AI-assisted research summary: This Act lets the Minister extend a stated compliance period, and modify imposed terms and conditions, with notice and a minimum 14-day lead time before modified terms take effect.
Levi Pelepasan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1674 AKTA LEVI PELEPASAN (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1674 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 8 Oktober 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Oktober 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Levi Pelepasan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1674 AKTA LEVI PELEPASAN (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Levi Pelepasan 2019. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Levi Pelepasan (Pindaan) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Seksyen baharu 62a dan 62b 2. Akta Levi Pelepasan 2019 [Akta 813] dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 62 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk melanjutkan tempoh 62a. Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1674 atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu. Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 62b. (1) Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini, Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini. (2) Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan— (a) terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan (b) tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa. (3) Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan. (4) Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua Pengarah. (5) Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.”.