AI-assisted research summary: This Act amends the Police Act 1967, including new investigative powers for senior police officers and higher penalties for several offences.
Polis (Pindaan) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1705 AKTA POLIS (PINDAAN) 2024 2 Undang-Undang Malaysia AktA A1705 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 30 April 2024 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 9 Mei 2024 Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). Polis (Pindaan) 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta A1705 AKTA POLIS (PINDAAN) 2024 Suatu Akta untuk meminda Akta Polis 1967. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Polis (Pindaan) 2024. Seksyen baharu 6a 2. Akta Polis 1967 [Akta 344], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6 seksyen yang berikut: “Honorary Commissioner-in-Chief 6a. The Yang di-Pertuan Agong shall be the Honorary Commissioner-in-Chief of the Royal Malaysia Police.”. Pindaan seksyen 17 3. Subseksyen 17(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “one hundred ringgit” dengan perkataan “five thousand ringgit”. 4 Undang-Undang Malaysia AktA A1705 Pindaan seksyen 21 4. Seksyen 21 Akta ibu dipinda— (a) dalam subseksyen (1)— (i) dengan memotong perkataan “and” di hujung perenggan (b); (ii) dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah dengan perkataan “; and”; dan (iii) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut: “(d) to conduct any escort duty.”; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “two hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months” dengan perkataan “ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years”. Pindaan seksyen 26 5. Subseksyen 26(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “one thousand ringgit” dengan perkataan “two thousand ringgit”. Pindaan seksyen 66 6. Subseksyen 66(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months” dengan perkataan “two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year”. Seksyen baharu 74a 7. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 74 seksyen yang berikut: Polis (Pindaan) 5 “Power to investigate offences against discipline 74a. (1) Any police officer not below the rank of Sergeant shall have power to conduct an investigation into any offence against discipline under this Act. (2) The police officer conducting an investigation under subsection (1) may— (a) gather any evidence and examine any person that he considers necessary; (b) require any person to attend before him to give evidence or produce any document or other things in his possession; or (c) take any action as may be necessary to obtain further clarification on matters relating to the offences against discipline under his investigation.”. Pindaan seksyen 86 8. Subseksyen 86(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “twenty-one days” dengan perkataan “fourteen days”. Pindaan seksyen 94 9. Seksyen 94 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “five hundred ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months” dengan perkataan “five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year”. Pindaan Jadual Pertama 10. Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda dalam butiran 1 dengan memotong perkataan “Senior Inspector”.