A1567 - AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018
This amendment changes Malaysia’s anti-corruption act, including a new corporate bribery offence and related reporting, evidence, and definition updates.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1567 - AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1567 - AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018
AI-assisted research summary: This amendment changes Malaysia’s anti-corruption act, including a new corporate bribery offence and related reporting, evidence, and definition updates.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1567 AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1567 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 27 April 2018 Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... 4 Mei 2018 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1567 AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018 Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Pindaan seksyen 3 2. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3— (a) dengan memotong takrif “bank”; 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1567 (b) dengan menggantikan takrif “institusi kewangan” dengan takrif yang berikut: ‘ “institusi kewangan” ertinya— (a) sesuatu bank berlesen, penanggung insurans berlesen dan bank pelaburan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; (b) sesuatu bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen, bank Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; (c) sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618]; (d) seseorang pemegang lesen di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731]; (e) seseorang yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; (f) depositori pusat yang ditubuhkan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453]; (g) sesuatu pemegang lesen bank, pemegang lesen insurans, pemegang lesen sekuriti dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704]; (h) sesuatu pemegang lesen bank Islam, pemegang lesen takaful, pemegang lesen sekuriti Islam dan mana-mana entiti yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705]; dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 5 (i) mana-mana institusi kewangan lain yang ditubuhkan atau dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana koperasi yang didaftarkan atau disifatkan sebagai telah didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502];’. Pindaan seksyen 17 3. Perenggan 17(b) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan “dia” perkataan “secara rasuah”. Seksyen baharu 17a 4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 17 seksyen yang berikut: “Kesalahan oleh organisasi komersial 17a. (1) Suatu organisasi komersial melakukan kesalahan jika seseorang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu secara rasuah memberikan, bersetuju untuk memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang apa-apa suapan sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain dengan niat— (a) untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan bagi organisasi komersial itu; atau (b) untuk memperoleh atau mengekalkan faedah dalam menjalankan perniagaan bagi organisasi komersial itu. (2) Mana-mana organisasi komersial yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1567 (3) Jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh organisasi komersial, seseorang— (a) yang menjadi pengarah, pengawal, pegawai atau pekongsinya; atau (b) yang terlibat dengan pengurusan hal ehwalnya, pada masa kesalahan itu dilakukan, disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa keizinannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dilakukannya untuk menghalang pelakuan kesalahan itu dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada hal keadaan. (4) Jika suatu organisasi komersial dipertuduh bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1), menjadi pembelaan bagi organisasi komersial itu untuk membuktikan bahawa organisasi komersial itu mempunyai tatacara yang mencukupi untuk menghalang orang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu daripada melakukan perbuatan itu. (5) Menteri hendaklah mengeluarkan garis panduan yang berhubungan dengan tatacara yang disebut dalam subseksyen (4). (6) Bagi maksud seksyen ini, seseorang itu bersekutu dengan organisasi komersial jika dia ialah seorang pengarah, pekongsi atau pekerja organisasi komersial itu atau dia ialah orang yang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial itu. (7) Persoalan sama ada seseorang melaksanakan perkhidmatan untuk atau bagi pihak organisasi komersial atau tidak hendaklah ditentukan dengan merujuk kepada semua hal keadaan yang berkaitan dan bukan hanya dengan merujuk kepada sifat hubungan antara dia dengan organisasi komersial itu. (8) Bagi maksud seksyen ini, “organisasi komersial” ertinya— (a) suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 7 (b) suatu syarikat di mana jua diperbadankan dan menjalankan perniagaan atau sebahagian daripada perniagaan di Malaysia; (c) suatu perkongsian— (i) di bawah Akta Perkongsian 1961 [Akta 135] dan menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; atau (ii) yang merupakan perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743] dan menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain; atau (d) suatu perkongsian di mana jua ditubuhkan dan menjalankan perniagaan atau sebahagian daripada perniagaan di Malaysia.”. Pindaan seksyen 30 5. Seksyen 30 Akta ibu dipinda— (a) dengan memotong subseksyen (7); dan (b) dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan “Seseorang pegawai Suruhanjaya yang memeriksa seseorang di bawah perenggan (1)(a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang itu” dengan perkataan “Suatu pernyataan seseorang yang diperiksa di bawah perenggan (1)(a) hendaklah direkodkan secara bertulis oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya”. Pindaan seksyen 33 6. Subseksyen 33(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “bank” dengan perkataan “institusi kewangan”. 8 Undang-Undang Malaysia AktA A1567 Pindaan seksyen 35 7. Seksyen 35 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “bank” dengan perkataan “institusi kewangan”; (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “bank” dengan perkataan “institusi kewangan”; (c) dalam perenggan (2)(a)— (i) dengan menggantikan perkataan “akaun bank” dengan perkataan “akaun”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “bank” dengan perkataan “institusi kewangan”; dan (d) dalam perenggan (2)(b) dan (c), dengan menggantikan perkataan “bank” dengan perkataan “institusi kewangan”. Pindaan seksyen 36 8. Seksyen 36 Akta ibu dipinda— (a) dalam perenggan (1)(c)— (i) dengan memotong perkataan “bank atau” yang terdapat selepas perkataan “pegawai mana-mana”; dan (ii) dengan memotong perkataan “mana-mana bank atau” yang terdapat selepas perkataan “hal ehwal”; dan (b) dalam subseksyen (3)— (i) dengan menggantikan perkataan “mana-mana pegawai badan awam” dengan perkataan “mana-mana orang”; dan (ii) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “or” yang terdapat selepas perkataan “his present” dengan perkataan “and”. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 9 Pindaan seksyen 37 9. Seksyen 37 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1) dan (2), dengan menggantikan perkataan “bank” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “institusi kewangan”; dan (b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut: “(1a) Seseorang pegawai Suruhanjaya hendaklah dengan segera memberitahu Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).”. Pindaan seksyen 38 10. Subseksyen 38(1) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan— (a) dengan menggantikan perkataan “harta alih” dengan perkataan “harta tak alih”; dan (b) dengan menggantikan perkataan “harta itu” dengan perkataan “harta tak alih itu”. Seksyen baharu 41a 11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41 seksyen yang berikut: “Kebolehterimaan keterangan dokumentar 41a. Jika apa-apa dokumen atau salinan apa-apa dokumen diperoleh oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.”.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1567 - AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in