AI-assisted research summary: This Act authorizes supplementary spending for 2022 up to RM60,174,928,000 from the Consolidated Fund.
Perbekalan Tambahan (2022) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1680 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2022) 2023 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1680 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 April 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 3 Mei 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan Tambahan (2022) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1680 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2022) 2023 Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2022) 2023. Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2022 2. Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi enam puluh bilion satu ratus tujuh puluh empat juta sembilan ratus dua puluh lapan ribu ringgit (RM60,174,928,000) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2022 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2022 [Akta A1638]. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1680 Jadual Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 4 Suruhanjaya Pilihan Raya 84,822,600 B. 10 Perbendaharaan 1,191,328,300 B. 11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan 52,776,595,400 B. 12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun 2,241,548,100 B. 14 Kementerian Perpaduan Negara 14,097,600 B. 21 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan 24,531,500 B. 25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan 2,058,146,000 Hal Ehwal Pengguna B. 42 Kementerian Kesihatan 676,518,300 B. 60 Kementerian Pertahanan 303,726,600 B. 63 Kementerian Pendidikan 803,613,600 Jumlah 60,174,928,000