AI-assisted research summary: The amendment lets crisis intervention officers arrest certain mentally disordered or suicidal persons, enter premises if needed, and requires the arrested person to be taken for examination within 24 hours.
Kesihatan Mental (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1693 AKTA KESIHATAN MENTAL (PINDAAN) 2023 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1693 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 5 Ogos 2023 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 11 Ogos 2023 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Kesihatan Mental (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1693 AKTA KESIHATAN MENTAL (PINDAAN) 2023 Suatu Akta untuk meminda Akta Kesihatan Mental 2001. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2023. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Penggantian seksyen 11 2. Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615] dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut: “Penangkapan orang yang bercelaru mental, dsb. 11. (1) Mana-mana pegawai intervensi krisis boleh menangkap— (a) mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk percaya bercelaru mental dan kecelaruan mental itu berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain atau harta; atau (b) mana-mana orang yang cuba membunuh diri. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1693 (2) Pegawai intervensi krisis hendaklah mempunyai kuasa untuk memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa perlu untuk berbuat sedemikian bagi maksud penangkapan di bawah seksyen ini. (3) Pegawai intervensi krisis boleh, semasa menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2)— (a) memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam, atau selainnya masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis itu; atau (b) memindahkan secara paksa apa-apa halangan kepada laluan masuk itu. (4) Pegawai intervensi krisis yang telah menangkap orang di bawah subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, tetapi tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas penangkapan itu, membawa orang itu kepada pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan untuk pemeriksaan. (5) Bagi maksud seksyen ini, “pegawai intervensi krisis” ertinya mana-mana— (a) pegawai polis; (b) pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 [Akta 633]; (c) Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan yang mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] dan Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik di bawah seksyen 4a Akta Perkhidmatan Bomba 1988; Kesihatan Mental (Pindaan) 5 (d) anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221]; dan (e) pegawai kebajikan masyarakat.”.