176 - *AKTA EKSAIS 1976
This provision sets out Malaysia’s excise framework: the Minister sets excise duties, the Director General administers excise matters, officers have identification duties, customs rulings can be applied for and changed, and refunds/exemptions/remissions are available in defined cases.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This provision sets out Malaysia’s excise framework: the Minister sets excise duties, the Director General administers excise matters, officers have identification duties, customs rulings can be applied for and changed, and refunds/exemptions/remissions are available in defined cases. The provision lets excise authorities stop a person from leaving Malaysia until excise-related amounts are paid or secured, sets rules for recovering excise debts, and regulates excise-licensed manufacture, storage, movement, refunds, and liquor licensing. This part requires import declarations, record keeping, and cooperation with excise officers; it also restricts certain vessel movements and allows seizure, penalties, and review procedures. This provision lets excise officers arrest without warrant, sets investigation and evidence rules, protects informant confidentiality, and provides forfeiture, compounding, and penalties for false statements and unlawful disclosure. The provision creates excise-duty offences and penalties, and gives the Minister and Director General powers to make regulations and set declaration procedures for goods moved to the main customs area.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 176 - *AKTA EKSAIS 1976
Showing 6 of 6
Part document.segment-1
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 1
AI-assisted research summary: This provision sets out Malaysia’s excise framework: the Minister sets excise duties, the Director General administers excise matters, officers have identification duties, customs rulings can be applied for and changed, and refunds/exemptions/remissions are available in defined cases.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 176 AKTA EKSAIS 1976 Sebagaimana pada 30 Disember 2023 Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Eksais 1976 oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH. 2 AKTA EKSAIS 1976 Tarikh Perkenan Diraja … … … ... 21 Jun 1976 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 24 Jun 1976 Kali terakhir dipinda melalui Akta 851 yang mula berkuat kuasa pada … … … … 30 Disember 2023 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 176 AKTA EKSAIS 1976 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II PELANTIKAN PEGAWAI 3. Fungsi Ketua Pengarah 4. Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai lain hendaklah mempunyai kuasa Ketua Pengarah 4A. Kuasa pegawai polis 5. Kad kuasa, dsb. hendaklah dikemukakan BAHAGIAN IIA KETETAPAN KASTAM DAN KETETAPAN UMUM 5A. Permohonan bagi ketetapan kastam 5B. Pembuatan ketetapan kastam 5C. Pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan ketetapan kastam 5D. Ketua Pengarah mengisytiharkan ketetapan sebagai batal, dsb. 5E. Penerimaan dua ketetapan kastam 5F. Ketetapan umum 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 BAHAGIAN III MELEVI DUTI EKSAIS Seksyen 6. Kuasa Menteri untuk menetapkan kadar duti eksais 6A. Tiada duti eksais dilevi atas barang-barang bona fide dalam pemindahan dan pemindahankapal 7. Nilai barang-barang bagi maksud duti 8. Taksiran duti 8A. Pembayaran duti eksais dengan bantahan 8B. Ketua Pengarah hendaklah menentukan persoalan tentang penjenisan dan penilaian 9. Kuasa Ketua Pengarah untuk mentaksir semula 10. Kuasa Menteri untuk menetapkan caj bagi pentaksiran 11. Pengecualian duti eksais 11A. Menteri boleh meremit duti eksais, dsb. 12. Pengenaan semula duti 13. Memulangkan balik duti atau caj lain yang terlebih bayar atau tersalah bayar 14. Peremitan duti atas barang-barang yang rosak, musnah atau hilang sebelum dikeluarkan daripada kawalan eksais 15. Pembayaran duti, dsb. yang terkurang bayar atau yang dipulangkan balik dengan silap 15A. Mendapatkan duti eksais, dsb. daripada orang yang meninggalkan Malaysia 15B. Mendapatkan balik duti eksais, dsb., sebagai hutang sivil 16. Kadar duti eksais 17. Pengenaan atau penghapusan duti eksais 18. Persoalan berkenaan dengan barang-barang yang disifatkan sebagai berduti 18A. Perakuan oleh Ketua Pengarah boleh diterima sebagai keterangan 19. Pulangan cukai 19A. Pulangan cukai ke atas barang-barang import 19B. Akuan oleh pihak yang menuntut 19C. Takrif “eksport semula” dalam seksyen 19A dan 19B 19D. (Dipotong) 19E. Pemulangan balik kepada pelawat dan pemunya sampel 19F. Pelepasan duti ke atas barang-barang import untuk sementara Eksais 5 Seksyen 19G. Mengimbangi pulangan cukai atau pemulangan balik terhadap amaun terhutang BAHAGIAN IV PENGILANGAN BARANG-BARANG BERDUTI 20. Lesen untuk menyuling, menapai atau selainnya mengilang barang-barang berduti 21. Tiada seseorang kecuali seorang pengilang berlesen boleh menyimpan alat penyulingan, dsb. 22. Pengecualian 23. Pemindahan barang-barang berduti daripada premis berlesen 23A. Penyelesai syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan duti 23B. Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah BAHAGIAN V PENYIMPANAN BARANG-BARANG BERDUTI 24. (Dipotong) 25. Lesen gudang 26. Menyimpan dan memiliki barang-barang berduti 27. Meletak dan memindahkan barang-barang berduti 27A. Mendeposit barang-barang ke dalam gudang 27AB. Mendeposit barang-barang dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah 27B. Kuasa untuk membuka dan memeriksa bungkusan 27C. Penahanan barang-barang jika terdapat keraguan 28. Pengeluaran barang-barang berduti daripada kawalan eksais 29. Pembayaran dius bagi barang-barang dalam gudang eksais awam BAHAGIAN VI PETROLEUM DAN KELUARAN PETROLEUM 30. Cara pembayaran duti eksais 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 BAHAGIAN VII PELESENAN Seksyen 31. Melantik Lembaga Pelesen 32. Jualan runcit hendaklah dilesen 33. Jualan secara borong hendaklah dilesen 34. Menyimpan likuor yang memabukkan dan yang duti telah dibayar atasnya 35. Jenis lesen 36. Pemegang lesen hendaklah menyimpan akaun, dsb. 37. Pemegang lesen tidak boleh menyimpan likuor berduti dalam premis 38. Seseorang yang tidak berlesen tidak boleh mempamerkan tanda BAHAGIAN VIII TODI 39. Peraturan-peraturan todi 40. Penalti BAHAGIAN VIIIA PERUNTUKAN AM MENGENAI VESEL DALAM PERAIRAN WILAYAH 40A. Barang-barang yang tidak dibutirkan hendaklah disifatkan sebagai bersalahan eksais 40B. Larangan membawa barang-barang berduti dalam lancang tempatan 40C. Pemakaian bagi kapal udara BAHAGIAN VIIIB AKUAN BARANG-BARANG 40D. Akuan barang-barang berduti yang diimport 40E. Akuan hendaklah membuat pembutiran yang penuh dan benar 40F. Barang-barang yang telah diakui di stesen pemungutan, bagasi penumpang, barang-barang yang diposkan, dsb. dikecualikan 40G. Salinan akuan Eksais 7 BAHAGIAN IX PERUNTUKAN PELBAGAI Seksyen 41. Orang adalah diwajibkan memberi maklumat 41A. Dokumen hendaklah dikemukakan apabila diminta 41B. Rekod yang berhubungan dengan perkara eksais 41BA. Kehendak untuk menyediakan terjemahan 41C. Ketua stesen kereta api hendaklah mengemukakan invois dan bil angkutan 41D. Barang-barang yang tidak dibutirkan dalam daftar muatan 42. Penyampaian notis, dsb. 42A. Bagasi penumpang 42B. Membungkus barang-barang berduti 43. Pegawai yang hak boleh mengambil contoh 44. Boleh memasuki tempat atau premis 44A. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghendaki cagaran 44AA. Kuasa untuk melanjutkan tempoh 44AB. Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 44B. Perlindungan terhadap saman dan prosiding undang-undang 45. Penambahan atau pengurangan duti baharu atau duti yang diubah dalam hal kontrak 46. Pekerja boleh mentransaksi urusan 47. Kajian semula dan rayuan terhadap keputusan Ketua Pengarah 47A. (Dipotong) 48. Borang yang hendak digunakan 49. Perlindungan bagi Kerajaan dan pegawai 50. Bayaran bagi perkhidmatan BAHAGIAN X PEMERIKSAAN, PENYIASATAN, PENGGELEDAHAN, PENYITAAN DAN PENANGKAPAN 50A. Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan 50B. Kuasa tambahan 51. Majistret boleh mengeluarkan waran geledah 52. Bila penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Seksyen 53. Kuasa memberhentikan dan menggeledah kereta, vesel dan kapal udara 53A. Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer 53B. Kuasa untuk membuka bungkusan dan memeriksa barang-barang 53C. Pemeriksaan orang yang tiba di Malaysia 54. Penyitaan barang-barang hal perkara sesuatu kesalahan 55. Pemulangan atau pelupusan barang-barang 55A. Pengemukaan perakuan ahli analisis, atau pegawai kanan eksais, atau orang yang diberi kuasa oleh Menteri 56. Kuasa untuk menangkap 56A. Kuasa untuk memeriksa orang 56B. Kebolehterimaan pernyataan dalam keterangan 56C. Tatacara apabila penyiasatan tidak boleh diselesai dalam tempoh dua puluh empat jam 56D. Catatan diari semasa penyiasatan 56E. Keterangan ejen provokasi boleh diterima BAHAGIAN XI PERUNTUKAN MENGENAI PERBICARAAN DAN PROSIDING 57. (Dipotong) 58. Majistret Kelas Satu mempunyai bidang kuasa penuh 59. Beban membuktikan 59A. Perintah mahkamah 60. Pemeriksaan sebahagian barang-barang yang disita hendaklah diterima oleh mahkamah 61. Keterangan mengenai analisis boleh diberi secara bertulis 61A. Peruntukan keterangan 62. Bukti mengenai pendaftaran atau pelesenan kenderaan dalam Malaysia dan Singapura 62A. Bukti tentang tanan atau binaan sesuatu pesawat 62B. Bukti tentang ketepatan kompas, radar, dsb. 62C. Bukti tentang duti timbal balas, anti-lambakan dan perlindungan yang kena dibayar 63. Cara penyitaan tidak boleh disiasat dalam perbicaraan atau dalam rayuan kepada Mahkamah Tinggi Eksais 9 Seksyen 63A. Kewajipan kerahsiaan 64. Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui 64A. Kerahsiaan maklumat 65. Barang-barang yang boleh dikenakan penyitaan boleh dikenakan lucut hak 66. Mahkamah hendaklah memerintahkan barang-barang yang disita dilupuskan 67. Barang-barang yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan atau hasil jualannya adalah terlucut hak jika tidak dituntut dalam masa satu bulan 68. Barang-barang atau amaun terlucut hak boleh diserahkan atau dibayar balik kepada pemunya atau orang lain 69. Pengkompaunan kesalahan 69A. Kos memegang barang-barang, dokumen atau benda yang disita 70. Tiada apa-apa kos atau ganti rosak yang timbul daripada penyitaan boleh dituntut melainkan jika penyitaan tanpa sebab yang berpatutan BAHAGIAN XII KESALAHAN DAN PENALTI 71. Penalti bagi membuat pernyataan tidak betul dan bagi memalsukan dokumen 72. Peruntukan khas berhubung dengan pernyataan, dsb. yang tidak betul, di bawah seksyen 71 73. Penalti bagi enggan menjawab soalan atau bagi memberi maklumat palsu 74. Penalti bagi perbuatan melarikan duti eksais dan bagi mengilang secara menyalahi undang-undang barang-barang berduti 74A. Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan data yang disimpan dalam komputer 74B. Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan tuntutan pulangan cukai 74C. Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan tuntutan pemulangan balik 75. Penalti bagi memiliki alat suling, dsb. 76. Penalti bagi menjual likuor tanpa lesen 77. Penalti bagi menyerang atau menghalang pegawai eksais dan merebut kembali barang-barang 78. Penalti bagi menerima atau menawarkan rasuah dan bagi menyalahgunakan kuasa 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Seksyen 79. Kesalahan-kesalahan yang penalti tidak ada diperuntukkan baginya 80. Cubaan dan persubahatan 81. Dihukum penjara kerana tidak membayar denda 81A. Tanggungan bersesama dan berasingan pengarah dsb. 82. Kesalahan oleh kumpulan orang dan oleh pekhidmat dan ejen 82A. Duti eksais, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb. 83. Hadiah 84. Tindakan pegawai awam tidak menjadi kesalahan BAHAGIAN XIII PERATURAN-PERATURAN 85. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 86. Kuasa untuk mewakilkan BAHAGIAN XIV PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN LABUAN 87. Tafsiran 88. Barang-barang kena duti di Labuan 89. Barang-barang dikilang di Labuan hendaklah disifatkan sebagai barang-barang dikilang di luar Malaysia 90. Barang-barang dikilang di Wilayah Persekutuan lain hendaklah disifatkan sebagai dieksport apabila dipindahkan ke Labuan 90A. Duti eksais ke atas barang-barang yang diimport masuk ke Labuan atau diangkut ke atau dari Labuan atau ke kawasan utama kastam 90B. Pengangkutan barang-barang ke atau dari Labuan dari atau ke kawasan utama kastam 90C. Akuan tentang barang-barang yang diangkut dari Labuan ke kawasan utama kastam 90D. Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Labuan 90E. Pemungutan duti di Labuan 90F. Pemakaian peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik bagi barang-barang yang di angkut ke Labuan Eksais 11 BAHAGIAN XV PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN SABAH DAN SARAWAK Seksyen 91. Perjanjian antara Sabah dengan Sarawak berhubung dengan pemindahan barang-barang BAHAGIAN XVA PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN LANGKAWI 91A. Tafsiran 91B. Barang-barang kena duti di Langkawi 91C. Barang-barang yang dikilang di Langkawi hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia 91D. Barang-barang yang dikilang di wilayah-wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai ekspot apabila dipindahkan ke Langkawi 91DA. Duti eksais yang berhubungan dengan Langkawi 91DB. Pengangkutan barang-barang ke atau dari Langkawi dari atau ke kawasan utama kastam 91DC. Akuan tentang barang-barang yang diangkut dari Langkawi ke kawasan utama kastam 91DD. Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Langkawi 91DE. Pemungutan duti di Langkawi 91DF. Pemakaian peruntukan-peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik bagi barang-barang yang diangkut ke Langkawi BAHAGIAN XVB PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN TIOMAN 91E. Tafsiran 91F. Barang-barang kena duti di Tioman 91G. Barang-barang yang dikilang di Tioman hendaklah disifatkan telah dikilang di luar Malaysia 91H. Barang-barang yang dikilang di wilayah-wilayah lain di dalam Malaysia hendaklah disifatkan telah dieksport apabila dipindahkan ke Tioman 91I. Duti eksais yang berhubungan dengan Tioman 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Seksyen 91J. Pengangkutan barang-barang ke atau dari Tioman dari atau ke kawasan utama kastam 91K. Akuan barang-barang yang diangkut dari Tioman ke kawasan utama kastam 91L. Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Tioman 91M. Pemungutan duti di Tioman 91N. Pemakaian peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik bagi barang-barang yang diangkut ke Tioman BAHAGIAN XVC PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN KAWASAN PEMBANGUNAN BERSAMA 91O. Pemindahan barang ke dalam atau dari Kawasan Pembangunan Bersama 91P. Duti eksais kena dibayar ke atas pengimportan ke dalam Kawasan Pembangunan Bersama BAHAGIAN XVD PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN PANGKOR 91Q. Tafsiran 91R. Barang-barang kena duti di Pangkor 91S. Barang-barang yang dikilang di Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia 91T. Barang-barang yang dikilang di wilayah-wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai dieksport apabila dipindahkan ke dalam Pangkor 91U. Duti eksais yang berhubungan dengan Pangkor 91V. Pengangkutan barang-barang ke atau dari Pangkor dari atau ke kawasan utama kastam 91W. Akaun mengenai barang-barang yang diangkut dari Pangkor ke kawasan utama kastam 91X. Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Pangkor 91Y. Pemungutan duti di Pangkor 91Z. Pemakaian peruntukan yang berhubungan dengan pulangan cukai bagi barang-barang yang diangkut ke Pangkor Eksais 13 BAHAGIAN XVI PEMANSUHAN Seksyen 92. Pemansuhan dan kecualian JADUAL 15 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 176 AKTA EKSAIS 1976 Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan eksais dalam Malaysia. [1 Julai 1977, P.U. (B) 351/1977] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Eksais 1976, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Tafsiran 2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “alkohol” ertinya alkohol ethil; 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 “barang-barang” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “barang-barang berduti” ertinya barang-barang yang tertakluk pada pembayaran duti eksais dan yang atasnya duti itu belum dibayar; “barang menyalahi eksais” ertinya barang-barang yang berkenaan dengannya suatu pelanggaran terhadap peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya telah dilakukan; “bir” termasuklah ale, stout, porter dan segala likuor tapaian lain yang dibuat daripada malt; “botol” termasuklah apa-apa bekas, tidak melebihi dua liter muatannya, bagi likuor yang memabukkan, yang boleh disumbat dengan gabus atau ditutup, dan “membotolkan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya; “depot pelepasan darat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “duti eksais” ertinya apa-apa duti yang ditetapkan di bawah seksyen 6; “ejen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “eksport” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “ketetapan kastam” ertinya ketetapan kastam yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 5B; Eksais 17 “gudang berlesen” ertinya gudang atau tempat lain yang dilesenkan di bawah seksyen 25 bagi penggudangan barang-barang berduti, dan termasuklah— (a) gudang kastam di bawah seksyen 63; (b) mana-mana gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 65 dan 65A; (ba) mana-mana kedai bebas cukai yang dilesenkan di bawah seksyen 65D; dan (c) mana-mana depot pelepasan daratan yang dilesenkan di bawah seksyen 65E, Akta Kastam 1967, bagi penggudangan barang-barang yang serupa kelasnya dengan barang-barang berduti tersebut; “import” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “juruterbang pesawat udara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “kapal udara” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “kawalan kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; ‘‘kedai bebas cukai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “ketetapan umum” ertinya ketetapan umum yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 5F; 18 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 “Ketua Pengarah” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950; “lancang tempatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “lapangan terbang kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “laut” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “Lembaga Pelesenan” ertinya sesuatu Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 31; “likuor bumiputera” ertinya mana-mana daripada likuor yang memabukkan dan yang lazimnya ditapai, dibuat atau disediakan oleh bumiputera di Sabah dan Sarawak untuk kegunaan mereka sendiri dan bukan untuk kegunaan komersial; “likuor yang memabukkan” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas kewangan; “nakhoda” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “nilai” ertinya— (a) berhubung dengan barang-barang yang dikilangkan secara tempatan, nilai ditentukan di bawah perenggan 85(2)(bd); dan (b) berhubung dengan barang-barang yang diimport— Eksais 19 (i) nilai barang-barang itu bagi maksud duti kastam sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Kastam 1967; dan (ii) amaun duti kastam, jika ada, yang kena dibayar atas barang-barang itu. “pegawai eksais” ertinya— (a) seseorang pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; (b) (Dipotong oleh Akta A1594); “pegawai kanan eksais” ertinya— (a) Ketua Pengarah; (b) mana-mana Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967; (c) mana-mana Penolong Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah Kastam yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967; (d) mana-mana Penguasa Kanan, Penguasa, Penolong Penguasa Tinggi, Penolong Penguasa Kanan atau Penolong Penguasa Kastam yang dilantik di bawah subseksyen 3(4) Akta Kastam 1967; (e) mana-mana pegawai eksais yang diberi kuasa seorang pegawai kanan eksais di bawah subseksyen 4(2) atau (3); (f) mana-mana pegawai polis yang mempunyai kuasa seorang pegawai kanan eksais menurut seksyen 4A; “pegawai yang hak” ertinya seseorang pegawai eksais yang bertindak untuk melaksanakan kewajipan di bawah Akta ini, sama ada kewajipan itu diuntukkan kepadanya secara khas atau secara am atau 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 secara nyata atau secara fahaman; dan tiap-tiap orang, sama ada seorang pegawai eksais atau bukan, yang bertugas dengan perintah atau dengan persetujuan Ketua Pengarah (sama ada dinyatakan terdahulu atau kemudiannya) pada menjalankan apa-apa perbuatan atau kewajipan berhubung dengan sesuatu perkara yang diuntukkan yang, menurut undang-undang adalah dikehendaki atau dibenarkan supaya dijalankan oleh atau dengan seorang pegawai eksais hendaklah disifatkan sebagai pegawai yang hak yang olehnya atau dengannya perbuatan atau kewajipan itu hendak dijalankan, dan seseorang yang sedemikian disifatkan sebagai pegawai yang hak adalah mempunyai segala kuasa seorang pegawai eksais berhubung dengan perbuatan atau kewajipan itu; “pelabuhan kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “pemegang lesen” ertinya mana-mana orang yang dilesen di bawah seksyen 25 atau 35; “pemindahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “pemindahankapal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “pemunya”— (a) berkenaan dengan barang-barang, termasuklah mana-mana orang (selain seorang pegawai eksais yang bertugas atas sifat rasminya) yang adalah atau mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengilang, pemasang, penerima kiriman, ejen atau orang yang memiliki, atau yang mempunyai kepentingan berfaedah atas, atau yang mengawal, atau berkuasa melupuskan, barang-barang itu; dan (b) berkenaan dengan tanah, ertinya tuan punya berdaftar atau pemunya di sisi undang-undang atau pemegang melalui pemegangan di sisi adat bagi mana-mana tanah; Eksais 21 “penduduk” termasuklah seseorang pemegang pajakan atau penyewa atau seseorang yang memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah atau premis; “pengangkut” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “pengangkut berlesen” mempunyai erti yang diberikan oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “pengilang berlesen” ertinya mana-mana orang yang dilesen di bawah seksyen 20; “pengilangan” ertinya,— (a) mengenai likuor yang memabukkan, menyuling, membru, menapai, membotolkan likuor yang memabukkan, dan termasuklah menambah sesuatu bahan (lain daripada air) kepada sesuatu likuor yang memabukkan dan mencampur, mensebatikan dan mengubah likuor yang memabukkan dengan tujuan supaya sebatian yang dihasilkan sedemikian dijual untuk kegunaan manusia, tetapi tidak termasuk sesuatu sebatian yang dibuat atas pesanan pembeli, dan untuk kegunaannya yang segera: Dengan syarat bahawa mengenai todi, adalah juga termasuk menyadap, membotolkan dan mengetinkan todi; (b) mengenai tembakau, apa-apa proses mengubahjadikan apa-apa tembakau mentah atau daun tembakau kepada tembakau yang layak untuk dihisap, disedut atau dikunyah dan termasuklah membuat rokok daripada tembakau yang telah dikilang; (c) berhubung dengan petroleum, proses penapisan yang termasuk pemisahan, penukaran, penulenan dan pengadunan aliran penapisan atau aliran petrokimia; dan 22 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (d) mengenai hal-hal lain, mengubahjadikan dengan tangan atau dengan cara mekanikal bahan-bahan organik atau tidak organik kepada suatu keluaran baru dengan menukar saiz, bentuk, kandungan, jenis atau kualiti bahan tersebut dan termasuklah memasang bahagian-bahagian supaya menjadi suatu jentera atau keluaran lain, tetapi tidaklah termasuk pemasangan jentera atau alat kelengkapan bagi maksud pembinaan; “pengimport” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “pertukaran data elektronik” ertinya pemindahan, dari komputer ke komputer, transaksi perdagangan dan pentadbiran dengan menggunakan standard perutusan yang dipersetujui untuk menstrukturkan data yang berhubungan dengan sesuatu transaksi; “petroleum” mempunyai erti yang diberikan oleh seksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “premis berlesen” termasuklah mana-mana gudang, kawasan atau tempat yang berlesen di bawah seksyen 20, 24, 25 dan 35 Akta ini dan di bawah seksyen 65 dan 65A Akta Kastam 1967; “rokok” ertinya rokok yang dibuat daripada tembakau sama ada dengan atau tanpa apa-apa ramuan tambahan yang lain dan termasuklah apa-apa jenis pangkal dan kertas rokok; “stesen pemungutan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “surcaj” ertinya apa-apa caj yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen 15(3); “tembakau” termasuklah tembakau yang dikilang atau belum dikilang dari tiap-tiap jenis, termasuk tangkai tembakau dan lebih-lebih tembakau tetapi tidak termasuk tembakau belum diawet; Eksais 23 “tembakau belum diawet” ertinya daun tembakau mentah yang belum lagi dikenakan apa-apa proses pengeringan atau pengawetan; “tempat pendaratan yang sah di sisi undang-undang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “todi” ertinya nira kelapa atau nira palma lain yang telah ditapai; “Tribunal Rayuan Kastam” ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141B Akta Kastam 1967. (1A) Bagi maksud Akta ini, suatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar kawasan utama kastam, dan peruntukan Bahagian VII dan VIIIA dan seksyen 76 hendaklah terpakai bagi zon bebas. (1B) Bagi maksud subseksyen (1A)— (a) “zon bebas” ertinya mana-mana kawasan di dalam Malaysia yang telah diisytihar oleh Menteri sebagai suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; dan (b) “kawasan utama kastam” ertinya mana-mana bahagian Malaysia tidak termasuk zon bebas, Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor. (2) Bagi maksud Akta ini, barang-barang hendaklah disifatkan sebagai di bawah kawalan eksais selama masa barang-barang itu diletakkan atau dipegang dalam mana-mana tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain, atau dalam gudang berlesen, suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut dari mana barang-barang itu tidak boleh dipindahkan kecuali dengan kebenaran pegawai yang hak. 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 BAHAGIAN II PELANTIKAN PEGAWAI Fungsi Ketua Pengarah 3. Ketua Pengarah hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksais dan hendaklah menguasai segala perkara berhubung dengan eksais, tetapi tertakluk pada arahan dan kawalan Menteri. Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai lain hendaklah mempunyai kuasa Ketua Pengarah 4. (1) Seseorang Timbalan Ketua Pengarah, Penolong Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967, hendaklah, tertakluk pada arahan dan pengawasan am Ketua Pengarah, mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberi kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain kuasa yang diberikan oleh seksyen 18. (2) Ketua Pengarah boleh, melalui pemberian kuasa secara bertulis memberi kepada mana-mana pegawai eksais, yang bukan seorang pegawai kanan eksais, semua atau mana-mana daripada kuasa seseorang pegawai kanan eksais selama tempoh tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberian kuasa. (3) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberi kepada mana-mana pegawai eksais yang bukan seorang pegawai kanan eksais semua atau mana-mana daripada kuasa seseorang pegawai kanan eksais. Kuasa pegawai polis 4A. Bagi maksud Akta ini, semua pegawai polis yang bukan di bawah pangkat Inspektor hendaklah mempunyai dan boleh melaksanakan Eksais 25 semua kuasa yang diberi oleh Bahagian X Akta ini ke atas pegawai kanan eksais, dan semua pegawai polis di bawah pangkat Inspektor hendaklah mempunyai dan boleh melaksanakan semua kuasa yang diberi oleh Bahagian X Akta ini ke atas pegawai eksais. Kad kuasa, dsb., hendaklah dikemukakan 5. (1) Tiap-tiap pegawai eksais apabila bertindak terhadap seseorang di bawah Akta ini hendaklah, jika tidak memakai uniform, apabila dikehendaki, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu sesuatu lencana atau kad kuasa yang dia telah diarahkan supaya membawanya di bawah subseksyen 9(1) Akta Kastam 1967. (2) Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang untuk enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh seseorang pegawai eksais yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini, jika pegawai itu tidak memakai uniform dan enggan menyatakan jawatannya dan enggan mengemukakan lencana atau kad kuasanya apabila dikehendaki oleh orang itu. BAHAGIAN IIA KETETAPAN KASTAM DAN KETETAPAN UMUM Permohonan bagi ketetapan kastam 5A. (1) Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah, dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bersama dengan fi yang ditetapkan, bagi suatu ketetapan kastam berkenaan dengan mana-mana satu atau lebih perkara yang berikut: (a) penjenisan barang-barang; (b) prinsip-prinsip yang diterima pakai bagi maksud menentukan nilai sesuatu barang; atau 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (c) apa-apa perkara lain yang hendaklah ditetapkan oleh Ketua Pengarah. (2) Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat— (a) berkenaan dengan barang-barang import— (i) pada bila-bila masa sebelum barang-barang itu, yang menjadi hal perkara permohonan, diimport atau dimaksudkan untuk diimport ke Malaysia; atau (ii) pada bila-bila masa kemudiannya, jika Ketua Pengarah atas budi bicaranya membenarkan; atau (b) berkenaan dengan barang-barang yang dikilangkan— (i) pada bila-bila masa sebelum barang-barang itu, yang menjadi hal perkara permohonan, dikilangkan; atau (ii) pada bila-bila masa kemudiannya, jika Ketua Pengarah atas budi bicaranya membenarkan. (3) Seseorang pemohon boleh menarik balik permohonannya pada bila-bila masa sebelum sesuatu ketetapan kastam dibuat dan apa-apa bayaran yang dibuat yang berhubungan dengan permohonan bagi ketetapan kastam itu hendaklah dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah. Pembuatan ketetapan kastam 5B. (1) Tertakluk pada subseksyen (3), Ketua Pengarah hendaklah membuat suatu ketetapan kastam berkenaan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam permohonan yang dibuat di bawah seksyen 5A dan ketetapan itu hendaklah mengikat pemohon itu. (2) Apa-apa ketetapan kastam boleh tertakluk pada apa-apa syarat yang Ketua Pengarah sifatkannya patut dikenakan. Eksais 27 (3) Ketua Pengarah boleh menolak untuk membuat ketetapan kastam jika, pada pendapatnya— (a) maklumat yang diberikan oleh pemohon tidak mencukupi untuk berbuat demikian; (b) permohonan itu adalah bagi suatu keadaan andaian; atau (c) suatu kajian semula atau suatu rayuan di bawah Akta ini yang melibatkan hal perkara yang dirujuk dalam permohonan itu masih belum selesai. Pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan ketetapan kastam 5C. (1) Sesuatu ketetapan kastam boleh dipinda, diubah suai atau dibatalkan oleh Ketua Pengarah jika— (a) ia mengandungi suatu kesilapan yang perlu diperbetulkan; (b) ketetapan kastam itu diasaskan kepada kesilapan fakta atau undang-undang; (c) terdapat perubahan dalam undang-undang yang berhubungan dengan eksais; atau (d) terdapat perubahan dalam fakta material atau hal keadaan yang menjadi asas ketetapan itu. (2) Ketua Pengarah hendaklah, sebaik selepas membuat pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu, memberi notis secara bertulis kepada pemohon mengenai pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu dan, tertakluk pada subseksyen (3), ketetapan yang dipinda, diubah suai atau dibatalkan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam notis. (3) Walau apa pun subseksyen (2), jika sesuatu ketetapan kastam mempunyai kesan menyebabkan atau menaikkan apa-apa liabiliti duti berkenaan dengan mana-mana barang, dan— 28 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (a) barang-barang itu diimport dalam masa tiga bulan dari tarikh notis pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu diberi menurut suatu kontrak mengikat yang dibuat sebelum tarikh itu; (b) barang-barang itu telah meninggalkan tempat pengilangan atau gudang di negara yang daripadanya barang-barang itu dieksport untuk dihantar terus ke Malaysia pada tarikh notis pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan ketetapan itu diberi; atau (c) barang-barang itu diimport pada atau sebelum tarikh notis pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan itu diberi tetapi belum dilepaskan untuk penggunaan tempatan, maka ketetapan kastam yang telah dibuat sebelum pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan di bawah seksyen ini hendaklah terpakai bagi barang-barang itu. (4) Walau apa pun subseksyen (2), dan tertakluk pada seksyen 13, jika pindaan, pengubahsuaian atau pembatalan sesuatu ketetapan kastam mempunyai kesan menurunkan apa-apa liabiliti duti berkenaan dengan apa-apa barang, apa-apa cukai yang lebih tinggi yang telah dibayar hendaklah dikira seolah-olah ia telah dibayar dengan khilaf. Ketua Pengarah mengisytiharkan ketetapan sebagai batal, dsb. 5D. Ketua Pengarah hendaklah melalui notis mengisytiharkan sesuatu ketetapan kastam yang dibuat di bawah seksyen 5B sebagai batal, tidak sah dan tiada kesan jika ketetapan itu telah diperoleh oleh pemohon secara fraud, salah nyataan atau pemalsuan fakta. Penerimaan dua ketetapan kastam 5E. Jika seseorang pemohon menerima dua atau lebih ketetapan kastam yang berbeza mengenai hal perkara yang sama, ketetapan itu Eksais 29 hendaklah disifatkan sebagai batal dan tidak sah dan pemohon itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu Ketua Pengarah yang hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu, mengeluarkan suatu ketetapan kastam yang baharu. Ketetapan umum 5F. (1) Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, membuat suatu ketetapan umum bagi pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini. (2) Ketua Pengarah boleh menarik balik, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, apa-apa ketetapan umum yang dibuat di bawah seksyen ini. BAHAGIAN III MELEVI DUTI EKSAIS Kuasa Menteri untuk menetapkan kadar duti eksais 6. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan duti-duti eksais yang hendaklah dilevi dan dibayar atas— (a) apa-apa barang yang dikilang dalam Malaysia; atau (b) apa-apa barang yang diimport ke dalam Malaysia, dan boleh menetapkan cara-cara yang mengikutnya duti itu hendaklah dilevi dan dibayar. (2) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat. (3) (Dipotong oleh Akta 851). (4) (Dipotong oleh Akta 851). 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (5) (Dipotong oleh Akta 851). (6) (Dipotong oleh Akta A1594). Tiada duti eksais dilevi atas barang-barang bona fide dalam pemindahan dan pemindahankapal 6A. Bagi maksud melevi duti eksais, barang-barang bona fide dalam pemindahan, termasuk barang-barang bagi pemindahankapal, tidak boleh disifatkan sebagai diimport melainkan jika barang-barang itu adalah atau telah menjadi barang-barang menyalahi eksais. Nilai barang-barang bagi maksud duti 7. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan, bagi maksud melevi dan membayar duti eksais, nilai bagi sesuatu barang berduti. Taksiran duti 8. (1) Pegawai yang hak boleh, berkenaan dengan apa-apa barang berduti atau barang-barang menyalahi eksais— (a) menetapkan kelas barang-barang yang di dalamnya barang-barang berduti atau barang-barang menyalahi eksais itu tergolong; dan (b) menilai, menimbang, menyukat atau selainnya memeriksa atau menyebabkan supaya dinilai, ditimbang, disukat atau selainnya diperiksa barang-barang berduti atau barang-barang menyalahi eksais itu, bagi maksud menentukan amaun duti eksais yang boleh dilevi ke atasnya. Eksais 31 (2) Segala kerja yang perlu berhubung dengan menimbang, menyukat dan memeriksa barang-barang berduti hendaklah dijalankan oleh atau atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu atau ejennya: Dengan syarat bahawa pegawai yang hak itu boleh, menurut budi bicaranya, mengarahkan supaya mana-mana kerja itu dijalankan oleh orang di bawah kawalannya, dan walau bagaimanapun kerja-kerja itu hendaklah dijalankan atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu atau ejennya. (3) Apabila penilaian apa-apa barang telah dibuat oleh pegawai yang hak maka penilaian itu hendaklah dianggap sebagai betul sehingga dibuktikan sebaliknya. Pembayaran duti eksais dengan bantahan 8A. Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai yang hak di bawah subseksyen 8(1) tentang sama ada mana-mana barang tertentu termasuk atau tidak termasuk dalam suatu kelas barang yang terdapat dalam sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1) atau dengan penilaian, penimbangan, penyukatan atau pemeriksaan mana-mana barang boleh membayar duti eksais yang dilevi dengan bantahan. Ketua Pengarah hendaklah menentukan persoalan tentang penjenisan dan penilaian 8B. Jika duti eksais telah dibayar secara bantahan, pegawai yang hak hendaklah, dalam masa tiga puluh hari daripada pembayaran itu dibuat, merujukkan apa-apa persoalan mengenai penjenisan atau penilaian barang-barang kepada Ketua Pengarah untuk keputusannya. Kuasa Ketua Pengarah untuk mentaksir semula 9. Apabila Ketua Pengarah ada sebab bagi mempercayai atau mengesyaki bahawa kuantiti atau kualiti barang-barang berduti yang dibuat daripada sesuatu kuantiti atau kualiti tertentu bahan mentah atau 32 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 bahagian komponen adalah kurang kuantitinya atau rendah kualitinya daripada yang sepatutnya telah diperoleh daripadanya, Ketua Pengarah boleh mentaksir semula duti yang kena dibayar pada sesuatu kuantiti yang lebih besar atau sesuatu kualiti yang lebih tinggi sebagaimana yang difikirkannya patut. Tiap-tiap taksiran yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai betul. Kuasa Menteri untuk menetapkan caj bagi pentaksiran 10. Menteri boleh dengan perintah menetapkan caj-caj yang dikehendaki dibayar bagi kerja-kerja yang dijalankan di bawah seksyen 8 oleh pegawai eksais atau orang lain di bawah kawalan pegawai yang hak, dan boleh meremit apa-apa caj yang kena dibayar. Pengecualian duti eksais 11. (1) Menteri boleh dengan perintah mengecualikan, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana kelas barang atau orang daripada membayar kesemua atau sesuatu bahagian daripada mana-mana duti eksais atau apa-apa fi atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar. (2) Menteri boleh dalam sesuatu kes tertentu: (a) mengecualikan mana-mana orang daripada membayar kesemua atau sesuatu bahagian daripada duti eksais atau apa- apa fi atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar oleh orang itu atas apa-apa barang; atau (b) boleh mengarah dipulangkan balik kepada mana-mana orang kesemua atau sesuatu bahagian daripada duti eksais atau apa-apa fi atau caj lain yang ditetapkan yang telah dibayar oleh orang itu atas apa-apa barang, dan pada memberi pengecualian itu atau pada mengarahkan pemulangan balik itu, boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut. Eksais 33 (3) Apa-apa barang-barang yang mengenainya sesuatu pengecualian daripada membayar duti eksais telah diberi di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah disifatkan sebagai barang-barang berduti sehingga syarat-syarat, jika ada, yang tertakluk padanya pengecualian daripada duti itu diberi adalah dipenuhi, dan boleh dikenakan segala caj lain, yang bukan duti eksais, yang kepadanya barang-barang itu sepatutnya tertakluk jika sekiranya tiada sesuatu pengecualian itu telah diberi. Menteri boleh meremit duti eksais, dsb. 11A. (1) Menteri boleh, jika difikirkannya adil dan saksama untuk berbuat demikian, dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini. (2) Jika seseorang telah membayar apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini yang baginya peremitan telah diberi di bawah subseksyen (1), orang itu berhak kepada suatu pemulangan balik duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah diremitkan itu. Pengenaan semula duti 12. (1) Jika mana-mana daripada syarat-syarat yang dikenakan atas sesuatu barang yang duti eksais belum dibayar, iaitu syarat-syarat yang tertakluk padanya pengecualian daripada duti diberi di bawah seksyen 11, telah tidak dipatuhi, atau barang itu tidak lagi disimpan atau digunakan oleh orang atau bagi maksud-maksud yang melayakkan barang itu diberi pengecualian itu, maka barang itu boleh, apabila syarat-syarat itu tidak dipatuhi atau apabila barang itu tidak lagi disimpan atau digunakan sedemikian, dikenakan duti eksais dan orang yang diberi pengecualian itu dan mana-mana orang yang didapati memiliki barang itu adalah bersesama dan berasingan bertanggungan membayar duti eksais itu. (2) Jika apa-apa barang yang boleh dikenakan duti eksais di bawah subseksyen (1) dan yang atasnya duti itu belum dibayar adalah 34 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 dijumpai dalam milik atau pada premis mana-mana orang lain daripada orang yang dibenarkan memilikinya di bawah syarat pengecualian itu, maka barang itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai barang-barang berduti dalam erti Akta ini. Memulangkan balik duti atau caj lain yang terlebih bayar atau tersalah bayar 13. (1) Adalah sah bagi Ketua Pengarah memerintahkan supaya dipulangkan balik apa-apa wang yang terlebih bayar atau tersalah bayar, jika dibuktikan dengan memuaskan hatinya bahawa wang itu telah terlebih bayar atau tersalah bayar sebagai duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain atau sebagai sewa gudang atau sebagai apa-apa caj lain di bawah Akta ini: Dengan syarat bahawa— (a) tiada apa-apa pemulangan balik boleh dibenarkan melainkan jika suatu tuntutan berkenaan dengan wang yang terlebih bayar atau tersalah bayar itu dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun selepas pembayaran terlebih atau tersalah itu dibuat; atau (b) dalam hal jika duti eksais telah dibayar di bawah seksyen 8A, atau sementara menunggu keputusan suatu semakan atau rayuan di bawah seksyen 47, tiada tuntutan bagi pemulangan balik boleh dibenarkan melainkan tuntutan itu dibuat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari tarikh keputusan ke atas penjenisan, penilaian, semakan atau rayuan diberitahukan kepada pihak yang menuntut itu. (2) Suatu tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah. Eksais 35 Peremitan duti atas barang-barang yang rosak, musnah atau hilang sebelum dikeluarkan daripada kawalan eksais 14. (1) Jika apa-apa barang-barang berduti rosak, musnah atau hilang disebabkan oleh kemalangan yang tidak dapat dielakkan pada bila-bila masa sebelum dikeluarkan daripada kawalan eksais, Ketua Pengarah boleh, jika difikirkan patut olehnya, meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian duti eksais yang kena dibayar atasnya sekiranya notis secara bertulis mengenai kerosakan, kemusnahan atau kehilangan itu, disokong dengan dokumen yang mencukupi, telah diberikan pada atau sebelum masa barang-barang itu dikeluarkan. (2) Jika apa-apa barang-barang berduti rosak, musnah atau hilang disebabkan oleh kemalangan yang tidak dapat dielakkan selepas barang-barang tersebut dikeluarkan daripada kawalan eksais, tiada pengurangan duti eksais boleh dibenarkan atas barang-barang itu. Pembayaran duti, dsb., yang terkurang bayar atau yang dipulangkan balik dengan silap 15. (1) Apabila— (a) disebabkan oleh ketidaksengajaan, kecuaian, kesilapan, pakatan sulit, atau salah tafsiran di pihak mana-mana pegawai eksais, atau disebabkan oleh pernyataan silap mengenai nilai, kuantiti, kualiti atau perihalan oleh mana-mana orang, atau disebabkan oleh apa-apa sebab lain, keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini tidak dibayar; atau (b) keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, selepas dibayar, telah, disebabkan oleh apa-apa sebab, dipulangkan balik secara silap, orang yang bertanggungan untuk membayar duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau orang yang kepadanya pemulangan balik itu telah dibuat secara silap, mengikut mana-mana yang berkenaan, 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 hendaklah membayar kekurangan itu atau membayar balik lebihan amaun yang telah dibayar kepadanya, apabila tuntutan dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu kena dibayar, atau kekurangan duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah dibayar atau pemulangan balik itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain bagi mendapatkan balik amaun yang genap masa, apa-apa barang-barang kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang genap masa yang mungkin dalam kawalan eksais boleh ditahan sehingga duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain atau kekurangan itu dibayar atau pemulangan balik itu dibayar semula, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Jika apa-apa amaun kena dibayar mengikut subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh membenarkan amaun itu dibayar secara ansuran tertakluk pada apa-apa syarat yang ditetapkannya. (3) Jika terdapat keingkaran dalam pembayaran apa-apa ansuran di bawah subseksyen (2) pada tarikh genap masanya, keseluruhan baki tertunggak itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang genap masa itu, tertakluk pada surcaj yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada baki tertunggak itu dan surcaj itu boleh didapatkan balik seolah-olah surcaj itu genap masa dan kena dibayar. (4) Tiada apa-apa dalam subseksyen (2) dan (3) boleh menjejaskan pelaksanaan hak dan kuasa di bawah seksyen ini oleh Ketua Pengarah untuk menyita atau, tertakluk pada subseksyen (5), menjual apa-apa barang-barang di bawah kawalan eksais kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu bagi mendapatkan balik amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), atau apa-apa baki tertunggak. (5) Jika duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain atau kekurangan, atau pemulangan balik kena dibayar balik itu masih belum dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ketua Pengarah boleh menjual barang-barang itu selepas memberikan notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyitaan kepada pemunya Eksais 37 atau ejennya, atau jika nama dan alamat pemunya atau ejen itu tidak diketahuinya, melalui pemberitahuan dalam Warta. (6) Hasil jualan apa-apa barang-barang di bawah subseksyen (5) hendaklah digunakan bagi pembayaran duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain, atau mendapatkan balik apa-apa amaun atau caj yang mungkin genap masa berkenaan penjualan barang-barang itu, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada orang yang bertanggungan untuk membayar amaun yang genap masa di bawah subseksyen (1) dan jika orang itu tidak dijumpai dalam masa satu bulan daripada jualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Disatukan. (7) Jika semasa jualan apa-apa barang-barang itu tiada tawaran mencukupi didapati untuk menanggung duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar itu atau pemulangan balik yang dibayar secara silap, mengikut mana-mana yang berkenaan, barang-barang itu hendaklah dilucut hak kepada Kerajaan dan hendaklah dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah. (8) Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) menghalang Ketua Pengarah daripada membuat tuntutan pada bila-bila masa selepas enam tahun apabila apa-apa pembayaran duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain tidak dibayar atau kurang dibayar disebabkan oleh apa-apa bentuk fraud atau keingkaran yang dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang. (9) Jika jualan barang-barang itu dibuat secara lelong, elektronik atau selainnya, lelongan itu hendaklah dijalankan oleh atau dengan kehadiran pegawai kanan eksais. Mendapatkan duti eksais, dsb. daripada orang yang meninggalkan Malaysia 15A.
Part document.segment-2
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 2
AI-assisted research summary: The provision lets excise authorities stop a person from leaving Malaysia until excise-related amounts are paid or secured, sets rules for recovering excise debts, and regulates excise-licensed manufacture, storage, movement, refunds, and liquor licensing.
(1) Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan meninggalkan Malaysia tanpa membayar apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar olehnya, dia boleh mengeluarkan kepada Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir 38 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan suatu kesalahan dengan suatu permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar sedemikian, atau memberikan cagaran yang memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya. (2) Tertakluk pada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan buang negeri atau imigresen, Ketua Pengarah Imigresen yang menerima suatu permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk pengambilan dan penyimpanan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan permintaan itu. (3) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis mengenai pengeluaran sesuatu perakuan di bawah subseksyen (1) disampaikan ke diri atau melalui pos berdaftar di alamat yang terakhir diketahui bagi orang yang kepadanya perakuan ini berkaitan: Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang itu tidak boleh mentaksahkan apa-apa yang dibuat di bawah seksyen ini. (4) Jika orang yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan pada atau selepas tarikh perakuan itu suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa semua duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain telah dibayar, atau bahawa cagaran telah diberikan bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi kuasa yang cukup bagi membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia. (5) Tiada apa-apa prosiding undang-undang boleh dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan, sesuatu Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dibuat dengan sah di bawah seksyen ini. Eksais 39 (6) (Dipotong oleh Akta A1594). Mendapatkan balik duti eksais, dsb., sebagai hutang sivil 15B. (1) Tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain dan walau apa pun apa-apa semakan atau rayuan terhadap apa-apa keputusan Ketua Pengarah di bawah seksyen 47, apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini, boleh didapatkan balik sebagai suatu hutang sivil yang genap masa kepada Kerajaan. (2) Dalam mana-mana prosiding untuk mendapatkan balik duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah subseksyen (1), pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah— (a) yang menyatakan bahawa apa-apa duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun yang ditunjukkan dalam perakuan itu sebagai kena dibayar, dalam apa-apa taksiran atau notis yang dibuat di bawah Akta ini daripada orang yang dinamakan dalam perakuan itu; dan (b) yang memberikan alamat orang itu dan yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa notis taksiran, hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain dan amaun itu sebagaimana yang kena dibayar dalam apa-apa taksiran atau notis dan hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu. (3) Apa-apa penalti yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah, bagi maksud Akta ini dan Akta Had Masa 1953 [Akta 254], Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan Had Masa Sarawak [Swk. Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh didapatkan semula seolah-olah penalti itu adalah duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini dan dengan itu subseksyen 6(4) Akta Had Masa 1953, seksyen 3 Ordinan Had Masa Sabah atau seksyen 3 Ordinan Had Masa 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak terpakai kepada penalti itu. Kadar duti eksais 16. (1) Kadar duti eksais yang terpakai bagi apa-apa barang hendaklah— (a) dalam hal barang-barang yang dikilang di Malaysia, kadar duti eksais atau penilaian (jika ada) yang berkuat kuasa pada hari barang-barang itu dipindahkan dari tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain, atau dari gudang berlesen, atau suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah tempat barang-barang itu disimpan atau dari mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais; (b) dalam hal barang-barang yang diimport dengan sah— (i) jika barang-barang itu (selain petroleum di dalam suatu gudang berlesen) digudangkan, atau jika duti eksais dibayar di stesen pemungutan, kadar yang berkuat kuasa pada hari pemindahan barang-barang itu dibenarkan oleh pegawai yang hak atau, dalam hal stesen pemungutan, oleh seorang pegawai yang dilantik di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Singapura berhubung dengan pemungutan duti eksais yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia; (ii) jika barang-barang itu terdiri daripada pertoleum yang berada di dalam gudang berlesen, kadar yang berkuat kuasa pada hari petroleum itu dipindahkan dari gudang itu; (iii) jika barang-barang itu diimport melalui pos, kadar yang berkuat kuasa pada hari duti ditaksir oleh pegawai yang hak; dan Eksais 41 (iv) dalam apa-apa hal lain, kadar yang berkuat kuasa pada hari barang-barang itu dilepaskan oleh pegawai yang hak; dan (c) dalam hal barang-barang menyalahi eksais, kadar yang berkuat kuasa pada hari barang-barang itu menjadi barang-barang menyalahi eksais, jika diketahui, atau kadar yang berkuat kuasa pada hari penyitaan, mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi. (2) (Dipotong oleh Akta A1670). Pengenaan atau penghapusan duti eksais 17. Apabila menurut kuasa sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1) sesuatu duti eksais ditetapkan atas apa-apa barang-barang yang dahulunya tidak dikenakan duti atau sesuatu duti eksais atas barang-barang dihapuskan, maka pengenaan atau penghapusan duti itu hendaklah disifatkan sebagai telah berkuat kuasa pada masa barang-barang itu dipindahkan dari tempat pengilangan itu atau kawalan eksais. Persoalan berkenaan dengan barang-barang yang disifatkan sebagai berduti 18. Jika timbul sesuatu persoalan sama ada apa-apa barang-barang tertentu adalah termasuk atau tidak termasuk dalam suatu kelas barang-barang yang terdapat dalam sesuatu perintah di bawah subseksyen 6(1), maka persoalan itu hendaklah diputuskan oleh Ketua Pengarah. Perakuan oleh Ketua Pengarah boleh diterima sebagai keterangan 18A. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau rukun keterangan yang berlawanan, jika dalam apa-apa prosiding suatu dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 berkenaan dengan suatu keputusan yang dibuat olehnya di bawah seksyen 5B, 8B atau 18 dikemukakan, dokumen itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan hendaklah diterima sebagai keterangan yang mencukupi bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya dan Ketua Pengarah tidak boleh dikehendaki supaya memberikan keterangan berkenaan dengan keputusan itu melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya. Pulangan cukai 19. (1) Jika apa-apa barang dieksport oleh pengilang sebagai suatu bahagian daripada atau ramuan bagi apa-apa barang yang dikilang dalam Malaysia atau sebagai pembungkus, atau suatu bahagian daripada atau ramuan bagi pembungkus, barang-barang terkilang itu, maka, jika duti eksais atas bahagian atau ramuan barang-barang terkilang itu atau atas pembungkus atau bahagian atau ramuan barang-barang terkilang itu atau atas pembungkus atau bahagian atau ramuan pembungkus berkenaan telah dibayar, Ketua Pengarah boleh, apabila barang-barang itu dieksport sedemikian, membenarkan pulangan cukai penuh kepada pengilang bagi duti eksais yang telah dibayar sedemikian, jika— (a) barang-barang siap itu telah dikilang di premis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah; (b) apa-apa buku dan akaun disimpan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi maksud memastikan kuantiti barang-barang yang digunakan dalam pengilangan itu atau bagi atau dalam pembungkusan barang-barang terkilang itu; (c) barang-barang itu dieksport sedemikian dalam masa dua belas bulan dari tarikh duti eksais telah dibayar atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah; (d) notis bertulis telah diberikan pada borang akaun eksport bahawa tuntutan bagi pulangan cukai itu akan dibuat, dan Eksais 43 tuntutan sedemikian dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah telah dibuat dan dibuktikan hingga memuaskan hati pegawai kanan eksais dalam masa enam bulan dari tarikh pengeksportan itu atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah; dan (e) pulangan cukai yang dituntut berkenaan dengan mana-mana satu konsainan barang-barang yang dieksport tidaklah kurang daripada dua ratus ringgit. (2) Dalam seksyen ini, ungkapan “pengilang” termasuklah mana-mana orang yang kepadanya barang-barang terkilang itu telah dijual atau dilupuskan selainnya. Pulangan cukai ke atas barang-barang import 19A. (1) Apabila apa-apa barang import, selain barang-barang yang terlibat di bawah seksyen 19E yang atasnya duti eksais telah dibayar, dieksport semula, Ketua Pengarah boleh membenarkan sembilan per sepuluh daripada duti yang dikira mengikut subseksyen (2) dibayar semula sebagai pulangan cukai jika— (a) barang-barang itu dikenal pasti dengan memuaskan hati seorang pegawai kanan kastam di pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam di mana barang-barang itu dikapalkan atau dimuatkan bagi eksport semula, atau di tempat eksport semula; (b) pulangan cukai yang dituntut berkenaan dengan mana-mana satu konsainan barang-barang yang dieksport semula tidaklah kurang daripada dua ratus ringgit; (c) barang-barang itu dieksport semula dalam masa tiga bulan dari tarikh duti eksais dibayar; (d) bayaran pulangan cukai ke atas barang-barang sesuatu kelas yang ke dalamnya barang-barang yang akan dieksport 44 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 semula itu tergolong tidak dilarang oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (e) notis bertulis telah diberikan kepada seorang pegawai kanan eksais pada atau sebelum masa eksport semula bahawa suatu tuntutan untuk pulangan cukai akan dibuat, dan tuntutan itu dibuat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan dibuktikan dengan memuaskan hati seseorang pegawai kanan eksais dalam masa tiga bulan dari tarikh eksport semula; dan (f) barang-barang itu tidak digunakan selepas pengimportan. (2) Amaun pulangan cukai yang dibenarkan hendaklah dikira pada kadar duti eksais yang dilevi pada masa import. Akuan oleh pihak yang menuntut 19B. Tiap-tiap orang yang menuntut pulangan cukai atas apa-apa barang yang dieksport semula hendaklah, sendiri atau melalui ejennya, membuat suatu akuan kepada seorang pegawai kanan eksais dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, bahawa barang-barang itu telah sebenarnya dieksport semula dan tidak didaratkan semula atau diturunkan dari kereta api dan tidak dimaksudkan untuk didaratkan semula atau diturunkan dari kereta api di mana-mana pelabuhan kastam, lapangan terbang kastam atau tempat dalam Malaysia atau dalam mana-mana pelabuhan di Malaysia. Takrif “eksport semula” dalam seksyen 19A dan 19B 19C. Bagi maksud seksyen 19A dan 19B, ungkapan “eksport semula” termasuklah pergerakan barang-barang ke suatu gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 65A Akta Kastam 1967 dan ke suatu kedai bebas cukai yang dilesenkan di bawah seksyen 65D Akta Kastam 1967. 19D. (Dipotong oleh Akta A1594). Eksais 45 Pemulangan balik kepada pelawat dan pemunya sampel 19E. Apabila apa-apa barang persendirian atau barang lain yang telah diimport oleh pelawat ke Malaysia untuk kegunaan mereka sendiri, atau sampel yang diimport oleh pengembara dagangan, atau sampel dagangan atau apa-apa barang lain yang ditetapkan, yang ke atasnya duti eksais telah dibayar dieksport semula dalam masa tiga bulan dari tarikh pengimportan atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, sama ada secara am atau dalam mana-mana hal tertentu, Ketua Pengarah boleh membenarkan pulangan cukai duti eksais itu. Pelepasan duti ke atas barang-barang import untuk sementara 19F. Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa barang-barang diimport hanya untuk sementara dengan tujuan untuk pengeksportan semula kemudiannya, dia boleh membenarkan barang-barang itu diserahkan ketika pengimportan tanpa pembayaran duti tertakluk pada pembayaran suatu deposit yang bersamaan dengan tidak kurang daripada amaun duti yang kena dibayar jika barang-barang itu diimport bagi kegunaan tempatan atau cagaran diberikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayaran duti itu, dan deposit itu hendaklah dipulangkan balik atau cagaran itu dilepaskan jika barang-barang itu dieksport semula dalam masa tiga bulan daripada tarikh pengimportan atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah. Mengimbangi pulangan cukai atau pemulangan balik terhadap amaun terhutang 19G. Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, keseluruhan atau sebahagian— (a) apa-apa amaun duti eksais, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain di bawah Akta ini; (b) apa-apa amaun duti kastam, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain di bawah Akta Kastam 1967; 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (c) apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah *Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64]; (d) apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah **Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151]; (e) apa-apa amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah ***Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762]; (f) apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806]; atau (g) apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807], Ketua Pengarah boleh mengimbangkan apa-apa amaun atau mana-mana bahagian amaun pulangan cukai atau pemulangan balik yang genap masa kepada orang itu terhadap amaun yang tidak dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (e), (f) atau (g), dan Ketua Pengarah hendaklah mengira amaun yang diimbangkan sebagai *CATATAN—Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2015-lihat subseksyen 178(1) Akta 762. **CATATAN—Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2015-lihat subseksyen 181(1) Akta 762. ***CATATAN— Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 [Akta 805] yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2018-lihat P.U.(B) 510/2018. Eksais 47 pembayaran atau sebahagian daripada pembayaran yang diterima daripada orang itu. BAHAGIAN IV PENGILANGAN BARANG-BARANG BERDUTI Lesen untuk menyuling, menapai atau selainnya mengilang barang-barang berduti 20. (1) Tertakluk pada Bahagian ini, tiada seseorang boleh menyuling, menapai atau selainnya mengilang apa-apa barang-barang berduti, atau mengilang apa-apa tembakau atau likuor yang memabukkan kecuali di bawah dan mengikut peruntukan-peruntukan sesuatu lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, dan di tempat suling, bruari, atau lain-lain tempat pengilangan yang dinyatakan dalam lesen itu. (2) Menteri boleh dengan perintah mengecualikan, tertakluk pada syarat-syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana kelas orang daripada subseksyen (1). (3) Sesuatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah dikeluarkan menurut budi bicara Ketua Pengarah dan hendaklah dikeluarkan apabila dibayar apa-apa bayaran, dan tertakluk pada apa-apa syarat yang ditetapkan olehnya bagi tiap-tiap satu kes dan kepada apa-apa syarat tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dicatatkan pada lesen itu. (4) Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang yang diberi suatu lesen di bawah seksyen ini supaya memberi apa-apa sekuriti yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah bagi pematuhan yang sewajarnya oleh orang itu akan Akta ini dan pada amnya bagi perlindungan hasil eksais; dan sementara menanti sekuriti itu diberi Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan sesuatu lesen. 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (5) Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh dipindah milik, digantung atau dibatalkan pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah. (6) Apabila sesuatu lesen digantung atau dibatalkan maka pengilang berlesen itu tidaklah berhak mendapat pulangan balik apa-apa bayaran lesen yang telah dibayar. (7) Seseorang pengilang berlesen boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah— (a) bagi memindah milik lesennya kepada seseorang lain; dan dalam hal yang demikian orang lain itu hendaklah turut serta dalam permohonan itu; (b) bagi memindahkan kilang penapisnya atau tempat pengilangannya ke mana-mana tempat lain, dan Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya, enggan meluluskan sesuatu permohonan itu; dan jika Ketua Pengarah telah meluluskan sesuatu permohonan itu maka ia hendaklah, apabila diserahkan balik lesen yang sedia ada itu dan apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, jika ada, membuat catatan yang perlu padanya atau mengeluarkan suatu lesen baru sebagaimana yang difikirkannya sesuai. (8) Sesuatu lesen untuk menyuling, menapai ataupun mengilang barang-barang berduti, hendaklah disifatkan sebagai termasuk sesuatu lesen bagi menggudangkan barang-barang berduti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25(1). (9) Sesuatu peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 85 bagi mengatur kawalan gudang-gudang berlesen hendaklah dipakai bagi gudang-gudang yang disifatkan sebagai berlesen sedemikian di bawah subseksyen (8), setakat mana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah. Eksais 49 Tiada seorang pun kecuali pengilang berlesen boleh menyimpan alat penyulingan, dsb. 21. (1) Tertakluk pada subseksyen (4) dan kepada subseksyen 20(2), tiada seorang pun selain pengilang berlesen di bawah subseksyen 20(1) atau seseorang yang dikecualikan di bawah seksyen 22 boleh dengan diketahuinya menyimpan atau memiliki apa-apa alat penyulingan, kelengkapan atau perkakas lain untuk menyuling, menapai atau mengilang barang-barang berduti, atau apa-apa mesin kendalian kuasa bagi mengilang tembakau atau apa-apa bahagian atau alat tambah mesin itu. (2) Tiada seorang pun selain seorang pengilang berlesen dalam produk tembakau atau seseorang yang dikecualikan di bawah subseksyen 20(2) boleh dengan diketahuinya menyimpan atau memiliki apa-apa mesin kendalian tangan untuk mengilang tembakau atau apa-apa bahagian atau alat tambah mesin itu. (3) Pemunya atau penduduk mana-mana tanah atau premis di mana didapati ada apa-apa alat penyulingan, kelengkapan atau lain-lain perkakas untuk menyuling atau menapai atau pun mengilang apa-apa barang-barang berduti atau apa-apa mesin kendalian kuasa atau kendalian tangan untuk pengilangan tembakau hendaklah tiap-tiap seorang disifatkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai dengan diketahuinya menyimpan atau memiliki alat penyulingan, kelengkapan atau perkakas lain atau mesin kendalian kuasa atau mesin kendalian tangan untuk pengilangan tembakau, mengikut mana yang berkenaan. (4) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh dipakai bagi sesuatu alat penyulingan, kelengkapan atau perkakas lain untuk menyuling, menapai atau pun mengilang barang-barang berduti, atau bagi apa-apa mesin kendalian kuasa untuk mengilang tembakau, atau bagi sesuatu bahagian atau alat tambah mesin itu— (a) yang dipegang sebagai barang niaga oleh seseorang peniaga bona fide perkakas atau jentera itu; (b) yang dengan kelulusan Ketua Pengarah, berada dalam milik seseorang yang membina suatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain barang-barang berduti, atau yang 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 berada dalam milik mana-mana orang yang menduduki sesuatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain yang berkenaan dengannya sesuatu lesen di bawah subseksyen 20(1) telah dahulunya berkuat kuasa dan telah dengan kelulusan Ketua Pengarah diserahkan balik, digantung atau tidak diperbaharui oleh sebab terhentinya kendalian yang baginya tempat pengilangan itu telah dilesen. Pengecualian 22. (1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dipakai bagi sesuatu penyulingan barang-barang berduti oleh— (a) seseorang pengamal perubatan berdaftar; (b) seseorang ahli farmasi berdaftar; atau (c) seseorang ahli kimia yang berkelayakan dengan kelulusan Ketua Pengarah, jika penyulingan itu dibuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah sebagai untuk maksud perubatan yang sebenarnya atau sains yang sebenarnya. (2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dipakai bagi mana-mana bumiputera— (a) yang dengan diketahuinya menyimpan atau memiliki apa-apa kelengkapan, lain daripada suatu alat penyulingan, bagi mengilang; atau (b) yang mengilang, lain daripada dengan penyulingan, apa-apa likuor bumiputera bagi kegunaannya sendiri. Eksais 51 Pemindahan barang-barang berduti dari premis berlesen 23. (1) Tiada apa-apa barang-barang berduti boleh dipindahkan dari— (a) sesuatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain yang dinyatakan dalam sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 20; (b) (Dipotong oleh Akta A1594); (c) sesuatu gudang berlesen; atau (d) mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais, kecuali mengikut sesuatu permit dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, yang diluluskan oleh pegawai yang hak atau mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 85. (2) Jika didapati pada bila-bila masa bahawa dalam sesuatu tempat atau gudang yang tersebut dalam subseksyen (1) ada sesuatu kekurangan pada mana-mana lot, kiriman atau bungkusan barang-barang berduti yang sepatutnya didapati berada dalam tempat atau gudang itu, pemegang lesen bagi tempat atau gudang itu hendaklah, jika tidak ada bukti sebaliknya, dianggap sebagai telah memindahkan barang-barang itu secara menyalahi undang-undang dan boleh, tanpa menyentuh apa-apa prosiding di bawah Akta ini, dikenakan membayar dengan serta-merta kepada pegawai yang hak duti yang boleh dilevi atas barang-barang yang didapati kurang itu: Dengan syarat bahawa jika dibuktikan kepada Ketua Pengarah dengan memuaskan hatinya bahawa kekurangan itu telah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan, atau oleh sejatan, Ketua Pengarah boleh meremit kesemua atau sesuatu bahagian daripada duti yang boleh dilevi atas barang-barang yang didapati kurang itu. 52 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Penyelesai syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan duti 23A. (1) Jika suatu ketetapan yang berkesan diluluskan atau suatu perintah dibuat bagi penggulungan sesuatu syarikat yang kepadanya suatu lesen di bawah Akta ini dikeluarkan atau pengimport, maka penyelesai syarikat itu hendaklah memberikan notis mengenainya kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu diluluskan atau perintah itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan mana-mana aset syarikat itu mengetepikan sekian jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah cukup untuk membayar apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang akan selepas itu menjadi kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu, dan hendaklah membayar duti eksais itu. (2) Penyelesai bagi mana-mana syarikat sedemikian yang gagal memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal mengadakan peruntukan bagi pembayaran duti eksais sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri atas apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu. (2A) Mana-mana penyelesai yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2B) melakukan suatu kesalahan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (2B) Seseorang penyelesai hendaklah mengemukakan semua dokumen, buku dan rekod yang berkaitan yang ada dalam milikannya kepada pegawai yang hak bagi maksud pengiraan semua duti kena dibayar di bawah Akta ini. (3) Jika dua orang atau lebih dilantik menjadi penyelesai atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan mana-mana syarikat itu, maka obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada penyelesai di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada Eksais 53 semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada hak sumbangan sesama mereka seperti dalam hal kontrak. Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah 23B. (1) Jika seorang penerima dilantik bagi harta syarikat yang kepadanya suatu lesen di bawah Akta ini dikeluarkan atau pengimport, maka penerima itu hendaklah memberikan notis mengenainya kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas pelantikan itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan mana-mana aset syarikat itu mengetepikan sekian jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah cukup untuk membayar apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang akan selepas itu menjadi kena dibayar berkenaan dengan barang-barang berduti yang telah dijual oleh syarikat itu sebelum perlantikan penerima itu, dan hendaklah membayar duti eksais itu. (2) Seseorang yang dilantik sebagai penerima yang gagal memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal mengadakan peruntukan bagi pembayaran duti eksais sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri atas apa-apa duti eksais yang kena dibayar atau yang menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu. (2A) Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (1A) adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (2B) Seseorang penerima hendaklah mengemukakan semua dokumen, buku dan rekod yang berkaitan yang ada dalam milikannya kepada pegawai yang hak bagi maksud mengira semua duti kena dibayar di bawah Akta ini. (3) Jika dua orang atau lebih dilantik menjadi penerima, maka obligasi dan liabiliti yang dikenakan kepada penerima di bawah 54 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada hak sumbangan sesama mereka seperti dalam hal kontrak. BAHAGIAN V PENYIMPANAN BARANG-BARANG BERDUTI 24. (Dipotong oleh Akta A1594). Lesen gudang 25. (1) Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya dan apabila dibayar apa-apa bayaran yang ditetapkan olehnya dalam tiap-tiap satu kes, memberi kepada mana-mana orang suatu lesen bagi penggudangan barang-barang yang boleh dikenakan duti dalam tempat atau tempat-tempat yang dinyatakan dalam lesen itu dan boleh memindah milik, menggantung atau membatalkan lesen itu. (2) Sesuatu lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam tiap-tiap satu kes dalam lesen itu. Menyimpan dan memiliki barang-barang berduti 26. Tiada seorang pun tanpa kebenaran yang sah boleh menyimpan atau ada dalam milik atau kawalannya apa-apa barang-barang berduti, selain tembakau, kecuali dalam suatu tempat sulingan, bruari atau tempat-tempat lain pengilangan yang dinyatakan dalam sesuatu lesen di bawah seksyen 20, atau dalam sesuatu gudang berlesen, atau suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau di mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais. Eksais 55 Meletak dan memindahkan barang-barang berduti 27. Tiada apa-apa barang-barang berduti pun boleh diletakkan dalam atau dipindahkan daripada sesuatu gudang berlesen kecuali mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 85. Mendeposit barang-barang ke dalam gudang 27A. (1) Apabila tiba atau didaratkan, apa-apa barang-barang yang diimport hendaklah didepositkan di dalam suatu gudang berlesen selain gudang berlesen di bawah seksyen 25 atau di dalam suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah melainkan jika— (a) duti eksais yang kena dibayar, jika ada, telah dibayar; (b) barang-barang itu telah diluluskan bagi pergerakan dalam pemindahan dan pembayaran duti eksais digantung; (c) barang-barang itu telah diluluskan bagi pemindahankapal dan barang-barang itu untuk dimuatkan dengan segera ke vesel lain; (d) barang-barang itu diimport melalui pos; (e) barang-barang itu diimport melalui jalan raya atau melalui laut yang tiada gudang berlesen atau gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di tempat import itu; atau (f) barang-barang itu adalah barang persendirian dibawa oleh penumpang dalam apa-apa bagasi. (2) Jika difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah bagi maksud kepentingan awam supaya barang-barang itu digudangkan, Ketua Pengarah boleh menghendaki barang-barang itu didepositkan di dalam suatu gudang berlesen selain suatu gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 25 atau di dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (3) Barang-barang yang didepositkan di bawah subseksyen (2) hendaklah— (a) didepositkan atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu; (b) disifatkan sebagai di bawah kawalan kastam; dan (c) tidak dikeluarkan kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak. (4) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi barang-barang yang memasuki kawasan utama kastam melalui jalan raya, laut atau udara dari suatu zon bebas. (5) Walau apa pun subseksyen (4), barang-barang yang disebut dalam subseksyen (4) tidak boleh dilepaskan daripada kawalan kastam melainkan jika— (a) duti eksais yang kena dibayar, jika ada, telah dibayar; atau (b) barang-barang itu telah diluluskan bagi pergerakan dalam pemindahan dan pembayaran duti eksais digantung. Mendeposit barang-barang dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah 27AB. (1) Ketua Pengarah boleh meluluskan apa-apa gudang, yang bukan suatu gudang berlesen, atau mana-mana tempat lain untuk dideposit dengan barang-barang berduti, dan kelulusan yang diberi itu boleh ditarik balik, digantung atau dibatal. (2) Apa-apa kelulusan itu hendaklah bagi tempoh dan tertakluk pada apa-apa syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam setiap kes bagi kelulusan itu. Eksais 57 Kuasa untuk membuka dan memeriksa bungkusan 27B. Seseorang pegawai kanan eksais boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya mana-mana barang atau bungkusan yang diserah simpan di mana-mana gudang berlesen dibuka, ditimbang atau selainnya diperiksa, dan selepas barang-barang atau bungkusan itu telah dibuka atau diperiksa sedemikian, boleh menyebabkan supaya barang-barang atau bungkusan itu dilak atau ditanda mengikut cara yang difikirkannya patut. Penahanan barang-barang jika terdapat keraguan 27C. (1) Pegawai yang hak boleh menahan dalam suatu gudang berlesen atau mana-mana tempat lain yang disifatkan sebagai berada di bawah kawalan eksais apa-apa barang jika dia ragu-ragu sama ada barang-barang itu berduti atau tidak atau kerana apa-apa sebab lain. (2) Dalam tiap-tiap hal sedemikian pegawai yang hak itu hendaklah dengan serta-merta membuat suatu laporan kepada seorang pegawai kanan eksais yang hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak wajar, memutuskan sama ada barang-barang itu berduti atau tidak. (3) Jika mana-mana barang itu didapati tidak berduti, tiada sewa gudang, caj pengendalian atau caj-caj lain kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu. Pengeluaran barang-barang berduti daripada kawalan eksais 28. Tiada apa-apa jua barang-barang berduti boleh digunakan dalam, atau dipindahkan dari, sesuatu tempat yang berlesen di bawah seksyen 20 atau dari suatu gudang berlesen atau suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau kawalan eksais kecuali— (a) apabila dibayar duti atasnya atau, jika perintah di bawah seksyen 6 berhubung dengan duti itu membenarkan, apabila diberi sekuriti sebagaimana yang diperuntukkan oleh perintah itu bagi pembayaran duti itu; 58 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (b) jika barang-barang itu di dalam sesuatu gudang berlesen, suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais, di bawah apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah— (i) adalah untuk dipindahkan ke gudang berlesen lain, suatu gudang atau mana-mana tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais; atau (ii) adalah untuk pengilangan di tempat lain yang dilesenkan di bawah seksyen 20; atau (c) (Dipotong oleh Akta A781); (d) untuk dieksport ke suatu tempat di luar Malaysia dan digunakan di situ. Pembayaran dius bagi barang-barang dalam gudang eksais awam 29. (1) Pemunya apa-apa barang-barang yang diletakkan dalam sesuatu gudang eksais awam atau ejennya hendaklah apabila diminta membayar kepada pegawai yang hak, mengikut kadar yang ditetapkan, dius gudang yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu. (2) Jika sesuatu sewa gudang berkenaan dengan apa-apa barang-barang tidak dibayar dengan sewajarnya mengikut cara yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), seseorang pegawai kanan eksais boleh, selepas memberi tidak kurang daripada empat belas hari notis secara bertulis kepada pemunya (jika nama dan alamat pemunya itu diketahuinya), atau selepas notis yang wajar dalam Warta (jika nama dan alamat pemunya itu tidak diketahuinya), menjual barang-barang itu: Dengan syarat bahawa barang-barang mudah rosak yang diletakkan dalam sesuatu gudang eksais hendaklah dipindahkan dengan Eksais 59 serta-merta, dan jika tidak dipindahkan sedemikian seseorang pegawai kanan eksais boleh menjual barang-barang itu. (3) Hasil jualan apa-apa barang-barang itu hendaklah digunakan untuk membayar apa-apa duti eksais, sewa gudang dan caj lain dan tambang kereta api yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu atau berkenaan dengan mana-mana barang-barang lain yang diletakkan oleh pemunya barang-barang itu, dan lebihannya itu, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya barang-barang itu dan jika pemunya itu tidak dapat dijumpai dalam tempoh satu bulan dari tarikh jualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi Persekutuan. BAHAGIAN VI PETROLEUM DAN KELUARAN PETROLEUM Cara pembayaran duti eksais 30. Walau apa pun peruntukan seksyen 28 petroleum dan keluaran petroleum berduti boleh dipindahkan daripada tempat pengilangannya yang berlesen di bawah seksyen 20 atau daripada mana-mana gudang berlesen dalam mana ia disimpan— (a) apabila pengilang, pengilang berlesen atau ejennya yang diberi kuasa dengan sewajarnya menandatangani suatu aku janji dalam borang yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah untuk membayar duti dengan sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 6(1); (b) apabila pengilang, pengilang berlesen atau ejennya yang diberi kuasa dengan sewajarnya mengadakan sekuriti sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 6(1). 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 BAHAGIAN VII PELESENAN Melantik Lembaga Pelesenan 31. (1) Menteri boleh menubuhkan Lembaga Pelesenan untuk kawasan dalam Malaysia yang difikirkannya patut. (2) Setiap Lembaga Pelesenan hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Naib Pengerusi dan tidak kurang daripada dua orang atau tidak lebih daripada lima orang ahli lain, kesemua mereka itu hendaklah dilantik oleh Menteri: Dengan syarat bahawa, kecuali Pengerusi, tiada seseorang pegawai awam yang atas sifat rasminya ada apa-apa urusan atau adalah dengan apa-apa cara jua kena-mengena dengan jualan atau pembelian likuor yang memabukkan atau dengan premis dalam mana jualan atau pembelian itu dijalankan atau mungkin dijalankan boleh dilantik ke sesuatu Lembaga. (3) Tertakluk pada seksyen ini, tiap-tiap seorang ahli Lembaga Pelesenan hendaklah memegang jawatan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam pelantikannya itu, melainkan jika ia telah meletakkan jawatannya terlebih dahulu. (4) Seseorang ahli Lembaga Pelesenan boleh dilantik semula apabila tamat tempoh pelantikannya. (5) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana ahli Lembaga Pelesenan, jika difikirkannya mustahak berbuat demikian, tanpa memberi apa-apa sebab baginya. Jualan runcit hendaklah dilesen 32. (1) Tiada seorang pun boleh menjual secara runcit, atau menawarkan jualan secara runcit, apa-apa likuor yang memabukkan Eksais 61 sama ada untuk digunakan pada atau di luar premis penjual, kecuali di bawah dan mengikut sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini dan dalam sesuatu tempat yang dinyatakan dalam lesen itu: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh dipakai— (a) bagi jualan secara runcit bir atau todi dalam botol-botol yang belum berbuka dan yang meterai dan kapsulnya yang sewajar masih utuh atau dalam tin yang belum berbuka; atau (b) berkenaan dengan Sabah, bagi seseorang bumiputera yang menjual secara runcit atau menawarkan jualan secara runcit apa-apa likuor bumiputera yang bukan suatu likuor sulingan; atau (c) bagi jualan secara runcit likuor yang memabukkan di kedai-kedai bebas duti yang dilesenkan di bawah seksyen 65D Akta Kastam 1967. (2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 33(2) penyerahan likuor yang memabukkan dalam kuantiti-kuantiti yang kurang daripada dua puluh tujuh liter dalam mana-mana satu hari hendaklah dikira dalam sesuatu prosiding di bawah Akta ini sebagai keterangan prima facie mengenai jualan secara runcit dan bahawa wang atau balasan lain telah diberi untuk likuor itu. (3) Menteri boleh dalam sesuatu kes yang layak dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan dengan perintah membenarkan seseorang menjual secara runcit apa-apa likuor yang memabukkan. (4) Jualan atau tawaran untuk jualan secara runcit apa-apa likuor yang memabukkan di bawah dan mengikut sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) tidaklah menjadi suatu kesalahan terhadap subseksyen (1). 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Jualan secara borong hendaklah dilesen 33. (1) Tiada seorang pun boleh menjual secara borong, atau menawarkan jualan secara borong, apa-apa likuor yang memabukkan, kecuali di bawah dan mengikut suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini: Dengan syarat bahawa seseorang yang berlesen di bawah seksyen 20 untuk menyuling, menapai atau pun mengilang likuor yang memabukkan boleh menjual likuor yang memabukkan secara borong tanpa suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini— (a) di premis di mana likuor itu dikilang; atau (b) jika likuor itu dibekalkan kepada seseorang pembeli terus daripada premis tersebut. (2) Penyerahan likuor yang memabukkan dalam sesuatu kuantiti kepada seseorang yang berlesen atau dibenarkan menjual likuor secara runcit atau borong, dan penyerahan likuor yang memabukkan kepada mana-mana orang lain dalam kuantiti dua puluh tujuh liter atau lebih pada mana-mana satu hari, hendaklah dikira dalam sesuatu prosiding di bawah Akta ini sebagai keterangan prima facie mengenai jualan secara borong dan bahawa wang atau balasan lain telah diberi untuk likuor itu. (3) Menteri boleh dalam sesuatu kes yang layak dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan dengan perintah membenarkan seseorang menjual secara borong apa-apa likuor yang memabukkan. (4) Jualan atau tawaran untuk jualan secara borong apa-apa likuor yang memabukkan di bawah dan mengikut sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3) tidaklah menjadi suatu kesalahan terhadap subseksyen (1). Eksais 63 Menyimpan likuor yang memabukkan dan yang duti telah dibayar atasnya 34. (1) Tiada seseorang yang berlesen untuk menjual likuor yang memabukkan secara runcit atau secara borong boleh menyimpan likuor itu, yang duti telah dibayar atasnya, di tempat-tempat lain daripada dalam premis yang dinyatakan dalam lesennya: Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi likuor yang memabukkan yang bona fide dan sebenarnya dalam perjalanan, atau yang disimpan semata-mata untuk kegunaan persendirian. (2) Tiada seorang pun selain seseorang yang memegang sesuatu lesen di bawah Bahagian ini boleh memiliki apa-apa likuor yang memabukkan kecuali likuor yang telah dibeli atau diperolehnya bona fide untuk kegunaan persendiriannya dan bukan untuk jualan. (3) Seksyen in tidak boleh dipakai bagi seseorang yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 32(3) atau subseksyen 33(3). Jenis lesen 35. (1) Lembaga Pelesenan bagi sesuatu kawasan adalah mempunyai kuasa menurut budi bicaranya untuk mengeluarkan atau memindah milik lesen dalam kawasan itu seperti berikut: (a) lesen rumah awam—untuk jualan secara runcit likuor yang memabukkan, tidak termasuk todi, untuk digunakan pada premis atau di tempat di mana likuor itu dijual; (b) lesen rumah bir—untuk jualan secara runcit bir untuk digunakan pada premis atau di tempat di mana bir itu dijual: dengan syarat bahawa pemegang lesen rumah awam adalah dikecualikan daripada memiliki lesen rumah bir; (c) lesen kedai runcit—untuk jualan secara runcit likuor yang memabukkan, tidak termasuk todi, untuk digunakan 64 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 di tempat lain daripada pada premis atau di tempat di mana likuor itu dijual; (d) lesen peniaga borong—untuk jualan secara borong likuor yang memabukkan, tidak termasuk todi. (2) Lembaga Pelesenan boleh, menurut budi bicaranya, mengenakan terhadap pengeluaran atau pemindah milikan sesuatu lesen di bawah seksyen ini apa-apa sekatan atau syarat yang difikirkannya patut dikenakan, iaitu yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, dan sekatan dan syarat itu hendaklah dicatatkan dalam lesen itu. (3) Lembaga Pelesenan boleh, menurut budi bicaranya, enggan mengeluarkan atau memindah milik sesuatu lesen di bawah Bahagian ini, dan menggantung atau membatalkan lesen itu pada bila-bila masa; dan Lembaga Pelesenan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sebab bagi sesuatu keputusan enggan mengeluarkan atau memindah milik atau menggantung atau membatalkan sesuatu lesen. (4) Pemegang lesen di bawah Bahagian ini tidaklah berhak mendapat apa-apa pampasan kerana penggantungan atau pembatalan lesennya di bawah subseksyen (3), atau pulangan balik apa-apa bayaran yang dibayar berhubung dengan lesen itu. (5) Jika sekiranya mana-mana orang yang berlesen di bawah Bahagian ini mati, kecelaruan mental, sakit atau bankrap, Lembaga Pelesenan boleh dengan catatan dalam lesen itu, membenarkan seseorang lain menjalankan hak yang diberi oleh lesen itu sehingga tamat tempoh selama mana lesen itu telah diberi pada mulanya, atau sesuatu tempoh yang lebih singkat, tertakluk pada segala syarat yang dikenakan pada mulanya atas lesen itu dan kepada apa-apa syarat tambahan yang difikirkan oleh Lembaga Pelesenan patut dikenakan. (6) Lembaga Pelesenan boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki sebagai suatu syarat bagi mengeluarkan sesuatu lesen Eksais 65 bahawa pemohon hendaklah membuat ikat janji dengan mengadakan penjamin dalam borang yang ditetapkan. (7) Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga Pelesenan boleh dalam masa tiga puluh hari selepas ia diberitahu keputusan itu merayu terhadapnya kepada Menteri, dan keputusan Menteri adalah muktamad. Pemegang lesen hendaklah menyimpan akaun, dsb. 36. Tiap-tiap orang yang berlesen di bawah Bahagian ini hendaklah— (a) mempamerkan lesennya pada setiap masa di suatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen itu; (b) menyenggara di sebelah atas pintu masuk utama ke premis berlesen itu suatu legend, dalam bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris dan dalam suatu bentuk yang diluluskan oleh Lembaga Pelesenan, menyatakan namanya, jenis urusan yang ia berlesen menjalankannya, dan perkara lain yang dikehendaki oleh Lembaga Pelesenan; (c) menyenggara dalam bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris buku akaun sebagaimana yang ditetapkan, dalam mana butir-butir lengkap mengenai semua penerimaan dan pengiriman likuor yang memabukkan hendaklah dinyatakan; (d) membenarkan, pada bila-bila masa yang ia dibenarkan oleh lesennya menjual likuor yang memabukkan, mana-mana ahli Lembaga Pelesenan bagi kawasan dalam mana premis berlesen itu terletak, atau pegawai yang hak, memasuki premis berlesennya dan memeriksa premis itu dan apa-apa likuor yang memabukkan yang ada di dalamnya dan semua akaun yang disimpan berhubung dengannya, dan mengambil salinan atau cabutan daripadanya sebagaimana yang difikirkannya patut oleh ahli Lembaga Pelesenan atau pegawai yang hak itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. 66 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Pemegang lesen tidak boleh menyimpan likuor berduti dalam premis 37. (1) Tiada seorang pun yang dilesenkan di bawah seksyen 35 boleh menyimpan di premis berlesennya apa-apa likuor berduti yang memabukkan. (2) Selagi tidak ada bukti sebaliknya mana-mana likuor berduti yang memabukkan yang dijumpai di premis berlesen hendaklah dianggap sebagai disimpan oleh pemegang lesen itu. Seseorang yang tidak berlesen tidak boleh mempamerkan tanda 38. Tiada seorang pun selain seseorang yang dilesenkan di bawah Bahagian ini, boleh mempamerkan apa-apa tanda, tulisan, lukisan atau syarat lain yang boleh memberi faham atau memberi sebab yang munasabah supaya dipercayai bahawa premisnya adalah dilesen sedemikian. BAHAGIAN VIII TODI Peraturan-peraturan todi 39. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk mana-mana atau semua daripada perkara yang berikut— (a) menubuh dan mengendalikan kedai todi dan jualan todi secara runcit bagi kegunaan di premis itu; (b) mengaturkan dengan harga apakah todi boleh dijual secara runcit di kedai todi; (c) mengeluarkan lesen kedai todi dan had dan syarat yang hendak dikenakan atas lesen itu; Eksais 67 (d) mengatur dan mengawal pembotolan dan pengetinan todi; dan (e) apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Bahagian ini. (2) Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen ini adalah tanpa menyentuh kuasa Menteri membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85. Penalti 40. Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 39 boleh mengadakan peruntukan supaya orang yang bersalah atas apa-apa kesalahan di bawahnya boleh apabila disabitkan dikenakan sesuatu denda atau sesuatu tempoh penjara atau kedua-duanya, tetapi tidak boleh mengadakan peruntukan supaya sesuatu denda itu lebih daripada dua ribu ringgit atau sesuatu tempoh penjara itu lebih daripada enam bulan.
Part document.segment-3
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 3
- document.segment-3 Verify source ↗
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 3
AI-assisted research summary: This part requires import declarations, record keeping, and cooperation with excise officers; it also restricts certain vessel movements and allows seizure, penalties, and review procedures.
BAHAGIAN VIIIA PERUNTUKAN AM MENGENAI VESEL DALAM PERAIRAN WILAYAH Barang-barang yang tidak dibutirkan hendaklah disifatkan sebagai bersalahan eksais 40A. Jika barang-barang, selain stor kapal bona fide, dijumpai oleh seorang pegawai yang hak dalam mana-mana vesel dalam perairan wilayah dan barang-barang itu tidak dibutirkan dengan betul dalam daftar muatan atau dokumen-dokumen lain yang sepatutnya berada di atas vesel itu, maka barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang-barang menyalahi eksais dan boleh disita. 68 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Larangan membawa barang-barang berduti dalam lancang tempatan 40B. (1) Tiada barang sesuatu kelas yang berduti apabila diimport boleh dibawa dalam mana-mana lancang tempatan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah. (2) Kebenaran itu boleh diberikan sama ada secara am, melalui pemberitahuan dalam Warta, berkenaan dengan semua lancang tempatan atau mana-mana kelas lancang tempatan, atau secara khas, dengan bertulis di bawah tandatangan Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya bagi maksud kebenaran itu berkenaan dengan sesuatu lancang tempatan yang tertentu. (3) Tiada vesel boleh menghampiri sesuatu tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang atau menghampiri sesuatu vesel samudera kecuali dengan kebenaran pegawai yang hak. Pemakaian bagi kapal udara 40C. Peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai, dengan apa-apa pengubahsuaian dan penyesuaian sebagaimana yang perlu, berkenaan dengan kapal udara yang tiba di, atau bertolak dari, mana-mana lapangan terbang kastam. BAHAGIAN VIIIB AKUAN BARANG-BARANG Akuan barang-barang berduti yang diimport 40D. (1) Tiap-tiap pengimport barang-barang berduti hendaklah membuat suatu akuan ke atas barang-barang yang diimport itu, secara sendiri atau melalui ejennya, dalam borang sebagaimana yang ditetapkan kepada pegawai yang hak— Eksais 69 (a) dalam hal barang-barang itu dideposit di dalam suatu gudang berlesen selain gudang yang dilesenkan di bawah seksyen 25 atau di dalam sesuatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah yang disebut di bawah subseksyen 27A(1) atau (2), dalam tempoh satu bulan dari tarikh ketibaan atau pendaratan barang-barang itu sebelum pengeluaran barang-barang itu atau apa-apa bahagian barang-barang itu daripada kawalan kastam; (b) dalam hal barang-barang itu tidak dideposit di dalam gudang berlesen atau di dalam suatu gudang atau tempat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah yang disebut di bawah subseksyen 27A(1) atau (2), pada masa ketibaan atau pendaratan barang-barang itu di tempat import itu; atau (c) dalam hal barang-barang itu memasuki kawasan utama kastam dari suatu zon bebas, pada masa ketibaan barang-barang itu di kawasan utama kastam. (2) Walau apa pun subseksyen (1), pegawai yang hak boleh, melalui notis bertulis, menghendaki akuan itu dikemukakan dalam masa tiga hari dari tarikh notis itu. (3) Dalam hal barang-barang yang diimport melalui pos, akuan hendaklah dibuat oleh orang yang kepadanya barang-barang itu dialamatkan atau oleh ejennya apabila diminta oleh pegawai yang hak. Akuan hendaklah membuat pembutiran yang penuh dan benar 40E. (1) Akuan yang disebut dalam seksyen 40D hendaklah membutirkan dengan penuh dan benar bilangan dan perihalan bungkusan, tentang perihalan, berat, ukuran atau kuantiti, dan nilai semua barang berduti itu, dan negara asal barang-barang itu: Dengan syarat bahawa jika ditunjukkan dengan memuaskan hati pegawai yang hak bahawa barang-barang itu dikehendaki dengan segera bagi penggunaan tempatan dan bahawa pengimport tiada upaya untuk memberikan semua butir yang dikehendaki, pegawai itu boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan barang-barang itu atas 70 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 pembayaran duti eksais yang dianggarkan olehnya boleh dilevi ke atas barang-barang itu, bersama dengan suatu deposit yang amaunnya ditentukan oleh pegawai itu yang tidak melebihi duti yang dianggarkan itu dan atas suatu aku janji yang diberikan oleh pengimport atau ejennya untuk memberikan suatu akuan yang betul dalam masa dua bulan atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pegawai yang hak itu. (2) Apabila dikemukakan suatu akuan yang betul, amaun duti kastam yang patut dan caj lain yang boleh dilevi hendaklah ditaksirkan dan apa-apa wang yang telah dibayar dan didepositkan melebihi amaun itu hendaklah dikembalikan kepada pengimport atau ejennya dan jika akuan itu tidak dikemukakan dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) deposit itu hendaklah dilucuthakkan dan dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Barang-barang yang telah diakui di stesen pemungutan, bagasi penumpang, barang-barang yang diposkan, dsb. dikecualikan 40F. Peruntukan-peruntukan Bahagian ini tidak terpakai— (a) bagi barang-barang yang diimport dari suatu stesen pemungutan atau bagi barang-barang yang dihantar ke suatu stesen pemungutan, tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah, sama ada secara am melalui perintah atau dalam sesuatu hal tertentu; (b) bagi bagasi penumpang atau barang-barang persendirian yang dibawa bersama; dan (c) bagi apa-apa barang yang dihantar melalui pos, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 40D(3). Eksais 71 Salinan akuan 40G. Tiap-tiap akuan yang dikehendaki dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat dengan apa-apa bilangan lain salinan sebagaimana yang diarahkan oleh orang yang kepadanya akuan itu dikehendaki dibuat. BAHAGIAN IX PERUNTUKAN PELBAGAI Orang adalah diwajibkan memberi maklumat 41. (1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai yang hak untuk menguatkuasakan, dan memastikan supaya dipatuhi dengan sewajarnya, peruntukan Akta ini dan mana-mana perundangan kecil yang dibuat di bawahnya, dan untuk membuat segala penyiasatan yang sewajar berhubung dengannya. (2) Tiap-tiap orang yang ada maklumat tentang apa-apa perkara yang mengenainya adalah menjadi kewajipan pegawai yang hak untuk menyiasat adalah diwajibkan di sisi undang-undang untuk memberi maklumat itu, apabila dikehendaki oleh pegawai itu supaya berbuat demikian. (3) Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai yang hak supaya mengemukakan sesuatu dokumen atau benda lain yang orang itu berkuasa mengemukakannya dan yang mana adalah sesuatu dokumen atau benda yang dikehendaki di bawah Akta ini atau sesuatu dokumen atau benda yang digunakan dalam sesuatu transaksi atau perkara lain berhubung dengan eksais, atau sesuatu dokumen atau benda yang mengenainya adalah menjadi kewajipan pegawai itu untuk menyiasatnya di bawah Akta ini, adalah diwajibkan di sisi undang-undang untuk mengemukakan dokumen atau benda itu. 72 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Dokumen hendaklah dikemukakan apabila diminta 41A. Apabila diminta oleh pegawai yang hak pengimport apa-apa barang atau ejennya hendaklah mengemukakan kepada pegawai itu semua invois, bil muatan, perakuan tempat asal atau perakuan analisis dan apa-apa dokumen lain, yang dikehendaki oleh pegawai itu untuk memeriksa ketepatan apa-apa akuan yang dibuat oleh pengimport itu kepada mana-mana pegawai eksais dan pegawai itu boleh menyimpan mana-mana invois, bil muatan, perakuan tempat asal atau perakuan analisis atau dokumen-dokumen lain itu. Rekod yang berhubungan dengan perkara eksais 41B. (1) Tiap-tiap orang hendaklah menyimpan rekod yang lengkap dan benar yang kemas kini bagi semua transaksi yang menyentuh atau boleh menyentuh tanggungannya atas apa-apa perkara di bawah Akta ini. (2) Rekod untuk disimpan termasuklah— (a) semua rekod pengimportan dan pengeksportan barang-barang termasuk barang-barang dalam pemindahan dan pemindahankapal; (b) semua pembayaran dan rekod bank termasuk surat kredit, permohonan pemindahan dana dan nota debit; (c) semua rekod perakaunan, pengurusan dan kewangan; (d) rekod jualan dan pembelian termasuk invois, resit, nota debit dan nota kredit; (e) rekod perniagaan lain termasuk kontrak atau perjanjian jualan, pengedaran dan royalti; (f) carta perakaunan, kod akses, dokumentasi program dan manual arahan sistem; Eksais 73 (g) rekod inventori; dan (h) apa-apa rekod lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. (3) Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah— (a) dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu; dan (b) disimpan di Malaysia, kecuali jika diluluskan selainnya oleh Ketua Pengarah dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. (4) Jika rekod itu dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan dalam apa-apa cara yang membolehkan rekod itu tersedia untuk diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan. (5) Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk kertas dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum pertukaran itu. (6) Suatu salinan rekod itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding setakat yang sama dengan rekod itu sendiri. (7) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (3), (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Kehendak untuk menyediakan terjemahan 41BA. (1) Jika seseorang pegawai kanan eksais menyiasat suatu kesalahan menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa barang-barang, rekod, laporan atau dokumen yang keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa tanda atau kod, pegawai itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang ada milikan, jagaan 74 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 atau kawalan ke atas barang-barang, rekod, laporan atau dokumen itu sebelumnya untuk mengemukakan kepada pegawai kanan eksais itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya. (2) Tiada seorang pun boleh dengan diketahuinya mengemukakan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang tidak tepat, berfakta dan benar. (3) Walau apa pun subseksyen (1), pegawai kanan eksais itu boleh menghendaki mana-mana orang lain untuk mengemukakan terjemahan itu kepadanya. (4) Ketua Pengarah boleh membayar fi yang munasabah kepada orang yang dikehendaki untuk mengemukakan terjemahan di bawah subseksyen (3). Ketua stesen kereta api hendaklah mengemukakan invois dan bil angkutan 41C. (1) Ketua stesen kereta api di tempat pengimportan barang-barang melalui kereta api dan di stesen kastam tempat barang- barang berduti dikonsainkan hendaklah mengemukakan invois atau bil angkutan atau apa-apa dokumen lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah kepada pegawai yang hak, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan barang-barang itu. (2) Tiada kargo boleh dimuatkan ke dalam atau dipunggah dari kereta api, kecuali dengan kebenaran pegawai yang hak. Barang-barang yang tidak dibutirkan dalam daftar muatan 41D. (1) Jika apa-apa barang yang dicatatkan dalam daftar muatan mana-mana vesel, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Kastam 1967, tidak dibutirkan dengan memuaskan hati pegawai yang hak dalam masa satu bulan daripada tarikh penyerahan pernyataan itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Eksais 75 pegawai itu, nakhoda atau ejen vesel itu boleh dikehendaki membayar kepada pegawai itu apabila diminta suatu jumlah wang tidak melebihi lima ribu ringgit dan, sebagai tambahan, dalam hal barang-barang berduti, ejen itu boleh dikehendaki membayar kepada pegawai itu apabila diminta amaun duti eksais yang boleh dilevi ke atas barang-barang itu atau, apabila duti yang betul tidak dapat ditaksir, suatu amaun yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (2) Jika orang yang boleh dikenakan penalti dalam subseksyen (1) enggan atau gagal membayar penalti yang diminta daripadanya mana-mana pegawai kanan eksais boleh membawa guaman dan mendapatkan penalti itu di mahkamah Majistret Kelas Satu. (3) Bagi maksud seksyen ini, “ejen vesel” termasuklah penghantar fret. Penyampaian notis, dsb. 42. (1) Tiap-tiap notis atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya disampaikan kepada mana-mana orang boleh disampaikan— (a) ke diri orang itu; atau (b) dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos berdaftar. (2) Sesuatu notis atau dokumen lain yang dihantar melalui pos berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada masa ia sepatutnya telah diserahkan kepadanya dalam perjalanan biasa pos jika notis atau dokumen lain itu telah dialamatkan— (a) dalam hal suatu syarikat, suatu firma, suatu pertubuhan, suatu persatuan atau kumpulan orang yang lain— (i) ke pejabat berdaftarnya; (ii) ke alamat yang terakhir diketahui; atau 76 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (iii) kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menerima penyampaian proses; dan (b) dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir diketahui. Bagasi penumpang 42A. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, tiap-tiap penumpang atau orang lain yang tiba di Malaysia hendaklah membuat akuan tentang semua barang berduti dalam miliknya, sama ada pada dirinya atau dalam mana-mana bagasi atau dalam mana-mana kenderaan, kepada pegawai yang hak, dan jika dia tidak berbuat demikian barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang-barang menyalahi eksais. (2) Bagasi penumpang atau mana-mana orang boleh diperiksa dan diserahkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, dan menjadi tugas orang yang menjaga bagasi itu untuk mengemukakan, membuka, mengeluarkan dan membungkus semula bagasi itu. Membungkus barang-barang berduti 42B. Tiada barang berduti boleh dibungkus dalam apa-apa cara yang bermaksud untuk menipu seseorang pegawai eksais supaya pembutiran yang sepatutnya bagi barang-barang itu tidak boleh dibuat. Pegawai yang hak boleh mengambil contoh 43. (1) Pegawai yang hak boleh pada bila-bila masa, jika kewajipannya memerlukan, mengambil contoh apa-apa barang bagi menentukan sama ada barang itu adalah barang dari suatu jenis yang boleh dikenakan sesuatu duti, atau bagi menentukan duti yang kena dibayar atas barang itu, atau bagi apa-apa maksud lain yang difikirkan Eksais 77 perlu oleh pegawai yang hak, dan contoh itu boleh dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah. (2) Tiada sesuatu pembayaran perlu dibuat untuk apa-apa contoh yang diambil di bawah subseksyen (1), tetapi pegawai yang hak hendaklah memberi suatu resit bagi sesuatu contoh itu. Boleh memasuki tempat atau premis 44. (1) Bagi maksud Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, mana-mana pegawai kanan eksais hendaklah pada setiap masa mempunyai akses di mana-mana tempat atau premis yang— (a) mana-mana pengilang berlesen, pemegang lesen atau pengimport menjalankan perniagaannya; dan (b) mana-mana orang yang berurusan dengan pengilang berlesen, pemegang lesen atau pengimport itu menjalankan perniagaannya. (2) Jika mana-mana pegawai kanan eksais memasuki mana-mana premis mengikut peruntukan seksyen ini, maka— (a) dia boleh menghendaki pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b) untuk mengemukakan apa-apa buku, data, dokumen, rekod atau benda yang dikehendaki supaya disimpan di bawah peruntukan Akta ini, atau yang berhubungan dengan mana-mana barang-barang berduti; (b) dia boleh memeriksa apa-apa buku, data, dokumen, rekod atau benda dan mengambil salinan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod; (c) dia boleh menyita dan menahan apa-apa buku, data, dokumen, rekod atau benda, jika pada pendapatnya buku, data, dokumen, rekod atau benda itu boleh memberi keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (d) dia boleh menghendaki mana-mana pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b) atau mana-mana orang diambil kerja oleh pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b) untuk menjawab soalan dengan benar berhubung dengan mana-mana buku, data, dokumen, rekod atau benda, atau mana-mana catatan dalam mana-mana buku, data, atau dokumen atau berhubung dengan mana-mana barang-barang berduti; (e) dia boleh menghendaki supaya apa-apa wadah, sampul surat atau bekas lain dalam mana-mana premis itu dibuka; (f) dia boleh atas risiko dan perbelanjaan pengilang berlesen, pemegang lesen, pengimport atau orang yang disebut dalam perenggan 1(b) itu, membuka dan memeriksa mana-mana bungkusan, atau mana-mana barang atau bahan, dalam mana-mana premis itu; dan (g) dia boleh mengambil dan menyimpan tanpa bayaran sampel apa-apa barang atau bahan yang difikirkannya perlu bagi pelaksanaan kewajipannya. (3) Jika pegawai kanan eksais yang bertindak di bawah peruntukan seksyen ini tidak boleh mendapat akses bebas ke mana-mana premis tempat pengilang berlesen, pemegang lesen atau pengimport menjalankan perniagaannya atau tempat seseorang yang berurusan dengan pengilang berlesen, pelesen atau pengimport itu menjalankan urusannya atau ke apa-apa bekas yang berada di premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki premis itu dan membuka bekas itu dengan apa-apa cara, jika perlu dengan kekerasan, sebagaimana yang difikirkannya perlu. (4) Jika, semasa memasuki mana-mana premis di bawah peruntukan seksyen ini, apa-apa barang berduti dijumpai yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan di bawah peruntukan Akta ini telah dilakukan, maka barang-barang berduti itu boleh dilucuthakkan. Eksais 79 (5) Mana-mana orang yang enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai kanan eksais untuk memasuki mana-mana tempat atau premis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghendaki cagaran 44A. (1) Ketua Pengarah boleh, mengikut budi bicaranya, sama ada secara am atau dalam hal tertentu atau berkenaan dengan suatu kawasan tertentu, menghendaki cagaran diberikan oleh mana-mana orang yang memindahkan barang-barang berduti dalam Malaysia dan jika apa-apa cagaran sedemikian telah dikehendaki supaya diberikan tiada seorang pun boleh memindahkan barang-barang itu melainkan jika cagaran itu telah diberikan. (2) Cagaran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak boleh melebihi amaun duti yang boleh dilevi ke atas barang-barang itu. Kuasa untuk melanjutkan tempoh 44AA. Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum tamat tempoh itu. Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 44AB. (1) Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini, Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini. (2) Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan— 80 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (a) terma dan syarat sebagaimana diubah suai; dan (b) tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa. (3) Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan. (4) Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua Pengarah. (5) Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah. Perlindungan terhadap saman dan prosiding undang-undang 44B. Tiada tindakan, saman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap— (a) mana-mana pegawai eksais; (b) mana-mana pegawai polis yang mempunyai kuasa seorang pegawai kanan eksais atau pegawai eksais di bawah seksyen 4A; dan (c) mana-mana pegawai yang hak, bagi atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat itu. Eksais 81 Penambahan atau pengurangan duti baharu atau duti yang diubah dalam hal kontrak 45. (1) Jika sesuatu duti eksais baharu dikenakan atau jika sesuatu duti eksais dinaikkan, dan apa-apa barang-barang yang berkenaan dengannya duti itu kena dibayar adalah diserahkan selepas tarikh duti baru atau duti yang dinaikkan itu mula berkuat kuasa mengikut sesuatu kontrak yang dibuat sebelum tarikh itu, penjual barang-barang itu boleh, jika tidak ada perjanjian sebaliknya, mendapatkan balik sebagai suatu tambahan kepada harga kontrak itu sejumlah wang sama banyak dengan apa-apa amaun yang telah dibayar olehnya berkenaan dengan barang-barang itu oleh sebab duti baharu atau kenaikan duti itu, mengikut mana yang berkenaan. (2) Jika sesuatu duti eksais dibatal atau dikurangkan dan apa-apa barang-barang yang terlibat dengan duti itu adalah diserahkan selepas tarikh duti itu dibatalkan atau pengurangan duti itu mula berkuat kuasa mengikut suatu kontrak yang dibuat sebelum tarikh itu, pembeli barang-barang itu boleh, jika tidak ada perjanjian sebaliknya dan jika penjual barang-barang itu telah, berkenaan dengan barang-barang itu, mendapat faedah daripada pembatalan atau pengurangan duti itu, memotong daripada harga kontrak itu sejumlah wang yang sama banyak dengan amaun duti atau pengurangan duti itu, mengikut mana yang berkenaan. Pekerja boleh mentransaksi urusan 46. (1) Pekerja bagi mana-mana orang atau firma boleh mentransaksi urusan secara am dengan mana-mana pegawai eksais bagi pihak orang atau firma itu. (2) Walau apa pun subseksyen (1), seorang pegawai kanan eksais boleh menolak untuk berurusan dengan pekerja itu melainkan jika orang atau firma itu telah mengemukakan suatu kuasa yang bertandatangan memberi kuasa kepada pekerja itu untuk menjalankan perniagaan bagi pihak orang atau firma itu. 82 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Kajian semula dan rayuan terhadap keputusan Ketua Pengarah 47. (1) Tertakluk pada subseksyen (4), mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk mengkaji semula mana-mana keputusannya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh orang itu diberitahu tentang keputusan itu dengan syarat bahawa tiada rayuan telah dibuat ke atas keputusan yang sama kepada Tribunal atau Mahkamah Tinggi. (2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. (3) Jika suatu permohonan bagi kajian semula telah dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah, jika boleh dilaksanakan dalam masa enam puluh hari daripada tarikh permohonan itu diterima, menjalankan kajian semula dan memberitahu keputusan kajian semula itu kepada orang itu. (4) Tiada kajian semula boleh dibuat dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun atau subseksyen 67(3). (5) Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini, kecuali apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun atau subseksyen 67(3), boleh merayu kepada Tribunal dalam masa tiga puluh hari daripada tarikh pemberitahuan secara bertulis mengenai keputusan itu kepada orang yang terkilan itu. (6) Apa-apa duti eksais yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar pada tarikh genap masa walau apa pun apa-apa kajian semula atau rayuan telah dibuat di bawah seksyen ini. (7) Semua peruntukan yang berhubungan dengan Tribunal Rayuan Kastam hendaklah terpakai bagi Akta ini. 47A. (Dipotong oleh Akta A1284). Eksais 83 Borang-borang yang hendak digunakan 48. Jika sesuatu borang telah ditetapkan di bawah perenggan 85(2)(e) maka tiada seseorang pun boleh bagi maksud Akta ini menggunakan apa-apa borang selain yang dicetak atau dikeluarkan dengan kuasa Ketua Pengarah: Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya dan tertakluk pada syarat yang difikirkannya patut dikenakan, membenarkan mana-mana orang menggunakan sesuatu borang yang tidak dicetak atau dikeluarkan sedemikian seperti yang disebut terdahulu, atau membenarkan penggunaan apa-apa borang yang dikemukakan melalui pertukaran data elektronik. Perlindungan bagi Kerajaan dan pegawai 49. Kerajaan, seseorang pegawai yang hak atau orang lain yang diguna khidmat oleh Kerajaan berhubung dengan eksais tidaklah bertanggungan mengganti apa-apa kerugian yang ditanggung berhubung dengan apa-apa barang oleh sebab kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab lain semasa barang itu berada dalam jagaan atau kawalan sah mana-mana pegawai atau orang itu melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh kecuaian atau kemungkiran sengaja pegawai atau orang itu. Bayaran bagi perkhidmatan 50. Ketua Pengarah boleh mengenakan bayaran sebagaimana yang difikirkannya munasabah berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau perkhidmatan yang dilakukan atau diberi oleh Jabatan Eksais iaitu yang tidak dikehendaki dilakukan atau diberi di bawah Akta ini dan yang baginya tiada apa-apa bayaran ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis. 84 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 BAHAGIAN X PEMERIKSAAN, PENYIASATAN, PENGGELEDAHAN, PENYITAAN DAN PENANGKAPAN Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan 50A. Bagi maksud Akta ini, seorang pegawai kanan eksais hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya. Kuasa tambahan 50B. (1) Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa sedia ada yang diberikan di bawah Akta ini, apabila membawa dan menjaga mana-mana orang dalam tahanan, seseorang pegawai yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 [Akta 537]. (2) Bagi maksud Akta ini – (a) jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan eksais, dan bagi maksud itu, tempat yang perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah Polis di bawah jagaannya; dan Eksais 85 (b) seseorang pegawai yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis. Majistret boleh mengeluarkan waran geledah 51. (1) Apabila didapati oleh seseorang Majistret, dari maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab-sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan lain atau tempat, atau dalam sesuatu vesel, lain daripada sesuatu vesel yang adalah atau mempunyai taraf suatu kapal perang atau sesuatu kapal udara, ada disembunyi atau diletakkan apa-apa barang-barang yang boleh dikenakan lucut hak di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau yang mengenainya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran memberi kuasa kepada seseorang pegawai eksais yang dinamakan dalamnya, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan— (a) untuk memasuki rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara itu dan di situ mencari dan menyita apa-apa barang-barang yang munasabah disyaki boleh dikenakan lucut hak di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau yang mengenainya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini disyaki telah dilakukan, dan apa-apa buku atau dokumen yang mungkin munasabah dipercayai sebagai mempunyai hubungan dengan perkara itu; dan (b) menangkap mana-mana orang yang berada dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara itu yang dalam miliknya barang-barang yang disebut di atas mungkin didapati atau yang mungkin munasabah disyaki oleh pegawai itu sebagai telah menyembunyi atau meletakkan barang-barang itu. 86 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (2) Pegawai itu boleh jika perlu— (a) memecah buka sesuatu pintu luar atau pintu dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan, tempat, vesel atau kapal udara itu dan masuk ke dalamnya; (b) dengan cara kekerasan memasuki tempat, vesel atau kapal udara itu dan tiap-tiap bahagiannya; (c) membuang dengan kekerasan apa-apa yang menghalang ia masuk, mencari, menyita dan mengambil sebagaimana yang ia diberi kuasa untuk berbuat; dan (d) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat, vesel atau kapal udara itu sehingga tempat, vesel atau kapal udara itu telah digeledah. (3) Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang-barang, dokumen atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai eksais boleh, dengan apa-apa cara, mengelak rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara atau barang-barang, dokumen atau benda dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara itu dijumpai. (4) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3) atau mengeluarkan barang-barang, dokumen atau benda yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya. Bila penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran 52. Apabila didapati oleh seseorang pegawai eksais bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam sesuatu rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara ada disembunyi atau diletakkan apa-apa barang-barang yang boleh Eksais 87 dikenakan lucut hak di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau yang mengenainya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan, dan jika ia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan pada memperoleh sesuatu waran geledah barang-barang itu mungkin dipindahkan, maka pegawai itu boleh menjalankan dalam, pada dan berkenaan dengan rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara itu semua kuasa yang tersebut dalam seksyen 51 dengan sepenuh dan seluas-luasnya seolah-olah ia telah diberi kuasa berbuat sedemikian oleh sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu. Kuasa memberhentikan dan menggeledah kereta, vesel dan kapal udara 53. (1) Mana-mana pegawai yang hak boleh memberhentikan dan memeriksa mana-mana kereta, vesel atau kapal udara bagi maksud menentukan sama ada apa-apa barang-barang berduti di bawah Akta ini ada terkandung di dalamnya, dan orang yang menguasai atau menjaga kereta, vesel atau kapal udara itu hendaklah, jika dikehendaki oleh pegawai itu, memberhentikan kereta itu dan membenarkan pegawai itu memeriksanya atau menggerak alih kereta, vesel atau kapal udara itu ke suatu tempat lain untuk digeledah, dan tidak boleh meneruskan perjalanan sehingga kebenaran untuk berbuat demikian telah diberi oleh pegawai itu. (1A) Seseorang pegawai yang hak boleh— (a) menaiki mana-mana vesel atau pesawat udara dalam mana-mana pelabuhan kastam atau lapangan terbang kastam atau tempat atau dalam perairan wilayah; (b) menghendaki nakhoda vesel itu atau juruterbang pesawat udara itu memberikan apa-apa maklumat berhubung dengan vesel atau pesawat udara, kargo, stor, anak kapal, penumpang atau pelayaran sebagaimana yang disifatkannya perlu; 88 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (c) menyelongkar dan menggeledah semua bahagian vesel atau pesawat udara itu bagi mencari barang menyalahi eksais; (d) memeriksa semua barang di atas vesel atau pesawat udara itu dan semua barang yang sedang dimuatkan atau dipunggah pada masa itu; (e) meminta semua dokumen yang sepatutnya berada di atas vesel atau pesawat udara itu; dan (f) menghendaki semua atau mana-mana dokumen itu dibawa kepadanya bagi pemeriksaan, dan nakhoda mana-mana vesel dan juruterbang mana-mana pesawat udara yang enggan membenarkan pegawai itu menaiki atau menggeledah vesel atau pesawat udara itu, atau enggan memberikan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen apabila diminta melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini. (1B) Jika mana-mana tempat, kotak atau peti di atas vesel atau pesawat udara itu dikunci dan kunci tidak diberikan, pegawai itu boleh memecah buka mana-mana tempat, kotak atau peti itu. (1C) Jika apa-apa barang dijumpai tersembunyi atas mana-mana vesel atau pesawat udara, barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang-barang menyalahi eksais. (2) Orang yang menguasai atau menjaga sesuatu kereta, vesel atau kapal udara yang diperiksa di bawah peruntukan seksyen ini hendaklah atas permintaan pegawai yang hak membuka semua bahagian kereta, vesel atau kapal udara itu untuk diperiksa oleh pegawai yang hak itu dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan apa-apa pemeriksaan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai itu dibuat. (3) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang pegawai kanan eksais boleh, jika difikirkannya perlu bagi menguatkuasakan Akta ini, mendirikan atau menempatkan atau menyebabkan supaya didirikan atau ditempatkan apa-apa Eksais 89 pengadang di atas atau melintang sesuatu jalan atau lebuh awam atau dalam sesuatu tempat awam mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut; dan seseorang pegawai yang hak boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah mana-mana orang daripada melalui atau mana-mana kereta daripada dipandu melalui sesuatu pengadang itu termasuklah apa-apa langkah untuk mengejar dan menangkap mana-mana orang itu atau menghentikan mana-mana kenderaan itu jika, setelah membuat pertimbangan terhadap hal keadaan yang dihadapinya pada ketika itu, adalah jelas bahawa jika langkah sedemikian tidak diambil pelarian orang dan kenderaan itu untuk mengelakkan daripada dikesan atau selainnya adalah ketara. (4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa isyarat yang munasabah daripada seseorang pegawai yang hak menghendaki orang atau kereta itu supaya berhenti sebelum tiba ke sesuatu pengadang itu adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau denda dan penjara itu kedua-duanya; dan seseorang pegawai yang hak boleh, tanpa waran, menangkap orang itu melainkan ia memberi nama dan alamatnya atau secara lain memuaskan hati pegawai yang hak itu bahawa ia akan mematuhi dengan sewajarnya apa-apa saman atau tindakan lain yang mungkin diambil terhadapnya. (5) Tiada seseorang pegawai yang hak boleh menjadi bertanggung atas apa-apa kerugian, kebencanaan atau kerosakan yang terkena pada mana-mana orang atau harta akibat ia mengambil langkah-langkah yang disebut dalam subseksyen (3). Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer 53A. (1) Mana-mana pegawai eksais yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 51, 52 dan 53 hendaklah diberi akses kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer, sama ada disimpan dalam komputer atau selainnya. (2) Sebagai tambahan, seseorang pegawai eksais yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 51, 52 dan 53— 90 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (a) boleh memeriksa dan meneliti pengendalian mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; (aa) boleh membuat salinan atau mengambil cabutan dari maklumat berekod atau data berkomputer yang disebut dalam subseksyen (1) yang disifatkannya perlu; dan (b) boleh menghendaki— (i) orang yang pegawai eksais itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki menggunakan atau telah menggunakan komputer itu atau yang bagi pihaknya komputer itu digunakan atau telah digunakan sedemikian; atau (ii) orang yang menjaga, atau selainnya terlibat dalam, pengendalian komputer, perkakas atau bahan itu, supaya memberinya bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini. (3) Bagi maksud subseksyen (1), “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan maklumat berekod atau data berkomputer itu difahami. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya. Kuasa untuk membuka bungkusan dan memeriksa barang-barang 53B. (1) Mana-mana pegawai yang hak boleh memeriksa apa-apa barang yang sedang diimport atau dieksport atau yang dimaksudkan Eksais 91 untuk diimport dan boleh bagi maksud pemeriksaan itu membawa barang-barang itu ke pejabat kastam dan boleh membuka apa-apa bungkusan atau bekas. (2) Seorang pegawai yang hak boleh menggunakan apa-apa peranti penjejakan atau pengesanan, instrumen tidak intrusif, atau apa-apa bentuk bantuan lain termasuk haiwan dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini. Pemeriksaan orang yang tiba di Malaysia 53C. Mana-mana orang yang mendarat, atau hampir akan mendarat, atau baru sahaja mendarat, dari mana-mana vesel atau pesawat udara, atau meninggalkan mana-mana vesel atau pesawat udara dalam perairan wilayah, sama ada bagi maksud mendarat atau selainnya, atau memasuki Malaysia atau baru memasuki Malaysia melalui jalan raya atau kereta api hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana pegawai yang hak, sama ada membenarkan diri, barang-barang dan bagasinya diperiksa oleh pegawai itu, atau bersama-sama barang-barang dan bagasi itu pergi bersama-sama pegawai itu ke pejabat kastam atau balai polis dan di sana membenarkan diri, barang-barang dan bagasinya diperiksa oleh seorang pegawai eksais: Dengan syarat bahawa— (a) mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa dengan kehadiran seorang pegawai kanan eksais tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadiran dan di bawah penyeliaan pegawai itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga pegawai itu tiba, atau dibawa ke mana-mana pejabat kastam atau balai polis tempat pegawai itu boleh dijumpai; (b) barang-barang dan bagasi mana-mana orang yang meminta untuk hadir apabila barang-barang dan bagasinya diperiksa dan dengan yang demikian menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; dan 92 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (c) tiada perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan lain dengan betul-betul mengambil kira kehendak kesopanan. Penyitaan barang-barang hal perkara sesuatu kesalahan 54. (1) Semua barang-barang yang berkenaan dengannya telah ada, atau ada, sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa telah dilakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau sesuatu pelanggaran terhadap mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau terhadap sesuatu sekatan atau syarat yang tertakluk padanya atau yang atasnya sesuatu lesen atau permit telah diberi di bawah Akta ini, bersama dengan sesuatu bekas, bungkusan, pengangkut selain vesel yang tidak melebihi dua ratus tan berat-tan bersih yang didaftarkan atau kapal udara yang terlibat dalam pengangkutan antarabangsa yang dalamnya barang-barang itu telah dijumpai atau yang telah digunakan berhubung dengan kesalahan atau pelanggaran itu, dan mana-mana buku atau dokumen yang mungkin dipercayai dengan munasabah sebagai ada hubungan dengan kes itu, boleh disita oleh mana-mana pegawai eksais daripada orang itu di mana-mana tempat dalam Malaysia, dan sama ada di darat atau di perairan wilayah. (2) Semua barang-barang itu dan bekas, bungkusan, kereta, vesel atau kapal udara itu hendaklah, seberapa cepat yang praktik, diserahkan ke dalam jagaan pegawai yang hak berkewajipan untuk menerimanya. (3) Apabila apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita itu hendaklah dengan serta-merta memberi notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan baginya kepada pemunya barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahkan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos berdaftar mengikut seksyen 42. Eksais 93 (3A) Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu, atau premis atau tempat yang di dalamnya barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu dijumpai. (3B) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3A) atau mengeluarkan apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya. (4) Peruntukan-peruntukan seksyen ini berhubung dengan penyitaan— (a) apa-apa barang-barang hendaklah dipakai bagi segala isi mana-mana bungkusan atau bekas yang dalamnya barang-barang itu dijumpai, dan bagi sesuatu benda yang digunakan bagi menyembunyikan barang-barang itu; (b) sesuatu vesel atau kapal udara hendaklah dipakai juga bagi takal, alat kelengkapan dan peralatan vesel atau kapal udara itu; dan (c) sesuatu kereta hendaklah dipakai bagi semua alat kelengkapannya, dan bagi mana-mana binatang yang menarik kereta itu. (5) (Dipotong oleh Akta A781). Pemulangan atau pelupusan barang-barang 55. (1) Jika apa-apa barang telah disita di bawah Akta ini, maka seseorang pegawai kanan eksais boleh, menurut budi bicaranya— 94 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (a) memulangkan barang itu untuk sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia telah disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan eksais berhak ke atasnya tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai itu, dan tertakluk, bagaimanapun kepada sekuriti yang cukup diberikan hingga memuaskan hati pegawai itu bahawa barang-barang itu akan diserahkan balik kepadanya apabila permintaan dibuat olehnya dan bahawa terma-terma dan syarat-syarat tersebut, jika ada, akan dipatuhi; atau (b) memulangkan barang-barang itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia telah disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai kanan eksais berhak ke atasnya, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepadanya barang-barang itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskannya, dan pemulangan itu adalah tertakluk pada terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh seorang pegawai kanan eksais dan sekuriti diberikan hingga memuaskan hati pegawai itu dengan amaun yang tidak kurang daripada amaun yang, pada pendapat pegawai itu, merupakan— (i) bagi barang-barang berduti atau barang-barang menyalahi eksais, nilai barang-barang itu pada tarikh barang-barang itu dipulangkan sedemikian; (ia) bagi barang-barang selain barang-barang yang disebut dalam subperenggan (i), nilai pasaran terbuka barang- barang itu; (ii) duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengannya, sekiranya ada; dan (iii) apa-apa cukai yang kena dibayar berkenaan dengannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, sekiranya ada, Eksais 95 bagi pembayaran amaun yang dijamin sedemikian kepada Ketua Pengarah sekiranya mahkamah membuat suatu perintah bagi perlucuthakan amaun itu di bawah subseksyen 66(3) atau 67(4), atau sekiranya amaun itu dilucuthakkan di bawah seksyen 69, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau (c) menjual atau memusnahkan barang-barang itu, sebagaimana yang sesuai memandangkan hal-hal keadaan, jika ia makhluk hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan eksais, ia bersifat mudah rosak atau berbahaya atau mungkin cepat merosot dari segi kualiti atau nilainya, dan jika ia dijual sedemikian, dia hendaklah memegang hasil jualan itu untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan, atau suatu pelucuthakan di bawah seksyen 69, mengikut mana-mana yang berkenaan. (2) Mana-mana orang yang— (a) gagal menyerahkan kepada pegawai kanan eksais, apabila diminta, barang-barang yang dipulangkan untuk sementara kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau (b) gagal mematuhi atau yang melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a) atau (b), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau penjara dan denda itu kedua-duanya. (3) Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (2) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang mungkin ditanggung oleh orang tersebut atau mana-mana orang lain di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang berhubungan dengan pemulangan barang-barang di bawah perenggan (1)(a) atau (b). (4) Peruntukan subseksyen (2) tidaklah terpakai bagi orang sedemikian, jika ada, yang menjadi penggerenti atau penjamin kepada 96 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 orang yang kepadanya barang-barang itu dipulangkan di bawah perenggan (1)(a) atau (b). (5) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal atau golongan hal yang tertentu, memberikan apa-apa arahan kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat berkenaan dengan perjalanan kuasa-kuasa yang diberikan kepada pegawai kanan eksais di bawah subseksyen (1). (6) Tiada seorang pun berhak mengekalkan apa-apa tindakan oleh sebab apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa keputusan yang diambil oleh atau bagi pihak Menteri atau oleh atau bagi pihak seseorang pegawai kanan eksais di bawah seksyen ini dan tiada mahkamah mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk melayani apa-apa tindakan sedemikian. Pengemukaan perakuan ahli analisis, atau pegawai kanan eksais, atau orang yang diberi kuasa oleh Menteri 55A.
Part document.segment-4
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 4
- document.segment-4 Verify source ↗
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 4
AI-assisted research summary: This provision lets excise officers arrest without warrant, sets investigation and evidence rules, protects informant confidentiality, and provides forfeiture, compounding, and penalties for false statements and unlawful disclosure.
(1) Dalam mana-mana prosiding berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang di dalamnya kewujudan, perihalan, pengelasan, komposisi, kuantiti, kualiti atau nilai, atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan, mana-mana barang yang dipulangkan di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b) atau dijual atau dimusnahkan di bawah perenggan (c) subseksyen tersebut, dipersoalkan, apa-apa dokumen yang dikemukakan oleh pendakwa yang berupa sebagai suatu perakuan berkenaan dengan mana-mana perkara sedemikian yang diberikan dan ditandatangani oleh— (a) mana-mana ahli analisis mengikut pengertian subseksyen 61(5); atau (b) pegawai kanan eksais; atau (c) mana-mana orang, tidak kira sama ada dia seorang pegawai awam ataupun tidak, yang diberi kuasa oleh atau bagi pihak Eksais 97 Menteri, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal tertentu, bagi maksud-maksud seksyen ini, bolehlah diterima sebagai keterangan dan konklusifnya dokumen itu tidaklah boleh dipersoalkan atas alasan bahawa barang-barang yang berkenaan dengannya perakuan itu diberikan telah tidak dikemukakan di hadapan mahkamah sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, dan ia hendaklah menjadi keterangan tentang isi kandungannya, termasuk fakta-fakta yang dinyatakan di dalamnya, tanpa bukti tentang tandatangan pada perakuan sedemikian. (2) Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau rukun keterangan yang bertentangan. Kuasa untuk menangkap 56. (1) Mana-mana pegawai eksais boleh menangkap tanpa waran— (a) mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan, atau mengguna khidmat atau membantu seseorang melakukan, atau bersubahat dalam melakukan, sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; (b) mana-mana orang yang munasabah disyakinya ada memiliki apa-apa barang-barang yang boleh dikenakan penyitaan di bawah Akta ini; dan (c) mana-mana orang yang munasabah disyaki sebagai telah didapati bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, dan boleh memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa mana-mana orang yang ditangkap sedemikian: 98 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Dengan syarat bahawa tiada seseorang perempuan boleh diperiksa kecuali oleh seseorang perempuan lain dengan betul-betul mengambil kira kehendak kesopanan. (2) Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah dibawa ke balai polis atau boleh ditahan dalam jagaan pegawai yang hak. (2A) Pegawai yang hak boleh mengambil atau menyebabkan diambil gambar dan cap jari dan ibu jari mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1). (3) Jika mana-mana orang yang boleh kena tangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa melakukan kesalahan yang kerananya ia boleh kena tangkap sedemikian, atau jika selepas ditangkap ia melarikan diri maka ia boleh pada bila-bila masa selepas itu ditangkap dan tindakan diambil terhadapnya seolah-olah ia telah ditangkap pada masa melakukan kesalahan itu. (4) Tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah, tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan— (a) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai eksais yang hak; (b) apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan suatu penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai eksais yang hak; atau (c) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai eksais yang hak dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan suatu penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai eksais yang hak. Eksais 99 (5) Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (4) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai eksais— (a) jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan atau selainnya dibenarkan dijamin telah atau mungkin dilanggar; atau (b) apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu mungkin melanggar mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk padanya orang itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu hendak dibebaskan daripada obligasinya sebagai penjamin. (6) Jika seseorang yang ditangkap kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini sedang menjalani hukuman pemenjaraan atau sedang ditahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, atau selainnya berada dalam jagaan yang sah, dia hendaklah, apabila diperintahkan secara bertulis oleh seorang pegawai kanan eksais atau yang berpangkat lebih tinggi daripada Penolong Kanan Pengarah, dikemukakan di hadapan pegawai itu atau di hadapan mana-mana pegawai kanan eksais lain bagi maksud penyiasatan, dan bagi maksud itu dia boleh diletakkan dalam jagaan sah selama tempoh yang tidak melebihi empat belas hari. (7) Seseorang yang ditahan dalam jagaan yang sah di bawah subseksyen (6) atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis boleh— (a) pada bila-bila masa dibawa kepada seorang pegawai kanan eksais bagi maksud penyiasatan; atau (b) dibawa ke mana-mana tempat lain bagi maksud penggeledahan tempat itu, atau penyitaan apa-apa barang- barang, atau mengenal pasti mana-mana orang bagi apa-apa maksud lain yang berhubungan dengan penyiasatan di bawah Akta ini. 100 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Kuasa untuk memeriksa orang 56A. (1) Seseorang pegawai kanan eksais yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh— (a) memerintahkan mana-mana orang yang mungkin mengetahui fakta-fakta dan hal keadaan kes supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang mungkin, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; atau (b) memerintahkan mana-mana orang supaya mengemukakan di hadapannya apa-apa buku, dokumen atau apa-apa salinannya yang diperakui sah, atau apa-apa benda lain yang mungkin, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu. (2) Perenggan (1)(b) tidak terpakai bagi buku jurubank. (3) Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah— (a) hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari jika diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaan itu selesai; dan (b) semasa pemeriksaan itu, kena menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes yang dikemukakan kepadanya dan terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak jawapan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau hukuman lucut hak. (4) Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari Malaysia, atau membuat urusan tentang, menggunakan, atau melupuskan, apa-apa buku, dokumen atau Eksais 101 benda yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen itu atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan itu. (5) Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah itu dan kehendak subseksyen (3) dan (4) walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan. (6) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang yang disiasat di bawah Akta ini sama ada atau tidak suatu amaran telah diberikan kepadanya di bawah subseksyen 56B(3) hendaklah direkodkan secara bertulis oleh pegawai kanan eksais yang memeriksanya dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang itu, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai kanan eksais itu hendaklah mencatatkan pada rekod itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebab-sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu. (7) Rekod sesuatu pemeriksaan yang dibuat semasa penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana buku, dokumen atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini di mana-mana mahkamah— (a) bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau (b) bagi pelucuthakan harta menurut seksyen 66, 67 atau 69, tanpa mengambil kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang diperiksa, atau yang mengemukakan buku, dokumen atau barang itu, atau terhadap mana-mana orang lain. 102 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Kebolehterimaan pernyataaan dalam keterangan 56B. (1) Dalam mana-mana perbicaraan atau siasatan oleh sesuatu mahkamah tentang suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan atau tidak atau sama ada pernyataan itu secara lisan atau bertulis, dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak, dan sama ada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya kerana menjawab soalan, oleh orang yang tertuduh kepada atau dengan didengar oleh mana-mana pegawai eksais, dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai eksais lain atau mana-mana orang lain, hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, boleh diterima dalam perbicaraannya sebagai keterangan dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya. (2) Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan dalam pemeriksaan balas atau bagi maksud mencabar kebolehpercayaan orang yang membuat pernyataan itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan, atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah itu untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan yang berkaitan dengan prosiding terhadapnya. (3) Jika mana-mana orang ditangkap bagi kesalahan di bawah Akta ini, dia hendaklah diberi amaran mengikut perkataan yang berikut atau perkataan-perkataan yang memberi makna yang serupa: “Saya bertanggungjawab untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan berkata sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu katakan, sama ada kerana Eksais 103 menjawab soalan itu atau tidak, boleh diberikan dalam keterangan.”. (4) Pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang yang dituduh bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidak boleh dianggap tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada amaran sedemikian telah diberikan jika amaran itu tetap diberikan dengan seberapa segera yang boleh. (5) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta ini yang baginya subseksyen (1) terpakai, tidak terikat untuk menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kes itu selepas apa-apa amaran yang disebut dalam subseksyen (3) telah diberikan kepadanya. Tatacara apabila penyiasatan tidak boleh diselesai dalam tempoh dua puluh empat jam 56C. (1) Apabila mana-mana orang ditangkap dan ditahan dalam jagaan dan didapati bahawa penyiasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua puluh empat jam dan terdapat alasan bagi mempercayai bahawa tuduhan atau maklumat itu adalah kukuh, pegawai kanan eksais yang membuat penyiasatan itu di bawah Akta ini hendaklah dengan segera mengemukakan kepada Majistret sesalinan catatan dalam diari yang ditetapkan di bawah seksyen 56D berhubung dengan kes itu dan hendaklah pada masa yang sama mengemukakan orang itu di hadapan Majistret. (2) Majistret yang di hadapannya seseorang itu dikemukakan di bawah seksyen ini boleh, sama ada ia mempunyai atau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu, dari semasa ke semasa, membenarkan supaya penahanan orang itu dalam jagaan sebagaimana yang Majistret itu berpendapat sesuai untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima belas hari secara keseluruhannya. (3) Jika Majistret itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu dan berpendapat penahanan selanjutnya tidak 104 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 diperlukan, dia boleh memerintahkan supaya orang itu dikemukakan di hadapan Majistret yang mempunyai bidang kuasa itu atau, jika kes itu hanya boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi, di hadapannya sendiri atau Majistret yang lain yang mempunyai bidang kuasa dengan tujuan untuk menghantar kes itu untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi. (4) Majistret yang membenarkan penahanan di bawah seksyen ini hendaklah merekodkan sebab-sebab dia berbuat demikian. Catatan diari semasa penyiasatan 56D. (1) Tiap-tiap pegawai eksais yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini hendaklah dari hari ke hari membuat catatan prosidingnya dalam penyiasatan itu dalam suatu diari yang menyatakan— (a) masa arahan untuk penyiasatan, jika ada, sampai kepadanya; (b) masa dia memulakan dan menamatkan penyiasatan itu; (c) tempat atau tempat-tempat yang dilawati olehnya; dan (d) suatu pernyataan mengenai hal keadaan yang telah ditentukan melalui penyiasatannya. (2) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta Keterangan 1950, orang yang dituduh tidak berhak, sama ada sebelum atau semasa mana-mana prosiding di bawah Akta ini, meminta atau memeriksa apa-apa diari itu: Dengan syarat bahawa jika pegawai eksais yang telah melakukan penyiasatan itu merujuk kepada diari itu bagi maksud seksyen 159 atau 160 Akta Keterangan 1950, hanya catatan yang dirujuk oleh pegawai itu hendaklah ditunjukkan kepada orang yang dituduh itu, dan mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan. Eksais 105 Keterangan ejen provokasi boleh diterima 56E. (1) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau persubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu. (2) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai eksais atau pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya. BAHAGIAN XI PERUNTUKAN MENGENAI PERBICARAAN DAN PROSIDING 57. (Dipotong oleh Akta A1112). Majistret Kelas Satu mempunyai bidang kuasa penuh 58. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Majistret Kelas Satu hendaklah mempunyai bidang kuasa bagi membicarakan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dan bagi mengaward hukuman yang sepenuh baginya. 106 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Beban membuktikan 59. Jika, dalam sesuatu pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang-barang yang disita kerana tidak dibayar duti eksais, atau kerana sebab lain penyitaan atau bagi mendapatkan apa-apa penalti atau penalti-penalti di bawah Akta ini, suatu pertikaian timbul mengenai sama ada duti telah dibayar berkenaan dengan barang-barang itu, sama ada barang-barang itu telah secara sah dikeluarkan, ditapai, disuling, disadap atau dikilang atau diimport, atau berkenaan dengan tempat daripada mana-mana barang-barang berduti telah dibawa atau di mana barang-barang berduti itu telah dimuat atau disimpan, maka dalam tiap-tiap satu kes itu, beban membuktikannya terletak pada pihak yang didakwa dalam pendakwaan itu. Perintah mahkamah 59A. (1) Jika mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu supaya membayar kepada Ketua Pengarah amaun duti eksais yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini, jika ada, sebagaimana yang diperakukan oleh Ketua Pengarah dan duti eksais atau penalti itu boleh didapatkan mengikut cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah. (2) Bagi maksud subseksyen (1), mahkamah mempunyai bidang kuasa sivil setakat amaun duti eksais yang genap masa dan kena dibayar, dan perintah itu boleh dikuatkuasakan dalam semua keadaan sebagai suatu penghakiman muktamad mahkamah yang memihak kepada Ketua Pengarah. (3) Jika mana-mana orang didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini telah membayar amaun duti eksais yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar menurut seksyen 82A berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan. Eksais 107 Pemeriksaan sebahagian barang-barang yang disita hendaklah diterima oleh mahkamah 60. (1) Apabila apa-apa barang yang disyaki sebagai berduti atau selainnya boleh kena disita telah disita, maka memadailah dibuka dan diperiksa lima peratus sahaja daripada setiap jenis bungkusan atau bekas yang mengandungi barang-barang itu. (2) Jika didapati perlu untuk menguji mana-mana barang yang disita di bawah Akta ini, maka memadailah diuji hanya suatu contoh yang tidak melebihi lima peratus isipadu atau berat barang-barang yang diperiksa di bawah subseksyen (1). (3) Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang-barang yang terkandung dalam bungkusan-bungkusan atau bekas-bekas yang tidak dibuka itu adalah sama jenis, kuantiti dan kualitinya dengan barang-barang yang didapati dalam bungkusan-bungkusan atau bekas-bekas seumpamanya yang telah dibuka itu. Keterangan mengenai analisis boleh diberi secara bertulis 61. (1) Dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, sesuatu perakuan analisis yang berupa sebagai dibuat di bawah tandatangan seseorang ahli analisis adalah menjadi keterangan yang cukup mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya apabila perakuan itu dikemukakan oleh pendakwa, melainkan jika pihak yang didakwa menghendaki supaya ahli analisis itu dipanggil sebagai seorang saksi dan dalam hal yang demikian ia hendaklah memberi notis mengenainya kepada pendakwa tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum tarikh perbicaraan itu. (2) Begitu juga sesuatu perakuan analisis yang berupa sebagai dibuat di bawah tandatangan seseorang ahli analisis adalah menjadi keterangan yang cukup mengenai fakta-fakta yang dinyatakan dalamnya apabila perakuan itu dikemukakan oleh pihak yang didakwa, melainkan jika pendakwa menghendaki supaya ahli analisis itu dipanggil sebagai seorang saksi, dalam hal yang demikian ia hendaklah 108 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 memberi notis mengenainya kepada pihak yang didakwa tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum tarikh perbicaraan itu. (3) Suatu salinan perakuan yang tersebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dihantar kepada pihak yang didakwa atau pendakwa sekurang-kurangnya sepuluh hari genap sebelum tarikh perbicaraan itu, dan jika ia tidak dihantar sedemikian maka mahkamah boleh menangguhkan perbicaraan itu dengan syarat yang difikirkannya patut. (4) Ahli-ahli analisis adalah diwajibkan oleh Akta ini menyatakan perkara yang benar dalam perakuan analisis di bawah tandatangan mereka. (5) Dalam seksyen ini, “penganalisis” ertinya— (a) seorang ahli kimia berdaftar di bawah Akta Ahli Kimia 1975 [Akta 158] atau seseorang yang diberi kuasa di bawah seksyen 23A Akta itu, atau pekerjanya yang bekerja di bawah penyeliaannya; (b) seorang jurutera berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138]; (c) seorang ahli geologi berdaftar di bawah Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689]; (d) Merinyu Timbang dan Sukat yang dilantik sebagai sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan timbang dan sukat yang berkuat kuasa di Malaysia; (e) ahli agronomi; (f) ahli kajitumbuhan; (g) ahli kajipenyakit tumbuh-tumbuhan; dan (h) ahli kajiserangga tumbuh-tumbuhan. Eksais 109 (5A) Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri berkaitan, melantik mana-mana orang yang berkelayakan atau golongan orang yang berkelayakan melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai penganalisis bagi maksud seksyen ini. (6) Jika seseorang ahli analisis dipanggil oleh pihak kena tuntut sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan pihak kena tuntut. (7) Jika dalam sesuatu perbicaraan atau prosiding yang diadakan di bawah Akta ini adalah perlu untuk menentukan kandungan alkohol bagi apa-apa likuor, perakuan seseorang pegawai kanan eksais mengenai kandungan alkohol itu hendaklah diterima seolah-olah pegawai itu adalah seorang ahli analisis, dan bagi sesuatu kes seperti itu subseksyen (1), (4) dan (6) hendaklah terpakai dengan cara yang sama dan setakat yang sama seolah-olah pegawai tersebut adalah seorang ahli analisis. Peruntukan keterangan 61A. (1) Bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai eksais yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah yang menjadi sebahagian daripada atau yang dilampirkan kepada maklumat, tuntutan atau pernyataan tuntutan itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya. (2) Jika suatu transkrip mengenai apa-apa butir-butir yang terkandung dalam suatu akuan atau dokumen lain yang berhubungan dengan duti eksais diperaku dengan ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai eksais yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah sebagai suatu salinan benar butir-butir itu, transkrip itu hendaklah menjadi keterangan prima facie sebagai bukti butir-butir itu. (3) Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang tidak boleh diterima dalam keterangan terhadap orang itu dalam apa-apa prosiding terhadapnya 110 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 yang seksyen ini terpakai baginya semata-mata oleh sebab bahawa orang itu telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan itu atau mengemukakan dokumen itu atas apa-apa dorongan atau janji yang diberi atau dibuat secara sah oleh mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi di bawah, atau diambil kerja dalam pentadbiran Akta ini. (4) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan perjalanan kuat kuasa Bab IX Bahagian III Akta Keterangan 1950. (5) Bagi maksud perenggan 74(1)(e) dan seksyen 74B dan 74C, jika dalam apa-apa prosiding dibuktikan bahawa apa-apa pernyataan atau catatan palsu telah dibuat dalam apa-apa akuan yang diberikan di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang, atau dalam apa-apa buku akaun atau rekod mana-mana orang— (a) orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu atau telah menyebabkan pernyataan atau catatan palsu itu dibuat atau telah membenarkan ia dibuat dengan niat untuk mengelak pembayaran duti eksais atau untuk memperoleh suatu pemulangan balik atau pulangan cukai bagi duti eksais yang orang itu tidak berhak kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) mana-mana orang lain yang membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu dengan niat untuk membantu orang yang disebut dalam perenggan (a) untuk mengelak pembayaran duti eksais atau untuk memperoleh pemulangan balik atau pulangan cukai bagi duti eksais yang orang yang disebut dalam perenggan (a) itu tidak berhak kepadanya. (6) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, jika mana-mana pegawai eksais telah memperoleh apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam melaksanakan kuasanya di bawah Akta ini, dokumen atau salinan dokumen itu atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang Eksais 111 berkenaan, hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini. (7) Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertai dengan suatu perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai eksais. (8) Subseksyen (7) hendaklah terpakai bagi suatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai eksais di dalam atau di luar Malaysia. Bukti mengenai pendaftaran atau pelesenan kenderaan dalam Malaysia dan Singapura 62. Jika adalah berkaitan dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini supaya dipastikan butir-butir mengenai pendaftaran dan pelesenan sesuatu kenderaan yang didaftarkan atau dilesen dalam sesuatu pelabuhan atau tempat dalam Malaysia atau Singapura, sesuatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab atas pendaftaran atau pelesenan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa dalam Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau dalam Singapura hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai segala butir berkenaan dengan pendaftaran atau pelesenan yang terkandung dalamnya, dan beban membuktikan ketidakbetulan apa-apa butir yang dinyatakan dalam perakuan itu hendaklah terletak atas orang yang menafikan kebetulan butir-butir itu. 112 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Bukti tentang tanan atau binaan sesuatu pesawat 62A. (1) Jika dalam mana-mana pendakwaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, adalah relevan untuk menentukan tanan atau binaan atau butir-butir lain yang memperihalkan identiti sesuatu pesawat, dan jika mana-mana butir ini yang berhubungan dengan identiti pesawat itu dipersoalkan, maka apa-apa dokumen yang dikemukakan oleh pihak pendakwa yang berupa sebagai suatu perakuan berkenaan dengan apa-apa perkara sedemikian yang diberikan dan ditandatangani oleh mana-mana pegawai yang bertanggungjawab bagi perkara sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Malaysia hendaklah boleh diterima sebagai keterangan, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan tentang kandungannya, termasuk fakta yang dinyatakan di dalamnya, tanpa bukti tandatangan pada perakuan itu. (2) Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis atau rukun keterangan lain yang berlawanan. Bukti tentang ketepatan kompas, radar, dsb. 62B. Jika dalam mana-mana prosiding perlu dibuktikan ketepatan sesuatu kompas, radar atau apa-apa alat pelayaran lain, sesuatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seorang syahbandar atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab berkenaan dengan kompas, radar atau apa-apa alat pelayaran lain itu, hendaklah boleh diterima oleh mahkamah sebagai bukti prima facie tentang fakta yang diperakui dalam perakuan itu. Bukti tentang duti timbal balas, anti-lambakan dan perlindungan yang kena dibayar 62C. Jika dalam mana-mana prosiding perlu dibuktikan amaun duti timbal balas, anti-lambakan atau perlindungan yang kena dibayar, pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Eksais 113 Pengarah yang menyatakan amaun duti yang kena dibayar itu hendaklah menjadi kuasa yang cukup bagi mahkamah untuk memberikan penghakiman bagi amaun itu. Cara penyitaan tidak boleh disiasat dalam perbicaraan atau dalam rayuan kepada Mahkamah Tinggi 63. Dalam sesuatu perbicaraan di hadapan mana-mana mahkamah, dan dalam sesuatu prosiding atas rayuan kepada Mahkamah Tinggi, berhubung dengan penyitaan barang-barang yang tertakluk pada lucut hak di bawah Akta ini mahkamah hendaklah terus mengadakan perbicaraan itu atau mendengar rayuan itu hanya mengenai merit kes itu tanpa menyiasat tentang cara atau gaya sesuatu penyitaan itu dibuat kecuali setakat mana cara dan gaya penyitaan itu boleh menjadi keterangan mengenai merit kes itu. Kewajipan kerahsiaan 63A. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 64, nama, alamat, nombor kad pengenalan dan nombor pasport seseorang pemberi maklumat dan isi maklumat yang diterima daripada seseorang pemberi maklumat hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh dizahirkan oleh mana-mana pegawai yang hak atau mana-mana orang yang dalam perjalanan biasa tugasnya memperoleh atau mengawal atau mendapat akses kepada maklumat itu kepada mana-mana orang kecuali pegawai eksais ditetapkan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah. (2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya. 114 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui 64. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada seseorang saksi dalam sesuatu prosiding sivil atau jenayah boleh diwajibkan atau dibenarkan menzahir nama atau alamat seseorang pemberi maklumat, atau isi maklumat yang diterima daripadanya, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan ia diketahui. (2) Jika sesuatu buku, dokumen atau kertas, yang menjadi keterangan atau boleh dikenakan pemeriksaan dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah, adalah mengandungi sesuatu catatan dalam mana seseorang pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mana mungkin menyebabkan ia diketahui, maka mahkamah hendaklah menyebabkan semua bahagian itu dipadamkan atau ditutup supaya tidak dapat dilihat setakat mana yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui. (3) Jika dalam perbicaraan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, mahkamah, selepas menyiasat dengan sepenuhnya mengenai kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan matan yang diketahui atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam sesuatu prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat berhasil dengan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa dizahirkan pemberi maklumat itu, maka adalah sah bagi mahkamah menghendaki dikemukakan pengaduan asal itu, jika secara bertulis, dan membenarkan penyiasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya mengenai pemberi maklumat itu. Kerahsiaan maklumat 64A. (1) Mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini, hendaklah menganggap dan menguruskan semua maklumat, dokumen Eksais 115 atau akuan yang berhubungan dengan pengimportan, pengeksportan, penilaian atau penjenisan apa-apa barang-barang sebagai rahsia. (2) Tertakluk pada subseksyen (4), mana-mana orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat atau akuan, atau salinannya, yang berhubungan dengan pengimportan, pengeksportan, penilaian atau penjenisan apa-apa barang-barang, yang pada bila-bila masa, selain bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata Ketua Pengarah— (a) menyampaikan maklumat itu atau apa-apa yang terkandung dalam dokumen atau akuan itu, atau salinannya, kepada mana-mana orang; atau (b) membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat itu atau kepada apa-apa yang terkandung dalam dokumen atau akuan itu, atau salinannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya. (3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini boleh dikehendaki— (a) untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa maklumat, dokumen atau akuan; atau (b) untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini, atau bagi memulakan suatu pendakwaan, atau dalam perjalanan suatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini. 116 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (4) Ketua Pengarah boleh menghantar atau menyampaikan apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (2) sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat atau perlu untuk membenarkan pendedahan maklumat tertentu kepada mana-mana orang. Barang-barang yang boleh dikenakan penyitaan boleh dikenakan lucut hak 65. (1) Semua barang-barang yang boleh dikenakan penyitaan di bawah Akta ini boleh dikenakan lucut hak. (2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 66, 67, 68 dan 69 perkataan “barang-barang” hendaklah disifatkan termasuk bekas dan pengangkut selain vesel yang melebihi dua ratus tan berat-tan bersih yang didaftarkan. (3) Semua benda yang dilucut hak hendaklah diserahkan kepada pegawai yang hak dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Ketua Pengarah. Mahkamah hendaklah memerintahkan barang-barang yang disita dilupuskan 66. (1) Sesuatu perintah bagi lucut hak atau pelepasan sesuatu benda yang boleh dikenakan lucut hak di bawah peruntukan Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya sesuatu pendakwaan mengenainya telah diadakan. (2) Suatu perintah bagi lucut hak barang-barang hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu adalah hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. Eksais 117 (3) Amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b) atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan (1)(c) tersebut hendaklah dilucuthakkan oleh mahkamah jika dibuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang yang berkenaan dengannya amaun itu telah dijamin atau dihasilkan melalui jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun mungkin telah disabitkan atas kesalahan itu. Barang-barang yang disita yang berkenaan dengannya tiada pendakwaan, atau hasil jualannya, adalah terlucut hak jika tidak dituntut dalam masa satu bulan 67. (1) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini, barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu yang dipegang menurut perenggan 55(1)(c) hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis barang-barang itu disita melainkan jika, sebelum tamat tempoh itu— (a) tuntutan terhadap barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu dibuat di bawah subseksyen (2); (b) suatu permohonan bertulis dibuat bagi pemulangan barang-barang itu di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b); atau (c) barang-barang itu dipulangkan di bawah perenggan (a) atau (b) yang tersebut. (2) Mana-mana orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bahawa barang-barang atau hasil jualan itu tidak boleh dikenakan perlucuthakan boleh memberikan notis bertulis kepada pegawai kanan eksais bahawa dia menuntut barang-barang atau hasil jualan itu. 118 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (3) Jika terdapat suatu tuntutan atau suatu permohonan bertulis yang dibuat dalam tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dibuat mengenai barang-barang itu, pegawai kanan eksais itu hendaklah, pada tamatnya tempoh tiga puluh hari, merujuk tuntutan atau permohonan itu kepada Ketua Pengarah. (3A) Apabila dirujuk oleh pegawai kanan eksais di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh mengarahkan pegawai kanan eksais itu— (a) untuk melepaskan barang-barang itu atau hasil jualan barang- barang itu atau sekuriti yang diberikan di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b); atau (b) melalui pemakluman dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, supaya merujuk perkara itu kepada Majistret Kelas Satu untuk keputusannya. (4) Majistret Kelas Satu itu hendaklah mengeluarkan saman yang menghendaki orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu, dan orang yang daripadanya barang-barang itu disita, hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, selepas dibuktikan penyampaian sewajarnya saman itu, Majistret Kelas Satu itu hendaklah terus memeriksa perkara itu, dan apabila ada bukti bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang-barang itu menjadi hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, dilucuthakkan, atau jika bukti sedemikian, boleh memerintahkan supaya dilepaskan barang-barang itu atau hasil jualan barang-barang itu atau apa-apa sekuriti yang diberikan di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b), mengikut mana-mana yang berkenaan. (5) Dalam apa-apa prosiding di bawah subseksyen 59(4), seksyen 59 hendaklah terpakai bagi orang yang menuntut bahawa dialah pemunya barang-barang itu dan bagi orang yang daripadanya Eksais 119 barang-barang itu disita seolah-olah pemunya atau orang itu menjadi pihak yang didakwa dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini. Barang-barang atau amaun terlucut hak boleh diserahkan atau dibayar balik kepada pemunya atau orang lain 68. Menteri boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya secara bertulis melalui Ketua Pengarah, memerintahkan supaya— (a) apa-apa barang yang disita di bawah Akta ini; atau (b) apa-apa amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b) atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan (1)(c) yang tersebut itu, sama ada yang terlucut hak atau yang diambil atau yang disifatkan terlucut hak menurut seksyen 66, 67 atau 69, diserahkan, atau dibayar balik, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada pemunya atau orang lain yang berhak kepadanya apabila dibayar amaun atas terma-terma dan syarat-syarat yang difikirkannya patut: Dengan syarat bahawa apa-apa permohonan sedemikian hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh satu bulan dari tarikh barang-barang itu atau amaun itu terlucut hak atau diambil atau disifatkan terlucut hak, mengikut mana-mana yang berkenaan. Pengkompaunan kesalahan 69. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan menetapkan— (a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari di bawahnya sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; (b) kriteria untuk mengkompaun kesalahan itu; dan (c) cara dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu. 120 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (2) Mana-mana pegawai kanan eksais boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu. (3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa–apa pendakwaan ke atasnya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat. (5) Apabila amaun wang itu dibayar dan jika apa-apa barang-barang telah disita dan barang-barang itu— (a) ialah barang-barang berduti kilangan tempatan, barang-barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b) atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan 55(1)(c), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilucut hak dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap barang-barang itu; (b) ialah barang-barang import berduti, barang-barang itu atau amaun yang dijamin di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b) atau amaun yang dihasilkan melalui jualan di bawah perenggan 55(1)(c), mengikut mana-mana yang berkenaan, Eksais 121 hendaklah dilucut hak melainkan jika duti eksais yang kena dibayar telah dibayar dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembayaran amaun wang itu. (6) Walau apa pun perenggan (5)(a), Ketua Pengarah boleh atas permohonan orang itu melepaskan barang-barang itu atau memulangkan amaun yang dihasilkan melalui jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila dibayar amaun wang itu dan atas terma dan syarat-syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah. Kos memegang barang-barang, dokumen atau benda yang disita 69A. Jika apa-apa barang-barang, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan pegawai eksais sementara menunggu penyelesaian mana-mana prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos memegang barang-barang, dokumen atau benda itu dalam jagaan hendaklah, dalam keadaan mana-mana orang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan balik dengan sewajarnya. Tiada apa-apa kos atau ganti rosak yang timbul daripada penyitaan boleh dituntut melainkan jika penyitaan tanpa sebab yang berpatutan 70. Tiada seorang pun boleh, dalam sesuatu prosiding di hadapan sesuatu mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang-barang yang disita pada menjalankan atau pada berupa menjalankan sesuatu kuasa yang diberi di bawah Akta ini, berhak mendapat kos-kos prosiding itu atau apa-apa ganti rosak atau relif lain selain daripada sesuatu perintah untuk dipulangkan barang-barang itu atau dibayar nilai barang-barang itu melainkan jika penyitaan itu telah dilakukan tanpa sebab yang berpatutan. 122 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 BAHAGIAN XII KESALAHAN DAN PENALTI Penalti bagi membuat pernyataan tidak betul dan bagi memalsukan dokumen 71. Sesiapa jua yang— (a) membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani sesuatu pernyataan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini, yang mana adalah tidak benar atau tidak betul mengenai apa-apa butir; (b) membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani sesuatu pernyataan atau dokumen yang dibuat untuk dipertimbangkan oleh mana-mana pegawai eksais mengenai sesuatu permohonan yang dikemukakan kepadanya, yang mana adalah tidak benar atau tidak betul mengenai apa-apa butir; (c) melancung atau menyebabkan dilancungkan atau memalsukan atau menyebabkan dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki di bawah Akta ini atau digunakan dalam transaksi apa-apa urusan atau perkara yang berhubungan dengan eksais, atau menggunakan atau menyebabkan digunakan atau dalam apa-apa cara membantu dalam penggunaan dokumen yang dilancungkan atau dipalsukan itu; (d) secara fraud mengubah sesuatu dokumen atau melancung meteri, tandatangan, tandatangan ringkas atau tanda lain bagi, atau yang digunakan oleh, seseorang pegawai eksais untuk mengesahkan sesuatu dokumen itu atau untuk sekuriti bagi apa-apa barang-barang atau bagi apa-apa maksud lain pada menjalankan urusan berhubung dengan eksais; Eksais 123 (e) yang dikehendaki oleh Akta ini supaya membuat suatu akuan barang-barang berduti yang diimport, tidak membuat akuan itu sebagaimana yang dikehendaki; atau (f) tidak atau enggan mengemukakan kepada seorang pegawai yang hak apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah subseksyen 41(3), melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Peruntukan khas berhubung dengan pernyataan, dsb. yang tidak betul, di bawah seksyen 71 72. (1) Apabila sesuatu pernyataan atau pengakuan itu, sama ada secara lisan atau bertulis, atau sesuatu perakuan atau lain-lain dokumen itu sebagaimana yang disebut dalam perenggan 71(a), (b), (c) dan (e) telah dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul atau dilancung atau dipalsukan pada kesemuanya atau pada sebahagiannya, maka tidaklah menjadi pembelaan mengatakan bahawa pernyataan atau pengakuan, perakuan atau dokumen lain itu telah dibuat atau digunakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau bahawa orang yang menandatanganinya itu tidak sedar akan, atau tidak faham akan kandungan, dokumen itu; atau jika sesuatu pernyataan atau pengakuan telah dibuat atau direkodkan dalam Bahasa Kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris secara diterjemahkan daripada sesuatu bahasa lain bahawa pernyataan atau pengakuan itu telah salah diterjemahkan oleh atau tidak diterjemahkan dengan sepenuhnya oleh seseorang jurubahasa yang diadakan oleh orang yang membuat akuan itu. (2) Bagi maksud seksyen 71 dan seksyen ini, “dipalsukan” berhubung dengan sesuatu dokumen hendaklah disifatkan sebagai meliputi sesuatu dokumen yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir matan, dan “memalsukan” mempunyai erti yang serupa. 124 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Penalti bagi enggan menjawab soalan atau bagi memberi maklumat palsu 73.
Part document.segment-5
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 5
- document.segment-5 Verify source ↗
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 5
AI-assisted research summary: The provision creates excise-duty offences and penalties, and gives the Minister and Director General powers to make regulations and set declaration procedures for goods moved to the main customs area.
(1) Sesiapa jua, yang dikehendaki oleh Akta ini memberi apa-apa maklumat yang mungkin munasabah dikehendaki daripadanya oleh pegawai yang hak dan yang adalah dalam kuasanya untuk memberi, atau mengemukakan kepada pegawai itu dokumen-dokumen yang adalah dalam kuasanya untuk mengemukakan, enggan memberi maklumat itu atau memberi sebagai benar maklumat yang ia ketahui atau ada sebab mempercayai sebagai palsu, atau enggan mengemukakan dokumen itu boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya. (2) Apabila sesuatu maklumat itu dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada kesemuanya atau pada sebahagiannya, maka tidaklah menjadi pembelaan mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian daripadanya telah diberi dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau telah salah diterjemahkan atau tidak diterjemahkan dengan sepenuhnya oleh seseorang jurubahasa yang diadakan oleh pemberi maklumat itu. Penalti bagi perbuatan melarikan duti eksais dan bagi mengilang secara menyalahi undang-undang barang-barang berduti 74. (1) Sesiapa jua yang— (a) secara berlawanan dengan peruntukan Akta ini menerima masuk ke dalam atau ada dalam milik, jagaan atau kawalannya apa-apa barang-barang yang atasnya duti eksais yang boleh dilevi di sisi undang-undang tidak dibuktikan sebagai telah dibayar atau yang telah disuling, ditapai ataupun dikilang atau diimport dengan menyalahi undang-undang; (b) membantu ataupun mengambil bahagian dalam memindahkan atau mengeluarkan dengan menyalahi undang-undang apa-apa barang-barang berduti daripada Eksais 125 sesuatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain barang-barang berduti atau daripada mana-mana gudang berlesen atau kawalan eksais atau tempat keselamatan dalam mana barang-barang berduti mungkin telah diletakkan; (c) dengan diketahuinya melindungi, menyimpan, menyembunyi atau memiliki, atau membenar, membiar, menyebabkan atau mendapatkan supaya dilindungi, disimpan atau disembunyikan apa-apa barang-barang berduti yang telah dipindahkan dengan menyalahi undang-undang; (d) dengan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam mengangkut, memindah, meletak atau menguruskan apa-apa barang-barang berduti dengan niat hendak memfraud Kerajaan daripada mendapat apa-apa duti atasnya, atau hendak mengecewakan mana-mana daripada peruntukan Akta ini; (e) dengan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam melarikan atau cuba melarikan apa-apa duti eksais secara fraud; (f) dengan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa cara dalam menyuling, menapai ataupun mengilang apa-apa barang-barang berduti, atau mengilang apa-apa tembakau, bersalahan dengan peruntukan seksyen 20; (g) kecuali dengan kuasa yang sah, membuka, memecah, mengubah atau dengan apa-apa cara mengganggu apa-apa mangga, meteri, tanda atau ikatan lain yang dipasang oleh seseorang pegawai yang hak; (h) tanpa sebab yang berpatutan mengganggu dengan apa-apa cara sesuatu vesel, kapal udara, kereta, alat atau benda lain yang digunakan untuk apa-apa maksud berkenaan dengan eksais; (i) yang terlibat dalam mengimport apa-apa barang menyalahi eksais sama ada barang menyalahi eksais itu dikapalkan, diturunkan dari kapal, dihantar serah atau tidak; 126 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (j) mengkapalkan, menurunkan dari kapal, menghantar serah atau membantu atau terlibat dalam mengkapalkan, menurunkan dari kapal atau menghantarserahkan apa-apa barang menyalahi eksais; atau (k) selaku seorang penumpang atau orang lain didapati mempunyai dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam miliknya, selepas menafikan bahawa dia mempunyai apa-apa barang berduti dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam miliknya, apa-apa barang berduti, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan— (i) dalam hal barang-barang yang dikilangkan secara tempatan selain rokok yang mengandungi tembakau dan likuor yang memabukkan— (A) bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan (B) bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya: Eksais 127 Dengan syarat bahawa apabila tiada duti eksais terlibat atau amaun duti eksais tidak dapat ditentukan, penalti itu boleh merupakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; (ii) dalam hal barang-barang yang diimport selain rokok yang mengandungi tembakau dan likuor yang memabukkan— (A) bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya; dan (B) bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun, atau kedua-duanya: Dengan syarat bahawa jika amaun duti eksais itu tidak dapat ditentukan, penalti itu boleh merupakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; (iii) dalam hal rokok yang mengandungi tembakau atau likuor yang memabukkan yang dikilangkan secara tempatan— 128 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (A) bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan (B) bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau dua ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; dan (iv) dalam hal rokok yang mengandungi tembakau atau likuor yang memabukkan yang diimport— (A) bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan (B) bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais atau dua ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh Eksais 129 kali amaun duti eksais atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. (2) Dalam sesuatu pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai barang-barang berduti dengan diketahui oleh pihak yang didakwa melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh pihak yang didakwa itu. Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan data yang disimpan dalam komputer 74A. (1) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang diberikan oleh Ketua Pengarah— (a) memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan dalam, atau digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; (b) memasukkan ke dalam, atau merekod atau menyimpan di dalam, suatu komputer dengan apa-apa cara data bagi maksud— (i) memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data lain yang disimpan dalam komputer itu; atau (ii) mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan sah komputer itu, atau data yang disimpan di dalam komputer itu; atau (c) dengan cara lain menggunakan komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengurangkan, mengelak atau lari daripada apa-apa tanggungan terhadap duti eksais, yang dikenakan atau yang sepatutnya dikenakan oleh Akta ini, atau untuk menggagalkan mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu 130 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (2) Dalam seksyen ini, “data” termasuklah apa-apa program komputer atau sebahagian daripada suatu program komputer. Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan tuntutan pulangan cukai 74B. Mana-mana orang yang memperoleh, atau melakukan apa-apa yang membolehkan mana-mana orang lain memperoleh, apa-apa amaun melalui pulangan cukai apa-apa duti eksais berkenaan dengan apa-apa barang-barang yang tidak dibayar atau dibenarkan secara sah mengenainya, atau yang lebih tinggi daripada amaun yang dibayar atau dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga kali ganda amaun duti itu atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Penalti bagi kesalahan yang berhubungan dengan tuntutan pemulangan balik 74C. Mana-mana orang yang memperoleh, atau melakukan apa-apa yang membolehkan mana-mana orang lain memperoleh, pemulangan balik apa-apa wang di bawah perenggan 11(2)(b) atau seksyen 13, bagi apa-apa amaun melebihi amaun yang sepatutnya dipulang balik, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga kali ganda amaun melebihi amaun yang sepatutnya dipulangkan balik itu atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. Eksais 131 Penalti bagi memiliki alat suling, dsb. 75. Tiap-tiap orang, lain daripada seseorang yang dilesen atau dikecualikan daripada dilesen di bawah subseksyen 20(1), yang dengan diketahuinya menyimpan atau ada dalam miliknya sesuatu alat suling, perkakas atau alat lain untuk menyuling, menapai ataupun mengilang barang-barang berduti atau apa-apa jentera untuk mengilang tembakau, boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, atau penjara dan denda itu kedua-duanya. Penalti bagi menjual likuor tanpa lesen 76. Seseorang yang menjual likuor yang memabukkan dengan apa-apa cara melainkan dengan mengikut sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 35(1) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. Penalti bagi menyerang atau menghalang pegawai eksais dan merebut kembali barang 77. Tiap-tiap orang yang— (a) menyerang, menghalang, menggalang, mengugut atau mencabul seseorang pegawai eksais, atau pekhidmat awam lain, atau seseorang yang bertindak bagi membantunya, atau yang diguna khidmat dengan sewajarnya untuk mencegah kesalahan di bawah Akta ini, bagi melaksanakan kewajipannya atau bagi menyita dengan sewajarnya apa-apa barang yang boleh dikenakan penyitaan di bawah Akta ini; (b) merebut kembali atau berusaha merebut kembali atau menyebabkan supaya direbutkan kembali, apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya atau mana-mana orang yang telah ditahan; atau 132 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (c) sebelum atau selepas sesuatu penyitaan, menebuk, memecah atau pun memusnahkan mana-mana vesel, bekas, pemuat atau bungkusan, atau kandungannya, untuk mencegah ia daripada disita atau diperoleh, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh— (i) apabila disabitkan kali pertama, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya; dan (ii) apabila disabitkan kali kedua atau kali kemudiannya, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya. Penalti bagi menerima atau menawarkan rasuah dan bagi menyalahgunakan kuasa 78. (1) Jika mana-mana pegawai eksais atau orang lain yang diguna khidmat dengan sewajarnya untuk mencegah kesalahan di bawah Akta ini— (a) melakukan sesuatu penyitaan dengan berpakat sulit atau menyerahkan balik apa-apa barang, atau membuat sesuatu perjanjian untuk menyerahkan balik atau supaya jangan menyita pengangkut atau apa-apa barang yang boleh dikenakan penyitaan; (b) menerima, bersetuju menerima, atau cuba memperoleh apa-apa rasuah, ganjaran, balasan atau hadiah kerana mencuaikan atau tidak melaksanakan kewajipannya; (c) berkomplot dengan atau membiarkan mana-mana orang melakukan sesuatu perbuatan atau perkara dengan mana hasil eksais adalah atau mungkin difraudkan, atau yang mana adalah berlawanan dengan Akta ini atau dengan pelaksanaan yang sewajarnya akan kewajipannya; atau Eksais 133 (d) (i) dengan diketahuinya menuntut daripada mana-mana orang suatu amaun lebih daripada duti yang dibenarkan; (ii) menahan untuk kegunaannya sendiri atau untuk apa-apa kegunaan lain sesuatu bahagian daripada amaun duti yang telah dipungut; (iii) mengemukakan suatu penyata palsu, sama ada secara lisan atau bertulis, mengenai amaun duti yang telah dipungut atau diterima olehnya; (iv) memfraud mana-mana orang, menggelapkan apa-apa wang, atau pun menggunakan kedudukannya untuk menguruskan eksais secara salah; atau (v) dengan tidak diberi kuasa di bawah Akta ini memungut atau cuba memungut duti, tiap-tiap pegawai yang melakukan kesalahan sedemikian adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara dan denda itu kedua-duanya. (2) Mana-mana pegawai eksais yang didapati semasa bertugas ada dalam miliknya apa-apa wang bersalahan dengan apa-apa peraturan-peraturan jabatan yang dikeluarkan secara bertulis hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah menerima wang itu bersalahan dengan subseksyen (1). (3) Jika seseorang pegawai eksais mempunyai syak yang munasabah bahawa seseorang pegawai eksais lain yang lebih rendah pangkatnya daripadanya mempunyai dalam miliknya apa-apa wang yang diterima dengan melanggar perenggan (1)(b) dia boleh memeriksa pegawai lain itu. 134 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Kesalahan yang penalti tidak ada diperuntukkan baginya 79. Tiap-tiap ketinggalan atau kecuaian daripada mematuhi dan tiap-tiap perbuatan yang dilakukan atau cuba dilakukan berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau apa-apa pelanggaran syarat dan sekatan yang tertakluk padanya, atau yang atasnya, sesuatu lesen atau permit adalah dikeluarkan atau apa-apa pengecualian diberikan di bawah Akta ini, adalah suatu kesalahan terhadap Akta ini dan berkenaan dengan sesuatu kesalahan itu yang tidak ada apa-apa penalti diperuntukkan baginya dengan nyata, pesalah itu boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama suatu tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya. Cubaan dan persubahatan 80. Sesiapa jua yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini, atau yang bersubahat melakukan sesuatu kesalahan itu, hendaklah dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Dihukum penjara kerana tidak membayar denda 81. Walau apa pun peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], tempoh penjara yang dikenakan oleh sesuatu mahkamah kerana tidak membayar sesuatu denda di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau kerana tidak ada sesuatu tahan-harta yang mencukupi bagi menjelaskan sesuatu denda itu, ialah sesuatu tempoh yang pada pendapat mahkamah adil bagi kes itu, tetapi bagaimanapun tidak boleh lebih daripada maksimum yang ditetapkan mengikut skala yang berikut: Eksais 135 Jika denda itu— tempoh itu boleh dilanjutkan sehingga tidak melebihi lima ribu ... dua bulan ringgit melebihi lima ribu ringgit ... empat bulan tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ... enam bulan ribu ringgit dengan tambahan dua bulan bagi tiap-tiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit yang pertama bagi denda itu sehingga sampai suatu tempoh maksimum selama enam tahun: Dengan syarat sentiasa bahawa— (a) jika sebelum tamat tempoh penjara itu sesuatu kadar denda itu dibayar atau dilevi tidak kurang daripada kadar bahagian tempoh yang belum tamat itu, maka penjara itu hendaklah tamat; (b) jika seseorang dihukum denda dan penjara kedua-duanya, dan denda yang tidak dibayar itu ditukar kepada penjara, maka penjara itu hendaklah menjadi tambahan kepada penjara yang diperintahkan oleh hukuman yang asal itu. Tanggungan bersesama dan berasingan pengarah, dsb. 81A. (1) Jika apa-apa duti eksais kena dibayar oleh— (a) syarikat; (b) firma; atau 136 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (c) pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain, maka, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini atau dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, pengarah syarikat itu atau pekongsi firma itu atau anggota pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bersama dengan syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu bertanggungan bersesama dan berasingan bagi duti eksais yang kena dibayar. (2) Berkenaan dengan sesuatu syarikat yang sedang digulungkan, pengarah syarikat itu hanya bertanggungan sedemikian jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang kena dibayar, selepas membayar apa-apa jumlah wang yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 1965 berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu. Kesalahan oleh kumpulan orang dan oleh pekhidmat dan ejen 82. (1) Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh sesuatu syarikat, sesuatu firma, sesuatu pertubuhan, sesuatu persatuan atau kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya atau seseorang pekongsi syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu atau telah berupa sebagai bertindak atas sifat itu hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan jika ia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkannya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha bagi mencegah kesalahan itu daripada dilakukan sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandang kepada jenis tugasnya atas sifat itu dan kepada semua hal keadaan itu. CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777. Eksais 137 (2) Jika mana-mana orang patut dikenakan di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, sesuatu hukuman, penalti atau lucut hak bagi sesuatu perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau kemungkiran, ia boleh dikenakan hukuman, penalti atau lucut hak yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau kemungkiran seseorang kerani, penjawat atau ejen, atau kerani atau penjawat ejen itu, dengan syarat bahawa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau kemungkiran itu telah dilakukan oleh kerani atau penjawat itu pada masa menjalankan pekerjaannya, atau oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak orang itu, atau oleh kerani atau penjawat ejen itu apabila bertindak pada masa menjalankan pekerjaannya dalam hal keadaan yang jika sekiranya perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau kemungkiran itu dilakukan oleh ejen itu prinsipalnya akan tetap bertanggungan di bawah seksyen ini. Duti eksais, dsb., hendaklah kena dibayar walau apa pun apa-apa prosiding, dsb. 82A. Pemulaan prosiding atau pengenaan suatu penalti, denda atau tempoh pemenjaraan di bawah Akta ini, atau pengkompaunan suatu kesalahan di bawah seksyen 69, tidak melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan untuk membayar duti eksais, surcaj, penalti, fi atau wang lain di bawah Akta ini. Hadiah 83. Ketua Pengarah boleh memerintahkan apa-apa hadiah yang difikirkannya patut dibayar kepada seseorang pegawai eksais atau orang lain bagi perkhidmatan yang diberi berhubung dengan mendapatkan diketahui perbuatan melarikan duti eksais atau perkara lain mengecewakan Akta ini dan boleh berkenaan dengan sesuatu penyitaan yang dibuat di bawah Akta ini memerintahkan dibayar apa-apa hadiah yang difikirkannya patut kepada orang yang melakukan penyitaan itu atau yang dengan bantuannya penyitaan itu telah dilakukan. 138 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Tindakan pegawai awam tidak menjadi kesalahan 84. Tiada apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang pegawai awam pada masa menjalankan kewajipannya boleh disifatkan sebagai suatu kesalahan di bawah Akta ini. BAHAGIAN XIII PERATURAN-PERATURAN Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 85. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menguatkuasakan Akta ini. (2) Khususnya, dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh— (a) mengatur kuasa dan kewajipan yang hendaklah dijalan dan dilaksanakan oleh pegawai eksais; (b) mengatur penjalanan semua perkara berhubung dengan pemungutan duti eksais; (ba) mengawal selia pengendalian semua perkara yang berhubungan dengan ketetapan kastam; (bb) menetapkan dan mengenakan fi yang berhubungan dengan ketetapan kastam dan memperuntukkan cara pungutan dan bayaran fi itu; (bc) (Dipotong oleh Akta A1670); (bd) menentukan nilai bagi maksud pungutan duti eksais; (c) mengatur perjalanan urusan Lembaga Pelesenan, pengeluaran dan pindah milik lesen di bawah kuasa Lembaga itu dan bayaran bagi lesen atau bagi pindah milik lesen itu; Eksais 139 (d) mengatur pengurusan premis berlesen oleh Lembaga Pelesenan; (e) menetapkan borang yang hendak digunakan di bawah dan bagi maksud yang berhubung dengan seksyen 35; (f) menetapkan hari dan waktu dalam masa mana sesuatu pejabat eksais, gudang eksais awam atau gudang berlesen boleh dibuka untuk urusan; (g) mengatur peletakan, jagaan dan penarikan balik barang dalam dan daripada gudang eksais awam dan gudang berlesen, dan pengurusan dan pengawalan barang itu; (h) (Dipotong oleh Akta A1594); (i) mengatur pembinaan, pemeriksaan, penyeliaan, pengurusan dan pengawalan premis berlesen di bawah seksyen 20 dan pasangan, alat, jentera dan perkakas yang disenggara dalamnya, termasuk meteri dan timbang, lampu, tangga, dan alat kelengkapan lain yang perlu bagi membolehkan seseorang pegawai yang hak mengira atau menyemak dengan menimbang, mengukur atau menyukat, semua barang-barang atau bahan berduti dalam premis itu; (j) mengatur waktu dalam masa mana pengilangan boleh atau tidak boleh dilakukan dan dalam masa mana barang-barang boleh dipindahkan daripada premis berlesen di bawah Akta ini; (k) menetapkan tempat kediaman yang hendak diadakan dengan percuma oleh pengilang berlesen di bawah seksyen 20 bagi mana-mana pegawai eksais sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah bagi pengawalan premis berlesen itu; (l) mengatur pencampuran, pensebatian, pengubahan dan pembotolan likuor yang memabukkan, dan menetapkan bayaran yang hendak dibayar bagi pembotolan likuor yang memabukkan yang berduti dan boleh mengadakan 140 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 peruntukan bagi mengawal peredaran likuor yang memabukkan ke dan dari sesuatu tempat suling atau sesuatu tempat pengilangan yang ditentukan dalam sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 20; (m) menetapkan buku yang hendak disimpan oleh pengilang berlesen dan pemegang lesen; (n) mengatur pengeluaran dan pindah milik lesen; (o) menetapkan kadar dan cara memungut bayaran kerja lebih masa yang hendak dibayar apabila pegawai yang hak dikehendaki bekerja di luar waktu yang berpatutan yang ditetapkan dan syarat-syarat di bawah mana kerja lebih masa itu boleh dibenarkan; (p) menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, kriteria bagi pengkompaunan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun dan cara bagaimana kesalahan itu boleh dikompaun dan menetapkan pegawai yang boleh mengkompaunkannya; (q) menetapkan penalti bagi sesuatu pelanggaran atau kemungkiran mematuhi mana-mana daripada peraturan- peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini atau sekatan atau syarat sesuatu lesen atau kebenaran yang diberi di bawah peraturan-peraturan itu: Dengan syarat bahawa tiada sesuatu penalti itu boleh lebih daripada penalti yang ditetapkan di bawah seksyen 79; (r) mengatur pengeluaran, penyimpanan, penggunaan dan penggudangan keluaran petroleum di premis termasuk kilang penapis dan pemindahan barang itu ke atau dari premis itu; (ra) mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan barang-barang yang tertakluk pada duti eksais semasa pengimportan; dan Eksais 141 (s) menetapkan apa-apa jua yang hendaklah atau boleh ditetapkan di bawah Akta ini. Kuasa untuk mewakilkan 86. Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta dan tertakluk pada syarat dan sekatan yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu, mewakilkan penjalanan kuasa atau pelaksanaan kewajipan yang diberi atau ditanggungkan ke atasnya oleh Akta ini kepada mana-mana orang yang diperihalkan dengan nama atau jawatan: Dengan syarat bahawa perwakilan itu tidak boleh menyentuh penjalanan mana-mana kuasa itu atau pelaksanaan mana-mana kewajipan itu oleh Menteri. BAHAGIAN XIV PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN LABUAN Tafsiran 87. Dalam Bahagian ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain— “kawasan utama kastam” ertinya Malaysia tidak termasuk Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor; “Labuan” ertinya Pulau Labuan dan pulau-pulau naungannya iaitu Rusukan Besar, Rusukan Kechil, Keraman, Burong, Papan dan Daat. Barang-barang kena duti di Labuan 88. Peruntukan-peruntukan Akta ini tidaklah terpakai bagi barang-barang yang dikilang di atau diimport masuk ke Labuan, selain barang-barang yang boleh diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. 142 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Barang-barang dikilang di Labuan hendaklah disifatkan sebagai barang-barang dikilang di luar Malaysia 89. Barang-barang yang tertakluk pada duti eksais, lain daripada barang-barang yang tersebut dalam seksyen 88, apabila dikilang di Labuan hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia dan apabila dipindahkan dari Labuan ke wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai diimport ke wilayah itu dan peruntukan Akta Kastam 1967 hendaklah terpakai. Barang-barang dikilang di Wilayah Persekutuan lain hendaklah disifatkan sebagai dieksport apabila dipindahkan ke Labuan 90. Barang-barang yang tertakluk pada duti eksais, lain daripada barang-barang yang tersebut dalam seksyen 88, apabila dikilang di Wilayah Persekutuan lain dan apabila dipindahkan ke Labuan hendaklah disifatkan sebagai dieksport dari wilayah itu ke suatu tempat di luar Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d). Duti eksais ke atas barang-barang yang diimport masuk ke Labuan atau diangkut ke atau dari Labuan atau ke kawasan utama kastam 90A. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini— (a) tiada duti eksais kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diimport masuk ke Labuan, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; (b) duti eksais hendaklah kena dibayar ke atas semua barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Labuan bagi segala maksud seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; Eksais 143 (c) Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan “nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari Labuan ke kawasan utama kastam. (2) Subseksyen 6(2), (3), (4), dan (5) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a). (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Labuan apa-apa duti eksais lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1). Pengangkutan barang-barang ke atau dari Labuan dari atau ke kawasan utama kastam 90B. Jika barang-barang diangkut— (a) dari Labuan ke kawasan utama kastam; atau (b) dari kawasan utama kastam ke Labuan, peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian dan penyesuaian sebagaimana yang perlu, terpakai seolah-olah barang-barang itu telah diimport masuk ke dalam atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dieksport dari, kawasan utama kastam dari atau ke suatu tempat di luar Malaysia, dan tanpa menjejaskan keluasan makna di atas, peruntukan Bahagian X hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diangkut ke atau dari Labuan dari atau ke kawasan utama kastam dan bagi orang dan kenderaan, vesel dan kapal udara yang mengangkut barang-barang itu. Akuan tentang barang-barang yang diangkut dari Labuan ke kawasan utama kastam 90C. Orang yang menjaga mana-mana kenderaan, vesel atau kapal udara yang di dalamnya barang-barang diangkut dari Labuan ke kawasan utama kastam hendaklah membuat suatu akuan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. 144 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Labuan 90D. Apa-apa barang berduti, selain yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 90A(1)(a) atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan itu, hendaklah, semasa berada di Labuan, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan sewajarnya. Pemungutan duti di Labuan 90E. Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85 Menteri boleh membuat peruntukan— (a) bagi pemungutan di Labuan duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Labuan ke atau dari kawasan utama kastam; (b) bagi batasan atau sekatan tentang vesel dan pesawat udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang itu; dan (c) bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu. Pemakaian peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik bagi barang-barang yang diangkut ke Labuan 90F. Peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik di bawah Akta ini hendaklah terpakai bagi barang-barang (selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 90A(1)(a) atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan itu), yang diangkut dari kawasan utama kastam ke Labuan seolah-olah barang-barang itu telah dieksport semula. Eksais 145 BAHAGIAN XV PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN SABAH DAN SARAWAK Perjanjian antara Sabah dengan Sarawak berhubung dengan pemindahan barang-barang 91. (1) Walau apa pun yang berlawanan dalam Akta ini apa-apa perjanjian yang berkuat kuasa mengenai Sabah dan Sarawak berhubung dengan pemindahan barang-barang antara Negeri itu hendaklah, melainkan jika selainnya diarahkan oleh Menteri, berkuat kuasa dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan Sabah dan Sarawak. (2) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, seksyen 40A tidak terpakai di Sabah dan Sarawak bagi— (a) mana-mana vesel, yang nakhodanya telah memuaskan hati pegawai yang hak bahawa kemasukan vesel itu ke dalam perairan Malaysia disebabkan oleh hal keadaan di luar kawalannya, dan bahawa kemasukan vesel itu dan sebab kemasukannya dilaporkan kepada pihak berkuasa kastam atau pihak berkuasa polis yang berhampiran sekali sebaik sahaja dia mendapat peluang yang sesuai, dan bahawa selepas kemasukan itu tiada seorang pun di atas vesel itu atau yang berkaitan dengan vesel itu telah melakukan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis; atau (b) mana-mana lancang tempatan jika orang yang menjaganya boleh menunjukkan dengan memuaskan hati seorang pegawai yang hak bahawa dia telah datang dari suatu tempat berlepas yang tidak lazim diberi atau dibawa darinya pelepasan atau daftar muatan. (3) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, semua duti eksais yang kena dibayar di Sarawak di bawah Akta ini hendaklah dibayar dalam suatu tempoh selepas tarikh pengimportan atau muatan barang-barang bagi pemindahan mengikut 146 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat, atau jika tiada apa-apa peraturan-peraturan sedemikian, sebelum barang-barang itu dipindahkan daripada kawalan eksais: Dengan syarat bahawa duti eksais ke atas barang-barang yang disimpan dalam sesuatu gudang kastam berlesen atau gudang yang diluluskan menurut mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi maksud itu hendaklah dibayar pada masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan itu. BAHAGIAN XVA PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN LANGKAWI Tafsiran 91A. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-lain— “kawasan utama kastam” ertinya Malaysia tidak termasuk Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor; “Langkawi” ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang berdampingan dan terletak lebih hampir dengan Pulau Langkawi daripada dengan tanah besar. Barang-barang kena duti di Langkawi 91B. Peruntukan Akta ini tidaklah terpakai bagi barang-barang yang dikilang di atau yang diimport masuk ke Langkawi, selain barang-barang yang boleh diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Eksais 147 Barang-barang yang dikilang di Langkawi hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia 91C. Barang-barang yang tertakluk pada duti eksais, selain daripada yang disebut dalam seksyen 91B, apabila dikilang di luar Malaysia dan apabila dipindahkan dari Langkawi ke wilayah yang lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai pengimportan masuk ke wilayah itu dan peruntukan Akta Kastam 1967 hendaklah terpakai. Barang-barang yang dikilang di wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai eksport apabila dipindahkan ke Langkawi 91D. Barang-barang yang tertakluk pada duti eksais, selain daripada yang disebut dalam seksyen 91B, yang dikilang di wilayah lain dalam Malaysia apabila dipindahkan ke Langkawi hendaklah disifatkan sebagai pengeksportan dari wilayah itu ke suatu tempat di luar Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d). Duti eksais yang berhubungan dengan Langkawi 91DA. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini— (a) tiada duti eksais kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diimport masuk ke Langkawi, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; (b) duti eksais hendaklah kena dibayar atas semua barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Langkawi bagi segala maksud seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; (c) Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan “nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari Langkawi ke kawasan utama kastam. 148 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (2) Subseksyen 6(2), (3), (4), dan (5) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a). (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Langkawi apa-apa duti eksais lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1). Pengangkutan barang-barang ke atau dari Langkawi dari atau ke kawasan utama kastam 91DB. Jika barang-barang diangkut— (a) dari Langkawi ke kawasan utama kastam; atau (b) dari kawasan utama kastam ke Langkawi, peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian dan penyesuaian sebagaimana yang perlu, terpakai seolah-olah barang-barang itu telah diimport masuk ke dalam atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dieksport dari, kawasan utama kastam dari atau ke suatu tempat di luar Malaysia, dan tanpa menjejaskan keluasan makna di atas, peruntukan Bahagian X hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diangkut ke atau dari Langkawi dari atau ke kawasan utama kastam dan bagi orang dan kenderaan, vesel dan kapal udara yang mengangkut barang-barang itu. Akuan tentang barang-barang yang diangkut dari Langkawi ke kawasan utama kastam 91DC. Orang yang menjaga mana-mana kenderaan, vesel atau kapal udara yang di dalamnya barang-barang diangkut dari Langkawi ke kawasan utama kastam hendaklah membuat suatu akuan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. Eksais 149 Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Langkawi 91DD. Apa-apa barang berduti, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91DA(1)(a) atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan itu, hendaklah, semasa berada di Langkawi, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan sewajarnya. Pemungutan duti di Langkawi 91DE. Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85 Menteri boleh membuat peruntukan— (a) bagi pemungutan di Langkawi duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Langkawi ke atau dari kawasan utama kastam; (b) bagi batasan atau sekatan tentang vesel dan pesawat udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang itu; dan (c) bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu. Pemakaian peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik bagi barang-barang yang diangkut ke Langkawi 91DF. Peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik di bawah Akta ini hendaklah terpakai bagi barang-barang selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91DA(1)(a) atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan tersebut, yang diangkut dari kawasan utama kastam ke Langkawi seolah-olah barang-barang itu telah dieksport semula. 150 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 BAHAGIAN XVB PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN TIOMAN Tafsiran 91E. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “kawasan utama kastam” ertinya Malaysia tidak termasuk Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor; “Tioman” ertinya Pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis, Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi dan Jahat. Barang-barang kena duti di Tioman 91F. Peruntukan Akta ini tidaklah terpakai bagi barang-barang yang dikilang di atau yang diimport masuk ke Tioman, selain barang-barang yang boleh diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Barang-barang yang dikilang di Tioman hendaklah disifatkan telah dikilang di luar Malaysia 91G. Barang-barang yang tertakluk pada duti eksais, selain yang disebut dalam seksyen 91F, apabila dikilang di Tioman hendaklah disifatkan telah dikilang di luar Malaysia dan apabila dipindahkan dari Tioman ke wilayah lain di dalam Malaysia hendaklah disifatkan telah diimport ke wilayah itu dan peruntukan Akta Kastam 1967 hendaklah terpakai. Eksais 151 Barang-barang yang dikilang di wilayah lain di dalam Malaysia hendaklah disifatkan telah dieksport apabila dipindahkan ke Tioman 91H. Barang-barang yang tertakluk pada duti eksais, selain yang disebut dalam seksyen 91F, yang dikilang di wilayah lain di dalam Malaysia dan apabila dipindahkan ke Tioman hendaklah disifatkan telah dieksport dari wilayah itu ke suatu tempat di luar Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d). Duti eksais yang berhubungan dengan Tioman 91I. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini— (a) tiada duti eksais kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diimport masuk ke Tioman, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta; (b) duti eksais hendaklah kena dibayar atas semua barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Tioman bagi segala maksud seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan (c) Menteri boleh melalui perintah, menetapkan erti perkataan “nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari Tioman ke kawasan utama kastam. (2) Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a). (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Tioman apa-apa duti eksais lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1). 152 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Pengangkutan barang-barang ke atau dari Tioman dari atau ke kawasan utama kastam 91J. Jika barang-barang diangkut— (a) dari Tioman ke kawasan utama kastam; atau (b) dari kawasan utama kastam ke Tioman, peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian dan penyesuaian sebagaimana yang perlu, terpakai seolah-olah barang-barang itu telah diimport masuk ke dalam atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dieksport dari, kawasan utama kastam dari atau ke suatu tempat di luar Malaysia, dan tanpa menjejaskan keluasan makna di atas, peruntukan Bahagian X hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diangkut ke atau dari Tioman dari atau ke kawasan utama kastam dan bagi orang dan kenderaan, vesel dan kapal udara yang mengangkut barang-barang itu. Akuan barang-barang yang diangkut dari Tioman ke kawasan utama kastam 91K. Orang yang menjaga mana-mana kenderaan, vesel atau kapal udara yang di dalamnya barang-barang diangkut dari Tioman ke kawasan utama kastam hendaklah membuat suatu akuan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Tioman 91L. Apa-apa barang berduti, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91I(1)(a) atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan itu hendaklah, semasa berada di Tioman, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan sewajarnya. Eksais 153 Pemungutan duti di Tioman 91M. Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85 Menteri boleh membuat peruntukan— (a) bagi pemungutan di Tioman duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Tioman ke atau dari kawasan utama kastam; (b) bagi batasan atau sekatan tentang vesel dan pesawat udara yang boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang itu; dan (c) bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu. Pemakaian peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik bagi barang-barang yang diangkut ke Tioman 91N. Peruntukan yang berhubungan dengan pulang balik di bawah Akta ini hendaklah terpakai bagi barang-barang selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91I(1)(a) atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan itu, yang diangkut dari kawasan utama kastam ke Tioman seolah-olah barang-barang itu telah dieksport semula. BAHAGIAN XVC PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN KAWASAN PEMBANGUNAN BERSAMA Pemindahan barang ke dalam atau dari Kawasan Pembangunan Bersama 91O. (1) Pemindahan barang-barang dari sesuatu negara selain Malaysia atau Negara Thailand atau dari gudang berlesen di Malaysia atau Negara Thailand ke dalam Kawasan Pembangunan Bersama 154 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 hendaklah disifatkan sebagai pengimportan barang-barang itu ke dalam Kawasan Pembangunan Bersama. (2) Pemindahan barang-barang yang dikeluarkan di Kawasan Pembangunan Bersama dari Kawasan Pembangunan Bersama ke dalam Malaysia, Negara Thailand atau mana-mana negara lain hendaklah disifatkan sebagai pengeksportan barang-barang itu dari Kawasan Pembangunan Bersama. (3) Pemindahan barang-barang dari Malaysia atau Negara Thailand ke dalam Kawasan Pembangunan Bersama untuk digunakan dalam Kawasan Pembangunan Bersama dan pemindahan barang-barang itu dari Kawasan Pembangunan Bersama ke dalam Malaysia atau Negara Thailand hendaklah disifatkan sebagai pemindahan dalaman barang-barang itu. Duti eksais kena dibayar ke atas pengimportan ke dalam Kawasan Pembangunan Bersama 91P. Duti eksais hendaklah kena dibayar atas barang-barang yang diimport ke dalam Kawasan Pembangunan Bersama. BAHAGIAN XVD PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN PANGKOR Tafsiran 91Q. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Pangkor” ertinya Pulau Pangkor, Pulau Mentagor, Pulau Giam, Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak, Pulau Pelanduk, Pulau Anak Pelanduk, Pulau Landak, Batu Orang Tua dan Batu Jambal; “kawasan utama kastam” ertinya Malaysia tidak termasuk Labuan, Langkawi, Tioman dan Pangkor. Eksais 155 Barang-barang kena duti di Pangkor 91R. Peruntukan Akta ini tidaklah terpakai bagi barang-barang yang dikilang di atau diimport masuk ke dalam Pangkor, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Barang-barang yang dikilang di Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia 91S. Barang-barang yang tertakluk pada duti eksais, selain yang disebut dalam seksyen 91R, apabila dikilang di Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dikilang di luar Malaysia dan apabila dipindahkan dari Pangkor ke wilayah-wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai diimport masuk ke wilayah-wilayah itu dan peruntukan Akta Kastam 1967 hendaklah terpakai. Barang-barang yang dikilang di wilayah-wilayah lain dalam Malaysia hendaklah disifatkan sebagai dieksport apabila dipindahkan ke dalam Pangkor 91T. Barang-barang yang tertakluk pada duti eksais, selain yang disebut dalam seksyen 91R, yang dikilang di wilayah-wilayah lain di dalam Malaysia apabila dipindahkan ke Pangkor hendaklah disifatkan sebagai dieksport dari wilayah-wilayah itu ke suatu tempat di luar Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d). Duti eksais yang berhubungan dengan Pangkor 91U. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini— (a) tiada duti eksais kena dibayar ke atas apa-apa barang-barang yang diimport masuk ke dalam Pangkor, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
Part document.segment-6
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 6
- document.segment-6 Verify source ↗
176 - *AKTA EKSAIS 1976 — segment 6
AI-assisted research summary: Barang yang dibawa antara Pangkor dan kawasan utama kastam diperlakukan seperti import atau eksport, dan orang yang menjaga kenderaan, vesel atau kapal udara tertentu mesti membuat akuan mengikut bentuk dan cara yang ditetapkan Ketua Pengarah.
156 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 (b) duti eksais hendaklah kena dibayar atas semua barang-barang berduti yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Pangkor seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan (c) Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan “nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari Pangkor ke kawasan utama kastam. (2) Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a). (3) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menjadikan tidak terpakai bagi Pangkor apa-apa duti eksais lain yang boleh ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1). Pengangkutan barang-barang ke atau dari Pangkor dari atau ke kawasan utama kastam 91v. Jika barang-barang diangkut— (a) dari Pangkor ke kawasan utama kastam; atau (b) dari kawasan utama kastam ke Pangkor, peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian dan penyesuaian yang perlu, terpakai seolah-olah barang-barang itu telah diimport ke dalam atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dieksport dari, kawasan utama kastam dari atau ke suatu tempat di luar Malaysia, dan tanpa menjejaskan keluasan makna di atas, peruntukan Bahagian X hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diangkut ke atau dari Pangkor dari atau ke kawasan utama kastam dan bagi orang, kenderaan, vesel dan kapal udara yang mengangkut barang-barang itu. Eksais 157 Akuan mengenai barang-barang yang diangkut dari Pangkor ke kawasan utama kastam 91W. Orang yang menjaga mana-mana kenderaan, vesel atau kapal udara yang di dalamnya barang-barang diangkut dari Pangkor ke kawasan utama kastam hendaklah membuat suatu akuan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. Barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Pangkor 91X. Apa-apa barang-barang berduti, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91U(1)(a) hendaklah, semasa berada di Pangkor, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan Akta ini hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. Pemungutan duti di Pangkor 91Y. Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85 Menteri boleh memperuntukkan— (a) bagi pemungutan di Pangkor duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Pangkor ke atau dari kawasan utama kastam; (b) bagi batasan atau sekatan kenderaan, vesel dan kapal udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang itu; dan (c) bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu. Pemakaian peruntukan yang berhubungan dengan pulangan cukai bagi barang-barang yang diangkut ke Pangkor 91Z. Peruntukan yang berhubungan dengan pulangan cukai di bawah Akta ini hendaklah terpakai bagi barang-barang, selain barang-barang 158 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91U(1)(a), yang diangkut dari kawasan utama kastam ke Pangkor seolah-olah barang-barang itu telah dieksport semula. BAHAGIAN XVI PEMANSUHAN Pemansuhan dan kecualian 92. Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini adalah dengan ini dimansuhkan kecuali setakat mana undang-undang itu berhubung dengan todi: Dengan syarat bahawa sesuatu pelantikan yang dibuat, kewajipan yang ditanggungkan, lesen yang dikeluarkan, dan kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah mana-mana daripada undang-undang bertulis yang dimansuhkan dengan ini hendaklah, setakat mana ianya tidak berlawanan dengan Akta ini, tetap berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat baginya di bawah Akta ini. JADUAL [Seksyen 92] Akta P.T.M. 34 tahun 1961 Akta Eksais 1961 Akta Malaysia 18 tahun 1966 Akta Kastam (Tarif Bersama Malaysia) 1966 Ordinan Sabah No. 18 tahun 1959 Ordinan Eksais 1959 Bab 73 Sabah Ordinan Hasil Liquor Bab 27 Sarawak Ordinan Eksais 159 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 176 AKTA EKSAIS 1976 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A73 Akta Eksais (Pindaan) (No. 2) 1971 01-03-1962 Akta A36 Akta Eksais (Pindaan) 1971 30-04-1971 Akta 293 Akta Kewangan 1983 21-10-1983 Akta 329 Akta Kewangan (No. 2) 1986 01-01-1987 Akta A781 Akta Eksais (Pindaan) 1990 31-08-1990 Akta 451 Akta Kewangan 1991 14-12-1990 Akta 438 Akta Zon Bebas 1990 05-09-1991 Akta A874 Akta Eksais (Pindaan) 1994 04-03-1994 Akta A922 Akta Eksais (Pindaan) 1995 21-07-1995 Akta A1059 Akta Eksais (Pindaan) 1999 01-01-2000 Akta A1112 Akta Eksais (Pindaan) 2001 06-07-2001 Akta A1164 Akta Eksais (Pindaan) 2002 01-09-2002 Akta A1184 Akta Eksais (Pindaan) (No. 2) 2002 01-01-2003 Akta A1245 Akta Eksais (Pindaan) 2005 20-10-2005 Akta A1284 Akta Eksais (Pindaan) 2007 01-04-2007 160 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) Akta A1581 Akta Eksais (Pindaan) 2018 02-01-2019 Akta A1594 Akta Eksais (Pindaan) 2019 01-01-2020 Akta A1629 Akta Eksais (Pindaan) 2020 01-01-2021 Akta A1670 Akta Eksais (Pindaan) 2022 01-01-2023 Akta 851 Akta Kewangan (No. 2) 2023 30-12-2023 161 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 176 AKTA EKSAIS 1976 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A781 31-08-1990 Akta 438 05-09-1991 Akta A874 04-03-1994 Akta A922 21-07-1995 Akta A1059 01-01-2000 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1245 20-10-2005 Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) Akta A1581 02-01-2019 Akta A1594 01-01-2020 4 Akta A781 31-08-1990 Akta A1594 01-01-2020 4A Akta A1594 01-01-2020 5 Akta A1059 01-01-2000 Bahagian IIA Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 162 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) Akta A1594 01-01-2020 5A Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) Akta A1670 01-01-2023 5B Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) Akta A1581 02-01-2019 5C-5E Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) 5F Akta A1594 01-01-2020 6 Akta 293 21-10-1983 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Akta 851 30-12-2023 Eksais 163 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 6A Akta A1594 01-01-2020 8 Akta A1184 01-01-2003 8A Akta A1184 01-01-2003 8B Akta A1184 01-01-2003 11 Akta A1184 01-01-2003 11A Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 12 Akta 293 21-10-1983 13 Akta 293 21-10-1983 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 14 Akta A781 31-08-1990 Akta A1594 01-01-2020 15 Akta A781 31-08-1990 Akta A1059 01-01-2000 Akta A1594 01-01-2020 15A Akta A1059 01-01-2000 Akta A1594 01-01-2020 15B Akta A1594 01-01-2020 16 Akta A781 31-08-1990 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 17 Akta A1184 01-01-2003 18A Akta A1184 01-01-2003 Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 164 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) 19 Akta A781 31-08-1990 Akta A1629 01-01-2021 Akta A1670 01-01-2023 19A Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1629 01-01-2021 Akta A1670 01-01-2023 19B Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 19C Akta A1184 01-01-2003 19D Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 19E Akta A1184 01-01-2003 19F Akta A1184 01-01-2003 19G Akta A1594 01-01-2020 20 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 21 Akta A1594 01-01-2020 23 Akta A781 31-08-1990 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 23A Akta A781 31-08-1990 Akta A1059 01-01-2000 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Eksais 165 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 23B Akta A781 31-08-1990 Akta A1059 01-01-2000 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 24 Akta A1594 01-01-2020 26 Akta A781 31-08-1990 Akta A1594 01-01-2020 27A Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 27AB Akta A1594 01-01-2020 27B Akta A1184 01-01-2003 27C Akta A1184 01-01-2003 28 Akta 293 21-10-1983 Akta A781 31-08-1990 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 30 Akta A1594 01-01-2020 32 Akta A781 31-08-1990 Akta A1594 01-01-2020 33 Akta A781 31-08-1990 35 Akta A1594 01-01-2020 Bahagian Akta A1184 01-01-2003 VIIIA 40A Akta A1184 01-01-2003 40B Akta A1184 01-01-2003 40C Akta A1184 01-01-2003 Bahagian Akta A1184 01-01-2003 VIIIB 166 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 40D Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 40E Akta A1184 01-01-2003 40F Akta A1184 01-01-2003 40G Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 41A Akta A1184 01-01-2003 41B Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 41BA Akta A1594 01-01-2020 41C Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 41D Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 42 Akta A1059 01-01-2000 Akta A1112 06-07-2001 42A Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 42B Akta A1184 01-01-2003 44 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 44A Akta A1184 01-01-2003 44AA Akta A1670 01-01-2023 44AB Akta A1670 01-01-2023 44B Akta A1594 01-01-2020 46 Akta A1594 01-01-2020 Eksais 167 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 47 Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) Akta A1581 02-01-2019 Akta A1670 01-01-2023 47A Akta A1184 01-01-2003 Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) 48 Akta A874 04-03-1994 49 Akta A1594 01-01-2020 Bahagian X Akta A1184 01-01-2003 50A Akta A1184 01-01-2003 Akta A1581 02-01-2019 50B Akta A1629 01-01-2021 51 Akta A1594 01-01-2020 53 Akta A1184 01-01-2003 53A Akta A1112 06-07-2001 Akta A1594 01-01-2020 53B Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 53C Akta A1184 01-01-2003 168 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 54 Akta A781 31-08-1990 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1629 01-01-2021 55 Akta A781 31-08-1990 Akta A1112 06-07-2001 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 55A Akta A781 31-08-1990 56 Akta A1112 06-07-2001 Akta A1594 01-01-2020 56A Akta A1184 01-01-2003 56B Akta A1184 01-01-2003 56C Akta A1184 01-01-2003 56D Akta A1184 01-01-2003 56E Akta A1629 01-01-2021 57 Akta A1112 06-07-2001 58 Akta A781 31-08-1990 Akta A1184 01-01-2003 59 Akta A1184 01-01-2003 59A Akta A1581 02-01-2019 60 Akta A1112 06-07-2001 61 Akta A1594 01-01-2020 61A Akta A1594 01-01-2020 62 Akta A1594 01-01-2020 62A Akta A1184 01-01-2003 62B Akta A1184 01-01-2003 Eksais 169 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 62C Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 63A Akta A1112 06-07-2001 Akta A1594 01-01-2020 64A Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 65 Akta A1594 01-01-2020 66 Akta A781 31-08-1990 67 Akta A781 31-08-1990 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 68 Akta A781 31-08-1990 Akta A1184 01-01-2003 69 Akta 293 21-10-1983 Akta A781 31-08-1990 Akta A1112 06-07-2001 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 69A Akta A1594 01-01-2020 71 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1581 02-01-2019 72 Akta A1184 01-01-2003 73 Akta 293 21-10-1983 Akta A1581 02-01-2019 74 Akta 293 21-10-1983 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan 4; 01-06-2007: 170 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) Akta A1581 02-01-2019 Akta A1594 01-01-2020 74A Akta A1594 01-01-2020 74B Akta A1594 01-01-2020 74C Akta A1594 01-01-2020 75 Akta A781 31-08-1990 Akta A1594 01-01-2020 76 Akta A1581 02-01-2019 77 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1581 02-01-2019 78 Akta 293 21-10-1983 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1581 02-01-2019 Akta A1594 01-01-2020 79 Akta 293 21-10-1983 Akta A781 31-08-1990 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1581 02-01-2019 81 Akta 293 21-10-1983 Akta A1594 01-01-2020 81A Akta A1184 01-01-2003 82 Akta A1112 06-07-2001 82A Akta A1581 02-01-2019 Akta A1594 01-01-2020 85 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1284 01-04-2007 Kecuali per. 2(b), s. 5, 6 dan Eksais 171 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari ss. 9(2), (3) dan 4; 01-06-2007: per. 2(b), s. 5, 6 dan ss. 9(2), (3) dan (4) Akta A1581 02-01-2019 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1629 01-01-2021 Akta A1670 01-01-2023 87 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 88 Akta 451 14-12-1990 Akta A1164 01-09-2002 Akta A1184 01-01-2003 90 Akta A1059 01-01-2000 90A Akta A1184 01-01-2003 90B Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 90C Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 90D Akta A1184 01-01-2003 90E Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 90F Akta A1184 01-01-2003 91 Akta A1184 01-01-2003 Bahagian Akta 329 01-01-1987 XVA 91A Akta 329 01-01-1987 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 172 Undang-Undang Malaysia AKTA 176 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 91B Akta 329 01-01-1987 Akta A1164 01-09-2002 Akta A1184 01-01-2003 91C Akta 329 01-01-1987 91D Akta 329 01-01-1987 Akta A1059 01-01-2000 91DA Akta A1184 01-01-2003 91DB Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 91DC Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 91DD Akta A1184 01-01-2003 91DE Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 91DF Akta A1184 01-01-2003 Bahagian Akta A1164 01-09-2002 XVB 91E Akta A1164 01-09-2002 Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 91F Akta A1164 01-09-2002 Akta A1184 01-01-2003 91G Akta A1164 01-09-2002 91H Akta A1164 01-09-2002 91I Akta A1184 01-01-2003 91J Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 91K Akta A1184 01-01-2003 Eksais 173 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 91L Akta A1184 01-01-2003 91M Akta A1184 01-01-2003 Akta A1594 01-01-2020 91N Akta A1184 01-01-2003 Bahagian Akta A1184 01-01-2003 XVC 91O Akta A1184 01-01-2003 91P Akta A1184 01-01-2003 Bahagian Akta A1594 01-01-2020 XVD 91Q Akta A1594 01-01-2020 91R Akta A1594 01-01-2020 91S Akta A1594 01-01-2020 91T Akta A1594 01-01-2020 91U Akta A1594 01-01-2020 91V Akta A1594 01-01-2020 91W Akta A1594 01-01-2020 Akta A1670 01-01-2023 91X Akta A1594 01-01-2020 91Y Akta A1594 01-01-2020 91Z Akta A1594 01-01-2020
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
176 - *AKTA EKSAIS 1976
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in