839 - AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022
This Act establishes an independent police conduct commission, gives it complaint and investigation powers, and requires police cooperation and confidentiality.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 839 - AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
839 - AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022
AI-assisted research summary: This Act establishes an independent police conduct commission, gives it complaint and investigation powers, and requires police cooperation and confidentiality.
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 839 AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022 2 Undang-Undang Malaysia AktA 839 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 8 Oktober 2022 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 18 Oktober 2022 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 839 AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian i PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PENUBUHAN, FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA 3. Penubuhan Suruhanjaya 4. Fungsi Suruhanjaya 5. Kuasa Suruhanjaya 6. Anggota Suruhanjaya 7. Tempoh jawatan 8. Saraan 9. Pengosongan jawatan 10. Mesyuarat 11. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 12. Penzahiran kepentingan 13. Pewakilan fungsi dan kuasa Suruhanjaya 4 Undang-Undang Malaysia AktA 839 Bahagian III PENTADBIRAN Seksyen 14. Setiausaha 15. Penjalanan sementara fungsi Setiausaha 16. Pegawai dan kakitangan Suruhanjaya 17. Perunding 18. Jawatankuasa 19. Kad kuasa 20. Penggunaan pegawai, kakitangan atau kemudahan jabatan kerajaan, dsb. 21. Perundingan dengan agensi lain Bahagian IV ADUAN SALAH LAKU 22. Skop salah laku 23. Jawatankuasa Aduan 24. Aduan terhadap anggota pasukan polis 25. Pengelasan aduan 26. Tanggungjawab untuk merujukkan kejadian melibatkan jenayah seksual dsb., terhadap orang dalam tahanan atau jagaan Bahagian V KUASA PENYIASATAN 27. Kuasa untuk memeriksa orang 28. Kuasa untuk memperoleh dokumen atau benda lain 29. Dapatan penyiasatan 30. Tindakan oleh Suruhanjaya selepas menimbangkan dapatan dan syor Jawatankuasa Aduan 31. Pasukan Petugas 32. Suruhanjaya boleh memulakan penyiasatan Bahagian VI KESALAHAN 33. Ugutan terhadap orang yang memberikan keterangan 34. Memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 5 Bahagian VII PELBAGAI Seksyen 35. Pembekalan maklumat 36. Perlindungan daripada liabiliti 37. Penguntukan wang tahunan 38. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 39. Laporan tahunan 40. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 41. Pekhidmat awam 42. Obligasi kerahsiaan 43. Pemulaan dan penjalanan pendakwaan 44. Perlindungan orang yang membantu Suruhanjaya 45. Pasukan polis hendaklah membantu Suruhanjaya 46. Peraturan-peraturan 47. Peruntukan peralihan 6 Undang-Undang Malaysia AktA 839 Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 7 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 839 AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis sebagai suatu badan pemantau bebas dan untuk mengadakan peruntukan mengenai fungsi dan kuasanya, termasuklah kuasa bagi perkara yang berhubungan dengan aduan salah laku dan penyiasatannya, dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. 8 Undang-Undang Malaysia AktA 839 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anggota pasukan polis” ertinya mana-mana anggota pasukan polis yang ditubuhkan di bawah Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan; “anggota Suruhanjaya” ertinya Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota lain Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 6; “badan awam” ertinya— (a) Kerajaan Malaysia; (b) Kerajaan Negeri; (c) mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun yang lain; dan (d) mana-mana jabatan atau perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan; “jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 18; “Jawatankuasa Aduan” ertinya Jawatankuasa Aduan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23; “Ketua Jabatan”— (a) berhubung dengan pasukan polis, ertinya seseorang anggota pasukan polis yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kawalan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 6 Akta Polis 1967 [Akta 344]; atau (b) berhubung dengan badan awam, ertinya seseorang pegawai yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sesuatu badan awam; Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 9 “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri; “Pasukan Petugas” ertinya suatu Pasukan Petugas yang ditubuhkan di bawah seksyen 31; “pegawai Suruhanjaya” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 16 dan termasuklah Setiausaha yang dilantik di bawah seksyen 14; “salah laku” ertinya salah laku sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 22; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; “Suruhanjaya Pasukan Polis” ertinya Suruhanjaya Pasukan Polis yang ditubuhkan di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan. Bahagian II PENUBUHAN, FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA Penubuhan Suruhanjaya 3. (1) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis ditubuhkan. (2) Suruhanjaya hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan. (3) Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya. (4) Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya dan bagi maksud Akta ini— (a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan 10 Undang-Undang Malaysia AktA 839 (c) memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hak milik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya. Fungsi Suruhanjaya 4. Fungsi Suruhanjaya adalah seperti yang berikut: (a) untuk menggalakkan integriti dalam kalangan anggota pasukan polis; (b) untuk menasihati Kerajaan dan membuat syor mengenai langkah-langkah yang sesuai untuk diambil dalam menggalakkan integriti dalam kalangan anggota pasukan polis; (c) untuk melindungi kepentingan orang awam melalui penanganan salah laku mana-mana anggota pasukan polis; dan (d) untuk membentuk dan mengadakan mekanisme bagi menerima aduan dan menyiasat salah laku oleh mana-mana anggota pasukan polis. Kuasa Suruhanjaya 5. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa dan boleh menjalankan segala benda yang perlu atau berkaitan dengan, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh— (a) menasihati Kerajaan mengenai penambahbaikan kesejahteraan dan kebajikan anggota pasukan polis; Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 11 (b) membuat lawatan ke mana-mana tempat dan premis seperti balai polis, rumah kakitangan polis, lokap dan pusat tahanan dengan memberikan notis awal kepada Ketua Jabatan yang berkaitan dan membuat apa-apa syor yang perlu; (c) menerima dan menilai apa-apa aduan salah laku bertulis daripada mana-mana orang terhadap mana-mana anggota pasukan polis dan menyiasat aduan itu; (d) mengumpul keterangan yang berhubungan dengan apa- apa aduan bertulis dan penyiasatan salah laku di bawah Akta ini; dan (e) membuat syor tindakan tatatertib ke atas apa-apa salah laku yang dilakukan oleh mana-mana anggota pasukan polis kepada Suruhanjaya Pasukan Polis. Anggota Suruhanjaya 6. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik tidak lebih daripada tujuh anggota Suruhanjaya yang seorang daripadanya hendaklah dilantik sebagai Pengerusi dan seorang lagi sebagai Timbalan Pengerusi. (2) Anggota Suruhanjaya adalah tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan. (3) Anggota Suruhanjaya hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, atau menunjukkan keupayaan dan profesionalisme, dalam perkara yang berhubungan dengan undang-undang, pentadbiran, penyiasatan, kewangan atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya. Tempoh jawatan 7. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan dia layak untuk dilantik semula. 12 Undang-Undang Malaysia AktA 839 (2) Seseorang anggota Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong. (3) Pelantikan seseorang anggota Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Saraan 8. Seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun yang ditentukan oleh Perdana Menteri. Pengosongan jawatan 9. Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong jika— (a) dia mati; (b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan atau denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit; (c) dia menjadi bankrap; (d) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (e) dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 13 (f) dia dipilih atau dilantik sebagai ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri mana-mana Negeri; (g) peletakan jawatannya telah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong; (h) pelantikannya telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong; atau (i) tempoh pelantikannya telah tamat. Mesyuarat 10. (1) Suruhanjaya hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali sebulan atau seberapa kerap yang perlu untuk melaksanakan fungsinya. (2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Suruhanjaya. (3) Kuorum mesyuarat Suruhanjaya adalah tiga orang. (4) Tiap-tiap anggota Suruhanjaya yang hadir berhak mendapat satu undi dan jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. (5) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (6) Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang atau mana-mana wakil daripada pasukan polis yang dilantik oleh Ketua Polis Negara untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihati Suruhanjaya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat. (7) Suruhanjaya hendaklah mengawal selia prosidingnya sendiri. 14 Undang-Undang Malaysia AktA 839 Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 11. Walau apa pun subseksyen 10(2), jika Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsinya kerana apa-apa sebab, atau dalam apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, atau jika Timbalan Pengerusi tidak ada, mana-mana anggota Suruhanjaya yang dilantik oleh anggota Suruhanjaya yang lain hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi. Penzahiran kepentingan 12. (1) Seseorang anggota Suruhanjaya yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau dalam apa-apa perbincangan mengenai salah laku di hadapan Suruhanjaya hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya kepada Suruhanjaya. (2) Penzahiran kepentingan seseorang anggota Suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit atau nota perbincangan mengenai salah laku itu dan anggota Suruhanjaya itu hendaklah mengundur diri daripada mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan itu atau semasa Suruhanjaya membuat apa-apa keputusan yang berhubungan dengan salah laku itu. Pewakilan fungsi dan kuasa Suruhanjaya 13. (1) Suruhanjaya boleh mewakilkan fungsi dan kuasanya kepada— (a) mana-mana anggota Suruhanjaya; (b) mana-mana pegawai Suruhanjaya; (c) mana-mana jawatankuasa; atau (d) mana-mana anggota pasukan polis. Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 15 (2) Anggota Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya, jawatankuasa, atau anggota pasukan polis yang diwakilkan apa-apa fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah terikat dengan pematuhan dan memberikan perhatian kepada semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya yang berhubungan dengan pewakilan kuasa itu. (3) Apa-apa fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya. (4) Pewakilan kuasa di bawah seksyen ini tidak akan menghalang Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa. Bahagian III PENTADBIRAN Setiausaha 14. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai seorang Setiausaha yang hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya. (2) Setiausaha hendaklah dilantik oleh Menteri yang hendaklah menjadi pegawai Suruhanjaya. (3) Setiausaha hendaklah dilantik atas apa-apa terma dan hendaklah mempunyai apa-apa fungsi yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Penjalanan sementara fungsi Setiausaha 15. Suruhanjaya boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik mana-mana pegawai Suruhanjaya untuk bertindak buat sementara waktu sebagai Setiausaha selama tempoh semasa— (a) jawatan Setiausaha kosong; 16 Undang-Undang Malaysia AktA 839 (b) Setiausaha tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau (c) Setiausaha, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya. Pegawai dan kakitangan Suruhanjaya 16. (1) Suruhanjaya hendaklah melantik apa-apa bilangan pegawai dan kakitangan Suruhanjaya yang perlu untuk membantu Suruhanjaya menunaikan fungsinya dan menjalankan kuasanya dengan berkesan dan efisien dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini. (2) Suruhanjaya boleh melantik mana-mana pegawai daripada mana-mana agensi kerajaan atas dasar peminjaman sebagai penyiasatnya. (3) Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai undang-undang yang perlu yang hendaklah dipinjam daripada kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan untuk membantu Suruhanjaya. (4) Seseorang anggota Suruhanjaya yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan anggota pasukan polis yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada Pengerusi dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan anggota pasukan polis itu. Perunding 17. (1) Suruhanjaya boleh mengambil khidmat mana-mana orang dalam kalangan pekhidmat awam dan pesara perkhidmat awam, atas apa-apa terma yang dikenakan oleh Suruhanjaya, sebagai perunding atau untuk melaksanakan apa-apa perkhidmatan yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 17 (2) Seseorang yang diambil khidmat di bawah subseksyen (1) yang secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan anggota pasukan polis yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada Pengerusi dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan anggota pasukan polis itu. Jawatankuasa 18. (1) Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa untuk membantu Suruhanjaya melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini. (2) Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi suatu jawatankuasa. (3) Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggota atau pegawai Suruhanjaya untuk menganggotai mana-mana jawatankuasa. (4) Jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Suruhanjaya. (5) Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan jawatankuasa. (6) Anggota jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri. Kad kuasa 19. (1) Bagi maksud Akta ini, suatu kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada seorang anggota dan pegawai Suruhanjaya. (2) Kad kuasa hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Suruhanjaya dan kad kuasa itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan di bawah Akta ini. (3) Seorang anggota atau pegawai Suruhanjaya yang bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau orang yang daripadanya dia meminta apa-apa maklumat, kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya. 18 Undang-Undang Malaysia AktA 839 Penggunaan pegawai, kakitangan atau kemudahan jabatan kerajaan, dsb. 20. (1) Suruhanjaya boleh membuat permintaan dan perkiraan bagi penggunaan perkhidmatan— (a) mana-mana kakitangan atau kemudahan sesuatu jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun; atau (b) mana-mana pegawai kerajaan termasuklah anggota pasukan polis, untuk bekerjasama dengan, atau membantu dalam penjalanan kewajipannya, atau untuk membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini. (2) Jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun atau pegawai kerajaan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah berkewajipan untuk memenuhi permintaan di bawah seksyen ini. Perundingan dengan agensi lain 21. Suruhanjaya boleh berunding dengan dan berkongsi maklumat kepada agensi penguatkuasaan lain, mana-mana jabatan kerajaan Persekutuan atau Negeri atau mana-mana orang atau badan yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya. Bahagian IV ADUAN SALAH LAKU Skop salah laku 22. (1) Apa-apa tatakelakuan yang tergolong di bawah mana-mana perihalan yang berikut hendaklah terjumlah sebagai salah laku: (a) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis; (b) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang tidak munasabah, tidak adil, menindas atau berdiskriminasi secara tidak wajar; dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 19 (c) apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang dilakukan atas motif yang tidak wajar, alasan yang tidak berkaitan atau pertimbangan yang tidak berkaitan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), salah laku tidak termasuk apa-apa tindakan yang dikawal selia di bawah seksyen 96 dan 97 Akta Polis 1967. Jawatankuasa Aduan 23. Suruhanjaya hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Aduan yang dianggotai oleh apa-apa bilangan pegawai Suruhanjaya. Aduan terhadap anggota pasukan polis 24. (1) Apa-apa aduan yang dibuat oleh mana-mana orang terhadap anggota pasukan polis hendaklah dibuat secara bertulis dan ditujukan kepada Jawatankuasa Aduan. (2) Sesuatu aduan secara bertulis hendaklah mengandungi yang berikut: (a) butir-butir pengadu; (b) butir-butir anggota pasukan polis, jika boleh dikenal pasti, yang tindakan yang diambil atau tidak diambilnya menjadi asas aduan itu, atau jika tidak boleh dikenal pasti, suatu perihalan atau apa-apa butir lain yang mencukupi bagi membolehkannya dikenal pasti; (c) butir-butir mengenai salah laku yang diadukan, termasuklah tarikh dan tempat berlakunya salah laku itu; (d) butir-butir orang yang terjejas oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh anggota pasukan polis itu, jika orang itu bukan pengadu; (e) butir-butir mana-mana orang lain yang hadir semasa atau terlibat dalam tindakan yang diambil atau tidak diambil yang diadukan itu, jika ada; dan 20 Undang-Undang Malaysia AktA 839 (f) apa-apa butiran lain, termasuklah gambar foto dan dokumen, yang difikirkan sesuai atau perlu oleh pengadu untuk dimasukkan dalam aduan itu. (3) Jawatankuasa Aduan hendaklah menimbang teliti aduan yang diterima dan memutuskan pengelasan aduan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 25. Pengelasan aduan 25. Pengelasan aduan adalah seperti yang berikut: (a) jika aduan melibatkan apa-apa kesalahan di bawah Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], aduan itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; (b) jika aduan melibatkan apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, aduan itu hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan; (c) jika aduan melibatkan apa-apa salah laku yang disebut dalam seksyen 22, aduan itu hendaklah dirujuk kepada mana-mana pegawai Suruhanjaya bagi penyiasatan; (d) jika aduan melibatkan apa-apa tindakan yang dikawal selia di bawah seksyen 96 dan 97 Akta Polis 1967, aduan itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Jabatan yang bertanggungjawab bagi anggota pasukan polis yang diadukan itu; dan (e) jika— (i) aduan itu bersifat remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati atau hal perkara aduan itu adalah kecil; (ii) salah laku yang diadukan telah berlaku terlalu lama dahulu untuk mewajarkan suatu penyiasatan dijalankan; Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 21 (iii) hal perkara aduan itu telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah atau menjadi hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa prosiding rayuan; (iv) aduan itu ialah aduan berulang dan tidak mengandungi tohmahan yang baru yang akan memberi kesan terhadap perihal aduan; atau (v) aduan itu telah ditarik balik oleh pengadu, Jawatankuasa Aduan hendaklah merujukkan aduan itu kepada Suruhanjaya dan membuat syor supaya Suruhanjaya menolak aduan itu. Tanggungjawab untuk merujukkan kejadian melibatkan jenayah seksual dsb., terhadap orang dalam tahanan atau jagaan 26. Pasukan polis hendaklah merujuk kepada Suruhanjaya apa-apa kejadian yang melibatkan jenayah seksual terhadap, atau apa-apa kejadian yang mengakibatkan cedera parah kepada atau kematian, mana-mana orang dalam tahanan atau jagaan anggota pasukan polis secepat yang dapat dilaksanakan. Bahagian V KUASA PENYIASATAN Kuasa untuk memeriksa orang 27. (1) Seseorang pegawai Suruhanjaya boleh, dalam menjalankan apa-apa penyiasatan di bawah Akta ini, melalui notis bertulis— (a) memerintahkan mana-mana anggota pasukan polis atau pegawai badan awam melalui Ketua Jabatannya, atau mana-mana orang untuk hadir di hadapan pegawai Suruhanjaya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat pegawai Suruhanjaya itu, membantu dalam penyiasatan itu; atau 22 Undang-Undang Malaysia AktA 839 (b) memerintahkan mana-mana anggota pasukan polis atau pegawai badan awam melalui Ketua Jabatannya, atau mana-mana orang untuk mengemukakan, dalam masa yang dinyatakan oleh pegawai Suruhanjaya, suatu pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan dalam pernyataan secara bertulis itu segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu, yang merupakan maklumat yang boleh, pada pendapat pegawai Suruhanjaya itu, membantu dalam penyiasatan itu. (2) Mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang kepadanya telah diberikan suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(a)— (a) hendaklah hadir mengikut terma notis itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari jika diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaan itu selesai; dan (b) hendaklah, semasa pemeriksaan itu, menzahirkan semua maklumat yang diketahuinya, atau yang ada dengannya, berkenaan dengan perkara yang berhubung dengannya dia diperiksa, dan menjawab apa-apa soalan kepadanya dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya adalah benar. (3) Pegawai Suruhanjaya yang memeriksa mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang di bawah perenggan (1)(a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu, dan jika anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai Suruhanjaya hendaklah mengendors pada rekod itu dengan ditandatangani oleh pegawai Suruhanjaya itu hakikat mengenai keengganan itu dan sebab bagi keengganan itu, jika ada, yang dinyatakan oleh anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang diperiksa itu. Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 23 (4) Anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang diperiksa di bawah perenggan (1)(a) hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya oleh pegawai Suruhanjaya, tetapi anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu— (a) boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkan anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan; atau (b) boleh enggan mendedahkan maklumat sensitif jika diperaku oleh Ketua Jabatan bahawa pengemukaan maklumat sensitif itu akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara. (5) Mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kuasa untuk memperoleh dokumen atau benda lain 28. (1) Suruhanjaya boleh, melalui notis yang disampaikan kepada mana-mana anggota pasukan polis atau pegawai badan awam melalui Ketua Jabatannya atau mana-mana orang, menghendaki anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain berkaitan dengan penyiasatan itu yang pada pendapat Suruhanjaya adalah berkaitan. (2) Notis di bawah seksyen ini— (a) hendaklah menyatakan atau memperihalkan dokumen atau benda lain yang berkenaan; dan (b) hendaklah menetapkan masa dan tarikh untuk mematuhi notis itu. 24 Undang-Undang Malaysia AktA 839 (3) Notis di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa kehendak di bawah subseksyen (2) bolehlah dipatuhi oleh mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihak mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu dan boleh, tetapi tidak semestinya, menyatakan orang atau golongan orang yang boleh bertindak sedemikian. (4) Mana-mana anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang telah disampaikan notis di bawah seksyen ini— (a) yang tidak mematuhi notis itu; atau (b) yang memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau mengelirukan dalam butir-butir yang material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (5) Jika suatu dokumen yang diminta oleh Suruhanjaya itu ialah suatu dokumen terperingkat, dokumen itu hendaklah diuruskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]. (6) Jika mana-mana anggota pasukan polis atau pegawai badan awam berpendapat bahawa suatu dokumen atau benda lain yang diminta oleh Suruhanjaya itu mengandungi maklumat yang akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara, anggota pasukan polis atau pegawai badan awam itu hendaklah mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing sebelum mengemukakan dokumen atau benda lain itu kepada Suruhanjaya. Dapatan penyiasatan 29. (1) Pegawai Suruhanjaya hendaklah, apabila selesai apa-apa penyiasatan, menyerahkan dapatannya kepada Jawatankuasa Aduan. (2) Jawatankuasa Aduan boleh, setelah menimbangkan dapatan pegawai Suruhanjaya, mengemukakan dapatan dan syor kepada Suruhanjaya. Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 25 Tindakan oleh Suruhanjaya selepas menimbangkan dapatan dan syor Jawatankuasa Aduan 30. (1) Selepas menimbangkan dapatan dan syor oleh Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 29(2), Suruhanjaya hendaklah mengambil tindakan yang berikut: (a) jika dapatan menzahirkan apa-apa kesalahan di bawah Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, merujukkan dapatan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; (b) jika dapatan menzahirkan apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, merujukkan dapatan itu kepada pihak berkuasa berkaitan; (c) jika dapatan menzahirkan apa-apa salah laku, merujukkan dapatan salah laku itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis dengan syor untuk tindakan tatatertib; dan (d) jika dapatan menzahirkan tiada salah laku, menolak aduan itu dan memaklumkan Ketua Jabatan yang berkaitan. (2) Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan dapatan dan syor oleh Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 29(2), Suruhanjaya boleh mengarahkan Pasukan Petugas untuk membuat penyiasatan lanjut. (3) Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatan yang disebut dalam subseksyen (1) dan memaklumkan pengadu tentang tindakan yang telah diambil ke atas aduan itu. Pasukan Petugas 31. (1) Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa bilangan Pasukan Petugas untuk membantu Suruhanjaya dalam penyiasatan apa-apa salah laku di bawah Akta ini. (2) Anggota Pasukan Petugas boleh terdiri daripada pegawai Suruhanjaya dan perunding yang diambil khidmat di bawah seksyen 17. (3) Seksyen 27, 28 dan 29 dan subseksyen 30(1) dan (2) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi penyiasatan yang dijalankan oleh Pasukan Petugas. 26 Undang-Undang Malaysia AktA 839 Suruhanjaya boleh memulakan penyiasatan 32. (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam Akta ini, Suruhanjaya boleh memulakan suatu penyiasatan salah laku atas inisiatifnya sendiri tetapi hanya jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa ia adalah demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian sama ada atau tidak terdapat aduan salah laku yang berhubungan dengannya. (2) Penyiasatan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dijalankan mengikut Bahagian V Akta ini. Bahagian VI KESALAHAN Ugutan terhadap orang yang memberikan keterangan 33. (1) Seseorang yang menghalang atau cuba untuk menghalang mana-mana orang daripada memberikan keterangan di hadapan Suruhanjaya atau melalui ugutan, menyekat atau cuba untuk menyekat mana-mana orang daripada memberikan keterangan sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Seseorang yang mengugut, menghina atau mencederakan mana-mana orang kerana telah memberikan keterangan, atau kerana keterangan yang telah diberikan oleh orang itu di hadapan Suruhanjaya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya 34. Mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat atau mengadu secara bertulis atau selainnya kepada Suruhanjaya, dengan mengetahui atau mempercayai bahawa maklumat atau aduan itu adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya. Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 27 Bahagian VII PELBAGAI Pembekalan maklumat 35. (1) Suruhanjaya boleh mengumpul dan membekalkan kepada pasukan polis atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan apa-apa maklumat umum yang pada pendapat Suruhanjaya adalah perlu dibawa kepada perhatian pasukan polis atau pihak berkuasa berkaitan yang berhubungan dengan fungsi Suruhanjaya di bawah seksyen 4 dan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 5 untuk tindakan lanjut pasukan polis atau pihak berkuasa berkaitan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. (2) Suruhanjaya boleh meminta daripada pasukan polis atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan apa-apa maklumat umum lain yang berhubungan dengan fungsi Suruhanjaya di bawah seksyen 4 dan kuasa Suruhanjaya di bawah seksyen 5. (3) Pasukan polis atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan hendaklah memaklumkan Suruhanjaya mengenai tindakan yang diambil yang timbul daripada pembekalan maklumat oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya. Perlindungan daripada liabiliti 36. (1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding boleh dimulakan di dalam mana-mana mahkamah terhadap Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pegawai Suruhanjaya atau mana-mana anggota Pasukan Petugas berkenaan dengan apa-apa tindakan atau benda yang dibuat atau dilakukan oleh atau bagi pihak Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pegawai Suruhanjaya atau mana-mana anggota Pasukan Petugas atas sifat sedemikian dengan syarat bahawa Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pegawai Suruhanjaya atau mana-mana anggota Pasukan Petugas telah pada masa itu menjalankan fungsinya dengan suci hati. (2) Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang dipanggil untuk hadir atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya sebagai seorang saksi, atau untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain kepada Suruhanjaya mempunyai perlindungan yang sama sebagai seorang saksi dalam mana-mana prosiding di Mahkamah. 28 Undang-Undang Malaysia AktA 839 (3) Tiada liabiliti jenayah atau sivil selain Akta ini yang berhubung kait dengan seseorang kerana kepatuhan, atau yang berupa kepatuhan atas dasar suci hati, kepada apa-apa kehendak yang dibuat di bawah Akta ini; khususnya, jika seseorang memberikan apa-apa rekod pemeriksaan atau pernyataan bersumpah atau pengesahan bertulis atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain di bawah Akta ini, tiada liabiliti sivil yang boleh dikenakan pada orang itu kerana berbuat demikian, sama ada liabiliti itu akan timbul di bawah suatu kontrak atau selainnya. (4) Tiada keterangan, dokumen atau dapatan Suruhanjaya di bawah Akta ini boleh diterima dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah terhadap orang yang memberi keterangan jika orang itu membantah untuk memberikan apa-apa rekod pemeriksaan atau pernyataan bersumpah atau pengesahan bertulis atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain. Penguntukan wang tahunan 37. Kerajaan hendaklah membuat penguntukan wang yang mencukupi secara tahunan bagi maksud Suruhanjaya untuk membolehkan Suruhanjaya menunaikan fungsinya dan menjalankan kuasanya secara berkesan di bawah Akta ini. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 38. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya. Laporan tahunan 39. (1) Suruhanjaya hendaklah, tidak lewat daripada mesyuarat kedua Parlimen bagi tahun yang berikutnya, mengemukakan kepada dan membentangkan suatu laporan tahunan di Parlimen mengenai semua aktivitinya dalam tahun yang dimaksudkan dalam laporan itu. (2) Laporan itu hendaklah mengandungi suatu senarai semua perkara yang dirujukkan kepada Suruhanjaya dan tindakan yang diambil berkenaan dengan perkara itu. Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 29 Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 40. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya, mana-mana anggota Suruhanjaya, mana-mana pegawai Suruhanjaya atau mana-mana anggota Pasukan Petugas berkenaan dengan apa-apa tindakan atau benda yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian. Pekhidmat awam 41. Tiap-tiap anggota Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya dan anggota Pasukan Petugas semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota atau pegawai Suruhanjaya hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Obligasi kerahsiaan 42. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Suruhanjaya— (a) tiada anggota Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya, perunding atau anggota Pasukan Petugas sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya; dan (b) tiada orang lain yang dengan apa jua cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 30 Undang-Undang Malaysia AktA 839 Pemulaan dan penjalanan pendakwaan 43. Tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya. Perlindungan orang yang membantu Suruhanjaya 44. (1) Jika didapati oleh Suruhanjaya bahawa, kerana seseorang itu sedang membantu Suruhanjaya, keselamatan orang atau orang lain boleh jadi terjejas atau orang itu atau orang lain boleh ditakut-takutkan atau diganggu, Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pihak berkuasa berkaitan sebagaimana yang perlu— (a) untuk melindungi keselamatan mana-mana orang sedemikian; atau (b) untuk melindungi mana-mana orang sedemikian daripada ditakut-takutkan atau diganggu. (2) Dalam seksyen ini, sebutan tentang seseorang yang sedang membantu Suruhanjaya adalah sebutan tentang seseorang yang— (a) telah hadir, sedang hadir atau yang akan hadir di hadapan Suruhanjaya untuk memberikan keterangan atau untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain; atau (b) telah membantu, sedang membantu atau yang akan membantu Suruhanjaya dengan cara lain. Pasukan polis hendaklah membantu Suruhanjaya 45. Pasukan polis hendaklah membantu Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya dan anggota Pasukan Petugas dalam apa-apa perkara yang ada dalam kawalan atau boleh didapatkan oleh pasukan polis sebagaimana yang diperlukan oleh Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya dan anggota Pasukan Petugas dalam pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini. Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 31 Peraturan-peraturan 46. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan tatacara mengenai rujukan kejadian yang berhubungan dengan jenayah seksual, cedera parah dan kematian di bawah seksyen 26. (3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa tindakan yang berlawanan dengan peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu. Peruntukan peralihan 47. Perkara yang berikut hendaklah, setakat yang perkara itu berkaitan dengan salah laku anggota pasukan polis, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan hendaklah diselesaikan dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, seolah-olah Akta ini tidak diluluskan: (a) apa-apa aduan yang belum selesai di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009; (b) apa-apa penyiasatan yang belum selesai di bawah seksyen 25, subseksyen 27(4) dan seksyen 28 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009; (c) apa-apa dapatan Jawatankuasa Aduan dan dapatan Suruhanjaya yang belum selesai di bawah seksyen 26 dan 30 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 masing-masing; dan (d) apa-apa pendengaran yang belum selesai di bawah seksyen 34 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
839 - AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in