251 - *AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981
This Act dissolves the Fund, repeals the Enactment, transfers the Fund’s assets and liabilities to Bank Pertanian Malaysia, and lets the Minister set commencement and make remedial orders.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 251 - *AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
251 - *AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981
AI-assisted research summary: This Act dissolves the Fund, repeals the Enactment, transfers the Fund’s assets and liabilities to Bank Pertanian Malaysia, and lets the Minister set commencement and make remedial orders.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 251 AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981 Sebagaimana pada 1 Disember 2011 2 AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981 Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 17 Julai 1981 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 23 Julai 1981 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 251 AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Pemansuhan dan pembubaran 4. Pindah milik, kuasa, hak, dsb. 5. Pemindahan harta 6. Pemindahan wang 7. Kontrak yang sedia ada 8. Penerusan prosiding sivil 9. Pegawai dan pekhidmat 10. Menghalang kesukaran atau anomali 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 251 AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981 Suatu Akta bagi memansuhkan Enakmen Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun, membubarkan Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun yang ditubuhkan di bawah Enakmen tersebut, memindah milik dan meletakhak semua harta dan obligasi kepada Bank Pertanian Malaysia dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara lain yang bersampingan atau berkaitan denganya. [1 November 1981, P.U. (B) 634/1981] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG - UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya,seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun (Pembubaran) 1981 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Tafsiran 2. Dalam Akta ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain— 6 Undang- Undang Malaysia AKTA 251 “Bank” ertinya Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 [Akta 9]; “Enakmen” ertinya Enakmen Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun; [N.M.B Bab. 131] “harta” termasuk semua estet, kepentingan, gadaian, gadai janji, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang, dalam, terhadap atau daripada harta, dan perkara dalam tindakan; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pinjaman Pekebun yang ditubuhkan di bawah Enakmen itu; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan kewangan. Pemansuhan dan pembubaran 3. Enakmen adalah dimansuhkan dan Kumpulan Wang adalah dibubarkan. Pindah milik kuasa, hak, dsb. 4. Semua kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti dan kuasa hak obligasi yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini yang terletak hak, pada Kumpulan Wang hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada Bank. Pemindahan harta 5. Semua harta alih dan tak alih dan aset lain yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Kumpulan Wang hendaklah, pada mula berkuatkuasanya Akta ini, dan tanpa apa-apa jua pemindahakan, penyerahhakan atau pindah milik, diletak hak kepada Bank yang sama dari segi hakmilik, estet atau Kumpulan Wang Simpanan Pekebun (Pembubaran) 7 kepentingan dan pemegangan serta maksud dengan yang diletak hak atau dipegang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini. Pemindahan wang 6. Semua wang yang ada dalam Kumpulan Wang dan yang kena dibayar masuk ke dalamnya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini dipindahkan dan diletak hak kepada Bank. Kontrak yang sedia ada 7. Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan yang ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindah milik di bawah seksyen 5, hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau oleh Bank dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah Bank telah dinamakan dalamnya atau menjadi satu pihak kepadanya dan bukan Kumpulan Wang atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kumpulan Wang. Penerusan prosiding sivil 8. (1) Apa-apa prosiding sivil atau kuasa tindakan yang menunggu keputusan atau sedia ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Kumpulan Wang atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Bank yang mungkin diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kumpulan Wang atau orang sedemikian itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan. (2) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini terhadap keputusan yang diberi sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang mana Kumpulan Wang menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap Bank. 8 Undang- Undang Malaysia AKTA 251 Pegawai dan pekhidmat 9. Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini telah diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Kumpulan Wang hendaklah, pada mula berkuatkuasanya Akta ini, ditawarkan untuk diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Bank, atas had dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat yang dinikmati oleh mereka sebagai pegawai dan pekhidmat Kumpulan Wang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini. Menghalang kesukaran atau anomali 10. Jika timbul apa-apa kesukaran atau anomali berhubung dengan pelaksanaan peruntukan Akta ini, Menteri boleh dengan perintah membuat apa-apa kaedah atau peraturan sebagaimana didapatinya perlu untuk menghapuskan atau mencegah kesukaran atau anomali itu. 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 251 AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981 SENARAI PINDAAN Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari - TIADA - 10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 251 AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari - TIADA -
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
251 - *AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PEKEBUN (PEMBUBARAN) 1981
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in