AI-assisted research summary: This amendment changes the Service Tax Act 2018, including how refunds to foreign registered persons can be credited, when service tax becomes due in certain cases, and the Minister’s powers to extend periods or modify terms and conditions.
Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1672 AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1672 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 8 Oktober 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Oktober 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1672 AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2022 Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 26a 2. Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subseksyen 26a(1), dengan menggantikan perkataan “perkhidmatan bercukai” dengan perkataan “perkhidmatan bercukai diimport”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1672 Seksyen baharu 38a 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 38 seksyen yang berikut: “Pembayaran balik cukai perkhidmatan, dsb., kepada orang berdaftar asing 38a. (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pembayaran balik di bawah seksyen 38 akan dibuat kepada orang berdaftar asing, Ketua Pengarah boleh memegang keseluruhan atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar balik itu untuk dikreditkan pada apa-apa tempoh bercukai berikutnya atau seterusnya. (2) Ketua Pengarah hendaklah menganggap amaun yang dikreditkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang berdaftar asing itu.”. Pindaan seksyen 56a 4. Seksyen 56a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4a) subseksyen yang berikut: “(4b) Jika orang berdaftar asing terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56d, cukai perkhidmatan hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada hari penyata itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen 56h(4a).”. Pindaan seksyen 56d 5. Seksyen 56d Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; dan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 5 (b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) Ketua Pengarah berpuas hati bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu tidak melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen 56b(1); atau”. Pindaan seksyen 56e 6. Seksyen 56e Akta ibu dipinda dalam subseksyen (1)— (a) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan itu; (b) dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut: “(aa) terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah perenggan 56d(aa); atau”; dan (c) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “seksyen 13” dengan perkataan “subseksyen 13(2) atau (4)”. Seksyen baharu 90a dan 90b 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 90 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk melanjutkan tempoh 90a. Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1672 Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 90b. (1) Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini, Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini. (2) Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan— (a) terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan (b) tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa. (3) Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan. (4) Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.”.