASAN PEMEGANG AMANAH Had bilangan pemegang amanah 39. (1) Dalam hal penyelesaian dan pelupusan harta atas amanah, sama ada alih atau tak alih, yang dibuat atau mula berkuat kuasa pada atau sebelum tarikh material— 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 (a) bilangan pemegang amanahnya tidak boleh dalam apa jua hal melebihi empat orang, dan jika lebih empat orang telah dinamakan sebagai pemegang amanah sedemikian, hanya empat orang yang terdahulu dinamakan itu sahaja (yang mampu dan sanggup bertindak) akan menjadi pemegang amanah itu dan orang-orang lain yang dinamakan itu tidak boleh menjadi pemegang amanah melainkan jika dilantik apabila terdapat sesuatu kekosongan; dan (b) bilangan pemegang amanah itu tidak boleh ditambah hingga melebihi empat orang. (2) Sekatan-sekatan yang dengan ini dikenakan terhadap bilangan pemegang amanah tidaklah terpakai bagi harta yang terletak hak pada pemegang amanah bagi maksud khairat, agama atau awam. Kuasa melantik pemegang amanah baharu atau tambahan 40. (1) Jika seseorang pemegang amanah, sama ada yang asal atau gantinya, dan sama ada dilantik oleh Mahkamah atau selainnya, telah mati, atau berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas bulan, atau berhasrat supaya dilepaskan daripada kesemua atau mana- mana amanah atau kuasa yang ada atau yang diberi kepadanya, atau tidak layak atau tidak berdaya bertindak bagi amanah itu, atau, belum dewasa, maka, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Akta ini ke atas bilangan pemegang amanah— (a) orang atau orang-orang yang dinamakan bagi maksud melantik pemegang amanah baharu dalam surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu; atau (b) jika tidak ada orang sedemikian, atau tidak ada orang itu yang mampu dan sanggup bertindak, maka pemegang- pemegang amanah yang masih hidup atau berterusan atau pemegang amanah pada masa itu, atau wakil diri pemegang amanah yang terakhir sekali yang tinggal hidup atau pemegang amanah berterusan, Pemegang Amanah 51 boleh, secara bertulis, melantik seorang atau beberapa orang (sama ada dia orang yang menjalankan kuasa itu atau tidak) menjadi pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu sebagai ganti pemegang amanah yang telah mati, yang tinggal di luar Malaysia, yang berhasrat supaya dilepaskan, yang enggan, atau yang tidak layak atau tidak berdaya, atau yang belum dewasa, sebagaimana tersebut dahulu. (2) Jika seseorang pemegang amanah telah dipecat di bawah kuasa yang terkandung dalam surat cara yang mewujudkan amanah itu, pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu boleh dilantik sebagai ganti pemegang amanah yang dipecat itu, seolah-olah dia telah mati, atau, jika sekiranya suatu perbadanan, seolah-olah perbadanan itu berhasrat supaya dilepaskan daripada amanah itu, dan seksyen ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya, tetapi tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Akta ini ke atas bilangan pemegang-pemegang amanah. (3) Jika sesuatu perbadanan yang menjadi pemegang amanah dibubar atau telah dibubarkan, sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, maka, bagi maksud seksyen ini dan mana- mana undang-undang bertulis lain yang digantikannya, perbadanan itu hendaklah, mulai dari tarikh pembubaran itu, disifatkan sebagai dan telah menjadi tidak berdaya bertindak melaksanakan amanah atau menjalankan kuasa yang ada pada atau diberi kepada perbadanan itu. (4) Kuasa pelantikan yang diberi oleh subseksyen (1) atau mana- mana undang-undang bertulis sebelumnya yang serupa kepada wakil diri pemegang amanah yang terakhir sekali tinggal yang hidup atau pemegang amanah berterusan boleh dijalankan dan hendaklah sentiasanya disifatkan boleh dijalankan oleh wasi pada masa itu (sama ada yang asal atau gantinya) bagi pemegang amanah yang masih hidup atau pemegang amanah berterusan yang telah membuktikan wasiat pewasiat mereka atau oleh pentadbir pada masa itu bagi pemegang amanah sedemikian tanpa memerlukan persetujuan mana-mana wasi yang telah menolak atau yang masih belum membuktikan wasiat pewasiat mereka. (5) Bagaimanapun seseorang wasi tunggal, atau wasi yang terakhir tinggal yang hidup yang bercadang hendak menolak, atau ke semua 52 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 wasi jika kesemua mereka bercadang hendak menolak, hendaklah mempunyai kuasa dan hendaklah sentiasanya disifatkan mempunyai kuasa, pada bila-bila masa, sebelum probet ditolak, untuk menjalankan kuasa pelantikan yang diberi oleh seksyen ini, atau oleh mana-mana enakmen sebelumnya yang serupa, jika mereka sanggup bertindak bagi maksud itu dan tanpa dengan yang demikian itu menerima jawatan wasi itu. (6) Jika seseorang pemegang amanah tunggal, selain perbadanan amanah dilantik atau telah dilantik pada asalnya untuk bertindak bagi sesuatu amanah, atau jika, dalam hal mana-mana amanah, terdapat tidak lebih daripada tiga orang pemegang amanah (tiada seorang pun daripada mereka merupakan suatu perbadanan amanah) sama ada yang asal atau yang diganti dan sama ada dilantik oleh Mahkamah atau selainnya, maka dan dalam mana-mana hal sedemikian— (a) orang atau orang-orang yang dinamakan bagi maksud melantik pemegang amanah baharu oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu; atau (b) jika tidak ada orang sedemikian, atau tidak ada orang itu yang mampu dan sanggup bertindak, maka pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah pada masa itu, boleh, secara bertulis, melantik seorang lain atau orang-orang lain menjadi pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah tambahan itu, tetapi adalah tidak wajib baginya melantik mana-mana pemegang amanah tambahan, melainkan jika surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, atau mana-mana undang-undang bertulis memperuntukkan selainnya, dan bilangan pemegang amanh itu tidak boleh ditambah hingga melebihi empat orang menurut sesuatu pelantikan sedemikian. (7) Tiap-tiap pemegang amanah baharu yang dilantik di bawah seksyen ini, sama ada sebelum atau pun selepas keseluruhan harta amanah itu terletak hak padanya melalui undang-undang atau secara ansurans atau selainnya, hendaklah mempunyai kuasa, wibawa, dan budi bicara yang sama, dan boleh dalam semua hal bertindak seolah- Pemegang Amanah 53 olah dia telah dilantik pada asalnya menjadi pemegang amanah oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu. (8) Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan pemegang amanah yang telah mati termasuk hal orang yang dinamakan pemegang amanah dalam sesuatu wasiat telah mati lebih awal daripada pewasiat, dan peruntukan yang berhubungan dengan pemegang amanah berterusan termasuk pemegang amanah yang menolak atau yang bersara, jika mereka sanggup bertindak menjalankan peruntukan seksyen ini. (9) Jika seseorang yang kecelaruan mental atau tidak sempurna akal, yang menjadi pemegang amanah, adalah juga berhak memiliki apa-apa kepentingan benefisial pada harta amanah itu, pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah berterusan tidak boleh melantik pemegang amanah baharu sebagai ganti orang itu di bawah seksyen ini, melainkan kebenaran telah diberi oleh Mahkamah bagi pelantikan itu. Peruntukan tambahan mengenai perlantikan pemegang amanah 41. (1) Mengenai pelantikan pemegang amanah bagi ke semua atau mana-mana bahagian harta amanah─ (a) bilangan pemegang amanah itu boleh, tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Akta ini ke atas bilangan pemegang amanah, ditambah; (b) suatu kumpulan pemegang amanah yang berasingan, tidak melebihi empat orang, boleh dilantik bagi mana-mana bahagian harta amanah itu yang dipegang atas amanah, berlainan daripada pemegang amanah yang berhubungan dengan mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian lain harta amanah itu, walaupun tidak ada pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah baharu dilantik atau akan dilantik bagi bahagian-bahagian lain harta amanah itu, dan mana- mana pemegang amanah yang ada boleh dilantik atau 54 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 terus kekal sebagai seorang daripada pemegang amanah bagi kumpulan pemegang amanah yang berasingan itu, atau jika hanya seorang pemegang amanah sahaja dilantik pada asalnya, maka, kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, seorang pemegang amanah berasingan boleh dilantik; (c) kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, adalah tidak wajib untuk melantik lebih daripada seorang pemegang amanah jika hanya seorang pemegang amanah sahaja telah dilantik pada asalnya, atau untuk memenuhi bilangan asal pemegang amanah itu jika lebih daripada dua orang pemegang amanah telah dilantik pada asalnya, tetapi, jika hanya seorang pemegang amanah sahaja telah dilantik pada asalnya, dan apabila dilantik pemegang amanah tunggal itu boleh memberi resit yang sah bagi kesemua wang modal, seseorang pemegang amanah tidak boleh dilepaskan daripada amanahnya melainkan jika terdapat suatu perbadanan amanah atau sekurang-kurangnya dua orang perseorangan untuk bertindak sebagai pemegang amanah bagi melaksanakan amanah itu; dan (d) apa-apa ansurans atau perkara yang dikehendaki bagi meletak hak harta amanah itu, atau mana-mana bahagiannya, pada seseorang pemegang amanah tunggal, atau bersesama pada orang-orang yang menjadi pemegang-pemegang amanahnya, hendaklah disempurnakan dan dilakukan. (2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan pelantikan seseorang pemegang amanah tunggal, yang bukannya suatu perbadanan amanah, jika pemegang amanah itu, apabila dilantik, tidak dapat memberi resit yang sah bagi kesemua wang modal yang diperoleh di bawah amanah itu. Pemegang Amanah 55 Keterangan mengenai kekosongan dalam sesuatu amanah 42. (1) Sesuatu pernyataan yang terkandung dalam mana-mana surat cara yang berkuat kuasa selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, yang dengannya seorang pemegang amanah baharu dilantik bagi apa-apa maksud berhubungan dengan tanah, yang bermaksud bahawa seseorang pemegang amanah telah berada di luar Malaysia selama lebih dari dua belas bulan atau enggan atau tidak layak atau tidak berdaya bertindak, atau dia tidak berhak mendapat kepentingan benefisial pada harta amanah yang ada dalam milik, hendaklah, bagi faedah seseorang pembeli harta di sisi undang-undang, menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang dinyatakan itu. (2) Bagi faedah seseorang pembeli mana-mana pelantikan pemegang amanah baharu yang bergantung kepada pernyataan tersebut, dan apa-apa akuan meletak hak, yang nyata atau tersirat, yang berbangkit daripada pelantikan itu, adalah sah. Persaraan pemegang amanah tanpa perlantikan baharu 43. (1) Jika seseorang pemegang amanah berhasrat supaya dilepaskan daripada amanah itu, dan selepas dia dilepaskan akan terdapat sama ada suatu perbadanan amanah atau sekurang-kurangnya dua orang perseorangan untuk bertindak sebagai pemegang amanah bagi melaksanakan amanah itu, maka, jika pemegang amanah yang tersebut dahulu mengaku secara bertulis bahawa dia berhasrat supaya dilepaskan daripada amanah itu, dan jika pemegang-pemegang amanah bersamanya dan mana-mana orang lain, jika ada, yang berkuasa melantik pemegang amanah, bersetuju secara bertulis tentang pelepasan pemegang amanah itu, dan tentang peletakhakkan harta amanah itu hendaklah, dengan surat cara itu, dilepaskan daripada amanah itu di bawah Akta ini, tanpa mana-mana pemegang amanah baharu dilantik sebagai gantinya. (2) Apa-apa ansurans atau perkara yang dikehendaki bagi meletakhakkan harta amanah itu hanya pada pemegang-pemegang amanah berterusan itu sahaja hendaklah disempurnakan atau dilakukan. 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 Meletakhakkan harta amanah pada pemegang amanah baharu atau berterusan 44. (1) Jika melalui suatu surat cara seorang pemegang amanah baharu dilantik bagi melaksanakan apa-apa amanah, maka— (a) jika surat cara itu mengandungi suatu akuan oleh pelantik yang bermaksud bahawa apa-apa kepentingan pada mana- mana harta alih dalam Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu, atau pada mana-mana tanah atau harta-benda dalam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, yang tertakluk kepada amanah itu, atau hak untuk mendapatkan atau menerima apa-apa hutang atau benda dalam tindakan lain yang tertakluk demikian, hendaklah terletak hak pada orang-orang yang menurut surat cara itu menjadi atau adalah pemegang amanah bagi melaksanakan amanah itu, akuan itu hendaklah berkuat kuasa, tanpa apa-apa pindah hak atau serah hak, untuk meletakkan kepentingan atau hak yang dimaksudkan oleh akuan itu kepada orang-orang itu sebagai pemunya bersama dan bagi maksud amanah itu, dan (b) jika surat cara itu dibuat pada atau selepas tarikh material dan tidak mengandungi akuan sedemikian, surat cara itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa peruntukan nyata yang berlawanan yang terkandung di dalamnya, berkuat kuasa seolah-olah ia ada mengandungi akuan oleh pelantik itu yang meliputi kesemua kepentingan dan hak yang mengenainya sesuatu akuan sepatutnya boleh dibuat. (2) Jika melalui suatu surat cara seseorang pemegang amanah yang akan bersara dilepaskan di bawah kuasa berkanun tanpa dilantik pemegang amanah baharu, maka— (a) jika surat cara itu mengandungi apa-apa akuan sebagaimana tersebut dahulu oleh pemegang amanah yang akan bersara atau pemegang amanah berterusan dan oleh orang lain, jika ada, yang berkuasa melantik pemegang Pemegang Amanah 57 amanah, maka akuan itu hendaklah tanpa apa-apa serah hak atau pindah hak, berkuat kuasa memindahhakkan kepentingan atau hak yang dimaksudkan oleh akuan itu hanya kepada pemegang amanah berterusan itu sahaja, sebagai pemunya bersama dan bagi maksud amanah itu; dan (b) jika surat cara itu dibuat selepas 1 September 1929, di Negeri Melaka, dan Pulau Pinang, atau selepas 9 September 1932, di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu, dan tidak ada mengandungi akuan sedemikian, surat cara itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa peruntukan nyata yang berlawanan dengan yang terkandung di dalamnya, berkuat kuasa seolah-olah ia ada mengandungi akuan demikian oleh orang-orang itu sebagaimana tersebut dahulu yang meliputi kesemua kepentingan dan hak yang mengenainya akuan itu sepatutnya boleh dibuat. (3) Suatu akuan meletak hak yang nyata, sama ada dibuat sebelum atau selepas berkuatkuasanya Akta ini, hendaklah, walaupun kepentingan atau hak yang hendak diletak hak itu tidak disebut dengan nyatanya, dan dengan syarat bahawa kehendak berkanun lain telah dipatuhi, berkuat kuasa dan hendaklah sentiasanya disifatkan telah berkuat kuasa (tetapi tanpa menyentuh mana-mana peruntukan nyata yang berlawanan yang terkandung dalam surat cara pelantikan atau pelepasan itu) untuk meletak hak pada orang-orang yang masing- masingnya disebut dalam subseksyen (1) dan (2), mengikut mana yang berkenaan, apa-apa kepentingan atau hak yang boleh dan sepatutnya diletak hak pada orang-orang itu. (4) (a) Seksyen ini tidak diperluaskan— (i) bagi tanah yang dipindah hak dengan cara gadaian bagi menjamin bayaran wang yang tertakluk kepada amanah itu, kecuali tanah yang diserah hak atas amanah bagi menjamin debentur atau saham debentur; 58 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 (ii) bagi tanah yang dipegang di bawah pajakan yang mengandungi sesuatu waad, syarat atau perjanjian yang tidak membenarkan serah hak atau pelupusan tanah tanpa kebenaran atau persetujuan, melainkan jika, sebelum penyempurnaan surat cara yang mengandungi dengan nyatanya atau secara tersirat akuan meletakhakkan itu, kebenaran atau persetujuan yang dikehendaki telah diperoleh, atau melainkan jika, menurut mana-mana undang-undang bertulis atau kaedah undang-undang, akuan meletak hak itu, yang nyata atau yang tersirat, tidak akan berkuat kuasa sebagai kemungkiran waad atau menyebabkan lucut hak. (iii) bagi apa-apa syer, stok, anuiti atau harta yang hanya boleh dipindahkan dalam buku yang disimpan oleh sesuatu syarikat atau badan lain, atau mengikut cara yang diarahkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Part document.segment-3
208 - *AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 — segment 3
- document.segment-3 Verify source ↗
208 - *AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 — segment 3
AI-assisted research summary: The Court has broad powers in trust matters to appoint new trustees, vest property, authorize transactions, and make related orders, but this section does not authorize appointing an executor or administrator.
(b) Dalam subseksyen ini “pajakan” termasuk pajakan kecil dan perjanjian untuk sesuatu pajakan atau pajakan kecil. (5) Seksyen ini terpakai bagi surat cara yang disempurnakan selepas 1 Ogos 1886, di Negeri Melaka dan Pulau Pinang dan selepas 12 November 1920, di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu. BAHAGIAN V KUASA MAHKAMAH Kuasa Mahkamah melantik pemegang amanah baharu 45. (1) (a) Mahkamah boleh, apabila didapati suai manfaat untuk melantik pemegang amanah baharu atau pemegang- pemegang amanah baharu, dan didapati tidak suai manfaat, sukar atau tidak praktik berbuat demikian tanpa bantuan Mahkamah, membuat suatu perintah bagi Pemegang Amanah 59 melantik seorang pemegang amanah baharu atau pemegang-pemegang amanah baharu sama ada sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada mana-mana pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang ada, atau walaupun tidak terdapat seorang pun pemegang amanah. (b) Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan tersebut di atas, Mahkamah boleh membuat perintah bagi melantik seorang pemegang amanah baharu sebagai ganti pemegang amanah yang dihukum penjara bagi suatu tempoh atau mengalami kecelaruan mental atau yang tidak sempurna akal atau yang bankrap atau perbadanan yang dalam proses pelikuidasian atau pembubaran. (2) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini, dan apa-apa perintah meletak hak atau memindah hak yang berbangkit, tidak boleh berkuat kuasa selanjutnya atau selainnya sebagai suatu pelepasan bagi mana- mana bekas pemegang amanah atau pemegang amanah berterusan daripada suatu pelantikan pemegang-pemegang amanah baharu mengikut apa-apa kuasa bagi maksud itu yang terkandung dalam sesuatu surat cara yang sepatutnya boleh berkuat kuasa. (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberi kuasa melantik seorang wasi atau pentadbir. Kuasa membenarkan saraan 46. Mahkamah boleh membenarkan mana-mana pemegang amanah, selain Pemegang Amanah Raya*, menerima apa-apa saraan bagi khidmatnya sebagai pemegang amanah sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah. *CATATAN—Perkataan “Pemegang Amanah Raya” dirujuk sebagai “perbadanan” yang bermaksud perbadanan di bawah nama Amanah Raya Berhad pemerbadanan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] menurut seksyen 3- lihat seksyen 2 dan subseksyen 43(3) Akta Perbadanan Amah Raya 1995 [Akta 532] 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 Kuasa pemegang amanah baharu yang dilantik oleh Mahkamah 47. Tiap-tiap pemegang amanah yang dilantik oleh Mahkamah hendaklah, sama ada sebelum atau selepas harta amanah itu terletak hak padanya melalui undang-undang, atau secara ansurans atau selainnya, mempunyai kuasa, wibawa dan budi bicara yang sama, dan boleh dalam semua hal bertindak seolah-olah dia telah dilantik pada asalnya sebagai pemegang amanah oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu. Perintah Meletak hak Perintah meletak hak tanah 48. Dalam mana-mana hal yang berikut, iaitu— (a) jika Mahkamah melantik atau telah melantik seseorang pemegang amanah, atau jika seseorang pemegang amanah telah dilantik di luar mahkamah di bawah mana-mana kuasa berkanun atau kuasa nyata; (b) jika seseorang pemegang amanah yang berhak mendapat atau memiliki mana-mana tanah atau kepentingan mengenainya, sama ada dengan cara gadaian atau selainnya, atau berhak mendapat hak kontingen mengenainya, sama ada berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain─ (i) telah hilang upaya; (ii) berada di luar bidang kuasa Mahkamah; atau (iii) tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan, telah dibubarkan; Pemegang Amanah 61 (c) jika tidak dapat ditentukan penakat antara dua atau beberapa orang pemegang amanah yang bersesama berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah; (d) jika tidak dapat ditentukan sama ada pemegang amanah yang terakhir diketahui berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah masih hidup atau telah mati; (e) jika tidak ada seorang pun wakil diri pemegang amanah yang telah mati yang berhak mendapat atau memiliki apa- apa kepentingan pada tanah, atau jika tidak dapat ditentukan siapa wakil diri pemegang amanah yang telah mati yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah; (f) jika tidak ada seorang pun wakil diri pemegang gadaian yang telah mati yang berhak mendapat atau memiliki apa- apa kepentingan pada tanah, atau jika tidak dapat ditentukan siapa wakil diri pemegang gadaian yang telah mati yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah, atau jika tidak dapat ditentukan sama ada pemegang gadaian yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah masih hidup atau telah mati, atau jika pemegang gadaian yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah berada di luar bidang kuasa Mahkamah atau tidak dapat dijumpai atau, sekiranya suatu perbadanan, telah dibubarkan; (g) jika seseorang pemegang amanah secara bersesama atau bersendirian berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah, atau berhak mendapat hak kontingen mengenainya, telah dikehendaki, oleh atau bagi pihak orang yang berhak menuntut pemindahhakkan tanah atau kepentingan itu atau pelepasan hak itu, supaya memindah hak tanah atau kepentingan itu atau melepaskan hak itu, dan telah dengan bersengaja enggan atau abai 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 memindahhakkan tanah atau kepentingan itu atau melepaskan hak itu dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas tarikh tuntutan itu; atau (h) jika tanah itu atau apa-apa kepentingan mengenainya terletak hak pada seseorang pemegang amanah sama ada dengan cara gadaian atau selainnya, dan didapati suai manfaat oleh Mahkamah, Mahkamah itu boleh membuat suatu perintah (dalam Akta ini disebut perintah meletak hak) meletakhakkan tanah itu atau kepentingan mengenainya pada mana-mana orang mengikut apa-apa cara dan bagi apa jua kepentingan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah, atau melepas atau melupuskan hak kontingen itu kepada mana-mana orang sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah: Dengan syarat bahawa─ (A) jika perintah itu berbangkit daripada pelantikan seseorang pemegang amanah, tanah itu atau kepentingan mengenainya hendaklah diletak hak bagi apa-apa kepentingan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah kepada orang-orang yang apabila dilantik, menjadi pemegang amanah itu; dan (B) jika perintah itu berhubungan dengan seseorang pemegang amanah yang berhak mendapat atau dahulunya berhak mendapat bersesama dengan seseorang lain, dan pemegang amanah itu telah hilang upaya atau berada di luar bidang kuasa Mahkamah atau tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan, telah dibubarkan, tanah, kepentingan atau hak itu hendaklah diletak hak kepada mana-mana orang lain yang masih berhak, sama ada berseorangan atau dengan mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah. Perintah mengenai hak kontingen orang belum lahir 49. Jika apa-apa kepentingan pada tanah tertakluk kepada sesuatu hak kontingen bagi seseorang yang belum lahir atau kumpulan orang Pemegang Amanah 63 yang belum lahir yang, apabila dilahirkan sepatutnya, mengenai hak kontingen itu, berhak mendapat atau memiliki kepentingan itu atas sesuatu amanah, Mahkamah boleh membuat suatu perintah melepaskan tanah itu atau kepentingan mengenainya daripada hak kontingen itu, atau boleh membuat suatu perintah meletakhakkan pada mana-mana orang kepentingan yang padanya atau mengenainya orang belum lahir atau kumpulan orang yang belum lahir itu sepatutnya berhak mendapat atau memiliki apabila dilahirkan kelak. Perintah meletak hak sebagai ganti pindah hak oleh orang belum dewasa 50. Jika mana-mana orang yang berhak mendapat atau memiliki apa- apa kepentingan pada tanah, atau berhak mendapat hak kontingen pada tanah, dengan cara cagaran wang, adalah seseorang belum dewasa, Mahkamah boleh membuat suatu perintah meletakhakkan atau melepaskan atau melupuskan kepentingan pada tanah atau hak itu sama caranya sebagaimana perintah itu dibuat berkenaan dengan pemegang amanah yang hilang upaya. Perintah meletak hak yang berbangkit daripada perintah untuk menjual tanah 51. Jika mana-mana mahkamah memberi penghakiman atau membuat perintah mengarahkan penjualan atau penggadaian mana- mana tanah, tiap-tiap orang yang berhak mendapat atau memiliki apa- apa kepentingan pada tanah itu, atau yang berhak mendapat hak kontingennya, dan menjadi pihak dalam tindakan atau prosiding yang dalamnya penghakiman atau perintah itu diberi atau dibuat atau selainnya terikat dengan penghakiman atau perintah itu, hendaklah disifatkan berhak mendapat atau memilikinya, mengikut mana yang berkenaan, sebagai pemegang amanah bagi maksud Akta ini, dan mahkamah boleh, jika difikirkannya suai manfaat, membuat perintah meletakhakkan tanah itu atau mana-mana bahagiannya, bagi apa-apa estet atau kepentingan sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah, pada pembeli atau pemegang gadaian atau pada mana-mana orang lain. 64 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 Perintah meletak hak yang berbangkit daripada penghakiman bagi pelaksanaan spesifik, dsb. 52. Jika penghakiman diberi bagi pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak yang berhubungan dengan apa-apa kepentingan pada tanah, atau bagi penjualan atau penukaran sesuatu kepentingan pada tanah, atau pada amnya jika apa-apa penghakiman diberi bagi pemindahhakkan apa-apa kepentingan pada tanah, sama ada dalam hal-hal yang berbangkit daripada doktrin pemilihan atau selainnya, Mahkamah boleh mengisytiharkan─ (a) bahawa mana-mana pihak dalam tindakan itu adalah menjadi pemegang-pemegang amanah bagi apa-apa kepentingan pada tanah itu atau mana-mana bahagiannya dalam erti Akta ini; atau (b) bahawa kepentingan orang-orang yang belum lahir yang mungkin menuntut di bawah mana-mana pihak dalam tindakan itu, atau di bawah amanah atau penyelesaian sukarela mana-mana orang yang telah mati yang semasa hayatnya menjadi pihak dalam kontrak atau transaksi yang berkenaan dengannya penghakiman itu dibuat, adalah kepentingan orang-orang, yang apabila dilahirkan, akan menjadi pemegang-pemegang amanah dalam erti Akta ini, dan dengan itu Mahkamah boleh membuat suatu perintah meletak hak berhubungan dengan hak orang-orang itu, yang sudah lahir atau belum lahir, seolah-olah mereka telah menjadi pemegang-pemegang amanah. Kesan perintah meletak hak 53. Tertakluk kepada pematuhan wajar kehendak undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran kepentingan pada tanah sesuatu perintah meletak hak di bawah mana-mana peruntukan tersebut di atas hendaklah, mengenai perintah meletak hak yang berbangkit daripada pelantikan pemegang amanah, mempunyai kesan yang sama─ Pemegang Amanah 65 (a) seolah-olah orang yang menjadi pemegang amanah, jika ada, sebelum pelantikan itu telah melaksanakan dengan wajar kesemua pemindahhakkan yang sepatutnya mengenai tanah itu mengikut apa-apa kepentingan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah; atau (b) jika tidak ada orang yang sedemikian, atau tidak ada orang yang berkeupayaan penuh, seolah-olah orang itu pernah wujud dan berkeupayaan penuh dan telah melaksanakan dengan wajarnya kesemua pemindahhakkan yang sepatutnya mengenai tanah itu bagi apa-apa kepentingan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah, dan hendaklah dalam tiap-tiap hal lain mempunyai kesan yang sama seolah-olah pemegang amanah atau orang-orang lain atau golongan atau kumpulan orang yang hak atau hak jangkaannya yang dimaksudkan oleh peruntukan-peruntukan itu masing-masing adalah orang yang telah ditentukan dan wujud dengan berkeupayaan penuh, dan telah melakukan suatu pemindahakkan atau pelepasan dengan kesan yang dimaksudkan oleh perintah itu. Kuasa melantik orang untuk memindah hak 54. Dalam semua hal yang suatu perintah meletak hak boleh dibuat di bawah mana-mana peruntukan tersebut di atas, Mahkamah boleh, jika didapati lebih mudah, melantik seseorang untuk memindahhakkan tanah itu atau mana-mana kepentingan mengenainya atau melepaskan hak kontingennya, dan sesuatu pemindahakkan atau pelepasan oleh orang tersebut menurut perintah itu hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti suatu perintah di bawah peruntukan yang berkenaan. Perintah meletak hak mengenai stok dan benda dalam tindakan 55. (1) Dalam mana-mana hal berikut, iaitu─ (a) jika Mahkamah melantik atau telah melantik seorang pemegang amanah, atau jika seorang pemegang amanah 66 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 telah dilantik di luar Mahkamah di bawah mana-mana kuasa berkanun atau kuasa nyata; (b) jika seorang pemegang amanah yang berhak berseorang atau bersesama dengan seorang lain untuk mendapat stok atau benda dalam tindakan─ (i) telah hilang upaya; (ii) berada di luar bidang kuasa Mahkamah; (iii) tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan, telah dibubarkan; (iv) abai atau enggan memindahkan stok atau menerima dividen atau pendapatannya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik sesuatu benda dalam tindakan, mengikut arahan orang yang berhak secara mutlak mendapatnya, dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas suatu permintaan secara bertulis dibuat kepadanya oleh orang yang berhak demikian; atau (v) abai atau enggan memindahkan stok atau menerima dividen atau pendapatan daripadanya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik sesuatu benda dalam tindakan dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas suatu perintah Mahkamah bagi maksud itu disampaikan kepadanya; (c) jika tidak dapat ditentukan sama ada seseorang pemegang amanah yang berhak berseorangan atau bersesama dengan seorang lain mendapatkan stok atau benda dalam tindakan itu masih hidup atau telah mati; (d) jika stok itu adalah atas nama orang yang telah mati yang wakil dirinya telah hilang upaya; atau Pemegang Amanah 67 (e) jika stok atau benda dalam tindakan itu terletak hak pada seorang pemegang amanah, sama ada dengan cara gadaian atau selainnya, dan pada hemat Mahkamah adalah suai manfaat, Mahkamah boleh membuat suatu perintah meletakhakkan hak untuk memindah atau meminta dipindahkan stok, atau menerima dividen atau pendapatannya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik benda dalam tindakan itu, pada mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah: Dengan syarat bahawa─ (A) jika perintah itu berbangkit daripada pelantikan seseorang pemegang amanah, hak itu hendaklah terletak hak pada orang-orang yang, apabila dilantik, menjadi pemegang-pemegang amanah itu; dan (B) jika orang yang haknya diuruskan oleh perintah itu berhak bersesama dengan seseorang lain, hak itu hendaklah diletak hak kepada orang yang terkemudian disebut itu sama ada berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain yang akan dilantik oleh Mahkamah. (2) Dalam semua hal yang sesuatu perintah meletak hak boleh dibuat di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh, jika didapati lebih mudah, melantik beberapa orang yang berkenaan untuk melakukan atau turut serta melakukan pemindahan itu: Dengan syarat bahawa orang yang dilantik untuk melakukan atau turut serta melakukan pemindahan sesuatu stok hendaklah terdiri daripada beberapa orang pegawai yang berkenaan daripada syarikat yang stoknya hendak dipindahkan. (3) Orang yang kepadanya diberi, melalui suatu perintah Mahkamah, hak untuk memindahkan atau meminta dipindahkan apa- apa stok, boleh memindahkan stok itu kepada dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, menurut perintah itu, dan kesemua syarikat 68 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 hendaklah mematuhi tiap-tiap perintah di bawah seksyen ini mengikut maksudnya. (4) Setelah diberi notis secara bertulis mengenai sesuatu perintah di bawah seksyen ini adalah tidak sah di sisi undang-undang bagi mana-mana syarikat memindahkan apa-apa stok yang dimaksudkan oleh perintah itu atau membayar apa-apa dividen ke atasnya kecuali mengikut perintah itu. (5) Mahkamah boleh membuat penetapan dan memberi arahan tentang cara bagaimana hak memindahkan apa-apa stok atau benda dalam tindakan yang terletak hak di bawah seksyen ini hendak dijalankan. (6) Peruntukan seksyen ini mengenai perintah meletak hak hendaklah terpakai bagi syer pada kapal yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkapalan saudagar seolah-olah syer itu adalah stok. Perintah meletak hak harta khairat atau harta pertubuhan 56. Kuasa yang diberi oleh Akta ini mengenai perintah meletak hak boleh dijalankan bagi meletakhakkan apa-apa kepentingan pada tanah, stok atau benda dalam tindakan pada mana-mana pemegang amanah khairat atau pertubuhan yang ke atasnya Mahkamah mempunyai bidang kuasa apabila tindakan dimulakan dengan wajar, sama ada pelantikan pemegang amanah itu dibuat oleh surat cara di bawah sesuatu kuasa atau oleh Mahkamah di bawah bidang kuasa am atau bidang kuasa berkanunnya. Perintah meletak hak berhubungan dengan kepentingan benefisial orang belum dewasa 57. Jika seseorang yang belum dewasa berhak secara benefisial mendapatkan apa-apa harta, Mahkamah boleh, dengan tujuan menggunakan modal atau pendapatan daripadanya bagi nafkah, Pemegang Amanah 69 pelajaran, atau faedah orang belum dewasa itu membuat suatu perintah─ (a) melantik seseorang untuk memindahhakkan harta itu; atau (b) dalam hal stok, atau benda dalam tindakan, meletakhakkan pada mana-mana orang hak memindahkan atau meminta dipindahkan stok itu, atau untuk menerima dividen atau pendapatan daripadanya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik sesuatu benda dalam tindakan itu, mengikut apa-apa terma sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah. Perintah yang dibuat atas pengataan tertentu hendaklah menjadi keterangan muktamad 58. Jika sesuatu perintah meletak hak dibuat mengenai mana-mana tanah di bawah Akta ini berasaskan kepada pengataan mana-mana perkara berikut, iaitu─ (a) ketidakupayaan diri seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian; (b) bahawa seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian atau wakil diri orang yang mendapat hakmilik atau orang lain yang mendapat hakmilik di bawah seorang pemegang amanah atau pemegang gadaian berada di luar bidang kuasa Mahkamah itu atau tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan telah dibubarkan; (c) bahawa tidak dapat ditentukan siapa di antara dua atau beberapa orang pemegang amanah, atau siapa di antara dua atau beberapa orang yang ada kepentingan pada sesuatu gadaian itu, adalah penakat; (d) bahawa tidak dapat ditentukan sama ada pemegang amanah atau wakil diri terakhir bagi orang yang memperoleh hakmilik atau orang lain yang memperoleh 70 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 hakmilik di bawah seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian, atau orang terakhir yang masih hidup yang ada kepentingan pada gadaian, masih hidup atau telah mati; atau (e) bahawa seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian telah mati tanpa wasiat dengan tidak meninggalkan seseorang yang mempunyai kepentingan secara benefisial pada harta si mati tak berwasiat itu atau pemegang amanah atau pemegang gadaian itu telah mati dan tidak diketahui siapa yang menjadi wakil diri atau orang yang ada kepentingan itu, fakta bahawa perintah itu telah dibuat demikian hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang dikatakan itu dalam mana-mana Mahkamah mengenai apa-apa soal tentang keesahan perintah itu; tetapi seksyen ini tidak menghalang Mahkamah daripada mengarahkan sesuatu pemindahhakkan semula atau penyerahan atau pembayaran kos yang disebabkan oleh sesuatu perintah sedemikian jika perintah itu didapatkan dengan tidak sepatutnya. Bidang kuasa membuat Perintah lain Kuasa Mahkamah membenarkan urusan mengenai harta amanah 59. (1) Jika dalam mengurus dan mentadbirkan mana-mana harta yang terletak hak pada pemegang amanah, apa-apa jualan, pajakan, gadaian, penyerahan, pelepasan atau pelupusan lain, atau apa-apa pembelian, pelaburan, pemerolehan, perbelanjaan, atau transaksi lain, adalah pada pendapat Mahkamah suai manfaat, tetapi yang demikian itu tidak dapat dikuatkuasakan oleh sebab tidak ada apa-apa kuasa bagi maksud itu diberi kepada pemegang amanah oleh surat cara amanah itu, jika ada, atau oleh undang-undang, Mahkamah boleh dengan perintah memberi kepada pemegang amanah, sama ada secara am atau dalam sesuatu hal tertentu, kuasa yang diperlukan bagi maksud itu, mengikut apa-apa terma, dan tertakluk kepada apa-apa peruntukan dan syarat, jika ada, sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah dan boleh mengarahkan cara bagaimana apa-apa wang yang dibenar untuk Pemegang Amanah 71 dibelanjakan, dan kos sesuatu transaksi itu, akan dibayar atau ditanggung antara modal dan pendapatan. (2) Bagi memperluaskan dan bukan mengurangkan kuasa yang tersebut di atas Mahkamah boleh dengan perintah di bawah subseksyen (1)─ (a) memberi kuasa kepada pemegang amanah untuk membuat pelaburan dalam atau atas hakmilik harta tak alih yang tidak dibenarkan oleh perenggan 4(1)(c); (b) memberi kuasa kepada mana-mana pemegang amanah yang menjadi pemegang gadaian tanah membeli mana- mana tanah itu di mana-mana lelongan tanah sedemikian yang diadakan mengikut perintah Mahkamah atau pada menjalankan kuasa menjual yang terletak hak pada pemegang amanah itu; (c) memberi kuasa kepada pemegang amanah untuk mendapatkan apa-apa wang bagi memperbaiki tanah atau rumah yang terletak hak pada atau dipunyai oleh amanah itu; atau (d) memberi kuasa kepada pemegang amanah melakukan apa- apa perbuatan yang pada hemat Mahkamah berfaedah kepada harta amanah itu atau kepada benefisiari. (3) Mahkamah boleh, dari semasa ke semasa membatalkan atau mengubah apa-apa perintah di bawah seksyen ini, atau boleh membuat apa-apa perintah baharu atau perintah tambahan. (4) Sesuatu permohonan kepada Mahkamah di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh pemegang-pemegang amanah, atau oleh salah seorang daripada mereka, atau oleh mana-mana orang yang ada kepentingan benefisial di bawah amanah itu. 72 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 Orang yang berhak memohon mendapatkan perintah 60. (1) Sesuatu perintah di bawah Akta ini mengenai pelantikan seorang pemegang amanah baharu atau berkenaan dengan apa-apa kepentingan pada tanah, stok, atau benda dalam tindakan yang tertakluk kepada sesuatu amanah boleh dibuat atas permohonan mana- mana orang yang ada kepentingan benefisial pada tanah, stok, atau benda dalam tindakan itu, sama ada orang itu hilang upaya atau tidak, atau atas permohonan mana-mana orang yang dilantik dengan wajar menjadi pemegang amanahnya. (2) Sesuatu perintah di bawah Akta ini berkenaan dengan apa-apa kepentingan pada tanah, stok, atau benda dalam tindakan yang tertakluk kepada sesuatu gadaian boleh dibuat atas permohonan mana- mana orang yang ada kepentingan benefisial pada harta yang digadaikan itu, sama ada orang itu hilang upaya atau tidak, atau atas permohonan mana-mana orang yang ada kepentingan pada wang yang dijamin oleh gadaian itu. Kuasa memberi penghakiman dalam masa ketidakhadiran pemegang amanah 61. Jika dalam sesuatu tindakan Mahkamah berpuas hati bahawa carian yang bersungguh-sungguh telah dibuat untuk mendapatkan mana-mana orang yang, atas sifatnya sebagai pemegang amanah, dijadikan defendan dalam sesuatu tindakan, untuk menyampaikan kepadanya suatu proses Mahkamah, dan orang itu tidak dapat dijumpai, Mahkamah boleh membicara dan memutuskan tindakan itu serta memberi penghakiman mengenainya terhadap orang itu atas sifatnya sebagai pemegang amanah seolah-olah proses Mahkamah itu telah disampaikan kepadanya dengan wajar, atau dia telah memasukkan kehadirannya pada tindakan itu, dan juga telah diwakili oleh peguamnya di perbicaraan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa kepentingan yang ada padanya mengenai perkara-perkara yang menjadi soal dalam tindakan itu atas mana-mana sifat lain. Pemegang Amanah 73 Kuasa menanggungkan kos ke atas harta amanah 62. Mahkamah boleh memerintahkan supaya kos dan perbelanjaan bagi atau yang bersampingan dengan mana-mana permohonan untuk mendapatkan perintah melantik seorang pemegang amanah baharu, atau untuk mendapatkan perintah meletak hak, atau bagi dan bersampingan dengan mana-mana perintah sedemikian, atau mana- mana pemindahakkan atau pemindahan menurutnya, didapatkan dan dibayar daripada harta yang mengenainya perintah itu dibuat, atau daripada pendapatannya atau ditanggung dan dibayar mengikut apa- apa cara dan oleh mana-mana orang sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah. Kuasa melepaskan pemegang amanah daripada liabiliti sendiri 63. Jika pada hemat Mahkamah bahawa seseorang pemegang amanah, sama ada yang dilantik oleh Mahkamah atau selainnya, adalah atau mungkin bertanggungan sendiri kerana sesuatu pecah amanah, sama ada transaksi yang dikatakan sebagai pecah amanah itu berlaku sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, tetapi dia telah bertindak dengan suci hati dan munasabahnya, dan seharusnya dimaafkan kerana pecah amanah itu dan kerana tidak mendapat arahan Mahkamah mengenai perkara yang terhadapnya dia melakukan pemecahan itu, maka Mahkamah boleh melepaskan pemegang amanah itu sama ada kesemuanya atau sebahagiannya daripada liabiliti sendiri kerana pecah amanah itut. Kuasa menghendaki benefisiari menanggung rugi mengenai pecah amanah 64. (1) Jika seseorang pemegang amanah melakukan pecah amanah atas hasutan atau permintaan atau dengan persetujuan benefisiari secara bertulis, Mahkamah boleh jika difikirkannya patut, dan walaupun benefisiari itu seorang perempuan yang bersuami yang terhalang daripada mengurus harta, membuat apa-apa perintah sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah, bagi mengimpaun kesemua atau mana-mana bahagian kepentingan benefisiari itu pada 74 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 harta amanah itu dengan cara menanggung rugi pemegang amanah atau orang-orang yang menuntut melaluinya. (2) Seksyen ini terpakai bagi pecah amanah yang dilakukan sama ada sebelum atau pun selepas mula berkuatkuasanya Akta ini. Pembayaran ke dalam Mahkamah Pembayaran ke dalam Mahkamah oleh pemegang amanah 65. (1) Pemegang amanah, atau majoriti daripada mereka, yang mempunyai dalam tangan mereka atau di bawah jagaan mereka wang atau sekuriti kepunyaan sesuatu amanah, boleh membayar wang atau sekuriti itu ke dalam Mahkamah; dan wang atau sekuriti itu hendaklah, tertakluk kepada undang-undang berhubungan dengan prosedur sivil dan kaedah-kaedah Mahkamah, diuruskan menurut perintah Mahkamah itu. (2) Resit atau perakuan pegawai yang berkenaan hendaklah menjadi suatu pelepasan yang memadai bagi pemegang amanah mengenai wang atau sekuriti yang dibayar sedemikian ke dalam Mahkamah. (3) Jika wang atau sekuriti diletak hak pada mana-mana orang sebagai pemegang-pemegang amanah, dan majoritinya berhasrat hendak membayar wang atau sekuriti itu ke dalam Mahkamah, tetapi persetujuan pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah lain tidak dapat diperoleh, Mahkamah boleh memerintahkan supaya pembayaran ke dalam Mahkamah itu dibuat oleh majoriti tanpa persetujuan pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah lain itu. (4) Jika mana-mana wang atau sekuriti sedemikian didepositkan dengan mana-mana jurubank, broker, atau penerima deposit, Mahkamah boleh mengarahkan supaya wang atau sekuriti itu dibayar atau diserahkan kepada majoriti pemegang amanah itu bagi maksud pembayaran ke dalam Mahkamah. Pemegang Amanah 75 (5) Tiap-tiap pemindahan, pembayaran atau penyerahan yang dibuat menurut sesuatu perintah sedemikian adalah sah dan berkuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat dengan kuasa atau dengan perbuatan orang-orang yang berhak mendapat wang atau sekuriti yang dipindah, dibayar, atau diserahkan itu. BAHAGIAN VI PERUNTUKAN AM Indemniti 66. Akta ini dan setiap perintah yang berupa sebagai dibuat di bawah Akta ini, hendaklah menjadi indemniti penuh bagi semua orang mengenai apa-apa perbuatan yang dilakukan menurutnya, dan adalah tidak perlu bagi mana-mana orang menyiasat tentang kepatutan perintah itu, atau sama ada Mahkamah yang membuat perintah itu mempunyai bidang kuasa membuatnya atau tidak. Kesan perintah Mahkamah 67. (1) Seseorang pemegang amanah, wasi atau pentadbir yang bertindak di bawah sesuatu perintah atau arahan yang dibuat atau diberi oleh Mahkamah di bawah Perintah 55, kaedah 3(1) *Kaedah- Kaedah Mahkamah Tinggi 1957 hendaklah disifatkan, setakat yang berkenaan dengan tanggungjawabnya sendiri, sebagai telah melaksanakan tugasnya sebagai pemegang amanah, wasi atau pentadbir itu mengenai hal-perkara permohonan itu melainkan jika dia telah didapati bersalah kerana fraud atau bersengaja menyembunyikan atau membuat salah nyataan berhubungan dengan mendapatkan perintah atau arahan itu. *CATATAN—Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1957 [L.N. 321/57] telah dimansuhkan oleh Kaedah- Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980]-lihat Perintah 93 P.U (A) 50/1980. Sekarang Kaedah- Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980] dimansuhkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 lihat Perintah 94 kaedah 1 P.U.(A) 205/2012. 76 Undang-Undang Malaysia AKTA 208 (2) Seksyen ini terpakai bagi amanah, pewasian atau hal tadbir yang diwujud atau ditubuhkan sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini. Pengesahan kuasa tertentu pemegang amanah 68. Pemansuhan, oleh Parlimen United Kingdom, peruntukan tertentu Akta Pemegang Amanah 1925 bagi United Kingdom hendaklah disifatkan sebagai tidak menjejaskan kuasa pemegang amanah di bawah perenggan 4(i) (sebagaimana perenggan itu wujud sebelum seksyen 4 tersebut dipinda oleh Akta Pelaburan Pemegang Amanah 1965 [Akta 36 tahun 1965], dan di bawah perenggan mana seseorang pemegang amanah, sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini, telah diberi kuasa melabur dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan bagi pelaburan wang amanah oleh Akta Tahun 1925 itu). Pemansuhan 69. Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual adalah dengan ini dimansuhkan: Dengan syarat bahawa─ (a) tiada apa-apa jua dalam pemansuhan ini akan menjejaskan apa-apa perintah meletak hak atau lantikan yang dibuat atau perkara lain yang dilakukan di bawah Ordinan atau Enakmen yang dimansuhkan itu, dan apa-apa perintah atau lantikan yang dibuat demikian boleh dibatalkan atau diubah dengan cara yang sama seolah-olah ianya telah dibuat di bawah Akta ini. (b) sebutan dalam mana-mana dokumen pada Ordinan atau mana-mana Enakmen yang dimansuhkan demikian atau mengenai mana-mana peruntukannya hendaklah diertikan sebagai sebutan mengenai Akta ini atau mengenai peruntukan Akta ini yang bersamaan, mengikut mana yang berkenaan. Pemegang Amanah 77 JADUAL [Seksyen 69] PEMANSUHAN No. Tajuk N.M.B. Bab 61 … … Enakmen Pemegang Amanah Enakmen Johor No. 83 … Enakmen Pemegang Amanah N.S. Bab 59 … … … Ordinan Pemegang Amanah 78 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 208 AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari L.N. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958 (Ubah suaian Undang-Undang) (Ordinan dan Pengisytiharan) 1958 Akta 36/1965 Akta Pelaburan Pemegang Amanah 30-06-1965 1965 Akta A42 Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 30-04-1971 1971 Akta A263 Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 16-08-1974 1974 Akta A284 Akta Pemegang Amanah (Pindaan) 26-06-1974 1975 P.U. (A) 46/2003 U n d a n g - U ndang Penyemakan 04-02-2003 Pemerintahan (Pembetulan Akta Pemegang Amanah 1949) 79 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 208 AKTA PEMEGANG AMANAH 1949 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 3 Akta A42 30-04-1971 Akta A263 16-08-1974 4 Akta A42 30-04-1971 Akta A284 26-08-1974 34 Akta A263 26-08-1974 41 L.N. 332/1958 13-11-1958 65 L.N. 332/1958 13-11-1958
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
208 - *AKTA PEMEGANG AMANAH 1949
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in