AI-assisted research summary: This Act allows additional spending for 2015 up to RM3,313,622,794 from the Consolidated Fund for the services and purposes listed in the Schedule.
Perbekalan Tambahan (2015) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1507 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2015) 2016 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1507 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 20 Mei 2016 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 26 Mei 2016 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan Tambahan (2015) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1507 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2015) 2016 Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2015 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2015) 2016. Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2015 2. Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi tiga bilion tiga ratus tiga belas juta enam ratus dua puluh dua ribu tujuh ratus sembilan puluh empat ringgit (RM3,313,622,794) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2015 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2015 [Akta A1469]. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1507 JADUAL Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 1 Parlimen 41,000,000 B. 6 Jabatan Perdana Menteri 50,353,699 B. 12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun 2,331,232,220 B. 13 Kementerian Luar Negeri 132,325,125 B. 28 Kementerian Pengangkutan 58,238,700 B. 43 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan 575,473,050 dan Kerajaan Tempatan B. 63 Pelajaran 125,000,000 JUMLAH 3,313,622,794