AI-assisted research summary: This Act authorises supplementary spending of up to RM8,413,567,300 from the Consolidated Fund for 2021.
Perbekalan Tambahan (2021) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1650 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2021) 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1650 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 26 April 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 10 Mei 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perbekalan Tambahan (2021) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1650 AKTA PERBEKALAN TAMBAHAN (2021) 2022 Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan Tambahan (2021) 2022. Perbelanjaan tambahan bagi tahun 2021 2. Maka dengan ini dibenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi lapan bilion empat ratus tiga belas juta lima ratus enam puluh tujuh ribu tiga ratus ringgit (RM8,413,567,300) daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam Jadual bagi tahun 2021 yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya oleh Akta Perbekalan 2021 [Akta A1626]. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1650 Jadual Maksud Tajuk Amaun (RM) B. 4 Suruhanjaya Pilihan Raya 67,721,300 B. 11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan 4,667,450,100 B. 12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun 3,138,696,100 B. 25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan 539,699,800 Hal Ehwal Pengguna JUMLAH 8,413,567,300