A1462 - AKTA SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2014
This Act amends the Judges’ Remuneration Act 1971 and updates how judges’ pensions and related benefits are adjusted.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Statute overview
About this statute
This page preserves the statute’s identified version, provision structure, official source link, and stored legal text for reading and research.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of A1462 - AKTA SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2014
Showing 1 of 1
- § Verify source ↗
A1462 - AKTA SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2014
AI-assisted research summary: This Act amends the Judges’ Remuneration Act 1971 and updates how judges’ pensions and related benefits are adjusted.
Saraan Hakim (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1462 AKTA SArAAN hAKIM (pINDAAN) 2014 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1462 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 9 Jun 2014 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 12 Jun 2014 hakcipta pencetak h perceTAKAN NASIoNAL MALAYSIA berhAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada percetakan Nasional Malaysia berhad (pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Saraan Hakim (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1462 AKTA SArAAN hAKIM (pINDAAN) 2014 Suatu Akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971. [ ] DIperbUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Saraan Hakim (Pindaan) 2014. (2) Seksyen 2, 4, 5 dan 6 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2014. (3) Seksyen 3 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2013. pindaan seksyen 1A 2. Akta Saraan Hakim 1971 [Akta 45], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 1a dengan memotong takrif “gaji bersamaan yang akhir diterima”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1462 pindaan seksyen 8 3. Akta ibu dipinda dalam seksyen 8 dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut: “ (c) meletakkan jawatan Hakim sebelum mencapai umur enam puluh tahun tetapi telah memegang jawatan Hakim selama tempoh berterusan yang kesemuanya berjumlah tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh berkuat kuasa pelantikannya sebagai seorang Hakim; atau”. penggantian seksyen 15b 4. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 15b dengan seksyen yang berikut: “penyelarasan pencen dan faedah lain bagi hakim dan orang tanggungan 15b. (1) Tertakluk kepada Bahagian III dan Bahagian ini, pencen dan faedah lain yang diberikan kepada Hakim dan orang tanggungan mereka di bawah Akta ini hendaklah diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan sebanyak dua peratus mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah dibayar atau adalah kena dibayar mulai Januari setiap tahun. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika pemakaian kadar kenaikan yang ditetapkan akan mengakibatkan suatu keadaan yang kurang baik bagi seseorang Hakim yang dilantik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah dalam Warta, menetapkan peratusan kenaikan yang lebih tinggi yang sesuai untuk dipakai dalam hal sedemikian. (3) Bagi maksud suatu perintah di bawah subseksyen (2), Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan— (a) peratusan kenaikan yang berlainan bagi kategori penerima yang berlainan; dan (b) bahawa peratusan kenaikan yang lebih tinggi itu hendaklah hanya terpakai bagi sesuatu tahun yang ditetapkan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan dalam hal sedemikian, tarikh yang padanya penyelarasan itu hendaklah kena dibayar. Saraan Hakim (Pindaan) 5 (4) Apa-apa pencen terbitan yang diberikan di bawah Bahagian III hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen (1). (5) Apa-apa pencen hilang upaya atau pencen tanggungan yang diberikan di bawah Bahagian III hendaklah diselaraskan mengikut subseksyen (1) tetapi faktor yang terpakai hendaklah faktor yang terpakai di bawah Bahagian itu. (6) Jika faktor yang disebut dalam subseksyen (5) berubah mengikut kelayakan orang tanggungan itu sebagaimana yang ditetapkan di bawah Bahagian itu, pencen tanggungan hendaklah diselaraskan berdasarkan gaji isyarat sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (7) dengan menggunakan faktor baru yang terpakai di bawah Bahagian itu. (7) Gaji isyarat— (a) dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen tanggungan sebelum atau pada 1 Januari 2014, ialah amaun gaji bersamaan yang akhir diterima yang diterima oleh Hakim pada 1 Januari 2014 yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah; atau (b) dalam hal orang tanggungan yang menerima pencen tanggungan pada atau selepas 2 Januari 2014, ialah amaun gaji yang akhir diterima yang diterima oleh Hakim pada tarikh kematiannya yang telah dihitung dengan kenaikan sebanyak dua peratus setiap tahun sehingga tahun apabila faktor itu berubah. (8) Jika peratusan kenaikan yang lebih tinggi telah ditetapkan di bawah subseksyen (2), kenaikan yang ditetapkan di bawah subseksyen (3), (4) dan (5) hendaklah dihitung dengan menggunakan peratusan lebih tinggi yang ditetapkan itu. (9) Amaun pencen orang tanggungan yang diselaraskan di bawah subseksyen (6) hendaklah digunakan sebagai asas bagi penyelarasan di bawah subseksyen (5) dalam tahun-tahun berikutnya. 6 Undang-Undang Malaysia AktA A1462 (10) Bagi maksud seksyen ini, “gaji bersamaan yang akhir diterima” ertinya gaji bersamaan yang akhir diterima yang telah diselaraskan pada 1 Januari 2014 menurut Akta ini sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini.”. pemotongan Jadual Ketiga dan Keempat 5. Akta ibu dipinda dengan memotong Jadual Ketiga dan Keempat. Kecualian dan peralihan 6. (1) Jika mana-mana Hakim atau orang tanggungannya layak bagi penyelarasan pencen atau faedah lain di bawah Akta ibu sebelum 1 Januari 2014 tetapi penyelarasan itu tidak dibuat sebelum tarikh itu, pencen atau faedah lain itu hendaklah terlebih dahulu diselaraskan mengikut peruntukan Akta ibu sehingga 31 Disember 2013 seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini. (2) Pencen dan faedah lain Hakim dan orang tanggungan mereka hendaklah, dari 1 Januari 2014, dihitung berdasarkan seksyen 15b sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kena dibayar mulai tarikh itu. (3) Bagi mana-mana Hakim atau orang tanggungannya yang pencen atau faedah lainnya telah diselaraskan mengikut Akta ibu sebaik sebelum 1 Januari 2014, pencen atau faedah lain itu hendaklah, dari 1 Januari 2014, dihitung berdasarkan seksyen 15b sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kena dibayar mulai tarikh itu.
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
A1462 - AKTA SARAAN HAKIM (PINDAAN) 2014
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in