227 - *AKTA PENCEN 1980
This Act sets out pension, gratuity, and related benefit rules for specified public-service officers in Malaysia.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 227 - *AKTA PENCEN 1980
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
227 - *AKTA PENCEN 1980
AI-assisted research summary: This Act sets out pension, gratuity, and related benefit rules for specified public-service officers in Malaysia.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 227 AKTA PENCEN 1980 Sebagaimana pada 15 Disember 2024 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Pencen 1980 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA PENCEN 1980 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … … 11 Februari 1980 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 28 Februari 1980 Kali terakhir dipinda melalui Akta A1409 yang mula berkuat kuasa pada … … … … … … … 1 Januari 2012 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … 2010 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 227 AKTA PENCEN 1980 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran 3. Pencen, dsb., bukan suatu hak yang mutlak 4. Pencen, dsb., hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 5. Peraturan-peraturan 6. Penghitungan pencen, dsb. 6A. Pelaksanaan opsyen 7. Pemberian taraf berpencen 8. Pegawai disifatkan menjadi pegawai berpencen 9. Pemberian pencen, dsb. 10. Persaraan paksa 11. Persaraan dengan kehendak Kerajaan 12. Persaraan pilihan 12A. Persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan 12B. Sumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan 13. Persaraan demi kepentingan awam 14. Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pegawai mati dalam perkhidmatan 15. Pencen terbitan jika seseorang pegawai mati selepas bersara 16. Terhentinya pencen terbitan 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 Seksyen 16A. Terhentinya pencen bagi anak yang telah mencapai umur lapan belas tahun disifatkan sah 17. Pencen hilang upaya 18. Pencen tanggungan 19. Pencen, dsb., tidak boleh diserah hak 20. (Dipotong) 21. Pencen, dsb., terhenti apabila disabitkan 21A. Pencen, dsb., akan terhenti apabila memperoleh kewarganegaraan negara lain 22. Pencen maksimum 22A. Pencen serendah-rendahnya bagi perkhidmatan penuh 23. Penggantungan pencen 24. Pemberian elaun bersara kepada pegawai sementara 25. Pemberian elaun bersara terbitan kepada pegawai sementara 25A. (Dipotong) 26. Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir 26A. Pembayaran hadiah untuk maklumat 27. Pindaan bagi Jadual 28. Pemansuhan dan kecualian JADUAL 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 227 AKTA PENCEN 1980 Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pentadbiran pencen, ganjaran dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan awam dan juga tanggungan mereka. [1 Januari 1976] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen 1980 dan hendaklah disifatkan sebagai telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1976. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi— (a) pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah memilih atau disifatkan telah memilih mana-mana Skim Baru; (b) pegawai dalam perkhidmatan awam yang telah atau adalah dilantik di bawah mana-mana Skim Baru; (c) pegawai dalam perkhidmatan awam yang oleh kerana pilihan mereka adalah terikat dengan mana-mana Skim Baru; atau 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 (d) pegawai sementara dalam perkhidmatan awam yang dilantik sebelum 1 Januari 1976 dan yang tidak diberi pilihan untuk memilih Skim Baru yang mula berkuat kuasa dari tarikh itu. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anak” ertinya anak seorang pegawai yang mati— (a) iaitu anak yang di bawah umur dua puluh satu tahun dan termasuk— (i) anak yang lahir selepas kematian pegawai itu, anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf pegawai itu; dan (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan (b) iaitu seorang anak yang tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun; “gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima atau dalam hal persaraan di bawah seksyen 12 gaji hakiki A bulanan sebenarnya yang akhir diterima yang dibayar kepadanya oleh pertubuhan itu semasa dia tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru, dan termasuklah apa-apa elaun berpencen; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Pencen 7 “pegawai” ertinya seseorang pegawai yang bekerja sepenuh masa dalam perkhidmatan awam; “pegawai berpencen” ertinya seseorang pegawai yang telah diberi taraf sebagai seorang pegawai berpencen di bawah seksyen 7 atau yang disifatkan sebagai seorang pegawai berpencen di bawah subseksyen 6 (6 ) atau seksyen 8; A C “pegawai negeri” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan sesuatu Negeri; “pegawai persekutuan” ertinya seseorang pegawai dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan; “pegawai persekutuan tempatan” ertinya seseorang pegawai yang direkrut untuk berkhidmat, atau ditukarkan ke perkhidmatan, di bawah Kerajaan Persekutuan di Sabah atau Sarawak dan tidak ditukarkan secara tetap ke perkhidmatan di luar Sabah atau Sarawak; “peraturan-peraturan” ertinya mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 5; “perkhidmatan awam” ertinya— (a) Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; (b) Perkhidmatan Awam Am bagi Kerajaan Persekutuan; (c) Pasukan Polis; (d) Perkhidmatan Kereta api; (e) Perkhidmatan Pelajaran; (f) Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Kerajaan Persekutuan dan bagi satu atau beberapa Negeri; (g) Perkhidmatan Awam bagi tiap-tiap satu Negeri; (h) Perkhidmatan Parlimen; atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 (i) mana-mana perkhidmatan lain yang diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai perkhidmatan awam bagi maksud Akta ini; “perkhidmatan awam lain” ertinya perkhidmatan di bawah sesuatu Kerajaan yang dinyatakan dalam Jadual bagi pegawai yang ditukarkan ke perkhidmatan awam; “perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira di bawah peraturan-peraturan itu; “Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan” ertinya suatu Pihak Berkuasa Berkanun atau suatu Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan “Skim Baru” ertinya gaji dan had serta syarat perkhidmatan yang telah dipinda bagi pegawai dalam perkhidmatan awam berbangkit dari penyemakan gaji dan had serta syarat perkhidmatan bagi pegawai itu yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mulai dari 1 Januari 1976, atau dari apa-apa penyemakan lain kemudiannya yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa. Pencen, dsb., bukan suatu hak yang mutlak 3. (1) Tiada seorang pun pegawai boleh mempunyai hak mutlak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau untuk mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain di bawah Akta ini. (2) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa seseorang pegawai telah bersalah atas kecuaian, salah aturan atau salah laku, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengurangkan atau menahan pencen, ganjaran atau faedah lain yang pegawai itu sepatutnya layak mendapat jika tidak kerana peruntukan seksyen ini. Pencen 9 Pencen, dsb., hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan 4. (1) Pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. (2) Bagi maksud Akta ini, pencen, ganjaran atau faedah lain tidak termasuk apa-apa award wang tunai yang diberi sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul kepada seseorang pegawai yang gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Peraturan-peraturan 5. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud Akta ini. (2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh diberi kuat kuasa kebelakangan kepada suatu tarikh yang lebih awal daripada mula berkuat kuasanya Akta ini supaya dapat memberi faedah kepada mana-mana orang atau menghapuskan sesuatu kelemahan yang terkait pada mana-mana orang. Penghitungan pencen, dsb. 6. (1) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan itu; dengan syarat bahawa, bagi persaraan di bawah perenggan 10(5)(a) atau di bawah seksyen 12 , amaun pencen yang diberikan tidak boleh A kurang daripada satu perlima dari gaji akhir yang diterima oleh pegawai itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai yang bersara sebelum disahkan dalam jawatannya yang kedua atau yang berikutnya, gaji yang akhir diterima ialah gaji yang akhir diterima bagi jawatannya yang terdahulu dalam mana dia telah disahkan jika 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 sekiranya dia terus memegang jawatannya yang terdahulu itu sehingga persaraannya. (3) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah seksyen 11 hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pegawai itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya. Pelaksanaan opsyen 6 A. (1) Seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas mula berkuat kuasanya seksyen ini hendaklah, sebelum disahkan dalam jawatannya, berhak untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (2) Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut sesuatu cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. (3) Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pegawai di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada masa dia disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad. (4) Apabila seseorang pegawai memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, peruntukan Akta ini, kecuali seksyen ini, tidak terpakai bagi pegawai sedemikian. (5) Seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hendaklah bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai umur enam puluh tahun. (5 ) Subseksyen (5) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah A dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun. (5 ) Umur persaraan paksa bagi seseorang pegawai yang tidak B memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun yang disebut dalam Pencen 11 subseksyen (5 ) hendaklah kekal sama ada lima puluh lima tahun A atau lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun sebagaimana umur yang telah dipilihnya sebelum 1 Januari 2012. (5 ) Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang C dilaksanakan oleh seseorang pegawai bagi maksud subseksyen (5) dan (5 ) tidak boleh dibatalkan. A (6) Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya bersara daripada perkhidmatan awam dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam perenggan 10(5)(a), (b), (c), (d), (e) dan (f) atau seksyen 11. (6 ) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pegawai yang telah A memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam jawatannya sebelum tarikh itu hendaklah diberikan opsyen untuk memilih pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini. (6 ) Opsyen yang dibuat di bawah subseksyen (6 ) menjadi B A muktamad pada 1 Februari 2009 dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi pegawai itu mulai tarikh itu. (6 ) Jika seseorang pegawai telah memilih pencen, ganjaran atau C faedah lain menurut subseksyen (6 ) dan mati sebelum opsyen itu A menjadi muktamad menurut subseksyen (6 ), pegawai itu disifatkan B menjadi pegawai berpencen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mulai tarikh kematiannya. (7) Dalam seksyen ini “Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” merujuk kepada suatu kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], termasuklah sesuatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 Pemberian taraf berpencen 7. Seseorang pegawai tetap boleh diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen jika dia telah— (a) disahkan dalam jawatannya yang sekarang; dan (b) genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Pegawai disifatkan menjadi pegawai berpencen 8. Tanpa menyentuh seksyen 7, pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai berpencen: (a) seseorang pegawai yang telah dimasukkan atau layak untuk dimasukkan dalam perjawatan berpencen di bawah Ordinan Pencen 1951 [Ord. 1 tahun 1951] sebelum dari 1 Julai 1977, Ordinan Pencen Sabah 1963 [Ord. 3 tahun 1963] atau Ordinan Pencen Sarawak [Bab 89] sebelum dari 1 Julai 1978, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab perubatan atau di bawah seksyen 12 sebelum genap sepuluh tahun A perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau (c) seseorang pekerja berpencen di bawah Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditukar tetap secara lantikan ke perkhidmatan awam. Pemberian pencen, dsb. 9. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen apabila— Pencen 13 (a) dipaksa bersara di bawah seksyen 10; atau (b) memilih bersara di bawah seksyen 12 setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau (c) bersara di bawah seksyen 11. (d) (Dipotong oleh Akta A625). (2) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen jika persaraan itu adalah di bawah seksyen 12A. Persaraan paksa 10. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), (3) dan (4), seseorang pegawai hendaklah bersara dari perkhidmatan awam apabila dia mencapai umur enam puluh tahun. (2) Jika seseorang pegawai mencapai umur persaraan paksa lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu prosiding jenayah atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui mana-mana umur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga kesnya diputuskan. (3) Jika prosiding jenayah atau tatatertib di bawah subseksyen (2) itu tidak berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja, dia hendaklah bersara apabila mencapai umur lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan umur persaraan paksanya, dan tempoh perkhidmatan selepas mana-mana umur ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. (4) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi— 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 (a) Setiausaha kepada Dewan Rakyat atau Setiausaha kepada Dewan Negara; dan (b) pegawai yang telah bersara selepas mula berkuat kuasanya Akta ini tetapi sebelum ia disiarkan. (c) (Dipotong oleh Akta A1124). (5) Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki mana-mana pegawai supaya bersara daripada perkhidmatan awam— (a) jika Ketua Pengarah atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pegawai itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal; (b) apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan; (c) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki dan dengan itu menghasilkan lebih lagi kecekapan atau ekonomi; (d) atas alasan bahawa pekerjaan pegawai itu telah ditamatkan demi kepentingan awam; (e) atas alasan bahawa pegawai itu telah dengan sukarelanya (selain perkahwinan) memperoleh kewarganegaraan, atau menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia atau atas alasan bahawa pegawai itu telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya; atau (f) atas alasan bahawa pegawai itu telah, bagi maksud pelantikannya ke perkhidmatan awam— Pencen 15 (i) membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, sama ada bersumpah atau selainnya; atau (ii) membekalkan apa-apa dokumen, yang adalah palsu, silap, tidak tepat, tidak lengkap, atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan, dan pelantikannya ke perkhidmatan awam telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu: Dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan pegawai itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya kepada Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan. (6) Perenggan (5)(f) hendaklah terpakai hanya bagi pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini. (7) Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012. (8) Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun. (9) Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dibatalkan. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 Persaraan dengan kehendak Kerajaan 11. Walau apa pun seksyen 10 dan 12, dengan persetujuan pegawai itu— (a) Yang di-Pertuan Agong boleh menghendaki seseorang pegawai Persekutuan supaya bersara pada mana-mana peringkat umur— (i) atas alasan kepentingan negara; atau (ii) demi kepentingan perkhidmatan awam; dan (b) Pihak Berkuasa Negeri boleh menghendaki seseorang pegawai negeri supaya bersara pada mana-mana peringkat umur— (i) dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, atas alasan kepentingan negara; atau (ii) demi kepentingan perkhidmatan awam. Persaraan pilihan 12. (1) Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai selain pegawai negeri, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh, atas permohonan pegawai itu, memberi persetujuan tentang persaraan seseorang pegawai apabila atau selepas mencapai umur empat puluh tahun. (2) Jika seseorang pegawai yang dilantik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pegawai sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur— (a) empat puluh lima tahun bagi— (i) seseorang pegawai perempuan; (ii) seseorang pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah; Pencen 17 (iii) seseorang pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; (iv) seseorang pegawai penjara yang berpangkat rendah daripada Penguasa; dan (v) seseorang jururawat lelaki di hospital mental; atau (b) lima puluh tahun bagi seseorang pegawai lelaki, selain pegawai yang disebut dalam subperenggan (a)(ii) hingga (v). (3) Jika seseorang pegawai yang dilantik selepas mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pegawai sedemikian boleh diberi pencen hanya apabila mencapai umur *lima puluh lima tahun. (3 ) Seseorang pegawai yang bersara di bawah subseksyen (1) A boleh diberi ketika persaraannya ganjaran, award wang tunai yang diberi sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul atau faedah lain. (3 ) *(Dipotong oleh Akta A1409). B (4) Tertakluk pada seksyen 16, jika seseorang pegawai yang telah bersara di bawah subseksyen (1) mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun atau lima puluh lima tahun mengikut mana-mana yang berkenaan, Yang di-Pertuan Agong boleh dengan serta-merta memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau ganjaran terbitan sahaja. (5) (Dipotong oleh Akta A1343). Persaraan setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan 12A. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), (3) dan (4) jika seseorang pegawai berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima *CATATAN—Kecualian dan peralihan–lihat seksyen 12 Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta A1409] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 tahun bagi pegawai perempuan atau berumur kurang daripada lima puluh tahun bagi pegawai lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan, walau bagaimanapun cara ianya ditubuhkan dan sama ada atau tidak Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya, sama ada secara langsung atau sebaliknya, atau dalam mana-mana pertubuhan antarabangsa yang mana Kerajaan menjadi anggota, dia boleh disifatkan telah bersara daripada perkhidmatan awam pada tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam dan pegawai tersebut, jika sekiranya dia mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bagi maksud seksyen 14, disifatkan telah mati dalam perkhidmatan jika pada masa kematiannya dia berada dalam perkhidmatan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa tersebut, atau, jika ketika itu dia tidak berada dalam perkhidmatan tersebut, dia telah berada dalam perkhidmatan tersebut untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam. (2) Jika seseorang pegawai berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pegawai perempuan atau kurang daripada lima puluh tahun bagi pegawai lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur enam puluh tahun jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam, dan dalam hal sedemikian, apa-apa tempoh perkhidmatan sedemikian dengan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya di bawah terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru boleh dimasuk kira bagi maksud memberi pencen, ganjaran atau faedah lain itu kepada pegawai itu. (2 ) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) A yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan Pencen 19 menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Bagi seseorang pegawai berpencen yang subseksyen (2) tidak terpakai baginya, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur empat puluh lima tahun bagi pegawai perempuan atau lima puluh tahun bagi pegawai lelaki, jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa ke dalam mana dia telah dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan selama tempoh berterusan tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam atau sehingga dia berumur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut mana yang terdahulu. (4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan (3), jika perkhidmatan pegawai itu ditamatkan oleh pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa ke dalam mana dia dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, atau jika kontrak tidak diperbaharui berkenaan dengan pelantikannya dalam pertubuhan antarabangsa itu, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain. Sumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan 12 . Pertubuhan ke dalam mana seseorang pegawai berpencen dilantik B oleh atau dengan kelulusan Kerajaan di bawah subseksyen 12 (2) A hendaklah membuat sumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan pada kadar tujuh belas setengah peratus dari gaji bulanan pegawai tersebut bagi setiap pegawai berpencen semasa dia tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru. Persaraan demi kepentingan awam 13. Yang di-Pertuan Agong boleh, jika difikirkannya patut, memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah perenggan 10(5)(d) atau (f), tetapi 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 amaunnya tidak lebih daripada amaun yang pegawai itu sepatutnya layak mendapat jika sekiranya pencen, ganjaran atau faedah lainnya itu dihitung berdasarkan lama yang sebenar perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira. Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pegawai mati dalam perkhidmatan 14. (1) Tertakluk pada seksyen 16, jika seseorang pegawai berpencen mati dalam perkhidmatan, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja. (2) (Dipotong oleh Akta A1343). Pencen terbitan jika seseorang pegawai mati selepas bersara 15. (1) Tertakluk pada seksyen 16— (a) (Dipotong oleh Akta A1343). (b) jika seseorang pegawai berpencen mati dalam atau selepas tempoh *dua puluh tahun dari tarikh persaraannya dari perkhidmatan awam, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan yang sama banyaknya dengan amaun pencen yang dibayar kepadanya: Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian pencen terbitan selepas tamatnya tempoh *dua puluh tahun dari tarikh persaraannya hendaklah dibuat hanya jika penerimanya— (i) berkenaan dengan seseorang balu atau duda, telah *CATATAN—Kecualian dan peralihan–lihat seksyen 12 Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta A1409] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Pencen 21 berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (ii) berkenaan dengan seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (iii) berkenaan dengan seseorang anak angkat, adalah seorang anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau (iv) berkenaan dengan seseorang anak tidak sah taraf, adalah seorang anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan. (2) Jika seseorang pegawai mati selepas persaraannya tetapi sepanjang tempoh persaraan sebelum kematiannya pencennya telah tidak diberikan atau telah terhenti di bawah seksyen 21, maka subseksyen (1) hendaklah terpakai dan bagi maksud ini pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai telah menerima pencen itu. Terhentinya pencen terbitan 16. Pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah terhenti jika penerimanya— (a) (Dipotong oleh Akta A1171); (b) seorang anak, selain anak yang cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam perenggan (c), apabila berkahwin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih dahulu; atau (c) seorang anak yang sedang mendapat pendidikan di suatu 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi pelajaran yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendapat pendidikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana yang lebih dahulu. Terhentinya pencen bagi anak yang telah mencapai umur lapan belas tahun disifatkan sah 16 . (1) Walau apa pun peruntukan seksyen 16, jika sebelum A penyiaran Akta ini apa-apa bayaran mengenai pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepada seorang anak telah terhenti setelah anak itu mencapai umur lapan belas tahun, penghentian itu dan apa-apa pembahagian pencen terbitan atau faedah lain kepada mana-mana orang tanggungan lain berikutan dari penghentian itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sempurna dan sahnya. (2) Jika subseksyen (1) adalah terpakai, tetapi anak itu layak di bawah Akta ini dibayar pencen terbitan atau faedah lain, anak itu hendaklah, tertakluk pada seksyen 16, dibayar bahagian pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepadanya mulai dari tersiarnya Akta ini. Pencen hilang upaya 17. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan, sebagai tambahan kepada pembayaran yang dibuat di bawah seksyen 9 atau 24, di mana berkenaan, pencen hilang upaya di bawah peraturan-peraturan itu jika seseorang pegawai, selain seorang pegawai kontrak, adalah dikehendaki bersara akibat dari— (a) menanggung bencana semasa melaksanakan dan berbangkit daripada melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan oleh kemalangan dalam perjalanan; atau (b) mendapat penyakit yang kerana jenis tugasnya itu menyebabkan dirinya terdedah. (2) Bagi maksud subseksyen (1), bencana atau penyakit ertinya bencana atau penyakit yang bukan disebabkan oleh, yang tidak Pencen 23 menjadi semakin teruk oleh kerana atau yang tidak berpunca dari kecuaian atau salah lakunya. Pencen tanggungan 18. Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan, sebagai tambahan kepada pencen terbitan dan ganjaran terbitan kepada orang tanggungan seseorang pegawai suatu pencen tanggungan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu jika— (a) pegawai itu mati dalam hal keadaan di bawah seksyen 17; dan (b) kematian itu berlaku dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu. Pencen, dsb., tidak boleh diserah hak 19. Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik, atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud— (a) menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan; (b) menunaikan perintah daripada Mahkamah supaya dibayar secara berkala sejumlah wang untuk nafkah bagi isteri atau bekas isteri atau anak yang belum dewasa, sama ada sah taraf atau tidak, pegawai yang telah diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain itu; atau (c) menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 20. (Dipotong oleh Akta A1409). Pencen, dsb., terhenti apabila disabitkan 21. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), jika mana-mana orang yang telah diberikan pencen atau faedah lain di bawah Akta ini dikenakan hukuman mati atau penjara selama sesuatu tempoh oleh suatu Mahkamah, maka pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti dengan serta merta. (2) Pencen atau faedah lain di bawah subseksyen (1) itu hendaklah diberikan semula dengan kuat kuasa kebelakangan bagi seseorang yang selepas disabitkan mendapat pengampunan. (3) Jika sesuatu pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan elaun tanggungan yang banyaknya sama dengan semua atau mana-mana bahagian daripada wang yang pesara itu sepatutnya berhak mendapat sebagai pencen atau faedah lain yang difikirkannya patut kepada isteri atau anak pesara untuk nafkah dan faedah mereka dan, selepas tamat tempoh hukumannya, juga bagi faedah pesara itu sendiri. Pencen, dsb., akan terhenti apabila memperoleh kewarganegaraan negara lain 21 . (1) Jika seseorang yang telah diberikan pencen atau faedah lain A di bawah Akta ini telah dengan sukarelanya (selain perkahwinan) memperoleh kewarganegaraan, atau telah menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain dari Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya, pencen atau faedah lain tersebut hendaklah terhenti dengan serta merta. (2) Jika pencen atau faedah lain terhenti di bawah subseksyen (1), tiada pencen atau faedah lain boleh diberi kepada orang tanggungan. Pencen 25 Pencen maksimum 22. (1) Pencen perkhidmatan yang diberikan kepada seseorang pegawai di bawah Akta ini tidak boleh melebihi tiga per lima daripada gaji yang akhir diterimanya. (2) Jika seseorang pegawai telah diberikan pencen atau sedang diberikan pencen berkenaan dengan perkhidmatan awam lain, maka dia boleh diberikan pencen penuh yang dia berhak mendapat berkenaan dengan perkhidmatan awamnya, tetapi tiada seorang pun pegawai sedemikian itu boleh mengeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan amaun pencen yang, apabila ditambah kepada amaun pencen yang diterima berkenaan dengan perkhidmatan awam lain, melebihi enam per sepuluh daripada gaji yang akhir diterimanya. (3) Bagi maksud subseksyen (2), pencen seseorang pegawai berkenaan dengan perkhidmatan awam lainnya ertinya amaun pencen yang dia mungkin dapat jika sekiranya dia memilih tidak hendak dibayarkan pencen gantian tetap dan pencen susutan. (4) Bagi maksud seksyen ini, apa-apa faedah yang diberikan di bawah seksyen 17 atau 18 tidak boleh diambil kira. Pencen serendah-rendahnya bagi perkhidmatan penuh 22 . Berkenaan dengan pencen yang telah dikira berdasarkan A perkhidmatan yang boleh dimasuk kira selama tidak kurang daripada dua puluh lima tahun, amaun yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak boleh kurang daripada satu ratus lapan puluh ringgit sebulan atau apa-apa amaun sebagaimana ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta. Penggantungan pencen 23. (1) Jika seseorang pegawai yang diberikan pencen di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dilantik semula sebagai seorang pegawai tetap dalam perkhidmatan awam, 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 maka Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung pencen itu sepanjang tempoh dia dilantik semula sebagai seorang pegawai tetap. (2) Tertakluk pada subseksyen (1), jika seseorang pegawai telah bersara di bawah subperenggan 11(a)(i) dan 11(b)(i) dan dalam tempoh lima tahun persaraannya itu melibatkan dirinya dalam apa-apa aktiviti yang mungkin bercanggah dengan tujuan dia disarakan, Yang di-Pertuan Agong boleh menggantung pencennya sehingga dia mencapai umur enam puluh tahun atau genapnya tempoh bersara selama lima tahun, mengikut mana yang lebih awal. (2 ) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) A yang telah dilantik semula sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Berkenaan dengan persaraan di bawah subperenggan 11(b)(i), subseksyen (2) hendaklah terpakai hanya bagi pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini. Pemberian elaun bersara kepada pegawai sementara 24. Apabila seseorang pegawai sementara yang terus berkhidmat di bawah Skim Baru bersara di bawah seksyen 10, 11 atau 12, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan elaun bersara dan ganjaran yang banyaknya sama dengan tiga per empat daripada pencen dan ganjaran yang masing-masingnya lazim kena dibayar kepada seseorang pegawai berpencen yang bersara di bawah hal keadaan yang sama di bawah Akta ini jika pegawai sementara itu— (a) telah berkhidmat terus-menerus dengan Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri sebelum daripada 1 Januari 1976 dan sehingga tarikh persaraanya selepas 1 Januari 1976; Pencen 27 (b) telah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dengan Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri; dan (c) telah pada tarikh pelantikannya tidak kena membayar carum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau kumpulan wang simpanan lain. Pemberian elaun bersara terbitan kepada pegawai sementara 25. Tertakluk pada seksyen 16— (a) jika seseorang pegawai sementara mati dalam perkhidmatan dan sepatutnya menjadi layak mendapat elaun bersara dan ganjaran di bawah seksyen 24 jika sekiranya dia telah bersara pada tarikh kematiannya, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu— (i) ganjaran terbitan yang banyaknya sama dengan ganjaran pegawai itu; dan (ii) elaun bersara terbitan yang banyaknya sama dengan elaun bersara pegawai itu; (b) jika seseorang pegawai sementara yang sedang menerima elaun bersara mati dalam atau selepas tempoh *dua puluh tahun dari tarikh persaraannya, elaun bersara terbitan yang sama banyaknya dengan elaun bersara pegawai itu boleh diberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan: Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian elaun bersara terbitan selepas tamatnya tempoh *dua puluh tahun hendaklah dibuat hanya jika penerimanya— *CATATAN—Kecualian dan peralihan–lihat seksyen 12 Akta Pencen (Pindaan) 2011 [Akta A1409] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 (i) dalam hal seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (ii) dalam hal seseorang anak atau anak tiri tanggungan, ialah anak atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan yang telah berlaku semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (iii) dalam hal seseorang anak angkat, ialah anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau (iv) dalam hal seseorang anak tidak sah taraf, ialah anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan. (c) (Dipotong oleh Akta A1343). 25 . (Dipotong oleh Akta A1343). A Pembayaran tanpa probet atau surat kuasa mentadbir 26. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang yang kepadanya apa-apa pembayaran boleh dibuat di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mati sebelum pembayaran dibuat, amaun yang masih belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir. (2) Jika seseorang pegawai mati dalam perkhidmatan, apa-apa pembayaran tunai yang boleh dibayar sebagai ganti cuti terkumpul yang diberikan di bawah peraturan-peraturan bolehlah dibayar kepada orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir. Pencen 29 (3) Jika apa-apa pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen ini dan menurut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, pembayaran tersebut hendaklah menjadi pelepasan sepenuh dan sepatutnya akan segala liabiliti, dan tiada tindakan, guaman atau prosiding bagi pembayaran tersebut atau yang mempersoalkan tentang pembayaran tersebut boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya. (4) Bagi maksud seksyen ini— (a) “orang tanggungan” ertinya— (i) balu kepada si mati; (ii) duda kepada si mati; (iii) anak kepada si mati; (iv) ibu kepada pegawai yang mati, atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya; (b) “belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan. Pembayaran hadiah untuk maklumat 26 . (1) Ketua Pengarah boleh memerintahkan pembayaran hadiah A sebagaimana dia fikirkan patut kepada mana-mana anggota masyarakat untuk maklumat yang diberikan yang membawa kepada sabitan bagi— (a) kes penipuan untuk menikmati pencen dan faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini; atau (b) kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Apa-apa hadiah yang dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 Pindaan bagi Jadual 27. Yang di-Pertuan Agong boleh melalui pemberitahu dalam Warta mengisytiharkan mana-mana perkhidmatan menjadi perkhidmatan awam lain dalam Jadual bagi maksud Akta ini. Pemansuhan dan kecualian 28. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), Ordinan Pencen 1951 sebagaimana terpakai bagi mereka yang memilih Skim Baru atau yang dilantik di bawah Skim Baru adalah dimansuhkan. (2) Ordinan Pencen 1951, Ordinan Pencen Sabah 1963, dan Ordinan Pencen Sarawak hendaklah terus terpakai bagi pegawai yang tidak memilih Skim Baru atau yang tidak dilantik di bawah Skim Baru. CATATAN—Peruntukan kecualian dan peralihan–lihat seksyen 10 Akta Pencen (Pindaan) 2009 [Akta A1343] yang berkuat kuasa menurut seksyen 1 Akta A1343 yang memberikan peruntukan seperti yang berikut: Peruntukan kecualian dan peralihan 10. (1) Seseorang pegawai yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum 1 Januari 2009 tetapi pengesahan jawatannya telah dikuatkuasakan ke belakang sebelum 1 Januari 2009 hendaklah diberikan opsyen untuk memilih pencen, ganjaran dan faedah lain sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 6A(6A) Akta ibu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), opsyen pegawai itu hendaklah disifatkan menjadi muktamad satu bulan dari tarikh dia memilih opsyen itu dan peruntukan Akta ibu hendaklah terpakai bagi pegawai itu mulai tarikh itu. (3) Pemberian pencen, pencen terbitan, elaun bersara atau elaun bersara terbitan berkenaan dengan seseorang pegawai yang bersara sebelum 1 Januari 2009 atau mati sebelum 31 Disember 2008 hendaklah berdasarkan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini, dan pemberian pencen, pencen terbitan, elaun bersara atau elaun bersara terbitan itu hendaklah berdasarkan pindaan yang dibuat kepada Akta ibu oleh Akta ini hanya mulai 1 Januari 2009 dan kena dibayar mulai tarikh itu. (4) Dalam hal penghapusan kehendak pemastautinan di Malaysia, pemberian pencen terbitan atau elaun bersara terbitan sebelum 1 Januari 2008 hendaklah berdasarkan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini dan Pencen 31 pemberian pencen terbitan atau elaun bersara terbitan itu hendaklah berdasarkan pindaan yang dibuat kepada Akta ibu oleh Akta ini hanya mulai 1 Januari 2008 dan hendaklah kena dibayar mulai tarikh itu. JADUAL [Seksyen 2] Kerajaan Brunei Kerajaan Hong Kong Kerajaan Singapura 32 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 227 AKTA PENCEN 1980 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang m eminda dari Akta A495 Akta Pencen (Pindaan) 1980 0 1-07-1980 Akta A568 Akta Penyelarasan Pencen 01-07-1980 (Pindaan) 1983 Akta A625 Akta Pencen (Pindaan) 1985 13-09-1985 Akta A644 Akta Pencen (Pindaan) 1986 16-05-1986 kecuali ss. 3, 7, 12: 01-01-1976; ss. 9, 11: 01-07-1980 Akta A793 A kta Pencen (Pindaan) 1991 12-04-1991 Akta A823 Akta Pencen (Pindaan) 1992 s. 2: 01-06-1991 s. 3: 01-01-1992 s. 4: 12-04-1991 Akta A1124 Akta Pencen (Pindaan) 2001 01-10-2001 Akta A 1171 Akta Pencen (Pindaan) 2002 0 1-01-2002 Akta A1335 Akta Pencen (Pindaan) 2008 01-07-2008 Akta A1343 Akta Pencen (Pindaan) 2009 perenggan 2(a), s. 3, perenggan 4(a) dan 5(a), s. 7 dan ss. 10(1), (2) dan (3): 01-01-2009; perenggan 2(b), s. 9 dan ss. 10(4): 01-01-2008; perenggan 4(b) dan 5(b), seksyen 6 dan seksyen 8: 01-01-2009 berhubung dengan perenggan 1(4)(a) dan 01-01-2008 berhubung Pencen 33 Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang m eminda dari dengan perenggan 1(4)(b) Akta A1409 Akta Pencen (Pindaan) 2011 01-01-2012 34 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 227 AKTA PENCEN 1980 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 1 Akta A644 01-01-1976 2 AktaA495 01-07-1980 Akta A568 01-07-1980 Akta A625 13-09-1985 Akta A644 16-05-1986 Akta A1343 Perenggan 2(a): 01-01-2009; Perenggan 2(b): 01-01-2008 6 Akta A495 01-07-1980 Akta A625 13-09-1985 Akta A1409 01-01-2012 6A Akta A793 12-04-1991 Akta A823 01-06-1991 Akta A1124 01-10-2001 Akta A1335 01-07-2008 Akta A1343 01-01-2009 Akta A1409 01-01-2012 7 Akta A823 01-01-1992 8 Akta A625 13-09-1985 Akta A793 12-04-1991 9 Akta A495 01-07-1980 Akta A625 13-09-1985 Akta A644 16-05-1986 10 Akta A644 16-05-1986 Akta A793 12-04-1991 Akta A1124 01-01-2001 Akta A1335 01-07-2008 Pencen 35 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1409 01-01-2012 11 Akta A644 01-01-1976 12 Akta A793 12-04-1991 Akta A823 12-04-1991 Akta A1124 01-10-2001 Akta A1335 01-07-2008 Akta A1343 Perenggan 4(a): 01-01-2009; Perenggan 4(b): 01-01-2009 berhubung dengan perenggan 1(4)(a) dan 01-01-2008 berhubung dengan perenggan 1(4)(b) Akta A1409 01-01-2012 12A Akta A495 01-07-1980 Akta A625 13-09-1985 Akta A644 16-05-1986 Akta A1124 01-10-2001 Akta A1335 01-07-2008 Akta A1409 01-01-2012 12B Akta A625 13-09-1985 13 Akta A793 12-04-1991 14 Akta A495 01-07-1980 Akta A1343 Perenggan 5(a): 01-01-2009; Perenggan 5(b): 01-01-2009 berhubung dengan perenggan 1(4)(a) dan 01-01-2008 berhubung dengan perenggan 1(4)(b) 15 Akta A495 01-07-1980 Akta A644 01-07-1980 Akta A1343 Perenggan 6(a): 01-01-2009 berhubung dengan perenggan 1(4)(a); 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 227 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Perenggan 6(b): 01-01-2009 berhubung dengan perenggan 1(4)(a); Perenggan 6(c): 01-01-2008 berhubung dengan perenggan 1(4)(b) Akta A1409 01-01-2012 16 Akta A495 01-07-1980 Akta A1171 01-01-2002 16A Akta A495 01-07-1980 19 Akta A1409 01-01-2012 20 Akta A1409 01-01-2012 21A Akta A644 16-05-1986 22 Akta A1343 01-01-2009 22A Akta A495 01-07-1980 23 Akta A793 12-04-1991 Akta A1124 01-10-2001 Akta A1335 01-07-2008 Akta A1409 01-01-2012 25 Akta A495 01-07-1980 Akta A644 01-07-1980 Akta A1343 Perenggan 8(a): 01-01-2009 berhubung dengan perenggan 1(4)(a); Perenggan 8(b): 01-01-2009 berhubung dengan perenggan 1(4)(a); Perenggan 8(c): 01-01-2009 berhubung dengan perenggan 1(4)(a) dan 01-01-2008 berhubung dengan Pencen 37 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari perenggan 1(4)(b) Akta A1409 01-01-2012 25A Akta A568 01-07-1980 Akta A1343 01-01-2008 26 Akta A644 01-01-1976 26A Akta A644 16-05-1986
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
227 - *AKTA PENCEN 1980
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in