AI-assisted research summary: This amendment Act starts on a date set by the Minister in the Gazette, and it gives senior sales tax officers police-like powers for enforcement, inspection, and investigation under the Act.
Cukai Jualan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1578 AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2018 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1578 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 26 Disember 2018 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 28 Disember 2018 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Cukai Jualan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1578 AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2018 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2018. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Seksyen baharu 72a 2. Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806] dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 72 seksyen yang berikut: “Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 72a. Bagi maksud Akta ini, seorang pegawai kanan cukai jualan hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1578 yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.”.