AI-assisted research summary: This amendment act sets up a Whistleblower Protection Committee, lets the Minister appoint its chair and members, gives the committee oversight and data-gathering functions, and allows protection to be maintained in some investigations.
Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1777 AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (PINDAAN) 2025 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1777 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 31 Oktober 2025 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 November 2025 Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1777 AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (PINDAAN) 2025 Suatu Akta untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 2 2. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “maklumat sulit” takrif yang berikut: ‘ “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;’. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1777 Seksyen baharu 5a 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5 seksyen yang berikut: “Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat 5a. (1) Suatu jawatankuasa yang hendaklah dikenali sebagai Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat hendaklah ditubuhkan dan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menyelia pelaksanaan Akta ini yang berhubungan dengan kuasa am agensi penguatkuasaan di bawah seksyen 3; dan (b) untuk memperoleh statistik dan data yang berhubungan dengan pendedahan dan aduan yang diterima oleh agensi penguatkuasaan mengikut Akta ini. (2) Menteri hendaklah melantik seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada tujuh orang untuk menjadi anggota Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat, yang difikirkannya patut dan sesuai, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan. (3) Pengerusi Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu dia adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya. (4) Anggota Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun yang selepas itu mereka adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatan mereka. (5) Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri. (6) Apa-apa statistik, data atau maklumat yang dikehendaki supaya dikemukakan kepada Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat bagi maksud seksyen ini hendaklah tidak termasuk maklumat sulit yang dilindungi di bawah seksyen 8.”. Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 5 Pindaan seksyen 6 4. Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda— (a) dengan menggantikan noktah bertindih di hujung subseksyen itu dengan noktah; dan (b) dengan memotong proviso. Pindaan seksyen 7 5. Subseksyen 7(3) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “sesuatu kesalahan” perkataan “, yang termasuklah perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696]”. Pindaan seksyen 11 6. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Walau apa pun perenggan (1)(a), perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat boleh dikekalkan oleh agensi penguatkuasaan, jika berdasarkan penyiasatan atau dalam perjalanan penyiasatan oleh agensi penguatkuasaan itu, agensi penguatkuasaan itu mendapati bahawa perlindungan perlu diberikan.”.
Referenced legislation
- Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] (unresolved)
- Akta ibu (unresolved)
- Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711], (unresolved)
- Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (unresolved)
- Akta ini (unresolved)
- Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 (unresolved)