AI-assisted research summary: This Act amends the Public Assembly Act 2012, changes several notice periods, and adds a police compounding power for certain offences.
Perhimpunan Aman (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1600 AKTA PERHIMPUNAN AMAN (PINDAAN) 2019 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1600 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 7 Ogos 2019 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Ogos 2019 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Perhimpunan Aman (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1600 AKTA PERHIMPUNAN AMAN (PINDAAN) 2019 Suatu Akta untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 3 2. Akta Perhimpunan Aman 2012 [Akta 736], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3 dengan memotong takrif “protes jalanan”. Pindaan seksyen 4 3. Seksyen 4 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1), dengan memotong perenggan (c); 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1600 (b) dalam subseksyen (2), dengan memotong perenggan (c); dan (c) dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan “(c),”. Pindaan seksyen 9 4. Subseksyen 9(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sepuluh hari” dengan perkataan “lima hari”. Pindaan seksyen 12 5. Subseksyen 12(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat puluh lapan jam” dengan perkataan “dua puluh empat jam”. Pindaan seksyen 14 6. Subseksyen 14(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima hari” dengan perkataan “tiga hari”. Pindaan seksyen 16 7. Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat puluh lapan jam” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “dua puluh empat jam”. Pindaan seksyen 21 8. Subseksyen 21(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (b). Seksyen baharu 21a 9. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21 seksyen yang berikut: “Kuasa untuk mengkompaun kesalahan 21a. (1) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh, dengan keizinan secara bertulis oleh Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 9 atau 15 dengan membuat suatu tawaran bertulis Perhimpunan Aman (Pindaan) 5 kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis apa-apa amaun wang yang tidak melebihi lima ribu ringgit dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan. (3) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis.”. Kecualian 10. (1) Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, kehendak mengenai tempoh yang berhubungan dengan pemberitahuan bagi suatu perhimpunan di bawah seksyen 9, 12 dan 16 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana pemberitahuan yang diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan suatu perhimpunan yang belum diadakan. (2) Apa-apa penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ibu yang belum selesai di bawah Akta ibu boleh, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.