193 - AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949
This Act restricts public display of national emblems and school display, with limited exceptions and ministerial exemption power.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 193 - AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
193 - AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949
AI-assisted research summary: This Act restricts public display of national emblems and school display, with limited exceptions and ministerial exemption power.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 193 AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 193 AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949 Pertama kali diperbuat … … … 1949 (Ordinan No. 69 tahun 1949) Disemak … … … … … … 1977 (Akta 193 m.b.p. 1 Disember 1977) CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2001 Lambang Kebangsaan (Kawalan 3 Mempamer) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 193 AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Dilarang mempamer lambang kebangsaan di tempat awam atau di sekolah 4. Kecualian 5. Pengecualian 6. Penangkapan tanpa waran 7. Kuasa memasuki dan menggeledah 8. Kesalahan dan penalti 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 193 Lambang Kebangsaan (Kawalan 5 Mempamer) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 193 AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949 Suatu Akta bagi kawalan mempamer lambang kebangsaan. [Semenanjung Malaysia—31 Disember 1949; Sabah dan Sarawak—13 Mei 1965, P.U. 185/1965] Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949. Tafsiran 2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “lambang kebangsaan” ertinya apa-apa bendera, sepanduk atau lambang lain yang menjadi atau yang berupa sebagai bendera, sepanduk atau lambang lain bagi mana-mana Negeri, atau bendera, sepanduk atau lambang lain bagi mana-mana pertubuhan politik yang mendakwa menjadi suatu pergerakan kebangsaan dalam mana- mana Negeri atau apa-apa kesamaan atau keserupaan tidak kira bagaimana sekalipun dihasilkan semula tentang mana-mana pemimpin negara atau bekas pemimpin negara bagi mana-mana Negeri atau pemimpin atau bekas pemimpin mana-mana pertubuhan politik itu; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi mengawal lambang kebangsaan; “Negeri” ertinya mana-mana Negeri atau negara, selain Malaysia dan mana-mana Negeri yang termasuk dalam Malaysia dan termasuklah mana-mana tanah naungan, tanda milik atau bahagian mana-mana Negeri; 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 193 “premis” ertinya mana-mana tanah, bangunan, vesel, kenderaan atau tempat apa jua pun; “sekolah” ertinya mana-mana premis atau mana-mana bahagian mana-mana premis tempat orang pada kebiasaannya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih. Dilarang mempamer lambang kebangsaan di tempat awam atau di sekolah 3. (1) Tiada seorang pun boleh mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan di tempat awam atau pada atau di dalam mana-mana sekolah. (2) Bagi maksud seksyen ini, suatu lambang disifatkan dipamerkan di tempat awam, sekiranya lambang itu dipamerkan di mana-mana jalan, lebuh, jambatan, laluan, lorong jalan kaki atau tempat yang ke atasnya orang awam atau mana-mana golongan orang awam mempunyai hak laluan atau yang baginya mereka ada akses, sama ada melalui pembayaran atau selainnya, atau jika lambang itu dipamerkan mengikut apa-apa cara yang boleh dilihat dari mana- mana jalan, lebuh, jambatan, laluan, lorong jalan kaki atau tempat sedemikian oleh mana-mana orang awam yang menggunakannya atau yang berada di atasnya. Kecualian 4. Tiada apa-apa jua dalam seksyen 3 boleh terpakai bagi— (a) pempameran mana-mana lambang kebangsaan Negeri, yang dia merupakan seorang rakyat, oleh mana-mana orang yang berikut: (i) mana-mana orang yang ditauliahkan dengan sewajarnya sebagai wakil diplomatik sesuatu kuasa asing atau sebagai wakil konsular sesuatu kuasa asing ke Malaysia yang kepadanya eksekuatur atau pemberikuasaan sementara atau pemberikuasaan lain telah diberikan oleh Kerajaan; (ii) mana-mana orang dalam perkhidmatan Kerajaan Komanwel atau Kerajaan mana-mana tanah naungan atau tanah milik British atau Republik Ireland dan diiktiraf secara rasmi sebagai mewakili Kerajaan itu di Malaysia; atau Lambang Kebangsaan (Kawalan 7 Mempamer) (iii) mana-mana orang yang ke atasnya kekebalan dan keistimewaan yang disebut dalam Bahagian II atau Bahagian III Jadual kepada Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord. 53 tahun 1957], telah diberikan di bawah Ordinan itu; (b) pempameran mana-mana lambang kebangsaan atas mana- mana kapal atau pesawat udara. Pengecualian 5. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta atau melalui suatu permit secara bertulis, mengecualikan daripada peruntukan seksyen 3 pemameran mana-mana lambang kebangsaan yang dinyatakan dalam perintah atau permit itu, dan perintah atau permit itu boleh mengawal selia cara lambang kebangsaan itu dipamerkan dan tempoh yang sepanjangnya pemameran lambang kebangsaan itu dibenarkan. Penangkapan tanpa waran 6. Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana- mana orang yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai telah melakukan atau sedang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini. Kuasa memasuki dan menggeledah 7. Mana-mana pegawai polis boleh memasuki mana-mana premis tempat mana-mana lambang kebangsaan dipamerkan yang berlawanan dengan Akta ini atau terma atau syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5 atau mana- mana sekolah yang di dalamnya dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini sedang atau telah dilakukan dan boleh menggeledah mana- mana premis atau sekolah yang dimasuki sedemikian atau mana- mana bahagian daripadanya dan boleh menyita apa-apa barang yang dijumpai di dalamnya yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai menjadi keterangan tentang berlakunya mana-mana kesalahan itu. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 193 Kesalahan dan penalti 8. (1) Mana-mana orang yang— (a) mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana syarat mana- mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5; atau (b) selaku pemunya, penyewa, penerima pajak, penduduk atau orang yang menjaga mana-mana premis dengan disedarinya membenarkan mana-mana lambang kebangsaan dipamerkan di atas atau dari premis itu atau dalam mana- mana sekolah yang berlawanan dengan Akta ini atau mana-mana syarat mana-mana perintah atau permit yang dibuat atau diberikan di bawah seksyen 5, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh— (i) dalam hal seseorang selain pertubuhan perbadanan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau kedua- duanya; (ii) dalam hal pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit. (2) Tiada pendakwaan boleh dimulakan di bawah Akta ini tanpa keizinan secara bertulis Pendakwa Raya terlebih dahulu. Lambang Kebangsaan (Kawalan 9 Mempamer) UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 193 AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari P.U. 332/1958 Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958 (Pengubahsuaian Undang-Undang) (Ordinan dan Perisytiharan) 1958 P.U. 185/1965 Perintah Pengubahsuaian Undang- 13-05-1965 Undang (Lambang Kebangsaan) (Peluasan) 1965 Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 29-08-1975 1975 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 193 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 193 AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 L.N. 332/1958 13-11-1958 5 L.N. 332/1958 13-11-1958
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
193 - AKTA LAMBANG KEBANGSAAN (KAWALAN MEMPAMER) 1949
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in