A1584 - AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (PINDAAN) 2019
Verify source ↗ AI-assisted research summary: This amendment Act starts on a date fixed by the Minister in the Gazette, and it stops pending disciplinary actions about matters in section 10(2)(c) of the parent Act when it begins.
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1584 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1584 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 14 Januari 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Januari 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1584 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 10 2. Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 10(2)— (a) dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “atau”; (b) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “; atau” dengan noktah; dan (c) dengan memotong perenggan (c). 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1584 Kecualian 3. Semua tindakan tatatertib terhadap mana-mana pelajar Institusi yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 10(2)(c) Akta ibu yang belum selesai di hadapan pihak berkuasa tatatertib sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.