A1766 - AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2025
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This amendment creates an offence for unlawfully soliciting or urging people in public places to offer passenger transport services, and it gives police and road transport officers arrest powers without warrant.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1766 AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2025 2 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 26 Jun 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Julai 2025 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1766 AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2025. Seksyen baharu 41a 2. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41 seksyen yang berikut: “Memujuk atau mendesak 41a. (1) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima untuk sewa atau upah untuk membawa penumpang atau berulang-alik untuk sewa 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1766 atau upah, sama ada dilakukan oleh orang itu atau tidak, di mana-mana tempat awam atau kawasan sampingannya atau di sekitar tempat itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (2) Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, seorang pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang telah melakukan atau disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu akan diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa. (3) Bagi maksud seksyen ini, “tempat awam” termasuk semua bahagian dalam suatu lapangan terbang yang boleh dimasuki secara bebas oleh orang awam, mana-mana jalan, mana-mana terminal, atau mana-mana tempat yang telah diwartakan sebagai suatu perhentian bagi kenderaan perkhidmatan awam.”. Seksyen baharu 49a 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49 seksyen yang berikut: “Majistret mempunyai bidang kuasa penuh 49a. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, mahkamah Majistret Kelas Satu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan boleh menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.”. Kecualian 4. (1) Apa-apa prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 5 (2) Apa-apa obligasi, liabiliti, hilang kelayakan, penalti atau hukuman yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu boleh, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Referenced legislation
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (unresolved)
- Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334], (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2025 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta ini (unresolved)