AI-assisted research summary: This Act amends the Federal Constitution and gives the Yang di-Pertuan Agong power, with the Conference of Rulers’ consent and by Gazette order, to exempt certain royal and related persons from Article 119 and voter-registration laws.
Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1656 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1656 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Mei 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Jun 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1656 AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) (NO. 2) 2022 Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2022. (2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 15 Disember 2021. Perkara baharu 119a 2. Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan selepas Perkara 119 Perkara yang berikut: “Ketidakpakaian Perkara 119 bagi Raja-Raja, dsb., melalui perintah 119a. Walau apa pun Perkara 119, Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu pengecualian 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1656 kepada mana-mana Raja dan Isterinya, mana-mana Yang di-Pertua Negeri dan Isterinya, dan mana-mana bakal raja, waris ganti dan waris lain Raja dan isteri mereka, dan mana-mana orang lain, daripada pemakaian Perkara 119 dan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih.”.